Vous êtes sur la page 1sur 20

AMALI 2

TAJUK : Mengenal pasti Batuan.



TUJUAN: Mengenalpasti dan dan mengelaskan tiga jenis batuan mengikut
Spesifikasi:

a) Batu Igneus
b) Batu enapan
c)Batu Metamorfik

PENGENALAN/TEORI:
Setiap batu-batan yang terdapat di lapisan dan permukaan bumi lapisan
adalah berbeza di antara satu dengan yang lain. Perbezaan ini termasuklah
corak, bentuk rupa, warna, ketelusan air,proses kejadiannya, mahupun
kekuatannya menahan kuasa hakisan serta luluhawa.Batuan terbahagi kepada
tiga bahagian iaitu batuan igneus, batuan sedimen danbatuan metamorfik.
Pengkelasan ini dibuat dengan berdasarkan kandungan mineral iaitu jenis-
jenis mineral yang terdapat di dalam batuan ini.tekstur batuan, iaitu saiz dan
bentuk hablur-hablur mineral di dalam batuan dan struktur batuan, iaitu susunan
hablur mineral di dalam batuan.Secara umum, batu-batan boleh digolongkan
kepada tiga kumpulan yang besar iaitu: Batuan igneus batu enapan dan batu
metamorfik.
Batuan igneus terjadi akibat daripada penyejukan dan pembekuan
magmadari dalam kerak bumi..Batu ini biasanya berbentuk hablur, tidak berlapis-
lapis dan tidak mengandungi fosil. Batu igneus boleh dikelaskan berdasarkan
kandungan bahan-bahan logam di dalamnya. Jikalau batuan ini mengandungi
lebih banyak silika maka batu itu digolongkan sebagai batuan asid. Contohnya
batu granit, warnanya lebih cerah serta kurang padat.
Proses pembentukan batu plutonikdisebabkan proses penyejukan yang
perlahan yang menghasilkan hablur besardan kasar contonya granit, diorite dan
gabro.Contoh-contoh bentuk muka bumi yang terhasil adalah seperti daik, sil,


lakolit dan batolit.Batu Gunung Berapi atau Terobosan pula adalah batu cecair
yang telah melimpah keluar dari gunung berapi sebagai lava.
Batu Enapan atau Batuan Mendak pula terjadi daripada enapan yang
terkumpul di kawasan perairan. Kejadiannya memakan masa yang panjang.
Batuan ini dapat dibezakan daripada batuan jenis lain oleh sifat-sifatnya yang
berlapis-lapis. Oleh sebab itu batuan ini disebut batu-batan berlapis.Tebal
lapisannya berbeza-beza.Bentuknya kasar atau berbiji-biji halus, juga lembut atau
keras.
Bahan-bahan yang membentuk batuan enapan ini mungkin telah diangkut
oleh sungai-sungai, glasier, angin atau binatang-binatang.Batuan enapan tidak
berhablur dan seringkali mengandungi fosil-fosil binatang, tumbuh-tumbuhan dan
hidup-hidupan halus. Batuan enapan inilah yang paling berbeza sekali cara
kejadiannya jika dibandingkan dengan batuan lain, batuan enapan dapat
dikelaskan berdasarkan umurnya. Berbagai-bagai jenis batu-batan yang terjadi
dalam jangka waktu yang sama telah dijeniskan ke dalam satu golongan. Batuan
enapan boleh dikelaskan kepada tiga jenis utama dengan berdasarkan kepada
asal kejadiannya dan kandungannya
Batuan enapan yang terjadi secara mekanik.Batuan jenis ini terjadi
daripada pemaduan bahan-bahan yang terkumpul daripada batuan yang lain. Batu
pasir merupakan batuan enapan yang paling banyak.Batuan ini terjadi daripada
pasir dan kadang-kadang serpihan batu kuarza.Susunan, kandungan dan
warnanya sangat berbeza-beza.Batu pasir banyak dipecahkan di kuari-kuari untuk
kegunaan membuat rumah atau membuat batu penggiling.Batu pasir yang lebih
besar dikenal sebagai grit.
Apabila batu-batu kelikir yang lebih besar berpadu dengan kukuhnya
sehingga menjadi batu besar, maka batuan itu disebut konglomeret (sekiranya
bulat) dan brekia (sekiranya bersegi-segi).Batuan enapan yang lebih halus
menjadi tanah liat yang banyak digunakan untuk membuat bata, syil atau batu
lodak.Pasir dan batu kelikir mungkin terdapat dalam bentuk yang tidak berpadu.
Batuan enapan yang terjadi secara organik pula merupakan batu yang
terhasil daripada bangkai hidup-hidupan yang halus. Contohnya, organisma


seperti karang dan kerang yang telah reput dagingnya akan meninggalkan kulit-
kulit yang keras. Kebanyakan batu yang terjadi secara ini terdiri daripada jenis
kalkeria antaranya termasuklah batu kapur dan kapur.Batu yang mengandungi
karbon juga terjadi secara organik.Batuan ini terjadi daripada pemendapan
tumbuh-tumbuhan yang telah reput seperti yang terdapat di kawasan paya dan
hutan. Batuan di atas memberikan tekanan kepada tinggalan tumbuh-tumbuhan
itu dan memampatkannya menjadi jisim karbon yang padat. Akhirnya tinggalan ini
menjadi gambut, lignit atau arang batu.Semua bahan-bahan ini sangat tinggi
nilainya dari segi ekonomi.
Batuan enapan yang terjadi secara kimia pula merupakan batu yang
terenap melalui tindakan kimia larutan yang berbagai jenis. Natrium klorid (garam
batu) berpunca daripada lapisan yang pada satu masa dahulu berada di dasar laut
atau tasik.Gipsum atau kulsium sulfat didapati dari penyejatan yang berlaku di
tasik-tasik masin seperti Laut Mati yang sangat masin airnya itu. Kalium karbonat
dan nitrat juga terjadi dengan cara yang sama.
Batu Metamorfik pula terhasil daripada proses tekanan dan haba yang
sangat tinggi akan menyebabkan semua batu-batuan, baik batuan igneus
mahupun batuan enapan akan bertukar menjadi batuan metamorfosis. Batu ini
juga dikenali sebagai batu jelmaan. Proses perubahan yang berlaku
menyebabkan perubahan terhadap sesuatu batuan dar segi kandungan, struktur
dan bentuk akibat tindakan tekanan dan pemanasan melalui bebrapa cara
tertentu. Impikasinya , mineral lama akan diubah menjadi mineral baru.
Suhu yang diperlukan untuk berlakunya proses metamorfik ialah
antara 100C hingga 800C. Pada suhu ini batuan masih lagi berkeadaan
lembut.Dalam keadaan yang lembut ini, batuan boleh berubah dari segi susunan
mineralnya.Hablur dalam mineral pula boleh berubah dari segi saiz dan
bentuknya.Komposisi batuan juga boleh berubah akibat tindak balas
kimia.Tekanan yang kuat mungkin menghimpit hablur menjadi rata atau panjang.
Apabila magma panas mengalir keluar ke permukaan muka bumi ataupun
memasuki celah-celah rekahan, batuan kerak bumi yang disentuhnya berubah
menjadi batuan metamorfosis..


Batuan metamorfik mempunyai ciri-ciri yang jelas.Kesemua batuan
metamorfosis mempunyai struktur berhablur. Batuan metamorfosis mempunyai
mineral yang sama seperti batuan igneus, tetapi sering terdapat juga mineral yang
hanya terbentuk pada suhu dan tekanan yang sangat tinggi. Sesetengah batuan
metamorfosis mampat dan menjadi lebih padat akibat tekanan yang sangat tinggi
yang dialaminya.Pemadatan batuan menyebabkan molekulnya menjadi lebih rapat
dan isipadu batuan lebih kecil.Sesetengah batuan metamorfosis yang berjalur
mempunyai mineral yang tersusun dalam lapisan-lapisan yang selari.Batuan
metamorfosis berjalur ini terjadi apabila mineral dalam batuan itu mengalami
penghabluran semula atau terhimpit akibat tekanan.Contoh batuan berjalur ialah
batu loh dan syis.Batuan ini boleh pecah menjadi lapisan-lapisan yang
nipis.Batuan metamorfosis tidak berjalur seperti batu marmar dan kuarzit pula
tidak boleh pecah kepada beberapa lapisan.











RADAS:1. Kanta
2. Sebuah bekas untuk mengisi batuan
3. Sebuah alat penimbang eletronik
4. Bikar 250 ml
5. Sebuah kamera DSLR
6. Jadual Pemerhatian

BAHAN : 1. Batuan- batuan yang dikutip
2. Air




PROSEDUR:
1. Enam jenis batu dipilih dari persekitaran/kejiranan
2. Setiap batu di tandakan dengan A,B, C , D, E dan F
3. Setiap jenis batu diperhatikan dari segi warna, struktur, tekstur, kilauan,
kekerasan dan corak pada batuan.
4. Jisim setiap batu diukur degan menggunakan penimbang elektronok untuk
mengetahui jisim batuan.
5. Setiap batu dimasukkan ke dalam bikar untuk mengukur isipadu batuan.
Kepadatan batuan dikaji dengan menggunakan hubungan jisimdengan
isipadu batuan.
6. Semua maklumat yang diperolehi dan dikumpul di catatkan dalam jadual
seperti dalam jadual 1.
7. Berdasarkan data yang diperolehi nama-nama batauan yang dikaji
ditentukan.







PROSEDUR




JADUAL PEMERHATIAN




JADUAL 1: Ciri-ciri batuan yang dikenalpasti



DATA DAN ANALISIS DATA

Satu penyiasatan dilakukan bagi bagi mengenalpasti dan mengelaskan batu-batuan
yang diperoleh dari tempat-tempat yang berbeza. Sampel batu diambil dari
beberapa kawasan seperti tepi jalan raya, kolam, sungai, taman bunga dan bukit.
Batu-batuan ini diuji dari segi ciri fizikalnya, lapisan-lapisan terbentuk, hablur-hablur
mineral, kekerasan batu terhadap hakisan, tindak balas batu terhadap asid,
penghasilan gelembung udara di dalam air dan banyak lagi. Uji kaji ini dilakukan
bagi mengenalpasti dan mengkelaskan batuan mengikut jenis.
Hasil eksperimen mendapati bahawa daripada Sembilan sampel batu yang
diuji, terdapat 4 jenis batu igneus, empat jenis batu sedimen dan hanya satu batu
metamorfik. Walaubagaimanapun, setiap satu daripada batu-batan ini adalah
berbeza mengikut jenis. Pengkelasan ini dilakukan berdasarkan pemerhatian
semasa uji kaji dilakukan terhadap batuan tersebut.
SAMPEL BATU Analisis batu
Batu A ini diambil di tepi jalan di Sikamat, Seremban.
Batu ini berwarna putih keabuan dan mempunyai
bintik bintik hitam yang halus. Bentuknya tidak
sekata dan berbucu tajam manakala teksturnya
kasar dan tidak mempunyai lapisan. Apabila batu ini
dipecahkan, terdapat butiran butiran mineral yang
agak besar dan berkilau. Jisim batu ini ialah 54.50g
dan isipadunya pula 25cm3. Nilai ketumpatan batu ini
ialah 2.18gcm-3. Batu ini mempunyai kekerasan yang
tinggi, yang mana tidak calar apabila ditoreh dengan
menggunakan paku dan pisau. Ini menunjukkan batu
ini sangat keras dan kuat. Maka, batu ini ialah jenis
batu Ignius jenis Granite.


Batu B ini diambil di kawasan sungai berdekatan
dengan Masjid Sikamat. Batu ini terdiri daripada
campuran warna putih keperangan. Bentuknya tidak
sekata, tidak berbucu, manakala permukaannya
agak kasar dan ia tidak mempunyai lapisan. Apabila
batu ini dipecahkan, terbentuknya butiran butiran
yang agak kecil. Jisim batu ini ialah 23.77g dan
isipadunya pula 13cm3. Nilai ketumpatan batu ini
ialah 1.83gcm-3. Batu ini agak kusam dan pudar dan
mempunyai kekerasan yang tinggi. Apabila ditoreh
menggunakan pisau dan paku, batu ini tidak
bercalar. Ini menunjukkan batu ini keras dan sukar
untuk dipecahkan. Batu ini tidak bertindak balas
dengan asid. Maka, batu ini ialah batuan enapan
jenis Breccia
Batu C diambil di sekitar jalan raya ke Senawang.
Batu ini terdiri daripada campuran warna putih,
merah keperangan dan jingga. Bentuknya tidak rata,
bentuk tidak tetap dan tidak sekata. Permukaan batu
ini pula sangat kasar. Apabila dipecahkan, terbentuk
butiran butiran yang kasar dan besar. Jisim batu ini
ialah 17.92g dan isipadunya pula 10cm3. Nilai
ketumpatan batu ini ialah 1.8gcm-3. Batu ini sedikit
calar apabila ditoreh menggunakan paku dan pisau.
Ini menunjukkan batu ini tidak keras dan mudah
untuk dipecahkan. Batu ini tidak bertindak balas
dengan asid. Maka, batu ini ialah batuan enapan
jenis Pumice.


Batu D ini diambil juga di kawasan sungai
berdekatan Masjid Sikamat. Batu ini terdiri daripada
campuran warna putih pudar dan mempunyai bintik
perang kemerahan. Bentuknya agak bulat membujur
manakala teksturnya kasar dan tidak mempunyai
sebarang lapisan. Apabila batu ini dipecahkan,
terbentuknya butiran butiran yang kecil dan kasar.
Jisim batu ini ialah 19.94g dan isipadunya pula
9cm-3. Nilai ketumpatan batu ini ialah 2.22gcm3. Batu
ini menunjukkan kekilauan dan mempunyai
kekerasan yang tinggi. Apabila ditoreh dengan pisau
dan paku, batu ini tidak calar. Ini menunjukkan batu
ini keras dan sukar untuk dipecahkan. Batu ini tidak
bertindak balas dengan asid. Maka, batu ini ialah
batuan enapan jenis Breccia
Batu E ini diambil dari kawasan sekitar jalan raya di
IPGKRM. Batu ini terdiri daripada warna putih dan
mempunyai bintik bintik berwarna kelabu gelap.
Bentuknya panjang dan berbucu tajam manakala
teksturnya agak kasar dan tidak mempunyai lapisan.
Apabila batu ini dipecahkan, terbentuknya butiran
butiran yang halus. Jisim batu ini ialah 10.5g dan
isipadunya pula 6cm3. Nilai ketumpatan batu ini ialah
1.68 gcm-3. Batu ini juga menunjukkan kekilauan dan
mempunyai kekerasan yang tinggi. Apabil batu ini
ditoreh menggunakan paku dan pisau, batu ini tidak
bercalar. Ini menunjukkan batu ini sangat keras dan
kuat. Maka, batu ini ialah jenis batu Ignius jenis
Granite.


Batu F ini diambil dari kawasan kolam asrama Blok
A. Batu ini terdiri daripada campuran warna putih
pudar keemasan. Bentuknya membulat manakala
tekstur permukaannya agak kasar dan tidak
mempunyai lapisan. Apabila batu ini dipecahkan,
terbentuknya butiran butiran yang besar dan kasar.
Jisim batu ini ialah 13.15g dan isipadunya pula
9.cm3. Nilai ketumpatan batu ini ialah 1.50gcm-3.
Batu ini mempunyai kekerasan yang tinggi Apabila
ditoreh menggunakan paku dan pisau, batu ini tidak
calar. Ini menunjukkan batu ini keras dan sukar untuk
dipecahkan. Batu ini bertindak balas dengan asid
yang menghasilkan gelembung udara. Maka, batu ini
ialah batuan igneus jenis Pumice
Batu G diambil dari Taman Bunga IPGKRM. Batu ini
ber warna putih kapur berbintik perang kemerahan.
Bentuknya membulat tetapi tidak sekata, manakala
teksturnya kasar dan tidak mempunyai lapisan.
Apabila batu ini dipecahkan, terbentuknya butiran
butiran yang halus. Jisim batu ini ialah 12.93g dan
isipadunya pula 6cm3. Nilai ketumpatan batu ini ialah
2.16gcm-3. Batu ini menunjukkan kekilauan dan
mempunyai kekerasan yang tinggi. Apbila ditoreh
dengan paku dan pisau, bat ini tidak calar, maka ini
menunjukkan batu ini keras dan sukar untuk
dipecahkan. Batu ini tidak bertindak balas dengan
asid. Maka, batu ini ialah batuan enapan jenis
Breccia.


Batu H ini diambil di Pantai Port Dickson, Seremban.
Batu ini terdiri daripada campuran warna perang
kemerahan dan putih. Bentuknya bersegi dan bentuk
tidak tetap manakala teksturnya kasar, seakan-akan
berpasir dan mempunyai lapisan namun terlalu nipis.
Apabila batu ini dipecahkan, terbentuknya butiran
butiran yang sangat halus seperti butiran pasir atau
debu. Jisim batu ini ialah 10.43g dan isipadunya pula
5cm3. Nilai ketumpatan batu ini ialah 2.09gcm-3. Batu
ini menunjukkan kekerasan yang rendah. Apabila
ditoreh dengan pisau dan paku, batu ini jelas
menunjukkan kesan calar dan butiran-butiran halus
terhasil. Maka, jelas bahawa batu ini lembut dan
senang untuk dipecahkan. Batu ini tidak bertindak
balas dengan asid. Maka, batu ini ialah batuan
sendimen jenis Sandstone
Batu I ini diambil di Bukit Beroga,. Batu ini berwarna
kelabu kehitaman. Bentuk batu ini bersegi dan
berbucu tajam dan permukaannya kasar. Apabila
dipecahkan, butiran mineral yang terhasil sangat
halus. Jisim batu ini ialah 15.59g dan isipadunya pula
10cm3. Nilai ketumpatan batu ini ialah 1.56gcm3.
Batu ini menunjukkan kekerasan yang rendah.
Apabila ditoreh menggunakan paku dan pisau, batu
calar. Ini menunjukkan batu ini lembut dan senang
untuk dipecahkan. Batu ini bertindak balas dengan
asid dan sedikit terhakis apabila bertindak balas
dengan asid. Maka jenis batuan ini ialah batu
metamorfik jenis Slate.


Kesimpulan:
Batu-batuan boleh diklasifikasikan kepada tiga iaitu igneus, metamorfik dan
sedimen. Setiap satu batuan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza antara satu sama
lain. Batu-batan dapat menentukan kesesuaian tanah-tanih untuk dijadikan habitat
bagi haiwan dan tumbuhan tertentu serta menentukan kegunaan tanah dalam
sesuatu kawasan tersebut.
.


Berdasarkan data telah diperolehi tentang keenam-enam jenis batuan yang
dikenalpasti.Terdapat beberapa berbezaan serta persamaan di anatara batuan
yang dikaji.Batuan A merupakan batauan jenis batu enapan. Batuan A
mempunyai ciri-ciri seperti warna yang cerah, kelabu, oren, berat 500g,isipadu
210cm, berkilau bertompok-tompok, rapuh, tidak keras, tidak berlapis , tekstur
berhablur ,dan corak tidak berjalur /bertompok.Berdasarkan kepada stuktur an
warna batuan yang pelbagai dan berbeza bermakna batuan ini telah mengalami
pemaduan antara pelbagai jenis bahan. Ia terjadi daripada pasir dan kuarza.
Sususnan kandungan warnanya sangat berbeza-beza.Kebanyakan batu ini
dijadikan sebagai untuk kegunaan membuat rumah atau batu penggiling.
Bentuknya yang bulat dan besar, ia disebut sebagai batu konglomerat.Batu ini
terjadi secara mekanik.
Batuan Bberwarna cerah putih,kelabu, kekuningan dengan berat 300
g,isipadu 165cm, berkilau , rapuh, tidak berlapis, tekstur berkaca dan tidak
mempunyai corak atau jalur. Batuan D berwarna putih, menunjukkan ia terjadi
secara organik. Batu ini terjadi daripada bangkai hidupan-hidupan
halus.Contohnya seperti tumbuhan karang yang mati dan mereput serta kerang
dan siput-siput yang telah mereput dagingnya dan meninggalkan kulit-kulitnya
yang keras.Batu ini terdiri daripada jenis kalkeria Contoh batu yang dikaji iaitu batu
kapur atau pun kapur.
Batuan C ia mempunyai ciri-ciri seperti mempunyai kilauan, licin, corak
yang bergaris, sangat keras,serta bewarna cerah(merah) berdasarkan ciri-ciri
yang ada pada batu tersebut, ia boleh dikelaskan sebagai batu metamorfik iaitu
sejenis batu kuartza.Manakala batuan D berwarna cerah, putih, coklat, kelabu,
dengan , berat 160g, Isipadu 125cm. Kedua-dua batuan A dan B juga bersifat
licin dan berkilau,, keras dan padat serta tidak mempunyai corak. bersifat rata dan
struktur panjang merupakan proses yang telah berlaku terhadap batu ini
menunjukkan ia merpakan batuan metamorfik.Sifatnya ini menunjukkkan ia telah
mengalami tekanan yang kuat ang menghimpit hablur menjadi rata atau
panjang.Batuan ini mempunyai ciri-ciri yang amat jelas. Ia sangat padat akibat
tekanan yang sangat tinggi. Tekanan yang tinggi menyebabkan molekulnya
menjadi lebih rapat dan isipadu nya lebih kecil berbanding batuan igneus dan
enapan.Batuan ini tidak berjalurdan tidak boleh dipecahkan kepada beberapa


lapisan. Maka ia dikenali sebagai batu marmar atau kuarzit.Batu yang di tanda A
da B mempunyai batuan homogeny yang terdiri dari komposisi kimia yang sejenis
seperti kuarza dan felsfar merupakan batuan yang stabil dan paling sukar terurai
berbanding dengan jenis heterogen seperti olivine dan angit.
Batuan E adalah jenis batu igneus . Ciri-cirinya yang berwarna gelap
dan hitam, berat : 280g, isipadu : 185cm, tidak berkilau , keras dan tiada lapisan
,Tekstur adalah kasar serta tidak mempunyai corak.. Ciri ciri ini menunjukkan ia
adalah bataun jenis igneus. Ia berwarna hitam dan berhablur kasar.menunjukkan
bahawa ia banyak mengandungi oksida bes seperti besi, aluminium dan
magnesium. Ini bermakna ia merupakan batuan bes.Ia terjadi daripada
penyejukan dan pembekuan magma dari kerak bumi dan berbentuk hablur serta
tidak berlapis-lapisserta tidak mengandungi fosil.Ia juga terhasil daripada natuan
igneus Plutonik atau rejahan..Hablurnya yang kasar menujukkan penyejukakn dan
pembekuan cecair berlaku secara perlahan-lahan di bahagian bawah kerak
bumi.Ia juga I panggil batu jalar dalam.
Batuan F yang mepunyai ciri-ciriJenis batu igneus, berwarna cerah-
kelabu, putih kekuningan, berat 320g,isipadu 170cm, berkilau, keras, tiada
lapisan, Tekstur halus, berkaca sebahagian. Corak batuan ini yg bertompok-
tompok , keras dan kukuh menunjukkan ia terjadi daripada batuan gunung berapi
atau terobosan. Hablur yang dihasilkan berbentuk halus.batu ini dikenali sebagai
batu basol .Batu basol ini adalah batu gunung berapi jalar luar. Batu igneus
biasanya dipecahkan untuk kegunaan membuat jalanraya, tugu-tugu peringatan
batu-batu nisan yang berukir.
Struktur batuan seperti batuan yang mempunyai rekahan atau retakan
membantu mempercepatkan proses luluhawa terhadap batuan berbanding batuan
yang tiada rekahan.Penguraian batuan disebabkan oleh tindakan pembesaran
akar pokok dapat berlaku dengan lebih mudah melakukan penguaraian secara
bongkah.Secara umumnya batuan yang berwarna gelap lebih mudah dan cepat
mengalami luluhawa dan hakisan berbanding dengan batuan yang cerah.
Contohnya batuan basol dan gabro yang bewarna gelap dapat menyerap jumlah
haba yang banyak.
PERBINCANGAN


Kajian dilakukan dengan mengumpul batuan dalam kumpulan. Penyiasatan
telah dijalankan bersama-sama supaya perbincangan untuk mengenalpasti batuan
yang dikumpul bersama dapat dilakukan dengan lebih tepat. Pada awal
penyiasatan batuan dikumpul dari berapa lokasi yang berbeza.Ini dilakukan
kerana terdapat batuan yang berbeza pada setiap lokasi.Seterusnya batuan
dikumpul danpemerhatian dilakukan terhadap batuan.Berdasarkan pemerhataian
betuan tersebut dikelaskan kepada 3 kumpulan. Di dapati batuan yang
mempunyai granul, berwarna hitam, merupakan batu sedimen,batuan
dikumpulkan dalam satu kumpulan batu igneous apabial didapati batuan tesebut
berbutir kasar, mempunyai campuran yang berwarna hitam, yg menunjukkan ia
adalah hasil mendapan tumbuhan dan haiwan yang mati serta mempunyai
struktur licin dan berkilau dikelaskan dalam kumpulan. Batuan dikelaskan di dalam
kumpulan metamorfik apabila ia mempunyai kepadatan yang tinggi,
permukaannya yang rata dan licin, berkilat serta bewarna jernih. Ia juga keras dan
tidak berhablur.
Seterusnya enam jenis batu dipilih untuk penyiasatan lebih
lanjut.Pemerhatian dilakukan menggunakan kanta tangan. Ia dapat membantu
melihat butiran-butiran kandungan dalam batuan tersebut , struktur dan tekstur
batuan dengan lebih jelas. Batuan tersebut telah dilebel dengan A, B, C, D, E dan
F supaya mudah untuk dikenalpasti serta mudah untuk memasukkan data hasil
pemerhatain yang di buat.Jisim batuan diukur menggunakan neraca elektronik.Ia
dapat mambuat bacaan dengan lebih tepat terutama apabila mengukur jisim batu
yang kecil dan ringan. Bagi mengukur isipadu batuan, bikar 250 ml digunakan
kerana ia bersesuaian dengan saiz batuan kajian. Bacaannya menjadi lebih
jitu.Bacaan awal diambil dengan memasukkan batuan ke dalam bikar terlebih
dahulu kemudian barulah dimasukkan air.Ini dilakukan untuk memastikan
keseluruhan batu tenggelam.Seterusnya batu dikeluarkan dari dalam
bikar.Bacaan setelah batu dikeluarkan diambil sebagai bacaan akhir.Untuk
mendapatkan isipadu batu, bacaan awal ditolak dengan bacaan akhir
batu.Dengan mengukur jisim dan isipadu batuan ini, ketumpatan batuan dapat
dikenalpasti. Batuan yang mepunyai jisim yang tinggi dan isipadu yang rendah
mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi berbanding batuan yang mempunyai
jisim yang rendah dengan isipadu yang tinggi.pemerhatian dilakukan terhadap


tekstur batuan dengan mengetuk batuan di atas permukaan yang keras .ini bagi
melihat sama ada ia bersifat keras, berbutir kasar atau halus. Di dapati batuan
sedimen mempunyai butiran yang lebih halus berbanding bat metamorfik dan
igneus. Sifat batuan yang lembut , struktur batuan yang lemah, warna yang gelap
dan tekstur yang kasar cepat mengalami penguaraian berbanding dengan batuan
yang keras , struktur yang kuat, warna yang cerah dan tekstur yang halus.
Terdapat corak yang tertentu pada batuan.Di dapati batuan sedimen mempunyai
corak berlapis.Ini kerana pelbagai lapisan yang terdiri daripada batuan serta
hidupan mati termendap bersama dengan batuan. Tekanan yangkuat
menyebabkan ia termampat dan membentuk batuan yang berlapis atau tidak
berlapis tetapi mempunyai bperbezaan warna yang kentara pada batuan ini.
KESIMPULAN
Hasil Kajian menunjukkan bahawa terdapat berbezaan dari segi
struktur, corak, tekstur, warna dan sebagainya di antara batuan yang terdapat di
muka bumi ini.Kajian tentang batuan ini sangat penting teruama bagi ahli-ahli
geologi untuk mementukan kandungan dan perkembangan bumi secara fizikal.
Batuan yang dijumpai di sesuatu kawasan akan dapat menetukan jenis- tanah-
tanih serta dapat menentukan jens-jenis tumbuhan yang yang sesuai hidup
dikawasan tersebut. Batu-batan juga menjadi asas bagi tanah-tanih dan sedikit
sebanyaknya menentukan jenis-jenis tumbuhan dan penggunaantanah-tanih di
sesuatu kawasan



























































































BUKU :
Rosnah Hj Salleh & Shukri Sulaiman (2011) Geografi Fizika Tingkatan 6 Rendah,
Kuala Lumpur: Penerbit Fajar bakti
Yew Poi Keng et al. (2002), Geografi Fizikal STPM. Kuala Lumpur : Penerbit
Fajar Bakti

RUJUKAN


JURNAL:
Zetty Shazlin binti Mohamed (20 April 2010) ,Durability of granite and shale for
various weathering grade,
Lai Kit Moi,(9 September 2009),STPM Geografi Fizikal,Kit Celik Konsep fizikal.

LAMAN SESAWANG:
http://inani.tripod.com/batu.htm
http://id.wikipedia.org/wiki/Batuan_metamorf
http://www.youtube.com/watch?v=J29QKWRLc8c
http://ms.wikipedia.org/wiki/Batuan_igneus
http://malaysia.images.search.yahoo.com/search/images;_ylt=A0oGkmEc_fRRBk
oAyxfjPwx.?p=batuan+igneus&fr=yfp-t-739-s&fr2=piv-web
http://library.thinkquest.org/C001408/bm/enapanf.htm

Vous aimerez peut-être aussi