Vous êtes sur la page 1sur 36

Pendidikan Seni Visual ( PSV 3104 )

1

1.0 Pengenalan
1.1 Definisi Seni ;
Mengikut Kamus Dewan Edisi baru,

Seni didefinisikan sebagai karya (sajak, lukisan, muzik dan lain-lain ) yang
diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang indah. Secara tidak
langsung mengakui bahawa untuk menghasilkan sesuatu produk seni, bakat,
kebolehan dan penghayatan serta pemahaman yang jitu amat penting. Kebolehan
adalah sesuatu yang mampu dipelajari dan dibentuk manakala bakat pula adalah
sesuatu yang berdiri dengan sendiri hasil daripada kurniaan Ilahi. Kedua-dua ini
saling berkait rapat di dalam menghasilkan sesuatu produk seni yang mempunyai
nilai estetika yang tinggi.

Daripada sudut agama, Imam Muslim melalui penulisan kitabnya, Kitab Al- Iman,


Muslim menjelaskan seni itu sebagai suatu bentuk ilmu ( pengetahuan )
di mana seseorang yang mempunyai ilmu ataupun pengetahuan seni tersebut akan
mencipta serta melahirkan manifestasi pemikiran dan perasaannya terhadap
sesuatu objek yang dihayatinya melalui karya-karya seni, ataupun setidak-tidaknya
akan menghargai keindahan objek serta karya tersebut, sekiranya tidak mampu
menghasilkan karya seni. Ini adalah kerana seni itu sendiri mempunyai pertalian erat
di antara penggiat dan khalayak seni itu sendiri.





Menurut Herbert Read ( buku, The Meaning of Arts )


Seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan,
keseronokan dan kesenangan estetik ( Art is Expression ).Kesenangan estetik di sini
adalah merujuk kepada konsep kesenangan yang terhasil kesan oleh penghayatan
Pendidikan Seni Visual ( PSV 3104 )

2

terhadap keindahan seni visual. Kepuasan, kenikmatan, kesukaan dan kegembiraan
juga termasuk di dalam kesenangan ini.

1.2 Definisi Pendidikan Seni


Pendidikan Seni di dalam Sistem Pendidikan Formal Negara bermaksud
program pendidikan yang bersistem, terancang dan boleh diukur prestasinya bagi
memenuhi keperluan individu dan aspirasi negara. Ia merangkumi idea-idea yang
dicetuskan melalui lukisan, ukiran dan pelbagai kemahiran tangan yang lain yang
diadunkan daripada pengalaman murid dan apa yang telah dipelajari.


Feldman ( 1996 ) memberikan pendefinisian pendidikan seni sebagai ;

Usaha yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran membuat dan
memahami seni, di samping mengetahui tentang dunia dan diri kita sendiri melalui
seni. Seni yang dimaksudkan di sini adalah meliputi apa jua cabang seni visual
seperti catan, arca, seni bina, reka bentuk industri, grafik komputer, serta apa jua
yang berkaitan dengan seni, baik yang berupa seni tampak tradisional mahupun seni
moden.


Pendidikan seni merangkumi pelbagai kaedah dan teknik yang digunakan di
dalam penghasilan produk seni, mempelajari sejarah dan antropologi seni,
membezakan makna seni serta melihat nilai produk seni individu. Lantaran itu,
pendidikan seni lebih menitik beratkan pemikiran, perbuatan dan penilaian yang
original di samping memberi kesempatan untuk individu itu memperkembangkan
idea semulajadinya secara teratur menerusi peringkat-peringkat perkembangan
yang artistik.

Kesimpulannya, pendidikan seni merupakan suatu sistem pengajaran dan
pembelajaran seni tampak yang terancang dan mempunyai hala tuju serta matlamat
yang jelas. Pendidikan seni adalah suatu sistem pengajaran dan pembelajaran yang
bermatlamat melahirkan individu yang celik seni bagi diri dan masyarakatnya
Pendidikan Seni Visual ( PSV 3104 )

3


1.3 Konsep Pendidikan Seni Visual

Subjek ini dapat memenuhi keperluan pembentukan sahsiah dengan cara
penerapan nilai-nilai murni yang merangsang kreativiti dan sebagainya. Selain itu
melalui aktiviti seni juga, para pelajar boleh mengalami aktiviti dan pengalaman
tentang penggunaan media, alatan, proses dan teknik menghasilkan serta
bermacam-macam lagi kaedah. Pendidikan seni visual merupakan suatu bidang ilmu
yang mengandungi pembentukan kurikulum, objektif, methodologi dan sebagainya.

Konsep pendidikan seni visual ialah dapat memenuhi keperluan pembentukan
sahsiah dengan cara melahirkan perasaan, perluahan emosi, penglahiran idea dan
memanifestasikan buah fikiran. Selain itu, bidang seni visual juga membenarkan
pelajar mengalami aktiviti dan pengalaman ke arah membina keyakinan,
menajamkan persepsi, meningkatkan kreativiti, dan meningkatkan nilai estetika.

1.4 Matlamat Pendidikan Seni Visual
1.4 Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah
untuk melahirkan insan yang harmonis , kritis, kreatif dan produktif menerusi
pemupukan asas seni visual. PSV diharapkan dapat membentuk keperibadian
Generasi Malaysia / insan yang
membentuk keperibadian celik budaya

mempunyai nilai estetik yang tinggi ,kreatif, inovatif

meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan

menghargai keindahan alam persekitaran

menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara

selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara

menunjukkan penghargaan terhadap tokoh seni visual

dijadikan sebagai prospek kerjaya.
Pendidikan Seni Visual ( PSV 3104 )

4




1.5 Sejarah Perkembangan Kurikulum KBSR PSV sebelum dan selepas
Merdeka


1.5.1 Pendidikan Sebelum Merdeka

Dahulunya PSV dikenali sebagai subjek Lukisan dan Pertukangan Tangan.
Setelah beberapa perubahan berlaku mengikut peredaran dan keperluan semasa,
maka mata pelajaran Lukisan dan Pertukangan Tangan telah ditukar menjadi mata
pelajaran Pendidikan Seni. Setelah beberapa tahun mata pelajaran Pendidikan Seni
diperkenalkan ia telah diubah pula menjadi Pendidikan Seni Visual atas kesedaran
masyarakat terhadap kepentingan Pendidikan Seni Visual dalam kehidupan.

Sebelum kedatangan kuasa penjajah pendidikan di Tanah Melayu berbentuk
bukan formal dan tidak memberatkan perkembangan kognitif pelajar-pelajar. Corak
pendidikan yang ada pada ketika itu berjalan seperti biasa dengan pengajaran al-
Quran, tingkah laku, dan akhlak yang baik, pengetahuan kerohanian dan seni
mempertahankan diri. Ini termasuklah pelajaran awal dalam bidang kraf tangan serta
perintis dalam bidang pertanian, perikanan dan perburuan. Pendidikan Melayu yang
awal menekankan pengajaran Quran dan pengetahuan asas membaca, menulis dan
mengira(3M)

Pada awal abad ke 20, bagi menampung permintaan yang bertambah
terhadap Pendidikan menengah, Maktab Melayu Kuala Kangsar diasaskan mengikut
model English Grammar School pada tahun 1905. Akan tetapi, sekolah ini adalah
khas untuk golongan bangsawan sahaja. Latihan guru-guru Melayu dimulakan pada
tahun 1984 di Teluk Belanga, Singapura. Pada tahun 1922, bagi memenuhi
permintaan yang bertambah terhadap guru-guru sekolah Melayu yang berkelayakan,
Maktab Perguruan Sultan Idris telah ditubuhkan atau dikenali sebagai Sultan Idris
Training College (SITC).Di sini mata pelajaran Pendidikan seni telah diajar di
samping subjek-subjek lain. Komponen subjek Pendidikan Seni diajar bersama-
Pendidikan Seni Visual ( PSV 3104 )

5

sama dengan pertukangan tangan seperti membuat bakul dan lain-lain seni
pertukangan rakyat ketika itu. Sukatan pelajaran yang digunakan adalah pelajaran
menggunakan mengkuang untuk membuat bakul bagi tahun pertama. Mereka
dikehendaki mencipta corak-corak baru dengan menggunakan rotan dan buluh.
Kerja-kerja tahun pertama disambung pada tahun ke dua dan penggunaan rotan dan
buluh adalah lebih meluas lagi pada tahun ketiga. Buku teks yang digunakan ialah
Kitab Rajah-rajah Anyaman oleh guru anyaman Mr. W. Olaguera.

1.5.2 Perkembangan Pendidikan Awal Merdeka

Selepas perang dunia kedua perkembangan politik negeri China, India , dan negara
jiran banyak berubah , Masyarakat pendatang menganggap Tanah Melayu sebagai
tempat kediaman mereka dan kebangkitan nasionalisme Melayu melihatkan tentang
masalah kerumitan kaum tentang pendidikan.

1.5.3 Pendidikan Malaysia

Beberapa kajian telah dibuat untuk mendapatkan formula terbaik bagi
sistem pendidikan di Tanah Melayu pada masa itu. Walau bagaimanapun setelah
mendapat kemerdekaan, Akta Pelajaran 1961 telah dijadikan dasar kepada sistem
pendidikan di negara ini. Justeru itu Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) telah
diperkenalkan. Mata pelajaran yang diajar oleh guru-guru dana dipelajari oleh murid-
murid dalam KLSR antaranya ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik,
Sains, Tawarikh, Ilmu Alam, Hal Ehwal Tempatan, Tata Rakyat, Jawi, Pendidikan
Agama Islam, Lukisan dan Pertukangan Tangan, Pendidikan Jasmani dan lain-lain.

Persekolahan peringkat rendah di negara ini berterusan mengikut kehendak
KLSR sehinggalah kajian dibuat pada tahun 1974 hingga 1979 oleh jawatankuasa
diketuai Dr. Mahathir Mohammad bagi melihat kesesuaian KLSR ini. Laporan kajian
yang dikeluarkan pada tahun 1979 mendapati bahawa KLSR sudah tidak relevan
lagi dan perlu diganti dengan kurikulum yang baru. Implikasi daripada laporan ini
ialah pengenalan kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun
1982.Namun begitu, pada tahun 1988 KBSR telah disemak semula bagi mengenal
pasti kelemahan dan kekuatannya. Lanjutan itu, KBSR yang dikenali pada asasnya
Pendidikan Seni Visual ( PSV 3104 )

6

sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar menjadi Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah. Dari segi kurikulum, mata pelajaran-mata pelajaran yang telah
sedia ada mengalami perubahan bagi membantu murid menghadapi cabaran masa
depan termasuklah Pendidikan Seni Visual.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah memainkan peranan yang positif
dalam membangunkan dan memperkembangkan kurikulum Pendidikan Seni Visual.
Hal ini dapat dilihat berdasarkan semakan terhadap Kurikulum Pendidikan Seni
Visual itu sendiri yang telah beberapa kali melalui proses perubahan. Perubahan-
perubahan tersebut meliputi aspek falsafah, matlamat, objektif, pendekatan, kaedah
dan isi kandungan mata pelajaran tersebut. Retrospektif perkembangan kurikulum ini
dapat dilihat seawal pertengahan abad ke-19 apabila kurikulum seni mula
diperkenalkan di Penang Free School dengan memberikan penekanan kepada
penglahiran pelajar yang mahir dalam kraf (Carline, (1968) dalam Ibrahim Hassan
melalui karya Md Nasir bin Hj. Ibrahim-Isu dan Permasalahan Kurikulum Pendidikan
Seni Visual).

Selepas merdeka, bermula dari tahun 1965 Kementerian Pelajaran
Malaysia telah menggubal dasar baru pendidikan. Melalui dasar baru ini, murid-
murid daripada darjah 1 hingga tingkatan 3 akan belajar dua kumpulan mata
pelajaran yang dikenali sebagai mata pelajaran wajib dan mata pelajaran elektif.

Kini, sekali lagi kurikulum Pendidikan Seni berubah dengan penekanan kepada
melengkapkan perkembangan diri seseorang individu melalui nilai peribadi individu
dan pemupukan kesedaran terhadap seni dalam kehidupan sehari-hari serta sikap
dalam menghargai hasilan seni sebagai sumbangan kepada warisan budaya dan
identiti bangsa. Perubahan-perubahan ini melibatkan falsafah, matlamat, objektif,
pendekatan, kaedah dan isi kandungan yang lebih mantap dan akan dapat menarik
minat lebih ramai pelajar.

Dalam KBSR, Pendidikan Seni Visual merupakan mata pelajaran wajib
yang mesti dipelajari oleh semua murid. Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual
digubal selaras dengan perkembangan terkini ke arah mencapai hasrat FPK.

Pendidikan Seni Visual ( PSV 3104 )

7


Terdapat empat bidang yang terkandung di dalam mata pelajaran Pendidikan Seni
Visual seperti berikut :

(a) Melukis dan membuat gambar
(b) Membuat corak dan rekaan
(c) Membentuk dan membuat binaan
(d) Mengenal kraf tradisional

Fokus yang diberikan kepada setiap bidang pula ialah pemerhatian aktif,
interaksi yang kreatif dengan alat dan bahan, serta aprisiasi aspek seni. Pendidikan
Seni Visual memainkan peranan sebagai pengimbang kepada mata pelajaran lain
yang ditawarkan di sekolah-sekolah kerajaan. Mata pelajaran ini menyumbangkan
ke arah perkembangan murid-murid melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan
kreativiti. Manakala aktiviti seni yang dijalankan semasa pengajaran dan
pembelajaran dilakukan dalam konteks peranan seni sebagai media komunikasi,
seni dalam kehidupan dan persekitaran, dan seni sebagai warisan budaya dan
identiti bangsa. (Mazlan Mohamad.1996)

1.5.4 Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR)

Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) mula dilaksanakan sejak Negara
mencapai kemerdekaan. Pada tahun 1960, sebuah Jawatankuasa Penyemak Mata
pelajaran telah dibentuk yang dikenali sebagai Laporan Rahman Talib.
Jawatankuasa ini diketuai oleh Menteri Pelajaran ketika itu, iaitu Abdul Rahman
Talib. Jawatankuasa ini ditubuhkan bertujuan untuk mengkaji semula polisi
pendidikan kebangsaan sebagaimana yang telah dicadangkan dalam Laporan
Razak yang dibuat pada tahun1956 dan dasar pendidikan awal sebelum itu iaitu
Ordinan Pelajaran 1957. Laporan Rahman Talib telah mencadangkan beberapa
aspek pendidikan. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama di
setiap sekolah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Laporan
Rahman Talib ini kemudiannya dibentangkan di Parlimen dan diluluskan yang mana
kemudiannya dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Sejak itu, perkembangan
Pendidikan Seni Visual ( PSV 3104 )

8

pendidikan kebangsaan selanjutnya adalah berdasarkan kepada polisi pendidikan
kebangsaan yang tercatat dalam Akta Pelajaran 1961 ini.
1.5.5 Perkembangan sistem pendidikan negara boleh dibahagikan kepada tiga
tahap iaitu ;

Tahap Pertama (1963 -1965) - Tahap pertama merupakan tahap perlaksanaan
rancangan sistem pendidikan yang telah dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran
1961.


Tahap Kedua (1966-1970) - Tahap kedua pula merupakan tahap perlaksanaan
rancangan pendidikan di bawah Rancangan Malaysia Pertama. Ia digubal dengan
tujuan untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial yang timbul dalam tempoh
ini. Antara matlamat lain yang ingin dicapai ialah memperkukuhkan sistem
pendidikan kebangsaan bagi memupuk perpaduan sosial, kebudayaan dan politik ,
menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih bersistematik dan selesa kepada
para pelajar, meningkatkan taraf pendidikan di seluruh negara serta melaksanakan
pendemokrasian pendidikan tanpa mengira bangsa, kaum mahu pun agama.


Tahap Ketiga (1971-1975) - Perkembangan sistem pendidikan dalam tahap ketiga
pula ialah merupakan pengubahsuaian sistem pelajaran dan latihan untuk
memenuhi keperluan perkembangan ekonomi serta untuk menghasilkan lebih ramai
pekerja mahir bagi melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Sistem pendidikan
pada tahap ini dirancang supaya memberi sumbangan penting bagi menggalakkan
perpaduan di kalangan rakyat berbilang bangsa. Perubahan-perubahan sistem
pendidikan ini adalah akibat dari konflik perkauman yang tercetus pada 13 Mei 1969.
Kerajaan Malaysia terpaksa mengkaji semula matlamat -matlamat pendidikan
negara dan seterusnya merancang suatu sistem pendidikan yang lebih sesuai
dengan harapan boleh menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan dapat
mengelakkan tragedi konflik perkauman itu daripada berulang kembali.



Pendidikan Seni Visual ( PSV 3104 )

9



2.0 Membanding beza PSV antara KLSR, KBSR dan KSSR dari segi :
- matlamat , objektif , isi kandungan dan pendekatan

2.1 Perbezaan : dari segi matlamat dan objektif


KLSR

KBSR

KSSR

Memenuhi keperluan
perkembangan ekonomi
serta untuk menghasilkan
lebih ramai pekerja mahir
bagi melaksanakan Dasar
Ekonomi Baru (DEB)






Murid dapat menguasai
dan menghargai Bahasa
Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan sebagai
alat perpaduan dengan
baik dan memuaskan.

Menekankan penguasaan
terhadap kemahiran asas
3M iaitu membaca,
menulis dan mengira





Meningkatkan penguasaan
murid-murid sekolah
rendah khususnya dalam
bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris.

Tertumpu pada
penguasaan 4M
(membaca, menulis,
mengira dan menaakul)
serta kemahiran asas
teknologi komunikasi dan
maklumat (ICT),
perkembangan sosioemosi
kerohanian, fizikal, kognitif,
sikap dan nilai.
Memperkukuhkan sistem
pendidikan kebangsaan
bagi memupuk perpaduan
sosial, kebudayaan dan
politik, menyediakan
kemudahan pendidikan
yang lebih bersistematik
dan selesa kepada para
pelajar, meningkatkan
taraf pendidikan di
Murid seharusnya
boleh menulis karangan
dan surat kiriman yang
tepat dengan maksud dan
tajuknya serta memahami
dan boleh mengisi borang-
borang yang sesuai untuk
keperluan seharian.

Pendidikan Seni Visual ( PSV 3104 )

10

seluruh negara serta
melaksanakan
pendemokrasian
pendidikan tanpa mengira
bangsa, kaum mahu pun
agama

ISI KANDUNGAN PSV

KLSR

KBSR

KSSR


Isi kandungan pelajaran
kerap kali tidak berkaitan
antara satu mata
pelajaran dengan satu
mata pelajaran yang lain
dan butiran yang
terkandung dalam
sukatan pelajaran adalah
terlalu banyak.

KBSR merangkumi tiga
bidang iaitu komunikasi,
manusia dan alam keliling
dan perkembangan
individu.

Pendidikan Seni Visual
termasuk di dalam bidang
perkembangan diri
individu di dalam
komponen kesenian dan
kesihatan


Kurikulum Seni Visual
untuk sekolah rendah-
,menggambar, membuat
corak dan rekaan,
membentuk dan
membuat binaan serta
mengenal kraf
tradisional.

Organisasi kandungan
dalam empat bidang
tersebut disusun
berasaskan kepada
empat standard
kandungan ; persepsi
estetik, aplikasi seni,
ekspresi kreatif, dan
apresiasi seni

PENDEKATAN PSV

KLSR

KBSR

KSSR


Pendidikan Seni Visual ( PSV 3104 )

11

Kerusi dan meja pelajar
disusun sesuai dengan
kaedah pengajaran yang
lebih berpusat pada guru.

Cara pengajaran
keseluruhan kelas
merupakan kaedah
mengajar utama di dalam
bilik darjah.

Jarang mempraktikkan
aktiviti berkumpulan .

Pelajar berada dalam
keadaan pasif dan
menerima apa sahaja
yang disampaikan oleh
guru.



Dari segi susunan fizikal,
kerusi dan meja pelajar
disusun mengikut kaedah
kumpulan.

Lebih bersifat
berpusatkan pelajar dan
penglibatan mereka
secara aktif dalam proses
pengajaran dan
pembelajaran amat
digalakkan.

Bahan pengajaran dan
hasil pembelajaran juga
diletakkan di ruang
belajar- timbulkan
suasana bilik darjah yang
menarik dan merangsang
proses pengajaran
pembelajaran.
Pemerhatian secara aktif.
Interaksi yang kritis dan
kreatif dengan alat dan
bahan.

Apresiasi seni visual
secara mudah


Menghargai nilai baik
dalam semua aspek
kehidupan


2.2 Persamaan PSV dalam KLSR, KBSR dan KSSR

KLSR

KBSR

KSSR

Menggalakkan
perpaduan di kalangan
rakyat berbilang bangsa

Bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan dan
sebagai alat perpaduan
Memberi tumpuan
terhadap perkembangan
individu secara
menyeluruh yang meliputi
aspek jasmani, emosi,

Pelajar yang seimbang
dari aspek JERIS.
Berilmu pengetahuan,
percaya kepada Tuhan,
Berakhlak mulia dan
berkeyakinan
Pendidikan Seni Visual ( PSV 3104 )

12




























rohani , intelek dan sosial
(JERIS)

ISI KANDUNGAN PSV

KLSR

KBSR

KSSR

Guru sebagai
Pembimbing pelajar

Guru sebagai
pembimbing pelajar

Guru sebagai
pembimbing pelajar
Pendidikan Seni Visual ( PSV 3104 )

13


3.0 Perkaitan konsep 5 P dengan peranan guru PSV serta pengurusan aktiviti
dalam dan luar bilik darjah






Rajah : Konsep 5 P dalam PSV

Konsep ini merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni
Visual di peringkat sekolah rendah. Konsep 5P juga merupakan satu saranan
supaya bidang kemahiran atau bahan pengajaran dan pembelajaran disampaikan
secara bersepadu dan tidak secara berasingan. Konsep 5P menekankan
KONSEP
5P
PENGGABUNG-
JALINAN
PENYERAPAN
PENILAIAN PENGAYAAN
PEMULIHAN
KONSEP 5P
Pendidikan Seni Visual ( PSV 3104 )

14

penggabungjalinan , penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan.




Penggabungjalinan ialah satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang
menyarankan supaya bidang kemahiran yang berkait rapat atau bahan pengajaran
yang mempunyai urutan yang baik tidak disampaikan secara berasingan. Strategi ini
berhasrat untuk menjadikan aspek kemahiran saling memperkukuh dan bahan
pengajaran saling melengkapi. Dalam hal ini, sesi pengajaran dan pembelajaran
akan menjadi lebih berkesan.

3.1.2 Tujuan Strategi Penggabungjalinan







TUJUAN STRATEGI
PENGGABUNGJALINAN
Kemahiran dapat dikuasai secara
serentak
Bentuk pengajaran lebih menarik dan
berkesan
Berpeluang untuk menggunakan
kemahiran secara semula jadi
Aktiviti melibatkan pelbagai kemahiran
dan ramai pelajar
3.1 PENGGABUNGJALINAN
Pendidikan Seni Visual ( PSV 3104 )

15


3.1.3 Prinsip Penggabungjalinan


3.1.4 Bentuk-bentuk Penggabungjalinan
P
R
I
N
S
I
P
-
P
R
I
N
S
I
P

P
E
N
G
G
A
B
U
N
G
J
A
L
I
N
A
N

Mudah ubah, bergantung kepada matlamat dan objektif
yang hendak dicapai
Guru mesti tahu apa dan berapa kemahiran yang ingin
digabungjalinkan
Kemahiran fokus dan sampingan hendaklah dirancang
dengan baik.
Berdasarkan kebolehan dan pencapaian pelajar.
Pendidikan Seni Visual ( PSV 3104 )

16






Penyerapan merupakan proses penyebatian dan menyatupadukan
pengetahuan atau unsur pengetahuan daripada satu mata pelajaran lain sebagai isi
pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Dalam pengajaran Pendidikan
Seni Visual unsur ilmu, nilai, dan kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran
berfikir, kemahiran belajar, dan kajian masa depan boleh diserapkan. Dalam
program KBSR, penyerapan boleh dilihat dalam dua aspek utama iaitu aspek
pembelajaran dan aspek komunikasi.


BENTUK-BENTUK
PENGGABUNGJALINAN
Penggabungjalinan
kemahiran
Penggabungjalinan
aktiviti Penggabungjalinan
bahan
3.2 PENYERAPAN
3.2.1 TUJUAN PENYERAPAN
Pendidikan Seni Visual ( PSV 3104 )

17


Menambahkan kefahaman dan kemahiran untuk mematuhi arahan dan
peraturan melalui aktiviti yang dijalankan;
Membentuk sikap ingin menambahkan ilmu pengetahuan
Meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang mereka minati;
Memupuk corak pemikiran yang terbuka dan sentiasa ingin tahu;
Membentuk pemikiran yang rasional, logik, objektif, dan positif; dan
Meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang diminati.
Membantu murid menguasai pengetahuan tentang penggunaan
perbendaharaan kata, pemilihan laras bahasa, tatabahasa, kegunaan
intonasi, dan perlakuan bukan bahasa yang lain mengikut konteks
Memahami dan menerima serta mengamalkan aspek nilai yang sesuai untuk
perkembangan diri.
Menguasai dan mengamalkan tingkah laku yang bersesuaian dan diterima
oleh rakan sebaya dan masyarakat.





Ilmu Pengetahuan
Bahan atau kandungan isi pelajaran daripada mata pelajaran lain seperti
Agama Islam, Pendidikan Moral, Bahasa Melayu, Matematik, Kajian
Tempatan, Muzik, Sains, dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang
digunakan sebagai isi kandungan dalam satu mata pelajaran untuk mata
pelajaran lain.
Pelbagai karya sastera seperti pantun, syair, dan sajak. Pengetahuan am
seperti hal ehwal semasa dan hal ehwal dalam negeri. Hal ehwal budaya,
warisan, dan kemasyarakatan.
3.2.2 Unsur Penyerapan dalam pengajaran Pendidikan seni Visual

Pendidikan Seni Visual ( PSV 3104 )

18

Nilai murni
Nilai murni boleh diterapkan dengan berbagai-bagai cara sepanjang
pengajaran dan secara terancang dalam aktiviti pembelajaran. Strategi utama
untuk pembinaan nilai murni ialah melalui aktiviti secara individu,
berkumpulan, atau kelas.
Kadangkala nilai murni tidak dinyatakan secara terus, tetapi boleh
disampaikan secara terancang dalam satu waktu pengajaran dan
pembelajaran.

Kewarganegaraan



Penyerapan unsur patriotisme dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual
mengutamakan pemupukan semangat cinta dan taat setia akan negara
Malaysia.
Aktiviti ini bertujuan untuk melahirkan warganegara yang baik dan
meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa dan negara.



Peraturan sosio budaya

Peraturan sosio-budaya dalam Pendidikan Seni Visual meliputi pemerhatian
secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi
seni visual secara mudah dan menghargai nilai baik dalam semua aspek
kehidupan

Kemahiran Bernilai Tambah
Penyerapan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran seni bagi
membolehkan pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran itu dapat dunia
sebenar pelajar. Antara kemahiran bernilai tambah ialah kemahiran berfikir,
Pendidikan Seni Visual ( PSV 3104 )

19

kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara
belajar, kajian masa depan dan kecerdasan pelbagai





Pengayaan adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar
untuk memberi peluang kepada murid mengembangkan sifat ingin tahu, semangat
berdikari, daya kreativiti, dan semangat kepemimpinan. Pengayaan disediakan
untuk semua murid sama ada kumpulan cerdas, sederhana, atau lemah.
Aktiviti pengayaan berlainan daripada aktiviti pembelajaran kemahiran asas.
Aktiviti ini diberikan kepada murid selepas mereka berjaya menguasai kemahiran
asas tertentu. Murid menggunakan kemahiran yang telah dikuasai untuk
menjalankan aktiviti pengayaan. Aktiviti pengayaan akan meluaskan pengalaman
dan pengetahuan murid sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam bidang
tertentu.


3.3 PENGAYAAN
3.3.1 AKTIVITI PENGAYAAN
Pendidikan Seni Visual ( PSV 3104 )

20









Dalam konteks ini pemulihan dihubungkan dengan kanak-kanak yang
menghadapi kesulitan pembelajaran. Pengajaran pemulihan merupakan langkah
khas yang guru lakukan untuk membantu murid yang menghadapi masalah
pembelajaran tertentu dalam menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan,
melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan
menyeronokkan, menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera,
mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya,
mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual,
membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat,
memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri, dan bertanggungjawab,
mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air, menggunakan
kemudahan teknologi dalam kegiatan, penghasilan seni visual, melibatkan diri dalam
Menggunakan daya usaha sendiri
Membuat kerja sendiri dan hasilan kendiri
Memberikan penekanan kepada aktiviti yang bersifat
kreatif dan eksperimental
Menggunakan kaedah dan organisasi yang mudah ubah
Memberikan peluang bagi mengembangkan sifat
kepimpinan sosiall dan melibatkan pembacaan luas
3.3.2 Program pengayaan
Pembelajaran akses kendiri
Kerja projek
Bacaan tambahan
Permainan dan rekreasi
Pembelajaran berbantukan komputer
Pendidikan Seni Visual ( PSV 3104 )

21

kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah. Murid-murid
dalam kategori pemulihan perlu didedahkan dengan aktiviti ini mengikut kadar
kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran supaya jurang perbezaan antara
mereka dengan murid lain dapat dikurangkan atau dihapuskan sama sekali.











3.4.1 OBJEKTIF STRATEGI PEMULIHAN

Menguasai kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti yang sesuai
dengan mereka;

Mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan
kemampuan dan perkembangan mental individu;

Mengurangkan masalah yang dihadapi melalui bantuan guru;

Mengembangkan potensi dan minat mereka dalam pelajaran ke taraf yang
lebih maju

Mendapat peluang yang sama dengan melibatkan diri dalam aktiviti sosial
sama ada di dalam atau di luar bilik darjah

Membina, memperoleh, dan mengembangkan sikap percayakan diri sendiri
dan berdikari;

Dapat meneruskan pelajaran mereka dalam sistem persekolahan biasa
yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing.
3.4 PEMULIHAN
3.5 PENILAIAN

Pendidikan Seni Visual ( PSV 3104 )

22

Penilaian dalam Pendidikan Seni Visual bukan hanya melibatkan pengujian
dan pengukuran tetapi penilaian secara keseluruhan. Penilaian secara keseluruhan
membolehkan murid menggabungkan kefahaman mereka kepada aspek kognitif,
psikomotor dan afektif. Secara tidak langsung, ia menitikberatkan fokus kepada
perbuatan murid yang mencungkil kemahiran berfikir serta melahirkan murid yang
mampu membuat keputusan. Keberkesanan program mata pelajaran ini dapat
diukur melalui Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolah yang dilaksanakan di
peringkat sekolah. Penilaian Pendidikan Seni Visual KBSR mempunyai empat unsur
iaitu penilaian berasaskan sekolah, penilaian yang fleksibel, penilaian yang
mempunyai akauntabiliti dan penilaian yang adil.
Penilaian berasaskan sekolah perlu dirancang dan dikendalikan
secara berterusan dari segi pembinaan alat penilaian dan pentadbirannya. Penilaian
yang fleksibel menitikberatkan penilaian yang mengambil kira keperluan sekolah
serta ciri mur id itu sendiri dari segi gaya pembelajaran dan kecerdasan murid.
Penilaian boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan. Guru
bertanggungjawab sepenuhnya untuk melaksanakan penilaian yang mempunyai
akauntabiliti seperti perancangan, penentuan instrumen serta pelaksanaannya.
Selain daripada itu, guru juga harus merekod pencapaian murid,
menganalisa markah tersebut serta membuat laporan untuk membuat tindakan
susulan yang berkaitan. Penilaian dalam Pendidikan Seni Visual bersifat adil kerana
cara, bentuk dan kandungannya harus mengikut keadaan dan ciri murid. Mur id
dinilai dari segi apa yang mereka tahu, cara mereka berfikir dan kemampuan
psikomotor mereka. Terdapat tiga kaedah penilaian dalam Pendidikan Seni Visual
secara khususnya, iaitu pemerhatian, lisan dan interaksi, dan penulisan.
Kaedah pemerhatian melibatkan pemerhatian proses dan pemerhatian
hasil kerja. Pemerhatian yang dilakukan oleh guru semasa murid membuat kerja
adalah dikenali sebagai pemerhatian proses berguna kerana guru dapat menilai
penguasaan kemahiran amali dan perkembangan bakat murid. Selain daripada itu,
guru juga dapat menilai penguasaan kemahiran sosial, amalan murid serta
memerhati penglahiran emosi dan perasaan. Tahap kreativiti murid juga dapat di
kesan melalui pemerhatian. Pencapaian kebolehan dan kemahiran murid yang
diperlihatkan pada hasil kerja dilakukan dengan melihat kriteria-kriteria tertentu pada
Pendidikan Seni Visual ( PSV 3104 )

23

hasil kerja bagi tujuan penilaian.
Antara kriteria yang dipilih untuk penilaian ialah gubahan, interpretasi,
kemahiran, fungsi, keaslian, kreativiti dan kemasan. Ini dikenali sebagai pemerhatian
hasil kerja. Kaedah lisan dan interaksi menolong guru menilai penguasaan murid
terhadap aspek seni melalui aktiviti yang dijalankan seperti soal jawab, kuiz,
perbincangan, sumbangsaran, puisi, temu bual, bercerita, lakonan dan nyanyian.
Kaedah penilaian secara penulisan pula berbentuk ujian pensel dan kertas.
Penilaian ini boleh ditadbirkan secara formal dan tidak formal dengan instrumen
yang berbentuk objektif dan subjektif. Tugasan dan portfolio yang diberikan selepas
pengajaran satu.













3.6 Peranan Guru PSV serta pengurusan aktiviti dalam dan luar bilik darjah

PERANAN GURU SEMASA P&P BERLANSUNG
Pendidikan Seni Visual ( PSV 3104 )

24





4.0 Pengurusan Sumber Bahan Bantu Mengajar serta pengurusan bilik
darjah dan hasil kerja murid

PENGURUS
Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Mengawal kelas/studio Pendidikan Seni Visual.
Bertanggungjawab ke atas bahan dan peralatan pengajaran
dan pembelajaran menjalankan aktiviti di luar.
Menguruskan bahan bantu pengajaran dan pembelajaran.
Membuat penilaian dan memberi markah kepada tugasn
murid.
PEMBIMBING
Membimbing murid dengan penuh perhatian
Mengadakan aktiviti pemulihan bagi membantu murid yang
belum menguasai kemahiran.
Melaksanakan aktiviti pengukuhan dan pengayaan untuk
meningkatkan kualiti pembelajaran murid.
PEMUDAHCARA
Melaksanakan pengajaran berteraskan ansur maju
Mengelola aktiviti pembelajaran berpandukan tahap
kebolehan murid
Memudahkan pemahaman konsep dengan mengaitkan
dengan situasi sebenar kehidupan murid
MOTIVATOR
Menjalankan aktiviti bina semangat dan membentuk
keyakinan diri murid
Meransang dan menggalakkan murid
Membawa perubahan
Memberi dorongan dan bimbingan
Menyelesaikan masalah sosio dan emosi murid.
INISIATOR
Meransang pemikiran murid yang bercapah
Mengemukakan soalan yang menjana pemikiran kreatif dan
kritis
Menyokong aktiviti penyelesaian masalah
Menyarankan kolaboratif dan koperatif melalui kerja
kumpulan
Pendidikan Seni Visual ( PSV 3104 )

25

Dalam mencapai matlamat Pendidikan Seni Visual dan juga matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini, peranan guru amat penting dalam pengurusan
terutamanya dalam menghasilkan ruang atau bilik studio khusus yang memberi
impak yang maksimum kepada murid. Ini kerana kekuatan Pendidikan Seni Visual di
sesebuah sekolah terletak kepada guru dan tempat operasi iaitu Bilik/Studio
Pendidikan Seni Visual. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual
dijalankan dalam bentuk teori dan praktikal tetapi pendekatannya bergantung
kepada kebijaksanaan guru untuk mengendalikannya asalkan meliputi tiga domain
iaitu, pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Pengurusan bilik seni merupakan satu aspek utama dalam konteks
proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni. Guru Pendidikan Seni
hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan Seni
hendaklah sentiasa berusaha bersama-sama guru-guru seni yang lain untuk
mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai. Suasana dalam bilik seni ini
sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada
pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat. Selain
hasil kerja pelajar, contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai
juga dipamerkan dalam bilik seni.







Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya seperti:

Pendidikan Seni Visual ( PSV 3104 )

26




Guru-guru pendidikan seni , terutamanya guru panitia /guru kanan juga perlu
mewujudkan bilik seni yang standard. Standard di sini bermaksud ianya mempunyai
fasiliti yang lengkap, menarik dan menekankan aspek-aspek keselamatan. Di dalam
pengurusan bilik seni, aspek-aspek yang perlu diberi perhatian yang sewajarnya
adalah seperti berikut :

Trapuitik
Bilik/studio yang menarik apabila masuk, mempunyai ciri kebersihan,
keindahan, mesra pengguna dan terasa selesa. Bilik/studio seni perlu menampilkan
suasana yang menyeronokkan apabila masuk.

Perabot yang sesuai

Perabot perlu sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran PSV. Antara
ciri-cirinya ialah ada bahagian P&P teori, Bengkel kasar dan bengkel halus.

Bahan pengajaran dan pembelajaran

unsur seni
menggambar / melukis


warna





lukisan alam semula jadi
seni huruf dan sebagainya.
Pendidikan Seni Visual ( PSV 3104 )

27

Terdapat bahan pengajaran pembelajaran yang sesuai di letakkan di
tempat-tempat yang sesuai, seperti carta, buku-buku dan lain-lain. Alat pengajaran
pembelajaran seperti LCD projektor, komputer, printer dan lain-lain.

Peralatan PSV

Alat-alat yang digunakan untuk Penghasilan Produk. Misalnya mesin-mesin
yang digunakan untuk membina tembikar, klin, gergaji elektrik dan sebagainya.


Bahagian Pameran

Bahagian pameran terbahagi kepada dua iaitu satu yang kekal dan satu lagi
semasa hasil dari kerja-kerja pelajar. Sebaiknya semua bidang perlu ada
dipamerkan: Bidang Seni Halus, komunikasi Visual, Kraf dan reka bentuk

Singki Air

Sebaiknya ada beberapa singki air untuk membantu proses pengajaran dan
pembelajaran.

Stor

Stor adalah tempat terkawal menyimpan bahan dan alat untuk kegunaan
pengajaran pembelajaran.


Poster keselamatan

Pendidikan Seni Visual ( PSV 3104 )

28

Perlu ada agar guru dan pelajar sentiasa berhati-hati semasa menggunakan
peralatan dan bahan PSV.

Papan Maklumat

Notis Board, maklumat notis semasa, jadual pengagihan tugas dan jadual
waktu penggunaan bilik seni


4.1 Pengurusan Bilik Pendidikan Seni Visual
Iklim bilik darjah dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni
Visual sama ada di bilik seni ataupun di sebuah bilik darjah biasa, merangkumi
keadaan fizikal dan suasana pembelajaran yang sesuai dan kondusif untuk sesuatu
pelajaran.

4.1.1 Aspek fizikal

Dari aspek fizikal, guru seni hendaklah berusaha menentukan bahawa bilik darjah
atau bilik seni adalah bersih, susunan perabot adalah teratur dan sesuai untuk
aktiviti yang akan dijalankan. Sudut seni untuk pameran contoh-contoh hasil kerja
pelajar perlu ada dan diuruskan dengan menarik dan kemaskini. Ianya dapat
dilakukan dengan cara-cara berikut:

(i) Penyusunan meja kerusi murid mengikut kumpulan.
(ii) Suasana di studio Pendidikan Seni yang dihiasi dan diatur kemas dengan
carta,gambar, rak pameran dan alat bantu mengajar yang mengalakkan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.



(iii) Saiz studio ;
mempunyai ruang yang cukup untuk bergerak dapat memberi
keselesaan kepada murid-murid menjalankan aktiviti kumpulan dan permainan.

Pendidikan Seni Visual ( PSV 3104 )

29

(iv)Tingkap-tingkap dan pintu yang mencukupi akan membolehkan cahaya masuk
dan udara beredar bebas dalam studio. Keadaaan cahaya dan udara studio yang
cukup dapat membangkitkan suasana yang segar dan membawa keselesaan
kepada murid.

(v)Keadaan kebersihan dan keindahan bilik darjah pula dapat meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

4.1.2 Aspek Sosial

Suasana sosial
merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara murid dengan
murid khasnya dalam bilik darjah. Murid yang dapat berinteraksi dalam
pembelajarannya akan mudah menguasai ilmu yang dipelajari. Mereka akan melalui
sosiometri dalam penguasaan berinteraksi dalam sesuatu kumpulan dan di sinilah
proses pengajaran dan pembelajaran akan berlaku. Aspek emosi ini akan dapat:

(i) menarik minat murid, masyarakat dan guru-guru;
(ii) berfungsi sebagai pemangkin untuk mengembangkan minat, bakat,
kreativiti dan inovatif;
(iii) mewujudkan suasana interaksi sesama murid;
(iv) memudahkan komunikasi antara guru dan murid; dan
(v) menggalakkan pendedahan kepada kepelbagaian budaya.









Pendidikan Seni Visual ( PSV 3104 )

30







Pendidikan Seni Visual ( PSV 3104 )

31






Hasil kerja murid tahun 2
Pendidikan Seni Visual ( PSV 3104 )

32


Hasil kerja murid thn 5

Hasil kerja murid tahun 3

Pendidikan Seni Visual ( PSV 3104 )

33



Pintu masuk ke Bilik Pendidikan Seni di sekolah saya


Contoh hasil kerja murid


Hasil kerja murid Tahun 4






Pendidikan Seni Visual ( PSV 3104 )

34





Hasil kerja murid Tahun 2
Melukis dan menggambar


Hasil kerja murid Tahun 2


Hasil kerjamurid Tahun 3 - anyaman

Pendidikan Seni Visual ( PSV 3104 )

35




Hasil kerja murid tahun 6 Membentuk dan Membuat Binaan







Pendidikan Seni Visual ( PSV 3104 )

36

Vous aimerez peut-être aussi