Vous êtes sur la page 1sur 5

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL |

EDARAN PERCUMA

PERMATA

Semenjak di dalamkandungan lagi
Dibekalkan Tuhan bakat tersendiri
Seawal usia, perhatian harus diberi
Dewasanya kelak teguh peribadi


Kanak-kanak permata berharga
J ika dinilai pasti berjaya
Umpama benih disemai dibaja
Kecenderungannya usah dipersia



Kanak-kanak permata bahagia
Kamilah harapan Malaysia tercinta
Siapa kami di masa hadapan
Asasnya didikan serta dorongan


Kanak-kanak permata bahagia
Kamilah harapan Malaysia tercinta
Siapa kami di masa hadapan
Asasnya didikan serta dorongan


Lagu : Pak Ngah

Lirik : Habsah Hassan
PUSAT ANAK PERMATA NEGARA PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL |

EDARAN PERCUMA



PROGRAM ASUHAN DAN
PENDIDIKAN AWAL
KANAK-KANAK PERMATA NEGARA



PUSAT ANAK PERMATA NEGARA PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL |

EDARAN PERCUMA


FALSAFAH PERMATA



Setiap anak permata negara.
Setiap anak amat berharga.
Setiap anak adalah modal insan negara.



Pendidikan awal kanak-kanak penting dalam perkembangan
intelek, emosi, kognitif dan komunikasi mereka.
PUSAT ANAK PERMATA NEGARA PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL |

EDARAN PERCUMA

PENGENALAN



ProgramPERMATA menawarkan pendekatan alternatif dalamasuhan dan
didikan awal kanak-kanak di bawah umur lima (5) tahun. Penekanan diberi
kepada perangsangan minda dengan kaedah meneroka, mencuba dan
mengalami (experimentation,exploration,experiential learning) melalui
permainan. Pendekatan ini amatlah bersesuaian dan menyeronokkan kanak-
kanak. Ia juga telah dibuktikan di beberapa negara maju berupaya
merangsang perkembangan pesat kebolehan intelek, kognitif dan
komunikasi kanak-kanak serta meningkatkan kestabilan emosi mereka.


J emaah Menteri pada 24 Oktober 2008 telah meluluskan Dasar Asuhan dan
Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan yang merangkumi 4 komponen
utama iaitu:

I. Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
Kebangsaan berasaskan Kurikulum PERMATA
II. Kemudahan fizikal
III. Tenaga pendidik yang berkelayakan
IV. Penglibatan ibubapa




PUSAT ANAK PERMATA NEGARA PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL |

EDARAN PERCUMA

Bagi membolehkan pendidik melaksanakan KurikulumKebangsaan secara
berkesan dan mencapai hasil pembelajaran yang disasarkan, kemudahan
fizikal dan kemudahan peralatan pembelajaran luaran yang sesuai amatlah
diutamakan.

Buku ini akan memberi panduan dan penerangan mengenai kemudahan-
kemudahan fizikal dan peralatan pembelajaran luaran yang sepatut ada di
Pusat Anak PERMATA Negara memandangkan kemudahan fizikal dan
peralatan pembelajaran luaran yang sedia ada tidak mesra kanak-kanak.

Diharapkan dengan terbitnya buku Buku Rujukan Garis Panduan
Penyediaan Kemudahan Fizikal dapat dijadikan rujukan dan panduan
kepada semua agensi pelaksana yang akan menggunapakai Kurikulum
PERMATA di taska mereka bagi memenuhi keperluan aktiviti
pembelajaran yang dirangkumi dalamKurikulumKebangsaan yang dapat
merangsang pertumbuhan kanak-kanak.

Vous aimerez peut-être aussi