Vous êtes sur la page 1sur 5

LANGKAH MEMBENTUK KELUARGA BAHAGIA

Isu-isu yang berkaitan dengan pembentukan keluarga bahagia kerap dibincangkan dalam
akhbar dan majalah. Hal-hal yang berkaitan dengan institusi kekeluargaan memang wajar
diperkatakan kerana keluarga merupakan asas kepada pembentukan masyarakat dan negara
yang cemerlang. Oleh yang demikian langkah-langkah untuk pembentukan keluarga bahagia
perlu dilaksanakan oleh pelbagai pihak demi kebaikan bersama.

Ibu bapa merupakan pihak yang paling utama memainkan peranan dalam pembentukan
keluarga bahagia. Hal ini kerana ibu bapa boleh merancang dan membuat tindakan untuk
membolehkan keluarga mereka hidup bahagia. Contohnya, ibu bapa perlu menyediakan
kemudahan am dan memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak. Ibu bapa
perlu mengajar anak-anak adab-adab dalam keluarga dan menasihati anak-anak dalam hal-hal
yang berkaitan dengan tingkah laku. Ibu bapa juga mesti menjadi contoh kepada anak-anak
dalam segala hal yang berlaku di rumah.
P


Selain itu, ibu bapa juga mesti memberikan pendidikan kepada anak-anak. Adalah menjadi
tanggungjawab ibu bapa memberikan pendidikan kepada anak-anak dengan menyekolahkan
mereka. Pendidikan yang diperolehi anak-anak akan menjadikan mereka insan yang berguna
kepada keluarga dan seterusnya dapat membentuk keluarga yang bahagia. Anak-anak yang
mendapat pendidikan yang secukupnya tidak akan mudah terpengaruh dengan gejala sosial
yang kerap melanda remaja masa kini. Oleh itu, apabila anak-anak sudah berjaya, mereka
pasti dapat menyara diri dan membentuk sebuah keluarga bahagia setelah mereka berkahwin.

Anak-anak juga memainkan peranan penting dalam pembentukan keluarga bahagia. Hal ini
kerana, anak-anak merupakan ahli yang penting dalam sesebuah institusi keluarga. Anak-anak
mesti menyayangi ibu bapa dan anggota keluarga yang lain. Mereka juga mesti taat kepada
suruhan ibu bapa. Selain itu, anak-anak juga mesti mengamalkan kebersihan dalam keluarga
dan menjauhi diri daripada perbuatan negatif seperti merokok.

Di samping itu, anak-anak juga mesti mengamalkan nilai-nilai murni dalam keluarga. Anak-
anak mesti bersikap jujur dan tidak mencuri barang berharga dalam rumah. Perbuatan mencuri
patut dijauhi kerana perbuatan ini akan membawa kepada pergaduhan dalam keluarga. Anak-
anak juga melakukan perintah Tuhan iaitu sembahyang dan berbuat baik kepada semua orang.
Anak-anak juga mestilah berbaik-baik dengan jiran tetangga kerana jiran tetangga dapat
membantu sewaktu dalam kesusahan.

Pihak kerajaan juga boleh memainkan peranan dalam pembentukan keluarga bahagia. Hal Ini
kerana kerajaan mempunyai sumber kewangan bagi menjalankan program-program ke arah
pembentukan keluarga bahagia. Pihak kerajaan juga boleh menjalankan Kempen Keluarga
Bahagia melalui stesen televisyen dan radio yang dimilikinya. Kursus dan Seminar Keluarga
Bahagia juga perlu diadakan di setiap daerah, Usaha ke arah pembentukan keluarga bahagia
ini mesti dibuat berterusan supaya ia dapat mendatangkan kesan positif yang berpanjangan



Pendahuluan:
Keluarga merupakan satu institusi yang amat penting dalam sesebuah masyarakat.
Keluarga juga merupakan wahana kebahagiaan dalam kehidupan seseorang
Daripada keluarga, terpancarnya sinar kasih sayang antara ahlinya.
Daripada keluarga, lahir rasa menghormati dan saling memerlukan yang tidak terucap.
Daripada keluarga, lahirnya insan yang bertanggungjawab terhadap dirinya serta kepada insan lain
yang memerlukan.
Baiti Jannati atau Rumahku Syurgaku - rumah merupakan tempat terperciknya sinar
kebahagiaan dalam kehidupan seseorang.
Rumah tangga yang bahagia dan ceria akan melahirkan warga yang juga memiliki ciri-ciri kejiwaan
yang sihat seperti gembira, yakin akan kebolehan diri dan sebagainya. Seseorang yang dibesarkan
dalam keluarga yang bahagia akan sentiasa dihargai dan diberi sokongan moral dalam apa-apa jua
perkara yang dilakukannya. Galakan dan perangsang daripada ibu bapa yang penyayang dan adik-
beradik yang memahami akan membentuk jati diri yang sempurna dalam kalangan ahli keluarga itu.
Namun begitu, pepatah ada mengatakan bahawa bertepuk sebelah tangan, tidak akan berbunyi.
Kita tidak boleh meletakkan tanggungjawab membentuk kebahagiaan keluarga itu di tangan salah
seorang ahli keluarga sahaja seperti ibu, bapa atau anak-anak. Setiap ahli dalam sesebuah keluarga
itu perlu bersedia memainkan peranan masing-masing untuk saling bertolak ansur, saling memahami
serta saling menghormati di antara mereka. Apabila sifat ini dapat diwujudkan oleh setiap ahli dalam
sesebuah keluarga, maka suasana yang harmoni akan dapat diwujudkan.

1. Sebagai suri teladan kepada anak-anak
- Peranan ibu bapa dalam usaha membentuk keluarga sakinah adalah amat penting. Ibu bapa perlu
menjadi role-model kepada anak-anak. Mereka harus sentiasa menunjukkan teladan yang baik
untuk dicontohi oleh anak-anak.
- Sebagai contoh, seorang bapa perlu berinteraksi dengan sopan dan lemah-lembut dengan isteri dan
anak-anaknya. Ibu dan bapa juga perlu saling menghormati antara satu sama lain. Apabila anak-anak
melihat keharmonian kedua-dua orang tua mereka, mereka juga akan meneladani sikap baik itu
apabila berinteraksi sesama mereka kerana bapa borek, anak rintik.
- Contoh yang negatif diperlihatkan oleh ibu bapa kepada anak-anak, seperti pertengkaran, maki
hamun serta penderaan suami terhadap isteri bukan sahaja akan menjejaskan perkembangan jiwa
anak-anak, tetapi juga akan menjejaskan hubungan dalam kalangan anak-anak. Mereka juga akan
sentiasa bertengkar dan tidak menghormati satu sama lain. Jika hal ini terjadi, rumah akan menjadi
neraka kepada anak-anak. Apabila kebahagiaan di rumah tidak dapat dinikmati, maka anak-anak
akan berusaha mendapatkannya daripada kawan-kawan dengan berpelesiran serta melepak di pusat-
pusat beli belah. Adalah lebih malang lagi jika apabila anak-anak itu berumah tangga kelak, mereka
akan mengulangi sejarah yang tidak berkesudahan yang telah diwarisi oleh mereka daripada kedua-
dua orang tua mereka.

2. Melengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan
- Ibu bapa perlu melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan keibubapaan bagi memahami
tanggungjawab besar yang terletak di atas bahu mereka dalam memastikan kebahagiaan keluarga
mereka.
- Hal ini boleh dilakukan oleh bakal-bakal ibu dan bapa dengan mengikuti kursus-kursus
praperkahwinan serta kursus selepas berkahwin yang dikendalikan oleh pejabat agama daerah
masing-masing. Dalam kursus-kursus tersebut, suami isteri akan mendapat ilmu untuk melahirkan
sebuah keluarga yang bahagia melalui ceramah dan bengkel-bengkel yang dikendalikan oleh
penceramah-penceramah yang berwibawa. Selepas mendapat ilmu tersebut, perkara yang lebih
penting adalah bagi mereka mempraktikkannya untuk melahirkan sebuah rumah tangga yang penuh
dengan sinar kebahagiaan.

3. Memberikan perhatian dan kasih sayang
- Pada era yang penuh dengan persaingan yang sengit ini, masyarakat bertambah sibuk dengan usaha
mencari nafkah bagi meningkatkan taraf hidup masing-masing. Hal ini disebabkan kos sara hidup
masa kini yang semakin meningkat.
- Statistik telah menunjukkan bahawa hampir 90 peratus ibu yang bekerja hanya bercakap dengan
anak-anak mereka selama empat minit sehari. Hal ini merupakan perkara yang amat menyedihkan
kerana anak-anak merupakan golongan yang memerlukan kasih sayang dan perhatian yang
secukupnya daripada ibu bapa mereka. Hukuma-hakama Arab pernah mengatakan anak- anak
yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim. Oleh itu, demi
membentuk keluarga yang bahagia, ibu bapa yang merupakan peneraju kehidupan dalam sesebuah
keluarga perlu meluangkan masa yang berkualiti bersama-sama dengan anak-anak mereka.
- Pada masa ini, kerajaan telah mengumumkan hari Sabtu sebagai cuti umum. Manakala pihak swasta
pula , turut memberikan pelepasan kepada para pekerja mereka pada Sabtu pertama setiap bulan.
Seharusnya, ibu dan bapa merebut kesempatan ini untuk bermesra dengan keluarga sambil
merehatkan minda setelah penat bekerja. Menghabiskan waktu cuti dengan berkelah atau
berekreasi bersama keluarga akan memberi peluang kepada ahli keluarga untuk berhibur di samping
meluangkan masa untuk mengeratkan hubungan di antara mereka. Sekiranya masa yang berkualiti
untuk bersama-sama dengan anak-anak, tidak mustahil kebahagiaan dalam sesebuah keluarga akan
dapat diwujudkan.

4. Memberikan didikan agama dan moral
- Didikan agama dan moral yang sempurna dalam kalangan generasi muda juga dapat menyumbang
ke arah pembentukan sebuah keluarga yang bahagia. Hal ini disebabkan, pegangan agama serta nilai
moral yang kuat dapat membentuk nilai sahsiah yang tinggi di kalangan generasi muda. Kualiti ini
akan melahirkan ibu dan bapa yang bertanggungjawab serta dapat memikul tugas membangunkan
rumah tangga dengan efektif. Golongan yang berpendidikan agama ini akan mampu mewujudkan
persefahaman dan perasaan tolak ansur sesama suami isteri. Kesabaran kerana iman yang tebal juga
akan mengelakkan keluarga daripada bercerai-berai disebabkan alasan yang kadangkala tidak
munasabah.
- Sebagai ibu dan bapa, kita perlu memberi didikan agama yang kukuh serta menerapkan nilai-nilai
akhlak dan moral dalam kalangan anak-anak. Anak-anak yang sopan akan menghormati orang tua
mereka serta saling bekerjasama sesama adik beradik bak kata peribahasa, yang berat sama dipikul,
yang ringan sama dijinjing dan hati kuman sama dicecah, hati gajah sama dilapah. Maka, jika
semangat ini dapat diwujudkan dalam jiwa setiap ahli keluarga oleh ibu bapa, sudah pasti sebuah
keluarga yang mantap dan harmoni akan dapat dilahirkan.

5. Mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan anak-anak
- Ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan luar anak-anak supaya mereka yang
baru berumur setahun jagung, darah setampuk pinang tidak terjebak dalam kancah negatif. Ibu
bapa harus memastikan anak-anak tidak bergaul dengan rakan sebaya yang buruk akhlak. Keluarga
yang bahagia akan sentiasa menjaga maruah ahli keluarganya. Anak-anak tidak akan terjebak dalam
kancah kehinaan jika mendapat pemantauan yang rapi daripada ibu bapa kerana perbuatan mereka
itu akan menconteng arang ke muka ahli keluarga dan sekali gus akan meruntuhkan kebahagiaan
yang dikecapi.

Penutup
- Keluarga yang harmoni dan bahagia hanya akan dapat diwujudkan jika setiap individu yang
menganggotainya telah melalui pelbagai proses pemupukan kejiwaan yang berkesan sejak kecil.
Kesediaan setiap anggota untuk bersedia berkorban dan bertolak asur sesama mereka akan
memudahkan proses pemupukan keluarga harmoni dan bahagia ini. Sesungguhnya keluarga bahagia
merupakan asas pembentukan masyarakat yang penyayang dan masyarakat yang maju. Jika pincang
keluarga maka pincanglah masyarakatnya. Semoga impian negara untuk mewujudkan masyarakat
yang penyayang akan dapat direalisasikan demi kebaikan barsama.


Keluarga bahagia
Keluarga ialah satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertaliandarah, perkahwinan atau
pengambilan anak angkat. Kasih sayang keluarga adalah hartayang tidak ternilai dan tidak dapat
diganti dengan wang ringgit.Oleh itu, setiap anggota keluarga perlu mengekalkan tradisi
kekeluargaan mereka bagi mengekalkan hubungansilaturahim antara anggota keluarga Setiap ahli
keluarga haruslah mengamalkan nilai mengekalkan tradisike keluargaan.
Definisi bagi nilai tersebut adalah menerima, menghormati danmengamalkan sesuatu kebiasaan,
adapt dan kepercayaan yang diwarisi secara turuntemurun dalam keluarga.Mengekalkan tradisi
kekeluargaan dapat memupuk nilai-nilai murni seperti keibubapaanyang bertanggungjawab,
kehormatan dan kesetiaan anak kepada ibu bapa dan orang tua, perhubungan yang mesra antara
generasi, ibu bapa yang menunjukkan contoh tauladanyang baik dalam mendidik anak supaya
berakhlak mulia sepanjang hayat, rumah tanggayang menjadi tempat perlindungan yang paling
selamat, tenteram dan membahagiakan penghuninya.
Selain itu, setiap anggota keluarga harus mempunyai nilai hormat dan taat kepadaanggota keluarga.
Definisi bagi nilai tersebut ialah memuliakan setiap anggota keluargadengan berinteraksi dan
memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluargayang harmoni. Salasilah keluarga
memberi gambaran yang jelas mengenai tali perhubungan atau persaudaraan keluarga.
Justeru, keluarga yang bahagia dapatdiwujudkan sekiranya keluarga tersebut mengamalkan tradisi
kekeluargaan.Ibu bapa harus merancang aktiviti bersama-sama keluarga mengenai tradisikeluarga
yang akan diadakan. Ahli keluarga akan merasakan bahawa mereka jugamerupakan sebahagian
daripada proses perancangan amalan tradisi tersebut. Anak-anak adalah pewaris generasi masa kini,
maka setiap aktiviti yang kita lakukan bersama dalamtradisi keluarga akan menjadi ikutan mereka
apabila dewasa kelak.


Kasih Sayang Adalah Unsur Terpenting Bagi Melahirkan Sebuah KeluargaBahagia
KELUARGA merupakan satu ikatan kemasyarakatan antara suami, isteri dan anak yang berkongsi
kehidupan. Ia menjadi sumber akhlak bagi setiap manusia dan tunggak utamauntuk membina dan
membentuk sikap dan keperibadian. Justeru pembinaan sebuahkeluarga merupakan suatu perkara
yang amat penting dalam kerangka pembangunankemanusiaan kerana keluarga membentuk suatu
masyarakat kecil yang akhirnya menjadielemen penentu bagi acuan masyarakat yang bakal lahir.
Setiap ahli keluarga haruslah mengamalkan nilai kasih sayang terhadapkeluarga untuk melahirkan
sebuah keluarga yang bahagia. Nilai ini bermaksudperasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam
dan berkekalan terhadapkeluarga.Pembinaan sebuah keluarga bukan sahaja bergantung kepada ibu
bapa ataupenjaga tetapi merupakan kewajipan dan tanggungjawab setiap anggotakeluarga. Keluarga
bahagia ialah keluarga yang sejahtera dan harmoni.
Keluarga bahagia memerlukan setiap anggotanya mempunyai sikap positif yangbersesuaian dengan
norma masyarakat.Tambahan pula, ibu bapa atau penjaga banyak berkorban untuk mendidk
danmengasuh anak-anak supaya menjadi insan yang baik dan dapat menyumbangkepada masyarakat
dan negara. Justeru, Hari Ibu dan Hari Bapa disambut padasetiap tahun untuk menunjukkan kasih
sayang dan menghargai jasa danpengorbanan ibu bapa.
Selain itu, setiap anggota keluarga haruslah memiliki nilai kasih sayang dalamdiri mereka. Definisi
nilai ini ialah Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalamserta berkekalan yang lahir daripada hati
yang ikhlas. Nilai ini harus diamalkanagar mereka dapat mencurahkan kasih tersebut kepada keluarga
merekaUmpamanya, setiap ahli keluarga haruslah saling memyayangi, saling membantutanpa
mengharapkan ganjaran, menjaga perasaan sesama lain bagi menjalinkanhubungan yang mesra dan
akrab.
Konklusinya, keluarga bahagia ialah satu matlamat negara yang akanmembawa berkat kepada
masyarakat kita. Oleh itu, setiap warga Malaysiamempunyai kewajipan dan tanggungjawab untuk
mewujud dan mengekalkankeluarga bahagia

Vous aimerez peut-être aussi