Vous êtes sur la page 1sur 3

ATUR CARA MAJLIS PERASMIAN

KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE-V


IPG TUANKU BAINUN 2011

MASA CUE PENGUMUMAN
8.00 Pagi Para pelajar
mengambil tempat
Minta perhatian, semua pelajar diminta
mencari tempat duduk masing-masing.
Majlis akan dimulakan sebentar lagi.
Terima kasih atas segala kerjasama
yang diberikan.
8.10 Pagi Para pensyarah dan
tetamu mengambil
tempat masing-
masing.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
saya ucapkan kepada para hadirin
tuan-tuan dan puan-puan, pensyarah-
pensyarah dan guru-guru pelatih
sekalian. Saya bagi pihak majlis
mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan
dan puan-puan ke Majlis Perasmian
Kejohanan Olahraga kali kelima IPG
Tuanku Bainun 2011.
8.15 Pagi Ketibaan Pengarah
IPG Tuanku Bainun
2011
Mengumumkan ketibaan Yang
berbahagia Tuan Pengarah IPG
Tuanku Bainun 2011 ke majlis
perasmian Kejohanan olahraga kali
kelima IPG Tuanku Bainun 2011!
8.20 Pagi Ucapan alu-aluan
pengerusi majlis
Pertama sekali marilah kita panjatkan
kesyukuran ke hadrat Allah yang maha
kuasa kerana dengan izinNya kita
dapat bersama-sama hadir ke Majlis
Perasmian Kejohanan Olahraga kali
kelima IPG Tuanku Bainun 2011pada
hari yang india dan mulia ini.

Hadirin dan hadirat sekalian, bagi
memberkati majlis pada pagi ini, majlis
dengan segala hormatnya
mempersilakan tuan pengerusi
kejohanan untuk menyampaikan
ucapan aluan-aluannya. Dengan
segala hormatnya Pengarah IPG
Tuanku Bainun 2011.dipersilakan.
8.30 Pagi Ucapan perasmian
kejohanan oleh
Pengarah IPG Tuanku
Bainun 2011
Majlis merakamkan setinggi-tinggi
terima kasih atas ucapan yang telah
disampaikan oleh tuan pengerusi
kejohanan.
Untuk tidak melengahkan masa majlis
dengan segala sukacitanya menjemput
dan mempersilakan, Pengarah IPG
Tuanku Bainun 2011 untuk
menyampaikan ucapan perasmian
kejohanan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan tuan.
8.45 pagi Persembahan pelajar. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih dikalungkan kepada
Pengarah IPG Tuanku Bainun 2011,
atas ucapan beliau yang disampaikan.
Hadirin dan hadirat sekalian, majlis ini
diteruskan lagi dengan persembahan
tarian Zapin dari kumpulan KPLI-KDC
ambilan NOV 2010. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
9.15 pagi Penyampaian
cenderamata
Sekali lagi tepukan diberikan kepada
kumpulan KPLI atas persembahan
yang begitu menarik.
Seterusnya majlis diteruskan lagi
dengan acara penyampaian
cenderamata. Dengan segala
hormatnya dipersilakan tuan pengerusi
kejohanan untuk menyampaikan
cenderamata kepada Pengarah IPG
Tuanku Bainun 2011.

9.30 pagi Majlis bersurai
dengan nyanyian tiga
buah lagu dan jamuan
ringan.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Dengan ini berakhirnya Majlis
Perasmian Kejohanan Olahraga kali
kelima IPG Tuanku Bainun 2011 pada
pagi ini, saya bagi pihak majlis
mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua hadirin. Saya juga
memohon ampun dan maaf sekiranya
di sepanjang majlis ini berlangsung
terdapat sebarang kesalahan dan
kesilapan yang telah berlaku.
Sebelum mengakhiri majlis pada pagi
ini, para hadirin diminta berdiri untuk
menyanyikan lagu Negaraku, diikuti
dengan lagu institut.
Selepas itu,para hadiran dijemput
bergerak ke dewan untuk menikmati
jamuan ringan yang disediakan .
Sekian, terima kasih.

Vous aimerez peut-être aussi