Vous êtes sur la page 1sur 19

1

1.0 Kronologi Peristiwa 13 Mei 1969



Tanggal 13 Mei 1969 tercetus satu detik hitam dalam lipatan sejarah negara.
Pertelingkahan kaum yang berlaku telah mengakibatkan negara kehilangan banyak nyawa
dan kerugian harta benda. Ia mempunyai kaitan rapat dengan Pilihanraya Umum 1969 dan
merupakan puncak manifestasi masalah perpaduan kaum di Malaysia. Dalam pilihanraya
tahun tersebut banyak isu sensitif telah dibangkitkan dan ditimbulkan seperti bahasa
kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan hak kerakyatan orang bukan Melayu.
Dalam pilihanraya tahun 1969 Parti Perikatan gagal memperolehi majorirti dua per tiga
dalam Dewan Rakyat manakala Parti Gerakan Dan DAP yang berjaya memperolehi
sebanyak 25 kerusi telah mengadakan perarakan di Kuala Lumpur sambil menghina bangsa
Melayu. Hal ini memberikan tamparan hebat kepada orang Melayu dan akhirnya UMNO
telah mengadakan perarakan balas sebagai bantahan terhadap penghinaan parti DAP dan
Gerakan. Dalam suasana tegang dan penuh emosi maka tercetuslah peristiwa 13 Mei 1969.
Peristiwa tersebut telah mengorbankan ramai orang dan telah mengakibatkan kerugian
harta benda yang banyak. Ia juga telah menyebabkan negara kita telah menjadi tumpuan
dunia. Sebenarnya masalah 13 Mei ini merupakan masalah perpaduan yang telah lama
berakar umbi dalam masyarakat majmuk Malaysia sebelum tahun 1969 lagi. Masalah ini
telah disebabkan oleh British yang telah memainkan peranan yang cukup besar untuk
mewujudkan keadaan sedemikian rupa.

1.1 Faktor Yang Mempengaruhi Peristiwa 13 Mei 1969










Rajah 1 : Faktor Yang Mempengaruhi Peristiwa 13 Mei 1969

Faktor Yang
Mempengaruhi
Peristiwa 13
Mei 1969
Dasar Pecah Dan
Perintah British
Sistem
Pendidikan Yang
Berasingan
Perbezaan
Agama Dan
Kebudayaan
Persatuan -
persatuan Etnik
Pendudukan
Jepun
Membangkitkan
Soal Sensitif
Pada Pilihanraya
Umum 1969
2

1.1.1 Dasar Pecah Dan Perintah British

Disebabkan oleh dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh British
telah menyebabkan berlakunya rusuhan etnik di Tanah Melayu. Dasar yang
mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang
berkesan diamalkan oleh penjajah British menyebabkan wujudnya jurang antara
kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga pola penempatan kaum.
Contohnya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan
dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan kaum cina
memiliki aset yang paling tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia.
Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar bekerja sebagai petani
atau nelayan kecil. Manakala kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh
kasar kerajaan dan pekerja di ladang. Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-
orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri. Keadaaan ini menyebabkan
kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah
dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan
ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak
seimbang.

British mengamalkan dasar pecah dan perintah ini bertujuan untuk
menyekat ketiga-tiga kaum ini daripada bersatu padu. British menyedari bahawa
sekiranya tiga kaum utama ini bersatu maka akan menyebabkan kepentingan
dan sumber ekonomi mereka akan terjejas.
Masyarakat melayu terdiri dari petani dan nelayan di kampung,
masyarakat cina pula telah mewarisi perniagaan secara turun temurun
dan tinggal di bandar manakala masyarakat india bekerja sebagai penoreh
getah dan tinggal di estet. Dasar ini telah berjaya direalisasikan bagi
mewujudkan kelompok-kelompok etnik yang berdasarkan kegiatan
ekonomi yang tinggal dalam kelompok masing-masing. Kesannya,
interaksi antara kaum hanya terbatas di pasar sahaja. Ini melahirkan
perasaan prasangka antara kaum yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnya
tragedi 13 Mei 1969.


3

1.1.2 Sistem Pendidikan Yang Berasingan

Sebelum Laporan Razak dikemukakan, Malaysia tidak mempunyai satu
asas atau sistem pendidikan nasional. Malah sistem pendidikan yang wujud di
Tanah Melayu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum
iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Keempat-empat aliran ini
mempunyai kurikulum yang tersendiri dan berbeza antara kaum. Sekolah Melayu
menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan
peringkat rendah sahaja. Manakala, kurikulum sekolah Cina dan India pula
masing-masing berkiblatkan negara asal mereka, sukatan pelajaran serta buku-
buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negara China
dan India. Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang
telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang
Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar dan sebilangan orang Melayu yang
terdiri daripada pembesar atau kerabat diraja.

Ketiadaan sistem pendidikan yang seragam ini menyukarkan semangat
perpaduan sukar dicapai. Pelajar langsung tidak berpeluang untuk bergaul
dengan pelajar atau etnik lain ini menyulitkan pembentukan persefahaman
antara etnik. Disebabkan sukatan pelajaran kaum cina dan india berasal dari
negara asal maka pemikiran anak-anak muda mereka berpaksikan kepada cara
atau gaya hidup tempat asal leluhur meraka. Melalui pendidikan ini juga
pengaruh daripada kehidupan dan adat resam serta merasakan kaum mereka
lebih cemerlang wujud, sistem pendidikan yang tidak seragam juga boleh
mewujudkan perasaan prasangka dan streotaip antara kaum. Keadaan ini
menyebabkan sesetengah masyarakat dalam kaum yang berbeza ini
memandang rendah terhadap kaum lain.

1.1.3 Perbezaan Agama Dan Kebudayaan

Perbezaan budaya dan agama merupakan salah satu lagi punca
berlakunya masalah perpaduan kaum di Malaysia. Kaum Melayu sebahagan
besarnya beragama Islam, kaum Cina beragama sama ada Buddha, Lao-Tze,
Taoisme, dan Confucius manakala kaum India beragama Hindu. Disamping itu
4

terdapat ramai juga yang beragama Kristian. Setiap kaum pula mempunyai
kebudayaan yang berlainan dan ini menambahparahkan lagi masalah perpaduan
kaum di Malaysia. Masalah perpaduan ini bukannya bermula disebabkan agama
yang dianuti oleh kaum-kaum yang terdapat di Malaysia menggalakkan
penganutnya memusuhi agama lain tetapi ia berpunca dari sikap jahil terhadap
agama-agama lain hingga banyak perkara yang dilakukan secara tidak sengaja
telah menyinggung emosi penganut agama lain. Inilah punca yang telah
mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969 berlaku.

1.1.4 Aktiviti Ekonomi Yang Berlainan

Masyarakat Melayu kebanyakan terdiri daripada petani yang tinggal di
kampung manakala masyarakat cina telah mewarisi pekerjaan turun
temurun keluarga mereka iaitu beniaga dan kebanyakannya tinggal di bandar
dan Masyarakat India pula bekerja sebagai penoreh di estet-estet dan tinggal di
estet-estet. Kegiatan ekonomi yang berbeza ini telah mewujudkan jurang
pendapatan yang berbeza anatara satu kaum dengan kaum yang lain. Ini telah
menimbulkan rasa tidak puas hati dan persaingan ekonomi secara tidak sihat
dan pada kemuncaknya berlakulah peristiwa 13 Mei 1969.

1.1.5 Persatuan - persatuan Etnik

Struktur masyarakat Malaysia yang terdiri dari berbagai-bagai kaum telah
melahirkan banyak persatuan-persatuan politik sosial dan ekonomi yang
berasakan kaum masing-masing. Perkara ini telah memperkuatkan lagi rasa
kecurigaan di antara satu sama lain kerana persatuan-persatuan ini hanya
memperjuangkan kepentingan kumpulan kaum yang diwakilinya sahaja tanpa
menghiraukan kaum-kaum yang lain. Parti-parti politik yang berbentuk
perkauman seringkali mengeksploitasi perbezaan-perbezaan yang wujud di
kalangan kaum hingga menimbulkan rasa tidak puas hati yang ketara antara
satu kaum dengan kaum yang lain.




5

1.1.6 Pendudukan Jepun

Salah satu punca permusuhan orang Melayu dengan Orang Cina ialah
akibat Pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Ini kerana Jepun memberi layanan
yang lebih istimewa kepada orang Melayu berbanding orang Cina kerana Jepun
masih lagi dipengaruhi sentimen peperangan dengan negara China pada akhir
kurun ke 19 dan awal kurun ke 20. Ini menyebabkan tentera Jepun bersikap pilih
kasih dalam hal yang melibatkan kaum Melayu dan Cina. Jepun juga telah
melantik orang Melayu sebagai askar dan polis berbeza dengan orang Cina yang
tidak diberi peluang untuk menjawat sebarang jawatan. Ketika itu kebanyakan
orang Cina menyertai MPAJA (Malaysian People Anti-Japanese Army). Keadaan
bertambah buruk apabila kebanyakan tentera Jepun yang menyerang MPAJA
ialah terdiri daripada orang Melayu dan ini telah menimbulkan persengketaan
antara orang Melayu dengan Orang Cina dan kemuncaknya ialah pada 13 Mei
1969.

1.1.7 Membangkitkan Soal Sensitif Pada Pilihanraya Umum 1969

Semasa kempen pilihanraya tahun 1969 parti-parti politik
yang bertanding telah memainkan isu-isu yang sensitif seperti kedudukan
istimewa orang Melayu, soal bahasa dan kerakyatan untuk memancing undi
daripada orang ramai. Ini telah menimbulkan pelbagai rasa tidak puas hati antara
kaum dan akhirnya setelah memenangi kerusi yang agak banyak dan berjaya
menafikan majoriti dua per tiga parti Perikatan, parti DAP dan Gerakan telah
berarak untuk menghina orang melayu. Tambah memburukkan lagi keadaan
ialah orang Melayu melalui UMNO telah mengadakan perhimpunan balas untuk
menangkis penghinaan parti DAP dan Gerakan. Keadaan menjadi tidak terkawal
dan akhirnya meletuslah peristiwa hitam 13 Mei 1969.






6

2.0 Cabaran Dan Kepentingan Tragedi 13 Mei 1969












Rajah 2 : Cabaran Dan Kepentingan Tragedi 13 Mei 1969

Selepas peristiwa 13 Mei 1969, kunci keamanan, keteguhan, kestabilan dan
kemajuan pembangunan negara banyak bergantung kepada perpaduan dan kerjasama
masyarakat Malaysia itu sendiri untuk mencapai perpaduan dan bukanlah satu perkara
yang mudah. Ini adalah kerana memandangkan penduduknya yang terdiri daripada
pelbagai kaum, berbeza dari segi agama, budaya, aktiviti, ekonomi, lokasi tempat tinggal,
dan sebagainya. Usaha-usaha untuk menerapkan semangat perpaduan atau kekitaan di
kalangan masyarakat sering menghadapi cabaran serta masalahnya.

Menurut Tan Sri Ghazali Shafie (1985) .... the road to a cohesive and proggressive
society is a long and ardous one which to use the Malay phrase, is full of onak dan duri.
Kenyataan di atas ternyata dapat kita simpulkan bahawa pelbagai cabaran yang perlu kita
tempuhi bagi membina negara Malaysia yang unggul di mata dunia. Terdapat pelbagai
cabaran yang di antaranya adalah cabaran sulung atau yang utama iaitu di mana cabaran
kepentingan etnik dari aspek-aspek seperti berikut.

Cabaran yang pertama adalah aspek sosial, ini dapat lihat melalui empat paradigma
yang berlainan iaitu dari sudut pemisahan fizikal, sistem pendidikan yang berasingan,
polarisasi dalam kalangan pelajar dan kontrak sosial. Dari sudut pemisahan fizikal ianya
berlaku dalam masyarakat negara ini yang timbul akibat daripada kesan dasar pecah dan
Cabaran
Dan
Kepentinga
n Tragedi 13
Mei 1969
aspek
sosial
aspek
ekonomi
aspek
politik
nilai
antara
etnik
globalisasi
7

perintah yang diamalkan oleh British sejurus menjajah Malaysia. Ketiga-ketiga kumpulan
kaum ini bukan sahaja terasing daripada segi lokasi tempat tinggal, malahan mereka
menjalankan jenis pekerjaan yang berbeza. Keadaan ini juga menyebabkan sesuatu
golongan etnik itu tidak mengenal atau berpeluang berinteraksi dengan lebih kerap di antara
sesama mereka khususnya mereka yang tinggal dalam wilayah yang berbeza. Hal ini
berlaku akibat pemisahan fizikal yang disebabkan keadaan geografi di Sabah dan Sarawak
yang terpisah oleh Laut China Selatan.

Contoh yang boleh kita nyatakan di sini adalah, kejahilan ilmu masyarakat
Semanjung Malaysia dalam memahami cara hidup masyarakat Sabah dan Sarawak yang
sedikit berbeza dari aspek budaya, keagamaan mahupun adat resam. Perkara sebegini
mungkin akan berlaku jika semua etnik hanya mengambil berat tentang etniknya yang
tersendiri sahaja. Maka, pastinya amat sukar sekali Malaysia untuk menjadi negara yang
lebih maju sekiranya masyarakatnya terpisah dari sudut fizikal dan terasing dari arus
pemodenan negara. Seterusnya, adalah dari sudut sistem pendidikan yang terasing.

Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri. Maksudnya di
sini adalah, pelajar Melayu menuntut di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa
perantaraan bahasa Melayu, pelajar Cina menuntut di sekolah Cina dan juga menggunakan
bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantaraan. Manakala, pelajar India menuntut di
sekolah Tamil dan menggunakan bahasa Tamil. Sistem persekolahan yang memisahkan
pelajar mengikut bahasa ibunda dan perbezaan etnik kurang memainkan peranan yang
berkesan bagi memupuk integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar. Situasi hanya
akan menyebabkan interaksi mereka hanya terhad di antara etnik yang sama sahaja.
Implikasi bagi hubungan etnik ini hanya memberikan kesan yang negatif kepada negara.

Semua etnik masing-masing mempertahankan bahasa ibunda mereka dan tidak
akan menerima bahasa ibunda kaum yang lain. Ini adalah mereka akan menganggap
adalah tidak wajar dan tidak penting untuk mempelajari bahasa kaum yang lain. Selain itu,
adalah menjadi satu kemestian di mana setiap sekolah mengamalkan sistem pendidikan
yang berbeza. Ianya akan memberikan impak yang kurang elok kepada penstrukturan
negara kerana mempunyai corak pendidikan yang berbeza-beza. Tidak juga dilupakan
bahawa golongan yang menuntut di sekolah itu juga akan terlahirnya para pemimpin untuk
mentadbir negara Malaysia pada satu hari kelak.
8

Sekiranya pemikiran mereka hanya disogok dengan etnik mereka sahaja, sudah
pasti Malaysia tidak akan berada dalam keadaan yang aman. Bakal pemimpin negara ini
juga mengalami kesukaran untuk mendapatkan kata sepakat daripada rakyatnya yang
terdiri daripada etnik yang berbeza. Pastinya, amat sukar untuk kita memupuk masyarakat
yang majmuk jika cabaran ini dianggap enteng oleh pihak yang berwajib. Dari sudut
polarisasi dalam kalangan pelajar yang dapat kita lihat adalah masih lagi terdapat
keterasingan pada peringkat sekolah rendah, kerenggangan pada peringkat sekolah
menengah dan institut pengajian tinggi awam (IPTA) serta institut pengajian tinggi swasta
(IPTS) masih wujud. Keadaan sebegini menyukarkan lagi proses hubungan etnik di
Malaysia.

Implikasinya di sini adalah nilai-nilai bagi memupuk semangat kekitaan pada negara
Malaysia tidak dapat diterapkan dengan berkesan kerana masih lagi terdapat jurang di
antara semua kaum. Jika kita lihat, pada masa kini, masih ada lagi para ibu bapa yang
kurang mempercayai untuk menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Kebangsaan.
Mereka lebih mudah menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan kerana
merasakan struktur pendidikan di sekolah tersebut dapat menjamin kecemerlangan
akademik anak mereka. Sukar sekali untuk kita memaksa ibu bapa ini kerana mereka
mempunyai satu perspektif yang perlu kita hormati. Walau bagaimanapun, tidak semua ibu
bapa yang bertindak sedemikian.

Cabaran yang kedua adalah dari aspek ekonomi. Melalui aspek ekonomi terdapat
dua perkara yang perlu ditekankan adalah penguasaan ekonomi dan perbezaan pekerjaan
berdasarkan sektor ekonomi. Pertama, penguasaan ekonomi memperlihatkan jurang yang
luas bagi setiap etnik. Majoriti kaum Melayu menguasai sektor pertanian yang memerlukan
banyak tenaga sumber manusia dan berteknologi rendah. Bagi kaum Cina, yang umumnya
menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan, perdagagan dan menggunakan
teknologi moden. Manakala, kaum India pula banyak terlibat dengan perladangan di estet
getah dan kelapa sawit. Kenyataan di sini sudah membolehkan kita membuat satu
kesimpulan iaitu terdapatnya jurang pendapatan yang begitu ketara dan tidak seimbang
dalam ekonomi negara Malaysia.

Semua golongan etnik sentiasa mencuba untuk bersaing dalam ekonomi ini untuk
berusaha mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar. Penguasaan ekonomi yang
9

berbeza serta jurang pendapatan yang tidak seimbang mengakibatkan ketidakstabilan
dalam masyarakat majmuk. Justeru itu, implikasinya mengakibatkan ketidakpuasan hati
bagi semua golongan etnik. Bagi kaum Melayu yang terlibat dalam sektor pertanian
mendapat pendapatan yang sedikit dan berkemungkinan akan menghadapi dengan
kemiskinan. Situasi yang sama juga akan berlaku terhadap kaum India yang di mana harga
getah dan kelapa sawit adalah berlandaskan kepada keadaan ekonomi di dunia. Jika harga
meningkat, maka, pulangannya tentu baik dan sebaliknya juga akan berlaku. Golongan
etnik Cina pula akan terus mencari peluang-peluang keemasan dalam perniagaan dan
mereka dapat hidup dalam hidup yang cukup mewah. Akan tetapi, mereka pasti berasa
tidak puas hati yang di mana kebanyakan lubang perniagaan banyak diutamakan kepada
kaum Bumiputera atau Melayu. Sudah tentu timbulnya persoalan di lubuk pemikiran mereka
di mana hak mereka sedangkan selama ini mereka banyak menyumbang kepada ekonomi
negara. Isu-isu sebegini merupakan perkara yang boleh menyebabkan negara kita
bergolak.

Selain itu, dalam Rancangan Malaysia Kedua ada menyatakan perpaduan negara
tidak boleh dicapai tanpa kesaksamaan dan keseimbangan yang lebih besar dalam
kalangan kumpulan sosial dan etnik Malaysia melalui penyertaan mereka dalam
pembangunan negara dan dalam perkongsian manfaat daripada permodenan dan
pertumbuhan ekonomi. Sesungguhnya, perpaduan negara tidak boleh dipupuk seandainya
sebahagian besarnya penduduk kekal miskin dan peluang pekerjaan produktif yang tidak
mencukupi. Fenomena kemiskinan bukan sahaja terdapat di kawasan luar bandar tetapi
juga di kawasan bandar. Keadaan ini boleh mengugat perpaduan negara kerana masalah
kemiskinan hanya menonjol dalam kalangan kelompok etnik yang tertentu sahaja.

Cabaran yang ketiga adalah cabaran kepentingan etnik dari aspek
politik iaitu di mana politik perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang senang hati dan
mengukuhkan semangat perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat kata
sepakat oleh semua pihak. Isu-isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan,
agama, kerakyatan, dan ekonomi jika dipergunakan untuk tujuan berpolitik, pastinya, ia
tidak akan menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu. Implikasinya
mengakibatkan semua etnik akan saling berusaha untuk mengekalkan identiti kaumnya
sendiri tidak kira dari aspek bahasa dan budaya, mereka akan cuba untuk mempertahankan
agar mereka juga mendapatkan hak yang sama rata. Selain itu, semangat taat setia pada
10

negara Malaysia juga tidak wujud di kalangan etnik kerana masing-masing pasti ingin
menaburkan bakti pada negara mereka sendiri. Lambang bendara Malaysia akan tinggal
sebagai lambang sahaja jika semua etnik hanya mementingkan hak etnik masing-masing.

Cabaran yang keempat adalah cabaran nilai antara etnik yang menyatakan
perbezaan dari segi agama, bahasa, dan kebudayaan lebih ketara dalam masyarakat
majmuk. Kaum Melayu, Cina dan India mempunyai agama, bahasa dan kebudayaan yang
berlainan. Perbezaan ini bertambah sukar apabila setiap kaum terus menebal dengan
bahasa dan kebudayaan mereka sendiri. Implikasi di sini mengakibatkan anggota etnik lebih
mengutamakan anggota daripada etnik yang sama dalam memilih sahabat, mendapatkan
perkerjaan. Perkara ini seolah-olah sudah menjadi tegal atau taboo kerana ia memang
sukar untuk diubah walaupun menggunakan ubatan atau teknologi yang moden sekali pun.
Setiap etnik tidak mempunyai perasaan hormat menghormati dengan agama dan budaya
etnik-etnik yang lain. Kesukaran untuk hidup dalam satu masyarakat yang sama pasti akan
menimbulkan kekecohan di kawasan tersebut. Ini adalah berdasarkan mereka mempunyai
masalah untuk berkomunikasi dalam bahasa yang difahami oleh semua etnik. Masalah ini
pasti mewujudkan ketidakselesaan juga mereka melihat budaya yang sebelum ini belum
pernah disaksikan oleh mereka. golongan etnik-etnik ini tentunya sukar untuk menerimanya
dan tidak mungkin akan menerima apa-apa perubahan walhal ianya memberikan banyak
faedah dalam kehidupan seharian mereka.

Cabaran yang kelima adalah cabaran globalisasi yang menunjukkan proses
globalisasi serta pembaratan corak hidup berasaskan ekonomi dan politik barat merupakan
cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia pada masa kini. Implikasi daripada
cabaran ini, jika dilihat dari sudut positif, kita dapat bergerak maju melalui pendedahan
menggunakan teknologi yang tinggi serta pentadbiran yang sistematik menyebabkan
Malaysia menjadi seperti yang dapat kita rasai perbezaannya kini. Namun demikian,
pengaruh Barat ini juga mewujudkan pelbagai unsur-unsur yang negatif dari segi, budaya
hedonisme atau budaya kuning yang telah berjaya menyesatkan para remaja yang bisa
menjadi bakal pemimpin negara lenyap kerana budaya kuning yang songsang ini. Budaya
kuning ini banyak memberikan nilai-nilai yang negatif seperti terlibat dalam kancah jenayah,
pemakaian yang kurang sopan serta pergaulan yang melampaui batas. Dari segi sains dan
teknologi yang memusnahkan kebanyakan golongan remaja terdedah dengan pornografi-
pornografi yang menyongsangkan jiwa dan akidah remaja itu sendiri. Bermacam-macam
11

keburukan yang memusnahkan alam sekitar, budaya hiburan dan penyalahgunaan sumber
manusia dan bahan mentah juga datangnya daripada pengaruh Barat. Jelasnya di sini
dapat dilihat, kehalusan dan ketimuran rakyat Malaysia semakin terhapus pengaruh Barat
bagi merealisasikan wawasan negara. Tradisi dan adat resam kita pasti akan hilang juga
kerana tiadanya insan yang ingin menjaganya daripada lupus arus pemodenan zaman.

3.0 Usaha Membentuk Perpaduan Kaum

Usaha membentuk perpaduan kaum merupakan satu perkara yang amat penting untuk
membentuk satu negara yang utuh. Menyedari hakikat tersebut, kerajaan telah berusaha
membentuk perpaduan kaum di negara Malaysia agar Malaysia mampu maju seiring
dengan negara lain di dunia. Perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses yang
menyatupadukan seluruh masyaralat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat
membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan Tanah Air.
Perpaduan boleh dicapai melalui dua cara utama iaitu :

Integrasi
Ia merupakan satu proses bagi mewujudkan identiti nasional di kalangan kumpulan-
kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesuatu unit
politik.

Asimilasi
Ia merupakan satu proses bagaimana kumpulan-kumpulan minoriti diasimilasikan
melalui perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam kumpulan etnik yang lebih
besar. Namun dalam jika diteliti kedua-dua aspek di atas kerajaan lebih banyak
mengusahakan pembentukan perpaduan kaum melalui proses integrasi kerana melalui
proses integrasi setiap etnik akan dapat berkongsi satu identiti nasional dan apabila ini
berlaku maka secara logiknya akan wujudlah proses asimilasi. Namun begitu apa yang
ingin difokuskan di sini ialah usaha kerajaan membentuk perpaduan selepas peristiwa
13 Mei 1969.




12

3.1 Usaha Segera Untuk Membentuk Perpaduan Selepas Peristiwa 13 Mei 1969








Rajah 3 : Usaha Segera Untuk Membentuk Perpaduan Selepas Peristiwa 13 Mei
1969

3.1.1 Mengisytiharkan Darurat

Ketika peristiwa 13 Mei 1969 berlaku keadaan amat tidak terkawal dan
pertempuran antara kaum berlaku akibat suasana tegang. Untuk meredakan
ketegangan keadaan ini kerajaan telah mengisytiharkan darurat pada 16 Mei
1969 di seluruh negara. Tujuan diisytiharkan darurat ialah pertama untuk
menenangkan keadaan yang tidak terkawal. Kedua ialah untuk memberi masa
kepada pihak yang terlibat bertenang dan berfikir secara rasional tindakan
mereka. Ketiga untuk cuba menghentikan kekacauan yang berlaku dalam masa
yang singkat.

3.1.2 Membentuk Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)

Setelah mengisytiharkan darurat di seluruh negara pada 16 Mei 1969
kerajaan telah menubuhkan Majlis Gerakan Rakyat (MAGERAN) yang diketuai
oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Tun Abdul Razak.
Usaha
Membentuk
Perpaduan
Mengisyti
harkan
Darurat
MAGERAN
Menubuhka
n Majlis
Perundingan
Negara
Memperkenal
kan Rukun
Negara
Pembentukan
Majlis
Muhibah
Penyusunan
Semula Politik
(Barisan
Nasional)
13

Turut menganggotai MAGERAN ialah pemimpin-pemimpin parti politik, pegawai-
pegawai kanan kerajaan dan pegawai-pegawai tinggi polis dan tentera. Antaranya
ialah Tun Dr. Ismail, Tan Siew Sin, Tun G.T Sambatan, Dato Hamzah Bin Abu
Samah, Tan Sri Muhammad Ghazali Shafie, Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin,
Tan Sri Mohd Salleh Ismail dan Jeneral Tunku Osman Tunku Mohd Jiwa.

Fungsi utama MAGERAN ini ialah:
Mengembalikan keamanan dan undang-undang negara.
Menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna.
Mengembalikan suasana keharmornian dan kepercayaan antara kaum di
Malaysia.
Dengan wujudnya MAGERAN maka sistem kerajaan berparlimen telah digantung
dan semua kuasa pentadbiran telah dipusatkan kepada MAGERAN. Fungsi
kerajaan berparlimen mula dipulihkan semula pada 23 Februari 1971.
3.1.3 Menubuhkan Majlis Perundingan Negara
Majlis perundingan Negara telah ditubuhkan pada bulan Januari 1970
untuk membentuk perpaduan antara kaum di Malaysia. Majlis Perundingan Negara
telah dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak. Ahli-ahli majlis ini terdiri daripada
wakil-wakil:
i. Menteri-menteri yang menganggotai MAGERAN
ii. Kerajaan-kerajaan Negeri
iii. Parti-parti Politik
iv. Sabah dan Sarawak
v. Kumpulan-kumpulan Agama
vi. Badan-badan Profesional.
vii. Perkhidmatan Awam
viii. Kesatuan Sekerja Dan Persatuan Majikan
ix. Wartawan
x. Persatuan Guru-guru
xi. Kumpulan Minoriti
14

Fungsi utama Majlis Perundingan Negara ini ialah untuk meneliti isu-isu perpaduan
negara serta mencari jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang
melibatkan pelbagai kaum. Ia juga bertindak sebagai penasihat kepada
MAGERAN mengenai perkara-perkara yang bersangkutan dengan perhubungan
dan integrasi kaum di Malaysia.
3.1.4 Memperkenalkan Rukun Negara
Menyedari masyarakat berbilang kaum di Malaysia tidak mempunyai satu
hala yang jelas maka kerajaan telah memperkenalkan rukun negara untuk
memberi garis panduan yang lebih jelas kepada masyarakat berbilang kaum di
Malaysia. Rukun negara adalah manifestasi idealogi nasional dengan tujuan untuk
mencapai perpaduan di kalangan rakyat tanpa mengira kaum, warna kulit, bangsa
dan agama. Konsep rukun negara yang dibentuk oleh MAGERAN ini pada
asasnya ialah untuk membentuk corak masyarakat Malaysia berdasarkan prinsip
hidup yang telahpun wujud dan boleh dijadikan pegangan masyarakat Malaysia.
Antaranya ialah:
1) Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat
2) Memelihara cara hidup demokratik
3) Mencipta suatu masyarakat yang adil dan kemakmuran negara akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama
4) Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi yang kaya dan pelbagai
corak
5) Membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan
teknologi

Konsep rukun negara telah dibahagikan kepada lima prinsip iaitu:
1) Kepercayaan Kepada Tuhan
2) Kesetiaan kepada Raja Dan Negara
3) Kedaulatan Undang-undang
4) Keluhuran Perlembagaan
5) Kesopanan Dan Kesusilaan


15

3.1.5 Pembentukan Majlis Muhibah

Majlis Muhibah ini telah ditubuhkan atas arahan daripada MAGERAN.
Majlis ini telah diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Ia diadakan di
setiap peringkat iaitu peringkat pusat, daerah negeri dan kawasan. Ini bertujuan
untuk memastikan matlamat penubuhan majlis ini berjaya di segenap lapisan
masyarakat Malaysia. Majlis ini berperanan untuk menggalakkan perkembangan
muhibah di kalangan pelbagai kaum dan berusaha ke arah memulihkan kembali
kepercayaan dan keyakinan di kalangan pelbagai kaum di Malaysia yang telah
musnah akibat peristiwa hitam 13 Mei 1969.

3.1.6 Penyusunan Semula Politik (Barisan Nasional)

Apabila berlakunya masalah 13 Mei, kebanyakan parti-parti politik mula
menyedari pentingnya bersatu dalam satu barisan yang menggabungkan pelbagai
kaum. Justeru wujudlah Barisan Nasional yang lahir atas kesedaran untuk
mengatasi masalah perpaduan kaum akibat peristiwa 13 Mei 1969. Ia dianggotai
oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Parti Islam Se-Malaysia
(PAS), Kongres India Malaysia (MIC) dan Persatuan Cina Malaysia (MCA) serta
enam lagi parti politik. Tujuan pembentukan Barisan Nasional ialah untuk
mengurangkan perpecahan politik dan sesuai dengan pindaan Perlembagaan
1971. Rombakan politik ini telah berjaya menampakkan hasil yang cukup
memberangsangkan kerana semua pihak semakin mula memahami kepentingan
perpaduan kaum.

4.0 Cadangan Untuk Mengekalkan Perpaduan Kaum Di Malaysia

Perpaduan merupakan perkara yang amat mustahak untuk mengekalkan
keharmonian dan kedamaian di sesebuah negara. Negara yang aman dan damai dapat
menjamin kebahagiaan dan keselamatan rakyatnya. Negara yang mengamalkan perpaduan
dapat mencapai kemajuan dengan mudah serta tidak mudah ditakluki kuasa asing.

Antara cara mengekalkan perpaduan dalam sesebuah negara ialah dengan
memupuk semangat partiotisme di kalangan rakyatnya. Kita haruslah berbangga menjadi
16

seorang rakyat Malaysia dan menyayangi negara kita. Kita perlu mengenali serta
menghormati raja dan pemimpin negara kita kerana mereka yang berusaha mengekalkan
keamanan dan kesejahteraan negara. Usaha-usaha mereka untuk memajukan negara
haruslah sentiasa disokong, bukannya dikritik. Perjuangan tokoh-tokoh negara seperti
Tunku Abdul Rahman yang memainkan peranan yang penting dalam memperjuangkan
kemerdekaan negara haruslah diambil tahu dan dihargai. Tanpa pejuang seperti mereka,
negara kita mungkin masih di tangan penjajah asing.

Justeru, lambang-lambang kebesaran negara seperti bendera, lagu kebangsaan
dan jata negara juga harus dikenali dan dihormati oleh setiap warganegara Malaysia.
Bendera negara kita, Jalur Gemilang haruslah dikibarkan dengan penuh semangat dan
dihormati sebagai sesuatu yang suci. Kita tidak harus membenarkan bendera negara
dipijak, dibuang atau dibakar sebaliknya harus berbangga bahawa Jalur Gemilang sedang
berkibar di tiang bendera tertinggi di dunia. Kita juga harus berdiri tegak semasa
menyanyikan lagu negaraku, menghayati liriknya dan menyanyikannya dengan penuh
bersemangat. Kita juga harus menjaga dan mempertahankan maruah dan kemerdekaan
negara. Sejarah negara kita juga turut amat membanggakan kerana kita memperolehi
kemerdekaan tanpa pertempuran atau pertumpahan darah.

Seseorang rakyat haruslah sentiasa bersifat setia dan sayang akan negaranya.
Kita juga harus taat kepada raja dan pemimpin serta tidak mengkhianati negara.
Pengkhianatan terhadap negara merupakan perbuatan yang tidak dapat dimaafkan. Kita
harus menjaga dan mempertahankan maruah dan bangsa negara dengan bersedia
berkorban apa sahaja untuk mempertahankan maruah dan kemerdekaan negara. Kita juga
harus sentiasa peka terhadap isu dan masalah tentang bangsa dan negara serta cara
mengatasinya.

Semangat kekitaan juga amat penting dalam mengekalkan perpaduan di sesebuah
negara. Semangat kekitaan dapat diamalkan dengan memupuk amalan bertolak ansur dan
bertoleransi antara masyarakat. Kita haruslah sanggup bertolak ansur, sabar, dan
mengawal diri demi mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham demi
kesejahteraan hidup. Sifat bersatu-padu antara masyarakat yang berbilang kaum amat
penting untuk mewujudkan keharmonian dan semangat berjuang untuk negara, bukannya
untuk bangsa atau kaum sendiri. Kita harus sentiasa hormat-menghormati antara satu sama
17

lain tanpa mengira kedudukan, bangsa atau agama. Kita tidak berhak mengkritik atau
mengutuk adat resam dan kepercayaan kaum lain.

Selain itu, sifat berdisiplin juga amat penting dalam memupuk perpaduan.
Peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan haruslah dipatuhi untuk
kesenangan semua pihak. Seseorang rakyat haruslah berakhlak dan berbudi pekerti mulia
untuk membolehkan berinteraksi dengan mudah. Rakyat yang peramah dan berakhlak
sudah tentu dapat meningkatkan reputasi negara. Kita haruslah berkelakuan sopan supaya
tidak dilabelkan sebagai rakyat yang biadap atau kurang ajar. Seseorang rakyat juga
haruslah mempertahankan serta menjunjung Perlembagaan Negara untuk mewujudkan
keamanan dalam negara. Rakyat yang bersifat amanah dan jujur akan dipercayai oleh
orang lain dan ini akan membawa perpaduan antara rakyat.

Seterusnya, rakyat juga harus berusaha dengan gigih dan bersifat produktif untuk
memajukan negara. Rakyat yang rajin dan gigih dapat meningkatkan prestasi ekonomi
negara dan taraf hidup mereka. Mereka harus bersifat berdikari dalam mengusahakan
sesuatu tanpa bergantung kepada bantuan kerajaan pada setiap masa. Rakyat juga harus
tabah menerima sesuatu cabaran atau pembaharuan dalam negara tanpa menjejaskan
perpaduan negara. Misalnya apabila berlakunya Kegawatan Ekonomi 1998, rakyat Malaysia
telah bersatu-padu demi menghadapi cabaran yang dihadapi dan bergabung tenaga untuk
memajukan ekonomi negara semula. Kita haruslah bekerjasama untuk memghadapi apa jua
cabaran dalam negara dan setiasa memastikan wujudnya perpaduan di kalangan rakyat.

Justeru, aktiviti kemasyarakatan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan bukan
kerajaan perlu diberi perhatian. Bagi memastikan perpaduan terus berkekalan,
Jawatankuasa Komuniti taman-taman perumahan boleh merancang dan melaksanakan
aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan taman. Sebagai contohnya, aktiviti ini bukan
sahaja menggalakkan ahli masyarakat menyingsing lengan membersihkan longkang,
mengutip sampah dan menanam pokok bunga malah memberi peluang kepada mereka
untuk bersemuka, bertegur sapa dan saling memahami hati budi antara satu sama lain.
Dengan ini, perpaduan kaum merupakan wadah penting kepada kesejahteraan masyarakat
sama ada pada peringkat global dan glokal akan dapat dimantapkan.

18

Seterusnya, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan telah mengadakan
sambutan secara meriah untuk meraikan perayaan kaum dan agama di negara. Sambutan
tersebut telah diadakan di peringkat kebangsaan dan melibatkan segenap lapisan
masyarakat. Sambutan ini yang dikenali sebagai Rumah Terbuka Malaysia yang diadakan
di beberapa lokasi utama di negara ini. Oleh hal yang demikian, perhimpunan perpaduan
seumpana ini bukan sahaja dapat memupuk perpaduan malah dikagumi oleh pelancong
asing seantareo pelosok dunia. Justifikasinya, Rumah Terbuka Malaysia yang diadakan
setiap tahun dapat mewujudkan keamanan dan kemakmuran rakyat untuk meneruskan
kehidupan di negara ini.

Secara kesimpulan, kehidupan manusia bukanlah sekadar memerlukan angin,
hujan, makan, dan minum sahaja. Kehidupan kita akan terus bermakna jika kita bebas ke
mana-mana sahaja, bebas bekerja dan bebas mengemukakan pendapat. Lantaran itu,
untuk mengecapi kebebasan ini, perpaduan yang ada perlu dikekalkan dan terus
dimantapkan. Dengan itu, semua pihak haruslah bermuafakat untuk terus mengekalkan
perpaduan negara kerana membina perpaduan memakan masa puluhan tahun tetapi
meranapkannya akan mengambil masa sehari.

5.0 Penutup

Sejak Negara kita mencapai kemerdekaan sejak 57 tahun lalu, banyak cabaran
dan dugaan yang telah dilalui oleh negara dan yang paling utama diantaranya adalah
mewujudkan perpaduan dikalangan kaum yang pelbagai ini. Peristiwa hitam 13 Mei 1969
haruslah diambil sebagai pengajaran dalam mewujudkan persepakatan diantara kaum.
Semua masyarakat haruslah berganding bahu dalam membantu mewujudkan Negara yang
harmoni.

Hubungan etnik yang mantap sangat perlu dalam kalangan rakyat sesebuah
negara yang mempunyai kepelbagaian dari segi agama, bahasa, budaya dan etnik.
Persoalan hubungan etnik, perpaduan dan integrasi amat penting bagi
mewujudkan kestabilan politik dan seterusnya pembangunan negara berjalan rancak
tanpa sebarang gangguan. Perpaduan dan Integrasi penting supaya tenaga negara dapat
disalurkan kepada memajukan negara daripada digunakan untuk menyelelsaikan masalah
yang wujud daripada kepelbagaian etnik.
19

6.0 Rujukan

1. Ramlah Adam, 'Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra'. Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2004.

2. Buku teks: Perkembangan Hubungan Etnik Di Malaysia: Nafisah Kamariah bt.
Hj. Ismail, Mohamad Khadafi b. Hj. Rofie, Nor Hanani bt. Ismail & Ghafirah b.t
Idris.

3. Tunku Abdul Rahman Putra, '13 Mei - Sebelum dan Selepas'. [1]

4. Leon Comber, "13 May 1969, A Survey of Sino-Malay Relations",Heinemann

5. http://c4-bmpengurusan.blogspot.com/

6. http:wordpress.com/tirai-kemerdekaan-negara/dari-tanah-melayu-ke-penubuhan-
malaysia/konflik-etnik-dan-ras/

7. http://www.slideshare.net/jass388/peristiwa-13-mei

8. http://www.angelfire.com/on2/ulchelah/MASALAH13MEI.html

9. http://www.scribd.com/doc/21216903/Pengajian-Malaysia

Vous aimerez peut-être aussi