Vous êtes sur la page 1sur 4

MUHAMMAD IZZUDDIN BIN AZZMI

M20122001203

Kritik Jurnal Artikel

Penulis J urnal:
Nor Azizah Salleh, Siti Rahayah Ariffin, Musa Daia

Tajuk J urnal:
Penerapan Nilai Murni Melalui Pembelajaran-Kooperatif dalam Sains

Tajuk J urnal, No Volume, Tahun, Muka surat:
Jurnal Pendidikan 27 (2001) 47-57

1.0 Pengenalan (Introduction)

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauh manakah pembelajaran kooperatif
dalam sains dapat menerapkan nilai murni. Tajuk kajian yang ditulis adalah berkaitan
dan signifikan dengan kajian yang telah dilakukan. Kajian ini penting kepada dunia
pendidikan hari ini kerana nilai murni masih belum dapat diterapkan dengan
memuaskan di kalangan pelajar di sekolah berasaskan masalah disiplin yang
dilaporkan oleh para penyelidik dan akhbar tempatan. Sebagai usaha untuk
memperbaiki keadaan, penyelidik memberi fokus kepada aspek pedagogi.

Penyeldidik secara jelas telah menyatakan alat kajian yang digunakan, kaedah
yang dijalankan , sampel, kumpulan-kumpulan perbandingan, pemboleh-pemboleh
ubah secara berstruktur dan mudah untuk difahami pembaca. Penyelidik telah
menyatakan semua maklumat penting pada kandungan abstrak dan telah ditulis
dengan baik dan jelas.




MUHAMMAD IZZUDDIN BIN AZZMI
M20122001203
2.0 Ulasan (Review of the Literature)

Artikel kajian telah ditulis secara teratur dan berstruktur. Penyelidik telah
menghubungkaitkan keputusan dengan penyataan masalah kajian dan menunjukkan
keputusan kajian adalah relevan dengan pernyataan masalah kajian. Hasil daripada
kajian ini menunjukkan proses penerapan nilai murni dalam sains boleh dilaksanakan
oleh guru-guru daripada pelbagai jenis sekolah. Menurut data yang diperoleh telah
membuktikan penerapan nilai murni bukan sahaja boleh dilaksanakan di sekolah-
sekolah yang majoritinya pelajar Melayu dan di sekolah agama, tetapi boleh juga
dilaksanakan di sekolah-sekolah yang pelajarnya daripada pelbagai ras.

Beberapa isu telah dikenal pasti hasil daripada perlaksanaan kajian ini. Isu-isu
yang dinyatakan adalah signifikan dengan tujuan kajian. Merujuk kepada dapatan
kajian, pembelajaran kooperatif telah dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam
pembelajaran . Selain itu,pembelajaran kooperatif turut dapat menambahkan minat dan
motivasi pelajar.

Penyelidik telah berjaya menunjukkan secara keseluruhannya penerapan
kesemua nilai murni adalah lebih tinggi di kalangan pelajar kelas eksperimen
berbanding dengan pelajar-pelajar kelas kawalan. Dapatan yang diperoleh daripada
instrumen yang digunakan telah berjaya menunjukkan keberkesanan kaedah
pembelajaran kooperatif dalam menerapkan nilai-nilai murni.

Penyelidik menjalankan perbincangan hasil kajian secara spesifik dan sistematik
berdasarkan dapatan kajian. Daripada tiga instrumen yang digunakan didapati hanya
instrumen pemerhatian dan temubual pelajar menunjukkan perbezaan yang signifikan
bagi kebanyakan nilai-nilai murni. Di samping itu, perbandingan di antara dua jenis
kaedah pembelajaran kooperatif (Jigsaw 2 dan STAD) turut dilaksanakan penyelidik
untuk melihat kekuatan di antara kedua-dua jenis kaedah.


MUHAMMAD IZZUDDIN BIN AZZMI
M20122001203
3.0 Kaedah dan Metodologi (Methods and Procedures)

Kajian yang dijalankan adalah kajian kuasi ekperimen yang melibatkan 12 buah
sekolah dan 900 orang pelajar sekolah menengah kerajaan di Selangor. Responden
yang terlibat adalah pelajar tingkatan 2 dan mata pelajaran yang diambil adalah Sains
KBSM. Penyelidik telah berusaha untuk memilih dua kumpulan yang mempunyai ciri-ciri
yang hampir sama tanpa menggunakan prosedur pengagihan secara rawak. Kumpulan
eksperimen (rawatan) diajar secara struktur pembelajaran kooperatif manakala
kumpulan kawalan diajar secara tradisional.

Tiga jenis instrumen kajian telah dijalankan iaitu soal selidik pelajar, borang
pemerhatian guru dan borang temu bual pelajar. Soal selidik dijalankan di kalangan
pelajar sebelum pembelajaran kooperatif (ujian pra) dan selepas mengikuti 6 sesi
pengajaran kooperatif (ujian pasca). Di samping itu, borang pemerhatian dijalankan
oleh guru bertujuan untuk memberi penilaian mereka tentang penerapan nilai murni
dalam pembelajaran kooperatif. Temu bual dijalankan untuk mendapat pandangan
pelajar dan data temubual dianalis secara kualitatif. Ketiga-tiga kaedah ini
membolehkan penyelidik memperoleh data secara telus dan semerta daripada peserta,
menjadikan data yang dikutip kaya dengan maklumat.

4.0 Keputusan (Results)

Dapatan kajian telah dianalisis oleh penyelidik secara kuantitatif. Data yang
dikumpul dianalisis dengan menggunakan ujian-t, min, kekerapan, sisihan piawai dan
peratus. Hasil kajian telah menunjukkan secara keseluruhannya penerapan kesemua
nilai murni lebih tinggi di kalangan pelajar kelas eksperimen berbanding dengan pelajar-
pelajar kelas kawalan. Secara kesimpulannya, hasil kajian ini membantu dan dapat
menggalakkan guru-guru mata pelajaran Sains mencuba kaedah pembelajaran
kooperatif untuk meningkatkan minat pelajar untuk mata pelajaran tersebut. Di samping
itu, pembelajaran kooperatif merupakan salah satu kaedah yang didapati dapat
memberi kesan kepada penerapan nilai murni.
MUHAMMAD IZZUDDIN BIN AZZMI
M20122001203
5.0 Kesimpulan, Cadangan dan Implikasi
(Conclusions, recommendations, and implications)

Beberapa impilkasi kajian telah dikenal pasti semasa melakukan kajian.
Penyelidik menyatakan implikasi kajian dengan jelas. Penyelidik memerlukan komitmen
yang tinggi dalam melaksanakan kajian ini di masa akan datang untuk mengurangkan
kesan implikasi semasa melakukan kajian. Dengan cara ini, penyelidik dapat
meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan dalam penyelidikannya.

Kesimpulan yang boleh dibuat adalah, hasil kajian ini adalah sangat bermakna
dalam konteks pendidikan dan kehidupan sosial masyarakat. Penerapan nilai murni
melalui pembelajaran kooperatif adalah salah satu cara yang membantu menangani
masalah disiplin dan akhlak remaja dan sekiranya masalah remaja dibiarkan maka
masa depan negara amatlah membimbangkan.

Vous aimerez peut-être aussi