Vous êtes sur la page 1sur 11

AL-FARABI

Latar Belakang
Nama asal Al-Farabi ialah Abu nasr Muhammad Bin Muhammad Tarkhan Al-
Uzdag. Beliau dilahirkan di Wasij iaitu di wilayah Transosiana di Negara Turkestan.
Beliau dikatakan lahir pada tahun 257 H bersamaan 870 Masihi pada zaman
pemerintahan kerajaan Samaniah. Al-Farabi dikatakan berketurunan Turki, bapanya
berketurunan Persia manakala ibunya pula berketurunan Turki. Pada zaman
pemerintahan kerajaan Samaniyah, bapa Al-Farabi bekerja sebagai seorang
pegawai tentera kerajaan manakala perkerjaan ibunya tidak diketahui dengan jelas.
Al-Farabi dikatakan mendapat pendidikan awal dari guru-guru persendirian, sama
ada beliau pergi belajar di rumah guru berkenaan ataupun beliau belajar secara
formal di masjid-masjid yang terdapat di Wasij. Seterusnya beliau dikatakan
dibesarkan semasa pemerintahan Nasir Ibnu Ahmad. Al-Farabi tidak seperti
beberapa tokoh atau sarjana muslim yang lain, ini kerana beliau tidak menulis
mengenai riwayat hidupnya sendiri berbanding dengan tokoh yang lain yang
membuat biografi tentang kehidupan mereka. Keduanya Al-Farabi dikatakan
memiliki atau mempunyai daya akal yang tinggi sejak dari kecil lagi, ini kerana dalam
usia muda lagi beliau telah belajar dan mampu belajar berbagai-bagai ilmu.
Al-Farabi juga dikatakan mahir menguasai beberapa bahasa asing, antaranya
ialah bahasa Syria, Arab, Greek dan beberapa bahasa lagi. Sebagaimana yang
telah kita ketahui bahawa Al-Farabi berasal dari wasij dan keluarga berketurunan
Turki, penguasaan ini tidak akan dicapai tanpa keinginan yang tinggi. Al-Farabi juga
menguasai pelbagai bidang dalam ilmu keagamaan, antaranya ialah ilmu Nahu,
Tafsir, Hadis, Fiqh, dan sebagainya. Selain itu beliau juga mahir dalam pelbagai
cabang-cabang falsafah, ilmu lingkungan, ilmu militer dan ilmu muzik.
Walaupun Al-Farabi mahir dalam pelbagai bidang tetapi beliau lebih tertarik
ataupun lebih memberikan perhatiannya pada bidang falsafah dan logik. Al-Farabi
juga lebih dikenali sebagai guru kedua, selepas Aristotle sebagai guru pertama. Ini
berlaku disebabkan beliau sentiasa mengkaji buku-buku yang dihasilkan oleh
Aristotle di samping kajian mengenai diri Aristotle. Al-Farabi dikatakan mempunyai
ramai guru, namun yang paling utama dan masyhur ialah Ibn Hailan dan Matta ibn
Yunus. Kedua-dua guru beliau ini mahir di dalam bidang logik dan falsafah.
Pencapaian
Seiring dengan pengetahuan serta kemahirannya dalam bidang muzik, Al-
Farabi telah menghasilkan sebuah buku yang mengandungi pengajaran serta teori
muzik Islam yang berjudul Al- Musiqa (Haliza, 2006, Mahayudin, 2004, Abd Alim
dan Syed Idrus, 1995) dan dianggap sebagai sebuah buku yang terpenting dalam
bidang tersebut.
Selain itu, beliau turut menghasilkan beberapa buah buku yang tidak dapat
disiapkan ketika itu. Buku-buku tersebut ialah Kunci Ilmu yang telah disiapkan
oleh anak muridnya iaitu Muhammad Al Khawarismi pada tahun 976 masihi dan
Fihrist Al-Ulum telah diselesaikan oleh Ibnu Al-Nadim sekitar tahun 988 Masihi.
Perbicaraan mengenai ilmu falsafah zaman Yunani dan falsafah Plato serta Aristotle
telah disentuhnya dalam karya " Ihsa al-Ulum" dan "Kitab al-Jam". Karangannya,
Kitab al-Ihsa al-'Ulum mengemukakan prinsip-prinsip dasar dan klasifikasi sains
daripada perspektif yang baru. Al-Farabi juga turut menghasilkan sebuah buku yang
mengandungi pengajaran dan teori muzik Islam yang diberikan judul Al-Musiqa
serta telah dianggap sebagai sebuah buku terpenting dalam bidang berkenaan.
Peranan
Antara peranan al- Farabi beliau dianggap sebagai seorang ahli muzik yang
handal. Sebagai bukti, kebanyakan muzik yang dihasilkannya dapat memberikan
kesan yang mendalam terhadap pendengarnya. Selain itu, beliau turut mempunyai
kemahiran dalam bermain alat muzik di samping kemahiran beliau di dalam
membuat alat-alat muzik, contohnya penciptaan Gambus (Umar, 1983). Mahayudin
(2004) pula menyatakan bahawa Al-Farabi adalah pencipta dan pengembang seni
muzik daripada alat rabah dan qanun.
Al-Farabi dikatakan mahir dalam pelbagai bidang, namun beliau lebih tertarik
ataupun lebih memberikan perhatiannya pada bidang falsafah dan logik. Al-Farabi
juga lebih dikenali sebagai guru kedua, selepas Aristotle sebagai guru pertama. Ini
berlaku disebabkan beliau sentiasa mengkaji buku-buku yang dihasilkan oleh
Aristotle di samping kajian mengenai diri Aristotle. Al-Farabi dikatakan mempunyai
ramai guru, namun yang paling utama dan masyhur ialah Ibn Hailan dan Matta ibn
Yunus. Kedua-dua guru beliau ini mahir di dalam bidang logik dan falsafah.
Pada tahun 287 Hijrah bersamaan 900 Masihi merupakan pengembaraan
pertama Al-Farabi ke negara luar iaitu Baghdad dan bersama gurunya yang tidak
asing lagi ialah Ibnu Hailan. Kedatangan Al-Farabi ke Baghdad bersama gurunya
adalah untuk mempelajari dan menajamkan pemikiran terhadap bidang logik dan
falsafah.

Seterusnya pada tahun 298 Hijrah bersamaan 908 Masihi, beliau telah
meninggalkan Baghdad bersama gurunya untuk ke Harran seterusnya meneruskan
perjalanan ke Constentinople. Tujuan beliau ke sana adalah untuk mempelajari
falsafah dengan lebih mendalam dan gurunya iaitu Ibnu Hailan bertindak sebagai
penyelia beliau dalam proses pembelajaran tersebut. Manakala pada tahun 297
Hijrah bersaman 910 Masihi, beliau telah kembali ke Baghdad. Sekembalinya beliau
ke Baghdad adalah untuk belajar, mengajar dan mengkaji buku-buku yang di tulis
oleh Aristotle dan menulis karyawan. Pada tahun 330 Hijrah bersama 942 Masihi, Al-
Farabi telah berpindah ke Damsyik iaitu satu daerah di negara Syria. Perpindahan
ini berlaku adalah di akibat kekacauan dan ketidakstabilan politik yang berlaku di
Baghdad pada ketika itu. Manakala pada tahun 332 Hijrah bersamaan 944 Masihi
Al-Farabi dikatakan telah pergi ke Mesir, tetapi tidak diketahui tujuan, mengapa dan
sebab kegiatan beliau di sana. Tetapi menurut Abi Usaibiyah yang mana merupakan
seorang ahli sejarah, beliau telah mengatakan Al-Farabi telah mengarang sebuah
karya mengenai politik ketika berada di Mesir iaitu sekitar tahun 337 Hijrah.
Seterusnya pada tahun 338 Hijrah bersamaan 949 Masihi Al-Farabi telah
kembali semula ke Damsyik. Sekembalinya beliau di sana adalah untuk
menghabiskan sisa-sisa hidupnya sebagai seorang cendiakawan di sebuah istana
berlokasi di Aleppo. Al-Farabi terdidik dengan sifat qanaah menjadikan beliau
seorang yang amat sederhana, tidak gilakan harta dan cintakan dunia. Beliau juga
lebih menumpukan perhatian untuk mencari ilmu daripada mendapatkan kekayaan
duniawi. Peristiwa ini berlaku semasa pemerintahan Syria baru iaitu seorang putera
Handaniyah bergelar Saf Al-Daulah yang tertarik dengan kebijaksanaan dan
kepandaian beliau pada waktu itu. Terdapat sesetengah pendapat yang
menganggap sebagai seorang ahli sufi, namun anggapan itu adalah tidak benar.
Di dalam bulan Rejab 339 Hijrah bersamaan 950 Masihi, Al-Farabi telah
meninggal dunia di damsyik, semasa beliau berumur 80 tahun. Beliau telah
dikebumikan di sana, iaitu di sebuah perkuburan di bahagian luar pintu selatan atau
pintu sampingan kota tersebut. Saf al-daulah sendiri telah mengetuai para pembesar
negeri bagi menyembahyangkan jenazah Al-Farabi, seorang cendiakiawan yang
terulung dan termasyhur di kalangan para sarjana dan tetamu di istana Saf Al-
Daulah.
Kesimpulannya, Al-Farabi sepanjang kisah perjalanan hidupnya telah
berhadapan dengan pelbagai cabaran. Namun ketekalan dan keazaman yang tinggi
yang dimiliki oleh beliau telah membantu meningkatkan ilmu pengetahuannya di
dalam bidang-bidang berkaitan. Selain itu, Al-Farabi dikatakan pernah mendapat
pendidikan awal dari guru-guru persendirian, sama ada beliau pergi belajar di rumah
guru berkenaan ataupun beliau belajar secara formal di masjid-masjid yang terdapat
di Wasij. Kebolehan beliau di dalam menguasai kepelbagaian bahasa asing seperti
Syria, Arab, Greek dan beberapa bahasa lagi telah memudahkan terhadap proses
penguasaan suatu ilmu dan berinteraksi dengan masyarakat pada ketika itu. Namun
setelah beberapa tahun kemudian beliau telah meninggal dunia yang bertempat di
Damsyik. Beliau telah dianggap sebagai seorang tokoh ilmuan Islam yang terkenal
dan telah memberikan banyak sumbangan besar terhadap perkembangan ilmu
pengetahuan manusia. Beliau bukan sahaja disegani oleh masyarakat Islam
malahan juga masyarakat barat serta kebanyakan karyawan beliau telah digunakan
oleh mereka sebagai bahan rujukan dan masih sehingga kini.
Sumbangan
Menurut Mahayudin (2004), Al-Farabi juga turut dikenali menerusi karyanya
yang telah diterjemahkan iaitu bertajuk Grand Book on Music, Styles in Music dan
On The Classification of Rhythm. Buku-buku ini sebenarnya diterjemahkan daripada
karya bahasa Arab dan menjadi rujukan penting di Eropah. Karangannya tentang
muzik, Kitab al-Musiqa amat terkenal.Selain itu,beliau juga memberi sumbangan
yang besar dalam penciptaan not-not muzik. Beliau mahir dalam muzik dan
menyumbang karyanya serta mencipta beberapa alat muzik. Al-Farabi adalah
seorang tokoh falsafah yang serba boleh dan banyak daripada hasil pemikirannya
adalah masih relevan dengan perkembangan serta kehidupan manusia hari ini.
Kemahiran dan kehandalan Al-farabi di dalam bidang muzik begitu amat
terserlah kerana setiap muzik yang dihasilkan beliau mampu untuk meninggalkan
terhadap pendengar. Selain itu, beliau turut memiliki kemahiran di dalam
menghasilkan beberapa peralatan berkaitan dengan muzik. Misalnya, penciptaan
gambus, rabah dan qanun. Beliau turut menghasilkan sebuah buku yang
mengandungi pengajaran serta teori muzik Islam yang berjudul Al- Musiqa (Haliza,
2006, Mahayudin, 2004, Abd Alim dan Syed Idrus, 1995) dan dianggap sebagai
sebuah buku yang terpenting dalam bidang tersebut. Buku-buku lain ialah Grand
Book on Music, Styles in Music dan On The Classification of Rhythm. Buku-buku
telah diterjemahkan daripada karya bahasa Arab dan menjadi rujukan penting di
Eropah. Akibat daripada penghasilan buku-buku ini telah menyebabkan revolusi
perkembangan di dalam bidang muzik secara meluas pada waktu itu.
Selain itu, kemampuan Al-Farabi bukan sahaja terhad terhadap bidang muzik
malahan juga di dalam bidang perubatan, sains, matematik dan sejarah.
Walaubagaimanapun keterampilan beliau sebagai ahli ilmuan lebih menyerlah di
dalam bidang falsafah. Kemahiran beliau, di dalam bidang ini, telah mengatasi ahli
falsafah Islam yang lain seperti Al-Kindi dan Ibnu Rusyd. Di dalam bidang politik,
beliau mempunyai teori yang tersendiri di dalam menjelaskan sesuatu fenomena dan
kemuskilan. Dalam membicarakan teori politiknya, beliau berpendapat bahawa akal
dan wahyu adalah satu hakikat yang padu. Menurut beliau lagi, pemisahan kedua-
dua elemen tersebut akan melahirkan sebuah masyarakat yang pincang dan kacau-
bilau. Oleh itu, akal dan wahyu perlu dijadikan sebagai dasar terhadap pembinaan
sebuah Negara yang kuat, stabil dan makmur.
Beliau juga banyak mengkaji mengenai falsafah dan teori yang dikemukakan
Socrates, Plato dan Aristotle bersesuaian dengan kajian beliau mengenai konsep
kebahagian. Maka tidak hairanlah jika Al-Farabi dikatakan orang yang paling
memahami falsafah Aristotle. Beliau juga merupakan ilmuan terawal menulis
mengenai ilmu logik Yunani secara teratur di dalam bahasa Arab. Meskipun
pemikiran falsafah beliau banyak dipengaruhi oleh falsafah Yunani tetapi beliau amat
menentang pendapat plato yang menganjurkan konsep pemisahan di dalam
kehidupan manusia.
Menurut Al-Farabi, seorang ahli falsafah tidak seharusnya memisahkan
dirinya daripada sains dan politik. Sebaliknya seseorang ahli falsafah perlu
menguasai kedua-duanya untuk menjadi seorang ahli falsafah yang sempurna.
Tanpa sains , seorang ahli falsafah tidak mempunyai peralatan yang cukup untuk
dieksplotasi untuk kepentingan individu lain. Justeru itu, seorang ahli falsafah yang
tulen tidak akan merasakan terdapat jurang perbezaan besar antara diri mereka
dengan pemerintahan tertinggi.
Keadaan ini berlaku kerana kedua-dua individu ini saling lengkap-melengkapi
di antara satu sama lain. Di dalam hal ini, beliau mencadangkan agar diwujudkan
sebuah negara kebajikan yang diketuai oleh falsafah. Oleh itu, pandangan
falsafahnya yang bersifat kritikal telah meletakannya sebaris dengan dengan ahli
falsafah Yunani yang lain. Dalam kalangan ahli falsafah Islam beliau, juga dikenali
sebagai Aristotle ke-2. Bagi Al-Farabi, ilmu adalah segalanya dan para ilmu harus
diletakkan di peringkat kedudukan tertinggi Negara. Pandangan Al-Farabi ini hampir
mempunyai persamaan dengan falsafah dan ajaran Confucius yang meletakkan
golongan ilmuan pada tingkat hierarki tertinggi di dalam sistem sosial sesebuah
negara.
Pengetahuan dalam aspek ilmu sains adalah amat diperlukan di dalam
memahami peristiwa atau fenomena yang berlaku. Fakta dan bukti merupakan
elemen utama yang harus dicapai oleh ahli falsafah tulen di samping mengelakkan
unsur-unsur peribadi dalam kajiannya. Keadaan ini penting dalam mengelakkan
penghasilan kajian yang tidak bermutu. Aliran falsafah yang dimiliki beliau juga
hampir memiliki kesamaan yang sebagaimana yang telah diterapkan dalam oleh
aliran Confuciusme. Golongan ini meletakkan bahawa golongan ilmuan seharusnya
berada pada peringkat hierarki tertinggi di dalam sistem pemerintahan sesebuah
negara secara keseluruhannya.
Sebagai seorang ilmuan yang tulen, Al-Farabi turut memperlihatkan
kecenderungan beliau di dalam menghasilkan kajian dalam bidang perubatan.
Walaupun kajiannya dalam bidang ini tidak menjadikan sebagai seorang yang
masyhur tetapi pandangannya telah memberikan sumbangan besar terhadap
perkembangan ilmu perubatan di zamannya. Salah satu pandangannya yang
menarik ialah mengenai kepentingan jantung berbanding dengan otak dalam
kehidupan manusia. Ini disebabkan jantung berfungsi sebagai sistem yang
mengalirkan darah ke seluruh tubuh manusia serta menghangatkannya. Manakala
otak pula hanya berfungsi dalam menyelaraskan aliran darah itu mengikut keperluan
anggota tubuh manusia.
Bukan itu sahaja, segala pengetahuan yang dimilliki oleh Al-Farabi tidak
terhad kepada bidang muzik, falsafah, sains, matematik dan sejarah malahan juga di
dalam aspek perubatan. Walaupun penglibatan beliau di dalam bidang perubatan
dilihat sebagai tidaklah sebegitu menyerlah. Namun beliau, masih mampu
memberikan sumbangan yang besar dalam bidang perubatan Islam. Misalnya,
kajian beliau mengenai kepentingan jantung berbanding dengan otak dalam
kehidupan manusia. Beliau menganggap bahawa jantung memainkan peranan
penting berbanding dengan peranan otak sebagai pusat integrasi sistem saraf
manusia. Jantung adalah penting terutamanya dalam mengepam darah keseluruhan
tubuh badan manusia mengikut keperluan kadar kerja atau aktiviti yang dilakukan
manusia. Justeru itu, kebolehan beliau di dalam bidang ini tidak harus di pandang
ringan selaras dengan kebolehan beliau sebagai tokoh keilmuan yang unggul
bangun bersama-sama dengan tokoh Islam dan setanding dengan dunia Eropah.
Dalam falsafah politik yang diajukan oleh al-Farabi ini, didapati beliau
meletakkan tugas yang berat kepada pemimpin, iaitu mentadbir dan menguruskan
hal-ehwal Negara dan hal-hal yang berkaitan dengan kemasyarakatan. Selain itu,
nasib negara dan kehidupan rakyat turut diletakkan di bahu seseorang pemimpin. Di
samping itu, ketua negara atau pemimpin merupakan sebagai pusat kuasa yang
bertugas dalam menentukan segala-galanya di dalam organisasi negara. Ini
disebabkan, bagi al-Farabi, beliau kurang memberi perhatian terhadap kuasa rakyat
dalam membentuk perubahan. Ini bermaksud beliau cenderung mengajukan sistem
monarki, iaitu di mana, seorang ketua negara yang memerintah, sama ada bergelar
raja, sultan, khalifah, atau yang seumpama dengannya. Ilham ini diperolehi oleh
beliau dalam satu situasi politik pada zaman beliau, dimana pusat kuasa berada
dalam tangan seorang khalifah.
Melalui sistem ini persefahaman antara pemerintah dan rakyat dapat
diwujudkan kerana masyarakat, politik, dan kuasa yang stabil terletak di tangan
seorang pemerintah melalui sokongan rakyat sendiri. Walau bagaimanapun,
menurut sistem ini kadang kala terdapatnya juga pemerintah yang zalim dan tidak
berlaku adil terhadap rakyatnya.

Memandangkan al-Farabi amat memandang serius terhadap institusi
kepimpinan, maka, atas sebab tersebutlah beliau meletakkan semua kuasa kepada
seorang pemimpin. Oleh kerana beliau sangat yakin terhadap kuasa, pengarah dan
keberkesanan pemimpin maka, berlakunya satu perbahasan yang agak serius
dalam kalangan tokoh-tokoh falsafah. Menurut al-Farabi sebagai ketua negara atau
ketua kerajaan, mestilah memiliki kesempurnaan dalam aspek-aspek fizikal, mental
dan spiritual atau akhlak, melebihi rakyat atau orang ramai.
Oleh itu, inilah faktor yang menyebabkan beliau menyusun kriteria
kepimpinannya merangkumi semua aspek. Selain itu, al-Farabi turut menekankan
persoalan kesempurnaan anggota tubuh badan, menyintai ilmu dan para ilmuan,
serta memiliki fikiran yang tajam, berhemah tinggi dan bercita-cita tinggi , bencikan
sifat-sifat negatif, pembela keadilan serta kebenaran dan tentunya seorang yang
berani. Sifat-sifat yang beliau sebutkan ini adalah selaras dengan konteks situasi
politik orang Melayu. Dengan itu, konteks tersebut merupakan satu kebenaran
malah turut diterima di mana-mana pun, dan maksud al-Farabi di sini ialah sebagai
seorang ketua atau pemimpin politik bukanlah manusia yang sembarangan oleh itu,
pemilihan tersebut mestilah berdasarkan criteria kelayakan yang cermerlang.
Walaupun begitu, sekiranya semua sifat kelayakan tersebut tidak dipunyai
oleh seorang insan, maka al-Farabi memberikan alternatif lain, yang juga tertakluk
kepada beberapa criteria kelayakan, antaranya seorang yang alim dalam agama,
hingga melayakannya berijtihad, mempunyai anggota tubuh badan yang sempurna,
berakal cerdik dan sihat serta berani berjihad. Dalam bagaimana situasi sekalipun,
al-Farabi masih menekankan soal ilmu dan kebijaksanaan, prihatin terhadap
terhadap penderitaan rakyat dan teguh dalam soal keselamatan rakyat dan negara,
dan semestinya seorang pemimpin yang bertanggungjawab dalam membentuk
kerajaan. Dilihat dari segi mana sekalipun, didapati al-Farabi cuba untuk
memperpadukan tiga kriteria kemanusiaan iaitu ilmu dan kebijaksanaan, sempurna
fizikal, akhlak mulia dan keberanian.

Teori-teori al-Farabi mendapat sokongan daripada tokoh-tokoh falsafah
seperti Plato, Aristotle, Ibn Sina, Ibnu Khaldun, al-Ghazali dan sebagainya.
Sekiranya diteliti betul-betul teori al-Farabi dan membandingkan dengan konsep
temokrasi, demokrasi dan tiranni semua ini mengaitkan dengan pemikiran Plato.
Walau bagaimanapun, perkara ini tidaklah berlaku secara sepenuhnya, di mana al-
Farabi telah melakukan kelainan dengan menambahkan idea-idea daripada Plato. Di
tempat lain mengakui bahawa teori al-Farabi sama dengan konsep Plato namun, al-
Farabi telah membuat perbezaan dan perbezaan tersebut merupakan atas pengaruh
Islam. Perbezaan tesebut membuktikan bahawa al-Farabi juga mempunyai idea
yang tersendiri dalam perancangan teori politiknya.
Berdasarkan teori-teori al-Farabi tersebut dapatlah kita mengetahui
bagaimanakah kaedah untuk memilih seseorang untuk menjadi seorang pemimpin
dalam dunia politik. Oleh itu, sumbangan beliau dalam bidang politik merupakan satu
sumbangan yang agak cermerlang. Dengan itu, kepada individu terutama sekali
kepada mereka yang melibatkan diri dalam politik secara sepenuh masa dalam
gelanggang politik, bolelah melihat persoalan kriteria-kriteria kepimpinan yang
menjadi satu isu yang serius dalam kalangan pembicara-pembicara sosial pada
zaman dahulu. Atas sebab inilah, mengapa diadakan pemilihan secara saintifik bagi
sesiapa yang ingin menjadi pemimpin dalam dunia politik oleh pihak-pihak yang
tertentu dalam era moden sekarang ini.
Kedua, kepada mereka juga boleh belajar daripada pemikiran tersebut.
Umpamanya betapa perlunya seorang pemimpin memiliki ilmu pengetahuan yang
tinggi, berfikiran positif, serta mempunyai akhlak yang terpuji. Pendek kata, aspek
kedua yang ditekankan oleh al-Farabi ini merupakan aspek dalaman individu
seseorang pemimpin. Maka, sesuailah al-Farabi mengabungkan kecenderungan tiga
dimensi iaitu mental, fizikal, dan spiritual sebagai aset yang cukup penting dalam
mewujudkan sebuah pentadbiran yang cermerlang dan sistematik. Dalam hal ini
pendukung dan pengerak jentera politik negara serta juga rakyat perlu menyedari
betapa pentingnya ketiga-tiga faktor itu dilihat serentak dalam proses penyediaan
atau perlantikan kepimpinan pemimpin negara.
Walaupun kriteria-kriteria ini amat ideal namun, ia bukanlah sesuatu yang
mustahil. Di samping itu, dengan pemimpin yang berkriteria seperti ini perjalanan
pembangunan negara akan berlaku dengan cepat oleh idea-idea pemimpin yang
cukup cemerlang. Sebaliknya, perjalanan pembangunan negara akan berlaku
dengan lambat jika para pemimpin ketandusan idea-idea yang bernas terhadap
bagaimana hendak membangunkan negara. Sebenarnya perkara ini sudah pernah
berlaku khususnya terhadap negara dan bangsa manusia. Rakyat khasnya yang
kebanyakannya kaya dengan pelbagai kelemahan dalam pelbagai demensi
kehidupan amat mengharapkan kecemerlangan daripada pemimpin untuk membela
nasib dan masa depan mereka. Dengan ini telah berlakunya kesilapan yang
merugikan kemajuan negara sendiri yang sebenarnya rakyat pun boleh menentukan
bagaimana sebuah negara dikendalikan oleh seorang pemimpin yang telah dipilih
daripada sistem demokrasi negara.
Justeru, pencapaian yang dicapai oleh tokoh-tokoh ilmuan Islam khususnya
Al-Farabi tidak terhad terhadap ilmu berbentuk keagamaan semata-mata malahan
juga merangkumi dalam aspek sains dan teknologi. Antaranya ialah dalam bidang
politik Al-farabi telah memberikan sumbangan yang besar di dalam bidang ini.
Contohnya, pengamalan sistem monarki dalam sesebuah negara, beliau
beranggapan seorang pemimpin yang baik seharusnya memiliki sifat-sifat seperti
sifat kemanusiaan iaitu ilmu dan kebijaksanaan, sempurna fizikal, akhlak mulia dan
keberanian. Teori-teori al-Farabi mendapat sokongan daripada tokoh-tokoh falsafah
seperti Plato, Aristotle, Ibn Sina, Ibnu Khaldun, al-Ghazali dan sebagainya. Beliau
juga beranggapan bahawa rakyat harus memainkan peranan di dalam menentukan
pemimpin mereka menlalui kaedah demokrasi. Ini amat penting di dalam
mengekalkan kestabilan dan keamanan negara yang diperintah.
Sumbangan lain Al-Farabi adalah dalam bidang mantik, falsafah dan
sosiologi. Tambahan lagi, beliau memberi sumbangan yang amat besar dalam
bidang ilmu hisab, sains, perubatan dan muzik. Beliau juga turut mengarang
ensiklopedia. Dalam bidang mantik, beliau membuat pengajian sistematik dengan
membahagikan subjek kepada dua kategori; iaitu Takhayyul (pendapat/ idea)dan
Thubut (bukti /dalil). Beliau menggabungkan teori Platonik dan Aristotle dengan
teologi dan menulis komentar tentang fizik, mantik dan meteorologi. Al-Farabi
mengemukan banyak pandangan yang mendahului zamannya. Antaranya beliau
menyatakan bahawa keadilan itu merupakan sifat semula jadi manusia, manakala
pertarungan yang berlaku antara manusia merupakan gejala sifat semula jadi
tersebut. Pemikiran, idea, dan pandangan Al-Farabi mengenai falsafah politik
terkandung dalam karyanya yang berjudul "Madinah al-Fadhilah". Al-Farabi menulis
beberapa buah buku dalam bidang sosiologi, Ara Ahl al-Madina al-Fadila (Bandar
Contoh) adalah yang terkenal.Ia adalah sumbangan terbesar dalam bidang sosiologi
dan sains politik. Beliau juga mengarang buku untuk bidang metafizik dan psikologi
termasuk hasil kerja aslinya. Al-Farabi menyatakan bahawa seorang individu itu
tidak akan meraih kejayaan dan kesempurnaan tanpa menerima bantuan daripada
individu-individu yang lain. Adalah fitrah manusia untuk bergaul dan berganding
bahu bersama manusia lain untuk melakukan sesuatu perkerjaan, justeru mencapai
kesempurnaan. Setiap manusia perlu tinggal bersama-sama dengan masyarakat di
sekelilinginya. Dalam karangannya yang lain pula,beliau menulis;
arahan dan fatwa dalam teori sains patut diserahkan kepada imam dan perintah
negara atau kepada mereka yang mempelajari teori-teori sains..-mereka yang
mempelajari teori-teori sains : merekalah yang sepatutnya disuruh memburu ilmu
tersebut dan membentuk sifat-sifat mereka daripada zaman kecil hingga mereka
besar dan matang.
Kesimpulannya, kepesatan manusia di dalam mengejar ilmu dan
pengetahuan mereka mengenai idea-idea baru telah mendorong mereka untuk
menghasilkan buku. Usaha untuk menghasilkan buku didorong kepesatan
perkembangan ilmu yang di pelajari manusia di samping mengekalkan kewujudan
ilmu bidang yang diterokai serta disebabkan usia manusia yang begitu singkat.
Justeru itu usaha untuk membuku ini telah memberikan kesan yang besar dalam
aspek perkembangan ilmu pengetahuan manusia secara umumnya. Antara buku
yang terkenal ialah Kunci Ilmu , Fihrist Al-Ulum, Ihsa al-Ulum, Kitab al-Jam, Al-
Musiqa, Madinah al-Fadhilah dan sebagainya.

Vous aimerez peut-être aussi