Vous êtes sur la page 1sur 4

Alhamdulillah, minggu ini merupakan minggu terakhir saya dan rakan

menjalankan Internship di Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat. Kami juga telah
menyempurnakan 3 buah projek yang harus kami lakukan semasa Internship ini
berlangsung.
Melalui tugas serta budaya di sekolah ini, banyak pengalaman saya peroleh.
Saya dapat merasakan bahawa transisi daripada seorang pelatih guru ke guru yang
sebenar menjadi semakin jelas semasa Internship. Pengurusan serta pelaksanaan
projek juga mematangkan diri saya agar bersedia fizikal dan mental untuk menjadi
seorang guru yang berkebolehan dari segala aspek.
Walaupun begitu, saya akui masih ada kelemahan terutamanya dalam
pengurusan masa dalam menjalankan tugas. Saya tidak harus bertangguh dalam
melakukan sesuatu kerja kerana ia hanya akan menambahkan beban di kemudian hari.
Menjalani Internship bersama rakan-rakan juga amat mendatangkan keseronokan
kerana kami dapat bekerjasama dan berkomunikasi dengan baik terutamanya dalam
perbincangan dan pelaksanaan projek. Sikap tolak ansur yang tinggi amat diperlukan
kerana pelbagai idea dan buah fikiran yang berlainan antara kami.
PENYATAAN
PROFESIONAL
Akhir sekali, saya berharap segala pengalaman yang diperoleh daripada
menjalani praktikum 3 bulan dan Internship selama sebulan di sini dapat saya
aplikasikan semasa saya menjadi seorang guru nanti. Saya juga berharap sepanjang
kami di sekolah ini, kami dapat memberikan pertolongan dan perkhidmatan yang baik
kepada pihak sekolah. Segala kerjasama dan panduan daripada semua guru saya
dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih. Semoga Sekolah Kebangsaan
Permatang Tok Mahat akan sentiasa berjaya dan berada tinggi di mata dunia.

















Dokumentasi Gambar
























Guru-guru SKPTM saling membantu untuk mencantikkan dan menghias Surau
Muttaqqin
Warga guru yang bertugas di meja pendaftaran

Pelatih Internship bergambar bersama guru-guru SKPTM
Majlis Berbuka Puasa anjuran YB

Vous aimerez peut-être aussi