Vous êtes sur la page 1sur 5

a) Eksplorasi dan Pengeluaran

Sebagai pengawal sumber minyak dan gas Malaysia, Syarikat Petroliem Nasional Berhad
(PETRONAS) telah diamanahkan dengan tanggungjawab untuk membangun dan menambah
nilai kepada sumber hidrokarbon negara. Pada awalan tahun, Syarikat Petroliem
menumpukan usaha pada menguruskan kontraktor perkongsian pengeluaran yang telah
meneroka keluasan kawasan Malaysia, tetapi Syarikat Petroliem tidak lama lagi melihat
keperluan untuk mengambil peranan yang lebih besar dan lebih proaktif dalam menambahkan
minyak dan gas negara.

Melalui anak syarikat Petronas iaitu cari gali dan pengeluaran (E & P), PETRONAS Carigali
Sdn Bhd, ia telah membangunkan keupayaan sebagai tangan kepada operator dengan rekod
perkembangan minyak dan gas berjaya. PETRONAS Carigali bekerja bersama beberapa
petroliem syarikat multinasional melalui kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) untuk
meneroka, membangun dan menghasilkan minyak serta gas di Malaysia. Selain itu, di luar
negara pula, ia terus mengukuhkan kedudukan PETRONAS dengan mendapatkan keluasan
kawasan baharu semasa menjalankan pelbagai projek pembangunan.

Unit Pengurusan Petroleum (PMU) PETRONAS bertindak sebagai pemilik sumber dan
pengurus aset minyak dan gas domestik Malaysia. Ia menguruskan eksploitasi sumber yang
optimum hidrokarbon dan meningkatkan prospektiviti daripada keluasan kawasan dalam
negeri untuk menarik pelaburan dan melindungi kepentingan negara. Salah satu daripada
pemacu utama pertumbuhan perniagaan PETRONAS adalah laut dalam E & P, dengan ramai
prospek positif yang muncul dalam keluasan kawasan Malaysia.










Wednesday, June 11, 2008
PENUBUHAN PETRONAS DAN TUJUANNYA
PENUBUHAN PETRONAS

Tarikh Siaran: 17.08.1984

Tarikh Peristiwa: 17.08.1974



Pada hari ini dalam tahun 1974. Petroleum Nasional atau PETRONAS telah ditubuhkan di bawah Akta
Syarikat-syarikat 1965. Kemudian pada 1 Oktober 1974, Akta Kemajuan Petroleum telah diluluskan di
Parlimen. Akta ini telah meletakkan hak Petronas kepada ke semua hakmilik dan kawalan ke atas
sumber petroleum negara dan menjadikan Petronas bertanggungjawab untuk mengurus sumber ini demi
kepentingan negara1. Di samping itu, Akta Kemajuan Petroleum ini juga telah membentuk Majlis
Penasihat Petroleum Negara yang bertanggungjawab menasihati Perdana Menteri mengenai perkara-
perkara yang berhubung dengan petroleum dan petrokimia. Akta ini juga memberikan kuasa kepada
Petronas memproses, menapis petroleum, menghasilkan petrokimia dan memasarkan hasil-hasil
tersebut seiring dengan lain-lain syarikat minyak antarabangsa.

Petronas mula menjalankan operasinya di Jabatan Perdana Menteri di Jalan Dato'Onn sebelum berpindah
ke Ibu pejabatnya di Kuala Lumpur. Pengerusi dan Ketua Eksekutif pertamanya, YM Tengku Razaleigh
bin Tengku Mohd. Hamzah telah dilantik oleh Perdana Menteri, YAB Tun Abd. Razak bagi menerajui
perbadanan ini.

Matlamat utama penubuhan Petronas boleh digariskan seperti berikut:-

1. Untuk melindungi hak kedaulatan negara dan hak serta kepentingan yang sah bagi rakyat Malaysia
untuk memiliki dan memajukan sumber petrolium.

2. Untuk melaksanakan perancangan yang sempurna bagi mengusahakan hasil dan menggunakan
sumber petroleum dengan cara yang teratur agar dapat memenuhi keperluan sekarang dan masa depan
negara.

3. Untuk menyertai secara aktif dalam pengusaha hasilan petroleum dan memasar serta mengedarkan
petroleum dan hasil petroleum.

4. Untuk memastikan yang pasaran tempatan dibekalkan dengan petroleum dan hasil petrokimia dengan
harga yang berpatutan.

5. Untuk menggalakkan penyertaan rakyat tempatan dalam membuat, memasang dan membina loji dan
alat perkakas untuk kegunaan industri petroleum dan dalam menyediakan perkhidmatan tambahan dan
sokongan.

6. Untuk menyumbang ke arah pembangunan sektor ekonomi yang berasaskan pertanian dengan
menyediakan baja nitrgjen.

7. Untuk memastikan rakyat Malaysia secara keseluruhannya menikmati faedah sepenuhnya daripada
pembangunan industri petroleum negara.

Sehubungan dengan matlamat tersebut, Petronas telah menjalankan rundingan mengenai perjanjian
perkongsian pengeluaran dengan syarikatsyarikat minyak dan dengan itu telah menamatkan sistem
konsesi minyak. Sehingga hari ini Petronas telah menandatangani tujuh perjanjian perkongsian
pengeluaran, tiga dengan Syarikat Esso dan tiap-tiap satu dengan Sarawak Shell, Sabah Shell, Carigali
BP dan Elf Aquitaine.

Dengan tertubuhnya Petronas, kerajaan akan dapat menentukan bahawa rakyat dan negara ini
mendapat manfaat yang besar dari kekayaan hasil bumi negara.








PETRONAS dan Industri Petroleum Malaysia, Petronas, 1984, K. L., hal. 27.

Hak Cipta Terpelihara
Arkib Negara Malaysia
Powered by RepublikBesut aT 6:53 AM
LabEls: PENUBUHAN PETRONAS DAN TUJUANNYA MP3 SONG FREE DOWNLOAD ipod MTV Channel V Free PS3 Game download
Naruto One piece Underground Music Peace
0 cOmMenTs:
Post a Comment
Newer PostOlder PostHome
Subscribe to: Post Comments (Atom)
About Me
























PETRONAS telah ditubuhkan di bawah Akta Syarikat-syarikat 1965. Kemudian pada 1 Oktober 1974,
Akta Kemajuan Petroleum telah diluluskan di Parlimen. Akta ini telah meletakkan hak Petronas
kepada ke semua hakmilik dan kawalan ke atas sumber petroleum negara dan menjadikan Petronas
bertanggungjawab untuk mengurus sumber ini demi kepentingan negara1. Di samping itu, Akta
Kemajuan Petroleum ini juga telah membentuk Majlis Penasihat Petroleum Negara yang
bertanggungjawab menasihati Perdana Menteri mengenai perkara-perkara yang berhubung dengan
petroleum dan petrokimia. Akta ini juga memberikan kuasa kepada Petronas memproses, menapis
petroleum, menghasilkan petrokimia dan memasarkan hasil-hasil tersebut seiring dengan lain-lain
syarikat minyak antarabangsa.

Vous aimerez peut-être aussi