Vous êtes sur la page 1sur 26

SENARAI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN

2.0 PROFIL PERNIAGAAN (AIR ASIA)

3.0 ANALISIS PRESTASI PERNIAGAAN
3.1 Penyata Kewangan
3.1.1 Penyata Pendapatan
3.1.2 Penyata Aliran Tunai
3.1.3 Kunci Kira-Kira
3.2 Nisbah Kewangan
3.2.1 Nisbah Keuntungan
3.2.2 Nisbah Kecairan
3.2.3 Nisbah Leverage (Hutang)
3.2.4 Nisbah Aktiviti (Pengurusan Aset)
3.2.5 Nisbah Nilai Pasaran

4.0 PENILAIAN PRESTASI PERNIAGAAN

5.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN ATAS KELEMAHAN DALAM
MENINGKATKAN KEMBALI PRESTASI PERNIAGAAN

6.0 RUMUSAN

7.0 REFLEKSI






1.0 PENGENALAN
Prestasi perniagaan merupakan salah satu isu utama yang dititik beratkan oleh pihak-
pihak yang berkepentingan dalam sesebuah firma termasuklah pemilik, pelabur, pembekal dan
pekerja. Prestasi yang kukuh merupakan matlamat utama kepada setiap firma Perusahaan.
kekukuhan prestasi akan membolehkan firma dan masyarakat memperoleh faedah melalui
penarikan sumber, mencipta peluang pekerjaan dan mencipta kekayaan. Firma yang
berprestasi rendah selalunya kurang kompetitif dan akan mengalami kesulitan kewangan.

Prestasi kewangan sesebuah syarikat dinilai berpandukan penyata kewangan syarikat
tersebut. Penyata Kewangan merupakan satu struktur kewangan yang mengandungi Kunci
Kira-kira, Penyata Pendapatan, Penyata Pergerakan di dalam Ekuiti, Penyata Aliran Tunai dan
Polisi Perakaunan dan Nota Penjelasan yang berfungsi untuk mempersembahkan kedudukan
kewangan sesebuah entiti perniagaan.

Maklumat yang sering dilihat dalam penyata kewangan ialah Aset, Liabiliti, Ekuiti,
Untung dan Rugi dan Aliran Tunai. Analisis nisbah yang boleh digunakan dalam mengukur
prestasi ialah nisbah-nisbah keberuntungan (profitability ratios), nisbah-nisbah kecekapan
(efficiency ratios), dan nisbah-nisbah kecairan (liquidity ratios).

Analisis sesebuah perniagaan memerlukan beberapa maklumat penting untuk
meningkatkan atau membaiki sesuatu perniagaan. Kebiasaannya analisis menggunakan
ringkasan kewangan yang utama: penyata pendapatan (penyata untung rugi), kunci kira-kira
dan penyata aliran tunai. Penyata pendapatan penting untuk menunjukkan prestasi perniagaan
sepanjang tahun tersebut.

Daripada penyata ini, gambaran tentang pulangan pelbagai sumber setelah ditolak
semua perbelanjaan akan diperolehi. Kunci kira-kira merupakan maklumat yang penting untuk
membandingkan perubahan yang berlaku tahun ke setahun ataupun untuk beberapa tahun.
Penyata aliran tunai pula dapat membantu analisis dengan menunjukkan punca-punca dan
kegunaan tunai sepanjang tahun. Ianya juga dapat membantu bila keperluan tunai diperlukan.




2.0 PROFIL PERNIAGAAN (AIR ASIA)
Syarikat penerbangan terkemuka Asia ini ditubuhkan dengan impian untuk
membolehkan semua orang terbang. Sejak tahun 2001, Air Asia telah memecahkan kebiasaan
industri perjalanan sedunia dan meningkat dengan pantas untuk menjadi syarikat penerbangan
terbaik di dunia. Dengan rangkaian laluan yang meliputi lebih daripada 20 buah negara, Air Asia
terus mengorak langkah untuk penerbangan tambang murah melalui penyelesaian yang
inovatif, proses yang cekap dan usaha yang bersungguh-sungguh dalam perniagaan. Bersama-
sama syarikat sekutu kami iaitu Air Asia X, Air Asia Thai, Air Asia Indonesia dan Philippines'
AirAsia Inc., kami bersedia untuk membawa penerbangan tambang murah ke tahap yang lebih
tinggi sejajar dengan dasar kami, "Kini Sesiapapun Boleh Terbang".

Syarikat Air Asia merupakan penerbangan nasional kedua di Malaysia. Dengan
berpaksikan tambang rendah yang mampu bayar oleh sesiapa pun, khidmat AIR ASIA
BERHAD mendapat permintaan yang tinggi. Air Asia Sdn Bhd adalah sebuah syarikat berhad
menurut syer dan sendirian yang telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965. Di
tubuhkan pada 20 Disember 1993 dan dimiliki penuh oleh DRB-HICOM. Ia menjalankan
perniagaan dalam industri perkhidmatan penerbangan. Pada pertengahan tahun 2004, Air Asia
Sdn Bhd menanggung beban hutang yang terlalu tinggi. Justeru ianya dijual kepada Tune Air
dengan harga seringgit sesaham. Pada 8 Jun 2004, jenis syarikat ini telah ditukar dari syarikat
sendirian kepada syarikat awam dengan nama AIR ASIA BERHAD.

Produk dan Perkhidmatan
Penyusunan semula organisasi AIR ASIA BERHAD dengan imej dan konsep yang baru
membawa kepada perubahan besar dan memperoleh keuntungan dalam tempoh masa yang
pendek. AIR ASIA BERHAD juga berjaya merevolusikan industri penerbangan serantau. Tujuan
utama AIR ASIA BERHAD ditubuhkan ialah untuk menyediakan perkhidmatan penerbangan
yang mampu digunakan oleh semua lapisan pengguna. Justeru, kos yang murah, kekerapan
jadual penerbangan, lokasi yang menarik, dan perjalanan yang mudah, selesa dan
menyeronokkan menjadi landasan utama perniagaan AIR ASIA BERHAD. Antara lokasi-lokasi
singgahan ialah lokasi-lokasi utama di Malaysia, Bangkok, Thailand, Singapura, Filipina dan
China (Macau dan Xiamen).

Dalam bulan Ogos 2003, Air Asia menjadi syarikat penerbangan pertama di
dunia yang memperkenalkan penempahan melalui SMS yang membolehkan penumpang untuk
menempah tempat duduk, memeriksa jadual penerbangan dan mendapatkan berita promosi
terkini AIR ASIA BERHAD dengan menggunakan telefon bimbit mereka. AIR ASIA BERHAD
juga telah memperkenalkan GO Holiday, program online syarikat penerbangan ini yang
membenarkan penumpang untuk menempah pakej percutian online secara masa nyata. Kertas
kerja ini akan menyentuh beberapa aspek penting dalam membangun dan merancang projek-
projek syarikat seperti perancangan keseluruhan, organisasi, kepimpinan dan kawalan. Di akhir
kertas-kerja, beberapa cadangan untuk mempertingkatkan pencapaian syarikat akan dikupas.

Visi
Menjadi syarikat penerbangan tambang rendah terbesar di Asia dan memberikan
perkhidmatan kepada 3 bilion orang yang kini tidak mendapat perkhidmatan yang maksimum
kerana sambungan yang kurang dan tambang yang tinggi.

Misi
Pekerja dilayan seperti ahli sebuah keluarga besar dan menjadi syarikat terbaik untuk
bekerja.
Mencipta jenama ASEAN yang dikenali dunia.
Mencapai kos terendah yang menjadikan sesiapapun boleh terbang dengan AirAsia.
Mengekalkan produk berkualiti paling tinggi, merangkumi teknologi bagi mengurangkan
kos dan menambah tahap perkhidmatan.

Nilai
Kami menjadikan model tambang rendah menjadi mungkin dengan perlaksanaan
strategi penting seperti berikut:
Utamakan Keselamatan:
Perkongsian dengan penyedia penyelenggaraan paling terkenal dunia dan mematuhi
pengendalian syarikat penerbangan dunia.
Penggunaan Pesawat secara maksimum:
Perlaksanaan waktu patah balik terpantas di rantau ini dengan hanya 25 minit,
memastikan kos yang lebih rendah dan produktiviti lebih tinggi.
Tambang Rendah, Tidak berlebihan:
Menyediakan perkhidmatan dengan pilihan mengikut kesesuaian tanpa mengabaikan
kualiti dan perkhidmatan.
Operasi Lebih Cekap:
Memastikan proses yang semudah mungkin dan efisien.
Sistem Pengedaran:
Menawarkan ruangan pengedaran yang lebih luas dan inovatif untuk membuat
tempahan dan perjalanan lebih mudah.
Jaringan Point ke Point:
Menghubungkan jaringan Point to Point mengekalkan operasi mudah dan kos rendah.

3.0 ANALISIS PRESTASI PERNIAGAAN
Dalam bidang kewangan, analisis nisbah adalah suatu teknik yang boleh digunakan oleh
penganalisis kewangan atau sesiapa sahaja bagi mengesan prestasi dan kedudukan kewangan
sesebuah organisasi perniagaan. Sebagai contoh, nisbah semasa syarikat membolehkan
penganalisis menentukan sama ada sesebuah syarikat itu berupaya membayar obligasi jangka
pendeknya apabila ia matang.

Terdapat banyak lagi nisbah-nisbah kewangan lain seperti nisbah semasa diatas yang
membolehkan kita mengukur pencapaian satu-satu syarikat, namun ia boleh memberi makna
sekiranya aktiviti perbandingan dapat dijalankan ke atasnisbah-nisbah ini. Antara teknik
perbandingan yang boleh dilakukan adalah analisis arah aliran dan analisis keratan rentas.
Dua kaedah yang biasa digunakan untuk menganalisis penyata kewangan
ialah Analisis Perbandingan dan Analisis Nisbah.

3.1 Penyata Kewangan
Penyata Kewangan merupakan satu struktur kewangan yang mengandungi Kunci Kira-
kira, Penyata Pendapatan, Penyata Pergerakan di dalam Ekuiti, Penyata Aliran Tunai dan Polisi
Perakaunan dan Nota Penjelasan yang berfungsi untuk mempersembahkan kedudukan
kewangan sesebuah entiti perniagaan. Maklumat yang sering dilihat dalam penyata kewangan
ialah Aset, Liabiliti, Ekuiti, Untung dan Rugi dan Aliran Tunai. Analisis nisbah yang boleh
digunakan dalam mengukur prestasi ialah nisbah-nisbah keberuntungan (profitability ratios),
nisbah-nisbah kecekapan (efficiency ratios), dan nisbah-nisbah kecairan (liquidity ratios).


3.1.1 Penyata Pendapatan
Penyata pendapatan penting untuk menunjukkan prestasi perniagaan sepanjang tahun
tersebut. Daripada penyata ini, gambaran tentang pulangan pelbagai sumber setelah ditolak
semua perbelanjaan akan diperolehi. Kunci kira-kira merupakan maklumat yang penting untuk
membandingkan perubahan yang berlaku tahun ke setahun ataupun untuk beberapa tahun.
Penyata aliran tunai pula dapat membantu analisis dengan menunjukkan punca-punca dan
kegunaan tunai sepanjang tahun. Ianya juga dapat membantu bila keperluan tunai diperlukan.

Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 December 2011
2011
Rm000
2010
Rm000
2011
Rm000
2010
Rm000
Note
Revenue 4
Operating expenses
- Staff costs 5
- Depreciation of property, plant and
equipment 12
- Aircraft fuel expenses
- Maintenance and overhaul
- User charges and other related expenses
- Aircraft operating lease expenses
- Travel and tour operating expenses
- Other operating expenses 6
Other losses net 7
Other income 8
4,495,141

(484,177
(570,909)
(1,759,868)
(86,698)
(386,868)
(80,655)
(36,555)
(163,747)
(55,501)
292,357
3,948,095

(360,785)
(519,984)
(1,210,108)
(92,646)
(383,431)
(65,692)
(69,634)
(192,381)
(22,416)
35,943
4,449,933

(482,526)
(570,755)
(1,759,868)
(86,698)
(385,565)
(80,655)
-
(153,688)
(55,501)
292,156
3,864,459

(358,941)
(519,958)
(1,210,108)
(92,646)
(383,431)
(65,692)
-
(186,017)
(22,416)
35,367
Operating profit
Finance income 9
Finance cost 9
1,162,520
66,078
(377,894)
1,066,961
66,699
(384,340)
1,166,833
66,056
(377,865)
1,060,617
66,689
(384,336)
Net operating profit
Foreign exchange (loss)/gain on borrowings 9
Foreign exchange gain/(loss) on amounts due
from associates and jointly-controlled entities
Share of results of jointly controlled entities 14
Share of results of associates 15

850,704
(93,472)

13,457
11,980
(5,652)
749,320
439,514

(89,978)
-
-
855,024
(93,472)

13,457
-
-
742,970
439,514

(89,978)
-
-

Profit before taxation

Taxation
- Current taxation 10
777,017


(18,533)
1,098,856


(5,431)
775,009

(5,431)
(203,109)
1,092,506

(5,417)
(32,014)
- Deferred taxation 10

(203,160)

(221,693)
(32,014)

(37,445)

(221,642)

(37,431)

Net profit for the financial year 555,324 1,061,411 553,367 1,055,075

Earnings per share (sen)- Basic 11
- Diluted 11

200
200

38.4
3.83





3.1.2 Penyata Aliran Tunai
Penyata aliran tunai menunjukkan pergerakan tunai ke dalam atau keluar suatu
perniagaan, projek, atau produk kewangan. Ia biasanya diukur semasa satu tempoh masa yang
ditentukan. Pengukuran aliran tunai boleh digunakan untuk mengira parameter lain yang
memberikan maklumat mengenai suatu nilai dan keadaan sebuah syarikat. Penyata Aliran tunai
boleh digunakan untuk mengira parameter-parameter:

untuk mengukur kadar pulangan atau nilai sebuah projek. Tempoh aliran tunai masuk
dan keluar projek-projek digunakan sebagai input-input di dalam model kewangan
seperti kadar pulangan dalaman dan nilai kini bersih.
untuk menilai masalah-masalah dengan satu kecairan perniagaan. Being profitable does
not necessarily mean being liquid. Satu syarikat boleh gagal disebabkan oleh
kekurangan tunai walaupun semasa di dalam keuntungan.
sebagai satu pengukuran alternatif bagi suatu keuntungan perniagaan apabila ia
dipercayai bahawa konsep-konsep Perakaunan terakru tidak mewakili realiti-realiti
ekonomi. Sebagai contoh, satu syarikat mungkin nampak untung tetapi menjana sedikit
operasi tunai company may be notionally profitable but generating little operational cash
(kerana ia mungkin kes untuk satu syarikat yang menukar produk-produk daripada
menjualnya secara tunai). Di dalam kes tersebut, syarikat itu mungkin mendapat
tambahan tunai dengan menerbitkan saham-saham dan menaikkan kewangan debit.
aliran tunai boleh digunakan untuk menilai 'kualiti' pendapatan yang dijana oleh
perakaunan terakru. Apabila pendapatan bersih ini mengandungi item-item bukan tunai
yang besar ia dianggap berkualiti rendah.
untuk menilai risiko-risiko di dalam satu produk kewangan,

Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 December 2011
2011
Rm000
2010
Rm000
2011
Rm000
2010
Rm000

CASH FLO WS FROM OPERATING ACTIVITIES
Profit before taxation 777,017 1,098,856 775,009 1,092,506
Adjustments:
Property, plant and equipment

- Depreciation
- Write off
- Impairment
- Gain on disposals
Impairment loss on goodwill
Impairment of investment in subsidiary
Amortisation of other investments
Unwinding of discount on related party
receivables
Fair value (gains)/losses on derivative financial
instruments
Share of results of jointly controlled entities
Share of results of associates
Net unrealised foreign exchange loss/(gain)
Interest expense
Interest income



570,909
1,089
16,983
(198,923)
1,404
-
25
(22,656)
(41,515)

(11,980)
5,652
150,234
368,007
(43,422)



519,984
-
6,996
(1,311)
-
-
12
(9,647)
295,028

-
-(586,755)
374,364
(66,699)




570,755
-
16,983
(198,923)
-
1,904
25
(22,656)
(41,515)

-
-
150,234
368,007
(43,422)



519,958
-
6,996
(1,311)
-
-
12
(9,647)
295,028

-
-
(586,760)
374,364
(66,689)


Changes in working capital:
Inventories
Receivables and prepayments
Trade and other payables
Related party balances
1,572,824


(2,177)
(261,860)
272,573
169,205
1,630,828


3,311
(162,883)
63,453
393,568
1,576,401


(2,725)
(252,196)
235,716
97,760
1,624,457


3,311
(139,046)
35,177
401,920

Cash generated from operations
Interest paid
Interest received
1,750,565
(367,707)
43,422
1,928,277
(379,099)
57,052
1,654,956
(367,707)
43,422
1,925,819
(379,099)
57,042
Tax paid (22,381) (11,808) (21,430) (11,319)
Net cash from operating activities 1,403,899 1,594,422 1,309,241 1,59

CASH FLOWS FROM INVESTING ACTIVITIES
Property, plant and equipment
- Additions
- Proceeds from disposals
Investment in a subsidiary company -
Investment in a jointly-controlled entity
Investment in an associate)
Deposits on aircraft purchase
Purchases of available-for-sale financial assets



(612,393)
387,960
-(111,674)
(44,702)
(106,662
-


(1,902,833)
-
-
-
-
50,808
(16,000)


(612,294)
387, 960
-
(81,559)
-(106,662)
-


(1,902,253)
-
3,190
-
-
50,808
(16,000)
Net cash used in investing activities (487,471) (1,868,025) (412,555) (1,870,635)

CASH FLO WS FROM FINANCING
ACTIVITIES
Proceeds from allotment of shares
Hire-purchase instalments paid
Proceeds from borrowings
Repayment of borrowings
Dividends paid
Deposits released/(pledged) as securities


5,021
(15)
508,148
(752,224)
(76,965)
16,395



16,948
(57)
1,587,597
(572,580)
-
(942)



5,021
(15)
508,148
(752,224)
(76,965)
16,395



16,948
(57)
1,587,597
(572,580)
-
(942)

Net cash (used in)/from financing activities (299,640) 1,030,966 (299,640) 1,030,966
NET INCREASE FOR THE FINANCIAL YEAR
616
788 757 363 597 046 752 774
CASH AND CASH EQUIVALENTS AT
BEGINNING OF THE FINANCIAL YEAR 1
475 828 718 4651 470



3.1.3 Kunci Kira-Kira
Kunci kira-kira merupakan penyata yang menunjukkan kedudukan kewangan sesebuah
perniagaan. Maklumat-maklumat yang terkandung dalam Kunci Kira-kira ialah nama
perniagaan, tajuk Kunci Kira-kira, butiran dan nilai aset, butiran dan nilai liabiliti,serta butiran
dan nilai ekuiti pemilik. Tujuan Kunci Kira-kira disediakan adalah untuk mengetahui kedudukan
kewangan sesebuah perniagaan seperti jumlah aset, hutang, dan modal bagi suatu tempoh
perakaunan.

Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 December 2011
Group Company
2011
RM000
2010
RM000
2011
RM000
2010
RM000

NON-CURRENT ASSETS

Property, plant and equipment 12
Investment in subsidiaries 13
Investment in jointly controlled entities 14
Investment in associates 15
Available-for-sale financial assets 16
Other investments 17
Goodwill 18
Deferred tax assets 19
Receivables and prepayments 20
Deposits on aircraft purchase 21
Amount due from an associate 22
Derivative financial instruments 23



8,586,451
-
123,654
39,079
152,942
-
7334
516,100
15,548
112,228
513,614
44,811


9,318,041
-
-
29
152,942
25
8,738
719,260
23,593
-
117,964
25,544


8,586,146
23,480
81,559
29
152,942
-
-
516,151
15,548
112,228
513,614
44,811


9,316,592
25,384
-
29
125,942
25
-
719260
23,593
-
117,964
25,544
10,111,76
1
10,366,13
6
10,046,50
8
0,381,333
CURRENT ASSETS
Inventories 24
Receivables and prepayments 20
Deposits on aircraft purchase 21
Derivative financial instruments 23
Amounts due from subsidiaries 25
Amount due from a jointly controlled entity 26
Amounts due from associates 22
Deposits, cash and bank balances 27
Current tax recoverable

19,730
1,109,775
255,540
7,659
-
4,526
289,242
2,105,010
2,216

17,553
841,122
248,684
-
-
99,802
162,386
1,504,617
-

19,730
1,081,125
255,540
7,659
105,409
4,526
289,492
2,079,712
1,942

17,005
815,921
248,684
-
432,382
-
162,386
1,499,081
-

3,793,948 2,874,164 3,845,135 3,175,439
LESS : CURRENT LIABILITIES
Trade and other payables 28
Sales in advance
Amounts due to subsidiaries 29
Amounts due to jointly controlled entities 26
Amount due to an associate 22
Amount due to a related party 29
Hire-purchase payables 30
Borrowings 31
Derivative financial instruments 23
Current tax liabilities

1,137,232
389,833
-
19,761
4,444
10,560
-
594,231
38,011
-

912,943
328,549
-
-
5,223
41,262
15
533,967
-
1,632

1,103,063
376,628
5,605
50,087
4,444
10,560
-
584,231
38,011
-


884,344
307,987
44,251
322,614
5,223
41,262
15
-
955
2,194,072 1,843,591 2,182,629 2,160,618
NET CURRENT ASSETS 1,599,876 1,030,573 1,662,506 1,014,821
NON-CURRENT LIABILITIES
Borrowings 31
Derivative financial instruments 23

7,186,919
488,321

7,302,884
452,865

7,186,919
488,321

7,302,884
452,865
7,675,240 7,755,749 7,675,240 7,755,749
4,036,397 3,640,960 4,033,774 3,640,405
CAPITAL AND RESERVES
Share capital 32
Share premium
Foreign exchange reserve -
Retained earnings 33
Other reserves

277,809
1,226,150
596
2,580,930
(49,088)

277,344
1,221,594
485
2,102,571
38,966

277,809
1,226,150
-
2,578,903
(49,088)

277,344
1,221,594
-
2,102,501
38,966
Shareholders equity 4,036,397 3,640,960 4,033,774 3,640,405









3.2 Nisbah Kewangan
Terdapat 4 nisbah kewangan
a) Nisbah Keuntungan
i) Nisbah Margin Untung Kasar
ii) Nisbah Margin Untung Bersih
iii) Nisbah Pulangan Aset
iv) Nisbah Pulangan Atas Ekuiti

b) Nisbah Kecairan
i) Nisbah semasa
ii) Nisbah cepat

c) Nisbah Leverage (Hutang)
i) Nisbah Hutang
ii) Nisbah Hutang : Ekuiti

d) Nisbah Aktiviti (Pengurusan Aset)
i) Pusing Ganti Aset Tetap
ii) Pusing Ganti Aset
iii) Pusing Ganti
iv) Pusing Ganti Akaun Belum Terima
v) Tempoh Kutipan Purata.

3.2.6 Nisbah Keuntungan
a) Nisbah Margin Untung Bersih
Menilai kemampuan pihak pengugurusan mengawal perbelajaan operasi dan
mendapatkan keuntungan daripada jualan.

Untung Bersih_
Jualan Bersih

Tahun 2011 : 553,324 / 1,162,520 x 100% = 48%
Tahun 2010 : 1,061,411 / 1.066,961 x 100% = 99%

X 100% =
Nisbah ini menunjukkan margin untung bersih daripada jualan sebelum ditolak
semua belanja-belanja yang terlibat adalah 48 peratus. Dengan perkataan lain, daripada
setiap ringgit jualan, perniagaan memperoleh untung kasar sebanyak RM 48.

b) Nisbah Pulangan Atas Aset
Mengukur keuntungan firm secara keseluruhan

Untung Bersih
Jumlah Aset

Tahun 2011 : 555,324 / 3,793,948 x 100% = 15%
Tahun 2010 : 1061,411 / 2,874,164 x 100%= 37%

Pada tahun 2011, Kadar pulangan adalah 15%.. Pada tahun 2010 kadar
pulangan Ini menunjukkan syarikat mendapat 37%. Ini menunjukkan kadar pulangan
asset pada tahun 2011 menurun jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya. Oleh itu,
syarikat perlu meningkatkan keuntungan pada masa akan dating bagi mendapat
pulangan yang tinggi.

d) Nisbah Pulangan Atas Ekuiti
Mengukur jumlah pulangan yang diperoleh bagi setiap ringgit yang dilaburkan

Untung Bersih
Jumlah Ekuiti

Tahun 2011 : 555,324 / 4,036,397 x 100% = 14%
Tahun 2010 : 1061,411 / 3,640,960 x 100% = 29%

Pada tahun 2011, pulangan adalah sebanyak 14% manakala pada tahun 2010
pula sebanyak 29%. Pelaabur mungkin tidak puas hati dengan pulangan atas ekuiti
yang menurun berbanding tahun sebelumnya. Berdasarkan prestasi ini pihak pelabur
akan menilai kembali pulangan atas ekuiti dan akan membuat keputusan sama ada
untuk membuat pelaburan lagi atau sebaliknya.

X 100% =
X 100% =
3.2.7 Nisbah Kecairan
a) Nisbah semasa
Menilai tahap kecairan firm dan kebolehan syarikat untuk membayar hutang jangka
pendek.

Aset Semasa_
Liabiliti Semasa

Tahun 2011 : 1,599,876 / 2,194,072 = 0.72
Tahun 2010 : 1,030,573 / 1,843,591 = 0.56

Berdasarkan kepada pengiraan di atas didapati bahawa syarikat tersebut
mempunyai aset semasa lebih rendah daripada liabiliti semasa. Ini bermakna syarikat
menyediakan RM 0.72 aset semasa bagi tujuan pembayaran semula. Baki bagi
pembayaran semula adalah RM 0.56 apabila RM 1 liabiliti semasa dituntut.

b) Nisbah cepat
Kemampuan firm untuk membayar hutang jangka pendek dengan cepat tanpa
bergantung pada stok akhir.

Aset Semasa Stok Akhir
Liabiliti Semasa

Tahun 2011 : 1,599,876 19,730 / 2,194,072 = 0.72
Tahun 2010 : 1,030,573 17,553 / 1,030,573 = 1.0

Berdasarkan kepada pengiraan diatas didapati nisbah cair kurang daripada RM 1
yangg membawa maksud jumlah aset yang boleh ditunaikan adalah kurang daripada
liabilitI semasa. Syarikat mempunyai baki RM 0.72 bagi setiap RM 1 libiliti yang dituntut.
Nisbah ini adalah berada pada tahap kecairan yang kurang baik tanpa bergantung pada
stok akhir.



3.2.8 Nisbah Leverage (Hutang)

a) Nisbah Hutang
Mengukur peratusan jumlah aset yang diperolehi melalui pembiayaan hutang.

Jumlah Liabiliti_
Jumlah Aset

Tahun 2011 : 2,194,072 / 1,559,876 x 100% = 2.1%
Tahun 2010 : 1,843,591 / 1,030,573 x 100% = 178%

Berdasarkan pengiraan di atas didapati bahawa nisbah hutang adalah 51.80%.
Setiap RM1 aset yang diberi oleh syarikat, ia masih berhutang sebanyak 51.80 sen.
Hutang tahun 2011 kurang dari hutang tahun 2010.

b) Nisbah Hutang : Ekuiti
Pertambahan menunjukkan hutang jangka panjang semakin banyak digunakan untuk
membiayai syarikat.

Jumlah Hutang__
Jumlah Ekuiti Pemilik

Tahun 2011 : 2,194,072 / 4, 036,397 x 100% = 54%
Tahun 2010 : 1,843,591 / 3,640,960 x 100% = 51%

Berdasarkan pengiraan di atas didapati bahawa nisbah hutang/ekuiti adalah
54%. Ini menunjukkan hutang syarikat pada masa panjang semakin banyak digunakan
untuk membiayai syarikat.






X 100% =
X 100% =
c) Nisbah Perlindungan Faedah

Pendpatan sebelum cukai + Belanja Faedah
Belanja Faedah

Tahun 2011 : 777,017 + 43,422 / 43,422 = 18.9
Tahun 2010 : 1,098,856 + 66,699 / 66,699 = 17.5

Pada tahun 2011, syarikat mempunyai nilai perlindungan sebanyak 18.9
manakala pada tahun 2010 ia adalah 17.5. Ini menunjukkan perlindungan perlindungan
faedah bertambah pada tahun 2011.

3.2.9 Nisbah Aktiviti (Pengurusan Aset)
Nisbah pengurusan asset adalah terdiri daripada pusing ganti asset tetap, pusing
ganti jumlah asset, pusing ganti inventori, dan mengira tempoh pungutan purata.


a) Pusing Ganti Aset Tetap
Mengukur kecekapan syarikat dalam menggunakan asset tetap syarikat untuk
menjanakan jualan.

Kos Jualan
Aset tetap bersih

Tahun 2011 : 377,894 / 1,559,876 = 0.24
Tahun 2010 : 384,340 / 1,030,573 = 0.37

Aset tetap pada tahun 2011 rendah dar tahun 2010. Syarikat banyak membuat
pelaburan asset berbanding jumlah jualan syarikat. Syarikat perlu ,eningkatkan jualan
dan mengurangkan asset yang dirasakan tidak proaktif.




b) Pusing Gani Jumlah Aset
Mengukur kecekapan syarikat atau perniagaan menggunakan aset untuk menjana
jualan.

Penghutang
Jualan Kredit (bersih)

Tahun 2011 : 1,137,232 / 2,194,072 = 0.5
Tahun 2010 : 912,943 / 1,843,591 = 0.4

Pusingan asset pada tahun 2011 dan 2010 hampir sama. Ini menunjukkan
syarikat Berjaya membuat jualan tinggi berbanding asset tetap tahun 2010. Ini
menunjukkan syarikat membuat banyak pelaburan untuk asset tetap berbanding jumlah
jualan.

c) Pusing Ganti Inventori
Mengukur kecairan inventori sebuah syarikat.

Kos Barang Dijual
Inventori

Tahun 2011 : 377,894 /19,730 = 19.2
Tahun 2010 : 384,340 / 17,553 = 21.90

Pada tahun 2011 pusing ganti inventori lebih lewat iaitu 19.2 kali dalam setahun.
Syarikat mempunyai barangan yang cepat terjual. Syarikat tidak menanggung kos
inventori yang tinggi. Namun begitu, nisbah ini tidak memberi gambaran bagi jualan
yang baik terhadap barangan bermusim.






X 365 hari =
d) Tempoh Pungutan Purata

Mengukur kekerapan purata (kali)penghutang dapat dikutip dalam suatu tempoh
tertentu.

Penghutang
Jualan Bersih/Kredit sehari

Tahun 2011 : 1,137,232 / 299,640 = 5 hari
Tahun 2010 : 912, 943 / 1,030,966 = 1 hari

Berdasarkan kepada pengiraan di atas, syarikat tersebut mngambil masa selama
5 hari bagi memungut akaun-akaun belum terima. Syarikat ini perlu menjelaskan liabiliti
syarikat dari semasa ke semasa secara tunai. Pada tahun 2011 syarikat menerima
bayaran tunai dalam masa lebih kurang 189 hari. Pada tahun 2010 pula, syarikat
menerima bayaran tunai dalam masa lebih kurang 181 hari. Ini menunjukkan pada tahun
2011, terdapat kelewatan mengutip hutang berbanding tahun 2010. Syarikat perlu
memastikan bayaran hutang diterima cepat untuk mengelakkan risiko kekurangan modal
pusingan dalam syarikat.

3.2.10 Nisbah Nilai Pasaran
Menunjukkan amaun ringgit yang sanggup dibayar oleh pelabur untuk setiap
ringgit keuntungan yang dijanakan oleh syarikat.

a) Nisbah Harga Perolehan

Untung bersih___
Jumlah Saham Biasa Diterbitkan

Tahun 2011 : 555,324 / 5,652 = 55.53
Tahun 2010 : 1,061,411 / 89,978 = 11.8

Berdasarkan prestasi ini pihak pelabur dapat membuat penilaian terhadap perolehan
syarikat.
X 360% =
b) Nisbah Pasaran Kepada Buku

Jumlah Ekuiti Pemilik
Bilangan Saham (unit)

Tahun 2011 : 4,036,397 / 5,652 = RM807
Tahun 2010 : 3,640,960 /16,948 = RM214


4.0 PENILAIAN PRESTASI PERNIAGAAN
Analisis seluruh Air Asia menunjukkan, syarikat tersebut memerlukan beberapa
maklumat penting untuk meningkatkan atau membaiki sesuatu perniagaan. Daripada penyata
kewangan dan analisis nisbah diatas menunjukkan pulangan pelbagai sumber setelah ditolak
semua perbelanjaan akan diperolehi.

Kunci kira-kira merupakan maklumat yang penting untuk membandingkan perubahan
yang berlaku tahun ke setahun ataupun untuk beberapa tahun. Penyata aliran tunai pula dapat
membantu analisis dengan menunjukkan punca-punca dan kegunaan tunai sepanjang tahun.
Ianya juga dapat membantu bila keperluan tunai diperlukan.

Analisis Nisbah kewangan menunjukkan keuntungan syariakt awam Asia menurun
berbanding tahun 2010. Air Asia perlu tingkatkan kualiti perkhidmatan supaya dapat bersaing
dengan syarikat gergasi yang lain. Namun syarikat Air Asia berupaya membayar pembiayaan
jangjka pendek dan memenuhi tunai yang dijangkakan. Kedudukan kecairan menunjukkan
syarikat Air Asia dapat memenuhi hutang pemiutang.

Kecairan tinggi menunjukkan pembekal dan pelabur mempunyai kepercayaan kepada
syarikat Air Asia. Syarikat Air Asia berupaya membayar kesemua liability semasanya dengan
hanya menjual asset.Syarikat ini juga mampu mengutip hutang dari pelanggannya atau aakaun
belum terima. Pemilik firma dan pemegang sedia ada berminat melihat Irma perkembangan dari
semasa ke semasa.



5.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN ATAS KELEMAHAN DALAM
MENINGKATKAN KEMBALI PRESTASI PERNIAGAAN

Pihak pengurusan Air Asia berjaya melakukan yang sebaliknya.terdiri daripada
kumpulan pengurusan yang sangat bijak untuk mengambil peluang, Kos penjualan tiket
merupakan satu lagi komponen kos yang amat dititik beratkan oleh pihak Air Asia.Di zaman
teknologi maklumat yang canggih, hampir setiap orang terlibat dengan kemajuan
internet.Masing-masing teruja dan menganggap sesiapa yang tidak arif tentang penggunaan
internet merupakan golongan yang tertinggal.

Air Asia merebut peluang ini, Air Asia mengambil langkah untuk menawarkan cara
pembelian tiket penerbangan melalui internet secara atas talian.Tindakan ini adalah untuk
mengurangkan kos operasi pengendalian kaunter tiket dan sebagainya.Dengan Air Asia,
pelanggan tidak perlu menelefon atau pergi ke kaunter tiket. Mereka boleh membuat tempahan
secara atas talian.

Air Asia perlu mengurangkan kos-kos terlindung. Pelanggan juga sebenarnya tidak
dibebani dengan kos-kos seperti kos pengangkutan untuk ke kaunter tiket dan sebagainya.
Oleh sebab itu, lebih ramai yang menggemari sistem pembelian secara atas talian dan ini
menambahkan jualan dan seterusnya prestasi perniagaan

Air Asia. Mungkin ramai tidak menyedari bahawa kos untuk menerbangkan sebuah
kapal terbang dan membuat pendaratan di sesebuah lapangan terbang adalah berbeza antara
satu tempat dengan tempat yang lain.Jika syarikat MAS menawarkan laluan penerbangan dan
mendarat kapal terbangnya terus ke Hong Kong, Air Asia pula menerbangkan kapal terbangnya
ke Macau.Kos yang dikenakan untuk penerbangan dan mendaratkan kapal terbang ke Hong
Kong dan Macau sangat berbeza.

Jurang kos yang amat besar. Dengan kos penerbangan dan mendarat kapal terbang
yang rendah, Air Asia dapat menurunkan harga tiket untuk menarik ramai orang membeli
daripada Air Asia.Pelanggan masih boleh ke Hong Kong tetapi berbelanja dengan lebih jimat.

Penjenamaan adalah juga merupakan satu komponen yang dititik beratkan oleh Tony
Fernandes untuk membawa Air Asia ke tahap yang tinggi serta mampu bersaing dengan
syarikat penerbangan gergasi yang lain.Air Asia mengamalkan kaedah kerja yang lebih fokus
untuk memberi peluang kepada setiap orang supaya mereka mampu terbang dengan Air
Asia.Ianya bermula dengan misi menawarkan harga tiket yang amat rendah sehingga RM1.00
untuk menarik perhatian ramai.

Kaedah siapa cepat dia untung adalah prinsip penjualan tiket yang digunakan.Jika anda
membeli tiket untuk penerbangan sebulan dari tarikh pembelian, kemungkinan besar anda akan
dapat membeli tiket pada harga yang lebih rendah berbanding jika tempoh perjalanan yang
lebih dekat dengan tarikh pembelian tiket.Kaedah penjualan tiket yang tidak serata dari segi
harga dan sebagainya membolehkan Air Asia memastikan hampir setiap penerbangan adalah
dengan kapasiti penumpang yang penuh.

Produk makanan dan lain-lain pula disediakan kepada sesiapa yang
membuat pembelian sahaja.Dengan cara ini, Air Asia akan hanya membuat tempahan
mengikut pembelian oleh pelanggan.Tiada pembaziran berlaku!Pengurusan pembaziran yang
cekap adalah satu strategi yang bijak untuk merekodkan kejayaan Air Asia.

Air Asia perlu mengambil peluang untuk maju dalam penerbangan ke destinasi di luar
negara.Walaupun ia mengambil masa yang agak lama untuk membuahkan hasil, segala usaha
yang dibuat untuk penjenamaan adalah atas berkat kesabaran Tony Fernandes. Masalah dan
rintangan merupakan asam garam dunia perniagaan.

Air Asia juga tidak terkecuali daripada mendapat kritikan daripada banyak pihak apabila
pengurusan jadual penerbangan yang selalu mengalami kelewatan dan sebagainya.Syarikat ini
perlu memperbaiki mutu dengan tidak melewatkan masa penerbangan. Tetapi pihak
pengurusan Air Asia tidak berdiam diri begitu sahaja. Segala kritikan dan rungutan akan dibawa
ke pihak atasan untuk rundingan dan perbincangan lanjut serta mencari jalan
penyelesaian.Penambahbaikan sentiasa diamalkan sehingga segala rungutan dan kritikan
dapat diatasi.Pada waktu ini, setelah lebih sepuluh tahun beroperasi, Air Asia mampu berdiri
tegak dan megah dengan keupayaan mereka untuk menangani masalah tersebut.

Pepatah yang diamalkan oleh pihak Air Asia.Banyak bantuan kewangan yang telah
dihulurkan oleh syarikat untuk mengurangkan bebanan golongan miskin dan sebagainya.Dari
segi pertolongan yang tidak mengeluarkan wang secara terus pula, Air Asia boleh dikatakan
agak aktif untuk menghulurkan bantuan penerbangan bagi membawa pulang rakyat Malaysia di
negara yang ditimpa bencana seperti di Indonesia atau krisis perang saudara seperti di negara
Teluk dan sebagainya.Mereka percaya pulangan yang akan diperolehi daripada keprihatinan
mereka ini akan datang pada bila diperlukan.

5.0 RUMUSAN
Air Asia adalah sebuah syarikat penerbangan yang berjaya maju dalam masa yang
amat singkat berbanding syarikat yang setanding dengannya seperti Virgin Atlantic.Hal ini
ditambah lagi dengan kurangnya syarikat penerbangan yang wujud di negara asal syarikat itu
iaitu Malaysia.Walaupun kurang tenaga mahir, ilmu penerbangan dan kekuatan sumber,namun
Tan Sri Anthony Francis Fernandes atau dikenali sebagai Datuk Tony Fernandes mampu
membangkitkan semangat pekerja- pekerjanya bagi memajukan syarikat miliknya sehingga
menjadi sebuah syarikat yang dikenali umum dari segenap pelusuk negara.Tan Sri telah
membawa cogan kata yang sering disebut-sebut apabila Air Asia muncul iaitu Kini Sesiapapun
Boleh Terbang ( now everyone can fly ).

Sekalung tahniah diberikan kepada pengasas dan kakitangan yang bertungkus-lumus
memberi khidmat terbaik sepanjang kewujudan Air Asia.Tanpa kakitangan yang berdedikasi
tidak boleh maju sebuah syarikat penerbangan ke arah yang lebih unggul.Seperti yang semua
sedia maklum,syarikat penerbangan perlu mempunyai sebuah rangka disiplin yang jitu bagi
mengendali kapal terbang yang melibatkan nilai nyawa manusia.Keunggulan itu terserlah
apabila syarikat ini menjadi sebuah syarikat penerbangan yang paling murah setanding dengan
kualitinya.











REFLEKSI

Syukur kepada tuhan kerana dengan rahmatnya dapat saya menyiapkan tugasan ini
walaupun tidak begitu sempurna. Sebaik sahaja menerima tugasan ini daripada pensyarah,
saya berasa amat tertekan kerana saya secara peribadinya tidak begitu berminat dengan
perakauan dan kewangan perniagaan. Oleh sebab, pelajar RBT semester 5 diwajibkan
mengambil kursus ini, saya terpaksa menerima hati yang rela untuk belajar RBT 3119
Perniagaan dan Keusahawanan.

Saya pada semester ini mempunyai masa yang agak padat dengan pelbagai aktiviti
sekolah, menyebabkan saya menghasapi kesukaran menyiapkan tugasan ini. Selain itu
terdapat beberapa perkara yang kurang fahami. Menyebabkan saya mengalami masalah dalam
menyiapkan tugasan ini. Namun, dengan tugasan yang diberikan iaitu mengenai rancangan
pemasaran ini boleh memberikan idea-idea baru untuk menyelesaikan tugasan ini bersama
dengan rakan yang lain.

Dengan kepadatan masa yang sering dihadapi oleh saya sukar untuk berjumpa
membuat perbincangan dengan pensyarah. Saya juga berterima kasih dengan pensyarah
memberi panduan kepada saya untuk membuat atau menyelesaikan tugasan ini. Pada
semester ini, tugasan kursus ini merupakan tugasan yang paling sukar terutamanya bahagian
kewangan yang memerlukan masa yang agak panjang untuk memikirkan atau menyelesaikan
nisbah kewangan.

Namun dengan pertolongan rakan-rakan, rujukan dari internet dan nota pensyarah
sedikit sebanyak dapat membantu walaupun masih terdapat kekurangan. Tugasan ini dapat
memberikan kepada saya minat untuk belajar lebih mendalam dalam dunia perniagaan
walaupun pada awalnya saya tidak berminat.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan kumpulan saya kerana
memberikan kerjasama walaupun jua keadaan yang tertekan. Walau bagaimanapun saya amat
beharap tugasan ini dapat memenuhi kriteria tugasan yang baik dan apa yang paling penting
ialah semoga segala pengetahuan yang saya peroleh ini dapat membantu saya mengaitkan
kurikulum pengajaran dengan mempraktikkannya dan aplikasinya di dunia perguruan yang
sebenar.
Tuntasnya, say mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang telah membantu
saya secara langsung dan tidak langsung yang menyebabkan tugasan saya dapat disiapkan
dengan jayanya. Akhir kata, semoga kerja kursus ini menepati kandungan tugasan dan
memenuhi kehendak pensyarah.






























RUJUKAN

R. Baker, P. Wallage (2000).: The Future of Financial Reporting in Europe : Its Role in
corporate Governance, The International Journal of Accounting, Vol. 35

M.B. Romney, P.J. Steinbart, B.E. (1997) .Cushing: Accounting Information Systems,
Addison-Wesley Publishing Company,


J.L. Smith, R.M. Keith, W.L. Stephens (1988): Financial Accounting, McGraw Hill Book
Com-pany, New York,.

http://www.quickmba.com/accounting/fin/

http://en.wikipedia.org/wiki/Financial_accountancy

http://www.investopedia.com/terms/f/financialaccounting.asp

http://www.dutchlady.com.my

http://www.bursamalaysia.com

http://www.slideshare.net/amarhindu/comparison-of-accounting-standards-presentation

http://www.airasia.com/my/ms/about-us/corporate-profile.page

http://radzihamid.blogspot.com/2012/01/airasia-berhad-kini-sesiapapun-boleh.html

http://www.usahawan.com/strategi-bisnes/rahsia-kejayaan-air-asia.html

http://ms.wikipedia.org/wiki/AirAsia

Vous aimerez peut-être aussi