Vous êtes sur la page 1sur 13

[TYPE THE DOCUMENT TITLE] ELM 3101

Page | 1



Sumber : Akhbar Sinar Harian 10.April.2014


[TYPE THE DOCUMENT TITLE] ELM 3101

Page | 2

AKHBAR 1 : NATURALISME
Akhbar Sinar Harian memaparkan gambar kedaifan dan kemiskinan hidup sebuah keluarga.
Kejadian berlaku di Kampung Bentan.Keluarga terbabit dipercayai telah mendiami sebuah
rumah usang sejak lima tahun yang lalu.Sebelum ini mereka tinggal di sebuah rumah di
kampung berkenaan, namun tanah tersebut diambil oleh pemiliknya. Ini menyebabkan mereka
terpaksa tinggal dalam keadaan yang cukup menyayat hati.Malah, lebih menyedihkan keluarga
terbabit hanya bertemankan cahaya pelita atau lilin (tiada bekalan elektrik) pada waktu malam
serta hanya menggunakan air telaga (tiada bekalan air) untuk urusan harian seperti mandi,
memasak dan sebagainya.
Berdasarkan kepada akhbar dia atas, ianya adalah pemikiran moral aliran
naturalism.Naturalisme ialah aliran pemikiran yang menggambarkan sesuatu dalam
keadaannya yang sebenar.Menurut Peter R.S. dalam Ethnics and Education, manusia perlu
diketahui sebelum memahami cara bagaimana mereka harus hidup.Ahli-ahli falsafah bersetuju
bahawa manusia adalah rasional secara tabii atau semulajadi berbanding dengan haiwan yang
lainManusia jauh berbeza dripada haiwan kerana manusia mempunyai keupayaan untuk berfikir
dan bertindak secara rasional dengan menggunakan akal. Manusia juga boleh menaakul serta
meletakkan batasan-batasan terhadap kehendak-kehendak mereka.
Secara tabii, manusia mempunyai kebolehan untuk membentuk dan mengekalkan
hubungan peribadi, jadi mereka dapat menggalakkan pembentukan hubungan yang baik
sesama sendiri atau dengan ahli-ahli yang lain. Persahabatan ini tidak terdapat di antara
haiwan yang lain.Haiwan lain memang tidak dapat menghormati antara satu sama lain. Ini
bermakna mereka menganggap hubungan seperti hubungan kekeluargaan sebagai hubungan
yang biasa dan bermoral manakala hubungan atau kelakuan seperti hubungan seks sebagai
kelakuan yang tidak bermoral.
Kecenderungan individu untuk menerima apa sahaja keadaan yang sebenar dapat
dikatakan berfikiran naturalis. Pemikiran ini dikritik kerana dianggap sebagai falasi naturalistik
iaitu tanggapan bahawa wanita seharusnya menjadi suri rumah sahaja dan lelaki adalah yang
memberi nafkah kepada keluarga dan ini adalah tidak wajar dan masyarakat sudah berubah
dari zaman kuno kepada zaman moden.

[TYPE THE DOCUMENT TITLE] ELM 3101

Page | 3



Sumber : Harian Metro 8 Mac 2014


[TYPE THE DOCUMENT TITLE] ELM 3101

Page | 4

Akhbar 2 : Emotivis
Kalau ditanya kepada si perompak, mana kau hendak hukuman penjara atau hukuman potong
tangan. sudah tentu si perompak tu pilih hukuman penjara.Sebabnya apabila keluar penjara
nanti boleh merompak lagi.Tetapi apabila ditanya kepada si mangsa rompak dah tentu dia
mahu hukuman potong tangan dilaksanakan pada si perompak itu.Sebabnya harta dia dan
harta orang lain sudah kerap dirompak.
Sekarang ini manusia lebih suka membuat sesuatu kerana minat bukan kerana perlu.
Apabila kita ingin menjaga iman kita mesti melaksanakan apa yang disuruh oleh Allah kerana
itu amat perlu bagi kehidupan kita sebagai hamba kepada Allah.Kalau ikut apa yang kita minat,
kita akan kontra kepada semua perintah Allah.Oleh itu jadikan setiap kerja yang kita lakukan
adalah keperluan yang mesti dilaksanakan kerana ianya tuntutan Allah.
Aliran pemikiran ini merujuk sikap manusia yang bertindak mengikut perasaan atau
emosi. Perasaan ini dilahirkan melalui air muka, kata-kata, tingkah laku sama ada perasaan
gembira mahupun sedih.Emotivis berasal dari perkataan emosi yang merujuk kepada
kebangkitan perasaan. Emotivis menerangkan bahawa pertimbangan moral bukanlah mengikut
pernyataan fakta seperti yang dinyatakan oleh naturalis, tetapi adalah mengikut emosi, sikap
atau perasaan.
Menurut golongan emotivis,individu-individu tersebut hanya menyatakan perasaan
mereka dan pada masa yang sama mungkin menimbulkan perasaaan yang sama di kalangan
orang-orang yang mendengar pernyataan-pernyataan itu. Dengan kata lain, golongan emotivis
berpendapat bahawa pentafsiran-pentafsiran moral tidak menyampaikan maklumat-maklumat
mengenai dunia ini tetapi hanya merupakan pernyataan mengenai emosi atau perasaan orang
yang membuat pentafsiran atau pernyataan-pernyataan moral.
Berdasarkan pertimbangan moral, seseorang itu mula-mula menyatakan perasaannya
dan kemudian akan cuba mengajak orang lain berkongsi perasaan itu.Menurut pandangan
emotivis, pertimbangan moral adalah subjektif, dan tidak memerlukan sebarang teori asas yang
istimewa atau yang boleh mendukung perlakuan moral. Pandangan emotivis memberi
sumbangan dengan memperkenalkan satu dimensi yang penting yang bukan sahaja berfokus
kepada pemikiran rasional, malah emosi moral.

[TYPE THE DOCUMENT TITLE] ELM 3101

Page | 5

Golongan emotivis cuba menganalisis apa yang salah dari segi emosi, sikap atau
perasaan yang tidak dipersetujui. Tetapi konsep tidak dipersetujui mengandaikan terlebih
dahulu penanggapan salah. Pentafsiran-pentafsiran seperti ini mempunyai unsur emosi atau
perasaan. Jelaslah bahawa kelemahan teori emotivis ialah ia tidak mempunyai konsep emosi
yang lengkap.
Kritikan terhadap pandangan ini adalah kerana terdapat tindak balas emosi berlainan
terhadap situasi yang sama. Ini memungkinkan keputusan dibuat secara sewenang-wenangnya
dan tidak dikaji terlebih dahulu.
















[TYPE THE DOCUMENT TITLE] ELM 3101

Page | 6


Sumber : Berita harian 20 Januari 2014




[TYPE THE DOCUMENT TITLE] ELM 3101

Page | 7

Akbar 3 : Intuisionis
Boleh jadi khabar telah tersebar di kalangan para penjenayah di seluruh dunia bahawa orang
Malaysia adalah antara manusia paling mudah diperdaya di dunia.Selain itu ada pula persepsi
bahawa pintu masuk ke Malaysia mudah untuk dilalui oleh para penjenayah dan warga asing
yang datang ke sini bukan sebagai pelancong, sebaliknya untuk menjalankan kegiatan kegiatan
yang mencurigakan.Kita juga nampaknya senang percaya kepada orang berkulit putih dan
percaya mereka semuanya adalah orang berharta walaupun sebenarnya mereka datang dari
negara Eropah yang berada dalam krisis kewangan.
Namun, dalam soal kerja menipu ini, warna kulit bukanlah menjadi persoalan utama.
Pakar-pakar menipu dari Nigeria (yang begitu mahir menipu sehingga mungkin mereka layak
untuk mengeluarkan ijazah dalam bidang penipuan) telah menipu bukan saja di Malaysia,
malah juga di seluruh dunia.Beberapa tahun lalu, beberapa penipu menggunakan taktik
meyakinkan bakal mangsa mereka bahawa timbunan kertas berwarna hitam berukuran wang
kertas yang berada dalam but kereta atau peti simpanan sebenarnya adalah wang betul yang
telah dicelup dengan pewarna hitam, atau warna lain, konon untuk mengelakkan daripada
dikesan oleh pihak kastam.
Mangsa kemudiannya diyakinkan untuk membayar kos pembelian bahan kimia khas
yang boleh membasuh wang berkenaan dan dijanjikan dengan sebahagian daripada wang itu.
Menariknya, banyak juga orang Malaysia, iaitu orang yang tamak dan sewel, yang percaya
dengan penipuan seperti ini.Seiring dengan ledakan internet, kita mula menerima e-mail
daripada kononnya saudara-mara yang telah lama hilang entah di mana dan daripada beberapa
kakitangan awam yang korup, sesetengah mereka mengaku berasal dari Zimbabwe, mengajak
kita melabur dalam urusniaga yang meragukan. Kita dijanjikan dengan komisyen yang besar
jika membantu penyangak-penyangak terbabit yang kononnya tidak dapat mengeluarkan wang
daripada negara mereka sendiri.




[TYPE THE DOCUMENT TITLE] ELM 3101

Page | 8

Kaedah ini terlalu kerap dipakai sehingga rakyat Malaysia yang paling naif sekalipun tidak akan
terpedaya dengannya. Lalu penipu-penipu Afrika ini mencipta kaedah lain.Kita patut kagum
dengan daya cipta mereka.Mereka membuat penyamaran baru sebagai orang kulit putih yang
menetap di Amerika Syarikat atau Britain. Bunyinya memang mengarut, tetapi itulah yang
mereka lakukan.
Bagaimanapun, setiap tahun jutaan ringgit terbang ke tangan mereka kerana kaum
wanita kita yang mudah terpedaya walaupun hanya bertemu dengan penipu-penipu tersebut
Kini semakin banyak orang Iran pula di Kuala Lumpur.Sebahagian besar kita tidak mampu
membezakan yang mana satu di antara mereka adalah hartawan minyak dan yang mana satu
pula penyeludup dadah.Media pula penuh dengan laporan tentang wanita Malaysia yang
akhirnya menjadi keldai dadah untuk para penjenayah yang memperdayakan mereka semua
wanita ini mendakwa mereka telah diberikan tiket percuma dan dibayar untuk pergi bercuti di
luar negara, dengan syarat mereka perlu menyerahkan suatu beg kepada seseorang sewaktu
transit.
Adakalanya, kita tahu kita boleh mempercayai seseorang walaupun kita baru pertama
kali menemui orang itu. Setengah-setengah orang merasakan mereka tahu perkara-perkara
seperti ini. Pengetahuan ini diperoleh melalui intuisi. Perkataan intuisi berasal daripada
perkataan Latin intueor yang bermakna saya memandang tepat kepada sesuatu. Ia
merupakan satu proses melihat atau memahami secara intelek. Menurut pandangan
intuisionis, pengetahuan ini boleh diperoleh melalui fahaman atau pengertian langsung.
Aliran pemikiran ini merujuk satu proses melihat dan memahami secara spontan.
Aliran ini ada kaitannya dengan gerak hati. Dengan itu, tindakan seseorang individu yang
berfikiran intuisionis adalah berlandaskan apa yang dirasai di dalam hatinya. Orang tua yang
bijak telah mengalami 1001 pengalaman hidup oleh itu apabila mereka menghadapi sesuatu
masalah atau isu, mereka dapat membaca apa yang tersirat daripada yang tersurat. Bak kata
pepatah Melayu terkilat ikan di air sudah tahu jantan betina.
Dengan kata lain pemikiran intuisionis ialah sejenis pengetahuan yang lebih tinggi dan
berbeza daripada yang diperoleh secara individu. Aliran pemikiran ini juga boleh dikaitkan
dengan pemikiran spontan celik akal. Kemunculan idea yang meledak secara tiba-tiba dalam
memberikan tafsiran terhadap sesuatu perkara boleh dikaitkan dengan aliran pemikiran ini.
Maka berkatalah Munsyi Abdullah, intelek Melayu dalam bahasa indahnya, lagi kutebas pohon
di hutan, baru kutahu luasnya bentara.
[TYPE THE DOCUMENT TITLE] ELM 3101

Page | 9


Kesimpulannya, orang yang terlebih dahulu makan garam, maka teballah intuisionisnya
berbanding dengan gadis remaja yang mudah ditipu oleh lelaki don juan atau kasanova
lantaran pengalaman hidupnya yang masih hijau; sebab itulah mereka mudah diperkotak-katik
dengan janji-janji manis lelaki hidung belang.











[TYPE THE DOCUMENT TITLE] ELM 3101

Page | 10


Sumber Berita Harian 20 Februari 2014



[TYPE THE DOCUMENT TITLE] ELM 3101

Page | 11

Akhbar 4: Rasionalisme
Langkah kerajaan untuk mewajibkan subjek Sejarah amatlah baik .Mempelajari sejarah
sesebuah negara adalah penting bagi membolehkan kita bukan sahaja dapat hidup dengan
harmonis di negara yang kita cinta ini ,tetapi juga jika kita ingin berhijrah ke negara lain.Saya
juga bersetuju dengan cadangan supaya pendekatan(bukan fakta sejarah) subjek Sejarah
diubah untuk memenuhi matlamat untuk menjadikan bukan sahaja proses pembelajaran
Sejarah lebih bermakna tetapi juga dapat menambahkan kefahaman pelajar tentang
kepelbagaian budaya yang wujud dalam masyarakat majmuk di negara kita seterusnya
memupuk sifat toleransi di antara pelbagai kaum.
Selain dari membina pemikiran kritis dan kreatif melalui mata pelajarn ini, pelajar juga
boleh dibimbing untuk mengamalkan tabiat minda yang produktif productive habits of
mind.Contohnya semasa perbincangan pelajar boleh dibimbing untuk berkonunikasi dengan
jelas dan tepat, mendengar pendapat rakan sebaya dengan beradab dan kritis,berkongsi idea
dan pemikiran ,dan belajar mengubahsuai pemikiran apabila sesuatu idea itu didapati lebih baik
dari yang mereka dapati sebelumnya.
Di antara beberapa kemahiran-kemahiran berfikir yang boleh diterapkan kepada pelajar
dalam pengajaran ialah seperti kemahiran mebuat analisa, kemahiran untuk mebuat
perbandingan dan melihat kelainan dengan tujuan untuk membuat kesimpulan,kemahiran untuk
mengesan maklumat yang sahih,kemahiran mengesan punca masalah dan kemahiran-
kemahiran yang lebih mencabar adalah seperti kemahiran membuat keputuan dan kemahiran
menyelesaikan masalah.
Negara memerlukan generasi yang penuh dengan kebijaksanaan iaitu mereka yang
mahir berfikir dan bukannya semata-mata pandai disebabkan mahir dalam menjawab soalan
peperiksaan.Kebijaksanaan merangkumi kemahiran berfikir selain dari ilmu di dalam bidang
pengetahuan tertentu.Manusia yang bijaksana juga adalah lebih fleksibel di segi pemikirannya
iaitu dapat menerima perubahan dari idea lama yang amat diyakininya kepada idea baru yang
tercetus dari perbincangan intelektual dan penemuan terkini dan dapat melihat sesuatu isu
atau ilmu melalui falsafahnya dengan perspektif yang luas dan dinamik


[TYPE THE DOCUMENT TITLE] ELM 3101

Page | 12

Berdasarkan kepada analisa yang telah saya huraikan, pemikiran ini lebih kepada
rasionalis iaitu ianaya berasal daripada perkataan ratio yang bermakna reason atau sebab.
Segala tingkah laku moral seperti menghormati orang tua, menyayangi alam sekitar dan
semangat patriotik perlukan asas pemikiran rasional yang waras dan logik.
Beza antara manusia dan binatang ialah akal. Manusia yang waras akan menggunakan
akal fikirannya untuk penaakulan, membuat keputusan dengan bijak, menyelesaikan masalah,
merekacipta sesuatu yang boleh dimanfaatkan manusia sejagat. Kes-kes bunuh diri,
menggunakan keganasan untuk mendapat sesuatu, bukanlah berpunca daripada pemikiran
rasional.
Ahli-ahli falsafah yang menekankan penaakulan atau pemikiran sebagai faktor utama
dalam pengetahuan sebagai rasionalis. Golongan rasionalis mempunyai pendangan bahawa
kita mengetahui sesuatu hasil daripada pemikiran kita; bahawa fikiran kita berupaya menemui
kebenaran dengan dirinya sendiri. Mengikut pandangan ini, pengetahuan diperoleh dengan
cara membandingkan idea dengan idea-idea lain. Golongan rasionalis berpendapat bahawa
pancaidera-pancaidera dengan sendirinya tidak dapat menghasilkan pentafsiran-pentafsiran
yang sah. Pengalaman-pengalaman yang diperoleh melalui pancaindera kita seperti
penglihatan, pendengaranm sentuhan, bau dan rasa hanya merupakan bahan-bahan mentah
pengetahuan. Pengalaman-pengalaman yang diperoleh itu perlu disusun oleh pemikiran kita
supaya membentuk satu sistem yang bermakna sebelum ia menjadi pengetahuan. Bagi
golongan rasionalis, pengetahuan itu diperoleh daripada konsep-konsep, prinsip-prinsip dan
hukum-hukum, bukan daripada deria fizikal sahaja.
Menurut golongan rasionalis lagi, manusia mempunyai keupayaan untuk mengetahui
dengan pasti, pelbagai kebenaran mengenai kebenaran bumi yang tidak dapat diberikan oleh
pacaindera semata-mata.





[TYPE THE DOCUMENT TITLE] ELM 3101

Page | 13

Rujukan
Abd Rahman Aroff .1999.Pendidikan Moral Teori Etika dan Amalan Moral.Serdang: Penerbit
Universiti Pertanian Malaysia.
Abdul b. Khamis.1999.Etika (Pendidikan Moral) untuk institusi pengajian tinggi.Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd
Eow.B.H.2000.Pendidikan moral.Petaling Jaya : Pearson Education Malaysia Sdn.Bhd.
Hena Mukherjee.1992.Strategi Pengajaran Pendidikan moral KBSM.Petaling Jaya : Fajar Bakti
Sdn.Bhd.
Koo K.P dan Tang.1990.Pendidikan Moral.Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
.

Vous aimerez peut-être aussi