Vous êtes sur la page 1sur 29

oleh:

MOHD KHAIRUL AZMI B. MOHAMED SALIM


SK TEMERLOH JAYA
SIAPA KANAK-KANAK?
Kanak-kanak (juga digelarkan budak atau anak kecil)
ialah manusia yang muda, iaitu seorang yang masih
belum mencapai tahap akil baligh.
Peringkat perkembangan manusia bayi kanak-
kanak remaja dewasa tua
Istilah kanak-kanak adalah berbeza dengan anak
meskipun mempunyai kaitan yang sangat rapat
SIAPA REMAJA?
BAGI LELAKI: BERUMUR
ANTARA 10-19 TAHUN.
MENURUT ISLAM: MENCAPAI
UMUR BALIGH.
(LINGKUNGAN MENCAPAI
UMUR 15 TAHUN ATAU
BERMIMPI BERSETUBUH.
SIAPA LELAKI?
Istilah: Lelaki ialah salah satu daripada dua jantina
manusia, iaitu lelaki dan perempuan. Penggunaan
istilah lelaki dalam bahasa Melayu adalah khusus
untuk manusia.
Umur: Lelaki dewasa merupakan tempoh atau rencana
hidup seorang lelaki selepas dia berubah daripada
lelaki kanak-kanak.
Menurut Islam, hari bersejarah bagi seorang lelaki
ialah hari dia berkhatan, dimana putik kepala iaitu
sedikit kulit akan dipotong dengan alatan tajam atau
menggunakan teknologi terkini seperti laser dan
pemotong berasaskan elektrik.

PERBEZAAN ANTARA
LELAKI DAN PEREMPUAN
Lelaki lebih agresif berbanding perempuan lebih
agresif di luar rumah.
Lelaki lebih kompetitif dan lebih keras kepala
Lelaki mempunyai lebih keyakinan diri
Lelaki menunjukkan lebih kemahiran kepimpinan
Kurang kemas (lebih kotor) daripada perempuan
Lebih gemar bercakap dan suka menyampuk
Lebih cenderung menyindir dan menggunakan
metafora dalam perbualan
PERUBAHAN FISIOLOGI
ANDA TIDAK SELAMANYA KANAK-KANAK
1) BADAN MULA GEMPAL, SASAR DAN TEGAP.
2) MULA DITUMBUHI MISAI, JANGGUT DAN BULU
ROMA YANG LEBAT.
3) SUARA MENJADI PARAU DAN KASAR.
4) KETINGGIAN JUGA BERTAMBAH.
5) PERUBAHAN SAIZ ALAT KELAMIN.

PERUBAHAN EMOSI
MENJADI LEBIH SENSITIF.
TETAPI FIKIRAN LEBIH STABIL BERBANDING
ZAMAN KANAK-KANAK.
MENGAPA? PANDAI BERFIKIR, MENILAI
PERASAAN, MENCUBA SESUATU YANG BARU.
TETAPI AWAS, KADANG-KADANG BOLEH
MENIMBULKAN KONFLIK DALAM DIRI.
SUKA BERKHAYAL TENTANG KEINDAHAN DUNIA
ORANG DEWASA YANG TIDAK MAMPU DICAPAI
OLEH MEREKA.
PERUBAHAN SOSIAL
CENDERUNG MENYERTAI KUMPULAN.
- PERUBAHAN EMOSI MENDORONG REMAJA
MELUASKAN DAN MEMBESARKAN
PENGARUH SOSIAL.
- MEMBENTUK KUMPULAN BARU
BERDASARKAN UMUR SEBAYA, HOBI DAN
MINAT YANG SAMA SERTA PRINSIP DAN
TARAF HIDUP YANG SAMA.
CENDERUNG MENGGUNAKAN IDENTITI
TERTENTU- BAHASA DAN PAKAIAN YANG
PELIK, AKTIVITI YANG MENCABAR DAN
SEBAGAINYA.
PENYERTAAN REMAJA DALAM KELOMPOK
ADALAH TANDA PERKEMBANGAN
MENTALNYA YANG SIHAT. TAPI AWAS JIKA
DISALAHGUNA, IA MENGHERET REMAJA
DALAM AKTIVITI YANG BERCANGGAH
DENGAN AGAMA DAN UNDANG-UNDANG.




MENENTANG KEKUASAAN
Masa untuk berdikari dan mahu bebas
daripada kongkongan ibu bapa.
Suka membantah cakap orang tua.
Sering bertelagah dengan ibu bapa
Selalu mencari jalan untuk
membuktikan kepada ibu bapa bahawa
mereka mampu melakukan apa yang
orang dewasa lakukan.
Mula mencari kawan untuk mengadu.
Kawan lebih besar dan bermakna daripada
ibu bapa dan guru.
Menganggap kawan lebih memahami.
SALAH PILIH KAWAN, BADAN
BINASA!

REMAJA HARI INI
REMAJA MENJADI MANGSA
- ROGOL/LIWAT/SUMBANG MAHRAM
- SAMUN
- BUNUH
- CULIK
- KES BULI
- PERAS UGUT
REMAJA MENJADI PEMANGSA
- MEROGOL/MELIWAT
- MENYAMUN
- MEMBUNUH
- MEMONTENG
- MEMBULI
- MEMERAS UGUT
- MENCULIK

KENAKALAN REMAJA
MERUJUK KEPADA AKTIVITI YANG
BERTENTANGAN DENGAN NORMA-NORMA
MASYARAKAT.
1) MEROMPAK
2) MEROGOL
3) BERZINA
4) MEMBUNUH
5) MENAGIH DADAH
6) MENDERHAKA KEPADA KEDUA IBU BAPA
FAKTOR KENAKALAN REMAJA:
1) KELUARGA
- Status ekonomi yang rendah dan anak
yang terbiar.
- Kehidupan ibu bapa yang bergelumang
dengan maksiat.
- Ibu bapa yang mementingkan kerjaya.
- Perceraian
- Tiada pegangan agama.
2) PERIBADI YANG KOTOR
- Mempunyai sifat-sifat mazmumah
seperti pemarah, tamak, dengki,
dendam, panas baran, sombong, tidak
amanah,dan seumpamanya.
- Peribadi yang kotor yang disemai sejak
kecil akan bertambah kukuh apabila
meningkat remaja.

3) SEKOLAH
- Disiplin yang longgar
Ibu bapa tidak mengambil tahu
kemajuan anak-anak.
Guru tidak mengambil tahu
masalah yang dihadapi oleh murid-
murid.

4) PERSEKITARAN
- Masyarakat
- Multi media kemajuan teknologi
- Pusat hiburan.
- Konsert rock
- Pusat video game
- Pergaulan bebas
- VCD dan gambar lucah
RAWATAN KEPADA KENAKALAN.
Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia
dalam bentuk yang sebaiknya (Surah Al-Tin:4)

Sabda Rasulullah s.a.w:
Setiap anak dilahirkan adalah putih bersih, maka
terpulanglah kepada kedua ibu bapanya untuk
meyahudikan atau menasranikan atau
memajusikannya.(Riwayat Bukhari)
Kaedah Bina Insan/Pendidikan hati.
Sesungguhnya dalam jasad manusia itu terdapat
seketul daging. Jika ia baik, maka baiklah seluruh
badan. Jika ia rosak maka rosaklah seluruh badan.
Itulah hati. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hati itu sesuatu yang ada di dalamnya yang
berbentuk zat(bukan material). Ia harus diisi
dengan sesuatu. Bila Allah mengisinya, orang itu
akan menjadi baik. Jika syaitan yang mengisinya,
orang itu menjadi jahat.
Cabaran Remaja Kini..
Mengapa remaja terlibat?
Pelajar tendang guru (Berita Harian,
Khamis,Jumaat 17.10.08)
KANGAR: Seorang guru di sebuah
sekolah menengah, di sini, mendakwa
diserang sekumpulan pelajar termasuk
diterajang berkali-kali pada perut oleh
salah seorang daripada mereka di
dalam bilik darjah sekolah terbabit, di
sini, pagi semalam.






BERITA HARIAN(SELASA,21/10/08)
Utara: 2 remaja curi motosikal ditahan
JITRA: Polis menahan dua remaja lelaki
berusia 15 tahun, seorang daripadanya calon
peperiksaan Penilaian Menengah Rendah
(PMR) kerana disyaki dalam kegiatan
mencuri dan menjual bahagian motosikal
curi di sekitar pekan ini.
Remaja terbabit ditahan di rumah masing-
masing pada Khamis dan Jumaat lalu.



20 pelajar SM Perlis bergaduh
Oleh Adha Ghazali
adha@bharian.com.my
Kejadian berlaku tak sampai seminggu seorang guru
sekolah itu dibelasah
KANGAR: Sekolah Menengah Perlis (SMP) di sini yang
digemparkan dengan insiden pelajar perempuan
belasah guru, Khamis lalu, sekali lagi digemparkan
dengan insiden sepak terajang apabila dua kumpulan
pelajar sekolah itu terbabit dalam satu pergaduhan.
Kejadian jam 11 pagi itu berlaku kurang seminggu
selepas seorang pelajar tingkatan dua sekolah
berkenaan menyerang dan menerajang guru
perempuan dalam kelas 2A9, Khamis lalu.
Difahamkan, dalam kejadian semalam, 15 hingga 20
pelajar lelaki sekolah itu terbabit dalam pergaduhan
dipercayai berpunca daripada salah faham..


3 remaja disyaki letup mesin ATM
Oleh Jalal Ali Abdul Rahim
bhnews@bharian.com.my
Suspek guna mercun cuba larikan wang ditahan

KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga remaja yang
disyaki cuba melarikan wang tunai dari mesin
juruwang automatik (ATM) sebuah bank
menggunakan mercun untuk meletupkannya di
Taman Kinrara dekat sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar,
berkata seorang daripada mereka berusia 20 tahun,
manakala dua lagi masih belasan tahun dan sudah
tidak bersekolah, ditahan di beberapa kawasan
sekitar Selangor, kelmarin.

Mereka ditahan berdasarkan analisis rakaman
kamera litar tertutup (CCTV) di bank itu dan
beberapa maklumat lain.

(BERITA HARIAN ISNIN, 20 OKTOBER 2008)
Kes lain: Seorang murid Sekolah Kebangsaan
Taman Desa berusia 12 tahun memukul guru
dengan penyodok apabila dimarahi kerana
tidak menyiapkan kerja sekolah dan diminta
menyiapkannya sambil berdiri.
Kes lain: Seorang guru disiplin Sekolah
Menengah Datuk Syed Omar di Kedah, berusia
39 tahun dibelasah sehingga cedera parah di
muka dan badan kerana menangkap seorang
pelajar yang lari daripada majlis perhimpunan.


RENUNGAN
Remaja adalah generasi yang bakal menerajui negara
pada masa hadapan.
Remaja cemerlang merupakan aset yang paling
berharga bagi sesebuah negara.
Kecemerlangan generasi baru ini akan dapat
diwujudkan sekiranya golongan remaja tahu akan
matlamat hidup mereka.
Ibu bapa merupakan tonggak dalam pembinaan,
pembentukan dan pendidikan awal remaja iaitu
pendidikan dari tahap bayi hingga peringkat remaja.
AWAS!!!
Anda juga boleh terjebak seperti ini
jika:
- Salah pilih kawan.
- Mengikut nafsu remaja.
- Tidak mengawal emosi.
- Tidak bijak buat keputusan.
- Tidak mendengar nasihat ibu bapa dan
guru.

TIADA IBU BAPA
YANG MENDOAKAN YANG
BURUK UNTUK ANAK
MEREKA MELAINKAN
YANG BAIK-BAIK BELAKA
AQIDAH YANG BERSIH
IBADAH YANG BETUL
AKHLAK YANG MURNI
MINDA YANG BERILMU
TUBUH BADAN YANG KUAT
MAMPU MENGUASAI DIRI
MAMPU BERDIKARI
MASA YANG TERANCANG
BERMANFAAT UNTUK
UMMAH
PENGURUSAN YANG CEKAP

Vous aimerez peut-être aussi