Vous êtes sur la page 1sur 2

AKOMODASI

Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta
menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya hidup
masing-masing. Menurut Ting Chew Peh (1987), konsep ini diwakili oleh formula A + B + C = A
+ B + C, di mana A, B dan C merujuk kepada budaya masing-masing.
Selain itu, akomodasi juga merupakan satu proses yang memerlukan kerjasama daripada
dua atau lebih pihak yang mempunyai matlamat yang berbeza untuk membentuk satu matlamat
yang dapat memuaskan hati kedua-dua pihak tersebut. Berbagai-bagai kumpulan etnik hidup
dengan harmonis serta menghormati antara satu sama lain. Pada peringkat pemerintahan pusat,
setiap kumpulan etnik yang mempunyai wakil yang tersendiri dalam bidang pendidikan dan
ekonomi saling bergantung antara satu sama lain. Konsep ini diamalkan secara menyeluruh di
Malaysia kerana negara Malaysia mempunyai pelbagai kumpulan etnik dan setiap kumpulan etnik
ini bebas mengamalkan budaya masing-masing dengan harmoni.
Dalam konsep yang berbeza, akomodasi juga dikenali sebagai situasi menang-menang di
mana kedua-dua pihak yang bertentangan pendapat atau matlamat akan memperoleh faedah
daripada satu matlamat baru yang telah dibina secara bersama dan kolektif. Contohnya di
Malaysia, walaupun bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan, bahasa-bahasa yang
berlainan juga boleh digunakan secara bebas asalkan bahasa tersebut tidak menlanggar undang-
undang dan perlembagaan Malaysia. Negara-negara lain juga memeluk konsep ini, contohnya,
negara Switzerland yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik Jerman,
Perancis dan Itali saling membuat penyesuaian antara mereka. Penyesuaian merupakan ciri yang
sangat penting untuk menyelesaikan masalah-masalah yang terjadi dalam hubungan etnik. Suasana
kompromi ini membolehkan kumpulan-kumpulan yang terlibat meneruskan identiti serta sikap
mereka yang berasingan. Kejayaan atau berkesannya penyesuaian sebagai satu dasar bergantung
kepada sikap golongan pemerintah dan kumpulan-kumpulan etnik berkenaan.
Dalam konsep umum, akomodasi merupakan satu interaksi sosial yang dilakukan antara
individu ataupun kelompok yang bertujuan untuk menyelesaikan suatu pertentangan atau konflik
sehingga munculnya pemahaman dan penghormatan. Konsep akomodasi bertujuan untuk
mengelakan pertentangan dan menggalakkan kerjasama antara kumpulan-kumpulan etnik serta
mendorong kewujudan asimilasi. Akomodasi mempunyai beberapa bentuk iaitu paksaan,
kompromi, arbitrasi, mediasi, konsiliasi dan toleransi.

Vous aimerez peut-être aussi