Vous êtes sur la page 1sur 16

Tugasan Projek WAJ 3012 Tamadun Islam Dan Tamadun Asia

Tugasan Pertama (Kumpulan)


1. Kedatangan orang Cina dan India ke Tanah Melayu telah memberi pelbagai
impak kepada penduduk tempatan. Adaptasi dan hubungan dua hala kesan
daripada penghijrahan tersebut boleh dilihat daripada aspek ekonomi, politik
dan hubungan antara kaum. Wujud fakta yang menunjukkan bahawa terdapat
aspek positif dan negatif dalam bidnag yang dinyatakan dan juga lahirnya
persepsi yang berbeza mengenai bumi Malaysia.
2. Berdasarkan kenyataan di atas, anda dikehendaki menghuraikannya secara
ilmiah dengan menyertakan rujuakn yang jelas mengenai:

Sejarah kemajuan Tamadun CIna dan India serta kedatangan mereka ke Tanah
Melayu serta kesan positif dan negatif dari aspek ekonomi dan amalan sosial dalam
kalangan masyarakat selepas kedatangan mereka ke Tanah Melayu.

Sejarah kemajuan Tamadun Cina dan India
Tamadun Cina dan India telah banyak menyumbang kepada perkembangan
ketamadunan semasa mahupun perkembangan teknologi dan ilmu pengetahuan
pada zaman ini.
Tamadun Cina
Kajian arkeologi menunjukkan sains dan teknologi China telah wujud pada
kurun ke-15 sehingga kurun ke-11 SM. Pada awalnya, teknologi kejuruteraan
digunakan dan dikembangkan bagi mengawal banjir Sungai Kuning. Antara lain-lain
teknologi adalah dalam bidang astronomi, perubatan, optik dan kimia. Di zaman
dinasti Zhou dalam kurun ke11 hingga ke 3 SM, orang Cina telah mampu
menyediakan maklumat berkaitan dengan bintang dengan terciptanya peralatan
astronomi.
Sampoa digunakan pertama kalinya oleh ahli matematik Cina iaitu Xu Yue
dalam kurun ke-2 SM. Buku jiuzhang suanshu (sembilan bab matemetik) yang ditulis
oleh Zhang Cang pada kurun ke-2 menunjukkan penemuan mengenai kuantiti
negatif, sistem pecahan dan perpuluhan.
Perkembangan perubatan cina bermula dari sistem perubatan cina tradisional
yang terdiri dari teori kosmik dualistik yin dan yang, teori lima elemen, dan juga teori
jing dan luo. Teori yin dan yang menyatakan keseimbangan kedua-dua kuasa ini
mempengaruhi kesihatan manusia. Teori lima elemen menganggap bahawa tubuh
manusia yang terdiri dari organ luaran dan dalaman adalah berpadanan dengan lima
elemen dalam alam semesta. Teori jing dan luo merupakan asas kepada rawatan
terapeutik seperti moxisbustion (membakar daun moxa) dan akupuntur. Teori ini
berpendapat bahawa, organ dalaman, tangan dan kaki adalah berkaitan dan
dihubungkan oleh saluran dimana darah dan qi (tenaga dinamik) beredar. Gangguan
pada sistem ini akan menyebabkan seseorang tidak sihat. Buku-buku perubatan cina
seperti Huangdi neijing dan Bencao gangmu dipercayai sebagai pemangkin kepada
perkembangan perubatan modem oleh barat.
Terdapat empat ciptaan agung dalam tamadun cina iaitu teknik membuat
kertas, pencetakan, bahan letupan dan kompas. Cai Lun telah berjaya membuat
kertas dengan menggunakan fiber tumbuh-tumbuhan pada tahun 105. Teknologi
pencetakkan telah mula diperkenalkan semasa pemerintahan dinasti Tang (618 906)
di mana buku jingang jing dipercayai buku yang terawal dicetak iaitu pada 11 Mei
868. Bahan letupan telah dihasilkan oleh ahli kimia cina pada kurun ke-7 apabila ahli-
ahli kimia Daois berjaya mencampurkan saltpetre dengan sulfur dn karbon. Pada
zaman dinasti Tang, pihak militari telah menggunakannya dalam peperangan. Pada
zaman pemerintahan dinasti Han (206 220 SM) sifat-sifat magnet telah ditemui di
cina. Penemuan tentang gejala magnet aruhan (induced magnetism) dalam kurun
ke-6, pengherotan (declination) dan juga kekutuban magnet (polarity) pada kurun ke-
8 dan ke-9, telah membuahkan penghasilan kompas oleh orang cina dan digunakan
semasa pelayaran.
TAMADUN INDIA
Keupayaan untuk mewujudkan sebuah bandar terancang seperti Mohenjo-
Daro dan Harappa -- memerlukan gabungan kepakaran sama ada dari sudut letak
bandarnya mahupun dari sudut pengisiannya.
Pemahaman geometri,hasil daripada pertembungan tamadun ini dengan tamadun
Mesopotamia dan Mesir Purba. Bandar disusun berasaskan bentuk segi empat,
diikuti oleh jalan raya yang lurus.
Sifat keterbukaan yang dibuktikan oleh tamadun ini dalam membuat hubungan
dengan tamadun lain juga merupakan satu lagi aspek yang sangat penting.
Tamadun Indus telah menunjukkan bahawa sesebuah masyarakat itu tidak mampu
mencapai kecemerlangan tanpa membuat hubungan serta bertukar pandangan
dengan pihak lain.Hubungannya dengan tamadun Mesopotamia serta tamadun
Mesir Purba telah membolehkan kedua-dua belah pihak memperoleh manfaatnya
sama ada dalam bentuk pertukaran teknologi atau seumpamanya.Dalam konteks
hubungan antara tamadun Indus dengan tamadun Mesopotamia, segala pengaruh
dari luar itu disesuaikan dengan keadaan dan suasana tempat
Ahli matematik India telah mengetahui tentang konsep geometri - mendorongnya
memperkenalkan sistem nombor (angka Brahmin dan angka Kharosti) yang
mencecah ke angka perpuluhan.Pengetahuan dalam bidang astronomi pula daripada
dipetik daripada Rig Veda.Masyarakat Lembah Indus tidak hanya bergantung pada
matahari untuk membuat batu bata daripada tanah liat-- batu bata dihasilkan melalui
pembakaran dengan suhu yang tinggi.
Sejarah kemajuan Tamadun Cina dan India
Tamadun Cina
Sebagai tamadun besar tamadun Cina telahpun banyak menyumbang
kepada perkembangan teknologi, adat, agama, arkeologi, sistem tulisan dan
sebagainya terhadap seluruh dunia dan impak positifnya terbawa kepada hari ini.
Umumnya, terdapat empat ciptaan agung dalam tamadun Cina iaitu teknik membuat
kertas, pencetakan, bahan letupan dan kompas.
Bagi teknik membuat kertas, Cai Lun telah berjaya membuat kertas dengan
menggunakan fiber tumbuh-tumbuhan pada tahun 105. Teknologi ini kemudiannya
telah dibawa dan diperkenalkan ke dunia Barat melalui Jalan Sutera Lama dan tiba
di Eropah pada kira-kira kurun ke-13.
Teknologi teknik pencetakan telah mula diperkenalkan semasa pemerintahan
dinasti Tang (618-906). Buku bercetak yang paling awal dan masih wujud sehingga
kini merupakan Jingang jing (Kitab Sutra Diamond) vesi Cina yang membuktikan
pengalaman lama orang Cina dalam teknik percetakan blok. Pada tahun 1045, Bi
Sheng mencipta teknik percetakan bergerak dan mula menggunakannya secara
umum. Penciptaan ini juga membawa impak yang sungguh besar kepada
perkembangan alat bacaan di pentas global sehingga zaman kini.
Bahan letupan pula telah dicipta oleh ahli-ahli alkimia Daois yang menemui
formulanya dalam sebuah uji kaji mencampur saltpeter dengan sulfur dan karbon.
Menjelang kurun ke-7, orang Cina telahpun giat menggunakan bahan letupan untuk
membuat bunga api. Namun, ia digunakan dalam bidang militiaru pada tahun 906
oleh ketua tentera Tang. Ilmu bahan letupan kemudiannya dibawa masuk dan
diperkenalkan ke negara Arab pada kurun ke-13 dan seterusnya dari situ
diperkenalkan kepada negara Eropah.
Kompas yang dicipta dalam tamadun Cina telah banyak menyumbang
kepada bidang pelayaran dan teknologi. Antara kurun pertama dengan kurun ke-6,
orang Cina sudahpun menemui pengetahuan tentang gejala kemagnetan aruhan dan
kemudiannya ilmu pengherotan dan juga kekutuban magnet dikuasai. Berdasarkan
ilmu pengetahuan ini, orang Cina telah menghasilkan kompas yang pada mulanya
diganakan dalam kapal.
Tamadun India
Tamadun India dan tamadun China sebagai tamadun besar telah banyak
menyumbang kepada perkembangan dunia. Sumbangan utama tamadun ini
termasuklah dalam bentuk keupayaan serta kebolehan masyarakat Hindu
mengeksploitasi kelebihan yang mereka miliki untuk memudahkan kehidupan
mereka hingga akhirnya asas kepada perkembangan tamadun ini. Dalam konteks ini,
semangat mereka yang tabah dan tidak berputus asa turut menjadi panduan kepada
generasi seterusnya unutk menghasilkan sebuah tamadun yang cemerlang.
Tamadun India juga terkenal dengan kecemerlangan perancangan bandar
yang merupakan hasil pencapaian pengetahuan dalam bidang geometri, matematik
dan teknologi pembakaran batu-bata. Di samping itu, tamadun India juga berusaha
meningkatkan mutu bahan binaan.
Sifat keterbukaan yang diamalkan oleh tamadun ini adalah aspek yang amat
penting juga. Ia memperlihatkan bahawa sesebuah masyarakat itu tidak akan
mampu mencapai kecemerlangan tanpa membuat hubungan sert abertukar
pandangan dengan pihak lain. Kerjasama dan hubungan yang baik antara tamaudn
India dengan tamadun asing telah menjamin kegemilangan tamadun tersebut secara
tidak langsung.

Kedatangan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu
Kemasukan Imigran Cina
Orang Cina yang datang ke Tanah Melayu berasal dari selatan Chian,
terutamanya dari wilayah Kwangtung dan Fukien. Walaupun mereka dikenalikan
sebagai orang Cina secara umumnya, namun mereka terdiri daripda suku-suku
kaum yang berbeza. Keadaan ini kemudianya membentuk satu masyarakat Cina
yang heterogenous di Tanah Melayu. Kedatangan mereka adalah didorong oleh
keperitan hidup dan penderitaan mereka dalam suasana yang huru-hara ditokok
dengan bencana alam yang teruk. Di samping itu, peluang rezeki yang wujud di
Tanah Melayu juga menyumbang kepada penghijrahan mereka. Lebih-lebih lagi,
kedatangan mereka ke Tanah Melayu amat digalakkan oleh pihak Bitish.
Kemasukan buruh-buruh Cina ke Tanah Melayu dikenal pasti melalui
beberapa cara yang diusahakan oleh orang Cina sendiri yang telah menetap lama di
Tanah Melayu. Bilangan buruh Cina yang berhijrah memang ramai dan sentiasa
bertambah dari semasa ke semasa, namun angka yang tepat sukar untuk dikenal
pasti kerana ketidakadaan dokumen yang sah dan kemasukan secara haram ke
Tanah Melayu.
Sistem Tiket Kredit
Sistem Tiket Kredit merupakan satu cara kemasukan buruh-buruh Cina ke
Tanah Melayu di mana bakal imigran ke Tanah Melayu ini dikumpulkan dari
kampung-kampung negara China oleh Kheh-tau iaitu ketua yang dibayar bagi setiap
imigran Cina. Shin kheh (bakal imigran) diletakkan bawah pengawasan nakhoda
kapal iaitu agensi buruh yang menerima bayaran terlebih dahulu daripada bakal
majikan. Sin kheh dikehendaki membuat perjanjian secara lisan (bertulis) bagi
bekerja dengan majikan dalam satu tempoh untuk menjelaskan hutang. Selepas itu,
mereka dibekalkan dengan tiket yang menunjukkan pelabuhan yang dituju serta
diberi keterangan sama ada mereka bebas atau berhutang. Setelah tiba di
pelabuhan, mereka diambil oleh pemborong buruh iaitu oran tengah yang
mendapatkan majikan untuk mereka dengan bayaran tertentu. Selain itu, jawatan
pegawai pelindung buruh dari China diwujudkan di Tanah Melayu bagi mengawasi
keselamatan dan kebajikan buruh Cina di Tanah Melayu. Di samping itu, beberapa
undang-undang diluluskan untuk membaiki sistem pengambilan buruh.
Sistem Pengambilan Kakitangan
Di bawah sistem pengambilan kakitangan, majikan di Tanah Melayu
menghantar pegawainya ke China untuk mendapatkan tenaga buruh di mana
tambang buruh dibiayai oleh majikan yang terbabit. Pegawai bertanggungjawab
untuk mengiringi buruh-buruh sehingga samapi di tempat majikannya.
Sistem Pengambilan Rumah Kongsi
Di bawah Sistem Pengambilan Rumah Kongsi pula, pengambilan buruh
adalah dilakukan oleh pegawai di negara China yang dilantik oleh sesebuah rumah
kongsi. Pegawai tersebut akan membiayai segala perbelanjaan buruh-buruh tersebut
sehingga mereka sampai ke rumah kongsi. Pembawa buruh tesebut akan dibayar
oleh tuan punya rumah kongsi dengan kadar yang telah dipersetuji bagi setiap buruh
yang dibawanya.
Kedatangan Imigran India Ke Tanah Melayu
Kedatangan imigran India ke Tanah Melayu adalah diakibatkan oleh faktor-
faktor yang dapat dikategerikan oleh faktor penolak dan penarik. Sebenarnya
kehadiran kaum India di Tanah Melayu banyak didorong oleh pergolakan dalaman
yang berlaku di negara asal mereka di mana masalah pertambahan penduduk yang
pesat menimbulkan banyak masalah seperti kekurangan sumber untuk menyara diri
dan keluarga, situasi kerap kali menimpa golongan petani yang miskin. Keadaan
diburukkan lagi dengan bencana alam yang daksyat serta sistem social yang tidak
adil iaitu amalan hokum kasta. Bagi segi faktor penarik, ketidakgemaran penduduk
Melayu dengan berladang getah dan Revolusi Perindustrian di Eropah turut
menggalakkan kemasukan buruh-buruh India ke Tanah Melayu. Selain itu, kerajaan
British memberi galakan kepada kemasukan buruh dari India kerana mereka
sanggup bekerja walaupun dibayar gaji yang rendah.
Sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka, Tanah Melayu telah dikunjungi
oleh pedagang-pedagang India dan golongan Brahmin. Pada abad ke-15 iaitu zaman
Kesultanan Melayu Melaka jumlah orang India di Tanha Melayu semkin bertambah
sehingga petempatana awal mereka Kampung Keling didirikan di Melaka.
Menjelang tahun 1870-an, kerajaan Inggeris telah menggalakkan kemasukan buruh
India secara beramai-ramai di Tanah Melayu akibat perkembangan pertanian
dagangan seperti kopi and getah.
Cara Kemasukan Buruh India
Terdapat dua kaedah yang dikenal pasti bagi kedatangan imigran India ke
Tanah Melayu iaitu Sistem Buruh Kontrak dan Sistem Kangani.
Sistem Buruh Kontrak
Di bawah Sistem Buruh Kontrak, pemilik ladang membuat pesanan jumlah
tenaga buruh yang diperlukan kepada seorangejen di India. Ejen tesebut akan pergi
ke kampong-kampung bagi mendapatkan buruh-burh India yang sanggup bkerja di
Tanah Melayu. Di Tanah Melayu, mereka dikehendaki menandatangani satu kontrak
untuk bekerja selama 5 tahun dengan gaji yang ditetapkan oleh majikan masing-
masing. Di samping itu, sebahagian daripada gaji mereka akan diserahkan kepada
majikan bagi menjelaskan tambang perjalanan. Dalam sistem ini, buruh India
dipaksa bekerja keras di ladang dalam 9 hingga 10 jam sejari dengan bayaran gaji
yang amat rendah.
Sistem Kangani
Sistem Kangani diperkenalkan pada tahun 1898 dan dihapuskan pada tahun
1938 kerana berlakunya kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1929 sehngga
1932 tahun. Menurut Sistem Kangani, majikan akan menghantar seorang Kangani
atau mandur dari ladangnya ke Inida. Di India kangani tersebut akan kembali ke
kampong halamannya dan berusahan mengumpulkan saudar mara, sahabat dan
penduduk jampung yang ingin bekerj dan berhijrah ke Tanah Melayu dan semua
perbelanjaan mereka ditanggung oleh Kangani.
Kesan kedatangan Imigran Ke Tanah Melayu
Dari segi sosial, kehadiran imigran Cina dan India secara ramai-ramai di
Tanah Melayu telah menyumbang kepada pertambahan bilangan penduduk Tanah
Melayu yang begitu pesat. Pada tahun 1870, bilangan penduduk Tanah Melayu kira-
kira 200 000 orang, namun jumlah penduduk bertambah menjadi 3 300 000 orang
pada tahun 1921. Situasi tersebut telah melahirkan situasi masyarakat majmuk
dinegara kita. Kehidupan mereka bercorak beasingan dan mengamalkan
kebudayaan masing-masing. Orang Cina yang dating ke Tanah Melayu terdiri
daripada pelbagai kelompak, maka mereka berbeza daru segi dialek, adat dan
pengkhususan ekonomi. Malahan terdapat permusuhan antara mereka secara
berkelompok.
Dengan kehadiran imigran Cina dan India di Tanah Melayu, prekonomian
semakin meningkat, khususnya dalam bidang perlombongan bijh timah dan
perladangan getah. Umumnya, pihak British menggalakkan kemasukan buruh Cina
secara ramai-ramai untuk memajukan bidang perlombongan kerana mereka
berkemahiran dalam bidang tersebut. Memandangakan penduduk tempatan tidak
berminat dengan kerja perladangan, buruh India terut dibawa masuk ke Tanah
Melayu secara ramai-ramai sebagai buruh yang mahir dalam perladangan getah.
Dengan cara ini, bukan sahaja kedua-dua sektor perlombongan dan perladangan
dapat mencapai kemajuan, malah ciri orang Cina yang suka berniaga turut
menyumbang kepada perkembangan ekonomi Tanah Melayu. Contohnya, orang
Teochew dan Hakka merupakan peniaga yang telah membuka banyak kedai di
kawasan bandar dan lomong bijih timah. Apa yang menariknya, golongan pelanggan
peniaga Cina bukan sahaja terdiri daripada orang Cina sehaja malah melibatkan
semua kaum yang berlainan.
Kesan seterusnya ialah pembentukan bandar-bandar baru. Orang Cina dan
orang India membuat petempatan berkelompok di kawasan lombong serta ladang
getah seperti di Ipoh, Kinta, Taiping, Kuala Lumpur, Seremban dan Johor Bahru.
Seiring dengan kewujudan Bandar-bandar baru tersebut, kerajaan British telah
membina jaringan jalan perhubungan dan pengangkutan seperti jalan kereta api dan
jalan raya untuk memudahkan urusan pentadbiran, perniagaan dan pengangkutan.
Oleh itu, sistem jalan pengangkutan tersebut menghubungkan antara lading getah
dan lombong bijih timah dengan kilang mahupun melabuhan. Dalam konteks ini,
memang tidak dapat dinafikan bahawa kemasukan imigran Cina dan India ke Tanah
Melayu secara tidak langsung menggalakkan perkembangan sistem pengangkutan
di Tanah Melayu.
Antara kesan utama kehadiran imgiran India dan Cina katakan masyakarat
imigran yang menguntungkan masyarakat peribumi orang Melayu yang sebelum ini
mengamalkan sistem ekonomi sederhana sudah mula sedar dan mula mengorak
langkah untuk bersaing untuk sama-sama menikmati hasil bumi mereka sendiri yang
ketika itu kebanyak dinikmati oleh golongan Imigran seperti India dan Cina. Dengan
erti kata lain, kemasukan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu telah
membangkitkan semangat orang Melayu untuk bangkit menuntut kebajikan untuk
bangsa mereka yang di mana mereka masih berada dalam zon selesa sebelum
kedatangan imigran aisng.
Seterusnya, kesan social kemasukan imigran Cina dan India ke Tanah
Melayu ialah aktiviti perlacuran dan budaya kongsi gelap yang berlaku dalam
kalangan masyarakat. Apabila imigran asing masuk ke Tanah Melayu, mereka
membawa budaya negatif kehidupan harian mereka ke Tanah Melayu juga.
Walaupun, akviti tersebut hanya melibatkan orang ICna, tetapu sering menimbulkan
keadaan tidak tenteram kerana pergaduhan berlaku dengan kerap. Hal ini telah
menyebabkan kemantapan politik terganggu lalu terus menjejaskan perkembangan
akitiviti perlombongan di kawasan yang terbabit. Oleh itu, pihak British telah
mengambil tindakan untuk mengatasi masalah pelacuran dan pergaduhan tersebut.
Kesimpulannya, proses kedatangan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu
dalam tempoh sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka dan semasa era penjajah
British dikenal pasti melalui pelbagai cara dan kaedah tersendiri atas dorongan faktor
penolak dan faktor penarik yang ternyata. Antara faktor penolak termasuklah
keadaan sosial, kemunduran ekonomi, bencana alam dan kehuru-haraan politik
negara asal mereka. Malah faktor penarik pula termasuk kestabilan politik, bebes
dari bencana alam dan peluang pekerjaan. Imigran Cina datang ke Tanah Melayu
melalui sistem tiket kredit, sistem pengambilan kakitangan dan sistem pengambilan
rumah kongsi. Malah, imigran India datang ke Tanah Melayu melalui sistem Kangani
dan sistem buruh kontrak. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kedatangan
mereka membawa kesan positif dan negatif dari aspek ekonomi dan amalan sosial.
Mereka telahpun banyak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan sistem
pengangkutan Tanah Melayu, namun terdapat juga masalah sosial yang terbawa
oleh mereka seperti aktiviti pelacuran dan pertubuhan kongsi gelap.



Tugasan Kedua (Individu)- Al- Khawarizmi
Pengenalan
Seorang ahli matematik yang tersohor dalam Tamadun Islam yang
dinobatkan sebagai Ahli Falak Diraja atas sumbangan kajian beliau. Sumbangan
beliau begitu besar dan namanya dilupai zaman sehingga mendapat gelaran Bapa
Algebra. Beliau adalah Al-Khwarizmi. Abu Abdullah Muhamad Ibu Musa Al-
Khwarizmi merupakan seorang ahli matematik Muslim. Namanya merujuk kepada
tempat kelahiran beliau di timur Laut Kaspia, berdekatan dengan Delta Oxus (Amu
Darya) di atas Laut Aral wilayah Baghdad, pusat penyelidikan dan pembangunan
ilmu pengetahuan. Penulis sejarah matematik yang terkenal, George Sarton
mengungkap bahawa Al-Khawarizmi adalah seorang ilmuan muslim terbesar dan
terbaik, hingga menggolongkan tempoh antara abad IV- V sebagai Zaman Al-
Khawarizmi. Selain itu, E.Wiedermann pula mengatakan tugasknya adaalh
mendedahkan bahawa peribadi Al-Khawarizmi sebagai seorang genius. Dalam
pendidikan telah dibuktikan bahawa al- Khawarizmi merupakan seorang tokoh Islam
yang berpengatahuan luas di mana pengetahuan dan kemahiran beliau bukan
sahaja meliputi bidang syariat tetapi dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometiri,
muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia juga. Beliau telah pun menyumbang
kepada perkembangan Tamadun Islam serta perkembangan ilmu seruluh dunia.

Mengenalpasti seorang tokoh tamadun dan kaitkan sumbangannya kepada
perkembangan tamadun dan berikan pendapat anda dalam laporan refleksi
berhubung hasil kajian tersebut dengan menjadikan kejayaan tamadun serta tokoh
tersebut sebagai role-model.
Algebra
Al-Khawarizmi berjaya mengasaskan beberapa cabang dan konsep
matematik. Hasil kerjanya dalam algebra begitu cemerlang dan beliay tidak hanya
mempunyai inisiatif terhadap subjek dalam pembentukan sistematik tetapi juga
bertanggungjawab membangunkan penyelesaian analitikal dalam pengembangan
garis urus serta persamaan kuadratik. Persamaan kuadratik ialah suatu persamaan
yang mana kuasa dua tanpa kuasa lebih tinggi digunakan bagi yang tidak diketahui
(sebagai contoh, x2+2x8=0). Kejayaan itu akhirnya menjadikannya pengasas
algebra. Nama algebra diperoleh daripada buku beliau yang terkenal iaitu Al- jabrwa-
al- Muqabilah. Beliau turut menjelaskan dengan teliti kegunaan sifar, iaitu sistem
angka yang dibangunkan oleh orang Arab. Pada masa yang sama, beliau
membangunkan sistem perpuluhan dan dengan itu, keseluruhan sistem nombor
angka, algorism atau algorism memperoleh nama selepas dibangunkan oleh orang
Arab.
Sistem angka Arab
Dalam usahanya memperkenalkan sistem angka India (angka Arab), beliau
telah membangunkan beberapa prosedur mengira termasuklah operasi serta
pecahan. Sistem angka itu kemudian diperkenalkan kali pertama oleh orang Arab
kepada Barat di mana hasil kerja beliau telah diterjemahkan ke dalam bahasa
Eropah. Jasa beliau yang lain ialah membangunkan secara terperinci bidang
trigonometri iaitu ilmu matematik mengenai sudut dan sempadan segi tiga yang
mengandungi fungsi sinus. Di samping itu, beliau juga menyempurnakan teori
geometri yang mewakili muka keratan kon dan membangunkan kalkulus yang
membantunya menguasai konsep perbezaan. Beliau juga dilaporkan bekerjasama
dalam pengukuran darjah di bawah perintah Mamun al-Rashid yang bertujuan
mengukur isipadu lilitan bumi. Pembangunan ilmu kaji bintang atau ilmu falak
mempunyai makna yang cukup besar terhadap kemajuan dalam bidang sains
astronomi dan beliau turut menulis buku mengenainya.

Selain ilmu matematik, Al-Khawarizmi turut menyumbang dalam ilmu geografi.
Beliau tidak hanya menyemak pandangan Patolemy mengenai geografi tetapi juga
membetulkannya termasuk dalam melakar peta dunia. Al-Khawarizmi merupakan
saintis pertama yang melakar peta dunia pada tahun 830 Masihi iaitu 10 tahun
sebelum beliau meninggal dunia. Beliau sememangnya seorang ahli fikir yang hebat
dan kita seharusnya mengenang jasa beliau walaupun kita tidak pernah
mengenalinya. Hasil kerja beliau kini menjadi ikutan dan telah banyak menyumbang
ke arah perkembangan tamadun dunia. Al-Khawarizmi turut menghasilkan kerja-
kerja berkaitan jam, alat yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari serta
mengaji bintang. Dalam catatan sejarah, beliau pernah menghasilkan sebuah buku
yang diberi nama Kitab al-Jama wal-Tafreeq bil Hisab al-Hindi. Namun demikian,
buku tersebut dipercayai telah hilang di benua Arab tetapi masih boleh diperoleh
dalam buku yang diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. Bukunya mengenai Algebra
iaitu Al-Maqala fi Hisab-al Jabrwa-al-Muqabilaj juga telah diterjemahkan ke dalam
bahasa Latin pada kurun ke-12 dan merupakan terjemahan yang diperkenalkan
dalam dunia sains baru kepada Barat.
Buku geografinya, Kitab Surat-al-Ard serta peta lakarannya juga telah
diterjemahkan. Selain itu, beliau turut menulis kalendar Yahudi, Istikhaj Tarikh al-
Yahudi. Al-Khawarizmi juga menulis tentang Penanggalan Yahudi (Risala fiistikhaj
tarikh al-yahud Petunjuk Penanggalan Yahudi). Seleucid dan memberikan hukum
tentang bujur matahari dan bula menggunakan Kalendar Yahudi. Hukum tersebut
sama seperti yang ditemukan oleh al-Biruni dan Maimonides.
Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa al-Khawarizmi ialah seorang
tokoh Islam yang berpengalaman luas. Pengetahuan dan kemahiran beliau bukan
sahaja meliputi dalam bidang falsafah, logik, arithmetik, geometri, muzik,
kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia. Beliau ialah guru aljabar di Eropah. Beliau
telah menciptakan pemakaian sinus dan tangen dalam penyelidikan trigonometri dan
astronomi. Dalam usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-
MaMun di Bayt al-Hikmah, Baghdad. Beliau bekerja dalam sebuah balai cerap yang
bermaksud tempat belajar matematik dan astronomi. Al-Khawarizmi juga dipercayai
memimpin perpustakaan khalifah. Beliau pernah memperkenalkan angka-angka
India pada dunia zaman Islam. Di samping itu, beliau juga merupakan seorang
penulis Ensiklopedia Pelbagai Disiplin. Beliau juga seorang tokoh yang mula-mula
memperkenalkan aljabar dan al-hisab. Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau
pelajari dalam bidang matematik dan menghasilkan konsep-konsep matematik yang
begitu popular sehingga digunakan pada zaman sekarang. Selain itu, beliau dikenali
di barat sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Karismi, al-Goritmi atau al-Gorism.
Nama al-Gorism telah dikenali pada abad pertengahan. Di negara Perancis al-
Gorism muncul sebagai Augryam atau Angrism. Manakala di negara Inggeris pula
beliau dikenali sebagai Aurym atau Augrim.
Sepanjang hayatnya, al-Khawarizmi sememangnya memberi sumbangan
yang amat berharga buat tamadun kita hari ini. Banyak karya beliau dijadikan
panduan dan masih digunakan dalam kehidupan seharian kita. Antaranya ialah Al-
Jabr wal Muqabalah. Dalam karya ini, beliau telah mencipta pemakaian sinus dan
tangen dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi. Selain itu, beliau turut
menghasilkan buku berjudul Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah. Dalam buku ini, beliau
telah mengajukan contoh-contoh persoalan matematik dan telah mengemukakan
800 buah persoalan yang sebahagian daripadanya merupakan persoalan yang
dikemukakan oleh Neo Babylian dalam bentuk ujian yang telah dibuktikan
kebenarannya oleh al-Khawarizmi. Persoalan ini telah dimuatkan dalam karya beliau
yang berjudul Hisab al-Jabr Wa-al-Muqabalah. Salah satu daripada buku beliau yang
memberikan pengetahuan tentang nombor yang kita gunakan hari ini ialah buku
yang berjudul Sistem Nombor. Dalam buku tersebut, beliau telah memperkenalkan
konsep sifar yang penting dalam sistem nombor yang diguna pakai pada hari ini.
Itulah sebahagian contoh sumbangan beliau yang telah dihasilkan dalam penulisan
karyanya.
Laporan Refleksi
Bila disebut tentang matematik, pasti ramai yang mempunyai persepsi
seolah-olah ilmu angka ini sukar diperlajari, difahami dan mungkin juga mustahil
untuk diaplikasikan dalam hidupan seharian. Namun, pernahkan kita hidup sehari,
sejam atau seminit tanpa kiraan angka? Secara logik akal, semua manusia yang
hidup atau mati, bergerak aatu tidak, akan memerlukan pengiraan sama ada
menghitung masa, perjalanan, aktiviti fizikal dan apa sahaja perbuatan. Dalam
konteks ini, jelas kita nampak bahawa hidupan kita tidak lari dari matematik dan
penyumbang terbesar dalam bidang matematik adalah al- Khawarizmi.
Adalah amat terkejut dan terharu apabila saya mula membaca dan mengkaji
maklumat tentang al- Khawarizmi yang tidak pernah saya dengar nama beliau
sebelum ini. Kepintaran dan naluri ingin tahu beliau amat terpuji di mana beliau
berjaya mencapai beberapa kejayaan dalam bidang matematik yang jarang diguna
pada zaman itu. Sebagai pengetahuan umum, pada zaman al- Khawarizmi
pengetahuan matematik amat mundur dan terhad kepada pengguna aritmetik dan
geometri sahaja. Al- Khawarizmi iaitu pengasas Algebra telah menyumbang kepada
perkembangan besar dalam bidang matematik dunia. Pengenalan algebra dan
sistem angka Arab kepada dunia telah memudahkan banyak urusan kira-kira dan
manusia masih mempergunakan ia sehingga hari ini.
Pada zaman dahulu yang sebarang kekurangan dengan alatan teknologi
yang canggih dan talian internet tanpa sempadan di seluruh dunia, memandangkan
betapa tabah dan cerdik tokoh al- Khawarizmi dalam mencernakan ilmu yang
dipelajari dalam kehidupan seharian dengan berjaya mencipta pelbagai kemudahan
untuk kegunaan manusia pada zaman tersebut. Betapa cekal dan sabar beliau
melakukan ulangan serta kajian secara berterusan sehingga beribu-ribu kali
percubaan eksperimen tetapi tidak berputus asa sehingga mencapai kejayaan yang
bukan sahaja membawa kepada kemajuan serta perkembangan tamadun Islam
namun bersumbang kepada perkembangan dunia juga.
Sebagai seorang role model, peribadi yang terpuji adalah penting supaya
memberi teladan yang baik kepada orang ramai. Dalam konteks ini, keperibadian al-
Khawarizmi teah diakui oleh orang Islam mahupun orang Barat. Al- Khawarizmi telah
dianggap sebagai sarjana matematik yang termasyhur oleh orang Islam dan ia
diperakui oleh orang Barat. Ini dapat dibuktikan bahawa G. Sarton mengatakan
pencapaian-pencapaian yang tertinggi telah diperolehi oleh orang-orang Timur
(termasuklah al-Khawarizmi sendiri).
Al- Khawarizmi sentiasa disanjungi kerana kepentirannya. Menurut
Wiedmann, al- Khawarizmi mempunyai keperibadian yang teguh dan seorang yang
mengabdikan hidupnya untuk dunia sains. Beliau bukan sahaja membawa wajah
gambaran sifat-sifat muslim yang taat kepada agama malahan telah berjaya
membuka mata masyarakat dunia terhadap kehebatan umat Islam dalam
penguasaan ilmu duniawi yang seimbang dengan kepentingan ukhrawi.
Al- Khawarizmi selalu disebut dan dijadikan role-model kepada generasi baru
terutamanya bagi mereka yang terlibat dalam bidang matematik. Namun, ciri-ciri
ketokohan beliau sebenarnya perlu dicontohi oleh semua orang. Pertama sekali,
ketekunan dan semangat ingin tahu beliau adalah kriteria yang amat penting bagi
menjayakan beliau dalam kerjayanya.
Beliau begitu bergiat menceburkan diri dalam bidang matematik, falsafah,
logik, arithmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia
menunjukkan naluri ingin tahu beliau yang kuat dan beliau adalah seorang yang suka
membaca serta menimba ilmu. Dalam konteks ini, rasa ingin tahu sebagai bayi yang
baru diperkenalkan kepada dunia adalah amat penting dan perlu sentiasa diamalkan
dalam kehidupan kita. Hal ini adalah disebabkan hanya dengan selalu menanya
soalan dan berfikiran secara kritis, seseorang itu dapat menimba ilmu pengetahuan
yang luas. Oleh itu, generasi baru haruslah sentiasa peka terhadap sekeliling mereka
tetapi bukannya hanya fokus dalam internet atau permainan digital sahaja.
Selain itu, ketabahan menghadapi sebarang cabaran dan tidak berputus asa
adalah asas kejayaan al- Khawarizmi juga. Tanpa berusaha dengan bersungguh-
sungguh dan bangun selepas berkali-kali kegagalan, nama beliau tidak akan dicatat
dalam sejarah dunia. Oleh itu, generasi baru haruslah mencontohi sifat murni beliau
dengan berani menghadapi sebarang cabaran dan rintangan yang dihadapai untuk
mencapai kejayaan. Selain itu, adalah amat penting bagi kita untuk berusaha
menyumbang kepada negara serta dunia. Ianya bukan sahaja bertujuan
meningkatkan nama atau imej bangsa atau negara , malah ia dapat memperbaiki
dan mengubah keadaan dunia pada masa kini seperti mencipta produk yang dapat
mengawal pencemaran serta menjana tenaga tanpa mencemari alam sekitar.

RUMUSAN
Al- khawarizmi merupakan seorang ahli matematik dan ahli arkeologi yang agung


Rujukan
Murni Shazwen. (2013). Tokoh-tokoh Islam. Retrieved from http://murnianashazwen.
blogspot.com/2013/02/tokoh-tokoh-islam.html
Nurul Anuar. (2010). Tiada Kehidupan Tanpa Angka. Budaya Inovasi Ke Arah
Kecemerlangan Sains Dan Teknologi, pp 14, 15.
Hani Izatti. (2011). Al- Khawarizmi. Retrieved from http://www.alumni-
sbp.org.my/topics/artikel/2011/al-khawarizimi/
Amafariza Alias. (2011). Ahli Matematik Tersohor. Menemui Matematik (Discovering
Mathematics), Vol. 33, No. 2: 25- 30.
Hani Izatti. (2011). Al- Khawarizmi. Retrieved from http://www.alumni-
sbp.org.my/topics/artikel/2011/al-khawarizimi/
Amafariza Alias. (2011). Ahli Matematik Tersohor. Menemui Matematik (Discovering
Mathematics), Vol. 33, No. 2: 25- 30.
Maran Ramping. (2013). Kedatangan Imigran Cina dan India Ke Negeri-ngeri Melayu.
Retrieved from http://kemayangambai.blogspot.com/2013/01/kedatangan-imigran-
cina-dan-india-ke.html
Sokri Saad. (2012). Kesan Kemasukan Imigran Dari Segi Sosio-ekonomi. Retrieved
from http://cikgusokrisejarah.blogspot.com/2012/03/kesan-kemasukan-imigran-dari-
sei-sosio.html
Khoo KAy Kim. (1971). Latar Belakang Sejarah Mahsharakat India Dan China DI
Tanah Melayu. Jebat, Bil. 1. 1971/72.

Vous aimerez peut-être aussi