Vous êtes sur la page 1sur 12

TAMADUN

Malaysia sebuah negara yang unik dari segi populasi dan komposisi kaum. Kaum-
kaum utama yang menyemarakkan perkembangan dan pembangunan Malaysia ialah Melayu,
Cina, dan India. Walaupun begitu masyarakat Malaysia dapat hidup dengan harmoni, aman, dan
damai. Konsep 1 Malaysia, `Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang diperkenalkan
oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak merupakan
satu cara yang sangat bijak bagi menangani masalah jurang antara kaum yang pernah berlaku
pada sedikit masa dahulu. Buktinya, seruan oleh beliau ini mendapat reaksi positif dan sambutan
yang menggalakkan daripada seluruh rakyat Malaysia. Rata-rata berpuas hati dengan konsep
yang diwujudkan ini bersesuaian dengan objektifnya sendiri yang melambangkan visi negara
untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cinta akan negara
berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara selain dari mencerminkan rakyat
Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi
untuk membina satu Negara Bangsa.
Masyarakat kita pada hari ini sudah membangun dan boleh dianggap
lebihbertamadun berbanding dahulu. Buktinya melalui konsep tamadun dari sudut pandangan
Islam yang merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah. Ini bermaksud sesebuah
masyarakat mahupun negara akan dianggap bertamadun sekiranya terdapat banyak
pembangunan yang dicipta dan bersifat maju dari setiap aspek seperti ekonomi, ilmu
pengetahuan, masyarakat, pekerjaan dan banyak lagi. Menurut tokoh,Ibnu Khaldun,beliau
melihat dari aspek kehidupan bandar. Ibnu Khaldun merupakan orang pertama yang membuat
kajian khusus tentang tamadun pada kurun ke-14 dalam bukunya al-Muqaddimah li Kitab al-'ibar
wa Diwan al-Mabtada' wa al-Khabar fi Ayyam al-'Arab wa al-'Ajam wa al-Barbar. Beliau
menggunakan perkataan 'umran sebagai merujuk kepada 'tamadun' yang kita fahami sekarang.
Umran memberi pengertian kawasan tanah di mana sekumpulan masyarakat yang tinggal
menetap di suatu tempat itu dalam keadaan yang berkembang subur lagi makmur. Menurut
seorang lagi tokoh iaitu, Syed Naquib al-Attas tamadun bererti pencapaian tahap tatasusila yang
tinggi dan kebudayaan luhur sesebuah masyarakat. Terdapat banyak lagi istilah bahasa Arab
yang merujuk kepada makna tamadun seperti madana, madain, mudun dan hadarah. Dari sudut
pandangan Barat pula, tamadun berkaitan dengan pembangunan lahiriah seperti aspek
kebudayaan penulisan undang-undang,kesenian,dan perbandaran. Pencapaian lahiriah ialah

kemajuan sesebuah masyarakat manakala pembangunan lahiriah ialah proses perkembangan
tamadun. Menurut bahasa Greek, perkataan civilization bererti bandar yang turut berkaitan
dengan makna tamadun.
Terdapat pelbagai ciri untuk menentukan sejauh mana ketamadunan itu mencapai
tahapnya. Ciri asas yang pertama ialah kewujudan penempatan di sesebuah
kawasan yang disatukan membentuk kota,bandar,madinah atau kepolisan. Penempatan yang ada
membuktikan kewujudan sesebuah masyarakat sekaligus menjadikannya sebuah tempat dan
masyarakat yang bertamadun. Ciri yang kedua ialah kewujudan sistem perundangan yang teratur
dan sistem nilai serta moral untuk mengatur perlakuan dan tindak tanduk masyarakat dalam
kehidupan. Melalui sistem perundangan, seseorang individu dapat dibentuk akhlaknya sekaligus
menjadikannya mencapai tahap individu yang bertamadun dengan memaparkan nilai-nilai
perilaku yang tinggi dan terpuji. Ciri yang ketiga ialah peningkatan kualiti kehidupan yang lebih
sempurna berbanding sebelumnya dan peningkatan jangka hayat kehidupan yang lebih stabil.
Ciri seterusnya ialah kewujudan sistem organisasi dan institusi social dalam bidang
politik,pentadbiran,ekonomi dan pendidikan yang sempurna dan teratur. Sistem organisasi ini
memudahkan pengurusan sesebuah masyarakat supaya lebih terjaga dan terjamin selain dari
menjadikan kehidupan berorganisasi lebih teratur. Ciri yang kelima pula ialah kemunculan satu
bahasa atau beberapa bahasa yang serumpun dengan satu sistem tulisan yang menjadi
perantaraan komunikasi. Kominukasi juga penting dalam melahirkan masyarakat bertamadun
kerana dengan adanya komunikasi, menjadikan masyarakat lebih mudah untuk berinteraksi dan
menjadikan diri lebih bertamadun. Ciri tamadun yang terakhir ialah peningkatan daya reka cipta
dalam penciptaan teknologi dan pembinaan bagi menyempurnakan lagi keselesaan kehidupan.
Buktinya kini, kita lebih bertamadun melalui penciptaan pelbagai jenis alat teknologi dan
pembinaan.
Tamadun Islam berkisar di sebalik tiga istilah utama iaitu umran, hadarah, madaniyyah.
Tamadun Islam bermaksud pencapaian manusia dalam bidang kerohanian dan kebendaan yang
berpusat di kota dalam bentuk seni bina, ilmu pengetahuan, sains, teknologi, kepercayaan,
undang-undang dan sebagainya yang berasaskan kepada akidah, syariah dan akhlak
bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Terdapat lima sumber bagi tamadun Islam iaitu pertama,
Al-Quran, sebuah mukjizat yang menerangkan tatacara bagaimana manusia yang diamanahkan
oleh Allah SWT sebagai khalifah bagi membentuk serta mentadbir alam sejajar dengan

kehendak Allah SWT.. dan kedua, hadis, menjelaskan dan menerangkan perkara berkaitan
perintah dan larangan Allah SWT di dalam Al-Quran. Sumber ketiga ialah ijmak,qiyas,istihsan,
keempat melalui akal fikiran dan terakhir, penemuan baru. Tamadun Islam berkembang pada
mulanya di Mekah. Ia bermula setelah runtuhnya Empangan Maarib di Sabak sehingga turun
wahyu pertama bernula dari tahun 300 Masihi sehingga 610 Masihi iaitu selama 310 tahun.
Islam semakin giat disebarkan selepas kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. yang berketurunan
pemimpin Mekah. Terdapat dua cara penyebaran Islam di Mekah iaitu melalui rahsia dan secara
terbuka. Ada yang dapat menerima dan tidak kurang juga yang menentang. Kedatangan Islam ke
Asia Tenggara mempunyai tiga teori. Teori pertama dikemukakan oleh John Crawford dan
disokong oleh Profesor Syed Muhammad Naquib Al-Attas yang menyatakan Islam datang dari
Semenanjung Tanah Arab. Teori kedua datang dari China oleh Emanuel Gadinho dan
S.Q.Fatimi. Teori ketiga dikemukakan oleh Snouck Hurgronje yang menyatakan Islam datang
dari India. Kesemua teori ini mempunyai bukti masing-masing. Perkembangan Islam di Asia
Tenggara tersebar melalui tujuh cara iaitu perdagangan, perkahwinan, pengislaman raja dan
golongan bangsawan, kelahiran kerajaan Islam, peranan pusat kebudayaan, peranan mubaligh
dan terakhir ialah keistimewaan Islam itu sendiri.
Tamadun China merupakan salah satu tamadun yang tertua di dunia. Tamadun China
bermula di Huang Ho (utara) dan Yangtze (selatan). Budaya yang lahir di dua kawasan ini
dikenali sebagai The Painted Culture dan The Black Pottery Culture. Pada zaman permulaan
tamadun China, beberapa dinasti telah muncul seperti Hsia, Shang dan Chou. Pada masa ini,
sistem pemerintahan beraja feudal menjadi amalan manakala peperangan merupakan ciri utama
pada tahap ini. Pada masa tersebut juga, telah muncul falsafah Confucious, Taoisme, Legalisme
dan The Hundred Schools of Thought. Selepas itu, muncul zaman pertengahan ataupun dipanggil
zaman keagungan. Tahap ini bermula dengan Dinasti Chin, Han dan Tang. Tahap ini juga
dikenali sebagai zaman keemasan dalam tamadun China kerana pencapaiannya dalam pelbagai
bidang seperti sains, kesusasteraan, pentadbiran, agama dan sebagainya. Kemudian muncul
zaman peralihan dimana merujuk kepada kedatangan atau pencerobohan orang Gazar ke atas
China. Pasa masa ini, negara China buat pertama kalinya diperintah oleh orang luar. Pada abad
ke-13, China ditakluk oleh orang Monggol pada masa pemerintahan Dinasti Song. Zaman
terakhir pada tamadun China ialah zaman moden yang memperlihatkan zaman cabaran kepada
China. Pada masa tersebut, pengaruh barat telah meresap ke dalam tamadun China. Akhirnya,

pada 1893 sehingga 1842, China telah dikalahkan oleh Barat dalam Perang Chandu. Kemudian
Barat telah memperkenalkan konsep ``Most Favored Nation. Tidak lama kemudian, China
telah mengadakan pemulihan negara dengan melancarkan ``Gerakan Menguatkan Diri pada
tahun 1861 sehingga 1895 dan ``Reformasi Seratus Hari pada 1898 tetapi gagal.
Tamadun India mempunyai tiga tahap perkembangan iaitu zaman kino, zaman
pertengahan, dan zaman penjajahan Barat. Zaman pra sejarah di India dikesan berlaku sejak
100,000 s.m. di benua Lumeria di Selatan India. Antara 10,000 hingga 6,000 s.m. wujud
penempatan manusia di kawasan Kartanaka dan Lembah Ganges di bahagian tengah India.
Sekitar 3,000 s.m. penemuan kesan-kesan tamadun Lembah Indus yang merangkumi kawasan-
kawasan Mohenjodaro di daerah Montgomery. Penemuan arkeologi membuktikan masyarakat di
Lembah Indus sudah mencapai tamadun yang tinggi. Zaman kuno pada tamadun ini bermula
pada 1500 sebelum Masihi sehingga 1200 Masihi. Ianya menyaksikan kedatangan orang Aryan
dari Asia Tengah dan menguasai beberapa bahagian di India seperti Lembah Ganges-Jamuna-
Doab. Penguasaan orang Aryan ini dikenali sebagai zaman Vedile. Zaman ini pula dibahagikan
kepada dua zaman iaitu Vedile Awal (1500 s.m. 100 s.m) dan Vedile Akhir (1000 s.m. 500
s.m.) Interaksi antara orang Aryan dengan penduduk tempatan melahirkan budaya Indo-Aryan.
Pada tahun 321 s.m. muncul pula Dinasti Maurya diasaskan oleh Chandragupta Maurya dan
dibantu oleh anaknya Asoka. Mencapai kegemilangan dalam pelbagai bidang dan yang lebih
penting dalam perkembangan agama Buddha dan Jainism. Pada tahun 320-520 s.m. muncul pula
Empayar Gupta yang terkenal dengan perkembangan kesusasteraan Hindu dan seni bina kuil.
Pada masa ini juga lahir kerajaan-kerajaan kecil seperti Chera, Cola dan Pandhya. Bagi zaman
pertengahan pula, dikenali sebagai zaman Islam di India. Kemasukan Islam telah melahirkan satu
tamadun yang lebih cemeralang. Kerajaan Islam yang terkenal ialah kerajaan Sabaktaqin, Ghori,
Khilji dan Mughal. Peringkat terakhir ialah Zaman Penjajahan Barat (mulai 1750). Kuasa Eropah
yang paling awal tiba di India ialah Portugis (1498) di bawah Vasco da Gama. Kedatangan
mereka kerana kepentingan perdagangan, politik, dan agama kristian. Kedatangan penjajah ini
telah membawa masyarakat India menerima pengaruh pemodenan dan budaya barat seperti
agama Kristian, bahasa Inggeris dan cara hidup barat.
Terdapat perbezaan dan persamaan di antara tamadun. Persamaan dan perbezaan dapat
dilihat dalam konteks wujudnya budaya dan nilai-nilai sejagat yang berkongsi bersama antara
manusia di dalam sesebuah tamadun. Ini kerana dalam sesebuah tamadun, nilai-nilai dan budaya

kesejagatan ini diamalkan oleh masyarakat sebagai budaya dan nilai hidup masing-masing.
Dalam memperkatakan tentang tamadun juga adalahlebih mudah mencari perbezaan dan
perbezaan masing-masing. Perbezaan dan persamaan antara tamadun boleh dilihat dari aspek-
aspek yang berbeza antaranya ialah alam sekitar, kekeluargaan dan kemasyarakatan, idea
intelektual, teologi dan pendidikan.
Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kompenan yang sewajarnya hidup dengan
manusia. Oleh itu, kebanyakan tamadun bersetuju alam sekitar penting dan perlu dijaga untuk
manusia hidup di dunia seperti dalam Tamadun Cina ajaran Konfucianisme menyatakan adalah
penting bagi manusia menjaga keharmonian alam sekitar dengan tidak melakukan sesuatu yang
merosakkan unsur alam kerana ia akan menjejaskan sistem kehidupan secara keseluruhannya.
Dalam Tamadun Islam pula, ajaran islam menjelaskan tentang kepentingan alam sekitar kerana
kurniaan Allah S.W.T yang dapat digunakan untuk faedah dan kepentingan kehidupan manusia.
Malah tugas manusia sebagai khalifah Allah S.W.T di muka bumi ini adalah untuk mentakbir ala
mini dengan sebaiknya. Tidak ada perbezaan yang didapati tentang kepentingan menjaga alam
sekitar ini. Semua tamadun bersetuju untuk menjaga alam sekitar dengan baik. Namun yang
mungkin berbeza adalah masyarakat setiap tamadun dari segi ketelusan untuk menjaga alam
sekitar berdasarkan masyarakat setiap tamadun. Ini kerana ada masyarakat tamadun yang
sanggup merosakankan alam sekitar dengan kerakusan mereka mencipta kemodenan.
Dari segi kekeluargaan dan kemayarakatan pula, semua tamadun menitikberatkan
pembinaan nilai dan etika yang baik dalam sebuah masyarakta yang bertamadun dan ianya
bermula daripada institusi kekeluargaan. Dalam Tamdun Cina,keluarga merupakan unit asas.
Ajaran Konfusianisme yang menjadi asas kepada Tamadun Cina memberi penekanan penting
kepada hubungan kasih sayang dan hirarki kuasa dalam hubungan sesama manusia. Bagi ajaran
ini, kasih sayang antara manusia ini kan mewujudkan ketenteraman dan harmoni. Kesetiaan dan
pertalian yang erat juga merupakan konsep kekeluargaan yang penting. Melalui konsep li
menekankan lima jalinan khusus iaitu hubungan maharaja dengan rakyat, hubungan bapa dengan
anak, hubungan abang dengan adik, hubungan suami dengan isteri dan hubungan kawan dengan
kawan. Dalam Tamadun Islam juga memberi kepentingan kepada keluarga. Islam memberi
panduan pembentukan keluarga sejak dari peringkat asas lagi bagi membentuk keluarga yang
diingini. Setiap individu mesti memahami tanggungjawab dan hak-hak berikut, hak dan
tanggungjawab suami, hak dan tanggungjawab isteri, hak dan tanggungjawab bapa, hak dan

tanggungjawab ibu, hak dan tanggungjawab anak. Dalam Tamadun India turut mementingkan
kekeluargaan dan kemasyarakatan. Pembinaan keluarga mempunyai matlamat untuk membentuk
system sokongan yang berbentuk fizikal dan kerohanian disamping dapat penerus zuriat.
Idea intelektual yang lahir oleh golongan intektual dalam sesebuah tamadun juga ada
persamaan dan perbezaan tertentu. Dalam Tamdun Cina, tokoh falsafah Kung Fu Tze telah
memperkenalkan Kod 17 melalui ajaran konfinianisme sebagai satu kod etika atau panduan
bagimelahirkan pemimpin yang baik dan bertanggunngjawab. Tokoh islam dari Tamadun Islam
seperti Abu Nasir al-Farabi atau al-Ghazali turut mempunyai idea melahirkan kerajaan yang baik
dan bertanggungjawab. Menurut Abu Nasir al-Farabi dalam bukunya Madianah Al-Fadhilah
telah menggariskan cara-cara seharusnya pemerintah memainkan peranan bagai mewujudkan
sebuah pemerintahan yang baik melalui sikap pemimpin yang telus, jujur, dan bertaqwa pada
Allah S.W.T. sebagai syarat penting kepada kewujudan kerajaan yang diingini. Dalam Tamadun
India, Kautilya turut membincangkan cirri-ciri kepimpinan yang saksama dan adil.
Terdapat juga persamaan dan perbezaan dari sudut teologi bagi tamadun-tamadun ini.
Teologi adalan aspek tamadun spiritual yang penting bagi sesebuah masyarakat. Kepercayaan
kepada tuhan merukan pegangan setiap agama. Semua agama membincangkan mengenai konsep
monoteisme. Namun demikian, manisfestasi konsep monoteisme Kristian, Yahudi, Hinduis dan
Islam adalah berbeza. Semua agama dikembangkan oleh nabi-nabi yang mendapat wahyu dari
Allah S.W.T. kecuali agama hinduis. Agama Hinduis agak kabur dan tidak mempunyai
pengasas ataupun nabi. Agama yang ada nabi mempunyai persamaan tentang konsep hidup
selepas mati dan balasan diakhirat,konsep syurga, neraka, hari perhitungan dan pembalasan juga
sama. Sementara itu, Buddhisme bukanlah satu doktrin agama ataupun metafizik tetapi
merupakan sebuah ajaran moral dan etika. Disamping itu wujud juga perbezaan antara agama
Hindu dengan Buddhisme seperti konsep reinkarnasi ataupun penjelmaan semula kerana konsep
ini hanya terdapat dalam agama Hindu. Asalnya konsep ini hanya digunakan untuk penjelmaan
dewa-dewa Hindu tetapi perkembangan sejarah Hindu kini memperlihatkan bahawa konsep ini
juga dikaitkan dengan manusia.
Pendidikan umumnya memperlihatkan kemajuan sesebuah masyarakat bertamadun. Ini
kerana penghasilan artifak yang maju dan terkini oleh sesebuah tamadun itu bergantung kepada
sejauhmana masyarakat dalam tamadun itu mengusai ilmu pengetahuan. Oleh itu semua tamadun
mementingkan pendidikan kerana ia juga melambangkan peribadi seseorang individu. Dalam

Tamadun Islam konsep tauhid memainkan peranan penting dalam transformasi manusia.
Manakala dalam ajaran Hindu transfomasi sifat dapat dicapai melalui proses mencari diri sendiri.
Secara konklusinya jelas terdapat perbezaan dan persamaan dalam setiap tamadun.
Seharusnya kita perlu menanam dan menjadi pendorong untuk kita bersikap lebih menghormati,
bekerjasama, bertoleransi kea rah kewujudan keamana dan kesejahteraan manusia di dunia ini.
Ini kerana dengan mengetahui persoalan-persoalan dasar berkaitan dengan ilmu ketamadunan
memberi peluang kepada semau manusia untuk berinteraksi secara positif ke arah kehidupan
yang lebih pada masa akan datang
Interaksi bermaksud hubungan, pertamuan, komunikasi dan lain-lain yang berlaku antara
kelompok, masyarakat dan seterusnya negara. Interaksi antara tamadun berlaku bertujuan untuk
mengurangkan kekurangan dan meningkatkan kelebihan supaya tamadun menjadi lebih stabil
dan semakin membangun. Setiap tamadun mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-
masing. Jadi, melalui interaksi antara tamadun pada peringkat perkongsian nilai, pemikiran,
institusi dan keinsanan dapat memastikan kelansungan tamadun masing-masing. Bersikap
terbuka dan menerima sebarang perubahan dari pengaruh tamadun lain sebenarnya akan
memastikan kesimanbungan dan kelansungan sesebuah tamadun itu.
Antara contoh-contoh interaksi dalam Malaysia ialah bahasa, kesenian, kebudayaan, dan
kesusasteraan. Interaksi antara tamadun wujud berdasarkan faktor kepimpinan, peranan dari para
ulama, geografi, perkahwinan, perdagangan, dan misi politik.Kewujudan interaksi seperti ini
dilihat telah melahirkan kesan-kesan positif dan negatif. Tamadun yang wujud di Malaysia pada
hari ini adalah hasil daripada interaksi yang wujud di sepanjang sejarah dari dulu hingga kini.
Interaksi antara tamadun yang berlaku dari pelbagai aspek telah membangunkan tamadun di
negara kita membentuk sebuah tamadun yang berjaya.
Terdapat beberapa kesan positif daripada interaksi antara tamadun di Malaysia dari sudut
bahasa dan membentuk istilah-istilah lain dalam bahasa Melayu telah meningkatkan
pertambahan bahasa dan kosa kata Melayu dalam pelbagai aspek. Contohnya istilah yang wujud
yang diambil dari bahasa Cina ialah mesua, cincau, taugeh, kuaci, kucai, tauhu, kine am (sayur
kering), lai (buah), tocang, kekwa (bunga), gincu, tahil, angklong, candu, pangkin, loceng,
sampan, beca, sempua, cawan, tekoh, dacing, taukeh, mahjong. Terdapat juga istilah dalam
bahasa Melayu yang diambil dari hasil interaksi dengan tamadun India. Antaranya ialah, bhumi
(bumi), bhasa(bahasa), nagaram(negara), danda (denda), dan akasah(angkasa). Terdapat juga

istilah yang telah digunakan yang berasal dari interaksi antara tamadun Malaysia dengan
tamadun islam iaitu iman, taubat, solat, redha, fikir, akhir dan faham. Hasil gabungan daripada
istilah-istilah tersebut telah meningkatkan pertambahan bahasa dan kosa kata Melayu dalam
pelbagai aspek. Jika bahasa Melayu tidak menerima istilah dari bahasa yang lain, maka bahasa
Melayu mengalami kelemahan dalam merujuk sesuatu benda seperti bahasa atau perkataan
dalam bidang ilmu.
Selain daripada itu, interaksi antara tamadun juga telah menyumbangkan kesan posotif
dari sudut kebudayaan, adat resam dan hiburan. Contoh kesan interaksi antara tamadun Melayu
dan India telah mewujudkan amalan seperti wanita hamil perlu membawa pisau bagi melindungi
diri dari semangat jahat dan prinsip ini mempunyai persamaan dengan tamadun India yang
membawa pisau bertujuan untuk mengelakkan dari sihir atau hantu-hantu yang jahat. Selain itu,
dari sudut hiburan terdapat persamaan antara tamadun Melayu dengan Tamadun India seperti
ronggeng, boria, wayang kulit dan mak yong. Selain itu, interaksi dari sudut kebudayaan dan
kesenian dengan tamadun Cina dengan ketara dapat dilihat melalui wujudnya komuniti Baba dan
Nyonya. Baba dan Nyonya menetap kebanyakannya di Melaka sejak awal kurun ke-17. Selain
itu, seni bina masjid seperti masjid Tanjung Kling dan Masjid tengkera mempunyai ukiran yang
berbentuk seperti pagoda. Dalam bidang seni lukis dan kaligrafi dalam tamadun Melayu yang
menggunakan cat minyak adalah menyerupai dengan tamadun Cina. Kesan interaksi
kebudayaan,kesenian,adat resam dan hiburan ini telah memberi kesan positif seperti tamadun
Melayu menjadi lebih menarik,indah dan pelbagai.
Interaksi antara tamadun memberi kesan yang positif dengan semua dasar pendidikan
negara mengetengahkan aspek memupuk perpaduan dan kesepakatan antara masyarakat dalam
pendidikan seperti yang terdapat dalam penyata Barnes, penyata Fenn-Wu, Undang-undang
Pelajaran 1952, penyata Razak, penyata Rahman Talib, Dasar pendidikan Kebangsaan dan lain-
lain dasar berhubung isu pendidikan. Melalui interaksi sebegini dapat meningkatkan lagi
perpaduan antara kaum lain dan dapat juga mengelakkan berlaku persengketaan.
Dasar integrasi nasional yang diwujudkan adalah untuk membentuk identiti nasional
dalam kalangan kaum yang pelbagai dan berbeza dari segi kebudayaan, sosial, dan lokasi dalam
sesebuah unit politik. Pada 27 Oktober 1990,Malaysia telah menubuhkan Kementerian
Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat. Kementerian telah memberi kesan seperti

meningkatkan perpaduan masyarakat, membangunkan masyarakat orang asli,memajukan dan
membantu penglibatan wanita dalam pembangunan negara.
Bahasa Melayu merupakan alat perpaduan. Kesannya ialah bahasa Melayu akan
menggalakkan komunikasi antara kaum yang berbeza untuk berkomunikasi dan seterusnya akan
mengekalkan interaksi antara kaum terus berlaku. Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi
negara (perkara 152) dan digunakan dalam acara rasmi dan setiap individu tanpa mengira latar
belakang kaum mesti belajar menggunakannya.
Terdapat juga kesan negatif melalui interaksi antara kaum ini. Antaranya ialah berlaku
jurang perbezaan antara ekonomi. Semasa pemerintahan penjajah, mereka tidak mengambil berat
tentang kebajikan dan masalah rakyat tempatan. Malahan pihak penjajah lebih mementingkan
golongan imigran berbanding rakyat tempatan. Hal ini menyebabkan rakyat tempatan hidup
dalam kemiskinan dan kesusahan manakala golongan imigran hidup dalam kemewahan dan
kesenangan.
Antara kesan negatif lain terhadap interaksi antara tamadun di Malaysia ialah dari aspek
sosial, jurang perbezaan yang berlaku dalam sektor ekonomi turut mempengaruhi sosial.
Pengaruh daripada ekonomi moden telah menjadikan masyarakat Melayu peribumi dan struktur
masyarakat berubah kepada kompleks dan berkelas-kelas. Kesan negatif ini juga seperti
mewujudkan susun lapis dan kelas masyarakat yang berlandaskan lunas perkauman.
Kesan negatif yang lain juga adalah pencapaian yang tidak seimbang seperti yang
terdapat dalam bidang ekonomi dan pendidikan. Sistem pendidikan penjajah telah mewujudkan
sekolah mengikut kaum dan ditempatkan berasingan mengikut tempat tinggal masing-masing.
Pengasingan ini telah menyebabkan perpaduan antara kaum tidak berlaku dan mengelakkan dari
lahir semangat perpaduan dan nasionalisme serta patriotisme antara masyarakat. Selain
itu,pengasingan dari sudut pendidikan ini telah menyebabkan interaksi antara kaum kurang
berlaku seterusnya akan menyebabkan tamadun tidak membangun dan mundur. Hal ini,memberi
peluang kepada penjajah untuk terus berkuasa dan menakluki tanah Melayu. Sebagai rakyat
Malaysia, kita seharusnya berusaha gigih bagi mencapai yang terbaik untuk negara selain dari
mencurahkan setia dan bakti sebagai seorang rakyat yang sayang akan negara.
Hari ini pakar bidang sejarah menggelarkan zaman ini sebagai Zaman Dialog (The Age of
Dialogue yang menggantikan Zaman Monolog yang telah pun berlalu). Pertukaran ini berlaku
lantaran berlakunya anjakan paradigma yang diakibatkan oleh perkembangan sains dan teknologi

yang begitu pesat. Dalam konteks Barat juga dialog telah menjadi satu keperluan baru akibat
kesedaran yang muncul mengenai betapa pelbagainya masyarakat manusia di dunia ini dari segi
geografi, budaya dan agama. Dan seperti yang telah dijelaskan, kesedaran mengenai
kepelbagaian ini berlaku oleh sebab berkembangnya teknologi ICT dan teknologi transportasi
misalnya yang membuatkan dunia semakin kecil. Perkataan dialog ialah istilah bahasa Inggeris,
dialogue. Maksud perkataan tersebut ialah pertama, perbicaraan, perbualan, percakapan, kedua
pertukaran pendapat, dan ketiga tanya jawab. Berasaskan maksud tersebut, dialog boleh diertikan
sebagai suatu percubaan antara dua belah pihak yang berlainan pendapat, kepercayaan atau
pandangan untuk melakukan satu aktiviti pertukaran pendapat, dengan tujuan menambahkan
pengetahuan, meningkatkan kefahaman dan seterusnya membolehkan wujudnya sikap saling
memahami antara kedua-dua belah pihak. Perkataan peradaban pula didefinisikan sebagai
tamadun,keadaan serta tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani serta rohani bagi sesuatu
bangsa, masyarakat dan sebagainya, menurut Kamus Dewan keluaran tahun 2005. Justeru,
Dialog peradaban adalah suatu perbincangan yang dilakukan oleh dua pihak atau lebih, yang
mempunyai pandangan yang berbeza. Tujuan utamanya adalah untuk saling belajar antara satu
sama lain sehingga pihak masing-masing dapat mengubah pandangannya dan meningkatkan
kefahaman agamanya. Dialog bukanlah satu pendebatan.
Dialog peradaban amat penting untuk menjamin perkembangan tamadun yang harmoni di
Malaysia. Dalam konteks tamadun Malaysia, dialog antara budaya atau peradaban bertujuan
untuk menjelaskan asas-asas kewujudan budaya (the foundation of the way of being of the
participating cultures) yang mengambil bahagian di dalam pembinaan tamadun Malaysia
tersebut. Pada tahun 1999 di dalam The Islamic Symposium on Dialogue, negara-negara OlC
telah menerbitkan sebuah deklarasi mengenai dialog peradaban. Deklarasi ini telah diterima pula
sebagai satu resolusi semasa Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu yang telah
mengisytiharkan tahun 2001 sebagai tahun Dialog Antara Peradaban Sedunia. Di antara lain
deklarasi yang dikemukakan ke persada dunia oleh negara-negara Islam ini telah dipandu oleh
ajaran-ajaran dan nilai-nilai agama Islam mengenai kebolehan manusia, keadilan, toleransi,
meraikan kepelbagaian umat manusia serta peningkatan dialog untuk saling memahami
berdasarkan sifat saling menghormati. Justeru, dialog peradaban amat penting bagi menjamin
sesebuah masyarakat yang harmoni, lebih-lebih lagi Malaysia dimana rakyatnya berbilang kaum.
Dengan dialog peradaban, konflik dan pertembungan antara peradaban akan dapat di selesaikan.

Oleh sebab itu, langkah-langkah yang sistematik perlu dijalankan pada peringkat global dan
lokal untuk menerapkan nilai-nilai murni menerusi dialog antara peradaban. Sesungguhnya
perbezaan antara peradaban-peradaban bukanlah satu masalah tetapi satu peluang untuk kita
mendekati, mengenali, berinteraksi, bersefahaman dan bekerjasama serta bertoleransi membina
sebuah masyarakat yang aman dan harmonis.
Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa berdialog adalah satu tanggungjawab
bagi orang-orang Malaysia hari ini. Memahami hakikat ini YAB Perdana Menteri kita telah
menekankan betapa penting dan perlunya diadakan Dialog Antarabangsa sebagai satu-satunya
jalan mencari keamanan di dalam dunia yang dipenuhi kebencian, kecurigaan dan keganasan
khususnya selepas peristiwa September 11 tahun 2001. Beliau menekankan bahawa hanya
melalui dialog akan dapat ditanamkan rasa penghargaan, pemahaman dan penerimaan yang
sebenar akan hakikat pelbagainya peradaban, budaya dan agama di dunia ini di samping sebab-
sebab sebenarnya terorisme wujud. Satu aspek dialog peradaban Malaysia hari ini ialah usaha
mengadakan pelbagai seminar dan bengkel menjelaskan gagasan Islam Hadhari contohnya.
Dengan mengambil contoh daripada pucuk pimpinan kita, kita dapat melihat pelbagai pihak di
dalam negara telah mengatur langkah dan menjalankan program bagi menjayakan cita-cita murni
tersebut. Secara tidak langsung, hal ini dapat meningkatkan penghormatan terhadap konsep teras
tamadun Malaysia. Bersesuaian dengan objektif dialog peradaban menurut Laporan Persidangan
Antarabangsa, dialog peradaban penting bagi mewujudkan sikap saling memahami terhadap
nilai, norma, pengalaman sejarah dan realiti kebudayaan yang wujud. Selain itu, ianya penting
bagi melahirkan sikap toleransi terhadap pemikiran peradaban yang lain. Ini merujuk terhadap
aktiviti sedia mendengar dari peradaban orang lain. Seterusnya, bagi mewujudkan sikap lapang
dada dan keterbukaan terhadap pandangan semesta orang lain dengan akomodasi dalam
perspektif diri. Dengan itu, dialog peradaban dapat menghalang daripada terjadinya konflik di
peringkat antarabangsa, nasional dan peringkat tempatan melalui pengurangan kesalahfahaman
dan ketidakpercayaan. Ia juga mempunyai potensi yang sangat besar untuk menyelesaikan
ekonomi semasa dan masa depan, sosial dan masalah-masalah politik melalui perkongsian
pengalaman seterusnya dapat mencari penawar kepada pelaksanaannya.
Sebagai kesimpulannya, sesebuah tamadun sebenarnya bergantung kepada ciri-ciri dan
sikap sesebuah masyarakat yang dipamerkan selain daripada dasar pembangunan sesebuah
negara. Bagi mengekalkan ciri-ciri dan dianggap bertamadun, kita mestilah sentiasa menjaga

perilaku diri di samping berusaha teguh untuk menjaga nama baik negara. Secara tidak langsung,
kita dapat menyahut slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan sekaligus konsep 1
Malaysia dapat dicapai.

Vous aimerez peut-être aussi