Vous êtes sur la page 1sur 2

TATACARA PENULISAN DAN SEMAKAN BUKU SAKU POL 5 BAGI ANGGOTA

POLIS BERPANGKAT KONSTABEL HINGGA SARJAN



1. Buku Saku Pol 5 adalah merupakan buku pengharian bagi anggota pangkat
rendah / Polis Bantuan / Sukarelawan Polis yang mana berfungsi merekodkan
segala kelakuan/aktiviti/arahan/penugasan yang dijalankan serta sah
digunakan sebagai bukti di mahkamah sekiranya diminta.
2. Buku saku Pol 5 perlu ditulis dengan tatacara yang telah ditetapkan
sebagaimana termaktub di dalam PTKPN ( Tatacara penulisan Buku Pengharian
Balai Pol 40 / Buku Saku anggota Pol 5 ) .
3. Mencatit segala kelakuan/aktiviti/arahan/penugasan di dalam buku saku Pol 5
juga merupakan salah satu tugas anggota pangkat rendah dan mana-mana
anggota yang mengabaikan tugas menulis buku saku Pol 5 boleh dikenakan
tindakan yang sewajarnya yang mana dikira munasabah oleh pegawai
atasannya.Bagi anggota Polis Bantuan yang mana tidak terikat atau tertakluk
dengan Lembaga Tatatertib Polis DiRaja Malaysia, unit pematuhan atau integriti
yang dilantik oleh majikan Polis Bantuan tersebut bertanggungjawab bagi
menjalankan pemantauan serta seliaan ke atas buku saku Pol 5 anggota polis
bantuan tersebut.
4. Buku Saku anggota Pol 5 perlulah ditulis dengan pen berdakwat biru bagi
catitan harian manakala bagi tarikh dan hari mestilah ditulis dengan
menggunakan pen berdakwat merah.Dilarang sama sekali menggunakan pen
berdakwat basah bagi menulis/mencatit pada buku saku Pol 5.
5. Anggota pangkat rendah yang menggunakan Buku saku Pol 5 dilarang sama
sekali meninggalkan ruangan kosong pada buku saku dan juga dilarang
menjangkau helaian buku saku tersebut.Segala catitan pada buku saku Pol 5
mestilah ditulis mengikut nombor bilangan yang berturutan serta ditulis dengan
tulisan yang jelas serta mudah difahami oleh penyelia / pegawai yang
ditugaskan untuk membuat semakan.
6. Buku saku Pol 5 mesti disemak oleh penyelia yang paling kanan setiap kali
selesai taklimat masuk tugas dan penyelia wajib membuat semakan/mencatit
serta menandatangani buku saku anggota bawahannya dengan
menggunakan pen berdakwat hitam.
7. Semakan buku saku Pol 5 oleh penyelia yang bertugas adalah wajib kerana
bertujuan memastikan anggota yang bertugas mencatit segala
kelakuan/aktiviti/arahan/penugasan secara berterusan dan tiada anggota
yang mengabaikan tanggungjawab dalam menulis buku saku Pol 5 ini demi
kebaikan anggota tersebut.

Vous aimerez peut-être aussi