Vous êtes sur la page 1sur 12

Konsep Ilmu Pengetahuan

Pengetahuan adalah hasil tahu dan ini terjadi setelah orang melakukan pengindraan
terhadap suatu objek tertentu. Pengindraan terjadi melalui pancaindra manusia, yakni indra
penglihatan, pendengaran, penciuman, rasa dan raba. Sebahagian besar pengetahuan
manusia di peroleh melalui mata dan telinga. ( Notoatmojo, 2007).
Pengetahuan adalah merupakan hasil mengingat suatu hal,termasuk mengingat
kembali kejadian yang pernah dialami baik secara sengaja mahu pun tidak sengaja dan ini
terjadi setelah orang melakukan kontrak atau pengamatan terhadap suatu objek tertentu.
(Mubarok,2007).
Pengetahuan merupakan kepercayaan yang sama seorang individu berdasarkan
obervasinya mengenai dunia. Jadi bila seseorang menciptakan pengetahuan, ia
menciptakan pemahaman atas situasi baru dengan cara berpegang pada kepercayaan yang
telah dibenarkan. Dalam definisi ini, pengetahuan merupakan konstruksi dari kenyataan,
dibandingkan sesuatu yang benar secara abstak. Penciptaan pengetahuan tidak hanya
merupakan kompilasi dari fakta-fakta , namun suatu proses yang unik pada manusia yang
sulit. Penciptaan pengetahuan melibatkan perasaan dan sistem kepercayaan di mana
perasaan atau sistem kepercayaan itu tidak dapat disandarkan ( Bambang,2008)

Ilmu diperlukan oleh semua manusia untuk memandu dan membangunkan
kehidupan individu, keluarga, masyarakat dan negara. Jika dipersoalkan tentang ilmu, akan
timbul apakah yang dimaksudkan dengan ilmu? Bagaimana ilmu boleh dipertingkat? Apakah
hubungan ilmu dengan pengetahuan, pemikiran, idea dan minda? Bagaimana tingkah laku
boleh dijana menerusi ilmu ? dan Bagaimana menerapkan ilmu dalam masyarakat?.
Sesetengah golongan tidak berusaha meningkatkan ilmu untuk diri, keluarga, negara dan
ketamadunan. Ilmu bagi golongan ini merupakan barang yang telah hilang.
Ilmu disebut sebagai knowledge. Knowledge bermaksud tahu : proses mengenal
yang diperoleh melalui pengalaman iaitu orang,benda atau fakta. Ilmu dirujuk sebagai
pengetahuan semata-mata, yang diperoleh melalui pengalaman diri, iaitu bagaimana ia tahu
tentang seuatu fenomena atau alam ini, atau fakta tertentu yang tiba padanya. Ilmu juga
ditakrifkan Ilmu juga ditakrifkan sebagai dapatan secara empirikal atau pengalaman dan
eksperimen untuk menguasai alam.
Pengertian ilmu mencakupi pelbagai aspek tanggapan, pemikiran dan kehidupan
manusia itu sendiri. Hal ini dapat diperjelas melalui pendekatan falsafah, empirik atau
konseptual.Syed Muhammad Naquib Al-Attas mentakrifkan ilmu secara epistemologi, iaitu
sebagai ketibaan dalam kalbu seseorang tentang makna sesuatu perkara, atau ketibaan
oleh kalbu tentang makna sesuatu.Ilmu ialah ketibaan maklumat yang benar dan bermakna
ke dalam diri insan.Untuk memastikan bahawa ketibaan itu terjadi, usaha tertentu perlu
dilakukan. Antaranya pembacaan, interaksi dengan alam, pemerhatian, peningkatan
pengalaman diri, perguruan, perbincangan, persidanganyang dilakukan dengan adab dan
akhlak yang terpuji.









Konsep Pengetahuan Menurut Perspektif Islam
Ada beberapa istilah yang dipakai untuk menyebut ilmu pengetahuan, seperti istilah
ilmu, pengetahuan, al- ilm, dan sains. Barangkali untuk menyederhanakan masalah,
keempat istilah itu dianggap memiliki makna yang sama, sehingga istilah-istilah tersebut
bebas digunakan dalam wacana keilmiahan tanpa dikaitkan dengan konotasi-konotasi
pemahaman yang spesifik dan tertentu.
Dalam konteks Islam, sains tidak menghasilkan kebenaran yang obsolut. Istilah yang
paling tepat untuk mendefinisikan pengetahuan adalah al-ilm, kerana memiliki dua
komponen. Pertama, sumber asli seluruh pengetahuan adalah wahyu atau al-Quran yang
mengandungi kebenaran yang obsolut. Kedua, kaedah mempelajari pengetahuan yang
sistematik dan koheren semuanya adalah sahih. Semuanya menghasilkan bagian daripada
satu kebenaran dan realistik, bagian yang sangat bermanfaat untuk menyelesaikan masalah
yang dihadapi. Dua komponen ini menunjukkan bahawa al-ilm memiliki akar sandaran yang
lebih kuat berbanding dengan sains dalam versi barat. Akar sandaran al-ilm adalah berasal
daripada Tuhan yang Maha Berkuasa atas segala-galanya.
Wahyu adalah sebagai sumber asli seluruh pengetahuan memberi kekuatan yang
sangat besar terhadap pembangunan pengetahuan apabila mampu mentransformasikan
berbagai bentuk ajaran normatif dan doktrin menjadi teori-teori yang boleh digunakan. Di
samping itu, wahyu juga memberikan kekuatan intelektual yang tidak terjangkau oleh
kekuatan rasional dan empiris, sehingga pengetahuan yang berdasarkan wahyu memiliki
khazanah intelektual yang lebih lengkap daripada sains.
Wahyu boleh dijadikan sebagai sumber pengetahuan baik di saat seseorang
menemui jalan buntu ketika merenung secara radikal mahupun dalam keadaan biasa,
ertinya wahyu boleh dijadikan rujukan pencarian pengetahuan pada bila-bila masa sahaja
diperlukan baik yang bersifat inspiratif mahupun yang bersifat eksplisit. Dengan begitu,
pengetahuan yang bersumber daripada wahyu memiliki sambungan yang vertikal, yakni
Allah sebagai pemilik ilmu di seluruh alam semesta ini.
Realiti selanjutnya, pengetahuan yang berasaskan wahyu memiliki perbezaan kualiti
kebenarannya. Pengetahuan yang bersumberkan daripada wahyu, yang disebut al-ilm
memiliki kualiti yang lebih tinggi daripada sains. Keunggulan ini semakin kukuh dengan
dukungan penggunaan kaedah yang valid, sehingga pengetahuan yang dihasilkan tidak
secara keseluruhan apriori terhadap wahyu, tetapi juga melalui tahap-tahap mekanisme
kerja ilmiah. Banyak ayat al-Quran yang berkenaan dengan fenomena alam dan secara
ilmiah terbukti kebenarannya.
Al-Quran tidak hanya memberikan doktrin-doktrin yang bersifat dogmatis, tetapi juga
memberi peluang terhadap para ilmuan untuk mengadakan penelitian terhadap bukti
kebenaran ayat-ayat yang boleh diteliti. Namun begitu, penelitian yang di luar jangkauan kita
tidak boleh menyalahkan al-Quran kerana pemikiran ilmiah seperti inilah merupakan
kelemahan sains sekaligus menunjukkan keunggulan al-ilm yang berasaskan wahyu.
Oleh sebab itu, al-ilm jauh lebih tepat berbanding sains. Al-ilm meletakkan nilai-nilai
secara jelas dan nilai-nilai tersebut merupakan aturan yang harus ditaati. Berbeza dengan al-
ilm, sains moden barat mempercayai manusia mampu memikirkan semuanya berdasarkan
fikirannya semata-mata. Ternyata, masih banyak hal yang tidak terjangkau oleh fikiran
manusia. Sedangkan al-ilm, mengakui keterbatasan fikiran manusia dalam pengetahuan
dan al-ilm ini menyandarkan kepada bantuan wahyu. Allah sahaja yang mengetahui rahsia-
rahsia-Nya kemudian diinformasikan kepada manusia melalui wahyu. Maka, ajaran wahyu
ada yang berbentuk fizik, metafizik, empiris, dan substansi.
Konsep pengetahuan yang demikianlah baru disebut all comprehensive apabila
telah menggunakan sistem nilai: benar-salah, baik-buruk, halal-haram, adil-zalim, dan
manfaat-mudarat. Menurut pola al-Quran, pengetahuan terbahagi kepada tiga iaitu, haqq al-
yaqin, al-ilm al-yaqin, dan ain al-yaqin. Ketiga-tiga sumber ini memiliki kebenaran yang
berbeza. Selain itu, anjuran al-Quran, sumber-sumber pengetahuan pada dasarnya ada tiga
iaitu, penglihatan, pendengaran, dan hati. Hati adalah yang terpenting daripada tiga sumber
itu.
Pengetahuan dalam Islam adalah berdasarkan intelek, yang berbentuk rasional
mengikut pada kesedaran keimanan terhadap kekuasaan Allah. Inilah pengetahuan yang
menjadi petunjuk daripada kegelapan kepada terang. Suatu ilmu yang mempunyai misi
kesejahteraan hidup manusia, dunia, mahupun di akhirat. Dalam ilmu ini, intelek dijadikan
gagasan untuk memikirkan, merenung fenomena alam, dan penggalian khazanah keilmuan.
Sementara itu, keimanan dijadikan pegangan dan pembimbing dalam pengembangan ilmu
pengetahuan sehingga dapat melahirkan kesedaran kepada manusia untuk mengetahui jati
diri sendiri sebagai hamba Allah.
Ilmu dalam Islam menyajikan suatu tawaran pengembangan intelektual dan juga
saling berkaitan dengan nilai-nilai kemanusiaan itu sendiri. Hal ini bermaksud, ilmu dalam
Islam ini meletakkan manusia pada posisi yang sepatutnya tanpa melangkaui batas dan
tidak melangkahi kekuasaan Tuhan. Ilmu dalam Islam juga mempunyai persepsi, bahawa
Tuhan sebagai pencipta dan manusia sebagai makhluk yang bernyawa, bahkan makhluk
yang termulia dan tidak pernah memandang manusia sebagai benda mati. Manusia ini boleh
mencapai darjat yang tertinggi apabila dia menggunakan akal dengan sebaiknya.
Atas dasar persepsi ini kita harus tampil ke tingkat pengetahuan yang benar tentang
Islam dan pandangan dunia Islam, sehingga pengetahuan dan ilmu-ilmu yang kita cari
sentiasa berada dalam keseimbangan yang wajar. Sesungguhnya pengetahuan Islam
adalah untuk memelihara tata aturan pengetahuan dalam diri manusia. Keseimbangan ini
bersangkutan dengan pengembangan intelektual dengan rasa kehambaan kepada Allah,
penghargaan manusia kepada keagungan Allah, pertimbangan akal dengan wahyu,
perhatian pada persoalan empiris dan metaempiris, fikir dan zikir,usaha dengan amal, dan
sebagainya. Kesimbangan ini berfungsi sebagai hubungan yang berorientasikan pada
pendekatan diri kepada Allah dan sesama manusia dalam menjalinkan hubungan sosial
terutama dalam mengembangkan ilmu pengetahuan.
Keseimbangan tersebut menyebabkan timbulnya klasifikasi dan kategori
pengetahuan. Tokoh Islam membahagikan pengetahuan kepada tiga iaitu: ilmu-ilmu
keagamaan Islam, ilmu-ilmu filsafat dan alam, dan ilmu kesusateraan. Demikianlah konsep
pengetahuan menurut perspektif Islam yang memiliki cirri-ciri khas yang berbeza daripada
konsep pengetahuan barat yang tidak menghubungkan segala pengetahuan dengan Allah
tetapi hanya logik akal manusia.














Pengertian Dan Konsep Pembelajaran

Pembelajaran adalah proses interaksi peserta didik dengan pendidik agar berlakunya
proses pemerolehan ilmu dan pengetahuan atau penguasaan kemahiran atau pembentukan
sikap dan kepercayaan pada peserta didik. Pembelajaran seharusnya menghasilkan
perubahan yang agak kekal (tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses
pertumbuhan) hasil daripada penglibatannya dalam sesuatu pengalaman pendidikan.
Pembelajaran boleh berlaku di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.
Pembelajaran memerlukan kaedah dan proses sama ada dari yang paling mudah
sehinggalah kepada yang paling kompleks. Pembelajaran boleh berlaku tanpa melalui
proses pengajaran formal. Demikian juga pengajaran tidak semestinya menghasilkan
pembelajaran. Namun secara lazimnya pengajaran yang baik akan menghasilkan
pembelajaran yang berkesan.
Dalam situasi tertentu, terdapat pembelajaran yang tetap memerlukan proses
pengajaran. Justeru, terdapat kemungkinan di mana pembelajaran yang berlaku tidak
memenuhi syarat dan gagal mencapai kehendak sebenar pentakrifan pendidikan. Secara
ringkas, komponen asas yang mesti dipenuhi untuk menghasilkan pembelajaran ialah
pelajar, perkara yang dipelajari (bersifat kandungan atau pengalaman pembelajaran, kaedah
dan hasil (perubahan yang kekal secara relatif).

KONSEP PEMBELAJARAN DALAM ISLAM
Belajar menurut pandangan agama Islam adalah wajib. Hal ini sesuai dengan Firman Allah
SWT :

(

) (

) (

) (

) )
Bacalah dengan [menyebut] nama Tuhanmu Yang menciptakan, (1) Dia telah menciptakan
manusia dari segumpal darah. (2) Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, (3) Yang
mengajar [manusia] dengan perantaraan kalam [3]. Dia mengajarkan kepada manusia apa
yang tidak diketahuinya. (5) ( Al-Alaq : 1-5)
Konsep pendidikan Islam iaitu suatu idea atau gagasan untuk menciptakan manusia
yang baik dan bertakwa yang menyembah Allah dalam erti yang sebenarnya, yang
membangun struktur peribadinya sesuai dengan syariah Islam serta melaksanakan segenap
aktiviti sehariannya sebagai wujud ketundukannya pada Tuhan. Dengan cara menanamkan
nilai-nilai fundamental Islam kepada setiap Muslim terlepas dari disiplin ilmu apapun yang
akan dikaji.

Konsep Islam Tentang Pentingnya Belajar Bagi Kehidupan Manusia
Belajar dapat diertikan sebagai suatu perubahan tingkah laku yang relatif menetap yang
terjadi sebagai hasil dari pengalaman atau tingkah laku. Yang dimaksudkan dengan
pengalaman adalah segala kejadian (peristiwa) yang secara sengaja mahupun tidak sengaja
dialami setiap orang.Sedangkan latihan merupakan kejadian yang dengan sengaja dilakukan
setiap orang secara berulang-ulang.
Pandangan Al-Qur'an dan Hadith dalam Belajar
Belajar adalah aktiviti yang tidak dapat dipisahkan dari kehidupan manusia.Ajaran agama
sebagai pedoman hidup manusia juga menganjurkan manusia untuk selalu belajar dan
belajar juga dapat memberikan kebaikan kepada manusia.
Aktiviti belajar sangat berkaitan dengan proses pencarian ilmu. Al-Quran dan Hadis
mengajak kaum muslim untuk mencari dan mendapatkan ilmu dan kearifan, serta
menempatkan orang-orang yang berpengetahuan pada darjat yang tinggi.
Sejak turunnya wahyu yang pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W. Islam telah
menekankan perintah untuk belajar. Ayat pertama dapat menjadi bukti bahawa Al-Qur'an
memandang belajar itu sangat penting agar manusia dapat memahami seluruh kejadian
yang ada di sekitarnya, sehingga dapat meningkatkan rasa syukur dan mengakui akan
kebesaran Allah.
Menurut Quraisy Syihab (1997), iqra 'berasal dari akar kata yang bererti menghimpun
yang ertinya menyampaikan, menelaah, mendalami, meneliti, mengetahui ciri-ciri sesuatu
dan membaca baik teks tertulis mahupun tidak tertulis. Wahyu yang pertama juga tidak
menjelaskan apa yang dibaca, kerana Al-Qur'an menghendaki umatnya membaca apa saja,
selama bacaan tersebut dengan nama Allah dan disandarkan kepada Allah , dalam erti
bermanfaat dalam kemanusian.
Selain Al-Qur'an, Hadith Nabi Muhammad Saw juga memuji pentingnya ilmu dan
orang-orang yang terdidik. Adapun contoh hadith mengenai pentingnya belajar dan menuntut
ilmu adalah:
"Mencari ilmu itu wajib bagi setiap muslim"

Pembelajaran pertama sesungguhnya telah diajarkan pada manusia oleh Allah
SWT. pada Nabi Adam melalui pengajaran terhadap nama-nama ,pada Qabil putera Nabi
Adam yang belajar cara bagaimana menguburkan saudaranya yang dibunuh daripada
perantaraan burung gagak yang diutus oleh Allah.
Belajar merupakan jendela dunia, dengan belajar manusia boleh mengetahui banyak
hal, boleh menjadi pintar, mengenal dirinya dan yang menciptakannya, oleh sebab itu belajar
dalam perspektif Islam menjadi suatu kewajipan baik Muslim dan Muslimat. Konsep belajar
dalam perspektif Islam bukan hanya sekadar perubahan tingkah laku dan mencari
kenikmatan dunia semata, akan tetapi lebih daripada itu Islam mengajarkan untuk belajar
dan menyelaraskan antara apa yang tampak secara jasmani mahupun secara rohani, antara
raga dan jiwa dan dunia dan akhirat, inilah konsep belajar dalam Islam yang sangat ideal.
Konsep belajar dalam Islam tidak mengenal adanya kepuasan dalam mencarinya,
akhir dari proses pembelajaran manusia di dunia adalah sampai ajal yang
menjemputnya. Hal ini selaras dengan apa yang diucapkan oleh Nabi Muhammad SAW
yang bermaksud:
"Tuntutlah ilmu pengetahuan dari buaian sampai liang lahad".
Hadis di atas sangat sesuai dengan konteks manusia yang selalu dinamis,
berkembang mewarnai kehidupan dan yang tidak selalu puas dengan apa yang sudah
dicapainya. Konsep seperti di atas sering disebut dengan Long Life Education "
Pembelajaran Sepanjang Hayat ". Dalam konteks belajar secara umum, Qardhawi mengutip
hadith riwayat Ibnu 'Ashim dan Thabrani menyatakan:
"Wahai sekalian manusia, belajarlah! kerana ilmu pengetahuan hanya didapatkan melalui
belajar "








Kesimpulan
Ilmu merupakan ketibaan maklumat. Maklumat ialah sebarang perkara yang diketahui
tentang sesuatu objek. Maklumat itu boleh berupa sifat, kelakuan, data atau apa-apa sahaja
yang boleh menerangkan objek yang dicerap itu. Lebih banyak yang diketahui tentang
sesuatu, lebih banyaklah maklumat yang diperoleh.Untuk memastikan bahawa maklumat itu
bersifat ilmu, maka maklumat itu mestilah benar. Benar bermaksud maklumat itu mestilah
bersifat hakiki, iaitu tidak ada unsur keraguan sama sekali. Jika maklumat itu tidak benar,
maka martabat ilmu akan menjunam, ilmu akan rosak dan pemikiran akan kacau.
Maklumat yang benar dapat dipastikan melalui kaedah analisis, sintesis, hipotesis
sesuai dengan keperluan dalam bidang tertentu tempat ilmu itu diperoleh.Maklumat itu
mestilah bermakna kepada yang menerimanya. Makna bergantung pada pengetahuannya
sebelum ini, tentang latar belakang dan senario di sekitar fenomenon ini. Lebih banyak
maklumat diperoleh, lebih bermakna fenomenon tersebut, dan lebih mudah dicari jalan
penyelesaiannya









Rujukan

-Epistemologi Pendidikan Islam
-http://all4sharing.blogspot.com/2012/11/konsep-islam-tentang-pentingnya-belajar.html
-http://smatakhassus.org/smataq/html/index.php?id=artikel&kode=30
-umkeprints.umk.edu.my

Vous aimerez peut-être aussi