Permohonan pelarasan ABB perlu dibuat dengan mematuhi syarat-syarat berikut:- i. Tempoh ABB telah melebihi tiga (3) tahun.
ii. Segala usaha telah diambil untuk membayar kepada penerima tetapi gagal.
iii. Tiada unsur-unsur penyelewengan.
2. PERMOHONAN PELARASAN ABB
a) Pelarasan ABB hendaklah mendapat kelulusan Bahagian Akaun, KPM.
b) Pengurus Sekolah perlu menyediakan tiga (3) salinan Permohonan pelarasan ABB seperti di Lampiran 12-2. Satu salinan disimpan oleh pihak sekolah. Dua (2) salinan dikemukakan kepada Ketua PTJ masing-masing untuk dipanjangkan ke Bahagian Akaun, KPM iaitu:-
i. salinan asal untuk Bahagian Akaun, KPM.
ii. satu salinan disimpan oleh Ketua PTJ.
c) Permohonan tersebut hendaklah disokong dengan salinan Laporan Audit dan Penyata Kewangan Tahunan serta bukti segala usaha telah diambil untuk menjelaskan bayaran. Contoh: surat-menyurat atau bukti pos.
3. TINDAKAN SELEPAS KELULUSAN PELARASAN ABB
a) Amaun yang diluluskan untuk pelarasan ABB hendaklah diselaraskan dalam tahun kelulusan diperolehi seperti berikut:-
i. Diambilkira sebagai pendapatan di dalam Penyata Pendapatan Dan Perbelanjaan mengikut peruntukan yang berkenaan.
ii. Mengurangkan amaun ABB dalam Kunci Kira-Kira.
b) Sekiranya terdapat tuntutan selepas pelarasan dilakukan, Pengurus Sekolah boleh membuat pembayaran jika bukti yang munasabah dan boleh diterima dikemukakan untuk menyokong tuntutan tersebut. Bayaran mesti dibuat menggunakan peruntukan yang berkenaan.
c) Daftar ABB hendaklah dikemaskini selepas:
i. tuntutan bayaran ABB dijelaskan. ii. kelulusan pelarasan ABB diperolehi.
(3) Sila nyatakan sebab-sebab mengapa pembayaran tidak dijelaskan (jika ruang tidak mencukupi sila sertakan lampiran).
(4) Tindakan yang telah diambil untuk membuat bayaran:
(5) Tandakan ( ) dokumen sokongan yang disertakan:-
Salinan Penyata Kewangan Tahunan Sekolah (telah diaudit) terkini Salinan surat-menyurat kepada pembekal/pemiutang Salinan surat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia /Jabatan Pendaftaran Negara (jika berkenaan) Dokumen-dokumen lain yang berkaitan (sila nyatakan): ..
(6) Adakah pegawai yang terlibat telah dinyatakan untuk tindakan tatatertib; jika tidak berikan sebab-sebab. (jika berkaitan)
(7) Saya memperakui bahawa maklumat yang diberi di atas adalah benar.
Tarikh: ... Tandatangan dan cop Pengetua/Guru Besar