Vous êtes sur la page 1sur 7

1

PENGHARGAAN

Bersyukur kepada Tuhan kerana dapat juga saya menyempurnakan tugasan bagi
subjek wacana penulisan ini. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, saya telah memperoleh
pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun manis yang amat berharga dan bermakna
dalam hidup saya sebagai seorang pelajar guru. Pengalaman yang saya perolehi sepanjang
menjalankan tugasan ini mungkin hanya akan datang sekali sahaja dalam hidup saya.
Justeru itu, saya juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan
lebih terperinci lagi berkaitan tugasan ini iaitu langkah-langkah yang perlu dilaksanakan bagi
menanamkan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar. Dengan kesempatan ini, saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan
tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah saya iaitu En.Abu Zaki Bin Romli kerana beliau
telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang menjalankan tugasan ini. Tunjuk
ajar beliau amat membantu saya dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah
diamanahkan ini.
Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga
saya yang telah banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan
tugasan ini. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya
kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha
menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.
Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan
tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda
hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini
tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Sekian, terima kasih.



2

LANGKAH-LANGKAHN YANG PERLU DILAKSANAKAN BAGI MENANAMKAN NILAI-NILAI
MURNI DALAM KALANGAN PELAJAR BAGI MEMBENTUK SEBUAH NEGARA YANG
CEMERLANG DAN TERBILANG

Berikut adalah teks yang diperolehi sewaktu melancarkan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 oleh Menteri Pendidikan yang juga dikenali sebagai
Timbalan Perdana Menteri.
Meneliti Ringkasan Eksekutif PPPM ini ternyata ia amat komprehensif, merangkumi
semua aspek pendidikan arus perdana. Ia adalah pendekatan transformatif (perubahan) bagi
menyediakan generasi pelajar menghadapi cabaran abad ke-21. Oleh itu dasar dan sistem
pendidikan di Malaysia tidak harus statik kerana ia boleh menyebabkan kemunduran terjadi dan
keterpinggiran berlaku. Menyesuaikan diri dengan pendidikan arus dunia tidak bermakna
Malaysia mengorbankan asas-asas fundamental dalam membangun generasinya. PPPM
memberikan landasan transformatif dalam konteks pendidikan arus perdana Malaysia.
Sekiranya setiap warga Malaysia bersama-sama mendukungnya, Malaysia boleh menjadi
negara maju acuan kita sendiri.
Kementerian akan melaksanakan ANJAKAN yang ketiga (3), iaitu melahirkan rakyat
Malaysia yang menghayati nilai bagi membina negara bangsa. Dalam mengharungi dunia yang
semakin mencabar hari ini, pelajar perlu memiliki nilai-nilai murni sejagat yang selaras dengan
tuntutan moral, etika dan agama. Pada masa yang sama, pelajar juga perlu sentiasa dipupuk
dengan semangat patriotisme untuk membina satu identiti nasional yang kukuh dan jitu.
Penerapan nilai murni adalah merupakan satu tumpuan utama dalam proses
pembentukan jati diri seseorang inidividu. Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan
yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia,
alam dan tuhan. Wan Mohd. Zahid mentakrifkan nilai murni sebagai:
"Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan
pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat
biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk
kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia"

3

Nilai-nilai murni penting dalam kehidupan untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia.
Sesungguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya, peradaban dan agama kita.
Amalan nilai-nilai murni dapat membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek. Kini, bilangan pelajar di negara kita sejumlah 5 juta orang, jika tidak
diterapkan dengan nilai-nilai murni sejak di bangku sekolah maka mereka akan menjadi
generasi yang akan merugikan negara pada masa kelak. Hal ini kerana, nilai-nilai murni akan
mencerminkan suasana kehidupan yang harmoni di Malaysia.
Mutakhir ini, nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar semakin pudar. Hal ini terjadi
demikian kerana sikap ibu bapa yang tidak prihatin terhadap kepentingan nilai-nilai ini dalam diri
pelajar. Langkah perdana yang boleh diambil untuk memupuk nilai murni dalam kalangan
pelajar bagi membentuk sebuah negara yang cemerlang dan terbilang adalah melalui bantuan
pihak kerajaan. Kerajaan perlu mengadakan kempen-kempen kesedaran kepada pelajar sama
ada di dalam ataupun di baluar sekolah yang sedang mengalami proses pembangunan
ekonomi. Kempen ini haruslah dilakukan secara berterusan dan janganlah sekadar hangat-
hangat tahi ayam kerana akan menyebabkan kerugian kepada negara kita sendiri dan kita juga
tidak akan mendapat seorang pemimpin di masa depan. Jika inisiatif untuk memupuk nilai-nilai
murni dalam diri pelajar tidak dilakukan oleh pihak kerajaan maka pelajar pada hari ini akan
terus hanyut dalam dunia modenisasi ini. Ini kerana dunia modenisasi ini sangat mempengaruhi
perhatian pelajar pada masa kini. Oleh itu, pihak kerajaan haruslah mengadakan kempen ini
secara berterusan supaya pelajar akan terus dibasahi dengan nilai-nilai murni yang akan
mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
Langkah seterusnya yang dapat kita lakukan untuk mengatasi keruntuhan nilai moral
dalam kalangan pelajar adalah dengan memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang
pentingnya memupuk nilai-nilai moral dalam diri pelajar semasa mereka masih tidak mengenal
apa itu erti kehidupan. Ibu bapa harus menyemai sikap keagamaan kepada pelajar dari kecil
lagi supaya mereka tidak menuju laluan yang tidak betul. Ibu bapa mestilah membawa mereka
untuk mengikuti program yang dianjurkan oleh pihak tertentu yang menjurus kepada usaha
untuk memupuk nilai-nilai murni. Jika ibu bapa hanya mengambil ringan akan masalah yang
sedang melanda negara kita sekarang maka negara kita akan mengalami satu masalah besar
yang akan menyerang negara pada masa akan datang bak kata pepatah api kecil baik
dipadam. Oleh itu, peranan ibu bapa dalam menangani masalah ini amat diperlukan kerana
setiap pembelajaran itu bermula dari rumah.
4

Seterusnya, usaha yang boleh dilakukan untuk membanteras masalah ini ialah melalui
media massa. Pada zaman modenisasi ini, semua informasi-informasi yang berlaku di dunia ini
boleh mendapat dengan mudah kerana kemudahan seperti internet, televisyen, radio dan
sebagainya memberi kita peluang untuk menerokai hal-hal yang berlaku pada masa sekarang.
Oleh itu, pihak media massa haruslah bekerjasama dalam menjayakan program ini dan
sentiasa berjuang untuk kadaulatan negara. Oleh kerana televisyen menjadi daya tarikan yang
popular dalam kalangan pelajar, pihak syarikat televisyen haruslah sentiasa memaparkan nilai-
nilai murni dan kepentingan nilai-nilai murni melalui iklan-iklan di televisyen. Jika pihak media
massa tidak bekerjasama dalam mengatasi masalah ini maka amat sukar untuk membanteras
masalah yang sedang dihadapi. Oleh itu, pihak media massa menjadi tumpuan utama dalam
menyelesaikan masalah ini bak kata pepatah yang berpayung yang ditembak.
Selain itu, peranan pihak sekolah dalam menanamkan nilai-nilai murni dalam
kalangan pelajar amat dituntut kerana sekolah merupakan tempat pembelajaran kedua selain
rumah. Bagi perkara tersebut, pihak sekolah boleh mengadakan pelbagai aktiviti yang
berfaedah di sekolah mahupun di luar kawasan sekolah seperti bergotong-royong untuk
membersihkan sekolah dan mencantikkan sekolah. Aktiviti-aktiviti seperti ini dapat memberi
kesedaran kepada pelajar bahawa betapa pentingnya semangat bekerjasama dan saling
membantu dalam kalangan pelajar. Kementerian Pelajaran juga boleh mewujudkan mata
pelajaran baru yang dapat memupuk nilai-nilai murni seperti Pendidikan Moral dan Sivik
Kewarganegaraan. Jika pihak sekolah tidak memainkan peranan dalam mengatasi masalah ini
maka negara kita semakin kepupusan pelajar yang mempunyai nilai moral yang akan menjadi
tunggak dalam membentuk sebuah Negara yang cemerlang dan terbilang.
Sekolah juga perlu memainkan peranan yang penting dalam menonjolkan nilai-nilai
murni dengan mewujudkan suasana yang memberangsang dan budaya sekolah yang positif.
Dalam menjayakan aspek penerapan nilai murni dan penghayatan nilai murni, guru merupakan
orang yang penting dalam melaksanakan strategi KBSM ini. Guru hendaklah terlebih dahulu
mengamal dan menghayati nilai murni. Penjelasan tentang tanggungjawab guru sebagai model
penerapan nilai murni ialah guru perlu menjadi penjaga, model dan mentor, mencipta komuniti
moral, mengamal disiplin moral, membina kelas yang bercirikan demokrasi dan mengajar nilai
merentas kurikulum. Guru juga harus menggunakan pembelajaran kooperatif, membina
'conscience of craft', memupuk keprihatinan melangkaui batas kelas, membina budaya moral
yang positif di sekolah dan jadikan ibu bapa sebagai rakan kongsi.
5

Di samping itu, para guru juga perlu memainkan peranan yang signifikan dalam
menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan para pelajar. Guru-guru sewajarnya memberi
tumpuan yang khas pada Falsafah Pendidikan Negara ( FPN) yang telah menggariskan empat
mekanisme utama dalam usaha membentuk insan yang seimbang dan harmonis. Empat
mekanisme itu ialah keseimbangan dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Justeru,
aspek rohani ini perlu diberikan perhatian kerana aspek tersebut adalah sebahagian daripada
impian falsafah tersebut. Maka, guru-guru perlulah menekankan matapelajaran agama yang
relevan bukan sekadar untuk tujuan peperiksaan semata-mata kerana matapelajaran ini mampu
memberi kesedaran kepada para pelajar mengenai kepentingan pengamalan akhlak mulia dan
nilai-nilai murni dalam membentuk sahsiah diri yang hasanah. Begitu juga dengan
matapelajaran Sivik, juga perlu ditekankan agar mereka boleh mengetahui cara-cara bersosial
dengan masyarakat luar dengan cara yang betul.
Guru-guru dan keadaan sekolah yang kondusif boleh membantu para pelajar untuk
mewujudkan nilai murni dalam diri mereka. Kewujudan nilai-nilai murni ini dapat melahirkan
pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik, tetapi juga dalam bidang
kokurikulum. Sebagai contohnya, guru-guru yang menunjukkan sikap positif boleh menjadi
teladan kepada para pelajar. Tambahan pula, keadaan sekolah yang kondusif dan lengkap
dengan kemudahan pembelajaran dapat memudahkan para pelajar belajar dan seterusnya
dapat memupuk sikap positif dalam diri mereka. Ini merupakan salah satu cara sekolah dapat
membantu para pelajar menjadi seorang yang memiliki nila-nilai murni dalam diri mereka.
Peranan kaunseling di Malaysia adalah membentuk pembangunan insan yang sihat
dikalangan guru dan pelajar. Fungsi kaunselor di sekolah ialah untuk membantu guru dalam
usaha pemupukan dan penyuburan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar. Usaha berterusan
ini boleh dilakukan melalui ceramah, kursus, program seminar, kem-kem motivasi, bengkel dan
latihan dalam kumpulan pelajar yang dikenal pasti di sekolah. Dalam melaksanakan aktiviti-
aktiviti ini, kaunselor turut berperanan menerapkan nilai-nilai murni secara langsung atau tidak
langsung kepada pelajar. Antara nilai-nilai murni yang boleh diterapkan dalam aktiviti-aktiviti ini
ialah nilai kerjasama, hormat-menghormati, semangat bermasyarakat, keberanian, berdaya
saing dan sebagainya. Justeru itu, penerapan dan penghayatan nilai dalam pengajaran dan
pembelajaran bukan sahaja terletak di bahu guru malahan kaunselor di sekolah secara melalui
program dan aktiviti-aktiviti tersebut. Hal ini jelas diterangkan melalui pekeliling Kementerian
Pendidikan Malaysia (2002) yang menjelaskan peranan kaunselor di sekolah meliputi bidang
6

perkhidmatan, membantu jawatankuasa kurikulum sekolah, membantu pendidikan kerjaya
pelajar dan program yang sesuai bagi perkembangan diri pelajar.
Berdasarkan pemyataan-pemyataan di atas jelas menunjukkan betapa pentingnya
peranan sekolah dan guru dalam pembentukan nilai dan akhlak pelajar. Sekolah bukan setakat
untuk mendapat kecemerlangan akademik dan guru bukan setakat untuk mengajar bagi
meningkatkan pencapaian akademik tetapi lebih daripada itu iaitu membina dan membangun
potensi diri terutama sahsiah, nilai dan akhlak pelajar. Maka beberapa aspek berkaitan dengan
sekolah dan guru haruslah diketengahkan untuk dibincang bersama dan langkah-langkah
tersebut harus dilaksanakan dalam semua sekolah sama ada sekolah rendah ataupun sekolah
menegah. Menurut Veugclers (2000) jenis sekolah, persekitaran dan budaya sekolah,
personaliti guru, pengalaman mengajar guru dan mata pelajaran yang diajar akan
mempengaruhi peranan guru untuk menerapkan nilai murni dalam pengajaran yang seterusnya
mempengaruhi penghayatan dan pembangunan nilai murni dalam kalangan pelajar.
Konklusinya, bukan sahaja pihak sekolah dan guru malahan semua pihak mestilah
memainkan peranan yang penting dalam memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar, bak
kata pepatah Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Kita haruslah memupuk nilai-nilai murni
ini di dalam diri pelajar kerana tidak rugi seseorang itu yang mempunyai nilai-nilai murni kerana
hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga. Semua langkah yang disuarakan tadi
boleh dilaksanakan dengan segera. Kerjasama semua pihak terutama pihak guru amat
diperlukan untuk memastikan visi ini menjadi satu kenyataan yang sejati. Kegagalan untuk
mendapatkan kerjasama yang jitu boleh menyebabkan keruntuhan seorang pemimpin di masa
hadapan. Peribahasa orang tua-tua, kanak-kanak itu ibarat kain putih harus menjadi renungan
kita semua untuk bersama-sama mendidik dengan baik golongan ini.







7


BIBLIOGRAFI
Akhbar
1. Nazmi Yaakub. (2013, 2 September). Jelas PPPM Besar-Besaran. Berita Harian, ms 6
dan 7.
2. Suhaila Sharul Anuaar. (2013, 17 Ogos). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025. Berita Harian, ms 5.
3. Shaarani Ismail. (2013, 24 Ogos). PPPM Mampu Tingkat Mutu Pendidikan. Berita
Harian, ms 11.
Buku
1. Mohd.Ismail Othman. (2006). Menangani Disiplin Di Sekolah. Utusan Publications.
2. Zamri Mohamad. (2008). Psikolinguistik Dalam Pengajaran & Pembelajaran Bahasa
Melayu. Shah Alam : Karisma Publications Sdn. Bhd
3. Dr.Shahizan Hassan. (2003). Intrapersonal & Interpersonal Untuk Remaja. Pahang:
PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Internet
1. http://pbkarya.blogspot.com/p/langkah-langkah-untuk-memupuk-nilai.html
2. http://sicelikbm.blogspot.com/2011/12/ringkasan-kepentingan-nilai-nilai-murni.html
3. http://www.moe.gov.my/v/pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia-2013-2025
4. http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130910/re_02/Pelan-Pembangunan-
Pendidikan-Malaysia-Suatu-pendekatan-transformatif#ixzz2uFYJtnIF
5. http://moe.edu.my/SumberPendidikan/index.php/program-aktiviti/116-dasar/329-laporan-
awal-pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia-2013-2025.html

Vous aimerez peut-être aussi