Vous êtes sur la page 1sur 2

SITI NURAMIRAH BINTI AZMI

2013230866
HPD222

ASSIGNMENT 1

Ke hadapan pensyarah, Encik Mohd Sidek Bin Roslan,

Tujuan saya menulis surat cinta ini adalah untuk berkongsi mengapa saya perlu
mendapat A+ dalam kursus ini, apa yang akan saya lakukan apabila kursus ini tamat
dan adakah saya berminat untuk menjadi sukarelawan.

Saya perlu mendapat A+ dalam kursus ini kerana saya ingin menaikkan semula dan
membaiki pointer saya pada semester lepas. Saya tidak mahu lagi mengulangi
kesilapan yang sama. Saya berasa teramat sedih apabila melihat ibu bapa saya
kecewa dengan keputusan peperiksaan akhir saya pada semester lepas. Nasihat
dan teguran yang telah disampaikan oleh ayah telah banyak mengubah pemikiran
saya dan menyuntik semangat baru kepada saya untuk lebih fokus dan bersungguh-
sungguh dalam menggapai citta-cita saya. Justeru itu, saya bertekad untuk tidak lagi
mengecewakan mereka dan melihat mereka kembali tersenyum dengan mendapat
keputusan yang cemerlang. Ya, saya ingin melihat mereka senyum bangga seperti
yang telah saya lakukan dahulu kerana jika mereka senang hati, saya juga akan
turut bersenang hati tetapi apabila mereka sedih dan kecewa, saya berasa sangat
sakit ibarat barah yang menular di dalam hati saya. Selain itu, saya juga ingin
menimba seberapa banyak ilmu berkaitan dengan teknik berkomunikasi dengan
lancar dan berkesan. Di samping itu, saya juga ingin meningkatkan lagi tahap
keberanian saya bercakap di khalayak ramai. Hal ini demikian kerana, teknik
berkomunikasi amat penting untuk dipelajari dan dipraktikkan kerana ianya amat
berguna apabila saya sudah memasuki alam pekerjaan.
Selepas kursus ini tamat, saya akan mengaplikasikan segala teknik dan ilmu yang
telah diajar dalam kehidupan seharian saya. Saya akan cuba sedaya upaya untuk
memberanikan diri untuk bercakap di khalayak ramai. Hal ini demikian kerana, saya
selalu berasa gugup apabila berdiri dan bercakap di hadapan khalayak ramai.
Justeru itu, saya yakin apabila kursus ini tamat saya akan lebih berkeyakinan tinggi
dan berani berdiri di hadapan. Saya juga akan berkongsi ilmu dan teknik yang telah
saya pelajari dalam kursus ini dengan keluarga, sahabat handai dan rakan taulan.
InsyaAllah
Ya. Saya amat berminat untuk menjadi sukarelawan kerana saya pernah
menyimpan hasrat dan impian untuk membantu dalam misi kemanusiaan. Pada
pendapat saya, sukarelawan adalah satu pekerjaan yang sangat murni dan mulia
kerana sukarelawan perlu mengorbankan masa, tenaga dan wang. Pengorbanan
seperti ini adalah tidak lain dan tidak bukan hanya untuk membantu dan
menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan. Di negara ini, terdapat
banyak badan kerajaan dan bukan kerajaan yang telah menubuhkan kelab atau
kumpulan sukarelawan seperti IM4U dan MERCY. Sebagai contoh, golongan belia
seperti saya banyak didedahkan dengan aktiviti-aktiviti kebajikan dan kemanusiaan
yang diadakan di seluruh Malaysia. Saya juga amat berminat untuk menjadi
sukarelawan kerana ingin merasai sendiri kesusahan dan kepayahan hidup
golongan yang memerlukan ini. Seringkali saya melihat sesetengah orang hanya
tahu bercakap tentang kepayahan orang lain tetapi tidak melakukan atau
menyumbangkan bantuan kepada golongan yang memerlukan ini. Justeru itu, jika
diberi peluang dan kesempatan, saya amat berminat untuk menjadi sukarelawan
bagi misi kemanusiaan lebih-lebih lagi jika misi kemanusiaan untuk membantu
saudara-saudara seIslam kita.

Vous aimerez peut-être aussi