Vous êtes sur la page 1sur 1

Tunjukkan bagaimana kurikulum sejarah mampu membentuk jati

diri dan semangat patriotik yang tinggi dalam masyarakat Malaysia.



Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai
mata Pelajaran yang teras dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai pada
tahun 1989. Mata pelajaran Sejarah Wajib dipelajari secara berterusan selama Lima Tahun
bermula dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.Hal ini, untuk meningkatkan pengetahuan sejarah
negara dan memupuk nilai patriotisme di kalangan pelajar sekolah. Kurikulum Sejarah KBSM
disusun secara bersepadu merangkumi unsur-unsur ilmu, kemahiran dan penerapan nilai
patriotisme selari dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara dan matlamat pendidikan iaitu
ke arah membangunkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek.
Dengan adanya pengetahuan sejarah negara serta nilai patriotisme dalam diri setiap rakyat
Malaysia, maka ia sudah tentunya akan dapat membentuk keperibadian yang tinggi serta
menyemarakkan lagi semangat cintakan negara.
Perkembangan terhadap kurikulum sejarah yang terbaru pada masa kini ialah pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sudah melakukan transformasi kurikulum sejarah yang
dilaksanakan pada tahun 2014 dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi
sekolah rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bagi sekolah menengah
mulai 2017. Sejarah menjadi salah satu mata pelajaran teras yang Wajib semua murid dalam
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai tahun 4 di tahap II. KPM menjadikan mata
pelajaran teras yang Wajib semua murid di Malaysia bertujuan untuk menganalisasi kefahaman
murid terhadap mata Pelajaran Sejarah di peringkat awal agar murid memperoleh dan
menguasai pengetahuan serta kemahiran sejarah.

Vous aimerez peut-être aussi