Vous êtes sur la page 1sur 13

SOROTAN KAJIAN TINDAKAN

SUMBER 1
NAMA SUMBER Interdisciplinary journal of Problem-based Learning

JUDUL
ARTIKEL
Definition and uses: Case study of teachers implementing Project-based
Learning

PENULIS Suha R. Tamim dan Michael M. Grant

JENIS KAJIAN Kajian Kualitatif Kajian Kes

TUJUAN
KAJIAN
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji bagaimana pemahaman
guru mengenai pengajaran berasaskan projek. Ia juga mengkaji mengenai
bagaimana guru boleh memilih untuk menggunakan pengajaran berasaskan
projek dalam sesi pengajaran mereka.

KAEDAH
PENGUMPULAN
DATA
1. Temu bual
Temu bual separa berstruktur secara individu dijalankan bagi setiap
sampel yang dipilih. Ia dilaksanakan dalam masa 20 hingga 45 minit
setiap sampel. Temu bual dijalanakan semasa sesi persekolahan dan
menggunakan soalan kajian yang telah ditetapkan. Temu bual
tersebut dirakam menggunakan program komputer Audacity,
kemudian disimpan di dalam komputer riba dan ditaip semula
menjadi transkripsi menggunakan program komputer MS Word.

2. Pengumpulan dokumen
Rancangan mengajar dan bahan bantu mengajar yang digunakan
oleh guru tersebut dikumpulkan. Antara bahan tersebut adalah
rancangan pengajaran tahunan, rancangan pengajaran harian,
lembaran kerja murid, kad-kad bergambar dan lembaran nota
tambahan.

ANALISIS DATA 1. Triangulation
Dua sumber pengumpulan data digunakan bagi memastikan
triangulasi. Dokumen dan soalan temu bual separa berstruktur.

2. Member checks
Semua transkrip dan profil guru adalah dihantar menggunakan email
kepada guru tersebut untuk semakan dan pembetulan.

3. Peer debriefing
Beberapa sesi maklum balas daripada rakan diadakan dikalangan
ahli fakulti yang membincangkan mengenai kod, kategori dan tema.
Perbincangan adalah berdasarkan peta konsep dan dibentangkan
pada papan putih.

4. Audit trail
Pengkaji membuat catatan mengenai proses pengkodan membuat
kategori dan tema. Setiap kali selepas temu bual dijalankan,
pengkaji akan membuat catatan refleksi mengenai personaliti dan
tingkah laku guru semasa sesi temu bual dijalanakan.

DAPATAN
KAJIAN
Hasil kajian ini, pengkaji mendapati pengajaran berasaskan projek ini dapat
membantu dan memudahkan proses pengajaran. Guru-guru yang dikaji
menyatakan bahawa terdapat peningkatan prestasi pembelajaran dikalangan
murid selepas guru menggunakan kaedah pengajaran berasaskan projek.
Selain itu, pengkaji juga mendapati kebolehan dan kreativiti murid-murid
dan guru juga meningkat melalui kaedah pengajaran berasaskan projek. Ia
juga meningkatkan semangat dan keinginan belajar dikalangan murid.
Akhir sekali, pengkaji mendapati kerjasama dikalangan murid dengan
murid dan kerjasama diantara murid dengan guru juga telah menunjukkan
peningkatan yang memberangsangkan.

ULASAN
SUMBER
Terdapat beberapa dapatan daripada kajian ini yang menyokong kajian
saya, iaitu melalui keputusan hasil kajian penyelidik mengenai peningkatan
tahap kreativiti guru ketika mengajar menggunakan pengajaran berasaskan
projek. Dalam kajian yang hendak saya jalankan, saya bercadang untuk
menggunakan kaedah pengajaran berasaskan projek ini untuk
meningkatkan kemahiran mengajar saya. Selain itu, kajian ini juga
menunjukkan bagaimana perubahan iklim pengajaran guru di dalam kelas
menjadi lebih baik dengan menggunakan kaedah pengajaran berasaskan
projek. Murid menunjukkan minat terhadap pengajaran guru. Ini
menyokong kajian saya yang ingin meningkatkan kaedah pengajaran saya
agar tidak membosankan murid dan menarik minat mereka.

















SUMBER 2
NAMA SUMBER Jurnal penyelidikan pendidikan IPTAR 2008

JUDUL
ARTIKEL
Pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek: Satu kajian kes teaching
school, IPTAR

PENULIS John Brodi

JENIS KAJIAN Kajian Kuantitatif Kajian Kes

TUJUAN
KAJIAN
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji bagaimana keperluan
perancangan, pengurusan, dan kesesuaian pelaksanaan pengajaran
berasaskan projek boleh dilaksanakan di sekolah rendah. Ia juga bertujuan
untuk mengenalpasti sumbangan pengajaran berasaskan projek dalam
kaedah pengajaran dan pembelajaran serta mengenalpasti peningkatan
keyakinan dan motivasi diri murid melalui kaedah pengajaran ini.

KAEDAH
PENGUMPULAN
DATA
1. Soal selidik
Borang soal selidik diberikan kepada peserta program teaching
school IPTAR yang dijalankan di SK Dato Traoh Kota Samarahan.
Peserta adalah terdiri daripada pensyarah, guru dan juga murid.

2. Pemerhatian
Dilaksanakan secara tidak langsung semasa program dijalankan dan
ketika responden sedang mengisi borang soal selidik yang
disediakan. Pemerhatian meliputi kelancaran program, perubahan
tingkah laku responden dan maklum balas daripada responden
selepas program.

ANALISIS DATA 1. Program komputer SPSS
Data daripada borang soal selidik akan dianalisis menggunakan
progra komputer yang dinamakan SPSS. Ia bertujuan untuk menilai
kekerapan dan kecenderungan dapatan daripada soal selidik.
Analisis min dan peratusan juga dijalankan bagi menentukan pola
maklumbalas responden.

2. Laporan
Dapatan daripada hasil pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik
adalah ditaip dalam bentuk laporan menggunakan program
komputer MS Word.

DAPATAN
KAJIAN
Hasil kajian ini, pengkaji mendapati dari segi perancangan, pengurusan dan
kesesuaian pelaksanaan pengajaran berasaskan projek adalah agak
mencabar dan memerlukan komitmen yang tinggi daripada guru. Ini kerana
ia memerlukan masa dan kos untuk dirancang dan dilaksanakan di dalam
kelas. Dari segi faedah dan sumbangan kepada pengajaran dan
pembelajaran pula, kaedah pengajaran berasaskan projek ini memberikan
impak yang positif kerana dapat meningkatkan mutu pengajaran guru dan
prestasi pembelajaran murid. Dari segi peranan kaedah pengajaran
berasaskan projek dalam meningkatkan keyakinan dan motivasi murid pula,
adalah didapati bahawa terdapat peningkatan yang memberangsangkan.
ULASAN
SUMBER
Terdapat beberapa dapatan daripada kajian ini yang menyokong kajian
saya, iaitu melalui keputusan hasil kajian penyelidik mengenai peningkatan
mutu pengajaran guru menggunakan pengajaran berasaskan projek. Dalam
kajian saya, peningkatan mutu pengajaran saya merupakan aspek utama
yang hendak dicapai. Selain itu, kajian ini juga menunjukkan bagaimana
peningkatan keyakinan dan motivasi murid untuk belajar daripada guru
yang menggunakan kaedah pengajaran berasaskan projek. Murid
menunjukkan minat terhadap pengajaran guru. Ini menyokong kajian saya
untuk meningkatkan kaedah pengajaran saya agar tidak membosankan
murid dan menarik minat mereka.




SUMBER 3
NAMA SUMBER Jurnal penyelidikan pendidikan IPTAR 2008

JUDUL
ARTIKEL
Kesan pendekatan pembelajaran berasaskan projek berteraskan teknologi
terhadap pencapaian dan penerimaan pelajar

PENULIS Mohd Azli Bin Yeop dan Abdul Latif Haji Gapor

JENIS KAJIAN Kajian Kuantitatif kuasi eksperimen

TUJUAN
KAJIAN
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji kesan pendekatan
pembelajaran berasaskan projek berbanding pendekatan konvensional
didalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga mengkaji mengenai
kesan pengajaran berasaskan projek terhadap pencapaian pelajar mengikut
jantina dan mengenalpasti tahap penerimaan pelajar terhadap kaedah
pengajaran berasaskan projek didalam pengajaran dan pembelajaran.

KAEDAH
PENGUMPULAN
DATA
1. Soal selidik
Borang soal selidik diberikan kepada responden yang sedia ada dan
buka secara rawak. Ia bertujuan untuk mengumpul data awal
mengenai kajian yang hendak dilaksanakan.

2. Ujian
Selepas sesi pengajaran mengunakan kaedah projek dijalankan,
ujian diberikan kepada pelajar untuk menilai tahap penguasaan
pembelajaran mereka. Ia juga menguji tahap penerimaan murid
terhadap penggunaan kaedah pengajaran berasaskan projek.

ANALISIS DATA 1. Ujian-T sampel bebas

2. Ujian-T sampel berpasangan

3. Ujian-T satu sampel
4. Perbandingan peratusan.

DAPATAN
KAJIAN
Hasil kajian ini, pengkaji mendapati proses pengajaran dan pembelajaran
berasaskan projek memberi kesan positif kepada pencapaian pelajar. Hasil
perbandingan dengan responden yang menggunakan kaedah pengajaran
konvesional menunjukkan kaedah pengajaran berasaskan projek jauh lebih
baik dari segi meningkatkan tahap penguasaan pelajar dan keinginan untuk
belajar.
ULASAN
SUMBER
Terdapat beberapa dapatan daripada kajian ini yang menyokong kajian
saya, iaitu melalui keputusan hasil kajian penyelidik mengenai kesan positif
yang ditunjukkan melalui analisis data yang menjelaskan mengenai
peningkatan tahap penguasaan murid selepas belajar menggunakan kaedah
pengajaran berasaskan projek. Dapatan ini menyokong kajian saya untuk
mencapai objektif dalam menambahbaik tahap pengajaran saya
menggunakan kaedah pengajaran berasaskan projek. Dapatan kajian ini
juga menunjukkan bagaimana jurang perbezaan yang besar antara
pengajaran konvensional dan pengajaran berasaskan projek dalam
membantu murid menguasai kemahiran yang diajar. Ini menyokong kajian
saya untuk menambahbaik pengajaran saya yang selalu menggunakan
kaedah konvesional dan membosankan murid.









SUMBER 4
NAMA SUMBER Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012

JUDUL
ARTIKEL
Pengunaan kaedah pembelajaran berasaskan projek untuk membantu murid
tahun empat memahami tajuk cara tumbuhan membiak.

PENULIS Pau Chai Hung

JENIS KAJIAN Kajian Kualitatif

TUJUAN
KAJIAN
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman murid-
murid tahun empat memahami tajuk cara tumbuhan membiak melalui
kaedah pembelajaran berasaskan projek. Selain itu, kajian ini juga bertujuan
untuk membantu murid memahami tajuk cara tumbuhan membiak melalui
kaedah pembelajaran berasaskan projek.

KAEDAH
PENGUMPULAN
DATA
1. Soal selidik
Borang soal selidik dibentuk mengikut objektif kajian, semua murid
diberikan soalan yang sama. Dijalankan sebanyak dua kali iaitu
sebelum dan selepas kajian dijalankan.

2. Ujian pra dan pos
Ujian mengandungi enam soalan objektif dan empat soalan
subjektif. Ujian diberikan dua kali iaitu sebelum kajian untuk
mengumpul data awal dan selepas kajian untuk mendapatkan
maklumat keberkesanan kajian.

3. Pemerhatian
Dijalankan secara terus atau langsung. Melalui penglihatan atau
catatan yang dilakukan. Lebih berfokus kepada perubahan tingkah
laku atau sikap.


ANALISIS DATA 1. Analisis deskriptif
Untuk menganalisis keputusan ujian pra dan ujian pos yang
dijalankan. Keputusan dicatat dalam bentuk peratus. Keputusan
analisis akan ditaip dalam program komputer MS Excel dan
dipersembahkan dalam bentuk graf.

2. Triangulasi kaedah
Untuk mengumpul maklumat menggunakan kaedah yang berlainan
tetapi daripada murid-murid yang sama.

3. Triangulasi masa
Melibatkan tempoh untuk menyiapkan buku skrap iaitu dalam
tempoh empat minggu.

4. Triangulasi penyelidik
Semakan melalui rakan sebaya untuk memastikan keputusan yang
diperolehi adalah adil dan tidak bias. Ia juga bertujuan untuk
memastikan kesahan data yang dianalisa.

DAPATAN
KAJIAN
Hasil kajian ini, pengkaji mendapati proses pengajaran dan pembelajaran
berasaskan projek telah mengubah teknik pengajarannya yang sering
berpusatkan guru sebagai sumber rujukan yang utama. Tetapi kaedah
pengajaran yang digunakan kini adalah berpusatkan murid. Ini bermakna
murid akan lebih berkeyakinan dan mampu berusaha sendiri untuk
membentuk pengetahuan dan pengalaman sendiri. Kaedah pengajaran
berasaskan projek ini juga dapat meningkatkan pemahaman murid terhadap
tajuk cara tumbuhan membiak.

ULASAN
SUMBER
Terdapat beberapa dapatan daripada kajian ini yang menyokong kajian
saya, iaitu melalui keputusan hasil kajian penyelidik mengenai peningkatan
pemahaman murid mengenai tajuk yang ingin disampaikan melalui kaedah
pengajaran berasaskan projek. Ini menyokong kajian saya yang menyatakan
bahawa penggunaan kaedah pengajaran berasaskan projek ini dapat
menambahbaik kaedah pengajaran saya. Selain itu, menggunakan kaedah
pengajaran berasaskan projek ini juga dapat menggalakkan murid untuk
membina pengalaman dan pengetahuan sendiri yang berkaitan dengan
sains. Ini menyokong kajian saya untuk menambahbaik pengajaran saya
agar mudah akan lebih berdikari dan tidak bergantung kepada saya semata-
mata.



















SUMBER 5
NAMA SUMBER CREAM Current Research in Malaysia vol.2.

JUDUL
ARTIKEL
Pembelajaran berasaskan projek: Takrifan, teori dan perbandingannya
dengan pembelajaran berasaskan masalah.

PENULIS Nitce Isa Medina Machmudi dan Mai Shihah Hj Abdullah

JENIS KAJIAN Kajian Kualitatif

TUJUAN
KAJIAN
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menilai keberkesanan pembelajaran
berasaskan projek berbanding pembelajaran berasaskan masalah.
Perbandingan ini bagi menentukan bahawa pembelajaran berasaskan projek
adalah lebih baik berbanding pembelajaran berasaskan masalah. Kajian ini
juga menilai tahap penerimaan pelajar terhadap kedua-dua kaedah ini.

KAEDAH
PENGUMPULAN
DATA
1. Temu bual
Soalan temu bual adalah ditetapkan dan berbeza bagi guru dan
murid. Ia direkod menggunakan alat perakam dan disimpan dalam
bentuk audio di dalam komputer.

2. Ujian pra dan pos
Ujian dijalankan sebelum dan selepas kajian. Bentuk ujian yang
dijalankan adalah sama untuk semua murid. Dapatan awal melalui
ujian ini dicatat dalam buku laporan dan ditaip dalam komputer.

ANALISIS DATA 1. Analisis deskriptif
Umtuk menganalisis keputusan ujian pra dan ujian pos yang
dijalankan. Keputusan dicatat dalam bentuk laporan bertaip.
Kemudian dicetak dan disimpadn di dalam komputer.

2. Triangulasi kaedah
Jawapan bagi setiap temubua yang dijalankan adalah dirakam di
dalam alat perakam dan kemudian data dianalisis menggunakan
deskripsi pada MS Word. Deskripsi tersebut kemudiannya dicetak
dan disimpan sebagai laporan.

DAPATAN
KAJIAN
Hasil kajian ini, pengkaji mendapati proses pengajaran dan pembelajaran
berasaskan projek adalah lebih baik berbanding pembelajaran berasaskan
masalah. Peningkatan sebanyak 25 peratus tahap pemahaman murid
berbanding menggunakan kaedah pengajaran berasaskan masalah.

ULASAN
SUMBER
Terdapat beberapa dapatan daripada kajian ini yang menyokong kajian
saya, iaitu melalui keputusan hasil kajian penyelidik mengenai kelebihan
yang positif menggunakan kaedah pengajaran berasaskan projek. Ini
menyokong cadangan kajian saya yang menyatakan kaedah pengajaran saya
boleh ditambah baik dengan menggunakan kaedah pengajaran berasaskan
projek. Hasil dapatan juga menunjukkan berubahan sikap murid yang lebih
aktif berbanding menggunakan kaedah pengajaran berasaskan masalah. Ini
menyokong kajian saya yang menjelaskan mengenai kaedah pengajaran
saya sebelum ini adalah tidak sesuai kerana murid tidak terlibat secara aktif
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran jika dibandingkan dengan kaedah
pengajaran berasaskan projek.









RUJUKAN SUMBER
Suha R. T.& Michael M. G. 2013. Definition and uses: Case study of teachers implementing
Project-based Learning.Dimuat turun pada 25 Ogos 2014.
John B. 2008. Pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek: Satu kajian kes teaching school,
IPTAR.
Mohd Azli. Y. & Abdul Latif G. 2008. Kesan pendekatan pembelajaran berasaskan projek
berteraskan teknologi terhadap pencapaian dan penerimaan pelajar.
Pau C. H. 2012. Pengunaan kaedah pembelajaran berasaskan projek untuk membantu murid
tahun empat memahami tajuk cara tumbuhan membiak.
Nitce Isa M. M. & Mai Shihah A. 2013. Pembelajaran berasaskan projek: Takrifan, teori dan
perbandingannya dengan pembelajaran berasaskan masalah.

Vous aimerez peut-être aussi