Vous êtes sur la page 1sur 83

MODUL BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)



MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH








WAJ3115


(TESL)
SEKOLAH RENDAH










INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3,
BLOK 2200, PERSIARAN APEC,
CYBER 6, 63000 CYBERJAYA

Berkuat kuasa pada Jun 2011
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
KEPUJIANKEPUJIAN







Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Falsafah Pendidikan Guru

Panduan Pelajar
Pengenalan


Tajuk Pembelajaran
Tajuk 1 Fungsi Bahasa Melayu
1.0 Sinopsis
1.1 Hasil Pembelajaran
1.2 Kerangka Tajuk
1.3 Kandungan Isi
Bahasa Kebangsaan
Bahasa Rasmi
Bahasa Perpaduan
Bahasa Pengantar
Bahasa Ilmu
Bahasa Perdagangan

Tajuk 2: Konsep Budi Bahasa dalam Masyarakat
Melayu dan Malaysia
2.0 Sinopsis
2.1 Hasil Pembelajaran
2.2 Kerangka Tajuk
2.3 Kandungan Isi
Takrif Budi
Takrif Bahasa
Takrif Budi Bahasa
Ciri-ciri Budi Bahasa




!"#$%#&"#
'%!" )%*"+
ii
Tajuk 3: Kesantunan Bahasa Melayu
3.0 Sinopsis
3.1 Hasil Pembelajaran
3.2 Kerangka Tajuk
3.3 Kandungan Isi
Konsep Kesantunan
Kesantunan Verbal
Kesantunan Bukan Verbal (bahasa tubuh)

Tajuk 4: Sistem Sapaan
4.0 Sinopsis
4.1 Hasil Pembelajaran
4.2 Kerangka Tajuk
4.3 Kandungan Isi
Kata Panggilan dalam Keluarga
Kata Panggilan dalam Masyarakat
Protokol:
Panggilan Hormat dalam Majlis Rasmi

Tajuk 5: Gaya Bahasa
5.0 Sinopsis
5.1 Hasil Pembelajaran
5.2 Kerangka Tajuk
5.3 Kandungan Isi
Diksi
Metafora
Simile
Hiperbola
Personafikasi
Imejan
Paradoks
Simbol
Ambiguiti
Konotatif

iii
Denotatif
Bahasa sindiran dan kiasan
Peribahasa
Tajuk 5: Gaya Bahasa
6.0 Sinopsis
5.1 Hasil Pembelajaran
5.2 Kerangka Tajuk
5.3 Kandungan Isi

Tajuk 6: Laras Bahasa
6.1 Sinopsis
6.1 Hasil Pembelajaran
6.2 Kerangka Tajuk
6.3 Kandungan Isi
Konsep, Kepelbagaian dan Perbezaan Laras
Bahasa
Agama
Sains (perubatan, angkasa lepas,farmasi
dan lain-lain)
MatematikTeknologi (pertanian,
kejuruteraan, masakan dan lain-lain)
Kreatif
Media/Multimedia
Undang-undang
Ekonomi
Sukan
Politik

Tajuk 7: Wacana
7.1 Sinopsis
7.1 Hasil Pembelajaran
7.2 Kerangka Tajuk
7.3 Kandungan Isi
Konsep
Ciri Wacana
Jenis Wacana
Penanda Wacana
Keutuhan Wacana
iv

Tajuk 8: Wacana
8.1 Sinopsis
8.1 Hasil Pembelajaran
8.2 Kerangka Tajuk
8.3 Kandungan Isi
Analisis Kesilapan Tatabahasa
Sebutan
Ejaan dan Tanda Baca
Morfologi dan Sintaksis
Semantik

Bibliografi
Panel Penulis Modul
Ikon Modul


(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

!"#$%& ()*)%)
+,-)."
()*)%)
/,()#$%))#
()*)%) 0)%+&
()*)%)
1,01)2")#
()*)%)
1,#$)#3)0
()*)%) &-+"
()*)%)
1,02)$)#$)#

TAJUK 1 FUNGSI BAHASA MELAYU


SINOPSIS
Tajuk 1 menjelaskan fungsi Bahasa Melayu kepada pelajar, iaitu
sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan,
bahasa pengantar, bahasa ilmu dan bahasa perdagangan.

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:
1. menjelaskan kedudukan Bahasa Melayu mengikut perlembagaan;
2. menyenaraikan fungsi-fungsi Bahasa Melayu;
3. menyatakan definisi bagi setiap fungsi berkenaan.

KERANGKA TAJUK-TAJUK








KANDUNGAN ISI

Pengenalan
Bahasa Melayu telah memainkan peranan yang penting semenjak
zaman berzaman, iaitu sebelum kedatangan pengaruh Barat ke rantau
Melayu. Setelah merdeka, bahasa Melayu telah diangkat sebagai
bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara Malaysia. Perkara ini
termaktub dalam perkara 152 Perlembagaan Malaysia yang
(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

menyatakan bahawa Bahasa Kebangsaan Malaysia ialah bahasa
Melayu. Kemudian pada tahun 1967, bahasa Melayu telah diangkat
menjadi bahasa rasmi tunggal Malaysia. Oleh itu, bahasa Melayu
telah menjalankan dua tugas utama dalam aktiviti kebahasaan di
Malaysia, iaitu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.

Fungsi Bahasa Melayu

! Bahasa Kebangsaan
Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang diberikan fungsi untuk
menunjukkan identiti kebangsaan bagi sesebuah negara. Asmah Hj.
Omar (1993), mentakrifkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa
yang melambangkan identiti dan kedaulatan negara. Bahasa
kebangsaan dipilih daripada salah satu bahasa tempatan atau
bahasa peribumi yang dianggap mantap dan luas penggunaannya.
Selain itu, bahasa yang dipilih juga haruslah mempunyai ciri-ciri
kebangsaan negara berkenaan di samping berpotensi besar untuk
menyatupadukan pelbagai kaum yang tinggal dalam negara
tersebut. Contohnya di Malaysia, bahasa Melayu telah dipilih
sebagai bahasa kebangsaan disebabkan bahasa ini merupakan
bahasa tempatan dan telah lama digunakan sebagai alat
perhubungan dalam kalangan penduduknya. Walaupun bahasa-
bahasa lain seperti bahasa Cina dan bahasa Tamil dituturkan oleh
sebahagian rakyat Malaysia, namun bahasa tersebut tidak
memperlihatkan identiti kebangsaan bagi negara Malaysia kerana
bahasa-bahasa tersebut merupakan bahasa pendatang.

! Bahasa Rasmi
Bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan dalam urusan rasmi
dan pentadbiran kerajaan bagi sesebuah negara. Asmah Hj. Omar
(1993) berpendapat, bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan
(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

dalam situasi rasmi, yakni dalam urusan pemerintahan dan
pentadbiran, sisitem pendidikan negara, urusan perdagangan dan
perusahaan, upacara rasmi dan sebagainya. Bahasa rasmi tidak
semestinya bahasa kebangsaan kerana bahasa rasmi ini
penggunaannya semata-mata untuk tujuan tertentu yang tidak
perlu dikaitkan dengan nasionalisme. Pemilihan bahasa rasmi tidak
semestinya bahasa tempatan atau peribumi tetapi boleh dipilih
daripada bahasa asing. Contohnya, di Malaysia sebelum negara
mencapai kemerdekaan, bahasa Inggeris telah dijadikan bahasa
rasmi. Walau bagaimanapun, selepas negara merdeka fungsi
bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi telah diambil alih oleh
bahasa Melayu.





Layari laman web yang berkaitan. Dengan sokongan bahan
grafik, banding bezakan antara bahasa rasmi dengan
bahasa kebangsaan.

! Bahasa Perpaduan
Bahasa perpaduan ialah bahasa yang digunakan dalam sesebuah
negara bagi tujuan menyatupadukan masyarakat berbilang kaum
(majmuk). Ini bermakna bahasa Melayu adalah merupakan agen
penyatuan masyarakat. Bahasa Melayu juga menimbulkan
kecintaan dan semangat kebangsaan dalam kalangan masyarakat
menerusi fungsinya sebagai bahasa kebangsaan. Saat Md Yasin
(2007) menganggap bahawa penerimaan bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan oleh semua kaum di
Malaysia adalah suatu tanda bahawa mereka menerima konsep
bahasa Melayu sebagai bahasa yang dapat menyatupadukan
masyarakat Malaysia.


(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)





Penggunaan bahasa Melayu sebagai alat perpaduan sering
dilaungkan oleh kerajaan. Pada pendapat anda, kenapakah
perkara ini penting dalam kehidupan di Malaysia ?

! Bahasa Pengantar
Bahasa pengantar merupakan bahasa yang digunakan diperingkat
sekolah rendah hinggalah peringkat institusi pengajian tinggi. Pada
tahun 1981 iaitu melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan, bahasa
Melayu telah digunakan sebagai bahasa penghantar di semua
peringkat persekolahan. Manakala pada tahun 1983 pula, semua
kursus tahun pertama di universiti menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa penghantar. Penubuhan Universiti Kebangsaan
Malaysia pada tahun 1970 merupakan titik permulaan di mana
universiti ini telah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar tunggalnya. Menurut Siti Hajar Abd. Aziz (2008), segala
usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar yang peranannya untuk melahirkan bangsa Malaysia
yang mempunyai pemikiran yang tinggi tidak akan berjaya selagi
rakyat sendiri tidak dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik.

! Bahasa Ilmu
Bahasa ilmu ialah bahasa yang digunakan di sekolah-sekolah dan
institusi pengajian tinggi. Peranannya seiring dengan penekanan
terhadap budaya ilmu yang dilaungkan kerajaan. Ini bermakna
bahasa Melayu telah berada pada tahap yang tinggi dan seiring
dengan bahasa-bahasa utama lain. Sebagai bahasa ilmu, bahasa
Melayu perlu mempunyai perbendaharaan kata, istilah dan bahasa
yang sesuai agar dapat menghurai konsep kompleks dan abstrak.
Bagi mencapai tujuan ini bahasa Melayu perlu mempunyai dua ciri
utama iaitu keintelektualan bahasa dan kesempurnaan bahasa.
Menurut Siti Hajar Abd. Aziz (2008), keintelektualan bahasa dicapai
(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

melalui perkembangan perbendaharaan kata dan struktur
tatabahasa. Kesempurnaan bahasa pula dicapai melalui kestabilan,
kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan keindahannya.

! Bahasa Perdagangan
Bahasa perdagangan ialah bahasa yang digunakan dalam urusan
perdagangan melibatkan aktiviti tawar-menawar dan sebagainya.
Kadar penggunaan bahasa Melayu dalam perdagangan
bergantung pada sejauh mana penutur-penutur bahasa ini
menggunakannya dalam urusan perdagangan mereka. Sekiranya
banyak dalam kalangan mereka terlibat dalam urusan ini, maka
bahasa yang digunakan akan berkembang dan menjadi alat
komunikasi utama. Contohnya, bahasa Inggeris telah menjadi
pilihan utama para perdagang pada masa kini kerana besarnya
jumlah penutur yang menjalankan perdagangan dengan negara-
negara yang menggunakan bahasa Inggeris seperti Amerika
Syarikat, Kanada, Australia, New Zealand dan Britain.





Latihan 1 Dengan merujuk bahan multimedia dan
sokongan pengurusan grafik, huraikan pelbagai fungsi
bahasa Melayu di negara kita.





Rehatlah seketika sambil berbual-bual dengan rakan
sekuliah. Nikmati secawan kopi sebelum meneruskan latihan
seterusnya.





Latihan 2 Jelaskan bagaimana anda boleh memainkan
peranan anda sebagai pelajar, untuk merealisasikan fungsi
bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan di IPG anda.

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)







Hilangkan stres, minum-minum sambil hayati pantun.

Bagaimana tidak diikat,
Kain batik sama sujinya;
Bagaimana tidak diingat,
Orang baik bahasa budinya.

Apa dijual apa dibeli,
Mari sukat gantang Ali;
Bahasa tak boleh dijual beli,
Dari hidup sampai mati.






TAMAT








Rujukan:

Asmah Hj. Omar, (1993). Perancangan bahasa dengan rujukan
khusus kepada perancangan bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nuraini Yusoff et al., (2005). Bahasa Melayu untuk Pengurusan.
Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Saat Md. Yasin, (2007). Bahasa Kebangsaan A. Kuala Lumpur:
Pearson Prentice Hall.

Siti Hajar Abdul Aziz, (2008). Bahasa Melayu 1. Shah Alam:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.



(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)


TAJUK 2 KONSEP BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT
MELAYU DAN MALAYSIA


SINOPSIS
Tajuk 2 menjelaskan tentang konsep budi, bahasa dan budi bahasa
dalam masyarakat Melayu dan Malaysia kepada pelajar. Turut
dibincangkan ialah ciri-ciri budi bahasa.

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:
1. menjelaskan konsep budi, bahasa dan konsep budi bahasa;
2. menyenaraikan ciri-ciri budi bahasa;
3. menerangkan amalan budi bahasa masyarakat Malaysia.

KERANGKA TAJUK-TAJUK


KANDUNGAN ISI

Pengenalan
Perhubungan sosial dalam masyarakat Melayu khususnya Malaysia
diikat oleh perkongsian makna yang disimbolkan melalui bahasa,
gerak geri badan dan gabungan perlakuan dan sikap keseluruhannya.
Simbol ini dilambangkan dengan nilai-nilai yang perlu diamalkan oleh
Konsep Budi
Bahasa dalam
Masyarakat Melayu
dan Malaysia

Takrif Budi

Takrif Bahasa

Takrif Budi
Bahasa

Ciri-Ciri
Budi Bahasa
(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

seseorang apabila berdepan dengan alam sosialnya. Kegagalan
seseorang individu mengendalikan hubungan sosial ini akan
menyebabkan dia disingkirkan atau dipulaukan oleh masyarakatnya
sendiri. Sebaliknya, jika kita berkebol ehan menguasai hubungan
sosial ini dengan baik, maka kita akan dihormati dan berjaya dalam
hidup.

Apakah kayu ukur dalam membina hubungan yang luhur ini? Adakah
harta kekayaan atau budi bahasa? Budi bahasa tetap menjadi
keutamaan. Sebab itu ada bidalan: Biar buruk kain dipakai, asalkan
pandai membawa diri. Tetapi, semakin maju masyarakat, sistem budi
bahasa juga berubah, semakin tinggi tahap ekonomi, semakin
cenderung manusia untuk memandang ke atas. Walaupun budi
bahasa masih menjadi keutamaan, kalau ada harta lebih dihormati.
Namun, dalam apa jua keadaan budi dan bahasa adalah citra
masyarakat negara Malaysia.

Takrif Budi
Menurut Asma Abdullah (2009), budi ditakrifkan sebagai intelek atau
kebaikan. Budi adalah sebahagian daripada sistem etika orang
Melayu dan Malaysia yang mencerminkan peribadi dan asuhan
mereka, dan mempengaruhi cara mereka berhubungan dengan orang
lain. Perjalanan kehidupan harian dipandu oleh budi yang diwarisi
daripada generasi yang terdahulu seperti yang dicerminkan dalam
pantun Melayu berikut:
Pisang emas dibawa belayar,
masak sebiji di atas peti.
Hutang emas boleh dibayar,
hutang budi dibawa mati
Tegak rumah kerana sendi,
tegak manusia kerana budi.
(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

Profesor Dahlan dari Universiti Kebangsaan Malaysia telah meng-
gambarkan budi sebagai penguasaan rasa (rasa dalaman intuitif) ke
atas pemahaman yang rasional semata-mata. Budi menghendaki
manusia bersifat rasional tetapi dengan sensitiviti dan keprihatinan
yang sewajarnya terhadap rasa, adalah konsep kognitif. Rasional
membolehkan manusia mengawal dan mengeksploitasi alam semula
jadi dan dapat mengelak daripada dianggap sebagai tidak berhati
perut.

Menurut Noriati (2002), budi ialah akal, kebijaksanaan, perangai dan
akhlak yang baik. Pentakrifannya juga melibatkan perbuatan dan
tingkah laku yang baik. Tegasnya persoalan budi berkait rapat dengan
conscience, kesedaran, kata hati, perasaan, rasa, hati dan berhati
perut. Budi ialah satu keseluruhan sifat, sikap, pemikiran, pengucapan,
perlakuan dan akhlak yang menjelaskan persoalan dalaman manusia.
Jelasnya budi ialah pancaran nilai utama yang telah menetapkan
corak akhlak dan nilai manusia.

Kesimpulannya, seseorang yang berbudi ialah orang yang berilmu,
bijak, pandai, mengetahui, mengerti, berpengalaman dan berakal.
Berbudi menjadi keutamaan dalam proses sosialisasi dan
pembudayaan. Guru-guru memerlukan pembangunan budi yang
terpuji seperti ketulusan, kejujuran, intergriti, adil, amanah dan
akauntabiliti. Dengan ini, kita bukan sahaja mampu membentuk aspek
pembangunan luaran semata-mata, tetapi perlu memperbaiki aspek
dalaman yang dikenali sebagai aspek keperibadian untuk menjadikan
masyarakat sebagai suatu masyarakat yang benar-benar bertamadun.

Takrif Bahasa
Bahasa ialah suatu sistem simbol lisan yang arbitrari yang digunakan
oleh anggota sesuatu masyarakat bahasa untuk berkomunikasi dan
(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

berinteraksi sesama mereka berlandaskan kepada budaya yang
mereka miliki bersama. (Soenjono Dardjowidjojo,2007)

Selain itu, terdapat beberapa definisi yang mengungkapkan maksud
bahasa;
a. Bahasa adalah sistem yang arbitrari iaitu simbol bunyi bersuara
yang membenarkan semua orang dalam budaya itu ataupun
mereka yang mempelajari sistem budaya berkomunikasi
(Finocchiaro,1964).
b. Bahasa adalah sistem yang arbitrari bagi simbol bunyi bersuara
yang digunakan oleh manusia dalam berkomunikasi (Wardhaugh,
1972).
c. Menurut Kamus Linguistik (1997), bahasa adalah keupayaan fitrah
manusia yang berupa satu sistem lambang bunyi bersuara arbitrari
yang dipersetujui bersama oleh satu kelompok sosial dan
digunakan sebagai alat berinteraksi.
d. Bahasa ialah lambang pertuturan arbitrari yang digunakan oleh
masyarakat untuk berhubung. Bahasa sebagai satu sistem kognitif
manusia yang unik yang dapat dimanipulasikan oleh manusia bagi
menghasilkan sejumlah perkataan yang tidak terbatas untuk
berkomunikasi dan mengumpulkan ilmu pengetahuan (Mangantar
Simanjuntak, 1987)

Dalam konteks dunia pendidikan, Nik Safiah Karim (2002)
mengatakan bahawa penggunaan bahasa merujuk kepada kebolehan
pelajar memulakan, membina dan mengekalkan persahabatan serta
perhubungan dengan orang lain. Hasilnya pelajar dapat berinteraksi,
memberi pendapat, berunding, membuat pertimbangan, merujuk dan
berurus bagi mendapatkan maklumat dan perkhidmatan.

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

Dalam bidang maklumat, bahasa merujuk kepada keupayaan pelajar
memperoleh dan menyampaikan maklumat secara berilmu. Proses
mendapat maklumat adalah keupayaan pelajar memperoleh dan
menyampaikan maklumat serta ilmu. Maklumat boleh diterokai melalui
aktiviti mendengar, membaca dan mengakses maklumat daripada
multimedia. Akhirnya pelajar dapat memproses dan menyampaikan
maklumat.

Dalam bidang estetik pula, melalui bahasa pelajar dapat meni kmati
karya sastera dan melahirkan idea serta perasaan secara kreatif.
Fokus lebih kepada keupayaan pelajar menguasai aspek kebahasaan,
keindahan dan kehalusan bahasa. Bidang ini juga mementingkan
kenikmatan daripada hasil karya yang indah, melahirkan perasaan,
membuat apresiasi dan penghayatan.





Layari laman web yang berkaitan. Kemudian dapatkan
seberapa banyak maklumat tentang budi dan bahasa
masyarakat Malaysia. Dengan sokongan bahan grafik,
banding bezakan antara budi dan bahasa masyarakat
Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.


Takrif Budi Bahasa

Budi bahasa merupakan satu pendekatan budaya, komunikasi dan
hubungan yang ditekankan serta mengandungi unsur-unsur sopan santun,
menghormati tetamu atau pelanggan, menunjukkan sikap mesra
pelanggan dan merupakan satu elemen penting bagi meningkatkan
martabat budaya bangsa (Abd. Rahim Abd Rashid, 2006)

Budi bahasa ialah kebolehan menyampaikan simbol-simbol makna dalam
bentuk pertuturan iaitu satu bentuk komunikasi yang paling mudah
(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

difahami. Seseorang perlu berhati-hati apabila berkata-kata. Sesuai
dengan corak kehidupan masyarakat yang mementingkan pemeliharaan
maruah orang lain, aspek budi bahasa ini dititikberatkan. Perkara penting
bagi memelihara maruah orang lain adalah bijaksana dalam menuturkan
kata-kata. Bahasa yang dituturkan hendaklah kata-kata yang baik, penuh
kehalusan, tertib, mudah difahami dan sentiasa memuliakan orang lain.
Orang yang tidak berbudi bahasa dianggap berperangai rendah, tidak
berbudi dan dianggap biadap. Oleh itu, kemahiran berbahasa penting
dalam masyarakat Malaysia bagi memastikan wujudnya suasana harmoni
dalam kelompok.

Umumnya setiap gerak laku, tuturkata, tatacara hidup, pemikiran dan
perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi mahupun pergaulan
masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa. Konsep-konsep lain
yang berkaitan dan melengkapkan nilai budi bahasa termasuklah mulia,
adil, hormat, bijaksana, berani, mulia, setia, malu sabar dan sopan.





Kempen budi bahasa menjadi sebahagian daripada
agenda menyatupadukan masyarakat Malaysia berbilang
kaum. Pada pendapat anda, kenapakah perkara ini
penting dalam kehidupan masyarakat di Malaysia ?


Ciri-Ciri Budi Bahasa

1. Sifat Merendah Diri
Tidak menunjukkan perasaan bangga diri yang keterlaluan semasa
berkomunikasi. Lebih banyak mendengar daripada berbicara.

2. Bersifat Sabar
Kesabaran menjadi nilai yang dapat menyelesaikan segala masalah
hidup dengan beransur-ansur dan bijaksana.
(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

3. Bersikap Positif
Sentiasa memilih cara yang terbaik dengan menggunakan akal fikiran
yang positif.

4. Kesantunan Bahasa Apabila Berinteraksi
Melalui cara ini mereka akan menjadi mesra dan saling mengenal hati
budi masing-masing. Tatabahasa atau tatacara berbahasa harus
sesuai dengan norma budaya sesuatu masyarakat agar tidak timbul
kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pihak lain.

5. Tertib dan Bersopan santun.
Menunjukkan sikap menghormati orang lain, peramah, mesra dan
manis tutur kata. Boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat.





Latihan 1 Dengan merujuk bahan multimedia dan
sokongan pengurusan grafik, huraikan ciri-ciri budi bahasa
yang wujud dalam masyarakat Malaysia.





Rehatlah seketika sebelum meneruskan latihan
selanjutnya.


Latihan 2 Jelaskan dengan contoh bagaimana anda
boleh mengamalkan konsep berbudi bahasa dalam
kalangan pelajar Institut Pendidikan Guru yang terdiri
daripada pelbagai kaum.





(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)








Hilangkan stres seketika, sambil hayati pantun budi.
Perigi dikatakan telaga,
Tempat budak berulang mandi;
Emas merah ada harga,
Budi bahasa bernilai abadi.

Diribut runduklah padi,
Dicupak Datuk Temenggung;
Hidup kalau tidak berbudi,
Duduk tegak ke mari tanggung






TAMAT








Rujukan:

Abd. Rahim Abd Rashid. (2006). Agenda Perubahan
Pengurusan Sumber Manusia dan Kerjaya. Kuala
Lumpur: Utusan Publication and Dist.

Asma Abdullah. (2009). Ke Arah Glokal Dimensi Budaya
dalam Pengurusan Malaysia. Kuala Lumpur: Institut
Terjemahan Negara Malaysia.

Naffi Mat. (2009). Teknik Mengajar KOMSAS. Kuala
Lumpur: Penerbitan PTS.

Noriati dan Sanat. (2002). Persidangan Antarabangsa
Pengajian Melayu Beijing Ke-2. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.



(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)


TAJUK 3 KESANTUNAN BAHASA MELAYU


SINOPSIS
Tajuk 3 menjelaskan kesantunan bahasa Melayu kepada pelajar iaitu
konsep kesantunan, kesantunan verbal dan kesantunan bukan verbal
(bahasa tubuh).

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:
1. menjelaskan konsep kesantunan;
2. menyatakan takrif kesantunan verbal dan bukan verbal.
3. memberi contoh kesantunan verbal dan kesantunan bukan verbal
(bahasa tubuh).

KERANGKA TAJUK-TAJUK










KANDUNGAN ISI

Pengenalan
Kesantunan adalah merujuk kepada cara sapaan sama ada secara lisan
atau bertulis dalam bahasa Melayu. Cara sapaan tersebut diucap atau
(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

ditulis dengan sopan santun supaya pengucap atau penulis berkenaan
tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa. Dalam erti kata
lain kesantunan bermaksud kehalusan budi bahasa dalam memakai atau
menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa.

Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan
dan panggilan yang tersendiri. Sistem sapaan dan panggilan ini
melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama.
Kesantunan berbahasa juga mempunyai ciri-ciri yang tertentu.
Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus dalam
kesantunan agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan
keakraban hubungan. Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan
penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa
istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat,
bersiram, bersemayam, junjung kasih, mencemar duli dan sebagainya.
Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa.
Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan,
pangkat, umur dan keakraban hubungan.

Konsep Kesantunan
Kesantunan berbahasa ialah tatacara atau peraturan yang wujud dalam
berbahasa dan sering kali dilihat dalam interaksi antara individu semasa
berkomunikasi. Tatabahasa atau tatacara berbahasa harus sesuai dengan
norma budaya sesuatu masyarakat yang menggunakan bahasa tersebut.
Kesantunan bahasa sesuatu masyarakat sering kali dipenuhi oleh norma
budaya masyarakat tersebut. Bahasa yang digunakan bukan sahaja
mengambil kira bentuk atau pilihan kata tetapi turut menitikberatkan
sistem sapaan yang akan diguna pakai.

Selain itu, terdapat beberapa pendapat yang menjelaskan konsep dan
takrif kesantunan;
(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

(a) Abdull Sukor Shaari et al. (2003) mentakrifkan kesantunan sebagai
cara dan bentuk bahasa yang digunakan oleh seseorang itu
dengan penuh sopan, tidak biadap atau kurang ajar. Ia
merangkumi aspek-aspek seperti pemilihan kata yang digunakan
ketika bertegur sapa (bahasa sapaan), nada, gerak laku dan gaya
yang digunakan ketika berkomunikasi.
(b) Noresah Baharom et al. (2000) mendefinisikan kesantunan sebagai
perihal santun, kesopanan, kehalusan (budi bahasa dan budi
pekerti).
(c) Amat Juhari Moain (1992), pula berpendapat kesantunan
berbahasa adalah kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan
bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan.
Bahasa yang digunakan penuh dengan adab tertib, sopan santun
dan mengandungi nilai-nilai hormat yang tinggi.
(d) Menurut Asmah Hj. Omar (2000) pula, kesantunan melibatkan
kesedaran peranan, taraf sosial, kuasa dan kepatuhan mengawal
perbincangan dan menjaga air muka. Air muka berasaskan maruah
dan martabat itu berbeza dengan bahasa tubuh berasaskan
keinginan mencapai sesuatu.
(e) Noriati A. Rashid (2005) mentakrifkan kesantunan sebagai
penggunaan kata-kata yang sesuai, tidak menimbulkan konflik, dan
sentiasa menjaga air muka pendengar.

Oleh itu, kesantunan berbahasa bermaksud kesopanan dan kehalusan
bahasa ketika berkomunikasi, sama ada secara lisan atau bertulis.
Kesantunan juga merujuk kepada maksud timbang rasa yang diberikan
kepada pihak yang mendengar perkara yang diperkatakan atau terhadap
apa-apa yang ditulis. Sehubungan dengan kesantunan orang Melayu,
mereka memandang tinggi terhadap budi bahasa. Orang yang berbudi
bahasa, berbudi mulia dan sopan dalam berbahasa diberi nilai yang
(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

sangat tinggi. Orang yang tidak berbudi bahasa dan bercakap dengan
tidak sopan dianggap berperangai rendah.





Layari laman web berkaitan. Dengan sokongan bahan
grafik, senaraikan ciri-ciri kesantunan bahasa.


Kesantunan Verbal
Kesantunan verbal bermaksud komunikasi lisan. Berkomunikasi jenis ini
banyak digunakan dalam kalangan individu yang berlaku setiap hari. Hal
ini kerana kita sentiasa berhubung dengan orang lain samada bertujuan
untuk melahirkan pendapat atau perasaan kita. Perhubungan antara kita
dengan orang lain itu melalui proses komunikasi secara verbal. Dengan ini
dapatlah kita berkongsi atau bertukar-tukar fikiran, idea, maklumat dan
perasaan dengan orang lain.

Proses penyampaian maklumat yang berkesan akan memudahkan
penyampaian dan penerimaan maklumat. Komunikasi akan menjadi lebih
menarik dan berkesan apabila kesantunan verbal diamalkan dalam
percakapan. Dalam masyarakat Melayu kesantunan berbahasa sangat
penting kerana bahasa melambangkan kehalusan budi, kesopanan, dan
tingkah laku penutur dan masyarakat bahasa tersebut. Kesantunan verbal
berkait rapat dengan sistem sapaan dan protokol. Kedua-dua tajuk ini
akan dihuraikan dalam tajuk empat nanti.

Kesantunan Verbal dan Persekitaran Guru
! Kesantunan Menggunakan Telefon
Semasa menjawab telefon
Jawab tiap-tiap panggilan dengan ucapan selamat diikuti oleh
nama organisasi, nama pejabat atau nama sendiri dengan nada
(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

suara yang ramah sebaik sahaja anda mengangkat gagang telefon.
Contohnya:
(a) Hello ... Selamat pagi, Unit Stor IPG Kampus Raja Melewar.
Puan Nadia bercakap. Boleh saya bantu?
(b) Hello ... Selamat tengahari, Pusat Sumber IPG Kampus Raja
Melewar. Puan Masitah bercakap. Boleh saya bantu?
(c) Hello ... Selamat Petang, Unit LDP JPNS. Puan Normala
pegawai bertugas sedia membantu.

Semasa membuat penggilan
Selepas ungkapan hello, mulakan dengan buat semakan untuk
mempastikan tempat yang dihubungi dan nama pegawai betul.
Kemudian perkenalkan diri dan organisasi yang diwakili. Contoh:
(a) Hello Unit Stor, Puan Masita dari Pusat Sumber. Boleh saya
bercakap dengan Puan Nadia? . Terima kasih.
(b) Hello Unit Pentadbiran. Saya Puan Nurul dari Unit Bahasa
Inggeris. Izinkan saya bercakap dengan Puan Faezah ? .
Terima kasih.

! Kesantunan bahasa di kaunter
Bahagian di hadapan kaunter adalah tempat di mana orang ramai
berkumpul untuk mendapatkan makluman dan perkhidmatan. Justeru
petugas perlu senyum dan bertanyalah dengan bahasa yang
bersantun. Contoh:
Selamat pagi encik/puan, boleh saya bantu?
Terima kasih, jumpa lagi.

! Kesantunan bahasa di pintu masuk
Imej sesebuah organisasi bermula dari pintu masuk. Walaupun
petugas di pondok pengawal dikendalikan syarikat swasta, bimbinglah
mereka untuk bertutur dengan penuh kesantunan. Contoh:
(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

(a) Selamat pagi encik, boleh saya bantu?
(b) Sila tinggalkan lesen memandu encik di sini. Terima kasih.
(c) Maaf encik, hanya kenderaan yang mempunyai pelekat rasmi
sahaja dibenarkan masuk.
(d) Ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu? Terima kasih encik/puan.
Selamat jalan..

! Kesantunan bahasa di tempat letak kereta
Contoh:
(a) Maaf encik/puan, di sini tidak dibenarkan meletakkan kenderaan.
(b) Mohon alihkan kenderaan ke tempat meletak kereta di sana.
(c) Maaf Encik/Puan, hanya kereta berpelekat sahaja dibenarkan
masuk.





Buat rujukan di perpustakaan. Dapatkan seberapa banyak
maklumat tentang kesantunan verbal. Kemudian buat peta
minda untuk memudahkan pemahaman.


Kesantunan Bukan Verbal (bahasa tubuh)
Istilah bukan verbal ialah istilah popular untuk beberapa istilah lain
seperti nonverbal, BL (body language), bahasa badan dan bahasa
tubuh. Bahasa tubuh ialah bahasa komunikasi bukan lisan yang
melibatkan isyarat tangan, air muka, dan gerakan badan. Bahasa ini
sangat penting kerana dapat menyampaikan mesej yang sukar dilahirkan
melalui pertuturan atau tulisan. Komunikasi melalui bahasa tubuh ini
mampu menggambarkan emosi, personaliti, tujuan, dan status sosial
seseorang individu. Selain itu, komunikasi lisan yang disepadukan dengan
bahasa tubuh akan lebih berkesan kerana dapat menterjemah maksud
yang hendak disampaikan dengan jelas. Menurut Abdullah Hassan dan
Ainon Mohd. (1999) apa yang disebut bahasa badan (bahasa tubuh)
termasuklah perhubungan ruang dari jarak, orientasi masa, gerak-geri,
(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

roman (rupa) muka, gerak mata, sentuhan, suara dan kadar kelajuan kita
bercakap.

Dengan membaca bahasa tubuh, kita dapat mengetahui sama ada mesej
yang diperkatakan itu dapat diterima secara positif atau sebaliknya. Ada
empat jenis pergerakan anggota badan manusia yang menyumbang
kepada pelaksanaan bahasa tubuh, iaitu:

! Gerak Anggota Badan
Peranan gerak anggota badan penting dalam komunikasi tanpa lisan.
Oleh itu, pergerakan anggota badan dapat menyampaikan mesej
secara lebih berkesan semasa proses berkomunikasi berlaku.
Biasanya pergerakan anggota badan perlulah sejagat dan boleh
difahami oleh semua orang sebelum berkomunikasi. Contohnya:
Menggelengkan kepala bermaksud tidak setuju atau berminat.
Membesarkan kelopak mata bermaksud geram atau marah.
Hentak kaki untuk maksud penegasan, larangan dan lain-lain.

! Gerakan Mata
Gerakan mata mempunyai makna tertentu dalam komunikasi tanpa
lisan. Contohnya:
Mata yang bergerak ke sana ke mari menunjukkan tidak berminat
Mata dan dahi berkerut, menunjukkan minat tetapi tidak percaya
Mata berkelip lebih laju daripada biasa menunjukkan dia berdusta
Tidak memandang mata semasa bercakap, menunjukkan berminat
tetapi malu atau tidak tenteram perasaannya.

! Gerakan Tangan
Gerakan tangan mempunyai maksud sejagat yang difahami oleh
kebanyakan orang tanpa mengira latar belakang budaya. Gerak
(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

tangan yang digunakan bersama-sama bahasa lisan dapat
mengukuhkan keberkesanan komunikasi yang berlaku. Contohnya:
Isyarat gerakan tangan yang digunakan menggunakan gaya
tersendiri semasa berpidato untuk menyampaikan maksud tertentu.
Meletakkan jari telunjuk di depan mulut yang bermaksud diam.
Menggenggam tangan menunjukkan maksud geram atau amaran.
Semasa bercakap, seseorang gemar menggunakan tangan untuk
menggambarkan sesuatu yang ingin disampaikan.

! Memek Muka
Memek muka mempunyai pelbagai maksud tersirat yang dapat
diterjemah maknanya dalam komunikasi tanpa lisan. Memek muka
dapat menyatakan emosi, kehendak dan harapan seseorang. Riak air
muka juga dapat menambat hati seseorang untuk bertindak balas
terhadap seseorang. Contohnya:
Berdasarkan memek muka orang yang sedang berinteraksi dengan
kita, lazimnya kita akan mengetahui maklumat tersurat dan tersirat.
Memek muka juga menggambarkan keperibadian seseorang
seperti lemah-lembut, bengis atau penyayang.
Memek muka juga menggambarkan perasaan sebenar penutur
semasa berinteraksi seperti sedih atau gembira.





Latihan 1 Dengan merujuk bahan multimedia, jelaskan
bagaimana kesepaduan bahasa lisan dan bahasa tubuh
dalam komunikasi dapat memberikan pemahaman yang
lebih mendalam antara pemberi dengan penerima mesej.






Rehatlah seketika sebelum meneruskan latihan
seterusnya.

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)






Latihan 2 Dengan sokongan bahan grafik, banding
bezakan pelbagai jenis fungsi anggota badan yang terlibat
dengan kesantunan bukan verbal.





Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.






TAMAT








Rujukan:

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1999). Komunikasi Untuk
Guru. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors
Sdn. Bhd.

Abdull Sukor Shaari et al. (2003). Bahasa Melayu
Komunikasi. Bentong: PTS Publications.

Amat Johari Moain. (1992). Panduan Utamakanlah
Kesantunan Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Noresah Baharom et al. (2000). Kamus Dewan Edisi Ketiga.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noriati A. Rashid. (2005, Jun). Konsep kesantunan dalam
masyarakat Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu,
Jilid 3 Bil. 1: 112-128.


WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1


24


TAJUK 4 SISTEM SAPAAN DAN PROTOKOL


SINOPSIS
Tajuk 4 menjelaskan sistem sapaan bahasa Melayu kepada pelajar
iaitu kata panggilan dalam keluarga dan kata panggilan dalam
masyarakat serta panggilan hormat dalam majlis rasmi.

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:
1. menjelaskan sistem sapaan dalam masyarakat Melayu;
2. menyatakan kata panggilan dalam keluarga dan masyarakat;
3. memberi contoh panggilan hormat dalam majlis rasmi.

KERANGKA TAJUK-TAJUK








SISTEM
SAPAAN

KATA PANGGILAN
DALAM
KELUARGA

KATA PANGGILAN
DALAM
MASYARAKAT

PROTOKOL
PANGGILAN DALAM
MAJLIS RASMI
WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1


25


KANDUNGAN ISI

a. Bahasa Sapaan

Apakah maksud bahasa sapaan ?

Dalam komunikasi seharian , seseorang itu akan menggunakan perbendaharaan
kata tertentu dan berbeza-beza semasa berkomunikasi dengan orang lain.
Penggunaan perbendaharaan kata yang salah, sama ada disengajakan ataupun
tidak, boleh mengakibatkan terjadinya salah faham, pertengkaran ataupun
menjatuhkan air muka kawan yang dilawan bercakap.

Masyarakat menggunakan perbendaharaan kata serta ungkapan yang dikatakan
bahasa sapaan dengan betul dan sesuai mengikut konteks semasa
berkomunikasi. Bahasa sapaan itu pula berkait rapat dengan kata ganti nama
diri. Penggunaannya juga mesti sesuai dengan struktur masyarakatnya. Ada
ketikanya, bahasa sapaan mengambil alih bentuk kata ganti diri untuk
memuliakan seseorang yang dilawan bercakap.

Kesimpulannya, Bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan rujukan
mengikut situasi dan konteks yang sesuai. Kesalahan penggunaan kata sapaan
ini boleh menimbulkan hubungan yang tidak harmoni di antara penutur dan
pendengar. Ini disebabkan kata-kata ini membawa implikasi yang berbeza
apabila digunakan dalam situasi yang berlainan. Kata sapaan ini juga berfungsi
untuk memperlihatkan kesopanan seseorang dalam menggunakan bahasa
tersebut. Situasi formal dan tidak formal mempunyai system sapaannya
tersendiri dan setiap penutur tidak sewajarnya mencampuradukkan penggunaan
kata-kata tersebut sesuka hati. Hal ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat
Melayu adalah bersopan-santun atau berbudi bahasa.

b. Kata Ganti Diri dan Sapaan dalam Keluarga

Penggunaan nama-nama panggilan kekeluargaan dan bahasa sapaan
mencerminkan kedudukan seseorang itu dalam susunan kekeluargaan serta
kedudukannya dalam masyarakat amnya.

Keluarga Sedarah

Keluarga sedarah ialah keluarga yang terdiri daripada saudara-saudara sedarah
dalam beberapa generasi. Kata ganti diri dalam sesebuah keluarga sedarah
ditentukan melalui pertalian darah keluarga asas, keluarga suku/ perut dan
keluarga turun-temurun.



WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1


26

i. Keluarga asas


PANGGILAN


KEDUDUKAN DALAM KELUARGA

Bapa, ayah, abah, bapak, ba,
walid


Ketua keluarga lelaki

Emak, mak, ibu, bu, umi, encik,
wan


Ketua keluarga perempuan



PANGGILAN


KEDUDUKAN DALAM
KELUARGA

CARA MENYEBUT
Long Anak sulung / anak pertama Bang Long, Kak long
Ngah Anak kedua Bang Ngah, Kak Ngah
Lang Anak ketiga Bang Lang, Kak Lang
Uda Anak keempat Bang Uda, Kak Uda
Andak Anak kelima Bang Andak, Kak Andak
Teh Anak keenam Bang Teh, Kak Teh
Busu Anak Bongsu / anak terakhir Busu, Kak Su



PANGGILAN


KEDUDUKAN DALAM
KELUARGA

CARA MENYEBUT

Abang

Ahli lelaki yang tua dalam
keluarga

Abang serta nama
Contoh : Abang Ali atau
Bang Li


Kakak


Ahli perempuan yang tua dalam
keluarga

Kakak serta nama
Contoh : Kakak Fatimah
atau
Kak Timah


Adik

Ahli lelaki / perempuan yang muda
dalam
keluargu

Adik serta nama
Contoh : Adik Rozita atau
Adik Ita
Adik Azlan atau Adik Lan




WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1


27

ii. Keluarga Suku / Perut

Keluarga suku atau keluarga perut terdiri daripada ahli-ahli keluarga sebelah ibu
atau bapa dalam keluarga asas. Kata ganti diri atau bahasa sapaan bagi ahli-
ahli dalam keluarga jenis ini, sama ada bapa atau emak saudara daripada
sebelah bapa atau emak, adalah berdasarkan bahasa sapaan yang digunakan
dalam keluarga asas juga.


KELUARGA ASAS

KELUARGA SUKU / PERUT

Bang Long / Kak Long Pak Long / Mak Long
Bang Ngah / Kak Ngah Pak Ngah / Mak Ngah
Bang Lang / Kak Lang Pak Lang / Mak Lang
Bang Uda / Kak Uda Pak Uda / Mak Uda
Bang / Kak Andak Pak Andak / Mak Andak
Bang Teh / Kak Teh Pak Teh / Mak Teh
Bang Busu / Kak Su Pak Busu / Mak Busu



PANGGILAN


GELARAN

CARA MENYEBUT
Abang sepupu Sepupu selari lelaki Abang + nama
Contoh : Abang Ali

Kakak sepupu Sepupu selari perempuan Kakak + nama
Contoh : Kak Lili

Bapa saudara
sepupu
Sepupu lelaki kepada ibu atau
bapa

Sama seperti
panggilan kepada
saudara kandung
sebelah ibu atau bapa.
Contoh : Pak Ngah
atau Pak Ngah Salim

Emak saudara
sepupu
Sepupu perempuan kepada ibu
dan bapa

Sama seperti
panggilan kepada
saudara kandung
sebelah bapa atau
emak.
Contoh : Mak Lang
atau Mak Lang Kiah

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1


28


PANGGILAN


GELARAN

CARA MENYEBUT
Anak sepupu Anak saudara sepupu ( lelaki /
perempuan)
Bahasa sapaan nama (
tidak mengira umur )
Contoh : Milah,
Ahmad

Cucu saudara Cucu saudara lelaki / perempuan Bahasa sapaan nama (
tidak mengira umur)
Contoh : Amin ,
Hasnah

iii) Keluarga Turun-temurun

Keluarga turun-temurun ialah keluarga keturunan daripada satu
generasi kepada satu generasi yang lain iaitu anak, cucu, baka zuriat
( Teuku Iskandar, 1970: 1304 )

PANGGILAN

GELARAN CARA
MENYEBUT
Onyang,
moyang

Generasi yang lebih tua sama
ada lelaki/ perempuan
Moyang , onyang
Datuk, tok, tok
wan

Generasi lelaki sebelum
keluarga asas
Datuk, tok , tok
wan
Mak tok, nenek,
opah, wan

Generasi perempuan
sebelum keluarga asas
Mak tok, nenek,
opah, wan
Datuk saudara Saudara kandung
lelakisebelah datuk dan
nenek
Datuk, tok
Nenek saudara Saudara kandung perempuan
sebelah datuk dan nenek

Nenek, nek, datuk,
tok

Cucu

Cucu lelaki / perempuan
Nama cucu itu
sendiri atau
panggilan keluarga
yang diberikan
kepada cucu itu.
Contoh :
Bang Long
Bang Ngah


WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1


29

b. Keluarga Semenda

Keluarga semenda ialah keluarga yang pertalian kekeluargaannya
terbentuk menerusi perkahwinan.

PANGGILAN GELARAN CARA
MENYEBUT

Ayah/ emak
mertua

Ibu bapa kepada suami atau
isteri


Ayah, bapak/ ibu,
emak

Anak menantu

Suami atau isteri kepada
anak sendiri


Memanggil nama
anak menantu
tersebut


Ipar

Abang/ adik suami atau isteri


Abang serta nama
Contoh: Abang Ali
Panggilan
Keluarga
Contoh : Bang
Long
Panggilan
keluarga serta
nama : Alang
Hamid
Untuk adik
dipanggil nama
sahaja
Contoh : Salleh


Ipar-duai / ipar-
lamai

Sepupu suami atau sepupu
isteri

Sama seperti kata
sapaan bagi
panggilan ipar.


Biras

Suami / isteri kepada abang /
kakak / adik ipar


Sama seperti kata
sapaan bagi
panggilan ipar

Suami / isteri


Pasangan suami isteri

Memanggil nama
( panggilan untuk
isteri)
Sayang
WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1


30

PANGGILAN GELARAN CARA
MENYEBUT
Yang
Abang ( panggilan
untuk suami )
Mengikut
panggilan dalam
keluarga
Contoh: Along,
Andak
Ayah/ abah atau
emak diikuti
dengan nama
anak.
Contoh : Ayah
Lizanya
Mak
Lizanya



c. Keluarga Angkat

Keluarga angkat ialah keluarga yang diakui seperti keluarga sendiri.
Anak angkat boleh dibahagikan kepada tiga:

i) Anak angkat benar

Anak angkat benar ialah anak angkat yang tiada pertalian
darah langsung dengan keluarga yang memeliharanya, tetapi
dipelihara seperti anak kandung sendiri. Bahasa sapaan yang
digunakan sama dengan bahasa sapaan dalam keluarga
sedarah.

ii) Anak angkat panggilan

Anak angkat panggilan ialah anak yang tidak ada pertalian
darah dengan keluarga asas tetapi dianggap sebahagian
keluarga sendiri. Contohnya, seseorang yang merantau. Oleh
sebab kemesraannya dengan sesebuah keluarga jadilah dia
anak angkat keluarga itu. Anak angkat ini akan memanggil
ketua keluarga lelaki sebagai pak cik dan perempuannya ialah
mak cik.



WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1


31

iii) Anak angkat sementara

Seseorang anak yang tiada pertalian darah tetapi tinggal
bersama keluarga angkat untuk satu jangka masa tertentu
dengan tujuan tertentu dipanggil anak angkat sementara.
Contohnya, projek anak angkat.
Bahasa sapaan yang digunakan sama dengan bahasa sapaan
bagi keluarga sedarah.

d. Kata Ganti Diri dan Sapaan dalam Masyarakat

Masyarakat Melayu menggunakan satu sistem tertentu dan teratur
apabila menyapa atau membuat panggilan terhadap seseorang ahli
masyarakat. Kata ganti diri dan sapaan di luar keluarga juga
digunakan berdasarkan kepada faktor umur, pangkat atau status
dalam masyarakat.

i) Kata ganti diri dan sapaan berdasarkan umur dalam pergaulan
biasa

HUBUNGAN UMUR KATA GANTI DIRI

Erat

Lebih tua daripada penutur /
separuh umur


Pak, pak cik, mak,
mak cik


Lebih erat

Lebih tua daripada penutur /
separuh umur

Pak cik + nama
Pak + nama
Contoh : Pak Man

Mak cik + nama
Mak + nama
Contoh : Mak
Munah


Kurang rapat

Jauh lebih tua daripada penutur

Tok + nama
Contoh : Tok Man


Rapat

Jauh lebih tua daripada penutur

Tok + gelaran
pangkat dalam
keluarga
Contoh : Tok Cik

Nek + gelaran
pangkat dalam
keluarga
Contoh : Nek Ngah
WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1


32


Rapat

Lebih tua daripada penutur

Abang + nama
Contoh : Abang
Zaki

Kak + nama
Contoh : Kak Tijah


Rapat

Lebih muda daripada penutur

Nama sahaja ( jika
diketahui namanya)
Kalau tidak tahu
digunakan panggilan
adik sahaja.


Rapat

Sebaya

Nama sahaja


Kurang rapat


Sebaya

Saudara ( lelaki )
Saudari (
perempuan)
ii) Bahasa sapaan berdasarkan pangkat atau status seseorang
dalam masyarakat.

Status merupakan faktor penting dalam penentuan bahasa sapaan.
Dalam pergaulan seharian terdapat sekatan-sekatan sosial tertentu antara
ahli masyarakat itu. Contohnya, sekatan pangkat dalam pekerjaan atau
kedudukan sosial.

Dalam bentuk sapaan yang berdasarkan pangkat atau status
seseorang itu, pembahagian dibuat seperti berikut:

a. Gelaran pergaulan tak sengaja
b. Gelaran warisan
c. Gelaran kurniaan kerajaan
d. Gelaran kurniaan ikhtisas
e. Gelaran keagamaan
( Asmah Hj. Omar, 1982)

a. Gelaran Pergaulan Tak Sengaja ( formal)

Pergaulan tak bersahaja ( formal ) dimaksudkan sebagai pergaulan
yang menunjukkan adanya sekatan sosial tertentu sama ada sekatan
pangkat dalam pekerjaan atau kedudukan sosial, atau sekatan sosial
disebabkan si penyapa tidak begitu kenal antara satu sama lain.


WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1


33


Kata ganti diri
sapaan


Orang yang ditujukan

Tuan

Orang yang mempunyai kedudukan yang lebih
tinggi daripada penutur ( dari segi status pekerjaan
)

Dirujuk kepada orang yang menjadi Pengerusi
Majlis.
Contoh : Tuan Pengerusi Majlis

Digunakan bersama nama / jenis jawatan
Contoh : Tuan Pengetua

Orang yang menjawat jawatan kadi, imam, hakim,
doktor.
Contoh : Tuan Hakim

Digunakan sebagai rujukan hormat kepada hadirin
lelaki dalam sesuatu upacara rasmi.
Contoh : Tuan-tuan sekalian

Pemilik harta.
Contoh : Tuan rumah, Tuan tanah, Tuan kedai

Orang yang bergelar seperti Haji, Profesor
Contoh : Tuan Haji Shukor, Tuan Profesor

Encik

Orang lelaki yang mempunyai status yang lebih
tinggi daripada penutur

Orang lelaki yang baru dikenali dan difikirkan
mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada
penutur.


Puan

Orang perempuan yang sudah berkahwin

Orang perempuan yang memegang jawatan
Contoh : Puan Pengetua

Pengerusi sesuatu upacara atau majlis
Contoh : Puan Pengerusi

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1


34

Rujukan hormat kepada hadirin wanita dalam
sesuatu upacara rasmi
Contoh : Puan-puan sekelian


Cik

Orang perempuan yang belum berkahwin

Orang perempuan yang berjawatan lebih tinggi
daripada penutur

Saudara ( lelaki)/
Saudari
(perempuan)


Orang yang baru dikenali

Kaki tangan bawahan atau setaraf dengan penutur

Sebagai rujukan kepada hadirin dalam sesuatu
majlis

Digunakan dalam mesyuarat dan majlis
perdebatan



b. Gelaran Warisan

Gelaran warisan merupakan gelaran yang diwarisi oleh seseorang sejak
kelahirannya seperti:

GELARAN / BAHASA SAPAAN

Tengku, Raja ( Engku)
Engku
Megat ( Encik Megat)
Syed ( Tuan Syed )
Wan ( Encik Wan / Cik Wan)
Nik ( Pak Nik )
Abang ( Sarawak)
Abang (Brunei)
Dayangku ( Brunei)

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1


35

c. Gelaran Kurniaan Kerajaan

Gelaran kurniaan kerajaan adalah gelaran yang dianugerahkan oleh
kerajaan dari semasa ke semasa kepada individu yang dianggap
berjasa.

GELARAN

BAHASA SAPAAN


Tun
Toh Puan
Tan Sri
Puan Sri
Datin Paduka


Gelaran ini tidak perlu diberi rujukan Tuan, Puan ,
Encik atau Cik kecuali mereka mempunyai gelaran
lain seperti Doktor , Profesor , Tengku , atau Haji.
Contoh : Tun Dr. Ismail
Tan Sri Tengku Ahmad

d. Gelaran Kurniaan Ikhtisas

Gelaran kurniaan ini diperoleh kerana kejayaan seseorang dalam bidang
akademik atau ikhtisas, juga dikenali sebagai gelaran profesional.


GELARAN

BAHASA SAPAAN

Profesor
Doktor
Cikgu
Ustaz

Bentuk panggilan serupa dengan gelaran
ikhtisas yang ada pada mereka.
Contoh : Seseorang guru agama dipanggil Ustaz

Kata sapaan Tuan / Puan boleh diletakkan
sebelum gelaran Profesor dan Doktor.
Contoh : Tuan Doktor, Puan Profesor


e. Gelaran Keagamaan
Dalam masyarakat Melayu yang beragama Islam, terdapat beberapa
gelaran bersesuaian dengan kedudukan mereka dalam hal keagamaan.
GELARAN BAHASA SAPAAN
Haji

Hajah


Imam

Lebai
Tuan Haji / Pak Haji Osman

Puan Hajah / Mak Hajah Esah
Cik Haji ( bagi lelaki / perempuan )

Tuan Imam

Pak Lebai

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1


36

Protokol

Komunikasi protokol melibatkan penggunaan kata sapaan , adab
berbual, penggunaan bahasa istana dan panggilan hormat.
Panggilan hormat yang dikuatkuasakan penggunaannya dalam
ucapan rasmi atau pengacaraan bagi sesuatu majlis adalah
berdasarkan :

Gelaran Diraja
Gelaran Turun temurun
Gelaran Kurniaan Darjah Kebesaran
Gelaran Kurniaan Ikhtisas
Gelaran Keagamaan

Protokol Panggilan Hormat


Sultan / Raja / Yang Dipertuan Besar, Yang memerintah

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong
Duli Yang Maha Mulia Tuanku .( nama )
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku .( nama )
Duli Yang Maha Mulia Sultan .( nama )
Duli Yang Maha Mulia Almutawakkil Alallah ( nama )
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan .. ( nama )


Yang Dipertua Negeri / Perwakilan Negara negara Asing /
Duta Besar / Duta / Pesuruhjaya Tinggi


Tuan Yang Terutama



Raja Muda / Tengku Mahkota / Raja Di- Hilir Perak


Duli Yang Teramat Mulia Tuanku ( nama )
Duli Yang Amat Mulia Tuanku ( nama )
Yang Amat Mulia Undang ( nama )
Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku ..(
nama )

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1


37




Perdana Menteri / Timbalan Perdana Menteri/ Menteri
Besar / Ketua Menteri/ Menteri-menteri/ Timbalan Menteri/
Pegawai Tinggi Kerajaan Negeri/ Pegawai/ Kaki tangan
Kerajaan


Yang Amat Berhormat
Yang Amat Berhormat Mulia
Yang Berhormat
Yang Berhormat Mulia
Tuan Yang Dipertua
Yang Mulia Tuan Yang Dipertua
Yang Berhormat Senator
Yang Berhormat Mulia Senator


Tun/ Toh Puan/ Kerabat Diraja/ Syed/ Syarifah

Yang Amat Berbahagia
Yang Amat Mulia
Yang Mulia


Ketua Hakim Negara/ Hakim Besar/ Hakim
Yang Amat Arif Tuan Ketua Hakim Negara
Yang Amat Arif Tengku..
Yang Arif Tuan Hakim Besar/ Tuan Hakim


Tan Sri/ Puan Sri/ Datuk Seri/ Datin Seri/ Datuk Patinggi/
Datin Patinggi/ Datuk/ Datuk Amar/ Datin/ Datin Paduka

Yang Berbahagia
Yang Mulia ( untuk kerabat diraja )


Mufti/ Kadi/ Haji/ Hajah
Yang Berbahagia Tuan Mufti
Sahibussamahah Tan Sri/ Datuk Mufti ..( nama )
Yang Mulia ( kerabat diraja )
Yang Mulia Tuan Haji
Yang Mulia Puan Hajah
WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1


38



Ketua Pengarah/ Pengarah/ Setiausaha/ Setiausaha
Agung/ Pengurus Besar / Pengurus

Yang Berbahagia



Residen/ Pegawai Daerah/ Penghulu/ Orang Kaya-kaya/
Sidang

Yang Berbahagia



Ustaz/ Ustazah/ Imam/ Pengetua/ Guru Besar/ Pemangku
Ketua
Yang Berbahagia



Syed/ Syarifah/ Profesor/ Profesor Madya/ Drs/ Dra/ Encik/
Nik/ Wan/ Abang/ Megat/ Meor/ Ahmad/ Cik/ Puteri/
Pengerusi Majlis

Yang Mulia Tuan Syed
Yang Berbahagia Tuan..
Yang Mulia Cik
Yang Mulia Tuan/Puan Pengerusi











WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1


39





Latihan 1 Dengan merujuk bahan multimedia, jelaskan
bagaimana sistem sapaan dalam keluarga dan masyarakat
dapat melahirkan keluarga bahagia dan masyarakat harmoni.






Rehatlah seketika sebelum meneruskan latihan
seterusnya.






Latihan 2 Dengan sokongan bahan grafik, buat simulasi
tentang protokol panggilan hormat dalam majlis rasmi.





Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.






TAMAT








Rujukan:

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1999). Komunikasi Untuk
Guru. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors
Sdn. Bhd.

Abdull Sukor Shaari et al. (2003). Bahasa Melayu
Komunikasi. Bentong: PTS Publications.

Amat Johari Moain. (1992). Panduan Utamakanlah
Kesantunan Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Noresah Baharom et al. (2000). Kamus Dewan Edisi Ketiga.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noriati A. Rashid. (2005, Jun). Konsep kesantunan dalam
masyarakat Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu,
Jilid 3 Bil. 1: 112-128.

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)


TAJUK 5 GAYA BAHASA


SINOPSIS
Tajuk 5 menjelaskan tentang maksud gaya bahasa dan kepelbagaian
gaya bahasa yang terdapat dalam penggunaan bahasa Melayu.
Beberapa contoh diberikan agar pelajar dapat meneliti dan memahami
penggunaan gaya bahasa tertentu dalam komunikasi sama ada secara
lisan atau tulisan.

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:
1. menjelaskan maksud gaya bahasa;
2. menjelaskan unsur gaya bahasa dalam bahasa Melayu; dan
3. mengaplikasikan unsur gaya bahasa dalam komunikasi bahasa
Melayu.

KERANGKA TAJUK-TAJUK





GAYA BAHASA
BUNYI
- Asonansi
- Aliterasi
- Rima
UNGKAPAN
- Peribahasa
- Kata-kata Hikmat
- Cogan kata

AYAT
- Jenis Ayat
- Ragam ayat
- Bentuk ayat
PERKATAAN
- Diksi
- Metafora
- Simile
- Personifikasi
- Hiperbola
- Pengulangan
(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

KANDUNGAN ISI

Pengenalan
Untuk menyampaikan idea, pendapat, perasaan, emosi, dan sebagainya
kita akan menggunakan bahasa sama ada secara lisan ataupun secara
bertulis. Mungkin perkataan yang digunakan atau ayat yang dibina adalah
berbeza kepada setiap individu walaupun mereka memperkatakan
perkara yang sama. Setiap orang mempunyai gaya dan cara yang
tersendiri kerana sifat bahasa yang kreatif. Penggunaan gaya bahasa
yang tepat dan sesuai akan meningkatkan keberkesanan komunikasi.
Selain itu, gaya bahasa juga akan dapat menarik perhatian dan tumpuan
pendengar atau pembaca yang terlibat.

Maksud Gaya Bahasa
Menurut Nik Safiah Karim (1988), gaya bahasa ialah cara bagaimana
seseorang itu mengungkapkan bahasa sama ada semasa bertutur atau
menulis. Zaba pula dalam buku Ilmu Mengarang Melayu menjelaskan
gaya bahasa sebagai rupa susuk ayat yang dipakai apabila bercakap atau
mengarang, iaitu tentang perkataannya, ikatan ayatnya, jalan bahasanya,
cara susunan atau bentuk perbahasaannya. Oleh itu, dalam kajian gaya
bahasa akan melihat aspek-aspek kesesuaian penggunaan parkataan,
frasa, ayat dan ungkapan tertentu dalam situasi-situasi tertentu.

Berdasarkan gaya bahasa yang digunakan oleh penutur atau penulis, kita
boleh mengenal peribadi seseorang. Misalnya, bagi penulisan sesebuah
cerpen, Othman Putih (1993) menyatakan bahawa setiap pengarang
mempunyai caranya yang tersendiri untuk mengekspresi atau
menyatakan sesuatu ceritanya. Cara penyampaiannya itu amat
bergantung pada keupayaannya menguasai bahasa tersebut sebagai alat
komunikasi atau pengucapannya. Gaya yang tersendiri itu boleh menjadi
cerminan peribadi pengarang.
(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)


Berdasarkan huraian di atas jelaslah bahawa gaya bahasa ialah cara
bahasa diungkapkan oleh seseorang untuk menyampaikan sesuatu dalam
komunikasi sama ada secara lisan atau secara tulisan. Dalam hal tersebut,
beberapa aspek boleh dilihat, iaitu dari segi pemilihan kata, frasa, dan
ayat yang digunakan. Keperluan untuk membuat pemilihan dari aspek
bahasa ini sangat penting agar apa yang hendak disampaikan mudah
difahami oleh penerimanya. Selain itu, penggunaan bahasa yang baik,
tepat dan menarik akan membuatkan pendengar atau pembaca memberi
sepenuh tumpuan dalam komunikasi tersebut.

Aspek Gaya Bahasa
Untuk meneliti gaya bahasa, kita boleh membahagikannya kepada
empat aspek, iaitu:
i. Bunyi
ii. Perkataan
iii. Ungkapan
iv. Ayat

i. Bunyi
! Asonansi
Asonansi ialah perulangan bunyi vokal yang terdapat dalam
baris. Perulangan ini bukan sahaja dapat menimbulkan kesan
bunyi indah tetapi turut memberi kesan makna. Cuba lihat
contoh baris sajak Bunga Popi karya Sasterawan Negara
Usman Awang berikut:
Dari darah, dari nanah yang punah di tanah




(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

! Aliterasi
Aliterasi ialah perulangan bunyi konsonan yang terdapat dalam
baris. Perulangan konsonan juga akan menimbulkan keindahan
bunyi dan membawa makna yang tersendiri. Contoh:
malam kelam berbalam-balam

! Rima
Rima bermaksud perulangan atau pertentangan bunyi yang
terdapat dalam baris atau pada akhir baris. Sama seperti
asonansi dan aliterasi, bunyi yang berima akan menimbulkan
kesan indah pada indera pendengaran. Lihat contoh pantun
berikut yang mempunyai rima abc-abc.
Nyiur gading tinggi menjulang,
Masak ketupat berisi inti,
Buah delima di dalam cawan;
Hancur daging berkecai tulang,
Belum dapat belum berhenti,
Hendak bersama denganmu tuan.

ii. Perkataan
! Diksi
Diksi ialah pemilihan dan susunan perkataan yang tepat dan
sesuai dalam pertuturan atau tulisan. Nilai diksi yang baik
terletak pada ketepatan pemilihan perkataan sesuai dengan
maksud yang hendak disampaikan. Dalam penciptaan puisi,
pemilihan perkataan yang baik akan menghasilkan bait -bait
puisi yang puitis.




(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

! Metafora
Kiasan atau perbandingan setara secara terus atau langsung
yang tidak menggunakan kata perbandingan seperti, umpama,
bagai, bak dan seumpamanya. Contoh:
Kehidupan adalah lautan

! Simile
Kiasan atau perbandingan setara yang menggunakan perkataan
bagai, umpama, bak, ibarat dan sebagainya. Contoh:
Bagai aur dengan tebing

! Personafikasi
Dikenali juga perorangan atau memberikan sifat-sifat manusia
kepada benda-benda bukan manusia. Contoh:
Daun nyiur melambai-lambai

! Hiperbola
Pernyataan berlebih-lebihan yang bertujuan untuk menekankan
tentang sesuatu idea atau perkara. Contoh:
Lautan api sanggup ku renangi

! Pengulangan
Pengulangan sesuatu perkataan sama ada dalam baris atau
antara baris bertujuan untuk menimbulkan keindahan bahasa.
Contoh:
Dari mana punai melayang,
Dari sawah turun ke padi;
Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati.


(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)





Layari laman web yang berkaitan. Kemudian dapatkan
seberapa banyak maklumat lain tentang gaya bahasa dari
aspek perkataan. Dengan menggunakan pengurusan grafik
buat gambar rajah atau jadual yang menunjukkan aspek gaya
bahasa tersebut.






Rehatlah seketika sambil berbual-bual dengan rakan sekuliah







Hilangkan stres, minum-minum sambil hayati pantun.
Ada perigi dikata telaga,
Tempat budak berulang mandi;
Emas perak ada harga,
Budi bahasa sukar dicari.

Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakar di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.














(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)







Latihan 1 Baca dan fahami sajak di bawah. Kemudian
huraikan aspek gaya bahasa yang boleh anda kenal pasti
yang terdapat dalam sajak tersebut.

Bunga

Pagi itu
Kutemui dikau di kaki gunung
Bunga kecil yang baru tumbuh
Daunmu tersembunyi
Tanpa bau
Tanpa warna
Kecuali bunga
Yang menghidupkan rerama

Bunga
Menyusun warna
Membenih seri
Dalam kegilaan siang
Dalam keharuan malam
Setelah menemui wasiat itu
Kau harus bangun dan tumbuh
Seperti bunga gunung
Terpencil dan jauh

Kau hidupkan aku
Dengan tiupan angin
Dan jari pelindung!

(Siti Zainon Ismail, 1990, hal.22)


iii. Ungkapan
! Peribahasa
Penggunaan peribahasa dalam lisan atau tulisan berfungsi
untuk menimbulkan keindahan berbahasa, menguatkan makna
dan menimbulkan suasana yang sesuai dalam situasi
berbahasa. Tambahan pula peribahasa mengandungi
kebijaksanaan fikiran, tersusun indah, ringkas, dan sedap
(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

didengar. Peribahasa terdiri daripada simpulan bahasa, bidalan,
pepatah, perbilangan dan perumpamaan. Contoh:
Hidup dikandung adat
Mati dikandung tanah

! Kata-kata hikmat
Kata-kata hikmat, kata-kata bijak pandai, kata-kata bestari atau
dikenali juga madah pujangga ialah kata-kata yang tersusun
indah dan mengandungi pengertian yang tinggi yang menjadi
pedoman hidup masyarakat. Penggunaannya dalam lisan atau
tulisan akan meningggalkan kesan keindahan berbahasa.
Contoh:
Rajin dan usaha tangga kejayaan

! Cogan kata
Cogan kata atau slogan ialah ungkapan pendek yang menjadi
pegangan sesaorang atau sesebuah masyarakat. Contoh:
Berkhidmat untuk negara
iv. Ayat
Apabila memperkatakan gaya bahasa sama ada lisan atau tulisan,
pemilihan jenis ayat, ragam ayat dan bentuk ayat juga akan dapat
menimbulkan kesan-kesan tertentu. Ada pengarang mempunyai
kecenderungan untuk menggunakan bentuk-bentuk ayat tertentu
dalam tulisannya sehingga tulisannya dapat dikenali melalui gaya
tersebut. Walau bagaimanapun, ayat yang berkesan ialah ayat yang
dapat menyampaikan maksud orang yang menutur atau menulisnya.





Bincangkan kenyataan yang mengatakan bahawa penulis
sesebuah karya sastera dapat dikenali melalui hasil
karyanya.

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)







Latihan 2 Dengan menggunakan sebuah cerpen sebagai
bahan kajian, analisis aspek gaya bahasa yang digunakan
oleh pengarang dalam karyanya itu.





TAMAT








Rujukan:

Abdul Rahman Ab. Rashid dan Yap Kim Fatt, (2002).
Bahasa Kebangsaan. Petaling Jaya : Pearson Malaysia
Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim, (1988). Bahasa Melayu dalam
Pembinaan: Beberapa Laras Bahasa Melayu Moden.
Dewan Bahasa. 32:9, 636-647.

Othman Putih, (1993). Penulisan Cerpen: Visi dan
Langgam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rahman Shaari, (1985). Memahami Istilah Sastera. Kuala
Lumpur: Karya Bistari Sdn. Bhd.

Siti Hajar Abdul Aziz, (2009). Bahasa Melayu II. Shah Alam:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Siti Zainon Ismail, (1990). Kau nyalakan lilin... Bangi:
GRUPEMUISI, UKM.



TAJUK 6


LARAS BAHASA

SINOPSIS
Tajuk 6 menjelaskan kepada pelajar tentang takrif laras, ciri-ciri laras bahasa,
dan contoh laras bahasa.

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:
1. menjelaskan takrif laras bahasa,
2. menyenaraikan ciri-ciri laras bahasa,
3. memberi contoh-contoh yang sesuai bagi
setiap jenis laras yang dipelajari.

KERANGKA TAJUK-TAJUK














!"#"$ &"'"$"
()*+,-
!)+). &)/).)
0,+,12,+,
!)+). &)/).)
03453/123453/ !)+).
&)/).)
0,+, 6787+,/)9)4 $7.:)5: ;7+,.5,<)
0,+,12,+, !,4=:,.5,*
!)+). "=)>)
!)+). $),4.
!)+). ?)57>)5,*
!)+). (7*4393=,
!)+). 6+7)5,-
!)+). @4A)4=1:4A)4=
!)+). B*343>,
!)+). $:*)4
!)+). ;39,5,*
!)+). $7C)+)/
!)+). D73=+)-,
!)+). $74,


KANDUNGAN ISI
Pengenalan
! Laras bahasa juga disebut sebagai cara penggunaan sesuatu bahasa. Laras
bahasa yang digunakan merupakan variasi atau jenis bahasa yang ada pada
tiap-tiap pengguna bahasa, misalnya jenis bahasa yang digunakan kepada
ibu bapa kita, kepada guru kita, kepada rakan baik kita atau kepada penjual
ikan di pasar.
! Menurut Nik Safiah et al. (2008), setelah empat dekad berlalu bahasa
Melayu kini telah dapat memperkatakan apa jua bidang ilmu dan kegiatan,
selaras dengan kemajuan dunia abad ke-20. Pada peringkat universiti pula,
hampir semua bidang ilmu diajarkan dalam bahasa Melayu merangkumi
bidang sastera, ekonomi, undang-undang, pertanian, hingga ke bidang
kejuruteraan, fizik, perubatan dan psikologi. Demikian juga dalam konteks
mata pelajaran di sekolah-sekolah dan institusi lain semuanya dapat
diperkatakan dalam bahasa Melayu.
! Laras bahasa merupakan satu konvensi sosial kerana sesuatu laras tertentu
digunakan untuk keadaan atau situasi tertentu. Seseorang pengguna bahasa
menggunakan laras yang berbeza-beza bagi situasi yang berlainan, mengikut
kesesuaiannya. Jumlah laras yang wujud dalam kelompok masyarakat
bahasa sebenarnya menggambarkan pengalaman bahasa masyarakat
tersebut. Furguson (1968) dalam Nik Safiah (2006), mengatakan bahawa
salah satu daripada ukuran bagi menentukan taraf kemajuan ialah menerusi
jumlah laras yang wujud dalam bahasa berkenaan.
Takrif Laras Bahasa
Laras bahasa merujuk kepada cara atau gaya penggunaan sesuatu bahasa menurut
situasi bahasa itu digunakan dan bidang yang diperkatakan. Laras bahasa berubah
selaras dengan perubahan-perubahan sosial dan kebudayaan yang berlaku dalam
masyarakat. Menurut Ure & Ellis dalam Nik Safiah (2006), menganggap laras sebagai
jenis-jenis bahasa yang digunakan mengikut situasi-situasi yang berlainan.
Malah Nik Safiah (2006) sendiri berpendapat bahawa pilihan laras amat luas sama ada
laras semasa lisan ataupun secara bertulis. Jumlah laras seseorang itu
menggambarkan keseluruhan pengalaman bahasanya dan peranan yang telah
dimainkan olehnya dalam masyarakat. Semakin besar jumlah peranannya, maka
semakin besarlah jumlah laras bahasa yang digunakan.

Ciri-Ciri Laras
Fungsi laras bahasa adalah berbeza-beza mengikut bidang yang hendak diperkatakan
seperti bidang ketenteraan, sains, komersial, agama dan lain-lain. Ciri-ciri sesuatu laras
boleh dikenal pasti melalui peristiwa bahasa dan situasi penggunaan bahasa itu.
Menurut Abdul Shukor, Nuraini Yusoff dan Mohd. Isha Awang (2003), penggunaan
laras bahasa yang berlainan ditentukan oleh dua faktor utama, iaitu:

1. Ciri-ciri keperihalan sesuatu peristiwa bahasa
2. Ciri-ciri Linguistik

Ciri keperihalan sesuatu peristiwa bahasa terbahagi kepada dua jenis iaitu situasi
luaran dan situasi persekitaran. Situasi luaran bermaksud semua aspek yang
mempunyai kaitan dengan latar kebudayaan dan sosial sesebuah komuniti bahasa.
Manakala situasi persekitaran melibatkan aspek yang berkaitan dengan penggunaan
bahasa seperti cara penyampaian, hubungan sosial dan peribadi, serta perkara yang
diperkatakan dan fungsi sosial. Ciri Linguistik pula merujuk kepada aspek morfologi,
sintaksis dan fonologi.




Layari laman web yang berkaitan. Kemudian dapatkan sebanyak
mungkin maklumat tentang ciri-ciri laras bahasa dan huraikan
perbezaannya dari segi keperihalan sesuatu peristiwa bahasa dengan
ciri-ciri linguistik.


Laras bahasa agama
Laras bahasa agama mengandungi beberapa istilah agama. Banyak istilah yang
digunakan dipinjam daripada bahasa Arab. Struktur ayatnya juga banyak
dipengaruhi oleh struktur bahasa Arab. Wacana jenis ini banyak digunakan untuk
menerangkan sebarang topik yang ada kaitan dengan agama termasuklah
tentang akidah, fiqah, kisah-kisah Nabi dan para sahabat. Kadang kala diselitkan
dengan petikan daripada al-Quran dan hadis. Wacana ini juga kerap
menggunakan kias ibarat.

Laras Bahasa Sains
Wacana laras bahasa sains disampaikan secara formal. Segala maklumat yang
diberikan adalah berdasarkan hasil kajian dan fakta. Penggunaan perkataan
yang tepat menjadi keutamaan dalam wacana jenis ini. Selain itu, wacana ini
juga menggunakan kosa kata dan formula atau rumus yang berkaitan dengan
bidang sains seperti fotosentesis, pH, H
2
O, SO
2,
H
2
SO
2
meteoroid, asteroid, buruj
dan sebagainya.

Laras Bahasa Matematik
Laras bahasa Matematik merupakan laras ilmiah, bersifat formal dan tidak
menggunakan bahasa basahan. Laras matematik mempunyai sifat intelektual,
saintifik dan formal berdasarkan hasil kajian dan fakta. Banyak menggunakan
istilah yang berkaitan dengan pengiraan dan simbol-simbol atau unit-unit bagi
mewakili sesuatu perkataan seperti m untuk meter, km untuk kilometer dan
sebagainya.

Laras Bahasa Teknologi
Laras bahasa jenis ini merupakan laras bahasa yang banyak digunakan dalam
bidang teknologi iaitu teknologi maklumat dan teknologi mekanikal. Beberapa
istilah seperti tetikus, papan kekunci, pen-drive dan sebagainya merupakan laras
bahasa untuk teknologi komputer manakala istilah seperti laman sesawang, e-
mail, sistem pesanan ringkas dan sebagainya dalam bidang telekomunikasi.
Untuk teknologi mekanikal pula, istilah seperti servis, alat ganti tulin, bumper,
minyak pelincir dan sebagainya digunakan untuk kenderaan.

Laras Bahasa Kreatif
Laras bahasa sastera mempamerkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif.
Bahasanya merangkumi bentuk naratif, deskriptif, preskriptif, dramatik dan puitis.
Laras bahasa sastera klasik banyak menggunakan kata-kata yang sudah tidak
digunakan kini. Penggunaan kata-katanya banyak dipengaruhi oleh bahasa
Sanskrit dan bahasa Arab. Laras bahasa sastera moden pula banyak
menggunakan bunga-bunga bahasa yang terkandung dalamnya bentuk bahasa
figuratif. Namun begitu, dalam rencana berbentuk kritikan sastera, bentuk
bahasanya lebih berbentuk formal dan ilmiah. Bentuk-bentuk karya kreatif seperti
cerpen, novel, filem, teater dan puisi.

Laras Bahasa Media Massa
Laras bahasa media massa digunakan dalam penulisan berita atau rencana
tentang isu semasa. Bentuk wacana laras bahasa media massa yang penting
adalah rencana dan berita. Rencana adalah karangan yang memberikan ulasan
tentang sesuatu isu semasa. Biasanya, wacana ini merupakan pendapat surat
khabar atau majalah tentang sesuatu isu. Terdapat kepelbagaian idea dan
wacana serta penggunaan kosa kata yang senang difahami oleh masyarakat
umum.

Berita pula bertujuan memberikan maklumat tentang sesuatu kejadian yang
dapat menarik perhatian orang ramai. Dalam berita, bahagian yang penting
diletakkan pada bahagian awal penulisan berita berkenaan. Hal ini bertujuan
membolehkan pembaca memahami keseluruhan berita itu setelah membaca
bahagian awal berita tersebut.

Antara ciri-ciri berita adalah ;
a. bentuknya ringkas tetapi kandungan beritanya maksimum
b. tidak mementingkan gaya dan nahu
c. menitikberatkan ketetapan, kejituan dan ringkas
d. mudah difahami
e. tiada bahasa yang berbunga-bunga, berbelit-belit dan berlapis-lapis
f. kandungannya berbentuk piramid terbalik, iaitu yang penting didahulukan


Berita mengandungi judul dan teks. Judul berperanan memperkenalkan apa-apa
yang ada dalam teks berita. Judul berita disampaikan dalam tiga bentuk iaitu;
a. ringkasan, misalnya Selangor Juarai Tiga Piala
b. tafsiran, misalnya Peningkatan Jumlah Kenderaan Punca Jerebu
c. petikan, misalnya Jangan Politikkan Slogan Satu Malaysia PM
Laras Bahasa Undang-undang
Laras bahasa jenis ini banyak terdapat dalam teks yang berkaitan dengan
perundangan. Teks undang-undang mengandungi prinsip undang-undang dan
biasanya berbentuk akta yang terbahagi kepada bahagian dan seksyen. Pada
sesuatu seksyen, terdapat pula pecahan atau sub-seksyen. Laras bahasa
undang-undang juga mengandungi frasa sendi nama yang tidak digunakan
dalam bidang teknikal lain. Antara ciri penting dalam laras undang-undang
termasuklah kepersisan, keobjektifan, kejelasan, dan keterperincian. Wacana ini
juga menggunakan istilah-istilah dan kata-kata yang ada kaitannya dengan
undang-undang seperti petisyen, mandatori, pendakwaan, pembelaan, denda,
hukuman dan penjara.

Laras Bahasa Ekonomi
Laras bahasa ekonomi mementingkan susunan rapi setiap maklumat. Maklumat
disampaikan secara jelas atau eksplisit, iaitu setiap fakta yang diberikan benar-
benar berdasarkan bukti dalam bentuk data dan statistik. Wacananya ditandai
dengan kosa kata dan istilah ekonomi seperti eksport, lebihan dagangan, tahap
tertingi, melonjak, perdagangan antara bangsa, industri dan jumlah dagangan.

Laras Bahasa Sukan
Laras bahasa sukan biasanya disampaikan dengan gaya bersahaja dan jelas.
Selain menggunakan kata-kata umum yang senang difahami, wacana ini juga
menyelitkan kosa kata berkaitan dengan sukan atau bidang sukan tertentu
seperti menang, tewas, pertandingan, latihan, atlit, kejohanan terbuka, suku
akhir, pemain perseorangan, beregu wanita, pilihan ketiga, pusingan kedua dan
pasangan bukan pilihan.




Layari laman web yang berkaitan. Kemudian dapatkan maklumat
lanjut tentang kepelbagaian laras dan banding bezakan setiap
jenis laras tersebut.





Secara berkumpulan, bincangkan ciri-ciri dan perbezaan bagi
setiap laras yang telah anda pelajari.





Rehatlah sebentar sambil berbual-bual dengan rakan sekuliah.





Secara individu, cuba anda buat simulasi penyampaian teks
pelbagai laras mengikut intonasi, gaya dan nada yang berbeza.





TAMAT






RUJUKAN

Abdull Sukor, Nuraini Yusoff & Mohd Isha (2003), Bahasa Melayu Komunikasi.
Bentong: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

TAJUK 7

WACANA


SINOPSIS
Tajuk 7 menjelaskan tentang definisi wacana dalam bahasa Melayu, ciri-ciri
wacana, keutuhan wacana dan penanda wacana.
Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat,
1. menjelaskan konsep wacana dalam bahasa Melayu;
2. menyenaraikan ciri-ciri dan jenis wacana dalam bahasa Melayu;
3. menghuraikan maksud penanda wacana dan keutuhan wacana dalam
bahasa Melayu.
KERANGKA TAJUK-TAJUK













KANDUNGAN ISI
Pengenalan

Ayat dianggap sebagai unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam
susunan tatabahasa mengikut kajian sintaksis. Namun begitu, dalam
mengungkapkan sesuatu perkara (sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan)
seseorang individu tidak mengungkapkannya dalam satu ayat sahaja, tetapi
gabungan atau jalinan beberapa ayat. Gabungan beberapa ayat ini dinamakan
sebagai wacana.

"#$#%#
&'()*)+) ",-,*,
$).)/-).) ",-,*, 0'*,*1, ",-,*,
2'*)+/3'*)+ ",-,*, 0'*4546
(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)
Definisi Wacana

Menurut Asmah,(2008), wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat.
Oleh itu, wacana boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian bab, buku,
siri buku dan lain-lain. Wacana merupakan satuan bahasa terlengkap dalam
hierarki tatabahasa yang tertinggi. Wacana dapat direalisasikan dalam bentuk
karangan yang utuh seperti novel, buku, siri ayat atau perenggan. Oleh itu, dapat
disimpulkan bahawa wacana merupakan jalinan unit-unit bahasa yang tersusun
rapid an berkesinambungan bagi melahirkan kesatuan bahasa yang utuh. Dari
segi heirarki tatabahasa, wacana dikatakan terletak dalam heirarki yang tertinggi
selepas ayat. Hal ini ditunjukkan oleh rajah di bawah.
















Rajah 8.1: Heiraki Tatabahasa




Ciri Wacana
Sebagai unit bahasa yang lengkap, wacana mempunyai beberapa ciri penting.
Ciri-ciri wacana dapat diteliti daripada segi tujuan, hubungan penghasil wacana
dengan khalayak, keutuhan suasana (berturutan) dan maklumat. Menurut



Layari laman web berkenaan. Kemudian dapatkan huraian yang
lengkap tentang konsep wacana wacana.

Wacana
Ayat
Klausa
Frasa
Kata
(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)
Beaugrande dan Dressier (1981) dalam Nik Safiah (2006), terdapat tujuh ciri
ketekstualan yang perlu dipenuhi untuk menghasilkan wacana yang utuh, iaitu
tautan, runtutan, tujuan, penerimaan, maklumat, keadaan dan interteks.




Buat rujukan di perpustakaan. Kumpulkan maklumat berkaitan
tautan,runtutan, tujuan, penerimaan, maklumat, keadaan dan
interteks untuk menghasilkan wacana yang utuh.

Jenis-jenis Wacana

Wacana dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu wacana lisan dan wacana
tulisan.

Wacana lisan

Wacana lisan adalah wacana yang dihasilkan melalui media lisan, iaitu
melibatkan pembicara dan pendengar. Komunikasi yang terlibat dalam wacana
lisan ini adalah komunikasi interaktif, iaitu komunikasi yang melibatkan hubungan
pembicara pendengar secara langsung. Dalam wacana lisan, pembicara
biasanya akan menggunakan ekspresi wajah, intonasi suara, gerak badan dan
sebagainya untuk menyampaikan sesuatu maklumat kepada pendengar.
Biasanya dalam wacana lisan, pembicara akan mendapat respons daripada
pendengar pada ketika itu juga. Antara contoh wacana lisan adalah melalui
perbualan, temu ramah, ceramah, khutbah, pidato dan siaran televisyen atau
radio.
Wacana tulisan

Wacana tulisan pula ialah wacana yang disampaikan secara bertulis. Wacana
tulisan melibatkan hubungan antara penulis dengan pembaca. Komunikasi yang
terlibat adalah komunikasi tidak langsung, iaitu komunikasi satu arah. Penulis
tidak berhadapan dengan pembaca sewaktu wacana tersebut dihasilkan. Oleh
itu, penulis tidak mendapat respons secara langsung daripada pembaca.
Wacana tulisan sering kali disunting terlebih dahulu bagi menghasilkan tulisan
yang berkualiti dan tepat. Dalam wacana tulisan, pembaca perlu membaca teks
(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)
yang ditulis untuk memahami maksud yang ingin disampaikan oleh seseorang
pengarang atau penulis. Antara contoh wacana tulisan ialah tulisan-tulisan yang
terdapat di dalam akhbar, majalah dan buku.



Selepas berehat layarilah laman web berkenaan. Kumpulkan
maklumat dan contoh-contoh tentang wacana tulisan dan lisan
yang baik.


Penanda Wacana

Dalam sesebuah teks, penanda wacana sangat penting kerana penanda wacana
dapat mewujudkan pertautan atau kesinambungan antara sebahagian teks
dengan yang lain sehingga membentuk kesatuan. Penanda wacana dalam
bahasa Melayu terdiri daripada :

a. penanda leksikal
b. penanda rujukan
c. penanda penghubung
d. penanda penggantian
e. penanda ellipsis atau pengguguran



Buatlah rujukan di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat
lengkap tentang penanda-penanda wacana. Kemudian anda buat
catatan lengkap di dalam buku catatan anda.

Keutuhan Wacana

Keutuhan wacana terhasil daripada wujudnya susunan yang berurutan atau
teratur dalam sesuatu wacana. Ciri ini sangat penting kerana ciri inilah yang
menentukan sesuatu sesuatu ujaran atau tulisan itu wacana atau hanya
merupakan kumpulan ayat yang tidak teratur. Terdapat dua aspek penting yang
menghasilkan wacana yang utuh iaitu;
(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)
a. terdapatnya runtutan atau koheren, (kesinambungan idea) yang
menjadikan wacana itu suatu teks yang bermakna dan dapat difahami;
dan
b. wujudnya tautan atau kohesi iaitu keserasian hubungan antara suatu
unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain.
Seterusnya, keutuhan wacana dapat dianalisis daripada wujudnya hubungan
daripada aspek semantik, leksikal, dan gramatikal antara bahagian dalam
sesuatu wacana.



Rujuklah buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk
mendapatkan maklumat lanjut tentang keutuhan wacana.




Buatlah catatan dan nota dalam bentuk grafik supaya anda
boleh berkongsi maklumat dengan rakan-rakan semasa sesi
toturial.




Berehatlah sebentar sambil menghubungi rakan-rakan yang lain.



Berkongsilah sebarang maklumat yang anda perolehi
dengan rakan-rakan sekuliah semasa sesi tutorial anda.


Rujukan :

Abdul Shukor Shaari et al, (2003), Bahasa Melayu Komunikasi,
Shah Alam: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Nik Safiah et al, (2008), Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah et al, (2006), Teks Bahasa Melayu STPM, Shah Alam:
Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.


(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)


TAJUK 8

TATABAHASA BAHASA MELAYU


SINOPSIS
Tajuk 8 menjelaskan tentang beberapa perkara penting yang berhubung dengan
tatabahasa bahasa Melayu seperti yang berikut;
a) Definisi Tatabahasa
b) Analisis Kesilapan Tatabahasa
i. Ejaan dan Tanda Baca
ii. Morfologi dan Sintaksis
iii. Semantik


HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat,
1. menghuraikan definisi tatabahasa bahasa Melayu.
2. membuat analisis kesilapan tatabahasa dari segi ejaan dan tanda baca,
morfologi dan sintaksis serta semantik berdasarkan bahan bacaan.
3. Menghasilkan satu wacana lengkap yang betul dari segi tatabahasa
bahasa Melayu.

KERANGKA TAJUK-TAJUK













!"!"#"$"%" #"$"%"
MELAYU
'()*+*%* !"!"#"$"%" "+",*%*% -(%*,"."+ !"!"#"$"%"
"#$%&'( )*''( +'( ,'&'$'-'.'
/01203045 +'( "5(&'6.5.
"#7'(&56
(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)
KANDUNGAN ISI

Definisi Tatabahasa

Tatabahasa dapat ditakrifkan sebagai peraturan, kaedah dan sistem sesuatu
bahasa. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terkira jumlahnya.
Menurut Nik Safiah (2006), tatabahasa ialah bidang yang menumpukan
perhatian terhadap pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu
bahasa. Ayat terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna. Perkataan
dibina daripada gabungan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa yang bermakna
yang digabungkan menjadi suku kata dan perkataan. Bidang tatabahasa melihat
bagaimana perkataan-perkataan ini terbentuk dan seterusnya bagaimana
perkataan-perkataan ini bercantum membentuk frasa dan ayat.

Terdapat dua pendekatan yang kerap digunakan oleh ahli-ahli bahasa untuk
menganalisis dan menghuraikan ayat iaitu, analisis melalui rumus dan analisis
transformasi generatif. Goay, et.al. dalam Nik Safiah (2006),menjelaskan
analisis rumus meneliti cara sesuatu ayat dibina berdasarkan rumus tatabahasa
tertentu. Ayat yang lengkap dilihat terbina daripada konstituen subjek dan
predikat. Seterusnya konstituen subjek dan predikat dilihat terbentuk daripada
frasa-frasa tertentu.

Manakala pendekatan tranformasi-generatif menggunakan konsep ayat dasar
dan ayat terbitan untuk menganalisis dan menghuraikan ayat. Ahli bahasa aliran
tranformasi-generatif menganggap bahawa bilangan ayat dalam sesuatu bahasa
tidak terhad jumlahnya. Namun demikian, kesemua ayat yang terbentuk itu
masih tetap mematuhi dan berasal daripada satu ayat dasar yang menjadi
sumber menerbitkan ayat-ayat yang lain. Ayat-ayat yang diterbitkan daripada
ayat dasar ini dikenali sebagai ayat terbitan atau ayat tranformasi.

Kajian terhadap bidang tatabahasa biasanya dilakukan dari dua segi, iaitu dari
segi cara perkataan dibentuk daripada bunyi-bunyi bahasa dan dari segi cara
perkataan-perkataan ini disusun menjadi ayat. Dalam istilah ilmu linguistik,
(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)
bidang huraian pada peringkat perkataan disebut morfologi, sementara bidang
huraian pada peringkat ayat disebut sintaksis. Dengan kata lain, bidang
tatabahasa terbahagi kepada dua, iaitu morfologi dan sintaksis.



Layari laman web berkenaan untuk mendapatkan maklumat
tentang kajian terhadap bidang tatabahasa bahasa Melayu yang
telah dilaksanakan.

Analisis Kesilapan Bahasa
Ketika menggunakan bahasa, kita selalu membuat kesilapan. Kadang-kadang
kesalahan ini berlaku kerana kecuaian semata-mata, tetapi kerap kali berlaku
kesalahan kerana kita kurang arif tentang peraturan-peraturan tertentu. Ada juga
kesalahan bahasa yang berlaku kerana pengaruh bahasa lain, yang strukturnya
tidak sama dengan bahasa Melayu.

Kesalahan Ejaan

Kesalahan ejaan umumnya berlaku disebabkan tidak arif tentang peraturan-
peraturan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu. Berikut ialah beberapa contoh
kesilapan yang berlaku.

Kesalahan Berkait Dengan Pola Keselarasan Vokal

Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu telah menetapkan pola-pola
keselarasan vokal dalam bahasa Melayu, yang berbeza daripada sistem yang
digunakan dalam sistem-sitem ejaan terdahulu. Kesilapan berlaku apabila pola
keselarasan ini dipatuhi.

Walau bagaimanapun beberapa perkataan yang dipinjam daripada bahasa
Indonesia dan bahasa Inggeris dikecualikan daripada sistem keselarasan vokal
ini.


(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)
Kesalahan Berkait dengan Ejaan Gugus Konsonan

Dalam bahasa Inggeris terdapat perkataan-perkataan yang dieja dengan gugus
konsonan, iaitu dengan dua konsonan atau lebih. Apabila perkataan ini dipinjam
oleh bahasa Melayu, unsur gugus konsonan ini dikekalkan dan tidak dieja seperti
dalam sistem ejaan lama.

Kesalahan Berkait dengan Prinsip Mempertahankan Bentuk Visual Kata
Pinjaman

Satu daripada prinsip yang dipegang apabila meminjam perkataan daripada
bahasa asing ialah agar dipertahankan bentuk visual perkataan itu, dengan
hanya membuat penyesuaian pada ejaannya. Perkataan Inggeris dialect,
misalnya diterima dengan bentuk demikian, setelah disesuaikan ejaan ct menjadi
k dalam bahasa Melayu, iaitu dialek. Soal sebutan asal dalam bahasa asing
tidak diambil kira kerana cara menyebut perkataan dialek ditentukan oleh sistem
bunyi bahasa Melayu.

Kesalahan ejaan berlaku apabila kata pinjaman daripada bahasa asing, terutama
bahasa Inggeris, tidak dieja mengikut peraturan penyesuaian bentuk visual.

Kesalahan Berkait dengan Ejaan Kata Majmuk

Kata majmuk lazimnya dieja terpisah, kecuali beberapa bentuk kekecualian,
yang akan disenaraikan kemudian. Oleh itu, adalah salah jika kata majmuk itu
dieja bercantum, apatah lagi meleburkan dua bunyi sama yang berderetan.
Terdapat 15 patah perkataan yang dianggap telah mantap dalam bentuk ejaan
yang digabungkan. Perkataan-perkataan ini tidak boleh dieja secara terpisah.
Terdapat juga sejumlah perkataan, yang dari segi sejarah, terbina melalui
percantuman perkataan-perkataan, tetapi kini telah dianggap sebagai satu
perkataan, dan oleh itu, tidak dianggap sebagai kata majmuk yang terkecuali
ejaannya.


(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)



Berehatlah seketika sementara sebelum membuat aktiviti
seterusnya.




Buatlah rujukan di perpustakaan. Gunakan buku Tatabahasa
Dewan Edisi Ketiga untuk mendapat maklumat tentang analisis
kesilapan tatabahasa yang telah anda baca.





Buatlah nota dan catatan dalam bentuk grafik untuk memudahkan
anda faham dan boleh berkongsi ilmu dengan rakan-rakan.



Kesalahan Berkait dengan Cara Mengeja Kata Sendi Nama dan Awalan

Kata sendi nama dieja terpisah daripada kata nama yang mengikutinya,
manakala awalan dieja bercantum dengan kata dasar. Banyak orang terkeliru
dengan cara mengeja kata sendi nama di dan ke dengan awalan di- dan ke.

Kesalahan Tanda Baca

Tanda baca ialah lambang-lambang tertentu yang digunakan sewaktu menulis
untuk memberi penjelasan tambahan tentang makna yang ingin disampaikan.
Mana-mana pelanggaran terhadap penggunaan tanda-tanda baca tersebut
dianggap sebagai kesalahan bahasa. Sebagai contoh, tidak menggunakan huruf
besar, koma atau titik pada tempat-tempat yang sepatutnya merupakan
kesalahan-kesalahan penggunaan tanda baca.
1. Tanda Baca Titik (.)
2. Tanda Baca Sempang (-)
3. Antara ke dengan angka
4. Antara angka yang merujuk tahun dengan akhiran an
5. Antara huruf kecil dengan huruf besar
6. Tanda Baca Tanda Seru (!)

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

Kesalahan Kosa Kata

Kosa kata ialah perbendaharaan kata atau keseluruhan perkataan dalam
sesuatu bahasa. Antara aspek kosa kata yang sering dibuat kesalahan ialah;

1. membuat pilihan perkataan yang tidak tepat atau tidak sesuai
2. menggunakan penanda jamak dengan cara yang salah, dan
3. penggunaan kata sendi nama yang salah.

Dalam bahasa Melayu terdapat perkataan yang mendukung konsep-konsep
tertentu. Jika perkataan yang salah digunakan, maka makna yang ingin
disampaikan tidak jelas. Sebagai contoh ialah perkataan jahat dan nakal. Tidak
betul jika dikatakan seseorang kanak-kanak itu jahat, kerana dia hanya nakal.
Demikian juga, meninggal dunia, mati, dan mampus tidak boleh bertukar ganti
walaupun maknanya sama.

Seterusnya cara kita melihat. Kita boleh, misalnya, memandang, merenung, dan
mengintai. Kesemuanya, walaupun sama, membawa perbezaan-perbezaan
tertentu dan kesesuaiannya begantung pada cara digunakan dalam ayat.


Penggunaan Penanda Jamak dengan Cara yang Salah

Bahasa Melayu mempunyai cara tersendiri bagi menunjukkan jumlah yang
banyak. Satu daripada caranya adalah dengan menggandakan perkataan yang
berkenaan atau dengan menggandakan perkataan-perkataan yang sedia
mendukung maksud banyak seperti segala, semua, para, dan beberapa. Antara
kesalahan bahasa yang berkait dengan penanda jamak ialah;

1. Menggandakan kata nama yang didahului oleh perkataan yang
menandakan banyak.

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)
2. Menggandakan kata nama yang sudah mendukung makna banyak.

3. Menggandakan kata majmuk yang dieja terpisah


Penggunaan Kata Sendi nama yang Salah

Kata sendi ialah perkataan yang hadir di hadapan frasa nama. Jumlahnya agak
besar dan tiap-tiap kata sendi nama mempunyai tugas yang berlainan dan
kehadirannya dalam ayat sering disalahgunakan kata sendi nama.

1. Kata sendi nama di
2. Kata sendi ke
3. Kata sendi nama dari
4. Kata sendi nama kepada


Penggunaan Perkataan yang Hampir Sama Bunyi tetapi Berlainan Makna

Kesalahan dalam kes ini ialah membuat pilihan perkataan yang tidak sesuai.
Contohnya;

1. Kesalahan penggunaan imbuhan
2. Tidak menggunakan imbuhan
3. Menggunakan imbuhan yang salah
4. Awalan menge-
5. Tidak sedar bentuk itu awalan
4. Perbezaan antara Apitan peN.an dengan apitan per.an

Kesalahan Frasa

Terdapat empat jenis frasa dalam bahasa Melayu iaitu frasa nama, frasa kerja,
frasa adjektif dan frasa sendi nama. Tiap-tiap frasa mempunyai binaan tersendiri.
Kesalahan berlaku apabila syarat-syarat binaan ini tidak dipatuhi.

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)
Melanggar Hukum D-M

Binaan frasa nama, pada amnya, tertakluk pada hukum D-M, iaitu bahagian yang
diterangkan (D) mendahului bahagian yang menerangkan (M). Jika susunan ini
tidak dipatuhi maka akan menjadi kesalahan iaitu apabila diletakkan bahagian
(M) sebelum bahagian (D).

Frasa Kerja Tak Transitif

Kata kerja tak transitif boleh diikuti unsur keterangan, yang selalunya berbentuk
frasa sendi nama. Kesalahan berlaku apabila kata sendi nama tidak digunakan.

Frasa Sendi Nama Gabungan dengan Se-

Frasa sendi nama boleh digabungkan dengan kata sendi nama dari dan ke-,
misalnya dari masa ke masa. Apabila se- digunakan, misalnya dari semasa ke
semasa, bentuk se- tidak boleh digugurkan secara berasingan, melainkan
kedua-duanya sekali.

Bentuk Perbandingan dalam Frasa Adjektif

Dalam frasa adjektif, bentuk perbandingan dapat dinyatakan dalam tiga darjah,
iaitu (a) darjah biasa, (b) darjah bandingan dan (c) darjah penghabisan, iaitu
tentang penggunaan bentuk-bentuk ter-, sekali dan paling.

Kesalahan ayat

Ayat dalam bahasa Melayu terdiri daripada subjek dan predikat. Ada ayat
tunggal dan ada ayat majmuk; ada ayat aktif dan ada ayat pasif. Kesalahan
berlaku apabila binaan pelbagai jenis dan bentuk ayat ini tidak sempurna.

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)
1. Ayat Tergantung
2. Partikel Kah
3. Ayat Nafi dengan Kata Nafi yang Salah
4. Ayat dengan Kata Pemeri





Rujuklah buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk
mendapatkan maklumat lebih terperinci mengenai perkara-perkara di
atas.





Buat catatan dan nota dalam bentuk grafik untuk memudahkan
anda faham.






Berehatlah sebentar sambil menikmati minuman sebelum
meneruskan aktiviti seterusnya.




Analisis kesilapan tatabahasa yang terdapat dalam bahan teks yang
anda baca dan buat huraian untuk dibincang dan dibentangkan
semasa sesi tutorial.





Bentangkan hasil analisis yang peroleh sewaktu sesi tutorial
bersama pensyarah anda.







TAMAT


(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)


Rujukan :

Ab. Malek bin Zainal, (2000). Mengenal pati Kesalahan Tatabahasa.
Melaka: Associated Educational Distributors (M) Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim et. al. (2008), Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim et.al (2006), Teks Bahasa Melayu STPM. Shah
Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Siti Hajar Abdul Aziz, Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu 1. Shah
Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.


PANEL PENULIS MODUL
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
(TESL PENDIDIKAN RENDAH)

NAMA KELAYAKAN

Dr. Hjh. Maridah binti Hj. Alias
Ketua Jabatan Pengajian Melayu,
IPG Kampus Raja Melewar,
Seremban,
Negeri Sembilan.
maridah_alias@yahoo.com


Dr. Falsafah (Kesusasteraan Melayu) UPM
Sarjana Sastera (Bahasa Melayu) UPM
Bac. Pendidikan (PBMP) UPM
Sijil Perguruan Asas MPPM
Sijil Perguruan Khas - MPPM
Pengalaman Mengajar BM 18 Tahun
Pengalaman Pensyarah IPG 7 Tahun


Dr. Khairuddin bin Mohamad
Ketua Unit Pengajian Melayu,
IPG Kampus Raja Melewar,
Seremban,
Negeri Sembilan.
khairuddin37@hotmail.com


Dr. Falsafah (Pemikiran Kritis dalam BM) - UKM
Sarjana Sastera (Bahasa Melayu) - UPM
Bac. Pendidikan (PBMP) UPM
Sijil Perguruan Asas (PM/PS) - IPSI
Pengalaman Mengajar BM 18 Tahun
Pengalaman Pensyarah IPG 5 Tahun


Azmi bin Ayub
Pensyarah,
IPG Kampus Raja Melewar,
Seremban,
Negeri Sembilan.
azminbr966@hotmail.com


Sarjana Sastera (Bahasa Melayu) UPM
Bac. Pendidikan (PBMP) UPM
Sijil Perguruan Asas - MPMK
Pengalaman Mengajar BM 19 Tahun
Pengalaman Pensyarah IPG 5 Tahun

Faiziah binti Hj. Shamsudin
Pensyarah,
IPG Kampus Raja Melewar,
Seremban,
Negeri Sembilan.
faiziahshamsudin@yahoo.com


Sarjana Sastera (Bahasa Melayu) UPM
Bac. Pendidikan (PBMP) UPM
Sijil Perguruan Asas - MPKI
Pengalaman Mengajar BM 14 Tahun
Pengalaman Pensyarah IPG 5 Tahun
Nazariyah binti Sani
Pensyarah,
IPG Kampus Pendidikan Islam,
Bangi,
Selangor.
naza4509@gmail.com
Sarjana Pengajian Melayu UM
Sarjana Muda Pengajian Melayu UM
Kursus Perguruan Lepasan Diploma (KPLD)
MPMK
Pengalaman Mengajar BM 15 Tahun
Pengalaman Pensyarah IPG 5 Tahun


IKON


Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan
Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial
Memikir

Tamat





!


Pro Forma Kursus
Program Pensiswazahan Guru (PPG) 2011


Nama Kursus

Bahasa Melayu Komunikatif I
(Communicative Malay Language I)
Kod Kursus WAJ3115
Kredit 2(2+0)
Jam Interaksi 30 jam
Bahasa Pengantar Bahasa Melayu
Prasyarat Tiada
Semester Satu/Dua

Hasil Pembelajaran

1. Menghuraikan fungsi bahasa Melayu dalam konteks negara
Malaysia.

2. Menghuraikan konsep budi bahasa dan kesantunan dalam
masyarakat Melayu dan Malaysia.

3. Mengaplikasikan sistem sapaan bahasa Melayu dalam
komunikasi.

4. Mengaplikasikan unsur gaya bahasa dalam komunikasi
bahasa Melayu.

5. Membandingbezakan laras bahasa Melayu.

6. Menjelaskan wacana yang utuh dalam penulisan bahasa
Melayu serta menganalisis dan membetulkan kesilapan
bahasa Melayu dalam penulisan.



Sinopsis

Kursus ini menghuraikan peranan bahasa Melayu, konsep budi bahasa
dalam masyarakat Melayu dan Malaysia, kesantunan berbahasa, kata
sapaan, gaya bahasa, laras bahasa dan wacana serta menganalisis
kesilapan tatabahasa bahasa Melayu dalam konteks.

This course focuses on the role of Malay language, concept of courtesy
in the Malay society, addressing people and protocol, language styles,
language register, discourse and the Malay language grammer.



!


Tajuk Kandungan Jam

1

Fungsi Bahasa Melayu

Bahasa Kebangsaan
Bahasa Rasmi
Bahasa Perpaduan
Bahasa Pengantar
Bahasa Ilmu
Bahasa Perdagangan


2


2

Konsep Budi Bahasa dalam Masyarakat
Melayu dan Malaysia
Takrif Budi
Takrif Bahasa
Takrif Budi Bahasa
Ciri-ciri Budi Bahasa



2

3

Kesantunan Bahasa Melayu

Konsep Kesantunan
Kesantunan Verbal
Kesantunan Bukan Verbal (bahasa tubuh)



3




4

Sistem Sapaan :
Kata Panggilan dalam Keluarga
Kata Panggilan dalam Masyarakat

Protokol:
Panggilan Hormat dalam Majlis Rasmi


3
!


Tajuk Kandungan Jam

5

Gaya Bahasa
Diksi
Metafora
Simile
Hiperbola
Personafikasi
Imejan
Paradoks
Simbol
Ambiguiti
Konotatif
Denotatif
Bahasa sindiran dan kiasan
Peribahasa


4

6

Laras Bahasa

Konsep, Kepelbagaian dan Perbezaan Laras
Bahasa
Agama
Sains (perubatan, angkasa lepas,farmasi
dan lain-lain)

Matematik
Teknologi (pertanian, kejuruteraan,
masakan dan lain-lain)

Kreatif
Media/Multimedia
Undang-undang
Ekonomi
Sukan
Politik



4
!


Tajuk Kandungan Jam
Sejarah
Geografi
Seni (muzik, tarian,kraf tangan dan lain-
lain)


7

Wacana
Konsep
Ciri wacana
Jenis wacana
Penanda wacana
Keutuhan wacana


4

8



Tatabahasa Bahasa Melayu

Analisis Kesilapan Tatabahasa
Sebutan
Ejaan dan tanda baca




4
Analisis Kesilapan Tatabahasa
Morfologi dan Sintaksis
Semantik
4




JUMLAH

30

Penilaian

Kerja Kursus 60%
Ujian Akhir Kursus 40%



Rujukan Asas





Asmah Haji Omar.(2000). Wacana, Perbincangan, Perbahasan dan
Perundingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdull Sukor Shaari, Nuraini Yusoff, Mohd Isha Awang. (2003). Bahasa
Melayu Komunikasi. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors
!


Tajuk Kandungan Jam


Sdn. Bhd.
Nik Safiah Karim et.al. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rujukan
Tambahan

Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt. (1997). Bahasa Melayu
Komunikasi 1. Kuala Lumpur: Longman.
Abdullah Hassan. (1987). Isu-isu Perancangan Bahasa:
Pengintelektualan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Awang Sariyan. (2007). Santun Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Awang Sariyan. (2004). Tuntunan Bahasa: Asas Pegangan Pelajar.
Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (1984). Pedoman Umum Ejaan Rumi
Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Henry Guntur Tarigan. (1995). Pengajaran Wacana. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka
Noriati A.Rashid. (2005). Kesantunan Orang Melayu dalam Majlis
Pertunangan. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan
Idris.

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1






Kod : WAJ3115
Nama Kursus : Bahasa Melayu Komnikatif 1

Kandungan modul ini dibahagi kepada lapan (8) tajuk. Jadual di bawah
menjelaskan agihan tajuk-tajuk pembelajaran melalui modul.








AGIHAN TAJUK

Bil. Tajuk/Topik Interaksi
Jumlah
Jam
1 Fungsi Bahasa Melayu
Tutorial 1
( 2 Julai 2011)

4
2 Konsep Budi Bahasa dalam
Masyarakat Melayu dan Malaysia
3 Kesantunan Bahasa Melayu
Tutorial 2
(30 Julai 2011)

6
4 Sistem Sapaan dan Protokol
5 Gaya Bahasa
Tutorial 3
(20 Ogos 2011)

8
6 Laras Bahasa
7 Wacana
Tutorial 4
(24 September 2011)
4
8 Tatabahasa Bahasa Melayu Tutorial 5
(1 Oktober 2011)

8

JUMLAH 30

Vous aimerez peut-être aussi