Vous êtes sur la page 1sur 14

ANALISIS WACANA DAN MEDIA

MASA
Disediakan oleh:
Noor Amira Mirza Binti Jaafar
Nurakhmal Lyna Binti Abd Hamid
Nur Adilah Binti Jaafar
Nur Aqilah Binti Ismail
JENIS-JENIS WACANA
Wacana lisan
- komunikasi secara langsung antara penutur dan
pendengar.
- (Ekspresi muka, gerak badan, nada suara dll
memberi kesan kpd pendengar
Wacana tulisan
- Disampaikan secara bertulis
- Libatkan penulis dan pembaca
- Komunikasi Sehala Penulis tidak dapat melihat
reaksi pembaca
Wacana visual
- Disampaikan melalui pemerhatian/gambaran.


PELBAGAI DIMENSI TEKS MEDIA
1. Tujuan Penulis
- Setiap wacana ada tujuannya
- Tujuan bergantung kpd tajuk yg ingin disampaikan oleh penulis

2. Pengaruh Ideologi dan Agenda
- Penulisan teks sentiasa dipengaruhi oleh ideologi dan agenda
penulis
- Ideologi penulis jd hala tuju penulisan teks media tersebut
- Agenda yang disampaikan adakalanya jelas dan adakalanya
disampaikan secara tersirat

3. World View Penulis, Penerbit/Stakeholders

MENGHURAI BAHASA MEDIA DARI ASPEK:
BAHASA
MEDIA
RETORIK
DAN
SENSASI
METAFORA
METAFORA
Cantuman dua perkataan meta dan phore
Meta pertukaran atau peralihan (sense of change of position
or condition
Phore- pembawa/bearer
Maksudnya Perubahan dan peralihan yang telah berlaku
kepada makna perkataan disebabkan penggunaan sesuatu
perkataan yang menjadi pembawa peralihan tersebut
Contohnya : Pulau dan Impian
- Dua perkara yang berbeza, tetapi ada persamaan di dalam
konteks kedua-duanya adalah jauh dan memerlukan usaha
penyair untuk sampai kesana. Dari kaitan ini terciptalah
metafora PULAU IMPIAN
RETORIK DAN SENSASI
Teknik penggunaan bahasa, sama ada dlm bentuk
lisan atau tulisan yg ada aspek tatabahasa yang
betul, selain penggunaan bahasa yang baik dalam
penyampaian idea.
Seni penggunaan bahasa indah untuk menarik
pemikiran pendengar
MAKNA-MAKNA DALAM RETORIK
MAKNA
DALAM
RETORIK
PEMERIAN
PEMUJUKAN
PENERANGAN
PENCERITAAN
PENDEDAHAN
PENGHUJAHAN
PEMERIAN
Teknik penggunaan bahasa yang berbentuk penjelasan atau
huraian tentang sesuatu idea.
Retorik ini bertujuan menyampaikan fakta dan maklumat yang
lengkap kepada pembaca atau pendengar
Contohnya : Harga asal buku itu ialah RM 50.00, Harga
selepas diskaun ialah RM25.00
Paparan retorik pada ayat berkenaan adalah objektif dan jelas
PEMUJUKAN
Retorik jenis ini menggunakan bahasa pujukan utk
mempengaruhi pemikiran dan keyakinan orang lain supaya
mempercayai sesuatu perkara yang diperkatakan
Menggunakan bahasa yang manis, menarik dan
mementingkan kehalusan bahasa
Contohnya : Kami menawarkan diskaun paling hebat dan
perkhidmatan mesra pembeli. Silalah berkunjung ke kedai
kami
Retorik tersebut menunjukkan kehalusan bahasa
PENERANGAN
Retorik jenis ini memberikan penerangan tentang sesuatu
perkara dengan terperinci daripada satu langkah kepada satu
langkah yang lain
Penggunaan gaya bahasa, intonasi dan nada menarik
Contohnya : Salam bahagia kepada semua penumpang
penerbangan AA4444. Kami mengucapkan terima kasih
kepada anda kerana memilih Syarikat Penerbangan Cepat.
Menggunakan penerangan berasaskan nada yang menarik
dan berintonasi supaya dapat mengelak atau mengurangkan
kemarahan penumpang.
PENCERITAAN
Retorik ini merupakan satu bentuk penyampaian melalui
cerita, sama ada dalam penulisan mahupun lisan
Mengandungi pendahuluan, perkembangan dan peleraian
Bersifat imaginatif
Contoh : Aku melihat jam di dinding menunjukkan pukul 2.00
pagi. Tiba-tiba sahaja aku ternampak bayangan yang
menyeramkan
Retorik berkenaan menarik pembaca untuk mengikuti kisah
seterusnya

PENDEDAHAN
Retorik ini mendedah dan menampakkan sesuatu atau
menyingkap atau memapar atau menunjukkan sesuatu
perkara atau maklumat dengan jelas dan terperinci.
Contohnya : Warga China merupakan paling ramai menyertai
program Malaysia My Second Home (MM2H) antara 13,977
orang dari 107 negara yang tertarik kepada program itu sejak
ia diperkenalkan tujuh tahun lalu.
Berdasarkan sesuatu bahan berita dalam akhbar boleh
merangsang pembacaan
PENGHUJAHAN
Retorik ini juga dikenali sebagai pemujukan rasional atau
intelek. Retorik jenis ini digunakan dalam sesuatu
perbahasan, perdebatan, perbicaraan, forum dan penulisan
yang bersifat akademik.
Memerlukan khalayak bersetuju dan yakin akan pendapat
yang dikemukakan
Pendapat yang dikemukakan dengan bukti konkrit dan jelas
Contohnya.
SEKIAN
TERIMA KASIH...

Vous aimerez peut-être aussi