Vous êtes sur la page 1sur 5

KALAU TAK SUKA, PULANGKAN....

by Norhazlina Omar on Wednesday, October 13, 2010 at 8:34am


Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka.
Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj.Horey! Papa balik! Kelihatan anak-anaknya
berlari mengiringi keretanya.Tepi! Bahaya tau tak? Jeritnya.Anak-anak termanggu.
Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.Aimin bawa adik ke belakang. Arahnya
pada anak yang sulong.
Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila
mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.Papa penat. Aimin bawa adik
mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola
dengan kita, pujuk Laila.Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus.
Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.Hah!
Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka
shower! Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya.
Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur
aje ke duduk rumah? sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang
pintu.Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye.
Mama dah siapkan kat taman. Balas isterinya lembut.Fail saya kat depan tu
mana?Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.
Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya
bawa meeting tengahari tadi. Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran
kata-kata isterinya itu.Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu
jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. Laila
Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.
Saya nak ke out station minggu depan.Lama? Soal Laila.Dalam seminggu.Cuti
sekolah pun lama. Mama ikut boleh?Budak-budak? Ikut jugalah.Dah! Takde!
Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy
dulu tu..Masa tu Amirul kecik lagi. Balas Laila.Wajahnya sayu. Dia masih berusaha
memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat.
Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu
masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu
malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi.
Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana.Nak jalan sangat Sabtu ni saya
hantar awak balik kampung, Muktamad!Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak
dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu
isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di
pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas
semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah
ambik bagi kamu!Manalah saya ada masa..Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka
pulangkan balik! Dia tersentak dari khayalannya.Kalau tak suka pulangkan balik!
Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir.Tahukah bapa mertuanya
masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap
sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya.
Cuma..Mizi, makan! Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu.
Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah.Papa! Makan! Jerit Aiman ,anak
keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya.Tak boleh panggil papa elok-
elok. Ingat papa ni pekak ke?Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik!
Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.
Awak masak apa?Mama masak sup tulang dengan sambal udang! jawab Amirul
memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.Takde benda lain ke awak
boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!Papa nak ke mana? Soal
isterinya perlahan.
Keluar!Mama dah masak Pa!Awak saja makan!Takpe Aiman boleh habiskan.
Cepatlah ma!Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai
mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah
papanya keluar dari ruang makan.Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?
Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi.Papa banyak kerja
agaknya. Dah! Makan.Abang tak suka tengok papa marah-marah. .Adik pun sama.
Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?Kata-kata Aiman disambut tawa oleh
abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris.Besar
sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?
Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.Laila.. serunyaSudahlah tu Mizi! Jangan
diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar.
Kalau terus macam ni sakit kau nanti. Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.Sunyi pulak
rumah ni mak,Lama-lama kau biasalah.Airmatanya menitis laju. Kalau tak suka
pulangkan! Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di
sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.
Papa beli apa untuk Aiman? Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.Beli
apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu.Tak ada
lah?Ingat papa ni cop duit?Aiman termangu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur.
Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang
bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan
minum petang.
Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu
yang sukar ditafsirkannya.Awak tak sihat ke?Laila tersenyum. Tangannya pantas
menuang air ke cawan.Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi. Aimin mencelah di
antara perbualan kedua ibu bapanya.Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam
erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman
tercegat.
Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak
sah! Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang
kejap.Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas
saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi
dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin
mendapatkan mamanya.
Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!Laila bangun dari jatuhnya
dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu
sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.Cukuplah pa. Papa
dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. Ujar Laila
perlahan.Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya?
Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat
sana , kecah barang. Gila apa? Omelnya kembali.Shamizi meraut wajah. Bukan
kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan
hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap
anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah
melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.
Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul
duduk dalam rumah ni.Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang
rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang.Malangnya tak
lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah.Celaka betul! Sumpahnya
sambil menghempaskan akhbar ke meja.Abang!Baik awak tengok anak-anak awak tu
sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman! Getusnya
kasar.Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang
itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin
pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada
lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu
memanggilnya makan.

Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran
pada anak-anak.Pak Ngah, Eddie nak balik! Shamizi terpana. Dia mengangguk.Kak
Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti.Alangkah mudahnya.
Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang
Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah
membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari
apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat
gred yang lebih baik dari A.
Laila
Papa nak ke mana hensem-hensem gini? Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin
meninjau bayang isterinya yang kian sarat. Wangi-wangi lagi. Dating ye?Saya ada
makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff. Ujarnya masih
leka membetulkan kolar kemeja batiknya.Ikut boleh?
Dia tak ajak family. Staff only! Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni
dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan
Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.Dalam setahun papa selalu ke jamuan
office tapi tak pernah pun bawak kami.Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau
duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini.Papa pesanlah..

Nantilah besar sikit. Dalihnya.Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang
tu dah tak nak ikut pergi mana pun.Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati
panas je,Laila terdiam. Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki.Saya pergi
kejap je. Lepas tu terus balik.Mama tanya sikit boleh? Dia mengangguk.Bos tak
pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?Mereka dia tinggalkan di
rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada
Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih
lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang
bermain tarik-tarik alas kainnya.
Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik, ujar Mr.
Kwai, tuan rumah.Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun
nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila
bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-
anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan
perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya.
Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya
seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan
isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.
Kalau tak suka pulangkan! Kata-kata itu semakin keras di fikirannya.Pagi itu anak-
anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman
bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah
ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan
sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian.Kamu semua ni..kalau
macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! Laila merenungnya dalam..
Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila
juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak
ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi
sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh.
Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak
dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil.Pelik! Selama ini Laila tak pernah
lupa..Kalau tak suka pulangkan,
Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi
itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan
sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan.
Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh
anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu.
Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.
Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila.Benarlah, kita hanya tahu
harganya bila kita kehilangannya.Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk
berubah.Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh
sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun
untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan
dua bulan lagi..
Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia
meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab
lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana
keengganannya Laila dipulangkan.

Vous aimerez peut-être aussi