Vous êtes sur la page 1sur 4

SCE 3103 MENEROKA BAHAN Masa : 2 Jam

EKSPERIMEN 4 : PENYEDIAAN SABUN MENGUNAKAN PROSES


SAPONIFIKASI

Tujuan :
Untuk menyediakan sabun dengan menggunakan proses saponifikasi
Pemboleh ubah :
Manipulasi : Minyak sayuran
Bergerak balas : Sabun yang dihasilkan
Malar : Kuantiti larutan natrium hidroksida
Bahan :
1. Minyak sayuran
2. 5 mol dm
-3
larutan natrium hidroksida
3. Serbuk natrium klorida
4. Air suling

Radas :
1. Bikar 200 ml
2. 10 ml silinder penyukat
3. 100 ml silinder penyukat
4. Kertas turas
5. Corong turas
6. Spatula
7. Rod kaca
8. Tabung uji
9. Penunu bunsen
10. Kasa dawai
11. Tungku kaki tiga



Teori :
Sabun ialah bahan pencuci yang dihasilkan melalui tindak balas antara larutan
natrium hidroksida atau kalium hidroksida dengan lemak haiwan tau minyak sayuran.
Tindak balas ini dikenali sebagai proses saponifikasi. Apabila lemak atau minyak
dididihkan dengan larutan alkali pekat seperti natrium hidroksida atau kalium
hidroksida, proses saponifikasi berlaku dan ester dipecahkan kepada sabun dan
gliserol.
Proses Saponifikasi
Minyak Sayuran + Natrium Hidroxida Garam natrium asid lemak + Gliserol
( Ester ) ( Alkali ) ( Sabun ) ( Alkohol )


Prosedur :
1. 70 ml natrium hidroksida disukat menggunakan 100 ml silinder penyukat.
2. Larutan tersebut dituangkan ke dalam 100 ml bikar, dipanaskan dan dikacau
menggunakan rod kaca.
3. Minyak sayuran dicampurkan sedikit demi sedikit ke dalam bikar.
4. Apabila pepejal rutih terbentuk, proses pemanasan diberhentikan.
5. Larutan dikacau sehingga sejuk.
6. Kemudian, pepejal putih tersebut dilarutkan ke dalam 200 ml air suling sambil
dikacau.
7. Larutan pepejal putih dituraskan menggunakan kertas turas dan corong turas.
8. Natrium ditambah lagi ke dalam hasil turasan dan dikacau. Kemudian turasan
dilakukan untuk kali kedua.
9. Mendapan putih yang terhasil pada kertas turas dikeringkan.
10. Mendapan (sabun) diuji dengan menyentuh menggunakan jari.
11. Mendakan putih yang dikeringkan dimasukkan ke dalam tabung uji yang
mengandungi air suling. Larutan tersebut digoncangkan.
12. Pemerhatian dibuat selepas larutan digoncangkan.

Pemerhatian :
Mendapan Pemerhatian
Warna
Putih













Keadaan fizikal Pepejal
Rasa sabun setelah disentuh Licin
Pemerhatian apabila digoncang
Buih terhasil















Perbincangan :
1. Proses untuk menghasilkan sabun dinamakan saponifikasi.
2. Selepas penurasan, baki turasan iaitu mendapan yang berwarna putih adalah
sabun kerana sifatnya yang licin apabila disentuh dan berbuih apabila
digoncangkan dengan air.
3. Sabun yang terbentuk dapat dimendakkan daripada larutan dengan
mencampurkan natrium klorida dan didihkan semula.
4. Hal ini kerana natrium klorida akan mengurakan kelarutan sabun dalam air
dan menyebabkannya termendak keluar.
5. Turasan dilakukan dua kali untuk membuang bendasing dan menghasilkan
sabun yang lebih tulen.

Kesimpulan
Sabun dapat dihasilkan melalui proses saponifikasi dengan mendidihkan minyak
sayuran bersama larutan natrium hidroksida.

Vous aimerez peut-être aussi