Vous êtes sur la page 1sur 6

Asas Kepemimpinan dan Perkembangan Profesional

Guru
(Leadership and Teacher Professional Development)
Sinopsis Kursus:
Kursus ini membincangkan konsep profesion; ciri-ciri guru sebagai seorang profesional; etika,
akauntabiliti dan kesantunan guru; peringkat perkembangan guru; kepemimpinan dan peranan guru;
kemahiran profesional dan tanggungjawab guru dalam pelbagai aspek kepemimpinan di sekolah.
(This course discusses the concept of a profession; characteristics of a teacher as a professional; ethics
accountability and teacher politeness; stages of teacher development; leadership and roles of teachers;
professional skills and responsibilities of teachers in various aspects of leadership in schools).
TAJUK-TAJUK BERKAITAN:
Tajuk 1_Konsep Mengajar Sebagai Satu Profesion
Tajuk 2_Kod Etika Dan Akauntabiliti Keguruan
Tajuk 3_Isu-isu Etika Guru
Tajuk 4_Peringkat Perkembangan Guru
Tajuk 5_Peranan Guru Sekolah Rendah
Tajuk 6_Kepemimpinan Guru
Tajuk 7_Struktur Organisasi Pendidikan
Tajuk 8_Perkembangan Profesional Guru_Pembelajaran Sepanjang Hayat
Tajuk-Tajuk Tambahan:
1. Kepemimpinan
2. Kepemimpinan Berkesan
3. Kepemimpinan Pengajaran (Instruktional)
4. Kepemimpinan Kurikulum
5. Teori Kepemimpinan
6. Pembangunan Profesion Perguruan

Definisi Etika

a. Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa & Pustaka, 1995).

b. Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994).

c. Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.

d. Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan
kepada Allah.



Oleh itu, Etika Perguruan bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap
masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar. Guru perlu memiliki kod etikanya
sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana:

a. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan.
Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.

b. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang
amanah dalam bidang pendidikan. Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.

c. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan
tertentu berbanding kod etika di negara lain.

d. Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.

e. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan.
Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh
dipertahankan dan dikuatkuasakan.






ASPEK KEGURUAN SEBAGAI SATU PROFESION

Konsep Profesion dan nilaitaranya

a. Sesuatu profesion yang sebenar adalah sesuatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan
kemahiran intelek, latihan iktisas yang mencukupi, khidmat yang diperlui masyarakat, menikmati
otonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila
perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan soal-soal yang
berkaitan dengan pendidikan (Lieberman 1956).

b. Menurut Kamus Dewan profesion ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan
pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas.( contohnya :
perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain.)

c. Berdasarkan ciri-ciri profesion, Mok Soon Sang ( 1996 ) merumuskan secara ringkas konsep
profesionalisme sebagai :
Suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas
yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai
outonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya.

d. Di negara kita perguruan ini lebih mirip kepada pekerjaan (vocation) daripada profesion ( Awang Had
Salleh 1980 ).

e. Nilaitara-nilaitara sesuatu profesion merupakan peraturan yang ditetapkan oleh organisasi supaya
setiap ahli profesional akan mematuhinya, demi mengawal kualiti dan nilaitara perkhidmatan tersebut
.Nilaitara ini menjadi garis panduan dalam usaha memastikan tingkahlaku dipatuhi oleh setiap ahlinya.









Berikut merupakan aspek-aspek keguruan yang boleh dianggap sebagai satu profesion:

a. Pengetahuan atau kemahiran yang diperolehi melaluai pembelajaran teori dan latihan amali dalam
sesuatu tempoh masa yang panjang.


Sebelum seseorang itu menjadi guru, dia perlu menerima latihan dalam perguruan untuk menjadi
seorang guru yang bertauliah. Umpananya, seorang guru mesti mempunyai Sijil Perguruan atau Diploma
Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebelum dia boleh mengajar di sekolah kerajaan.
Walaubagaimanapun, samada seseorang guru itu menerima latihan perguruan atau tidak, dia mesti
mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang hendak diajarnya.Guru juga
mesti mengetahuai keadah atau cara penyampaian dalam pengajarannya supaya murid-murid dapat
memahami apa yang disampaikan olehnya.


Di samping itu, guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh
murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa
bersifat tenang. Kebanyakan kualiti kecerdasan dan sahsiah guru adalah hasil daripada latihan yang
membolehkan seseorang guru menguruskan pengajarannya dengan berkesan. Latihan itu termasuklah
kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sifat psiklogi kanak-kanak serta teori penyampaian
pelajaran.


Selain tugas dalam bilik darjah, guru juga mempunyai peranan-peranan lain yang diharapkan oleh
masyarakat. Misalnya guru diharapkan menjadi pengganti ibubapa, menjadi penasihat dan pembimbing
di dalam pembentukkan sahsiah murid, menjadi kaunselor kepada murid-murid, menjadi pengamal dan
penyebar nilai kebudayaan yang elok dan seterusnya menjadi contoh sahsiah yang baik kepada
masyarakat.



b. Mempertingkatkan Profesionalisme


Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini perlu menyedari bahawa tugas dan
amanah yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akan menerajuai negara ini. Oleh itu
kemahiran dan pengetahuan mengenai method-method pendidikan harus diperkemaskan dari semasa
ke semasa . Untuk mendepani cabaran dan tuntutan daripada perubahan-perubahan kurikulum
berkenaan, guru hendaklah berusaha melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik.


Sehubungan dengan kehendak tersebut guru harus mengikuti kursus-kursus pendidikan yang
dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan , Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan
Daerah. Contohnya para guru boleh mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan ataupun Kursus Peningkatan
Profesionalisme Keguruan.Kursus-kursus pendidikan yang dihadiri penting bagi seseorang guru untuk
mempertingkatkan keupayaan dan prestasi dalam profesion pendidikan yang kian mencabar dan
kompleks ini. Memandangkan keperluan pendidikan untuk menyokong usaha-usaha kerajaan, maka
profesion keguruan diharapakan dapat membuat anjakan paradigma kepada budaya yang berasaskan
ilmu dan pemikiran( Rohani Abdul Hamid,1998)

Vous aimerez peut-être aussi