Vous êtes sur la page 1sur 16

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS RAJA MELEWAR







WAJ 3073

SENI DALAM PENDIDIKAN






Disediakan oleh:

CHE SHAZUANDY BI CHE MOHD YASIN
(NO IC 811112-03-5013)
UNIT PJMA

PROGRAM PENGSISWAZAHAN GURU
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
PENDIDIKAN JASMANI
AMBILAN JUN 2011



Untuk Perhatian:

En NIK ZULKEFLI BIN HJ IBRAHIM
.

JABATAN SAINS SOSIAL
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS RAJA MELEWAR



SEPT 2011


BIODATA PELAJAR

NAMA : CHE SHAZUANDY BIN CHE MOHD YASIN

NO I/C : 811112-03-5013

NO TEL. : 019-3627634

ALAMAT RUMAH : NO 9, JALAN PENDITA 1, TAMAN PENDITA, 72000, KUALA
PILAH, NEGERI SEMBILAN.

ALAMAT SEK : SEKOLAH KEBANGSAAN KEPIS FELDA, FELDA KEPIS, 72000
KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN.

INSTITUT : INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR,
SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.

PROGRAM : PROGRAM PENGSISWAZAHAN GURU (PPG)

OPSYEN : IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN JASMANI SEKOLAH
RENDAH.

AMBILAN : JUN 2011
SEMESTER
: SEMESTER 7



ISI KANDUNGAN

BIODATA PELAJAR

1. KEMAHIRAN BERBAHASA

1.1 Kemahiran

1.2 Kemahiran mendengar
1.2.1 Pengenalan
1.2.2 Konsep-konsep penting dalam pendengaran

1.3 Kemahiran Bertutur
1.3.1 Definisi Kemahiran Bertutur
1.3.2 Konsep Bertutur

1.4 Kemahiran Membaca
1.4.1 Definisi kemahiran membaca
1.4.2 Konsep membaca

1.5Kemahiran Menulis
1.5.1 Definisi menulis
1.5.2 Konsep menulis

1.6 Aspek seni bahasa

1.7 Aspek tatabahasa

2.RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

3. REFLEKSI





1.0 KEMAHIRAN BERBAHASA

1.1 KEMAHIRAN
Kemahiran merupakan kebolehan semulajadi yang diperolehi oleh manusia yang
menjadikan ianya pintar, pandai dan cekap dalam melakukan sesuatu. Tahap penguasaan
kemahiran bergantung kepada sejauh mana seseorang itu melatih dirinya sehingga ke tahap
maksimum.
Berbahasa pula ialah berasal daripada kata akar bahasa yang bermaksud system yang
teratur berupa lambang lambang bunyi yang digunakan untuk mengekspresikan sesuatu
perasaan dan fikiran bahasa tersebut.
Kemahiran berbahasa merupakan satu cabang ilmu dalam skop bahasa yang meliputi
kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran berbahasa ini merupakan
teras kepada individu yang ingin menguasai bahasa baku. Penguasaan kesemua kemahiran ini
amat penting dalam proses pengajaran dan pempelajaran supaya berjalan dengan lancar dan
berkesan. Guru perlu kreatif dalam menarik perhatian murid murid agar ilmu yang
disampaikan berkesan. Kemahiran berbahasa terbahagi kepada dua iaitu kemahiran bukan
lisan seperti membaca dan menulis dan kemahiran lisan melibatkan dua kompenon asas
seperti mendengar dan bertutur.

1.2 Kemahiran Mendengar

1.2.1 Pengenalan

Kemahiran mendengar bermaksud kebolehan mendengar dengan teliti dan memahami
perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti perbualan, soal jawab dan
perbincangan. Alat pendengaran yang digunakan untuk mendengar ialah telinga.
Pelajar yang menguasai kemahiran ini dapat mendengar dengan baik dan membalas
ransangan yang diterima setelah mentafsir apa yang didengar. Kemahiran ini juga dimulakan
pada peringkat awal dalam pengajaran bahasa yang bertujuan untuk meningkatkan kefasihan
pelajar bercakap dalam bahasa yang dipelajari itu.
Percakapan dan pendengaran berkait rapat antara satu sama lain. Kebiasaannya
individu akan mendengar dahulu sebelum bertutur. Mendengar adalah kemahiran asas dan
utama dalam proses komunikasi. Menurut ILA (1996), kemahiran mendengar merupakan satu
proses menerima atau memahami makna dan tindak balas terhadap percakapan atau bukan
percakapan untuk mendengar sesuatu yang melibatkan proses minda atau pemikiran.
Menurutnya lagi, terdapat dua cara komunikasi yang berkesan iaitu, bergantung kepada
percakapan dan pendengaran.
Mendengar memerlukan perhatian yang tinggi kerana ia melibatkan proses kognitif
untuk memahami dan memproses maklumat yang didengari. Murid yang gagal menguasai
kemahiran ini tidak akan memberi perhatian yang penuh dan gagal untuk mengikuti proses
pengajaran dan pembelajaran.


1.2.2 Konsep-konsep Penting dalam Pendengaran.

Pendengaran boleh dikonsepsikan dengan pelbagai cara iaitu :
i. Pendengaran merupakan gabungan segala yang didengari, difahami dan
diingati.
ii. Pedengaran berlaku melalui latihan-latihan khas yang dilakukan secara
berperingkat-peringkat.
iii. Individu lebih banyak mendengar melalui pengalaman daripada melalui
kecerdasan otaknya.
iv. Aspek fizikal, psikologi dan neurologi mempengaruhi proses pendengaran.
v. Pendengaran yang cekap memerlukan penyatuan idea yang logik dan
berkesan.
vi. Pendengaran harus berlaku melalui fikiran dan bukan perasaan.
vii. Pendengaran untuk mengkritik memerlukan pendengaran yang berpusatkan
idea utama, hujah dan bukti.


1.3 Kemahiran Bertutur.

1.3.1 Definisi Kemahiran Bertutur.

Kemahiran bertutur ialah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat
artikulator manusia iaitu sebutan. Merupakan kemahiran berinteraksi melibatkan penggunaan
bahasa. Kemahiran bertutur berlaku pada peringkat pelahiran yang tidak boleh dicipta oleh
pelajar, tetapi mesti ditiru dan diajuk. Konsep ajukan dan tiruan ini perlu dikuasai untuk hasil
pertuturan yang baik. Model yang baik sangat diperlukan untuk hasil tindak balas yang baik.
Dalam ilmu linguistik, bahasa lisan atau pertuturan menggunakan bahasa akan
menghasilkan interaksi dua hala yang sempurna berbanding bahasa tulisan. Hal ini kerana
dalam bahasa tulisan, aspek sebutan seperti intonasi, rentak , tekanan, jeda dan persediaan
tidak dapat digambarkan dengan jelas.


1.3.2 Konsep Bertutur.

Seperti yang telah diketahui, hubungan antara kemahiran bertutur dengan kemahiran
mendengar adalah saling berkait rapat. Oleh itu, kemahiran bertutur melibatkan beberapa
konsep iaitu :

i. Pertuturan merupakan gabungan bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan oleh
individu.
ii. Pertuturan berlaku pada peringkat pelahiran setelah penutur dapat lebih
banyak belajar bertutur melalui pengalaman daripada melalui kecergasan
otaknya.
iii. Individu lebih banyak belajar bertutur melalui pengalaman daripada melalui
kecergasan otaknya.
iv. Aspek fizikal, kesihatan, persekitaran dan jantina boleh mempengaruhi kemahiran
bertutur.
v. Pertuturan yang dapat dikuasai dengan baik akan menghasilkan tabiat berbahasa
yang baik. Tabiat berbahasa yang baik itu pula membolehkan penutur berinteraksi atau
berkomunikasi secara berkesan.


1.4 Kemahiran Membaca.

1.4.1 Definisi kemahiran membaca.

Kemahiran membaca adalah lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas seperti
mendengar dan bertutur. Pembacaan yang aktif akan menyebabkan seseorang itu mampu
menimba ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperolehi menerusi pengalaman-pengalaman
biasa yang lain dalam kehidupan harian.
Melalui pembacaan, individu dapat meningkatkan tahap pemikiran dan menjana idea kreatif dan
kritis dalam pelbagai aspek. Membaca adalah proses kebalikan daripada proses menulis.
Membaca memerlukan seseorang itu menterjemahkan kembali lambang-lambang bertulis
kepada lambang-lambang bunyi yang hendak disampaikan oleh penulisnya.
Menurut Zulkifley Hamid (1994), membaca merupakan proses dinamik yang kompleks
seperti membaca pantas, memahami dan mengingati fakta yang diperolehi serta membuat
interpretasi secara bijak dan analisis. Proses ini dinamakan komunikasi secara langsung
dengan bahan bacaan. Seseorang yang berjaya menguasai kemahiran membaca bermakna dia
telah berjaya merobohkan sebuah tembok pemisah yang maha besar antara dirinya dengan
lautan ilmu yang wujud dalam pelbagai bentuk karya


1.4.2 Konsep membaca.

Pumfrey (1977) berpendapat membaca tidak tertumpu kepada sifat mekaniknya, iaitu
membunyikan huruf-huruf yang dicetak dan menjawab beberapa soalan tentang apa yang
dibaca, malahan membaca adalah lebih jauh daripada itu. Membaca dapat membina proses
pemikiran seperti kebolehan menilai, mengulas dan mengkritik apa yang dibaca dengan tepat,
memahami kehendak situasi dan asprasi masyarakat sekeliling, bina sikap dan cita cita serta
fikiran yang terbuka dan positif.
Psikolinguitik kognitif pula menolak definisi membaca menurut fahaman teori pembelajaran
lama yang menyatakan proses membaca merupakan cara mengenal kata kata dalam hati dan
kemudian diproses dalam minda untuk mengetahui makna kata kata itu.
Definisi ini seolah - olah mengetepikan peranan yang dimainkan oleh pembaca.
Pembaca berperanan sebagai satu organisma yang pasif yang hanya menunggu proses
pemahaman makna yang dibaca. Ini merupakan satu proses satu hala yang sangat bercanggah
dengan keadaan sebenarnya. Proses satu hala ini ditentang oleh psikolinguistik kognitif kerana
tidak mengambil kira peranan yang dimainkan oleh pembaca dalam memahami material yang
dibaca.



1.5 Kemahiran Menulis.

1.5.1 Definisi Menulis

Secara umumnya, menulis merupakan perlakuan menggunakan pen, pensel atau
sebarang alat tulis bagi menulis atau menaip sebarang idea mahupun pernyataan. Namun
begitu, definisi ini begitu umum dan bersifat mekanikal.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, menulis ialah mencatat kata-kata dengan huruf dan
memakai pena seperti kalam, kapur, pensel dan lain-lain. Di samping itu, menulis juga
bermaksud melahirkan perasaan (fikiran dan lain-lain) dengan catatan yang memakai huruf,
membuat surat atau mengarang.
Menurut Paul Jennings pula dalam The Reading Bug, Menulis adalah keperluan
peribadi bukan kerana tugas di dalamnya tetapi ada kesenangan dan ada manfaat untuk
kehidupan sehari-hari. Ada nilai yang tak ternilai dalam kegiatan ini.
Sebenarnya, menulis bermaksud segala kegiatan menterjemahkan simbol-simbol grafik yang
disusun atur berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan seterusnya disusun menjadi
ayat-ayat yang bermakna. Tulisan pula merupakan bahasa yang bertulis dengan lambang-
lambang bunyi di samping sebagai alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan individu.


1.5.3 Konsep Menulis.

Konsep menulis secara khusus dikaitkan dengan proses penyaluran ilmu, idea atau
maklumat secara bersistem yang mengambil kira aspek tujuan menulis, penggunaan bahasa,
audiens dan gaya penulisan supaya dapat menggambarkan keadaan, alam dan kehidupan
secara lebih menyeluruh.
Oleh yang demikian, kemahiran menulis bersifat dinamik kerana ianya membantu ke
arah pemahaman pemikiran terhadap proses penulisan dalam suasana pengajaran dan
pembelajaran.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peranan tulisan sangat penting kerana
aktiviti ini bertindak sebagai alat bagi menghubungkan segala isi pelajaran dengan buah fikiran
seseorang. Tulisan berhubung rapat dengan membaca di mana kedua-duanya mementingkan
teknik dan akal. Membaca tidak mungkin ada kalau tidak ada tulisan begitu juga sebaliknya.Di
sekolah-sekolah, pelajaran menulis dan membaca bukanlah sesuatu yang terpisah sifatnya
malah seharusnya dijalankan serentak atau dalam masa selari. Walaupun pada dasarnya
membaca seharusnya mendahului tulisan tetapi kadangkala kanak- kanak telah pandai menulis
ketika masuk sekolah. Ini tidaklah merisaukan kerana sewaktu mereka menulis mereka juga
membaca.


1.6 ASPEK SENI BAHASA
Aspek seni bahasa merujuk kepada keupayaan murid mengungkap dan mengapresiasi
keindahan bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui pembelajaran yang
menyeronokkan menerusi kepelbagaian aktiviti secara didik hibur. Murid juga dapat
menggunakan kreativiti mereka dalam melahirkan idea melalui penulisan dan lisan. Seni
bahasa memberi penekanan kepada keindahan bahasa yang dipelajari oleh murid melalui
teknik penyampaian yang menarik dan menyeronokkan seperti bernyanyi, bercerita, berlakon
dan berpuisi. Pembentukan ayat yang menggunakan simile, peribahasa, bahasa kiasan dan
personafikasi yang terdapat dalam puisi dan penulisan kreatif juga menampakkan keindahan
dan seni dalam bahasa Melayu. Keindahan bahasa yang digunakan semasa aktiviti seni
bahasa ini dapat membantu murid memantapkan lagi kemahiran berbahasa mereka.


1.7 ASPEK TATABAHASA

Aspek tatabahasa merujuk kepada keupayaan murid menguasai perkara asas dalam
pembentukan kata dan ayat serta menggunakan tatabahasa mengikut cara dan sistem yang
betul semasa membina ayat. Selain itu, aspek sebutan, intonasi dan semantik serta
penggunaan peribahasa dan perbendaharaan kata yang betul juga diberi penekanan.
Pengajaran dan pembelajaran tatabahasa diberi penekanan melalui penggabungjalinan
kemahiran bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran.





RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 3 Arif
Bil. Murid : 27 orang
Masa : 11.30 pagi 12.30 tengah hari
Tarikh : 14/ 7 / 2014
Tema : Kesihatan dan Kebersihan
Tajuk : Makanan Seimbang (didik hibur)
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
4.4 Melafazkan dan memahami puisi
dengan intonasi yang betul
menggunakan bahasa yang indah
secara didik hibur.
4.1.1 Melafazkan dan memahami pantun
empat kerat dengan sebutan dan
intonasi yang betul dan jelas
menggunakan bahasa yang indah
secara didik hibur.

Objektif : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid berupaya:
i. Melafazkan pantun empat kerat dengan menggunakan sebutan dan intonasi
yang betul.
ii. Melengkapkan pantun empat kerat dengan perkataan sinonim yang sesuai
setelah memahami isi kandungan pantun.
Sistem Bahasa
Sistem bahasa : Sinonim (sama erti)
Kosa kata : Hindari, sikap, amalan.
Pengisian Kurikulum/ Elemen Merentas Kurikulum
Ilmu : Sains, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Nilai murni : Tanggungjawab, perihatin, keselamatan diri
Kreativiti : Memilih makanan seimbang dalam kehidupan harian
Strategi
KB : Mengenal pasti, banding beza, menaakul
TKP : Verbal-linguistik, interpersonal, intrapersonal
kinestatik, visual
BCB : Memproses maklumat mengenai piramid makanan.
Pembelajaran kontekstual : Menghubung kait dengan amalan pemakanan
harian.

Bahan Bantu Belajar
Bil Jenis Bilangan
1 Kad bercantum 6
2 Komputer riba 1
3 Pembesar suara 1
4 LCD 1
5 Petikan pantun 38
6 Latihan pantun (sinonim) 38
7 Latihan Mari Lengkapkan Saya 38

Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah membaca pantun dengan sebutan dan
intonasi yang betul.

Langkah/
Masa
Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran
dan Pembelajaran
Catatan







Induksi Set
(5 minit)
Kad bercantum:
-Burger
-Sayur-sayuran
-Buah-buahan
-Ayam goreng
-Susu dan roti








1) Guru mengedarkan kad
bercantum kepada semua
kumpulan.
2) Setiap kumpulan dikehendaki
mencantumkan kad tersebut
supaya menjadi satu gambar
tunggal.
3) Setiap kumpulan dikehendaki
menyatakan gambar yang
mereka perolehi.
4) Guru memaparkan gambar
pada slaid.
5) Guru bersoal jawab dengan
murid mengenai gambar
BBB:
-Kad bercantum
-Komputer riba
-LCD

Teknik:
-Soal jawab
-Perbincangan

TKP:
-Verbal
-Visual
-Kinestetik
-Interpersonal

Tajuk:
Makanan Seimbang
tersebut.
6) Guru mengaitkan kad
bercantum dengan tajuk
pengajaran pada hari ini.
7) Guru menyatakan tajuk
pengajaran.

BCB:
-k.bertutur
-k.mendengar

Nilai:
-Rasional








Langkah 1
(20 minit)




Petikan pantun:














Kosa kata:
-Hindari
-Sikap
-Amalan





1) Guru mengedarkan petikan
pantun kepada semua murid.
2) Semua murid dikehendaki
membaca pantun tersebut.
3) Guru membacakan pantun
mengikut sebutan dan intonasi
yang betul.
4) Guru meminta murid
membacakan pantun dengan
sebutan dan intonasi yang
betul.
5) Murid-murid membaca pantun
secara berkumpulan.
6) Guru menerangkan tentang isi
pantun.
7) Guru dan murid berbincang
mengenai kosa kata.
8) Murid-murid diagihkan dengan
latihan isi tempat kosong
berdasarkan pantun.
9) Murid-murid dikehendaki
mengisi tempat kosong
dengan kata sinonim yang
diberikan.
BBB:
-Petikan pantun
-Komputer riba
-LCD
-Pembesar suara

TKP:
-Verbal
-Intrapersonal
-Interpersonal

BCB:
-K.membaca
-K.menulis

Teknik:
-Demonstrasi

Nilai:
-Berhati-hati
-Prihatin

Makanan Seimbang
Ikan di air terlihat-lihat,
Ikan bernama si ikan laga;
Amalkan gaya hidup sihat,
Makan minum hendaklah
dijaga.


Ikan dibeli si anak Sahlan,
Dibeli juga si ikan jenahak;
Makanan berkhasiat jadi
amalan,
Elak makanan banyak lemak.

Dibeli juga si ikan jenahak,
Masak gulai kurang santan;
Elak makanan banyak lemak,
Banyak memakan sayur-
sayuran.


Cari yang sama.




10) Murid-murid diperdengarkan
dengan lagu kanak-kanak
sambil menjawab soalan.
11) Guru membimbing jawapan
murid












Langkah
2
(15 minit)
Gambar piramid
makanan




1) Guru menayangkan gambar
piramid makanan kepada
murid-murid.
2) Semua murid dikehendaki
memberikan perhatian.
3) Guru mencungkil pengetahuan
sedia ada murid mengenai
piramid makanan.
4) Guru menerangkan tentang
piramid makanan dan isi
kandungannya.
5) Guru dan murid bersoal jawab
tentang kumpulan makanan
yang tidak difahami.
6) Murid-murid dikehendaki
memberikan contoh makanan
yang lain mengikut kumpulan
BBB:
-Piramid makanan
-Komputer riba
-LCD
-Poster

Teknik:
-Penerangan
-Perbincangan

TKP:
-Visual
-Verbal
-Interpersonal
-Intrapersonal

KB:
Isi tempat kosong dengan
perkataan yang sama erti
berikut.


Ikan di air
______________,
Ikan __________ si ikan
laga;
______ ______ hidup
sihat,
Makan minum hendaklah
_____.
Dibeli juga si ikan jenahak,
Masak gulai ________
santan;
______ makanan banyak
lemak,
Banyak memakan sayur-
sayuran.




Ternampak-nampak cara
Sedikit jauhi bergelar
praktikkan separuh
dipelihara


makanan.
7) Guru membimbing jawapan
murid.

-Banding beza

BCB:
-K.membaca
-K.menulis









Langkah 3
(15 minit)
Aktiviti:
Mari Lengkapkan Saya
1) Guru mengedarkan lembaran
latihan kepada semua murid.
2) Semua murid dikehendaki
membaca soalan dengan teliti.
3) Setiap murid dikehendaki
mengisi jawapan yang
disediakan dalam ruangan
yang sesuai.
4) Soalan adalah berkaitan
dengan kumpulan makanan.
5) Guru memainkan lagu kanak-
kanak sambil murid menjawab
soalan.
6) Murid dan guru
membincangkan jawapan
bersama-sama.
7) Guru membimbing jawapan
murid.

BBB:
-Lembaran latihan
-Komputer riba
-Pembesar suara
-LCD

TKP:
-Interpersonal
-Intrapersonal
-Verbal

KB:
-Mengenal pasti

BCB:
-K.membaca


Penutup
(5 minit)
Rumusan isi pelajaran.



Kognitif:
1) Murid-murid disoal mengenai
cara melafazkan pantun.
2) Guru bertanyakan tentang
kefahaman murid terhadap
makanan seimbang.
BBB:
-Komputer riba
- LCD

TKP:
-Makanan seimbang
-Kumpulan makanan
-Perkataan sinonim

Sosial:
Bertepuk tangan untuk
diri sendiri.


3) Murid-murid disoal mengenai
sinonim.
4) Murid- murid diminta
menyatakan nilai-nilai murni
yang diperoleh dalam PdP.
5) Guru merumuskan isi
pelajaran.



-Verbal
-Interpersonal
-Intrapersonal

KB:
-Merumus

Nilai murni:
-Perihatin
-Sayangi diri
-Jaga kesihatan















REFLEKSI

Ahamdulillah, akhirnya berjaya juga saya menyiapkan tugasan Kerja
KursusBerasaskan Ilmu Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (BMM 3104) inidengan
jayanya. Tugasan ini telah diterima pada 25 JULAI 2014dan perlu dihantarpada 25 OGOS
2014. Tugasan ini perlu dilaksanakan secara individu. Tugasan ini adalahberpaksikan
kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar, kemahiranbertutur,kemahiran
membaca ,menulisaspek seni bahasa dan aspek tatabahasa. Melalui tugasan ini, saya
dikehendakimemberikandefinisi dan konsep bagi kemahiran berbahasa, aspek-aspek
pentingberkaitankemahiran berbahasa dan merancang rancangan pengajaran harian
untuk dijalankan didalam kelas. Selain itu, saya
jugadikehendakimenggabungjalinkankemahiran tersebutdidalam rancangan pengajaran
harian tersebut.Melalui tugasan ini, saya mendapat banyakmaklumat yang berguna
untukdigunakan sebagai guru Bahasa Melayu pada masaakan datang. Saya juga
dapatmemahami apa yang dimaksudkan dengan kemahiranberbahasa. Selain itu,
sayadapat belajar cara untuk menyediakan RPH yangmenggabungjalinkan
pelbagaikemahiran berbahasa. Semasa menyiapkan tugasanini, saya tidak
mengalamisebarang masalah kerana buku-buku rujukan yangdigunakan mempunyai
banyakmaklumat yang berkaitan. Bahan-bahan yangdiperoleh dari internet juga
banyakmembantu. Saya juga turut mengadakanperbincangan dengan rakan
sekuliahmengenai tajuk tugasan ini.Kesimpulannya,tugasan ini sangat bermakna
kepada saya sebagai seorang guru BahasaMelayu. Hal ini kerana, melalui tugasan ini
dapat menambahkan pengalaman dan ilmupengetahuan baru kepada saya. Terima
kasih yang tidakterhingga juga diucapkankepada pensyarah BMM 3104 kami,
keranabanyak mencurahkan ilmu dan membimbing saya melaksanakantugasan ini.

Vous aimerez peut-être aussi