Vous êtes sur la page 1sur 12

AB 202 PENDIDIKAN MORAL 2

PROJEK RAKAN ALAM SEKITAR,LATA MENGKUANG,SIK,KEDAH


NAMA PENSYARAH:PN.FADZILA ABDUL RAHMAN [JPA]
1. CLEMENT A/L PATRIC 16DEP13F1052 DEP 2B
2. NANTHA GOBALAN A/L POBALAN 16DEP13F1067 DEP 2B
3. SESHAPATHI A/L ANGIAH 16DET13F1121 DET 2C
4. MIITHULESH A/L GANESON 16DTP13F1033 DTP 2A
5. JEEVIND A/L VELOO 16DTP13F1035 DTP 2A
SESI:DISEMBER 2013

SENARAI KANDUNGAN

TOPIK/SUB TOPIK NO.MUKA SURAT
OBJEKTIF
Obektif Projek
METODOLOGI
Lokasi Projek
PERBINCANGAN KAJIAN
Pengenalan kepada projek yang dibuat
Kerjasama dengan pihak terlibat
Kerjasama dalam kumpulan
Hasil Projek
1. sebelum projek
2. semasa projek
3. selepas projek
RUMUSAN
Rumusan Projek
RUJUKAN
LAMPIRAN

OBJEKTIF

OBJEKTIF PROJEK INI DIJALANKAN UNTUK :

Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan alam sekitar dalam kehidupan
seharian kita.

Mewujudkan sikap kerjasama antara satu sama lain dalam kumpulan.

Memupuk nilai memelihara dan memulihara alam sekitar dalam setiap individu.

Mengenal pasti pucnca utama kemusnahan alam sekitar pada masa kini.

Menyedari bahawa menjaga alam sekitar merupakan tanggungjawab setiap
individu untuk menghargai alam ciptaan tuhan .

METODOLOGI

LOKASI PROJEK

HUTAN LIPUR LATA MENGKUANG, SIK, KEDAH


HUTAN LIPUR LATA MENGKUANG terletak dalam hutan simpan rimba teloi kawasan
72. Ia terletak sekitar 11 km daripadapekan sik atau 95 km dari alor setar.
Hutan lipur lata mengkuang terdiri daripada hutan dipterokarp pamah yang terletak sekitar
200 meter dari paras laut. Di sini terdapat pelbagai flora dan fauna seperti pokok meranti
melantai,meranti langgong, meranti tembaga serta palma. Terdapat sebatang sungai yang
bernama sungai chepir yang mengalir di hutan lipur ini yang mempunyai aliran air yang
jernih serta pemandangan batu-batan yang menarik sesuai untuk tempat perkelahan dan
mandi-manda.








PERBINCANGAN KAJIAN


PENGENALAN KEPADA PROJEK YANG DIBUAT

Alam sekitar merupakan tautan antara tanah , angin, api dan juga air. Ia merupakan
hubungan kitar antara dalam proses kesemulajadian. Malaysia merupakan sememangnya
terkenal dengan sebuah negara yang berkembang pesat serta maju dalam pelbagai bidang
terutamanya dalam bidang pelancongan. Tetapi kemajuan tersebut dihalang oleh
kegiatan-kegiatan perusahaan atau perkilangan telah menyebabkan berlakunya pencemaran
di negara ini. Selain itu , kegiatan pembangunan dan penerokaan hutan telah menganggu
sistem ekologi bumi dan mengakibatkan hakisan tanah. Sebernanya , punca utama
kemusnahan alam seitar adalah sikap manusia yang tidak mempunyai nilai peka
terhadap isu- isu sosial dalam masyarkat, bertanggungjawab , boleh membuat
pertimbangan. Jadi untuk menyelesaikan masalah tersebut kerajaan telah menawarkan
sukarelawan untuk memelihara dan memulihara alam sekitar untuk mengekalkan
keseimbangan ekosistem demi kepentingan ekosistem sistem manusia. Jabatan alam
sekitar dengan kerjasama jabatan perhutanan negara telah mewujudkan rakan alam
sekitar di setiap sekolah, dan juga di setiap pengajian tinggi seperti di polieknik untuk
menggalakan setiap insan perlu memahami persekitaran dan keperluannya, penglibatan
segenap peringkat masyarkat dalam peranaan pemeliharaan alam sekitar, membina
kesedaran dengan pengenalan subjek nyata berkaitan alam sekitar di peringkat rendah,
menengah, universiti, dan juga masyarkat dewasa dan juga mengetatkan dan juga
menguatkuasa undang-undnag berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan alam





























KERJASAMA DALAM KUMPULAN

Semasa melakukan projek tersebut, untuk memudahkan pelaksaaan projek telah
dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 8 orang.
Kumpulan tersebut dibahagi kepada beberapa tempat seperti menyapu tempat yang
kurang dipandang, mengutip sampah bahan plastik kaca surat khabar yang ditinggalkan
oleh pelancong . Dengan membahagikan kumpulan dan juga tugasan mereka dapat
menyiapkan tugasan sebagai satu pasukan yang prihatin terhadap alam sekitar dan juga
dapat mewujudkan hubungan keharmonian antara satu sama lain. Mereka juga dapat
mengetahui cara untuk berkerjasama antara satu sama lain. Sikap pelajar yang
mengamalkan berbaik-baik, bertolak ansur, tolong-menolong, dan berkerjasama dapat
mewujudkan suasana harmoni dan aman sesama mereka dan juga paling penting kepada
negara dalam usaha membangunkan dan memajukan negara baik ketika senang
mahupun susah. Usaha perlu diteruskan untuk mewujudkan generasi muda khususnya
generasi muda yang bakal mewarisi keseimbangan alam sekitar



















HASIL PROJEK



SEBELUM PROJEK

Pada pukul 6.45 pagi semua pelajar yang terlibat dengan projek telah berkumpul di
garaj bas politeknik, setelah berkumpul di garaj pensyarah terlibat telah mengambil
kehadiran untuk memastikan semua pelajar mencukupi untuk projek tersebut sebelum
bertolak semua pelajar dihidang sarapan pagi pada 7.00 pagi 2 buah bas telah
bertolak dari politeknik ke lata mengkuang tepat pada jam 9.15 pagi semua pelajar
telah sampai ke destinasi lata mengkuang. Sebelum sesi program bermula seramai 7
orang renjer dari jabatan perhutanan telah sampai ke destinasi tersebut. Renjer
daripada jabatan hutan dan alam sekitar telah merasmikan projek tersebut dengan
memberikan ucapan tentang projek yang ingin dilaksanakan dengan memecahkan
pelajar mengikuti kumpulan dan juga telah diberikan seorang jaket yang berlambang
politeknik dan juga bertulisan sukarelawan yes politeknik . Selepas itu pelajar telah
diberikan bahan seperti penyapu plastik hitam untuk mengutip sampah dan juga
diagihkan tempat untuk melaksanakan
Projek tersebut







SEMASA PROJEK

Sewaktu projek berlaku , kumpulan kami melakukan kerja pembersihan dan mengutip
sampah di kawasan bukit
Bersebelahan kawasan air terjun. Mereka telah membahagikan tugas seperti 3 orang
mengutip sampah seperti kaca, surat khabar , tin, plastik yang dibuang dimerata tempat
oleh pelancong dan juga orang yang datang melawati tempat tersebut semasa cuti
sekolah
Dan 4 orang lain telah menyapu sampah dan juga daun kering di merata tempat dan
juga kami dapat menyiap kerja tersebut dengan sekelip mata dengan kerjasama pasukan
yang diamalkan oleh semua ahli kumpulan kami




SELEPAS PROJEK

Kami telah melakukan tempat pembersihan di seluruh
Kawasan lata mengkuang selama 4 jam dan pada jam 12.
45 tengah hari dan kami memberhentikan kerja kami untuk makanan tengah hari.
Selepas makanan tengah hari kami telah diberi peluang untuk melihat dan merasai
persekitaran alam di hutan lipur lata mengkuang dan juga tidak melepaskan peluang
untuk mengambil gambar hutan dan di kawasan air terjun dan sekali kala kami
membasahakan kaki kami untuk merasakan kesejukan air yang dilimpah dari kawasan
bukit tinggi. Pada 2.30 petang kami semua dipanggil oleh pensyarah kami untuk
berkumpul dataran untuk memastikan semua pelajar mencukupi . Sebelum kami
bertolak dari lata mengkuang kami bersempat bersalam dengan renjer yang membantu
sesama projek dijalankan dan juga sempat bergambar sebagai kenangan.

RUMUSAN

Kesimpulannya daripada projek ini kami dapat banyak kebaikan antaranya adalah dapat
mempercepat sesuatu kerja berbanding jika dilakukan secara bersendirian.selain itu,melalui
projek inikami dapat menjimatkan kos dan masa untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan.di
samping itu,projek ini dapat mengeratkan hubungan antara pelajar ptsb.tuntasnya,kita
haruslah menghidupkan budaya mulia ini.

RUJUKAN

BUKU/MAJALAH/ARTIKEL
Ahmad bin mohd.salleh ( 1997 ), pendidikan islam falsafah,pedagogi dan metodologi.shah
alam: penerbit fajar bakti sdn. Bhd.

MODUL
Modul pendidikan moral,AB 202 Pendidikan Moral 2

INTERNET
Azamo9.blogspot.com


LAMPIRAN














SEKIAN TERIMA KASIH

Vous aimerez peut-être aussi