Vous êtes sur la page 1sur 3

TEATER PEMBACA

PERANAN TUN PERAK


WATAK TEKS
Murid 1
Nenek
( pencerita/penglipur
lara)
Bendahara Tun Perak memainkan peranan penting dalam
mendaulatkan kegemilangan dan keagungan Kesultanan
Melayu Melaka. Ciri-ciri kepimpinan Bendahara Tun Perak
yang berpandangan jauh, bijaksana, bertanggungjawab,
bermuafakat, taat dan setia.
Murid 2
Sultan Melaka
Beta berasa sungguh bangga mempunyai seorang bendahara
yang berpandangan jauh, bijaksana, taat dan setia seperti
Bendahara Tun Perak. Bendahara adalah penasihat beta
dalam pentadbiran. Bendahara Tun Perak juga cekap
menggubal dasar-dasar kerajaan.
Murid 3
Bendahara Tun Perak
Menjunjung kasih tuanku. Patik hanya menjalankan tugas-
pentadbiran atas arahan tuanku. terutama jika tuanku gering
ataupun keluar negara.
Murid 1
Nenek
( pencerita/penglipur
lara)
Bendahara Tun Perak mentadbir Melaka dengan penuh
amanah ketika Sultan Mansur Shah dan rombngan baginda ke
Majapahit atas urusan rasmi.
Bendahara mengukuhkan Kesultanan Melayu Melaka sebagai
pusat perdagangan.
Murid 4
Pedagang
Bendahara Tun perak banyak menyediakan gudang dan
rumah tumpangan bagi menarik pedagang untuk singgah di
Melaka.
Bendahara menyediakan petempatan pedagang asing seperti
saya di sekitar pelabuhan Melaka.
Bendahara juga melantik kapitan bagi pedagang asing untuk
mengawal aktiviti seharian kami.
Murid 1
Nenek
( pencerita/penglipur
lara)
Bendahara Tun Perak telah menjalinkan hubungan
antarabangsa dengan Negara China dan Siam. Bendahara
sedar kepentingan hubungan ini boleh menjamin kedaulatan
Kesultanan Melayu Melaka.
Siam tidak lagi menyerang Melaka. Siam membekalkan kayu
jati dan beras kepada rakyat Melaka.
Murid 5
Orang kampung

Betul kata nenek. Patik amat gembira dan menyanjungi
bendahara. Bendahara melaksanakan tugas dengan penuh
tanggungjawab.
Bendahara Tun Perak mencadangkan pewaris tahta,
pengganti Sultan apabila Sultan mangkat.
Bendahara Tun Perak pernah mencadangkan Sultan Mahmud
Shah dilantik menjadi Sultan Melaka.
Murid 6
Ulama
Bendahara Tun Perak membantu perkembangan agama Islam.
Bendahara menggalakkan kehadiran ulama ke Melaka dan
menasihati Sutan supaya memerintah negara mengikut ajaran
Islam.
Bendahara mengamalkan sikap merendah diri.
Murid 1
Nenek
( pencerita/penglipur
lara)
Nampaknya, banyak betul peranan Bendahara Tun Perak
dalam mendaulatkan kegemilangan Kesultanan Melayu
Melaka. Kehebatan dan sikap bendahara ini perlu kita jadikan
contoh dan tauladan dalam usaha kita menjadikan negara
maju, aman dan sejahtera.

Vous aimerez peut-être aussi