Vous êtes sur la page 1sur 1

APLIKASI GURU DALAM MENINGKATKAN KETANGKASAN MURID TAHUN 4

MENGGUNAKAN KAEDAH LATIHAN LITAR




MUHAMAD FAIS BIN YUSUF


ABSTRAK


Penyelidikan tindakan ini dijalankan bertujuan meningkatkan tahap ketangkasan murid tahun
4 melalui kaedah latihan litar yang telah diubah suaikan. Soal selidik, temu bual, pemerhatian
dan ujian Illinois digunakan sebagai instrumen sepanjang kajian ini dijalankan. Instrumen ini
digunakan bagi mengenal pasti peningkatan keupayaan murid dalam aspek ketangkasan.
Responden kajian adalah terdiri daripada sepuluh orang murid Tahun 4 Cemerlang Sekolah
Kebangsaan Guar Nangka yang datang dari latar belakang keluarga dan pencapaian dalam
bidang sukan yang berbeza. Pengkaji telah menggunakan kaedah pengumpulan data melalui
pemerhatian, soal selidik dan ujian Illinois. Pengkaji juga telah mencatat nota mengenai
tingkah laku dan reaksi responden sepanjang aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dalam
temu bual pula, pengkaji telah mencatat maklum balas responden semasa temu bual
dilaksanakan yang mengandungi lima soalan berdasarkan pengalaman dan perasaan
responden. Pengkaji juga telah menggunakan kaedah pengumpulan data melalui soal selidik.
Hasil daripada pengumpulan data soal selidik ini, pengkaji mendapati responden-responden
telah memberikan maklum balas yang positif melalui kaedah latihan litar yang dijalankan
semasa pengajaran. Keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa pengaplikasian kaedah
latihan litar yang telah diubah suaikan ini dapat meningkatkan tahap ketangkasan murid.
Dapatan kajian ini diharap dapat dijadikan panduan kepada guru bagi melaksanakan program
latihan litar untuk meningkatkan ketangkasan murid di sekolah kelak.

Vous aimerez peut-être aussi