Vous êtes sur la page 1sur 5

1

2


PENGENALAN
Anatomi ialah suatu kajian yang berkaitan dengan binaan tubuh,bahagian- bahagiannya
,susunan organ- organ dan perhubungannya diantara satu dengan yang lain. Berasal
daripada perkataan yunani ana bermaksud asingkan dan tome pula bermaksud
memotong. Gabungan anatomi ini telah digunapakai sehinggalah sekarang. Fisiologi
pula, adalah suatu bidang pengajian berkaitan tugas-tugas tubuh pada keseluruhnnya
dan juga tugas struktur dan organ-organ yang terdapat dalam tubuh.

Sistem tubuh badan mempunyai jalinan sistem yang mampan. Kolaboras di antara
sistem tulang,sistem otot, sistem pengaliran darah, sistem nafas, sistem
pencernaan,sistem saraf, sistem pembiakan dan sebgainya telah mewujudkan badan
berfungsi dengan baik. Setiap sistem mempunyai fungsi yang berlainan dan juga setiap
satunya amat penting dalam tubuh badan. Dari segi pergerakan tubuh badan, terdapat
tiga sistem utama yang memainkan peranan iaitu sistem rangka, sistem sendi dan
sistem otot. Pergerakan setiap anggota dalam tubuh badan seperti kaki, tangan, bahu
dan sebagainya adalah dengan menggunakan ketiga-tiga sistem ini dan adalah perlu
bagi kita memahami bagaimana ia berfungsi.

Sistem rangka, yang menempatkan tulang adalah penting untuk memberi sokongan
serta membolehkan manusia untuk bergerak. Pada manusia, jenis rangka adalah
rangka dalam yang terbentuk daripada tulang yang keras dan terbina daripada kalsium
dan fosfat. Rangka dalam manusia yang dibentuk oleh tulang-tulang mempunyai
pelbagai saiz dan bentuk. Tulang manusia merupakan organ yang terbina daripada
beberapa jenis tisu termasuk tisu tulang, tisu rawan dan tisu penghubung yang lain.
Tulang berfungsi utama adalah untuk memberi bentuk kepada badan. Kedua, tulang
bertindak sebagai sokongan, iaitu membentuk rangka keras yang menyokong badan
dan membendung organ lembut seperti peparu. Ketiga, tulang berfungsi sebagai
pelindungan pada organ-organ peting seperti tengkorak yang menlindungi otak dan

3

tulang vetebra yang menlindungi saraf tunjang. Keempat, tulang berfungsi untuk
pengerakkan. Otak rangka diletakkan kepada tulang oleh tendon dan tulang digunakan
sebagai tuas dalam menghasilkan pengerakan bahagian badan. Ini membolehkan
manusia berjalan, memegang, dan bernafas. Selain itu, tulang juga berfungsi sebagai
pusat simpanan bahan mineral. Ini adalah kerana tulang berfungsi sebagai takungan
yang menyimpan bahan mineral terutamanya kalsium dan fosfat. Bahan mineral
simpanan ini boleh dibebaskan semula kedalam aliran darah yang diagihkan
kebahagian badan yang memerlukannya. Dan yang terakhir, tulang juga berfungsi
sebagai agen pembentuk sel darah merah kerana kebanyakkan sel darah dibentuk di
dalam sumsum tulang ternetu, iaitu di bahagian berspan pada hujung tulang panjang
dan di bahagian tengah tulang pipih.

Selian tulang, sendi juga memainkan perana utama dalam pargerakan badan manusia .
Sendi merupakan hubungan antara tulang dengan tulang yang lain sehingga tulang
boleh digerakkan.Hubungan antara dua tulang dinamakan persendian atau artikulasi.
Sendi memainkan peranan penting dalam menghasilkan sesuatu pergerakkan,
mengekalkan posisi badan dan postur ,menyokong tisu lembut mengekalkan suhu
badan.Sendi juga adalah empat atau dua lebih tulang yang bertemu yang berfungsi
untuk memberi had pergerakan seperti sinoarthrosis, diarthrosis, dan amphiarthrosis .
Sendi mempunyi beberapa komponen penunjang sendi, seperti kapsul sendi iaitu satu
lapisan berserabut yang menlapisi sendi dan didalamnya terdapat rongga.Kedua,
ligament. Ligament adalah jaringan pengikat yang mengikat luar hujung tulang yang
saling membentuk persendirian. Ia juga berfungsi sebagai pencegah berlakunya
dislokasi. Ketiga, tulang rawan. Tulang ini adalah jaringan tulang rawan yang menutupi
kedua hujung tulang. Keempt, cecair synovial yang menjadi bendalir pelumas kepada
sendi. Dibahagian sendi ini, tulng disambung dengan tulang yang lain oleh ligamen.
Ligament terdiri daripada berkas tisu penhubung yang liat, kuat, dan kenyal. Oleh itu,
ligamen memegang bersama dua tulang secara kukuh dan membenarkan tulang
dibengkokkan pada sendi. Ligamen juga memberi sokongan dan kekuatan kepada
sendi.Ramai orang mempunyai anggapan yang salah dengan menyatakan tendon dan

4

ligamen adalah sama.Namun pada hakikat sebenarnya,tendon terdiri daripada tisu
bergentian putih yang tidak kenyal manakala ligament pula merupakan tisu bergentian
kuning yang kenyal.Tendon adalah penyambung otot kepada tulang manakala ligamen
mengikat tulang kepada tulang.Sendi yang terbahagi kepada tiga, iaitu sendi tak
bergerak,sendi bergerak sikit dan sendi bebas bergerak.Sendi tak bergerak adalah
seperti sutur ( sendi yang tak bergerak antara kepingan tulang kranium )dan sendi
antara batang gigi dengan soketnya. Sendi bergerak sedikit adalah sendi yang hanya
membenarkan gerakan yang terhad. Contohnya, seperti sendi antarasentrum vetebra,
sentra antara lengkungan pubispada lengkungan pelvis, dan sendi antra tulang rusuk
dengan sternum. Sendi bebas bergerak, yang juga dinamakan sendi sinovia adalah
seperti sendi lesung, sendi engsel, sendi pangsi, sendi kondi ( bonggol ), dan sendi
gelongsor.Contoh-contoh organ yang mempunyai sendi adalah seperti sendi bahu,
sendi siku , sendi paha , sendi lutut , sendi pergelangan tangan , sendi hasta-pemulas
atas ( supra ) , sendi antara tulang pergelangan tangan dan antara tulang tapak tangan
dengan jari , dan sendi pergelangan kaki.

Selain sistem rangka dan sistem sendi, sistem otot juga memainkan peranan
penting dalam pergerakan tubuh badan manusia .Otot ialah tisu yang paling banyak
dalam tubuh badan manusia .Dua per tiga daripada berat badan manusia adalah terdiri
daripada otot ( Dr Hamdan Mohd Noor, 2004 ). Otot adalah terkhusus untuk
menghasilkan tindakan pengecutan bagi gerakan . Terdapat tiga jenis otot pertama ,
otot licin atau dipanggil juga sebagai otot luar kawal atau otot tanpa jalur. Otot ini
biasanya terdapat pada dinding salur darah dan salur pencernaan. Tindakan otot jenis
ini bergantung kepada kawalan sistem saraf otonomi dan gerakannya tidak dapat
dikawal dengan kemahuan diri manusia. Kedua, otot kardium atau otot jantung. Otot ini
membentuk dinding jantung. Ia adalah jejenis otot bebas istimewa yang boleh bertindak
tanpa rangsang saraf, tetapi kucupannya boleh dipecepatkan atau dilambatkan dengan
kuasa sistem saraf otonomi. Ketiga, otot rangka atau otot berjalur dan otot terkawal.
Otot rangka seperti yang biasanya disambungkan kepada tulang seperti otot triseps dan
biseps. Tindakan otot ini bergantung kepada kawalan sistem saraf pusat dan

5

gerakannya boleh dikawal dengan kemahuan diri seseorang manusia itu. Diantara
fungsi utama otot adalah seperti menghasilkan pergerakan, mengekalkan postur,
menstabilkan sendi, dan menghasilkan haba. Otot biasanya wujud secara
berpasangan, seperti otot rangka iaitu otot biseps dan otot triseps, dan juga otot licin
seperti otot likar dan otot membujur.

Maka, dengan perician dan pemahaman yang jitu terhadap sistem yang terlibat
dalam pergerakan badan manusia, maka saya perlu menyediakan satu tunjukcara
bagaimana kefungsian yang berlaku diantara ketiga-tiga sistem ini didalam tubuh
badan terhadap sesuatu aktiviti. Sememangny didalam apa jua aktiviti pun yang kita
lakukan dengan menggerakan anggota badan telah menggerakan ketiga-tiga sistem ini
dalam mekanisme pergerkannya. Namun,apa yang menjadi fokus saya adalah
bagaimana kefungsian sistem rangka, sistem sendi, dan sistem otot dalan suatu aktiviti
sukan. Hal ini merujuk kepada bagaimana tindakan yang berlaku semasa pemin atu
atlit melakukan aktiviti berkenaan.

Berdasarkan hasil pemerhatian dalam permainan, saya berminat dalam menkaji
dengan lebih mendalam tentang permainan badminton . Saya meletakkan fokus kajian
saya dalam tugasan ini adalah berkaitan dengan bahagian-bahagian otot, tulang, dan
sendi yang terlibat serta mekanisme pergerakan dalam kemahiran asas permainan ini.
Oleh hal yang demikian, saya telah memilih satu kemahiran asas dalam permainan
ini,iaitu kemahiran servis kemahiran servis ini melibatkan tindakan kedua belah tangan
dalam memukul bulu tangkis oleh pemain dan bulu tangkis itu harus itu melepasi jaring
pihak lawan namun masih berada dalam petak gelanggang permainan yang
ditetatapkan. Terdapat banyak jenis servis yang boleh diguna pakai antaranya ialah
servis panjang, servis pendek,

Vous aimerez peut-être aussi