Vous êtes sur la page 1sur 11

Globalisasi

Globalisasi bermaksud merentasi media dan sempadan yang berlaku melalui Internet di
peringkat antarabangsa. Kebanyakan negara maju menandatangani Perjanjian
Perkhidmatan Pendidikan GATS (General Agreement on Trade and Services) untuk
menghapuskan rintangan pendemokrasian pendidikan dan membuka peluang penubuhan
institut pendidikan, penukaran pakar pendidikan, serta mengiktirafkan sijil-sijil dari semua
peringkat persekolahan dan institut pendidikan tinggi.
Pendapat Prof Michael Gibbons (2003)-Setiausaha Agong Persatuan Universiti
Komanwel (ACU) , globalisasi ialah proses berterusan dalam perindustrian pendidikan yang
berlaku dahulu. Globalisasi pendidikan ialah proses perubahan untuk pelaksanaan pengajaran
yang lebih berkualiti. Globalisasi pendidikan menggalakkan penyelidikan dalam pengajaran
dan pembelajaran sama ada dalam bidang methodologi, psikologi mahupun pengujian dan
penilaian
Melalui globalisasi telah membawa budaya homogeniti dan juga menjana diversiti. Fungsi
utama globalisasi pendidikan ialah menghasilkan sumber-sumber yang diperlukan untuk
pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat. Globalisasi pendidikan ialah proses berterusan
untuk meningkatkan tahap kemahiran dan pengalaman individu.
Malaysia telah mengambil beberapa langkah aktif sebagai persediaan menghadapi era
globalisasi dalam pendidikan antaranya; Menubuhkan Multimedia Super Corridor (MSC),
Penswastaan pendidikan tinggi, Mengembangkan sekolah-sekolah bestari, Mereformasikan
kurikulum sekolah
CABARAN GLOBALISASI TERHADAP PEMBINAAN MODAL INSAN
BERKUALITI
Cabaran 1 : Pembelajaran sepanjang hayat
Konsep pembelajaran sepanjang hayat seperti yang didefinisikan oleh OECD
(Organisation for Economic Cooperation and Development) ialah menjadikan individu dalam
sesebuah masyarakat yang telah didorongkan untuk terus belajar menerusi hayat mereka
samada secara formal dan tidak formal (OECD 1996). Malaysia masih baru untuk
menjadikan pendidikan sepanjang hayat sebagai agenda pembangunan negara jika
dibandingkan dengan negara maju seperti Amerika Syarikat, German dan Australia. Oleh
yang demikian Perdana Menteri menekankan dalam konteks dunia global sekarang, modal
insan yang benar-benar berkualiti sangat diperlukan jika negara ingin melangkah ke era
ekonomi global yang berpaksikan pengetahuan (B.H, 1 Mei 2006).
Cabaran 2 : Pembangunan modal insan
Cabaran pembangunan modal insan adalah cabaran sebenar setelah segala dasar,
strategi serta agensi yang terlibat telah diselaraskan dan disepadukan. Gerak kerja serta usaha
membangunkan modal insan sudah pasti terletak di bahu para pendidik khususnya dan
masyarakat amnya. Justeru, sejauhmana peranan serta kesediaan para guru dan masyarakat
dalam melakukan penyampaian atau pemindahan maklumat serta pendidikan kepada sasaran
iaitu para pelajar adalah sangat bergantung kepada ciri-ciri guru berkualiti serta masyarakat
berkualiti (modal insan sedia ada).
Cabaran 3 : Pembudayaan ilmu
i. Membudayakan ilmu masyarakat setempat
Cabaran yang dihadapi dalam pembentukan modal insan ini adalah kesukaran untuk
membudayakan ilmu di dalam komuniti setempat. Latar pendidikan, latar sosial, latar tempat
serta kepelbagaian latarbelakang masyarkat yang berbeza sangat mencabar serta mendepani
seribu macam bentuk cabara yang perlu dirungkai dengan penuh iltizam dan komited.
ii. Kesukaran untuk mendapat bahan bacaan.
Budaya ilmu mewujudkan sebuah masyarakat yang mempunyai world-view yang lebih
luas, iaitu pemikiran yang lebih terbuka serta mampu memahami fenomena-fenomena
perubahan yang berlaku di peringkat global.
Cabaran 4 : Pasaran ekonomi/kerja
Minat untuk mempelajari sesuatu merupakan sifat yang utama dalam pembangunan modal
insan. Individu atau pekerja yang berminat ialah pekerja yang produktif (Mahmood Nazar,
2005). Semakin maju sesebuah negara maka semakin meningkat permintaan untuk tenaga
mahir dan yang berpengetahuan. Perubahan pada tahap individu ini bergantung kepada
penguasaan kemahiran baru, pembentukan sikap baru, serta pembentukan pemahaman baru
(Tor Geok Hwa, 2004)

Cabaran 5 : Teknologi komunikasi & maklumat
Tingkah laku pelajar era Globalisasi catatan diari pelajar Zulkarnain Bin Zabidi,
murid Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Tedung, Melaka pada 25 Julai 2010:
'Pagi ini Cikgu Salina suruh saya dan beberapa orang rakan datang awal ke sekolah untuk
mengemaskini loman sekolah kami yang terdapat dalam World Wide Web. Semalam tidak
sempat kerana sibuk menjawab soalan tentang pakaian seragam murid sekolah di Malaysia
yang ditanya oleh Gary Newmann daripada Coventry melalui email. Alamak! Lupa pulak
hendak scankan gambar helikopter Rajawali buatan Malaysia yang diminta oleh Toni
Mueller dari Cologne. Mungkin petang esok boleh dapatkan daripada hompej Kementerian
Pertahanan.
Geografi negara Malaysia memberi cabaran fizikal yang besar untuk melengkapkan
frasarana yang berkaitan.
Cabaran 6 : Pengurusan pendidikan
Pengurusan Organisasi tertinggi, Kementerian Pelajaran Malaysia, KPM mestilah
melalui satu bentuk perubahan dengan mengatasi masalah-maslah berkaitan kerenah
borikrasi, ketepatan data, kaedah anisis data serta penyampaian maklumat agar proses dapat
bermula dan berakhir pada kitaran roda yang sempurna dan lengkap.
Pengurusan peringkat hierarki: JPN, PPD, PKG dan Sekolah (SM, SR, Prasekolah) perlu
diberi perhatian penuh sejajar keperluan serta rombakan bagi mengisi keperluan serta
menghapuskan item tidak perlu. Pengurusan Kementerian Pengajian Tinggi, sangat perlu
menyelaras dan menyusun atur rentak tari universiti, institut, kolej (awam & swasta) seirama
lagu kurikulum pendidikan Malaysia.
KEDUDUKAN UNIVERSITI MALAYSIA PERINGKAT ANTARABANGSA.

Cabaran 7 : Kualiti guru
Guru perlu menjadi pelopor kepada penghayatan pendidikan sepanjang hayat (B.H
Rabu, 16 Mei 2007). Kualiti guru perlu dibangunkan sepanjang masa bersesuaian dengan
keperluan pendidikan, ekonomi serta perubahan global.Guru-guru bukan sahaja menguasai
pedagogi tetapi juga menguasai andragogi. Andragogi atau pembelajaran orang dewasa adalah
proses berterusan dalam jangka masa yang panjang dimana melibatkan mereka yang sudah
matang dari segi pemikiran (Mohd. Azhar et.al., 2004). Cara sebegini sangat berkesan kerana
melalui penglibatan mereka mengajar orang-orang dewasa sebagai pengalaman baru.
Kuailiti dan ciri-ciri guru dalam menghadapi cabaran globalisasi
Mempunyai ciri beriltizam
Sikap bersungguh-sungguh dan bertanggungjawab dalam tugasnya sebagai
seorang pendidik
Berorientasikan maklumat
Mengejar maklumat-maklumat baru yang berkaitan dengan pendidikan
melalui sebarang media, khasnya (ICT)
Berwawasan
Mempunyai visi dan berpandangan jauh terhadap isu-isu yang berkaitan
dengan perkembangan pendidikan.
Berpandangan global.
Melihat perspektif pendidikan dalam negeri dan secara global.
Berpandangan positif , fleksibel dan mudah menyesuaikan diri.
Memperlihatkan reformasi dan inovasi pendidikan serta perubahan
kurikulumnya dan termasuklah peka kepada perubahan dan sedar tentang
keperluan negara.
Menyesuaikan diri dalam tugas baru dari semasa ke semasa dan dalam
persekitaran sosial
Mewujudkan hubungan interpersonal secara menyeluruh
Menjalin hubungan dengan pendidik luar negeri melalui media seperti internet
atau email serta menghadiri konferens dan seminar pendidikan antarabangsa
Perkembangan, kemajuan dan pembangunan negara Malaysia bergantung
kepada kerjasama negara-negara antarabangsa
Pertumbuhan ekonomi negara amat bergantung kepada modal insan terutamanya
dalam proses Malaysia mencapai status negara maju. Dalam tempoh RMKe-9, kejayaan Misi
Nasional dan seterusnya Wawasan 2020 amat bergantung kepada modal insan yang dihasilkan
oleh sistem pendidikan kebangsaan. KPM akan memastikan tidak ada pihak yang tercicir dari
sistem pendidikan dan setiap pelajar yang melalui sistem ini bukan sahaja dapat memenuhi
kehendak pasaran dalam negara malah kehendak peringkat antarabangsa. Menyedari
kepentingan ini, KPM akan terus berusaha menggembleng tenaga dengan pelbagai pihak yang
berkepentingan untuk membangunkan modal insan yang bukan sahaja mempunyai
kecemerlangan akademik tetapi memiliki nilai-nilai insaniah.
MODAL INSAN
Menurut Adam Smith (1723-1790), modal insan ialah semua penduduk yang mempunyai
kemampuan, berguna dan bermanfaat kepada negara. Shultz (1960), modal insan (human
capital) sebagai individu yang berbekalkan kemahiran, pengalaman dan pengetahuan. Aini
Jaafar (2006), menjelaskan istilah modal insan (human capital) adalah merupakan suatu
istilah ekonomi yang baru, istilah ini juga jelas menggambar ianya daripada fahaman
kapitalisme. Maka tidak hairanlah manusia hanya dilihat sebagai buruh dan pengusaha,
seperti mana yang terdapat dalam ilmu ekonomi moden
Kajian tahun 2004 yang dilakukan oleh World Economic Forum (WEF), dari sudut modal
insan, Malaysia menduduki tangga 34 di peringkat global, 22 tangga di belakang Singapura
dan 12 tangga di atas Thailand. Laporan Indeks Kompetitif Global, 2009-2010 meletakkan
Malaysia di tangga 24 dunia dari sudut nilai saing berbanding di tangga 21 untuk kajian tahun
sebelumnya.
Jadi, modal insan ialah manusia dilihat sebagai suatu jenis modal insan, iaitu sebagai
suatu aset tenaga yang sungguh penting dan bermakna kepada kegiatan ekonomi,
pembangunan negara, mahupun kemajuan bangsa dan ummah. Modal insan ini perlu diurus,
dicanai, dibangunkan dan diuji bagi menentukan kemampuannya sebelum
memanfaatkannya.
Ciri-ciri modal insan berkualiti
1. BERILMU PENGETAHUAN

i. Minat membaca yang mendalam
Modal insan yang berkualiti seharusnya mempunyai ilmu pemngetahuan yang
secukupnya agar dapat membawa kesejahteraan kepada bangsa dan negara. Untuk mendapat
pengetahuan, modal insan yang ada perlulah mempunyai minat yang mendalam untuk
menimba ilmu melalui minat terhadap buku. Namun, statistik yang dikeluarkan oleh
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), pada tahun 2005, rakyat Malaysia secara purata hanya
membaca buku sebanyak 2 buah buku setahun. Walau bagaimanapun, jumlah meningkat pada
2009 iaitu rakyat Malaysia secara puratanya meminjam sebanyak 9 hingga 12 buah buku
setahun dengan jumlah ahli yang mendaftar di Perpustakaan Negara Malaysia ialah 56,676
orang dan pada tahun 2010 sebanyak 776, 347 buah buku dipinjam.
Peningkatan ini dapat menggambarkan modal insan berilmu pengetahuan dapat
dilahirkan.Modal insan yang berilmu pengetahuan dapat menggunakan pengetahuan kepada
amalan, berfikiran analitikal, kritikal, berupaya menyelesaikan masalah dan penaakulan dan
menguasai pelbagai bahasa, celik teknologi dan mampu memenuhi pasaran kerja tertiari
kepada 33% menjelang 2020.

ii. Mempunyai kemahiran membaca dan pengetahuan sains dan matematik




Kedudukan PISA Matematik Malaysia Tempat ke 57

Kedudukan PISA


2. BERAKHLAK TERPUJI
Data masalah sosial remaja :
Statistik AADK 1988-2004 seramai 311,163 penagih dadah di Malaysia iaitu 1.4%
daripada penduduk Malaysia manakala kajian Institut Darul Islah Selangor mendapati 25
hingga 30% pelajar sekolah menengah mengaku melakukan hubungan terlarang, iaitu 60
hingga 70% pelajar berumur 9-12 tahun. Adakah ini menggambarkan modal insan yang
berkualiti
Menurut sebuah artikel yang dipeti daripada Utusan Malaysia (M) Bhd, modal insan
yang berakhlak terpuji merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai
murni, dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan santun, berdisiplin, dinamik,
inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing. Inilah
modal insan yang memiliki personaliti unggul. Merekalah yang akan menentukan hala tuju
negara pada masa depan.
ArtikelPenuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20130515/ba_01/Melahirka
n-modal-insan berkualiti#ixzz2gZLMEwWO Utusan Melayu (M) Bhd
3. Berfikir secara kreatif dan kritis

i. Berkeupayaan mencipta peluang baru

Pelbagai program diadakan untuk mencungkil bakat untuk melihat daya
kreativiti, dan inovasi pelajar contohnya Program bagi tujuan meningkatkan tahap
kesedaran dalam sains, teknologi dan inovasi selaras dengan pengisytiharkan
Kerajaan di mana tahun 2010 sehingga 2020 dikenali sebagai Tahun Dekad
Inovasi. Antara agensi dan bahagian di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan
Inovasi mengambil bahagian untuk berkongsi dan menyalurkan informasi dan
teknologi masing-masing seperti Bahagian Biotek, Direktorat Oseanografi
Kebangsaan, Bahagian Inovasi dan Pengkomersilan, Agensi ANGKASA, Agensi
Nuklear Malaysia, SIRIM Berhad, Pusat Sains Negara, Jabatan Kimia Malaysia,
Jabatan Meteorologi Malaysia, Technology Park Malaysia, CyberSecurity
Malaysia, Yayasan Angkasawan Malaysia dan Yayasan Inovasi Malaysia
4. Memiliki jati diri yang tinggi
Hamidah (2001), jati diri ialah memiliki keperibadian, sahsiah dan pengenalan diri
yang merangkumi penghayatan nilai, sudut pandangan dan pemikiran, sikap, gaya hidup dan
pegangan. Jati diri amat diperlukan oleh modal insan yang berkualiti kerana mereka perlu
mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global
yang sering berubah-ubah. Mempunyai prinsip diri yang jitu juga sangat penting agar mereka
tidak mudah terpengaruh dengan unsur negatif seperti provokasi, hasutan dan pelbagai anasir
negatif yang lain.
5. Berperibadi mulia
Seseorang pemimpin mempunyai keperibadian yang mulia mempunyai kepimpinan yang
utuh (towering personality), tidak mudah terpengaruh dan boleh membuat keputusan.
Kepimpinan sebenar terletak pada keperibadian mulia interpersonal dan intrapersonal individu
tertentu yang perlu melalui proses latihan kepimpinan professional.

RUJUKAN
Hamidah Abd Rahman (2001), Kajian keberkesanan mata pelajaran Umum Universiti dari
aspek jati diri dan kepekaan Globalisasi di kalangan pelajar Taman Universiti
Teknologi Malaysia Skudai : Jabatan Pembangunan Sumber Manusia.
Jurnal Ekonomi Malaysia 46(2) 2012 177 178
Konsep 1 Malaysia dari aspek perundangan
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 2010
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025
Penilaian Tahap Penguasaan kemahiran menulis dalam bahasa Melayu Murid Sekolah
Kebangsaan, eprints.usm.my
Prosiding Seminar Pembangunan Modal Insan 2009, Tema Kecemerlangan Modal Insan
Pada 23-24 Mac 2009. Tempat: Pusat Sumber Pendidikan Negeri, Pengkalan Chepa,
Kota Bharu, Kelantan.
Tinjauan kepentingan Pembangunan Modal Insan di Malaysia (Review on the Importance of
Human Resource Capital Development in Malaysia), Mohd Fauzi Hamat dan Mohd
Khairul Naim Che Nordin.

Vous aimerez peut-être aussi