Vous êtes sur la page 1sur 18

anat

Noor Haslida Binti Padzil (790502025064)



Anatomi dan Fisiologi
PJM3106
PENGENALAN
Tekan Tubi merupakan salah satu senaman yang amat universal dan mempunyai
pelbagai manfaat. Ianya menggunakan berat tubuh dan daya tarikan graviti sebagai beban.
Tekan Tubi juga adalah senaman yang tidak memerlukan ruang yang besar dan boleh
dilaksanakan dengan pelbagai kaedah. Manfaat utamanya adalah untuk memberikan
kekuatan dan keseimbangan kepada pengamalnya.
Latihan tekan tubi amat dititikberatkan kerana ianya mampu menguatkan otot-otot
seperti deltoid, triceps, pectorilis, pectorilis major, latissimus dorsi dan rectus abdominis.
Sebagai contoh, kekuatan otot deltoid(bahu) mampu menghasilkan penumbuk yang kuat
kerana bahu merupakan ibu gerak kepada pergerakan tangan. Manakala, kekuatan otot
rectus abdominis(bahagian abdomen/otot perut) mampu memberikan kekuatan sewaktu
melakukan tendangan. Ianya boleh menampilkan susuk badan yang lebih menarik. Untuk
membina otot bahagian atas torso dan lengan. Tekan tubi adalah senaman yang paling
berkesan untuk membina bahagian atas torso kerana ia menggunakan berat badan sendiri
sebagai rintangan. ( http://www.scribd.com/doc/53968503/Tekan-Tubi )
Untuk melaksanakan tekan tubi dengan sempurna, pastikan belakang badan adalah
dalam keadaan tegap dan kaki berkeadaan lurus. Sewaktu gerakan turun, pastikan
bahagian badan hadapan tidak menyentuh lantai. Bagi wanita pula, disyorkan lutut
menyentuh lantai dan tekan tubi hanya melibatkan bahagian atas tubuh sahaja.
(http://chulahitam.blogspot.com/2011/08/senaman-pilihan-tekan-tubi.html)

Tekan tubi mempunyai pelbagai kaedah dan variasi. Setiap kaedah akan memberi
manfaat yang berbeza. Antaranya:
1. Tapak Tangan (biasa)
2. Penumbuk
3. Jejari
4. Jarak Lebar (lepasi jarak bahu)
5. Segitiga (tengah dada)
6. Tepuk
7. Belakang Tangan


anat
Noor Haslida Binti Padzil (790502025064)

Anatomi dan Fisiologi
PJM3106

Rajah 1 : tekan tubi bagi lelaki dan wanita.

anat
Noor Haslida Binti Padzil (790502025064)

Anatomi dan Fisiologi
PJM3106
OBJEKTIF
Terdapat beberapa objektif kenapa analisis pergerakan kemahiran tekan tubi dibuat.
Antaranya ialah:

1. Analisis ini dilakukan sebagai melengkapkan tugasan mata pelajaran Anatomi dan
Fisiologi.
2. Sebagai panduan untuk mengetahui fungsi tekan tubi secara terperinci.
3. Mengetahui pergerakan otot, sendi dan tulang yang terlibat dalam aktiviti tekan tubi yang
dilakukan.
4. Memastikan setiap pergerakan dilakukan dengan betul dan mengikut prosedur yang
tepat.
5. Memahami bagaimana latihan jenis ini boleh dilaksanakan menggunakan rintangan berat
badan dengan memberikan satu cabaran terhadap kemampuan mengawal dan
mengimbangi berat badan semasa melakukan aktiviti latihan dengan posisi badan yang
betul.


PENERANGAN

Kemahiran
Senaman tekan tubi ini merupakan senaman yang berkesan ke atas bahagian atas
tubuh. Ianya boleh menampilkan susuk badan yang lebih menarik, membina otot bahagian
atas torso dan lengan. Tekan tubi adalah senaman yang paling berkesan untuk membina
bahagian atas torso kerana ia menggunakan berat badan itu sendiri sebagai rintangan.
Tekan tubi menguatkan otot bahagian atas badan terutama deltoids, pectoralis major, dan
triceps.

Cara melakukan tekan tubi dengan betul :
Suatu prinsip penting yang harus diingati adalah apabila anda melakukan tekan tubi
untuk mengekalkan torso pada satah yang mendatar.

anat
Noor Haslida Binti Padzil (790502025064)

Anatomi dan Fisiologi
PJM3106
1. Kaki dirapatkan serta selari, tangan diletakkan selari dengan dada. Bahagian torso badan
diturunkan secara mendatar ke lantai. Bahagian siku berada tinggi sedikit berbanding bahu.
Pada waktu ini bahagian tulang-tulang di tangan digunakan untuk menahan berat badan
kita.
2. Selepas itu kita menggunakan otot-otot dan tulang-tulang pada bahagian tangan untuk
menolak badan ke atas. Akan berlaku pengembangan dan pengecutan pada otot-otot agar
tulang-tulang kita mengalami pergerakan.
3. Tangan telah dilunjurkan atau diluruskan ke permukaan lantai. Bahagian tangan telah
sepenuhnya mengangkat beban badan kita sendiri. Bersedia untuk menurunkan badan
secara mendatar. Pastikan bahagian pinggang dan kaki di kunci atau tidak digerakkan.
(https://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=14&ved=0CH8QFj
AN&url=http%3A%2F%2Fwww.ssukan.smkrajaperempuanipoh.com%2FFLYERSSEGAK%2
520%2520pjpk.doc&ei=-iYfU6GhK4bYkgXE2YG)

Rajah 2 : langkah-langkah melakukan tekan tubi.

Otot
Otot merupakan jalinan jaringan dalam tubuh yang tugas utamanya mengucup.
Pengucupan otot digunakan untuk memindahkan bahagian-bahagian dalam tubuh.
(http://ms.wikipedia.org/wiki/Otot) Otot amat penting dalam pergerakan. Tanpa otot, tulang
tidak boleh bergerak dengan sendirinya. Tulang dan otot saling memerlukan bagi
menghasilkan pergerakan. Otot rangka dikenali sebagai otot terkawal atau otot berjalur serta
membaluti sistem rangka manusia. Tekanan diberikan kepada otot-otot adalah berbeza
anat
Noor Haslida Binti Padzil (790502025064)

Anatomi dan Fisiologi
PJM3106
mengikut otot-otot tertentu yang terlibat dengan sesuatu aktiviti yang ingin dilakukan. Bagi
aktiviti tekan tubi, penekanan diberikan kepada otot-otot yang terlibat seperti berikut :

1. Deltoid

Rajah 3: deltoid

2. Trapezius

Rajah 4: trapezius

anat
Noor Haslida Binti Padzil (790502025064)

Anatomi dan Fisiologi
PJM3106

3. Triseps brachii

Rajah 5: triseps brachii


4. Biseps brachi

Rajah 6: biseps brachii

anat
Noor Haslida Binti Padzil (790502025064)

Anatomi dan Fisiologi
PJM3106
Tulang
Sistem rangka manusia juga terlibat dalam pergerakan ini di mana dalam rangka
paksi, turus vertabra memainkan peranan begitu juga dengan rangka apendikular di mana
lengkungan pektoral akan memainkan peranannya juga. Seperti yang kita tahu sistem
rangka kita berfungsi untuk menggerakkan tubuh badan kita. Tulang ini bertindak sebagai
tuas apabila otot-otot yang melekat padanya menguncup.
Tulang-tulang yang yang terlibat dalam aktiviti tekan tubi ini ialah tulang di bahagian
tangan dan tulang belakang kita. Tulang belakang (vertebra) ini akan berfungsi
mendatarkan tubuh badan kita dalam keadaan satah ketika kita menurunkan badan kita ke
bawah. Tulang-tulang tangan juga memainkan peranan ketika aktiviti ini kerana kita akan
menggunakan kekuatan tangan sepenuhnya untuk menampung seluruh berat badan.
Diantara tulang yang terlibat dalam pergerakan ini ialah vertebra, humerus, radius,
ulna, metakarpal, karpal, falanks, tulang-tulang lain seperti skapula dan klavikel juga
terlibat dalam pergerakan ini.

1) Humerus

Rajah 7 : humerus

anat
Noor Haslida Binti Padzil (790502025064)

Anatomi dan Fisiologi
PJM3106

2) Radius dan ulna

Rajah 8 : radius dan ulna


3) Metacarpal, karpal, farlanks

Rajah 9 : Metacarpal, karpal, farlanks

anat
Noor Haslida Binti Padzil (790502025064)

Anatomi dan Fisiologi
PJM3106

1) Klavikel dan scapula

Rajah 9 : klavikel dan scapula


2) Vertebra

Rajah 10 : vetebra

anat
Noor Haslida Binti Padzil (790502025064)

Anatomi dan Fisiologi
PJM3106
Sendi
Sendi merupakan titik pertemuan antara tulang-tulang atau antara rawan dengan
tulang. Struktur sendi sangat mempengaruhi fungsinya. Pergerakan sendi ditentukan oleh
kelenturan (fleksibiliti) tisu perantaraan yang mengikat tulang, serta kedudukan ligamen, otot
dan tendon.




Rajah 11 : gambar sendi

anat
Noor Haslida Binti Padzil (790502025064)

Anatomi dan Fisiologi
PJM3106
Diantara sendi yang terlibat dalam melaksanakan aktiviti ini ialah :
Sendi bahu (sendi lesung)
Sendi siku (sendi engsel)

1) Sendi bahu (sendi lesung)
Sendi yang terbentuk antara hujung tulang yang berbentuk separuh bulat dengan
hujung tulang yang berbentuk lesung. Sendi ini membolehkan tulang bergerak pada semua
satah.
Contoh: sendi bahu

http://www.scribd.com/doc/34450180/lakuan-anatomi-dan-fisiologi-dalam-tahiyat-awal
Rajah 12



Rajah 13

anat
Noor Haslida Binti Padzil (790502025064)

Anatomi dan Fisiologi
PJM3106

2) Sendi siku (sendi engsel)
Sendi engsel bertindak seperti engsel yang hanya membolehkan pergerakan pada
satu satah
Contoh: sendi siku dan lutut.

Rajah 14



Rajah 15

anat
Noor Haslida Binti Padzil (790502025064)

Anatomi dan Fisiologi
PJM3106
Satah / aksi



Rajah 16 : satah / aksi dilakukan untuk latih tubi.



Semasa pergerakan ke atas (tangan diluruskan)
Semasa pergerakan ke atas (tangan dbengkokkan)
anat
Noor Haslida Binti Padzil (790502025064)

Anatomi dan Fisiologi
PJM3106

Senaman merupakan suatu amalan yang mudah untuk dipraktikkan. Ia tidak
memerlukan wang yang banyak hanya sedikit masa dan tenaga. Senaman didefinisikan
sebagai salah satu aktiviti fizikal yang perlu dilakukan dengan kerap, dalam jangka masa
tertentu, secara berulang dengan matlamat meningkatkan kecergasan dan kesihatan.
Secara umum senaman bertujuan mengekalkan tahap kecergasan individu.
Di antara senaman yang sering dilakukan ialah tekan tubi. Berdasarkan penjelasan
yang telah dibuat dalam tugasan ini, ternyata tekan tubi memberi banyak manafaat kepada
badan manusia apabila dilakukan secara berterusan. Tekan tubi mestilah dilakukan
mengikut kadar kemampuan badan. Hal ini kerana, lakuan tekan tubi yang melebihi
kemampuan kita akan memberi kesan yang teruk terhadap otot-otot badan. Ianya juga boleh
menyebabkan kita mengalami kelumpuhan kerana merosakan sistem saraf kita yang
berada di vertebra kita.
Senaman tekan tubi mestilah dilakukan dengan kaedah dan cara yang betul bagi
lelaki dan wanita. Kaedah dan cara diantara lelaki dan wanita melakukan tekan tubi adalah
berbeza. Oleh itu, guru atau pengajar mestilah mengajar kaedah dan cara yang betul
kepada pelaku supaya tiada kecederaan berlaku. Selain itu, keupayaan pelaku untuk
melakukan senaman ini adalah berbeza-beza. Oleh hal demikian, pengajar tidak boleh
memaksa pelaku untuk melakukan lebih daripada apa yang mereka mampu.
Kesimpulannya, senaman tekan tubi memberi banyak faedah kepada pelaku.
Tetapi, jika tersilap melaksanakannya ia juga boleh memberi kecederaan yang teruk kepada
pelaku.

anat
Noor Haslida Binti Padzil (790502025064)

Anatomi dan Fisiologi
PJM3106
REFLEKSI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.

Setinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya
dapat saya menyiapkan tugasan Pendidikan Jasmani PJM3106 ini dengan jayanya.
Sekalung penghargaan diberikan kepada pensyarah pembimbing, En. Zulkifli bin Mohd
Yusof diatas segala tunjuk ajar yang diberikan sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.
Tidak lupa juga rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa memberikan tunjuk ajar di kala
kebuntuan.
Pada semester ini, saya ditugaskan untuk menyiapkan tugasan PJM3106 yang
berkaitan dengan anatomi dan fisiologi. Tugasan yang diberikan bertajuk analisis
pergerakan, dimana saya dikehendaki memilih salah satu daripada kemahiran pergerakan
seperti tekan tubi. Saya telah memilih senaman tekan tubi untuk dianalisis dengan memberi
penekanan kepada aspek anatomi dan fisiologi seperti otot-otot utama, tulang, sendi, aksi
pergerakan, satah pergerakan dan sebagainya.
Senaman merupakan suatu amalan yang mudah untuk dipraktikkan. Ia tidak
memerlukan wang yang banyak, cuma memerlukan sedikit masa dan tenaga. Senaman
didefinisikan sebagai salah satu aktiviti fizikal yang perlu dilakukan dengan kerap dalam
jangka masa tertentu, secara berulang dengan matlamat meningkatkan kecergasan dan
kesihatan. Secara umum senaman bertujuan mengekalkan tahap kecergasan individu.
Di antara senaman yang sering dilakukan ialah tekan tubi. Berdasarkan penjelasan
yang telah dibuat dalam tugasan ini, ternyata tekan tubi memberi banyak manafaat kepada
badan manusia apabila dilakukan secara berterusan. Tekan tubi mestilah dilakukan
mengikut kadar kemampuan badan. Hal ini kerana, lakuan tekan tubi yang melebihi
kemampuan kita akan memberi kesan yang teruk terhadap otot-otot badan. Ianya juga boleh
menyebabkan kita mengalami kelumpuhan kerana merosakan sistem saraf yang terdapat
di bahagian vertebra.
Senaman tekan tubi mestilah dilakukan dengan kaedah dan cara yang betul bagi
lelaki dan wanita. Kaedah atau cara di antara lelaki dan wanita dalam melakukan tekan tubi
adalah berbeza. Oleh itu, guru atau pengajar mestilah mengajar kaedah atau cara yang
betul kepada murid supaya tiada kecederaan berlaku. Selain itu, keupayaan murid untuk
melakukan senaman ini adalah berbeza-beza. Oleh hal demikian, pengajar tidak boleh
memaksa murid untuk melakukan lebih daripada apa yang mereka mampu.
Kesimpulannya, senaman tekan tubi memberi banyak faedah kepada murid. Tetapi,
jika tersilap melaksanakannya ia juga boleh memberi kecederaan yang teruk kepada murid.

anat
Noor Haslida Binti Padzil (790502025064)

Anatomi dan Fisiologi
PJM3106
Sepanjang pelaksanaan kerja kursus ini saya dapat mengenali dan memahami
dengan lebih jelas mengenai sistem dan fungsi tubuh badan saya yang saya belum ketahui
sebelum ini. Anatomi dan fisiologi mengajarsaya untuk lebih mengambil berat perihal
penjagaan kesihatan dan tubuh badan saya. Selain itu, saya baru mengatahui bahawa di
dalam badan kita terdapat 206 tulang bagi orang dewasa dan setiap jenis tulang mempunyai
fungsi dan sifatnya yang tertentu. Kesemua tulang tersebut memberi sokongan dan
pergerakkan terhadap badan saya.
Banyak lagi fakta yang berguna yang mampu saya praktik dan amalkan dalam
kehidupan seharian saya juga dalam menjaga kesihatan tubuh badan saya daripada
penyakit berbahaya. Melalui kerja kursus ini juga saya dapat mempelajari cara membuat cd
interaktif menggunakan perisian power point dan window movie maker. Banyak ilmu
mengenai komputer yang baru saya temui dan berguna untuk saya pada masa hadapan.
Selain itu, saya juga mampu untuk mencipta cd interaktif sendiri pada masa hadapan
sebagai alat bantu mengajar. Hal ini, dapat merangsang dan membantu saya dalam
membina kefahaman yang lebih tinggi.
Penghasilan peta minda berkaitan tulang, sendi dan otot mampu menjana tahap
kefahaman saya berkaitan topik yang dibaca. Ini sekaligus membantu saya untuk
mengulangkaji dengan baik. Kekangan masa sebagi seorang guru, membuatkan saya tidak
sempat untuk mengulangkaji. Dengan adanya tugasan ini ia mampu membantu saya dalam
membuat ulangkaji dua dalam satu. Saya dapat menyiapkan tugasan sekaligus membuat
ulangkaji secara tidak langsung. Peta minda yang dibuat juga dapat saya gunakan sebagai
bahan ulangkaji untuk peperiksaan kelak.
Akhir kalam jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada sesiapa yang menolong
saya secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan tugasan ini. Banyak
pengalaman dan input yang berguna telah saya perolehi. harapan saya agar dapat
menggunakan ilmu dan input tersebut pada masa hadapan. Juga diharapkan segala input-
input yang saya persembahkan dapat memberi sedikit sebanyak manafaat kepada semua
yang memerlukan.

Sekian. Terima Kasih.

(NOOR HASLIDA BINTI PADZIL)
(790502-02-5064)



anat
Noor Haslida Binti Padzil (790502025064)

Anatomi dan Fisiologi
PJM3106
BAHAN BUKU
D.T.D. Hughes & P.T. Marshall. (2000). Ilmu Kesihatan Tropika. Shah Alam: Freemind
Horizons Sdn. Bhd.
Hilda Fronske. (2008). Teaching Cues for Sport Skills for Secondary School Students.
United States of America: Pearson Benjamin Cummings Inc.
Indu Khurana, Arushi Khurana, Cheng Hwee Ming, Lakhsmi Selvaratnam, Lee Wan Ling &
Than Soo Nyet. (2010). Fundamentals of Anatomy and Physiology for Nursing and
Allied Health. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Kamaludin A. Rashid. (2006). Biology for STPM Volume 1. Malaysia: Thomson Asia Pte.
Ltd.
Rex Hazeldine. 2000. Fitness For Sport. Great Britain. The Crowood Press
Robert S. Behnke. (2001). Kinetic Anatomy. United States of America: Human Kinetics.

BAHAN INTERNET
Anatomi dan Fisiologi Dalam Tahiyat Awal. Dipetik pada 10April 2014 daripada:
http://www.scribd.com/doc/34450180/lakuan-anatomi-dan-fisiologi-dalam-tahiyat-
awal
Flyers Segak. Dipetik pada 10April 2014 daripada:
https://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=14&ved=0
CH8QFjAN&url=http%3A%2F%2Fwww.ssukan.smkrajaperempuanipoh.com%2FFLY
ERSSEGAK%2520%2520pjpk.doc&ei=-iYfU6GhK4bYkgXE2YG
Otot. Dipetik pada 10April 2014 daripada: http://ms.wikipedia.org/wiki/Otot
Senaman Pilihan. Dipetik pada 10April 2014 daripada:
http://chulahitam.blogspot.com/2011/08/senaman-pilihan-tekan-tubi.html
Tekan Tubi. Dipetik pada 10April 2014 daripada:
http://www.scribd.com/doc/53968503/Tekan-Tubi




anat
Noor Haslida Binti Padzil (790502025064)

Anatomi dan Fisiologi
PJM3106

Vous aimerez peut-être aussi