Académique Documents
Professionnel Documents
Culture Documents
TAJUK : KRAFTANGAN
SEGMEN 1
Bersari budaya warisan kita,
Bertatah harmoni alam bangsanya,
Berseni tinggalan pandai orang lama,
Halus tenun halus coraknya.
Orang memberi kita menerima,
Dikongsi bersama untuk dirasa,
Produk kraf tinggalan orang lama,
Bersama menjulang Warisan bangsa.
1. Salam sejahtera! Kami ucapkan kepada sekalian warga dewan.
2. Pada hari ini, kami ingin bercerita
3. Sudikah meminjamkan deria? Hanya seketika, untuk membawa para hadirin bersama.
4. Menjelajah hasil tangan Malaysia.
5. BERSEDIA?
6. Pakaikan tali pinggang keledar, sandar dan dengar.
7. KRAFTANGAN (eja ramai2)
8. Apa itu kraftangan?
9. Kraftangan ialah hasil seni ,
10. bekas tangan,
11. peralatan berguna,
12. Atau
13. sesuatu yang dihasilkan
14. menggunakan kemahiran tangan sepenuhnya
15. Atau..
16. menggunakan perkakas yang ringan sahaja
17. Kraftangan adalah turun temurun hasil pemikiran
18. datuk-datuk dan nenek-nenek kita dahulu..
19. Terima kasih datuk-datuk dan nenek-nenek semua!
20. Kerana budaya dan agama, menjadi kepentingan utama.
21. Jikalau tuan-tuan dan puan-puan mahu tahu,
22. Masyarakat Malaysia semuanya berseni.
23. Tak percaya? Masyarakat Malaysia begitu kreatif,
24. Pelbagai bahan digunakan
25. Betul ke boleh guna apa-apa bahan sahaja?
26. Boleh
27. Kalau bahan daripada rimba nusantara?
28. Haa, bagaimana? Jawaaab la
29. Senang saja soalan itu, pelbagai senikraf berasaskan kayu,buluh, rotan, mengkuang dan
banyak lagi!
1
75. Tikar kayu Sarawak juga diminati ramai, bukan itu sahaja beg ajat juga terkenal.
76. Beg apa? Beg ajat..beg apa? Beg ajat.. Beg aja? Beg ajat.
77. Oh.
78. Bangun bangun, kita sudah tiba di Sabah!
79. Penat kami mendayung Sungai Rajang,
80. Sekarang tiba untuk mendayung Sungai Kinabatangan pula!
81. Mari kita tinjau hasil kraftangan di Sabah!
82. Sebut saja kraftangan, semua akan melawat
83. Matung gong dan kudat
84. Di pedalaman Sabah, kaum wanita membuat terendak, anyam tikar, tenun kain
85. untuk kegunaan seharian.
86. Kaum lelaki pula membuat bakul yang lebih besar , alat membajak , alat memburu, jala
dan alat menangkap ikan yang lain serta senjata.
87. Jadi kerjasama membawa muafakat!
SEGMEN 5.
88. *Keletihan. Jauh sungguh kita merantau hari ini.
89. Tiada tiket diperlukan, hanya imaginasi semata-mata.
90. Marilah kita bersama-sama mempromosi kraftangan Malaysia di serata dunia
91. Bersama-sama generasi muda
92. menyuntik nilai dan minat bersama.
93. Perlunya idea dan inovasi
94. untuk adat serta budaya
95. Kekal sentiasa.
96. Majulah kraftangan demi Malaysia.
97. Agar tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas
Cintai tiap masa kraf Malaysia
Emas kain kayu atau apa saja
Beli guna pakailah kraf Malaysia
Dengan penuh kebanggaan
Cintai selamanya kraf Malaysia
Nilai seni tinggi tiada bandingan
Sayangilah warisan kraf Malaysia
Lambang jatidiri bangsa
98. TERIMA KASIH SEMUA!