Vous êtes sur la page 1sur 2

Program 5 minit

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN


MALAYSIA 2013 2025
Oleh : Mohd Nizal Bin Abd Manap
Tarikh/Masa: 10 Ogos 2014 / 8.10a.m - 8.15a.m

Aspirasi Ketiga: Ekuiti
Ekuiti: Sistem pendidikan berprestasi tinggi
menyediakan pendidikan yang terbaik kepada
setiap kanak-kanak tanpa mengira kedudukan
geografi, gender atau latar belakang
sosioekonomi. Kementerian berhasrat untuk
merapatkan lagi jurang pencapaian antara
murid bandar dengan luar bandar, tahap
sosioekonomi dan pencapaian antara gender
sehingga 50% menjelang 2020.
Selain itu, jurang pencapaian antara
murid bandar dengan luar bandar, tahap
sosioekonomi dan pencapaian antara
gender sehingga 50 peratus menjelang 2020
juga diharap dapat dirapatkan serta
menjana suatu sistem pendidikan yang
memberi peluang kepada murid berkongsi
pengalaman berinteraksi dengan pelbagai
etnik bagi memperkukuh asas perpaduan
rakyat.

SASARAN KEBANGSAAN 2015

KPI SASARAN 2015 IMPAK KEPADA
RAKYAT

- EKUITI
Saiz Jurang
pencapaian Bandar
/ luar bandar


25%
Pengurangan

Kesamaratan
pembelajaran
sama ada di
bandar atau luar
bandar.


MAKLUMAT TAMBAHAN PEPERIKSAAN

Soalan UPSR dan SPM

Sebanyak 40 peratus soalan peperiksaan Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan 50
peratus soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
akan berbentuk pemikiran aras tinggi menjelang
2016.

Perubahan dalam reka bentuk peperiksaan itu
bermaksud guru tidak lagi perlu meramal soalan
dan topik yang akan diuji dan melaksanakan
latih tubi bagi mengingati kandungan pelajaran.

"Sebaliknya murid akan dilatih untuk berfikir
secara kritis dan mengaplikasi pengetahuan
dalam situasi berbeza," demikian menurut
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025.

Pelan itu dilancarkan oleh Timbalan Perdana
Menteri merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri
Muhyiddin Yassin di sini hari ini.

Dalam menerapkan kemahiran berfikir aras
tinggi, kurikulum peperiksaan dan pentaksiran
untuk mata pelajaran Sains, Teknologi,
Kejuruteraan dan Matematik (STEM) juga akan
dikaji semula.

Untuk itu, murid akan mendapat tambahan
masa pengajaran dan penekanan terhadap
aplikasi pengetahuan yang praktikal melalui
amali makmal dan pembelajaran berasaskan
projek, khusus bagi mata pelajaran Sains dan
Matematik.

Dalam usaha memastikan setiap murid
menguasai kemahiran bahasa Inggeris,
Kementerian Pendidikan menetapkan bahasa
Inggeris sebagai kertas wajib lulus di peringkat
SPM bermula 2016.

Vous aimerez peut-être aussi