Vous êtes sur la page 1sur 4

Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

Pengenalan - Fungsi dan peranan guru dipandang tinggi dan diiktiraf bukan sahaja
sebagai penyampai ilmu, jurutera sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda,
pembangun sahsiah malah sebagai agen perubahan.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Isi 1 - Guru bertindak sebagai pencetus dan penggerak kepada proses transformasi
sistem pendidikan negara
usaha melahirkan generasi masa depan yang intelek, berdaya saing, berjati diri
kukuh dan berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai sejagat.
Perlukan komitmen & sokongan para guru untuk menjayakan pelbagai dasar, polisi
dan pembaharuan pendidikan yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran.
Contoh: MBMMBI, 1M1S, KSSR, KSSM, SBT
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Isi 2 Guru menghasilkan pelajar cemerlang
meningkatkan hasil pembelajaran ke arah membangunkan potensi pelajar selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Contoh: Daniel Rajasingam Subramaniam - Anugerah Kesusasteraan Dublin untuk
Remaja Malaysia 2011.

(Kehebatan mereka ini adalah hasil daripada pendidik cemerlang, hasil kerja
pendidik yang gemilang, dan komunikasi pendidik yang terbilang.)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Isi 3 Guru meningkatkan tahap literasi pelajar
LINUS - program transformasi pendidikan yang telah dijalankan inimembantu murid-
murid kearah penguasaan 3M yang lebih mantap
Usaha guru yang & inovatif - Guru menjana idea baru untuk meningkatkan mutu
pendidikan Negara.
Pencapaian literasi 64% 85% ; pencapaian numerasi 73% 91%
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Penutup : mempunyai inisiatif dan bersifat responsif dalam mentransformasikan
pendidikan negara untukmendepani cabaran globalisasi.
warga pendidik perlulah berwawasan, proaktif dan inovatif serta sentiasaberada di
barisan hadapan agar sistem pendidikan Negara dinamik dan progresif.




















http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0514&sec=Rencana&pg=re_
03.htm
http://www.scribd.com/doc/88445997/TEKS-PIDATO




Guru sebagai tunjang dalam sistem pendidikan negara merupakan factor utama
yang akan menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu program pendidikan.
Ekoran daripada itu, keberhasilan program pendidikan negara yang menjurus
kepada pengisian wawasan pendidikan juga terletak di tangan guru. Sejajar dengan
itu, guru yang berdedikasi, bermotivasi berdaya gigih, mempunyai komitmen yang
tinggi dan semangat yang padu amat diperlukan untuk merealisaskani cita-cita
pendidikan negara ini di samping memenuhi tuntutan kecemerlangan dan melonjak
transformasi pendidikan negara ke arah wawasan pendidikan menjelang tahun 2020.
Hal ini juga bertepatan dengan dengan tema sambutan Hari Guru pada tahun ini,
iaitu Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara.
Di samping itu, untuk Malaysia mencapai taraf negara maju pada abad ke-21,
Malaysia memerlukan warganegara yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran
dalam bidang matematik serta sains dan teknologi. Murid perlulah diberi peluang dan
kesedaran untuk mempelajari dan menguasai mata pelajaran yang berasaskan sains
dan teknologi. Hal ini sejajar dengan pendapat Peter F. Druker dalam Post Capitalist
Society, iaitu yang menyatakan masa hadapan perkembangan ekonomi
perindustrian dan perdagangan sesebuah negara ditentukan oleh para pekerjanya
yang menggunakan kekuatan mental dan bukannya kemahiran tenaga semata-mata.
Oleh itu, setiap tenaga pekerja yang dihasilkan perlulah berilmu dan mampu
menyesuaikan diri dengan perkembangan sains dan teknologi. Hal ini secara tidak
langsung membuktikan bahawa pendidikan menjadi dalam proses perindustrian
tinggi.




















Peranan Guru dalam Melonjak Transformasi Pendidikan Negara
Dalam mencapai taraf negara maju pada abad ke 21, Malaysia memerlukan
warganegara yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Sains dan
Matematik. Antara peranan guru dalam melonjak transformasi pendidikan negara ini
adalah dengan mempersiapkan diri untuk membangunkan kemahiran dalam
menjadi seorang yang kreatif dan berinovasi. Guru sebagai sumber manusia dalam
bidang pendidikan yang bertanggungjawab membina kreativiti dan inovasi dalam
setiap program pendidikan secara terancang dan sistematik. sehubunagn dengan itu,
latihan perguruan yang dipraktkikan d iinstitusi pengajian tinggi mesti menyediakan
tenaga guru yang dapat menonjolkan peranan mereka dengan lebih efisyen dan
berdaya saing alam menempuh dunia moden disamping melengkapkan diri dengan
pengetahuan dan kemahiran insaniah yang diperlukan selaras dengan kehendak
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Dalam lengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran, guru harus dilengkapi
oleh pakej latihan yang dianjurkan oleh Jabatan pelajaran Negeri atau Jabatan
Pelajaran Daerah. Melalui pakej latihan yang dianjurkan ini, guru dapat dilatih untuk
mengkaji semula, mengenal pasti dan menyelesaikan masalah dalam proses
pembelajaran di kelas secara kritis dan keratif.Pakej latihan dicadangkan
menyediakan idea dan aktiviti yang berguna untuk menyokong peningkatan kualiti
pembelajaran melalui sumbangan idea daripada guru yang berpengalaman, guru
yang berprestasi cemerlang dan guru yang mempunyai kepakaran dalam bidang
tertentu. Selain menyertai pakej latihan, guru yang berinovasi juga perlu menghadiri
bengkel mengenai e-pembelajaran yang dianjurkan oleh badan kerajaan mahupun
swasta. Melalui bengkel ini juga, guru akan didedahkan kepada persepsi umum yang
berkaitan dengan kuakiti dalam e-pembelajaran.
Selain membangunkan dan mempersiapkan diri menajdi guru yang kreatif
dan berinovasi, guru berperanan menyediakan bahan bantu mengajar yang dapat
dimanfaatkan dalam bilik darjah. Pendidikan kini menekankan penggunaan teknologi
komunikasi dan maklumat dalam bilik darjah. Dasar kurikulum baru iaitu kurikulum
standard sekolah rendah menekankan penggunaan teknologi komunikasi dan
maklumat dalam bilik darjah. Bahan grafik merupakan bahan yang mudah difahami
oleh murid selain alat bantu mengajar bebentuk visual. Cabaran dan perubahan
pendidikan masa kini menuntut guru menghasilkan bahan bantu mengajar yang
dapat mempertingkat mutu dan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa sesuai
dengan perkembangan pendidikan masa kini. Bahan inovasi pendidikan pemulihan
menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ini merupakan salah satu
contoh bahan bantu mengajar yang boleh digunakan dalam bilik darjah.

Vous aimerez peut-être aussi