Vous êtes sur la page 1sur 1

Abstrak

Abstrak mestilah ringkas dan tidak melebihi 300 patah perkataan serta hendaklah ditulis dalam dua
bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ia hendaklah menyatakan bidang kerja/projek yang
diceburi, masalah yang hendak diselesaikan, cara penyelesaian, proses penyelesaian masalah dan
keputusan yang diperolehi. Contoh Abstrak seperti Lampiran C.
Lampiran C : Contoh Abstrak
Abstrak
Penggunaan pengairan menitis sejak dua dekad yang lalu
telah menarik minat para penyelidik dan petani terutamanya
dengan lebih banyak kawasan yang keringh dibuka untuk
pertanian tetapi menghadapi masalah kekurangan air.
Namun, cuma sedikit ciri-ciri aliran yang diketahui dari
beberapa kajian yang dilakukan. Kajian laporan ini tertumpu
kepada penganalisaan ciri hidraulik aliran dan nyahcas
disepanjang garisan pengairan. Kaedah berangka digunakan
dalam menganalisa alirannya. Pekali keseragaman merupakan
parameter utama dalam mengawal keberkesanan
penggunaanya kerana ia mempengaruhi keseragaman
nyahcas yang disebabkan oleh perubahan tekanan sepanjang
garis aliran. Penggunaan pemancar jenis orifis bukan sahaja
menjadi kaedah pengairan ini lebih berekonomi tetapi juga
telah memudahkan proses penggunaannya. Rajah rekabentuk
disediakan bagi mendapatkan aliran yang diperlukan untuk
setiap tanaman yang berlainan.

Vous aimerez peut-être aussi