Vous êtes sur la page 1sur 19

BAB

ASPEK SOSIO EKONOMI DAN PEMBANGUNAN SEKTOR BARU KELANTAN



Kekuatan kuasa beli dan permintaan domestik di negeri Kelantan dapat dilihat daripada
beberapa pemerhatian terhadap aspek sosio-ekonomi yang melatari kehidupan harian rakyat
Kelantan seperti berikut:
Tunai dan Emas Urusniaga jualbeli dalam bentuk tunai yang tinggi adalah petanda
utama dalam mengukur kekuatan ekonomi rakyat Kelantan dan turut menyumbang
kepada merancakkan aktiviti perniagaan kecil dan sederhana di Kelantan. Amalan
berhutang di kedai runcit amat jarang diamalkan di Kelantan, apatah lagi transaksi jual-
beli menggunakan kad kredit sebagaimana menjadi amalan biasa warga kota yang
dihimpit beban sara hidup yang tinggi. Transaksi tunai yang rancak ini sekaligus menjadi
pemangkin kepada budaya berniaga di kalangan rakyat Kelantan apabila permintaan
terhadap barangan sentiasa tinggi, samada barangan runcit mahupun makanan. Di
samping itu, budaya pemilikan emas di kalangan wanita Kelantan bukan sekadar untuk
tujuan perhiasan dan kecantikan, tetapi turut menjadi perantara nilai ekonomi sesama
mereka, khususnya dalam urusniaga pajak-gadai dan pinjaman modal. Ini
dibuktikan dengan prestasi perniagaan pajak-gadai Islam oleh Ar-Rahnu, di samping
rekod jualan dinar dan dirham Kelantan yang kian meningkat, malah menjadi
pemandangan biasa untuk melihat peraih- peraih emas berniaga di pasar-pasar, duduk
sebaris dengan penjual kuih-muih dan sayur-sayuran.

Tanah dan Rumah Rakyat Kelantan secara umumnya lebih mengutamakan
perbelanjaan untuk pemilikan aset kekal. Daripada urusniaga pembelian tanah (atau
pecah lot) yang amat popular di Kelantan serta aktiviti pembinaan dan pembelian rumah
di kawasan bandar mahupun di luar bandar, sehinggalah kepada sekecil-kecil pemilikan
aset seperti haiwan ternakan yang biasanya akan dijual untuk menampung perbelanjaan
pendidikan anak-anak. Aset-aset utama seperti rumah banglo dan premis perniagaan
menyaksikan lebih 70% pemilikan di tangan anak jati negeri Kelantan, situasi yang jarang
berlaku di negeri-negeri lain.

Bank dan Tabungan Kewujudan banyak cawangan bank di daerah kecil seperti Bachok,
Kuala Krai dan Gua Musang adalah menarik untuk dikaji dan dibandingkan dengan
situasi di daerah kecil yang setaraf di negeri lain. Ini kerana, bagi daerah sebegini yang
aktiviti ekonomi di kalangan penduduknya adalah terhad dan sering disinonimkan
sebagai daerah termiskin, kewujudan lebih daripada tiga cawangan bank komersial
utama seperti Maybank dan CIMB, mahupun bank berorientasikan masyarakat seperti
BSN dan Bank Pertanian di daerah mundur sebegini menjadi penanda aras terhadap
tahap tabungan dan simpanan modal di kalangan rakyat Kelantan.

Situasi yang lebih rancak pula dapat dilihat di bandar utama seperti Kota Bharu, Pasir
Mas dan Tanah Merah yang menyaksikan urusniaga dan transaksi perbankan di
kalangan rakyat adalah amat tinggi, di tambah dengan pembukaan cawangan bank yang
menawarkan perkhidmatan perbankan Islam, tumbuh bak cendawan selepas hujan.

Infaq dan Sedeqah Tidak perlu dihurai lebih lanjut akan budaya infaq, sedeqah, zakat
dan waqaf di kalangan rakyat Kelantan. Pembinaan surau (balasoh) dan masjid yang
banyak di Kelantan semuanya ditampung oleh sumbangan derma dan zakat yang
dikumpul sedikit demi sedikit. Pendidikan merupakan institusi utama yang mendapat
manfaat daripada budaya infaq dan sedeqah, baik dari segi pembiayaan pondok,
madrasah dan sekolah agama rakyat, sehinggalah kepada pembiayaan pendidikan anak-
anak untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi. Hasil bantuan zakat dan
sedeqah yang dihulur jiran sekampung dan saudara-mara ini merupakan pelaburan
jangka masa panjang yang telah membuahkan hasilnya pada masa sekarang apabila
tahap ekonomi warga kampung secara umumnya meningkat selepas anak-anak
kampung ini menamatkan pengajian dan mempunyai kerjaya dan pendapatan yang
lebih kukuh
Inilah sebahagian daripada pemerhatian ringkas terhadap aspek sosio-ekonomi yang telah
menjadi budaya di kalangan rakyat Kelantan, dan ia merupakan pemangkin utama kepada
kekuatan kuasa beli dan dayatahan ekonomi negeri Kelantan. Rezeki yang diperolehi biarpun
nampak sedikit, tetapi ia lebih dari mencukupi untuk menampung kehidupan sehari-hari, buat
bekalan di kemudian hari. Kebaikan dan kebajikan yang bertambah-tambah, itulah barakah,
dan inilah kekuatan dan keunikan ekonomi negeri Kelantan Darul Naim.

PROGRAM PENTADBIRAN DAN KEWANGAN BARUKERAJAAN NEGERI KELANTAN
Program Pentadbiran dan Kewangan
Dalam kedua-dua aspek ini beberapa perubahan dasar dan tindakan telah dilakukan kearah
merealisasikan konsep Membangun Bersama Islam, antaranya:
- Membudayakan adab membuka dan menutup majlis cara Islam, iaitu dimulakan dengan
membaca surah al-Fatihah dan ditutup dengan surah al-Asr
-Meluluskan Pekeliling Pentadbiran Islam (1994)
-Penutupan premis-premis judi
-Menguatkuasakan etika pakaian Islam (menutup aurat)
-Pengawalan kedai gunting (elak wanita menggunting rambut lelaki)
-Melarang papan tanda (iklan) yang memperniagakan wanita dan yang bercanggah dengan
Islam
-Tidak mengeluarkan lesen premis kepada pusat hiburan.
-Menyusun semula premis penjualan arak berkuatkuasa mulai 1 Julai 1993. Semua jenis arak
tidak dibenarkan lagi diminum di tempat awam, termasuk hotel, restoran atau kedai makan.
Namun orang bukan Islam boleh minum dirumah kediaman mereka atau di tempat bukan
tempat awam.
-Pengurusan hotel berkonsepkan Islam
-Mewujudkan kaunter pembayaran berasingan bagi lelaki dan wanita di pasar-pasar raya
-Mengasingkan tempat duduk lelaki dan wanita dalam majlis-majlis rasmi
-Pinjaman secara Islam kepada kakitangan kerajaan
-Mengasingkan akaun halal dan haram
-Bekerja lima hari seminggu (cuti pada hari Jumaat dan Sabtu)
-Cuti bersalin ditambah daripada 42 hari kepada 60 hari
-Masa tamat kerja diperawalkan dengan tiadanya waktu rehat tengah hari dalam bulan
Ramadhan
-Meluluskan Enakmen Kawalan Hiburan Negeri 1998 yang mengutamakan nilai-nilai keislaman.
-Kawalan waktu berniaga di waktu Maghrib bagi membolehkan peniaga menunaikan solat.
-Pemindahan akaun simpanan tetap kerajaan daripada sistem perbankan riba kepada sistem
perbankan Islam
-Sistem al-Rahn (pajak gadai Islam)
-Menubuhkan tabung Serambi Mekah

Program Kemajuan Islam
Diantara program-program yang telah dilakukan oleh kerajaan ialah
-Memperkenalkan Unit Dakwah Halaqat
-Menambah bilangan guru Quran dan Fardhu Ain
-Penyelarasan aktiviti bersama badan-badan dakwahMeningkatkan kegiatan dakwah melalui
jabatan / ajensi kerajaan
-Mewujudkan program dakwah melalui Jawatankuasa Penerangan di peringkat Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT)
-Mempertingkatkan fungsi Bahagian Dakwah, di Jabatan Agama Islam
-Menggalakkan penyertaan bukan Islam ke Majlis kebesaran Islam dan program rasmi Kerajaan
-Kempen Menutup Aurat
-Program Ihya Ramadhan
-Program mengimarah masjid
-Program sambutan Hari Hudud
-Program Bulan Sembahyang
-Pakej pelancongan Ramadhan
-Melaksanakan tabung al-Qardhul Hassan di masjid-masjid.
-Meghapuskan aktiviti pelacuran
-Penubuhan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) bertaraf Universiti
-Penubuhan Maahad Tahfiz al-Quran , Pulai Condong
-Memasukkan acara Seni dan Budaya Islam dalam Karnival Kebudayaan Kelantan
-Meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1983)
-Dasar Kebudayaan Negeri berteraskan prinsip Islam (1999)
-Dasar pelancongan Negeri berprinsipkan Islam
-Memeprincikan prinsip keIslaman dalam dasar Kawalan Hiburan Negeri 1998 dan
mengutamakan nilai-nilai Islam dalam peraturan Kawalan Hiburan 1999
-Memperkemaskan Enakmen Keluarga Islam 1993 (Pindaan 1999)

Program Pembangunan dan Kesejahteraan Rakyat

Terdapat banyak program dan projek pembangunan dan kesejahteraan rakyat yang telah
dijalankan, antaranya:
-Mempertingkatkan fungsi Pejabat Pembangunan Negeri dalam menyelaraskan projek
-Mempertingkatkan peranan Pejabat Tanah dan Jajahan
-Menyalur peruntukan melalui Wakil Rakyat
-Mempertingkat peranan Pihak Berkuasa Tempatan
-Meneruskan perlaksanaan pelbagai projek kesejahteraan rakyat seperti menaik taraf jalan dan
jambatan dan lain-lain
-Dasar tender terbuka dalam pembalakan
-Dasar jimat cermat dalam perbelanjaan
-Dasar taawun dalm pelaksanaan projek
-Sumbangan sosial kepada golongan dhaif oleh ajensi korporat kerajaan seperti YAKIN, PKINK
dan KPK
Pembangunan Sektor Baru Di Kelantan
Berikut adalah peluang kerja, niaga dan sektor-sektor baru yang akan diceburi oleh anak-anak
syarikat Negeri Kelantan sekarang. Terutamanya dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan
(PMBK)

PMBK Secara Am
PMBK merupakan sebuah agensi kerajaan negeri yang diperbadankan dibawah enakmen PMBK
1950. Iaiya diletakkan dibawah arahan YAB Menteri Besar Kelantan. Secara ringkasnya, peranan
PMBK yang termaktub dalam enakmen ini adalah untuk melaksanakan pembangunan ekonomi
dan sosial serta turut terlibat dalam aktiviti kebajikan rakyat. Pada masa yang sama PMBK
merupakan sebuah organisasi besar yang ingin menterjemahkan tindakannya selari dengan
dasar pentadbiran kerajaan Negeri iaitu Ubudiah, Masuliah dan Itqan. Perkara ini penting
kerana kakitangan PMBK perlu menjiwai fikrah dan hala tuju kerajaan dalam melaksanakan
tugas seharian selaras dengan dasar Membangun Bersama Islam.
Buat masa sekarang PMBK mempunyai 5 anak syarikat yang aktif serta melibatkan berberapa
bidang utama seperti hartanah, perladangan, infrastruktur & utiliti, bioteknologi, pendidikan
dan kebajikan. Syarikat yang dimaksudkan ialah Kifalah Sdn Bhd, PMBK Sawit Sdn Bhd, Darul
Digital Sdn Bhd, Kelantan Biotech Corp Sdn Bhd dan Kelatan Utiliti & Mubarakan Sdn Bhd.

Berberapa program sedang dijalankan oleh PMBK seperti projek Bandar Baru Tunjung,
Madinatul Raudhah, Bazaar Tok Guru dan Kelantan Stonor Tower yang akan memberikan impak
besar kepada pertumbuhan ekonomi negeri ini. Disamping itu PMBK melalui 5 anak syarikatnya
mempunyai perancangan khusus dalam menjana dan memacu pertumbuhan ekonomi negeri
Kelantan.


Anak Syarikat PMBK
PMBK Sawit umpamanya yang mengusahakan ladang yang diambil alih dari FELCRA seluas kira-
kira lebih 4,000 ekar. Kini dalam proses untuk meluaskan kawasan operasi sawit dan getah
kepada 20,000 hektar dalam masa 2 tahun dari sekarang. Jika perkara ini menjadi realiti,
PMBK Sawit akan muncul sebagai syarikat yang mempunyai kawasan operasi terbesar di Negeri
Kelantan dan seterusnya menyumbang kepada pendapatan yang besar kepada negeri dan
membuka peluang kerja yang baru kepada rakyat Kelantan.

PMBK juga mempunyai anak syarikat yang terlibat dalam kolej animasi, iaitu Darul Digital.
Sekarang syarikat ini memfokuskan kepada memberikan pendidikan animasi percuma kepada
rakyat dan dalam usaha untuk mebangunkan projek Wi-Fi di Kota Bharu seluas 12km persegi
sebagai percubaan, sekiranya projek ini viable dan memberikan prestasi memberangsangkan
kita akan melibatkan kawasan liputan yang lebih luas. Pada masa yang sama Darul Digital juga
terlibat dalam membina Data Centre (Pusat Data) yang akan dibina di Jajahan Machang. Pusat
pengumpulan maklumat ini telah dijalankan di Cyber Jaya, dan pusat ini akan dipenuhi dengan
prasarana lengkap dan ianya merupakan yang pertama di Pantai Timur.
Bagi menerokai industri minyak dan gas, PMBK melalui akan membangunkan Independent Oil
Terminal (IOT) di Pantai Senok, Bachok dengan fasa pertama akan dimajukan oleh Kumpulan
Sukimi melibatkan tanah seluas 50 ekar. Projek ini dianjurkan untuk membekalkan sumber
tanaga kepada sektor industri di negeri ini dan mewujudkan peluang pekerjaan baru kepada
rakyat.
Kelantan Utiliti & Mubaraakan sebuah anak syarikat PMBK yang terlibat dalam infrastruktur dan
utiliti sedang meneroka pengguna tenaga solar dan NGV untuk dilaksanakan dinegeri ini. Ia
merupakan resolusi Pelan Tenaga Negeri yang berlangsung pada Jun 2008 lepas.
Walaupun giat dalam membangunkan sektor ekonomi negeri, Negeri Kelantan juga giat
menjalankan aktiviti kebajikan rakyat dengan mewujudkan Skim Takaful Kifalah melalui anak
syarikat Kifalah Sdn Bhd. Skim ini adalah skim khusus untuk warga emas dab dijalankan sejak
setahun yang lalu. Sebanyak RM15 juta telah dibelanjakan bagi memberi manfaat kepada lebih
100,000 orang warga emas seluruh Kelantan tanpa mengira latar belakang politik, agama dan
kaum. Umumnya rakyat Kelantan mengetahui bahawa skim ini telah berjaya membina kasih
sayang antara rakyat dan kerajaan.

Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd adalah anak syarikat Negeri Kelantan yang menjalankan
aktiviti khusus dalam membangunkan industri bioteknologi di Kelantan dengan visi untuk
Mengembalikan Kegemilangan Islam Melalai Bioteknologi. Kini Kelantan Biotech Corp
memfokuskan kepada 4 projek utama iaitu penghasilan minyak kelapa dara (VCO), baja bio-
organik, kultur tisu dan enzim industri. Sehingga kini produk berasaskan VCO dengan jenama
NUTRIFERA sudah memasuki pasaran tempatan, farmasi-farmasi terpilih seluruh Kelantan dan
akan memasuki pasaran negara pada tahun depan. Kilang berstatus Amalan Perkilangan Baik
(GMP) yang bernilai lebih RM500,00 di Labok, Machang kini hampir 90 peratus siap. Kelantan
Biotech Corporation Sdn. Bhd. merancang untuk memperkenalkan 10 produk baru apabila
kilang barunya siap awal tahun depan.
Bagi projek Bio-Organik, pihak Kelantan Biotech Corp mempunyai pelan jangkamasa panjang
bagi mengitar semula nutrien hasil daripada sisa buangan pertanian secara tidak langsung ia
akan mengurangkan kos operasi kilang, meningkatkan hasil pertanian dan mengurangkan
pencemaran alam sekitar. Projek tersebut masih diperingkat perbincangan dengan Malaysia
Agriculture Hightech Bhd (MyAgri) dan Syarikat Ladang Sungai Terah, syarikat milik penuh
Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), kilang itu dijangkakan siap sepenuhnya
menjelang tahun 2011 nanti.
Pada Januari, 2006 pihak Kementerian Sains & Teknologi telah meluluskan geran sebanyak RM
1 juta bagi Kerajaan Negeri Kelantan menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R &
D)bersama Universiti Sains Malaysia (USM) bagi projek penghasilan produk yang mempunyai
potensi komersial melalui tisu kultur dan program komersialisasi pengeluaran enzim industri
melalui fermentasi mikrobial sisa pepejal (solid state fermentation).
Pada hari ini hasil R & D yang dijalankan dalam tempoh hampir 3 tahun itu akan dipindahkan
kepada Kelantan Biotech Corp. untuk dikomersilkan seterusnya dibangunkan di negeri ini. Kini
Kelantan Biotech Corp sudah mempunyai sebuah makmal kultur tisu dan nuseri lengkap di
Labok, Machang yang dijangka akan mula beroperasi pada awal tahun 2009 nanti.
Bagi proses komersialisasi hasil penyelidikan enzim industri, pihak kerajaan negeri dengan
Kelantan Biotech Corp dalam proses merangka satu pelan strategik dengan bantuan Malaysia
Biotech Corporation (MBC) sebuah badan induk bioteknologi di Malaysia bagi membina sebuah
kilang enzim swasta pertama di Malaysia di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa. Bagi
projek ini, pihak Kelantan Biotech Corp akan cuba mendapatkan status Bio-Nexus dan
mendapatkan geran RM2.5 juta dari MBC bagi mengkomersilkan projek tersebut.





PEMBANGUNAN SEKTOR PERTANIAN DI PERTINGKATKAN
Selama 20 tahun berada di bawah dasar Membangun Bersama Islam, sektor pertanian terus
diperkasakan. Kelantan tidak pernah berganjak daripada paksi pertanian sebagai bidang utama
yang menjadi sebahagian punca rezeki kepada rakyat. Ini kekuatan yang menjadi backup atau
serandang kepada pendapatan rakyat kerstabilan ekonomi negeri.
Ini selaras dengan firman Allah yang bermaksud: Dan Dialah (Allah) yang menjadikan (untuk
kamu) kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar dan pohon-pohon
tamar (Kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya dan buah
zaitun dan delima yang bersamaan (warnanya atau daunya) dan tidak bersamaan (rasanya).
Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah dan keluarkahlah haknya (zakatnya) pada hari
memetik atau menuainya dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu makan
atau belanjakan), sesungguhanya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau (Al-
Quran Surah al-Anam:141).
Berasaskan kepada maksud ayat di atas, Kerajaan Negeri mulai 2009 melancarkan kempen
Bertani Satu Ibadah. Secara tersirat kempen ini adalah satu mesej kerohanian pihak Kerajaan
Negeri kepada para petani, betapa segala usaha titik-peluh para petani, peladang, penternak
dan nelayan adalah sebahagian daripada amal ibadat yang menjadi suruhan agama. Hakikat
pahala dan keberkatan sentiasa wujud dalam apa sahaja usaha memakmurkan bumi Allah ini.
Natijahnya rakyat terus dididik dengan falsafah kehidupan beragama iaitu manusia sebagai
khalifah di bumi. Konsep kehidupan beragama itu seiring dengan dasar Membangun Bersama
Islam yang digagas Kerajaan Negeri seawal mengambil alih teraju kerajaan pada Oktober 1990.
Matlamat akhirnya supaya rezeki yang melimpah akan menjadi tambah berkat.
Selain itu Kerajaan Negeri juga mencetus harapan bagi menjadikan Kelantan sebagai Jelapang
Makanan Negara pada 2015. Sehingga kini usaha ke arah itu sedikit sebanyak membuah
hasilnya apabila beberapa sektor pengeluaran pertanian terutamanya padi, apabila jumlah
hasilnya sudah melebihi permintaan. Begitu juga buah-buahan sehingga kini memasuki pasaran
di luar Kelantan. Ia diikuti dengan usaha pertanian tanah tinggi Lojing bagi meningkat
pengeluaran sayur-sayuran melalui cadangan pembinaan pusat pengumpulan hasil berasaskan
teknologi penyimpanan bilik sejuk. Atas perkembangan ini, pihak Kerajaan Pusat turut membina
Terminal Makanan Negara (Teman) dekat Bandar Baru Tunjong, Kota Baharu.


Senarai Projek Masa Hadapan di Kelantan di Bawah WEPT
Pembangunan Ekonomi Wilayah Timur
Kelantan sebuah negeri di pantai timur Malaysia yang berhadapan dengan Laut China Selatan
dan meliputi kawasan seluas 14,922 kilometer persegi. Kelantan mempunyai 10 jajahan yang
utama iaitu; Kota Bahru, Tumpat, Pasir Mas, Bachok, Rantau Panjang, Pasir Puteh, Tanah
Merah, Machang, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang. Kelantan terdiri daripada tanah rendah
yang subur dan terdapat kawasan penanaman padi, kelapa dan kawasan penempatan nelayan.
Negeri Kelantan juga sebahagian besar daripada masyarakatnya masih mengamalkan budaya
Melayu.


Koridor Tempatan WEPT dan Projek Utama bagi Kelantan
Koridor tempatan adalah sebagai pelengkap kepada koridor pembangunan utama di
bawah WEPT. Koridor tempatan ini amat penting kerana ianya akan menentukan asas
projek bersepadu yang akan dilaksanakan untuk setiap negeri. Setiap koridor tempatan
mempunyai fokus yang tertentu berdasarkan kepada kelebihan dan dayasaing bagi setiap
kawasan. Ini juga bertujuan untuk mewujudkan suatu kelompok integrasi dapat
dilaksanakan dalam perlaksanaan projek di bawah setiap koridor.
Di antara projek-projek utama yang akan dilaksanakan di Kelantan dibawah perlaksanaan
WEPT ialah pembangunan Universiti Malaysia Kelantan, Taman perikanan Tok Bali, Hab halal
Pasir Mas, Pusat Bandar Kota Bharu dan pembinaan Fasa III Lebuhraya Pantai Timur.
Bandar-bandar dan pusat-pusat utama yang terlibat dalam pembangunan koridor
tempatan dan perlaksanaan projek pembangunan di Kelantan ialah Kota Bahru, Tumpat,
Bachok, Tok Bali, Rantau Panjang, Bukit Bunga, Jeli, Machang, Kuala Krai, Gua Musang dan
Lojing. Setiap bandar dan pusat pembangunan dan perlaksanaan koridor tempatan ini
menggabungkan peranan setaip bandar dan pusat berdasarkan kepada aktiviti ekonomi utama.

Konsep setiap pembangunan bersepadu ini dapat di jelaskan seperti berikut:
1.1 Kota Bharu Bachok-Tok Bali Kuala Besut
Perlaksanaan pembangunan bersepadu kawasan ini adalah lebih berasaskan kepada
pendidikan, pertanian dan pelancongan. Pusat bandaraya Kota Bharu akan dibangunakan
sebagai pusat perdagangan, perniagaan dan pelancongan bandar yang bercirikan warisan dan
kesenian. Bachok, Tok Bali dan Kuala Besut berasaskan kepada pelancongan pesisir pantai,
pulau dan pembangunan berasaskan pendidikan. Ini dilaksanakan dengan adanya Kampus
Kesihatan Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Malaysia
Kelantan, Universiti Darul Iman Malaysia dabn Universiti Malaysia Terengganu.

1.2 Rantau Panjang Pasir Mas Kota Bharu Tumpat (Pengkalan Kubor)
Strategi pembangunan bersepadu kawasan ini adalah lebih kepada pelancongan, perniagaan &
perdagangan, serta pendidikan. Pada dasarnya Kota Bharu akan menjadi pusat perdagangan
utama bertaraf metropolitan khususnya dalam perkhidmatan kewangan serantau,
pelancongan, penjagaan kesihatan, pendidikan dan perniagaan borong dan runcit. Peranan
tersebut disokong oleh pertumbuhan bandar atau pusat stelit seperti Tumpat (Pengkalan
Kubor) dan Rantau Panjang sebagai pelabuhan darat dan pusat perdagangan bebas di kawasan
sempadan. Pasir Mas berfungsi sebagai kawasan industri kecil dan sederhana utama dalam
pengeluaran produk-produk halal, iaitu sebagai kawasan hab halal yang utama di bahagian
utara Kelantan.
1.3 Bukit Bunga Jeli - Machang
Remali Yusoff, Dullah Hj. Mulok, Nor Azurah Md Kamdari & Mohd Fahmy Abdullah
Pembangunan koridor ini akan tertumpu kepada sektor pertanian, perdagangan dan
pendidikan berdasarkan kepada sumber-sumber yang ada dan daya saing di kawasan ini.
Melalui pembangunan sektor pertanian yang berasaskan teknologi tinggi melalui penghasilan
benih baru yang berkualiti tinggi. Bidang perternakan seperti ternakan ayam, lembu dan
kambing akan dimajukan dengan menggunakan kaedah perladangan yang maju dan terkini
terutamanya di Jeli dan Machang. Pembangunan industri kecil dan sederhana yang berasaskan
sumber kayu seperti getah akan dimajukan juga terutamanya di Machang. Manakala di Jeli
atau Bukit Bunga dijadikan sebagai pusat perdagangan dan kawasan bebas cukai. Bukit
Bunga dijadikan sebagai salah satu pelabuhan darat utama bersempadan dengan Thailand.
Justeru itu, pada masa yang sama ianya menjadi pusat perdagangan dan perniagaan sempadan.

1.4 Cameron Highlands Lojing Gua Musang Kuala Krai
Projek agropolitan akan dilaksanakan di Gua Musang bertujuan untuk membasmi kemiskinan.
Perlaksanaannya diharapkan berjalan lancar dengan adanya Lembaga Kemajuan Kelantan
Selatan (KESEDAR). Pada hakikatnya penubuhan KESEDAR telah banyak merubah
kehidupan rakyat di sekitar Gua Musang dan Kuala Krai apabila berjaya memenuhi prasarana
fizikal, ekonomi dan pembangunan modal insan. Tanah Tinggi Lojing, merupakan salah satu
khazanah warisan alam yang mempunyai potensi cukup besar bagi memberi punca hasil
yang baru kepada rakyat dan negeri. Tanah Tinggi Lojing, malah ketika ianya mula
dibangunkan pada tahun 1980-an, Lojing telah mula menampakkan untuk menjadi Cameron
Highlands kedua dalam konteks sebagai pusat pengeluaran sayuran dan bunga utama
negara. Seperti mana juga Cameron Highlands begitu juga di Lojing, sayuran seperti tomato,
cili, kobis, bunga-bungaan dan buah dapat tumbuh dengan subur. Justeru itu, Lojing dengan
kedudukannya yang strategik akan dijadikan Taman Pertanian Kekal yang mana tanah seluas
1,000 hektar akan ditanam dengan sayur-sayuran dan floricuture.




Senarai Projek Utama WEPT di Kelantan
Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Universiti Malaysia Kelantan (UMK) merupakan sebuah universiti awam yang dinyatakan
dalam Rancangan Malaysia Ke-9 dan diluluskan oleh Kabinet Malaysia pada 14 Jun, 2009.
Pengambilan pelajar pertama telah dimulakan pada tahun 2007 dan beroperasi di
Kampus sementara di Taman Bendara, Pengkalan Chepa, Kelantan. Pada masa kini UMK
terdapat tiga fakulti, iaitu Fakulti Agro-Pertanaian dan Sumber Semulajadi, Fakulti
Keusahawanan dan Perniagaan dan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, serta Pusat
Pengajian Bahasa dan Pembangunan Manusia. UMK akan terdapat dua kampus utama
yang akan di bina, iaitu kampus induknya di Bachok dan kampus cawangannya di Jeli,
Kelantan.
Taman Perikanan Bersepadu Tok Bali (PTPB)
Nelayan di WEPT masih terus dikaitkan dengan kemiskinan apabila kebanyakan
daripada mereka hanya merupakan nelayan pesisir yang hidup bergantung sepenuhnya
kepada hasil tangkapan harian, sekadar cukop untuk menyara keluarga. Justeru itu,
PTPB di Tok Bali, Pasir Puteh yang akan dimajukan di bawah program pembangunan
WEPT melalui perancangan jangka panjang yang tersusun akan menjadi titik mula ke arah
perubahan lebih besar.
PTPB akan melibatkan beberapa tumpuan asas termasuk pembinaan stesen perikanan laut
dalam sam ada di pulau atau dalam bentuk pelantar. Peningkatak kapal-kapal bagi 176
Remali Yusoff, Dullah Hj. Mulok, Nor Azurah Md Kamdari & Mohd Fahmy Abdullah membekal
hasil tangkapan kepada kapal induk yang dirangkaikan dengan stesen perikanan laut dalam
dan taman industri perikanan.

Taman perindustrian perikanan pula akan melibatkan penempatan, pusat pemasaran dan
industri sokongan serta komponen perkhidmatan yang menyediakan lebih banyak peluang
pekerjaan.
Hab Halal Pasir Mas (HHPM)
Sesuai dengan wawasan Malaysia iaitu untuk bertindaka sebagai hab halal global dan demi
mengambil kebaikannya daripada peningkatan pasaran keluaran halal masa kini. Justeru itu,
dibawah strategi projek utama di negeri Kelantan dibawah WEPT ialah berusaha
menjadikan Pasir Mas sebagai taman keluaran hab halal bagi makanan dan bukan makanan.
Ini akan dapat dilaksanakan apabila dapat memenuhi taraf dan perlaksanaan akreditasi dan
pensijilan halal dan diiktiraf diperingkat antarabangsa. Pusat inkubator juga akan
dibangunkan di Pasir Mas bertujuan untuk menarik minat dan membantu usahawan
Bumiputera. Inkubator akan dilengkapi dengan kemudahan lengkap termasuk makmal
kajian, perkhidmatan latihan dan pembangunan teknologi. Ini akan dilaksanakan melalui
bantuan Kementerian Pertanian dan MARA.
Pusat Bandar Kota Bharu
Ia meliputi pusat sejarah dan pusat perdagangan utama bandar Kota Bharu dan juga
termasuk kawasan yang berhadapan dengan sungai Kelantan yang belum dimajukan,
yang juga dipanggil Palekbang.






Perancangan utama pembangunan bandar Kota Bharu ini dapat dibahagikan kepada tiga
bahagian utama iaitu;
(i) Pusat Bandar Kota Bharu ini termasuklah membangunkan pusat bandar sedia
ada yang berhadapan dengan sungai Kelantan untuk menggalakkan kegiatan
yang berasaskan sungai. (ii) Bahagian barat Kota Bharu ini akan melibatkan
kerja-kerja penimbusan tanah bagi mewujudkan pemandangan indah tebing sungai
Kelantan melalui pembangunan hotel hotel, restoran dan lain-lain aktiviti yang
berkaitan dengan sungai. Mewujudkan sistem pengangkutan bersepadu dan juga
termasuk pembangunan jalan keretapi baru yang dihubungkan dengan jalinan
jalan keretapi yang sedia ada.
(ii) (iii) Bahagian utara Kota Bharu ini akan dimajukan jalan dan membina
jambatan baru untuk memajukan sistem perhubungan di antara Tumpat dan Kota
Bharu. Kawasan ini akan diwujudkan kampung kraftangan melalui proses latihan
dan pembangunan pusat pengembangan kraftangan bersepadu.

Pada umumnya pembangunan pusat bandar Kota Bharu bertujuan untuk mewujudkan satu
wilayah pembangunan bersepadu kegiatan yang berkaitan dengan sungai Kelantan. Ini bagi
mewujudkan suasana yang harmoni dan pusat membeli belah yang kreatif melalui
penyediaan pelbagai kemudahan seperti hotel lima hingga enam bintang yang berasaskan lima
budaya (Malayu, China, India, Thai dan Jawa).

Melalui usaha pembangunan bandar ini diharapkan pelbagai peluang perniagaan dapat
disediakan termasuklah pembinaan hotel bajet, kedai makanan dan minuman
yangberorientasikan tempatan dan asing dan termasuklah juga menyediakan pusat-pusat
jualan untuk barangan kraftangan keluaran tempatan yang berasaskan kesenian dan warisan.

Fasa III Lebuh Raya Pantai Timur
Lebuh raya pantai timur fasa III yang menghubungkan Kuala Terengganu ke Kota Bharu dan
seterusnya ke Tumpat perlulah dipercepatkan pembinaannya untuk memudahkan
perhubungan dan pergerakkan barangan perniagaan di antara pusat-pusat utama pertumbuhan
ekonomi, seperti Kuantan, Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan lain dari kawasan pantai
barat Semenanjung. Pada dasarnya juga boleh mempercepatkan lagi untuk tujuan pembinaan
pelabuhan Tumpat bagi menjana perkembangan ekonomi yang lebih baik di antara Malaysia
umumnya dan Kelantan khususnya dengan Indochina dan Timur Jauh (Vietnam, Laos,
Taiwan, Korea dan Jepun). Ini juga dapat mempercepatkan pembangunan dan perlaksanaan
pelbagai projek di bawah IMT-GT (kawasan pertumbuhan segitiga Indonesia, Malaysia dan
Thailand) bagi faedah serantau secara bersama. Ini adalah amat berkesan sekali
terutamanya Kelantan banyak berhubung dengan Selatan Thailand terutamanya dalam
pembangunan sektor pertanian dan perikanan. Ini terbukti dengan ramai pengusaha dari
negeri Kelantan berdagang dan mengimport barangan melalui pelabuhan Songkhla yang lebih
murah dan efisen. Malah penghasilan ikan terutamanya ikan tongkol dari Kelantan dihantar ke
Songkhla untuk ditinkan dengan kerjasama kilang Syarikat Siam Food International di Songkhla,
Thailand.








KESIMPULAN
Di bawah WEPT Kelantan akan dijadikan sebagai pusat perdagangan, pusat pembangunan
modal insan dan kecemerlangan pendidikan, serta sebagai pusat tanaman herba,perikanan
dan penternakan ayam itik. Walau bagaimanapun kejayaan dan keberkesanan WEPT secara
umumnya dan Kelantan khasnya adalah banyak dan sangat bergantung kepada kejayaan dan
keberkesanan penyediaan kemudahan-kemudahan berikut: (i) Pembangunan inftrastruktur dan
utiliti terutamanya perhubungan jalan raya perlu dipertingkatkan dengan membina lebuh raya
dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu melalui Gua Musang dan mempercepatkan pembinaan
Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) fasa III dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu dan lebuh raya
peringkat tinggi dari Pulau Pinang ke Kota Bharu. Perancangan lebuh raya ini amat
penting bukan sahaja untuk Kelantan tetapi juga untuk merealisasikan ASEAN Vision 2020,
dimana salah satu perancangan perhubungan utama lebuh raya dan rel keretapi ASEN ialah
melalui Rantau Panjang. (ii) Pembangunan industri berasaskan pertanian dengan menjadikan
Kelantan sebagi pusat pengeluaran makanan halal bukan sahaja diperingkat wilayah tetapi
diperingkat antarabangsa. (iii) Pembangunan pusat pelancongan yang unik agar dapat menarik
pelancongan domestik dan antarabangsa. Ini perlu dilaksanakan dengan pembangunan
industri pelancongan secara bersepadu, serta perlu dijalankan seperti penyediaan penginapan,
sistem jalinan pengangkutan yang baik dan sebagainya dengan mengutamakan penduduk
tempatan. Justeru itu, kerjasama antara agensi pelancongan perlu dilaksanakan disemua
peringkat sama ada domestik, negara-negara IMT-GT, ASEAN dan negara-negara serantau
yang lain.Pembangunan pelabuhan Tok Bali bagi mempertingkatkan industri perikanan dan
industri hiliran yang berasaskan ikan, seperti keropok. Usahasama perlu dijalankan untuk
menerokai dan mengeksploit potensi sumber petroleum dan gas diluar pesisir pantai
Kelantan dan Selatan Thailand.


Kawasan pesisiran pantai Tumpat dan Bachok berpotensi besar dibangunkan sebagai pusat
petroleum dan gas baru di WEPT yang disokong dengan pelabuhan selepas kawasan Kerteh-
Paka di Terengganu. Di samping itu juga laluan paip gas dapat disambungkan dari Kerteh ke
Tumpat (Kelantan) untuk melengkapi laluan paip gas Pantai Timur.

RUMUSAN
Berdasarkan fakta-fakta dan maklumat di atas ianya banyak bergantung dengan kehendak
kerajaan persekutuan melalui kerjasama kerajaan negeri dalam menentukan segala
perancangan dan perlaksanaan pembangunan di WEPT akan berjaya. Dengan kata
lain,kehendak yang jitu melalui politik dan dengan niat untuk memajukan dan memertabatkan
kemajuan orang Melayu (Islam) dalam erti kata sebenar ianya bergantung kepada kehendak
politik (political will) dan perlaksanaannya.
Prestasi ekonomi Negeri Kelantan semakin meningkat berdasarkan kadar pertumbuhan,
KDNK, prestasi kewangan dan bayaran hutang yang konsisten setiap tahun. Untuk
mengatasi masalah kemiskinan di Negeri Kelantan, Kerajaan Negeri telah melaksanakan
dasar dan program dalam mengurangkan beban rakyat. Kerajaan komited dan akan terus
menyediakan peruntukan-peruntukan bagi tujuan pembelaan dan kebajikan rakyat.
Peruntukan-peruntukan ini disediakan sesuai dengan hasrat memupuk masyarakat
penyayang, selari dengan tuntutan Islam kearah mewujudkan masyarakat dan negeri
berkebajikan.
Justeru, survival kepimpinan ulama yang menerajui Kerajaan Negeri Kelantan sekarang ini
dilihat sebagai menyambung kembali usaha-usaha Islamik yang telah dilakukan kepimpinan PAS
ketika mentadbir negeri sebelum 1978. Pemerkasaan peranan Islam dalam setiap bidang
kehidupan merupakan misi projek masa depan Kerajaan Negeri di bawah kepemimpinan ulama
di Kelantan. Justeru itu, kesungguhan ke arah yang lebib baik berteraskan Membangun
Bersama Islam turut dimantapkan dalam setiap bidang pembangunan rakyat dan Negeri.
Biar pun ada pihak mendakwa ulama tidak pandai mentadbir, namun dua dekad lalu dan
selepas 2010 nanti Kerajaan Negeri telah merangka suatu acuan kukuh berpaksikan siasah
syariyyah. Hingga kini, keberadaan di bawah dasar Membangun Bersama Islam, maka rakyat
boleh melihat dan merasai sendiri perubahan yang berlaku. Mengukuhkan nilai keberadaan itu,
perubahan fizikal dapat dilihat di mana-mana di seluruh Kelantan. Biar pun tanpa lebuh raya
seperti di negeri-negeri lain, namun pembangunan bandar dan pusat pertumbuhan baru
diwujudkan di beberapa lokasi strategik bersifat masa depan (futuristic development).
Antaranya yang utama pelaksanaan perbandaran Islam, pelancongan Islam, pelancongan
pondok Islam dan penjanaan ekonomi Negeri di wilayah anjung selatan (khsusunya di Gua
Musang dan Lojing). Sedia terlaksana juga bagi tujuan masa depan adalah Bandar Baru Tunjung,
Bandar Satelit Islam Pasir Tumbuh, Bandar Baru Kubang Kerian, Bandar Baru Gua Musang dan
Bandar Baru Pasir Mas serta pembangunan pusat komersial Bandar Tasek Raja Pasir Mas,
kewangan berteraskan syariah (dinar dan dirham), perladangan (sawit, hutan dan getah klon
serta koridor depu), perindustrian dan perlombongan serta tuntutan royalti minyak.
Berdasarkan kepada perkembangan tersebut kini tidak lagi kedengaran dakwaan mengatakan
Negeri Kelantan tidak membangun. Ini secara tidak langsung membuktikan Kelantan
berkemampuan melangkah jauh menuju masa depan bersama kepemimpinan ulama selepas
dua dekad ini. Ia bakal dibuktikan oleh kesungguhan seluruh rakyat Kelantan memanfaatkan
kuasa yang Allah berikan bagi memilih kuasa yang mentadbir Negeri setiap penggal pilihan
raya. Semoga ekonomi Kelantan terus Membangun pesat memenuhi harapan menerajui
perubahan untuk semua rakyat.

Vous aimerez peut-être aussi