Vous êtes sur la page 1sur 43

PENGENALAN KEPADA

BIDANG ILMU PSIKOLOGI

SAINS PSIKOLOGI

Siti Azura Bt Bahadin


Jabatan Psikologi Dan Kaunseling
Fakulti Pembangunan Sosial Dan Manusia
Universiti Utara Malaysia
PERKARA-PERKARA YANG
AKAN DISENTUH

DEFINISI DAN MATLAMAT PSIKOLOGI


SEJARAH DAN PERKEMBANGAN
PSIKOLOGI
TINGKAHLAKU MANUSIA DAN PROSES
MENTALNYA
CABANG-CABANG ILMU PSIKOLOGI
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PSIKOLOGI
DEFINISI-DEFINISI PSIKOLOGI

Perkataan ‘Psikologi’ berasal daripada


perkataan Yunani yang bermakna ‘Ilmu Jiwa’.
Sir William James (1890) mendefinisikan
psikologi sebagai ‘sains kehidupan mental’.
John B. Watson (1919) pula memasukkan
unsur-unsur tingkahlaku yang berbentuk objektif,
iaitu yang boleh dikesan oleh sistem ‘deria
manusia’.
Phil Zimbardo (1992) mendefinisikan psikologi
sebagai ‘kajian terhadap proses tingkahlaku dan
mental’.
MATLAMAT PSIKOLOGI

Secara ringkasnya, matlamat psikologi ialah


memperihalkan, memahami, meramalkan dan
mengawal tingkah laku manusia.
DARI SEGI MEMERIHALKAN

Seseorang akan menyatakan mengenai sesuatu


tingkah laku yang sedang dilihat, atau diketahui,
olehnya.
DARI SEGI MEMAHAMI

Apa yang telah terjadi dan bagaimana ia


terbentuk akan mengajar manusia untuk
memahami tentang sesuatu tingkah laku.
DARI SEGI MERAMAL

Kefahaman manusia mengenai hukum sebab


dan akibat akan membawa kepada beberapa
andaian, atau ramalan, awal.

Sebagai contoh, jika seseorang itu berhadapan


dengan sesuatu situasi, maka dirinya akan
membentuk tingkah laku tertentu.
DARI SEGI MENGAWAL

Mengawal adalah aspek penting jika matlamat


psikologi ingin dicapai.

Jika ramalan telahpun diketahui, maka adalah


menjadi kewajipan manusia untuk mengawal
tingkah laku yang akan terbentuk agar kekal
untuk menjadi tingkah laku yang sesuai.
(a) PEMIKIR YUNANI

Antara ahli bijak pandai yang mempelopori ilmu


psikologi ialah Plato.
Plato menegaskan bahawa manusia adalah
haiwan-haiwan yang rasional dan dapat berfikir
dengan lojik.
Manusia mampu untuk menyedari kebenaran
dirinya, menyedari kewujudan dirinya dan
berupaya berinteraksi dengan alam sekitarnya.
Manusia dapat membentuk tingkah laku yang
sesuai dan menuju ke arah kesempurnaan diri.
Berbeza dengan pandangan Plato, Aristotle
mempercayai bahawa manusia hanyalah satu
organisma biologi, iaitu gabungan sistem-sistem
yang berinteraksi sesama sendiri.
Perasaan, jiwa, akal dan fikiran manusia
merupakan satu daripada sistem yang
menjadikan organisma itu manusia.
Manusiatetap dipengaruhi oleh pengalaman-
pengalamannya serta persekitaran di mana dia
berada.
Manusia mengisi jiwa dan akalnya melalui
interkasinya dengan alam dan persekitarannya.
(b) RENE DESCARTES (1569-1650)

Rene Descartes dikenali dengan jolokan “Bapa


Psikologi Saintifik”.
Era beliau merupakan detik permulaan di mana
bidang psikologi telah dilihat dari sudut saintifik.
Beliau berkata bahawa manusia ini dibahagikan
kepada (i) jiwa, dan (ii) jasad.
Konsep ini dikenali sebagai ‘pecahan dualisme’.
Pergerakan jasad (fizikal) manusia merupakan
gerak-balas terhadap rangsangan-rangsangan
luaran.
Jiwa manusia pula dilihat sebagai tempat untuk
menyimpan maklumat.
Menurut beliau, jiwa dan jasad manusia
berinteraksi sesama sendiri.
Jiwa manusia menerima maklumat daripada
proses-proses tindak balas tubuh fizikal manusia
daripada alam sekitarnya.
Sebenarnya, Descartes menggabungkan kedua-
dua idea Plato dan Aristotle.
(c) EMPERISME BARAT
Di England, pemikir-pemikir seperti Locke, James
Mills, Berkley dan Hume telah mempelopori ilmu
psikologi dari sudut emperikal, iaitu yang boleh
diperhatikan dan ada data.
Mereka menerima idea Descartes dengan cara
mengkaji, dan seterusnya, mendapatkan bukti-
bukti yang kukuh.
Mereka mewujudkan konsep ‘tabula rasa’, iaitu
jiwa dan fikiran manusia kosong semasa
dilahirkan, dan dipenuhi dengan pengalaman
kederiaan melalui interaksinya dengan
persekitaran.
Salah satu kaedah penyelidikan yang diaplikasi
oleh mereka ialah “Analisis-kendiri”.
Ia bertujuan untuk memahami ‘jiwa manusia’
dengan lebih dekat lagi.
Daripada kaedah ini, mereka telah mencipta
suatu prinsip, iaitu :Prinsip Perkaitan”.
Prinsip Perkaitan melibatkan kejadian, atau
peristiwa, yang berlaku bersama-sama dengan
pengalaman sensasi dan dikaitkan di dalam jiwa
manusia.
(d) STRUKTURALISME JERMAN

Melibatkan perkaitan antara ilmu fisiologi kepada


ilmu psikologi.
Kajian ini menitik-beratkan kaedah ujikaji, atau
eksperimentasi.
Ia bermula dengan kajian-kajian fisiologi, seperti
kajian terhadap kelajuan isyarat-isyarat saraf
dalam tubuh badan manusiaoleh Hermann von
Helmholtz.
Seterusnya, Gustav Fechner (1860),
mengemukakan teori dan kajian dalam bidang
psikofizik.
Beliau mengaitkan persamaan matematik
dengan kekuatan tenaga sensai manusia
melalui tindak balas yang diberi terhadap
rangsangan fizikal, seperti cahaya, bunyi,
sentuhan dan rasa.
Pada tahun 1879, Wilhem Wundt telah
menubuhkan makmal psikologi yang pertama di
Universiti Leizig.
Dengan penubuhan ini, banyak pakar yang telah
memberi sumbangan penyelidikan dalam bidang
fisiologi untuk diaplikasi kepada bidang psikologi.
Pandangan psikologi struktur – jiwa manusia
ibarat sebuah gedung bagi menyimpan fikiran,
deria serta perasaan yang amat kompleks.
Namun, ia boleh dipecah-pecahkan kepada
komponen-kpmponen ringkas melalui teknik-
teknik ‘kaji diri’.
(e) FUNGSIONALISME AMERIKA

Pergerakan ini bermula seawal abad ke-19 dan


sedikit-sebanyak telah dipengaruhi oleh
strukturalisme Jerman.
Pengkaji-pengkaji juga memegang teguh
kepada konsep ‘Penyesuaian’ (adaptasi).
Asas pendekatan mereka – Teori Evolusi dan
Falsafah Pragmatisme.
Falsafah Pragmatisme diasaskan oleh Charles
Darwin.
Teori ini memfokus kepada pertalian di antara ‘struktur’
dan ‘fungsi’.
Menurut Darwin, manusia adalah organisme yang
terkuat dan perkembangan manusia memang tidak ada
hadnya.
Kajian terhadap mental manusia juga didasari oleh
‘Fungsionalisme’.
Contohnya, skala mengukur tahap kecerdasan manusia
telah diasaskan oleh Alfred Binet dan Henri Simon pada
tahun 1905.
Alat ini, kemudiannya, telah diadaptasi oleh Stanford dan
Binet pada tahun 1916.
TINGKAHLAKU MANUSIA DAN PROSES
MENTALNYA BOLEH DIFAHAMI MELALUI
“SEBAB” DAN “AKIBAT”

1. Variabel atau Pembolehubah


2. Hubungan
3. Kesimpulan Umum
4. Ramalan
5. Hipotesis
6. Teori dan Teorem
1. Variabel atau Pembolehubah
Pembolehubah adalah suatu ciri yang
dapat mengubah dan mempengaruhi ciri
yang lain.
Contoh: Kebimbangan boleh
menyebabkan penyakit darah tinggi.
“Kebimbangan” ialah variabel tak
bersandar manakala “Penyakit darah
tinggi” ialah variabel bersandar.
2. Hubungan
Kajian saintifik digunakan untuk menguji
sama ada wujud hubungan antara dua (2)
variabel yang dikaji atau sebaliknya.
Hubungan ini mungkin berbentuk positif
atau negatif atau tidak wujud hubungan.
Hubungan positif – Wujud hubungan
positif antara kerja dan upah.
Hubungan negatif – Wujud hubungan
negatif antara kenaikan harga petrol
dengan sikap berjimat.
3. Kesimpulan Umum
Kesimpulan terhasil apabila ujikaji yang
dijalankan ke atas variabel-variabel secara
berulang-ulang dapat menghasilkan
jawapan yang sama.
Kebaikan kesimpulan ialah seseorang itu
dapat menjangkakan apa yang akan
terjadi apabila sesuatu fenomena itu
berlaku.
4. Ramalan
Ramalan boleh berlaku dengan adanya
kesimpulan.
5. Hipotesis
Ia adalah pernyataan variabel-variabel
yang akan dikaji.
Ia akan menentukan sama ada wujudnya
hubungan ataupun sebailknya.
6. Teori dan Teorem
Ia melibatkan sebilangan hipotesis yang
disahkan benar, dan dapatan kajian
adalah konsisten.
Teori akan menjadi Teorem jika ia terbukti
benar.
PSIKOLOGI KLINIKAL

– Ia merawat penyakit jiwa, kecelaruan mental


dan tingkah laku tidak normal (abnormal).

– Pakar-pakar psikologi klinikal, lazimnya,


mendiagnosis tingkah laku dan personaliti
manusia melalui inventori-inventori tertentu,
seperti Thermatic Apperception Test (TAT),
California Psychology Inventory (CPI),
Roschach and Bender Gestalt.
PSIKOLOGI KAUNSELING

– Melibatkan sesi kaunseling kepada individu-


individu yang menghadapi masalah jiwa yang
tidak begitu berat (masih waras untuk
berfikir).

– Kaunselor akan bersemuka dengan individu-


individu yang menjadi klien mereka bagi
membantu menyelesaikan masalah harian
(misalnya peribadi, sosial, keluarga,
pasangan, dll.)
PSIKOLOGI PENDIDIKAN

– Merupakan skop psikologi penting di


Malaysia.

– Termasuklah latihan perguruan, ko-


kurikulum, penilaian pelajar dan penyesuaian
pelajar di tempat-tempat pengajian.
PSIKOLOGI EKSPERIMEN

– Melihat perkara-perkara seperti


pembelajaran, motivasi, dan persepsi.

– Tujuannya ialah bagi memperbaiki mutu


kehidupan manusia.
PSIKOLOGI INDUSTRI

– Mengkaji dan menilai tingkah laku manusia di


alam pekerjaan.

– Pengkaji-pengkaji menganalisis punca-punca


produktiviti bermasalah dan keselesaan para
pekerja.
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN

– Psikolgi memberi perhatian serius kepada


perkembangan kanak-kanak.

– Pakar-pakar akan mengikuti perkembangan


fizikal, emosi, mental dan sosial kanak-kanak
hingga ke umur tua.
PSIKOLOGI SOSIAL

– Mengkaji semua aspek tingkah laku manusia


dalam bentuk kelompok.

– Melibatkan hubungan dan interaksi sesama


manusia.
PSIKOLOGI PERSONALITI

– Setiap manusia ada personaliti.

– Oleh kerana psikologi memberi perhatian


berat kepada jiwa manusia, maka ia perlu
meneliti dan memahami personaliti manusia
dengan lebih mendalam.
PSIKOLOGI KUANTITATIF
– Salah satu daripada cara memahami
personaliti manusia.

– Pengkaji melihat dan menilai pelbagai aspek


tingkah laku, sifat, trait, personaliti manusia
dan kecerdikan.

– Ia amat efektif – menggunakan alat-alat


penilaian yang sesuai bagi memahami jiwa
manusia dan tingkah laku mereka.
Ilmu psikologi berpegang kepada objektif-
objektif sains – membekalkan maklumat-
maklumat terbaru dan berguna kepada
masyarakat.
Maklumat ini mestilah boleh diuji
kebenarannya.
Ada beberapa kaedah yang
biasanya diamalkan.
1. Eksperimen
2. Pemerhatian
3. Peninjauan
4. Penilaian
5. Kajian Kes Sejarah
6. Korelasi
7. Fenomenologikal

Vous aimerez peut-être aussi