Vous êtes sur la page 1sur 15

1

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 2
2.0 KONSEP BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA 3
2.1 HUKUM BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA 6
2.2 ADAB KEPADA IBU BAPA 8
2.3 HIKMAH BERADAB KEPADA IBU BAPA 12
3.0 KESIMPULAN 14
4.0 RUJUKAN 15





2

1.0 PENGENALAN


Seorang ibu mampu membesarkan anak yang ramai, namun anak yang ramai belum
tentu mampu menjaga seorang ibu. Demikian ungkapan yang menggambarkan realiti
keadaan yang merentas masa. Kisah Si Tanggang, walaupun masih ada ruang untuk
dikritik beberapa kepercayaan karut yang ada di dalamnya, namun realiti hari ini
membenarkan wujudnya ramai anak-anak yang menderhakai ibu bapa jauh sekali
untuk berbuat baik kepada mereka berdua.

Jaga orang tua susah cerewet, macam budak-budak pun ada dan
bermacam lagi alasan yang biasa kita dengar. Ada pula yang bertelagah sesama adik
beradik, siapa yang sepatutnya menjaga ibu dan bapa, lalu masing-masing
mendatangkan seribu satu alasan bagi membuktikan mereka tidak layak dan
sememangnya tidak wajar diberi tanggungjawab itu.

Ramai yang mengeluh jika perlu menjaga ibu atau bapanya yang sudah tua.
Seolah-olah dia melupakan dirinya, suatu hari nanti dia juga akan menjadi tua dan
lemah, dia seolah-olah lupa juga ketika itu dia amat mengharapkan ihsan dari anak-
anaknya.











3

1.0 KONSEP BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA MENURUT ISLAM
Ketahuilah bahawa mentauhidkan Allah s.w.t tidak semata-mata dengan berkata
Tidak ada tuhan melainkan Allah. Apa yang tersemat di hati dan terlafaz di
lisan perlu dibuktikan kemantapan dan kemurniannya dengan perbuatan, yakni
amal ibadah. Seterusnya amal ibadah itu terbahagi kepada dua jenis:

1. Ibadah yang bersifat menegak (vertical), iaitu yang melibatkan
hubungan antara kita dengan Allah s.w.t. Ini adalah ibadah-ibadah yang
masa, tempat dan caranya telah ditentukan secara terperinci oleh Allah
dan RasulNya. Wudhu, solat, puasa, haji dan zikir termasuk dalam
kategori ini.
2. Ibadah yang bersifat mendatar (horizontal), iaitu yang melibatkan
hubungan antara kita dengan sesama makhluk. Ini adalah ibadah-ibadah
yang telah ditentukan secara umum manakala perincian pengamalannya
diserahkan kepada manusia, selari dengan suasana masing-masing.
Berbuat baik kepada ibubapa, jiran, sesama manusia, haiwan dan alam
sekitar termasuk dalam kategori ini. Pada waktu yang sama tidak
berjumpa dengan bomoh, tidak berdoa kepada sesama makhluk dan tidak
mempercayai kekuasaan tertentu pada kejadian tertentu juga termasuk
dalam kategori ini.

Berbuat baik kepada ibubapa termasuk salah satu bentuk pembuktian akan
kemantapan dan kemurnian tauhid kita kepada Allah s.w.t. Tidak sempurna
tauhid seseorang yang hanya bersolat dan berpuasa akan tetapi dia tidak
mengendahkan hal ehwal ibubapanya. Demikian juga, tidak sempurna tauhid
seseorang jika dia hanya memerhatikan ibubapanya sehingga melalaikan
kewajipan solat, puasa dan sebagainya. Ketauhidan seseorang hanya akan
mencapai tahap kesempurnaan jika dia memerhatikan dengan adil ibadah yang
bersifat menegak dan mendatar.

4

Untuk kefahaman yang lebih baik, marilah kita ikuti penjelasan Muhammad
Quraish Syihab:

Ibadah, sebagaimana dikemukakan ketika mentafsir Surah Al-Fatihah bukan
hanya sekadar ketaatan dan ketundukan tetapi adalah suatu bentuk
ketundukan dan ketaatan yang mencapai puncaknya kerana ada rasa
keagungan dalam jiwa seseorang terhadap siapa yang kepadanya dia
mengabdi, serta sebagai hasil dari keyakinan bahawa pengabdian itu tertuju
kepada yang memiliki kekuasaan yang erti hakikatnya tidak terjangkau.
Begitu penjelasan tulisan oleh Syeikh Muhammad Abduh.
Perintah beribadah dalam ayat (Al-Nisa 4:36) bukan saja ibadah ritual atau
yang dikenali dengan Ibadah Mahdhah, yakni ibadah yang cara, kadar dan
waktunya ditetapkan oleh Allah atau Rasul seperti shalat, zakat, puasa dan
haji, tetapi mencakup segala macam aktivitas yang hendaknya dilakukan
demi kerana Allah s.w.t. Ibadah yang dimaksudkan adalah perwujudan dari
perintah-Nya:

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan
matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan
sekalian alam. [al-Anaam 6:162].

Sementara ulama memahami perintah ibadah dalam ayat ini dalam arti
tauhid praktis, dimana amal-amal kebajikan merupakan buah dari
keyakinan kalbu atas keesaan Allah s.w.t.


Sebelum beralih ke penjelasan seterusnya, ingin diterangkan bahawa
menghubungkan perintah berbuat baik kepada ibubapa dengan perintah
mentauhidkan Allah s.w.t juga berlaku kepada umat-umat sebelumnya. Di
antaranya ialah Bani Israil dimana Allah berfirman:

5

Dan (ingatlah), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan
berfirman): Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah
kepada kedua ibubapa. [Al-Baqarah 2:83]

Demikian juga Luqman, apabila beliau menasihati anaknya, berbuat baik
kepada ibubapa diletakkannya di tangga kedua selepas tauhid:

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa dia memberi
nasihat kepadanya: Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau
mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan
syirik itu adalah satu kezaliman yang besar. Dan Kami wajibkan manusia
berbuat baik kepada kedua ibubapanya. [Luqman 31:13-14]













6

2.1 HUKUM BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA

Kedudukan ibu bapa begitu tinggi menurut pandangan Islam. Dalam Surah Al-Isra ayat
23-25 Allah s.w.t menyuruh hambaNya supaya mengesakanNya dan mengabdikan diri
kepadaNya. Di samping itu Allah s.w.t mengiringi perintah itu dengan perintah berbakti
kepada ibu bapa. Ini membuktikan tingginya kedudukan ibu bapa dalam pandangan
syarak. Ini bermakna berbakti kepada ibu bapa adalah yang paling penting dilakukan
setelah mengabdi kepada Allah.

Di dalam Al-Quran Allah S.W.T. berfirman:



Maksudnya: Dan kami telah mengarahkan (mewajibkan) manusia (berbuat) kebaikan
kepada ibu bapanya, jika mereka berdua bersungguh-sungguh untuk engkau
mensyirikkan Aku dengan sesuatu yang engkau tidak ada pengetahun, maka janganlah
engkau mengikuti kedua-duanya. (Al-Ankabut)


Jika dilihat kepada ayat di atas, Allah s.w.t menyuruh manusia berbuat baik
kepada ibu bapa menyusul selepas arahan mentauhidkan-Nya, perkara yang sama diulang
juga di dalam surah al-Baqarah, Luqman dan al-Nisa. Al-Syeikh Muhammad al-Amin al-
Syanqiti berkata:

Allah Jalla wa Ala menyebut di dalam ayat-ayat ini, (arahan) berbuat baik kepada ibu-
bapa menyusul dengan (arahan) mentauhidkan-Nya dalam melakukan ibadah kepada-
Nya, ia menunjukkan tuntutan yang bersangatan kepada kewajipan melakukan kebaikan
kepada ibu-bapa.
7


Di dalam surah Luqman Allah berfirman:

Maksudnya: Dan jika kedua ibu-bapamu, memaksa-mu untuk mempersekutukan


dengan-Ku sesuatu yang tidak ada pengetahuan-mu tentangnya, maka jangan kamu
mengikut keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik (Luqman: 15)

Dari ayat ini jelas menunjukkan berbuat baik kepada kedua ibu-bapa itu adalah
suatu kewajipan walaupun mereka berdua tidak beragama Islam dan mereka berusaha
bersungguhnya-sungguh hendak memurtadkan anaknya. Dalam keadaan sedemikian,
sianak hanya diminta untuk tidak mentaati mereka dalam perkara syirik, namun ia tetap
juga wajib menggauli mereka dengan baik. Jika demikian keadaannya, sudah semestinya
berbuat baik kepada ibu-bapa yang muslim lebih utama walaupun mereka berada dalam
serba kekurangan dari segi agama dan dunianya. Para ulama turut menekankan berbuat
baik kepada kedua ibu-bapa ini merupakan suatu kewajipan yang sangat dituntut.









8

2.2 ADAB ANAK KEPADA IBU BAPA

Berbakti kepada kedua ibubapa adalah suatu yang agung disisi Allah. Maka sudah
sepatutnya orang yang berbakti kepada keduanya akan mendapat balasan yang setimpal
di Akhirat kelak. Manakala di dunia ini mereka akan memperolehi balasan yang sama
daripada anak-anak mereka. Sebab itu sering kita lihat orang yang berbuat baik kepada
ibubapa akan dibuat baik pula oleh anak-anaknya dan sebaliknya. Selain itu, doa mereka
dimakbulkan Allah serta dilepaskan dari kesulitan dan bala.

Derhaka kepada ibubapa termasuk salah satu daripada dosa besar. Semasa hayat
Rasulullah SAW pernah berlaku satu peristiwa di mana seorang anak tidak dapat
melafazkan dua kalimah syahadah sewaktu hendak mati, lantaran di hati ibunya
tersimpan sedikit rasa marah kepada anaknya itu. Derhaka bererti melawan dan tidak
menunaikan hak-haknya. Diantara bentuk-bentuk derhaka ialah memandang kedua
ibubapa dengan pandangan menjeling sambil marah, menganggap dirinya sama taraf
dengan bapanya, enggan mencium kedua-dua tangan mereka kerana merasa dirinya lebih
besar dan mulia.

Selain itu, mereka juga merasa malu untuk memperkenalkan bapanya kerana
kesombongan disebabkan dia disanjung di dalam masyarakat. Sebesar-besar derhaka
ialah mengucapkan kata-kata seumpama ahh, ciss, hiss dan sebagainya kepada kedua-
duanya, menyergah, merasa jemu dan meninggikan suara terhadap keduanya.
Menegurnya dengan kata-kata yang menyakitkan hati mereka serta menghina dan
mencaci peribadi mereka berdua.


9

Kita sebagai anak mestilah memberikan hak-hak yang sepatutnya terhadap kedua
ibu bapa kita. Hak-hak yang harus dilaksanakan anak terhadap ayahnya antaranya ialah:
a) Jika ayahnya berhajat kepada makanan harus diberi makan
b) Jika berhajat pada pakaian harus diberi pakaian
c) Jika berhajat pada bantuan perlu di bantu
d) Jika dipanggilnya harus disahut
e) Mentaati semua suruhannya selagi tidak malanggari hukum syarak
f) Jika bercakap dengan ibu bapa mesti bercakap secara sopan, lunak dan hormat
g) Tidak memanggil ibu bapa dengan nama gelaran
h) Jika berjalan bersama ayah,anak harus berjalan di belakang
i) Seorang anak mesti berharap terjadi pada ibu bapa seperti keinginannya terjadi pada
diri sendiri dan sebaliknya.
j) Mendoakan kedua ibu bapanya supaya mendapat pengampunan Allah dan rahmatNya.

Apabila anak-anak, sejak dari kecil lagi telah tahu melaksanakan hak-hak ini
dengan baik dan sempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam, maka mereka
menjadi lebih mudah melaksanakan hak-hak yang lain seperti hak-hak kepada kaum
kerabat, jiran tetangga, guru-guru dan lain-lain. Ini kerana keutamaan berbakti kepada
kedua ibu bapa ini adalah pokok dari segala keutamaan yang wujud di dalam masyarakat.
Adalah mudah bagi anak-anak yang sudah biasa terdidik atas sikap berbakti dan
menghormati kedua ibubapanya untuk dididik dan diasuh supaya menghormati jiran
tetangga, guru-guru dan seterusnya menghormati manusia seluruhnya.

Yakin dengan keikhlasan menjaga mereka akan menjadi teladan yang baik untuk
anak.Tangan yang membelai dengan penuh kasih, pandangan mata yang menghantar
sinar kegembiraan, kata-kata yang manis dan wajah yang redha lahir dari hati yang
ikhlas. Begitulah gambaran ideal adab seorang anak. Tunjukkan kepada anak kita
begitulah cara melayan orang tua. Kelak mereka pasti akan terbiasa dengan ajaran itu.

10

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Barang siapa yang menziarahi kedua-dua
orang tuanya, maka Allah mencatat untuknya setiap langkahnya dengan 100 kebaikan
dan menghapuskan 100 kejahatan serta mengangkat untuknya 100 darjat, apabila dia
duduk di hadapan kedua-dua orang tuanya serta bercakap dengan perkataan yang baik,
maka kelak pada hari kiamat Allah s.w.t akan memberi kepadanya nur cahaya yang
memancar di hadapannya. Apabila dia kembali dari ziarahnya itu, maka kembalilah dia
dengan mendapat keampunan." (Hadis riwayat al-Bukhari daripada Abu Zar al-Ghifari).

Tetapi, jika layanan buruk yang diberi, rungutan dan kesalan yang selalu
didengar, adakah kita bersedia menerima perlakuan yang sama seperti itu daripada anak
kita sendiri nanti? Sesungguhnya Allah Maha Adil kepada hamba-Nya. Jika tidak dibalas
di dunia, pasti di akhirat balasan akan diterima. Yakin dengan pahala daripada
Allah.Kedudukan ibadat yang paling tinggi di sisi Allah adalah tidak menyekutukan-Nya
dengan sesuatu pun. Adakah anda tahu ibadat apakah yang kedudukannya sama tinggi
dengan yang pertama dalam pandangan Allah ini?

Sepertimana firman Allah yang mafhumnya: "Dan Tuhanmu telah memerintahkan
supaya kamu jangan menyembah selain Dia, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada
ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang daripada kedua-duanya atau
kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka jangan mengatakan
kepada mereka (perkataan kasar) sekalipun perkataan: "Ha" dan janganlah engkau
menengking dan menerjah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia
(bersopan santun)." (Surah al-Isra', ayat 23)

Ibnu Abbas menerangkan: Sesungguhnya ada tiga ayat dalam Al-Quran yang
tidak dapat dipisahkan satu sama lain dari sudut kewajipan mengamalkannya. Pertama
adalah perintah taat kepada Allah dan taat kepada Rasul, kedua-duanya tidak boleh
dipisah, mesti dilakukan bersama-sama dalam mentaatinya. Kedua perintah dirikanlah
11

solat dan tunaikanlah zakat. Ketiga adalah perintah bersyukur kepada Allah dan
bersyukur kepada kedua-dua ibu bapa. Kedua-duanya mesti dilaksanakan bersama tidak
boleh dipisah. Bersyukur kepada Allah tetapi tidak bersyukur kepada ibu bapa, ia tidak
akan diterima Allah. Kerana itu Rasulullah SAW bersabda: "Keredaan Allah berada
dalam keredaan orang tua dan kemurkaan Allah berada dalam kemarahan mereka."
(Hadis riwayat at-Tirmizi daripada Abdullah bin Amru bin 'Ash)

Berbakti kepada ibu bapa sama nilainya dengan pahala jihad. Sahabat Nabi SAW,
Abdullah bin Amru bin 'Ash berkata: "Pada suatu hari seorang lelaki menghadap
Rasulullah SAW, memohon izin untuk ikut berjihad bersama Baginda. Lantas Rasulullah
SAW bertanya kepada lelaki itu: "Adakah orang tuamu masih hidup?" Jawabnya: "Ya,
mereka masih hidup." Rasulullah SAW bersabda: "Dalam diri orang tuamu itulah
terdapat nilai jihad." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim). Betapa besarnya pahala
syahid kerana menjaga mereka, mengasihani dan memberi perlindungan kepada mereka.
Sesiapa yang melakukan kerja jihad ini, hendaklah dia tetap istiqamah sampai Allah akan
menentukan siapa yang paling beruntung itu.









12

2.3 HIKMAH BERADAB KEPADA IBU BAPA

Memang betul menjaga ibu bapa yang sudah lanjut usia memang banyak cabarannya.
Namun, Allah telah mengingatkan kita supaya sentiasa berbuat baik kepada ibu bapa
waima mereka lanjut usia sekali pun. Allah berfirman yang maksud-Nya: Dan Tuhanmu
telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dan
hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya,
atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka
janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan 'ah', dan janganlah
engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia.

Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih
sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana
mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil. (al-Isra: 23-24) Kita
bertanggungjawab berbakti kepada mereka. Tanggungjawab berbuat baik kepada mereka
boleh dikatakan lebih penting daripada berjihad pada satu-satu ketika.

Keutamaan berkhidmat kepada orang tua melebihi pahala jihad fisabilillah seperti
sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin
Mas'ud beliau berkata: "Saya bertanya kepada Nabi SAW. "Amalan apakah yang paling
disukai oleh Allah s.w.t? Baginda bersabda: "Solat pada waktunya, saya bertanya lagi:
Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbuat baik kepada kedua orang tua. Saya
bertanya: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjihad di jalan Allah." (Hadis riwayat
al-Bukhari dan Muslim)



13

Kebaikan Berbakti Kepada Kedua Ibu Bapa :-
a. Berkhidmat kepada kedua ibu bapa adalah lebih utama daripada keluar berjihad pada
jalan Allah.
b. Memberi khidmat kepada kedua ibu bapa pahalanya adalah menyamai pahala orang
yang mengerjakan haji, umrah dan jihad.
c. Berkhidmat kepada kedua ibu bapa akan meluaskan rezeki anak dan Allah akan
melanjutkan usianya.
d. Memandang kepada kedua ibu bapa dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang,
pahalanya sama dengan orang yang mengerjakan haji.
e. Syurga yang kita impikan terletak dibawah telapak kaki ibu, dengan keredhoaan ibu
barulah kita boleh menjejaki syurga Allah.
f. Kegembiran ibu bapa seiring dengan kegembiraan Allah sedang kemarahan keduanya
adalah seiring dengan kemurkaan Allah.
g. Berkhidmat kepada kedua ibu bapa adalah amalan yang paling mulia sekali diantara
ibadah-ibadah yang lain.

Datangnya perintah supaya anak-anak berbuat baik kepada ibu bapa dalam bentuk
hukum atau ketentuan dari Allah dengan makna perintah yang ditegaskan, selepas ada
perintah yang ditegaskan dengan makna ibadah kepada Allah. Firman Allah: kedua-
duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu. Perkataan al-Kibr (berumur
lanjut) membawa maksud telah lemah atau tua. Perkataan indaka (dalam
pemeliharaan mu) mempunyai makna yang sangat besar iaitu makna pergantungan dan
pengharapan ketika mereka telah tua dan lemah. Justeru sewajarnya ibu bapa yang telah
tua dan lemah berada dalam penjagaan, pemeliharaan dan pengawasan anak-anak mereka
indaka. Bukan dengan meletakkan ibu bapa di rumah orang-orang tua seperti yang
berlaku ke atas setengah ibu bapa pada zaman kita ini.
14

2.0 KESIMPULAN

Para ibubapa secara fitrahnya terdorong untuk menjaga dan memelihara anak-anak dan
berkorban apa sahaja demi mereka. Sama juga dengan sesuatu yang sedang membesar
menghisap yang hijau setiap makanan dengan penuh kesukaan kerana apabila ada
perasaan kasih yang bersemai. Anak burung yang kecil menghisap setiap makanan dalam
telur burung kerana ia berkulit. Begitulah anak-anak menghisap semua kesenangan, usaha
dan perhatian dari ibubapa. Justeru apabila keduanya telah lanjut usia, sekalipun anak-
anak mengabaikan mereka, kedua mereka tetap merasa bahagia.

Namun anak-anak begitu cepat melupai semua ini dan mendorong fikiran mereka
ke hadapan iaitu isteri dan zuriat. Demikianlah dorongan hidup, dan kemudian ibubapa
tidak perlu memaksa diri mereka menjaga anak-anak, tetapi anak-anak perlu kepada
menyemaikan emosi dan naluri mereka dengan kuat untuk mengingati hak generasi yang
lepas yang telah membelanjakan kesenangan, segala kesenangan demi anak-anak
sehingga mereka kekeringan. Berbuat baiklah kepada ibubapa kamu supaya anak-anak
kamu berbuat baik kepada kamu. Berbuat baiklah kepada ibubapa supaya nanti kamu
hidup dengan penuh kesetiaan dan ketenangan.







15

4.0 RUJUKAN

Vous aimerez peut-être aussi