Vous êtes sur la page 1sur 18

PENYERTAAN AWAM: KEJAYAAN DAN KEGAGALANNYA

DALAM PERANCANGAN PEMBANGUNAN


Hj. Hassan bin Yaakob
ABSTRACT
In Malaysia, public participation is not just an alternative for better planning, but is a
requirement as stated in the planning law. Town and Country Planning Act 1976 (Act 172)
and the amendments require public participation in the process of preparing development
plans (structure plans, local plans and special area plans) in Peninsular Malaysia (except
Kuala Lumpur). In Kuala Lumpur, it is stated in the Federal Territory (Planning) Act 1982
(Act 267). Development plan as the name suggests, guides the location of development
with criteria based policies. The public has the right to know and participate in making
decisions, particularly in those which potentially affect the communities in which they live
and work. In Malaysia, the public are informed of development plans in a variety of ways
such as exhibitions, websites, media, 3D publicity, briefing sessions and so forth, undertaken
by the Town and Country Planning Department and Local Authorities. However, the general
public as stakeholders are not using their full rights to participate in the preparation of
development plans by giving their views and recommendations.
PENGENALAN
Jabatan Penerangan Malaysia (2009) menyatakan Konsep 1Malaysia "Rakyat
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" lebih menjurus kepada satu konsep
dalam bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpin-pemimpin Kerajaan
menjalankan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab
demi kepentingan rakyat. Konsep Penyertaan Awam' yang termaktub dalam
Subseksyen 9(1)(2), Seksyen 12A dan 13 dan Subseksyen 16B(3), Akta
Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) iaitu berhubung dengan proses
penyediaan Rancangan Pemajuan adalah selari dengan Konsep 1Malaysia
iaitu "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Akta tersebut telah
memperuntukkan orang awam untuk melibatkan diri dalam penyediaan
rancangan pemajuan (Rancangan Struktur-RS, Rancangan Tempatan-RT dan
Rancangan Kawasan Khas-RKK) bagi kawasannya.
Selanjutnya Akta 172 menetapkan bahawa penyediaan RS, RT dan RKK
mestilah melalui proses publisiti (penyertaan awam) sebelum rancangan-
rancangan tersebut diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa
Tempatan. Walaupun akta telah memberi peluang dan hak kepada orang
awam untuk mengetahui rancangan yang akan dijalankan di kawasan mereka
serta memberi peluang kepada mereka untuk membuat bantahan, namun
terdapat beberapa masalah, kritikan dan dilema terhadap penyertaan awam
dalam rancangan-rancangan kerajaan yang menyebabkan pelaksanaannya
tidak mencapai kejayaan yang sepenuhnya. Orang awam sebagai stakeholder
tidak menggunakan hak-hak mereka sepenuhnya untuk memberi pandangan
dan saranan dalam penyediaan rancangan pemajuan.
1
Penyertaan Awam merupakan satu proses yang penting dalam perancangan agensi kerajaan bagi
memastikan rancangan pemajuan dapat memenuhi hasrat dan pandangan masyarakat umum.
Jurnal Pengurusan Awam / 2012
67
Bahagian Rancangan Pembangunan, Jabatan Pembangunan Bandar dan Desa
Semenanjung Malaysia - JPBDSM (2004) menyatakan bahawa walaupun
pendekatan sedia ada memenuhi keperluan Akta 172 serta disokong
dengan pelbagai aktiviti, namun sehingga kini hasrat sebenar tidak
tercapai sepenuhnya kerana masih kurang mendapat sambutan daripada
orang awam. Hasil kajian terhadap publisiti yang telah dijalankan oleh
Jabatan Pembangunan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia pada tahun
2001 mendapati 1% hingga 12% daripada penduduk dalam kawasan kajian
mengunjungi pameran Draf Rancangan Tempatan, manakala 1% hingga 8%
pula mengunjungi pameran Draf Rancangan Struktur.
Persoalan yang harus diberi perhatian adalah: Apakah punca dan sebab
berlakunya kurang sambutan tersebut? Adakah mesej tidak sampai kepada orang
awam? Adakah orang awam tidak memahami tentang rancangan pemajuan?
Adakah publisiti yang dilaksanakan kurang berkesan dari segi pendekatan
dan mekanismenya? Adakah tempoh masa publisiti yang disediakan terlalu
singkat untuk orang awam mengkaji dan meneliti rancangan pemajuan yang
disediakan? Inilah persoalan-persoalan yang akan menentukan sama ada
berjaya atau sebaliknya penyertaan awam di dalam penyediaan rancangan
pemajuan. Sehubungan itu, artikel ini disediakan untuk mengkaji kejayaan
dan kegagalan Penyertaan Awam dalam perancangan pembangunan yang
disediakan mengikut peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa
1976, Akta 172 serta menyediakan cadangan-cadangan penambahbaikan
terhadapnya.
PENYERTAAN AWAM
Definisi Penyertaan Awam
Bahagian Rancangan Pembangunan, Jabatan Pembangunan Bandar dan
Desa Semenanjung Malaysia (2004) menyatakan bahawa penyertaan awam
merupakan penglibatan orang awam datam membantu Pihak Berkuasa
Perancangan Tempatan (PBPT) mengenal pasti masalah-masalah dan peluang-
peluang masa kini dan akan datang dalam kawasannya serta memeriksa dan
memahami kandungan rancangan pemajuan dan seterusnya mengemukakan
rayuan, cadangan atau pandangan mereka. Penyertaan awam merupakan
satu proses yang penting dalam perancangan bagi memastikan rancangan
pemajuan dapat memenuhi hasrat dan pandangan masyarakat umum.
Menurut Norton (2007), asas tumpuan penyertaan awam adalah: (i) penilaian
mekanisme khusus untuk mengendalikan agensi-agensi (contohnya seperti Biro
Pengurusan Tanah) digunakan untuk memaklumkan dan mengesahkan pihak
berkuasa yang membuat keputusan, dan (ii) menilai pengaruh keputusan
stakeholder dalam agensi-agensi pembuat keputusan.
Norwood (2008) pula menyatakan bahawa perjumpaan awam (public meeting)
adalah bentuk penyertaan awam untuk perbincangan projek pembangunan
dan perancangan komprehensif. lanya boleh ditakrifkan sebagai pertemuan
tidak terhad di antara tiga atau lebih ramai orang untuk tujuan yang
68
merangkumi penyediaan maklumat, membincangkan isu-isu, memperolehi
maklumat, meninjau projek-projek, menilai pilihan, mengemukakan cadangan,
dan membuat keputusan. Penggunaan perkataan perjumpaan awam (public
meeting) adalah untuk mewakiti tatacara pelbagai bentuk penyertaan awam
dalam hat-hal yang berkaitan dengan masyarakat umum.
Falsafah Penyertaan Awam
Idea penyertaan awam adalah bermanifestasikan sistem demokrasi dalam
proses perancangan dengan hasrat supaya keputusan perancangan yang
dilakukan dapat memelihara hak individu dan kepentingan awam. Martin
(2007) menyatakan bahawa: (i) penyertaan awam dipandang sebagai aspek
penting oleh kerajaan yang mengamalkan demokrasi, (ii) penyertaan awam
adalah satu cara membuat keputusan untuk memperbaiki kuatiti persekitaran,
dan (iii) penyertaan awam dapat memupuk legitimasi sosial dengan membina
kepercayaan atau "sense of ownership" dalam proses membuat keputusan,
dan mengurangkan konflik di antara stakeholder.
Alterman (1982) dalam Bahagian Rancangan Pembangunan, JPBD Semenanjung
Malaysia (2004) menyatakan bahawa penyertaan awam adalah untuk: (i)
mempertingkatkan nilai demokratik, (ii) mencapai perancangan yang lebih
baik dalam memenuhi keperluan pelbagai sektor kumpulan masyarakat,
(iii) memberi pendidikan kepada orang ramai supaya dapat memahami dan
menghormati matlamat yang cuba dicapai menerusi proses perancangan,
(iv) membolehkan perubahan sosial atau personal, (v) mendapat sokongan
dan pengesahan terhadap penyertaan penduduk dalam mengemukakan
bantahan atau pandangan semasa pelaksanaan rancangan pembangunan,
dan (vi) menggalakkan perubahan politik.
Prinsip 22 dalam Local Agenda 21 (LA21) Rio de Janeiro, 1992, menghendaki
satu komuniti masyarakat iaitu rakyat dan pemerintah untuk bersama-
sama memainkan peranan penting dalam pengurusan alam sekitar dan
pembangunan. Kerajaan hendaklah mengiktiraf dengan cara yang sesuai
bagi membolehkan penglibatan berkesan pelbagai pihak dalam mencapai
pembangunan mampan2. Justeru, di peringkat tempatan iaitu Pihak Berkuasa
Tempatan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kumpulan berkepentingan dan
rakyat berperanan dalam mengimbangi pembangunan infrastruktur, manusia
dan alam sekitar. Pendekatan asas LA21 ini ialah pendekatan bottom-up
iaitu dari akar umbi ke atas. Ini bermakna penduduk tempatan sendiri
akan terlibat dalam menentukan pelan tindakan masing-masing. Sebagai
contoh, penduduk tempatan terlibat secara langsung dalam perbincangan,
bengkel atau aktiviti berkaitan dengan isu-isu tempatan.
Pembangunan mampan ialah pembangunan yang membolehkan generasi semasa memenuhi
keperluannya tanpa mengkompromikan kemampuan generasi mendatang memenuhi keperluan
mereka.
Jurnal Pengurusan Awam / 2012 69
rr i lagaan ihimal labean
Local Agenda 21
Sektor Swasta
rkuasa
Industri Et Pe
Dewan / Majlis
Bandaraya
Majlis Perbandaran
Majlis Daerah
Jab-Jab. Kerajaan
Masyarakat
Lain Yang Berkenaan
Orang Awam
Pengguna
NGO
CBO
Persatuan Penduduk
Profesional
Media Massa
Wakil Masyarakat Lain
Pembangunan Mampan metatui penyertaan
Rajah 1: Konsep Local Agenda 21
Konsep Penyertaan Awam
Terdapat pandangan yang berbeza berhubung dengan konsep penyertaan
awam. Ada yang menganggap penyertaan awam merupakan perkara prinsip
dan ada pula yang menyatakan penyertaan awam adalah sebagai amalan.
Walau bagaimanapun sebilangan besar sarjana bersetuju dengan tafsiran
penyertaan awam yang bermaksud informasi: hanya memberitahu orang-
ramai tentang apa yang dirancangkan; perundingan: menawarkan pitihan
dan mendengar maklum balas; keputusan bersama: menggalakkan pilihan
dan idea lain, dan memberi laluan atau peluang untuk membuat keputusan
bersama; bertindak bersama: memutuskan bersama tentang apa yang harus
dilakukan dan membentuk perkongsian untuk melaksanakan keputusan; atau
menyokong kepentingan masyarakat secara bebas: menyokong kumpulan-
kumpulan atau pertubuhan tempatan untuk mengembangkan agenda mereka
sendiri mengikut garis panduan yang ditetapkan.
Apakah Peranan Awam Dalam Penyediaan Rancangan Pemajuan?
Orang awam boleh menyumbang pendapat konstruktif sebagai input dalam
perancangan bandar dalam proses penyediaan rancangan pemajuan melalui
penyertaan awam pada peringkat publisiti. Pengarah Negeri hendaklah
memastikan bahawa publisiti diberikan dalam Negeri semasa penyediaan draf
RS bagi kawasannya dan mengambil langkah-langkah berikut: (i) memberi
maklum kepada orang awam bahawa mereka adalah berhak dan berpeluang
untuk membuat representasi kepada Pengarah Negeri berkenaan dengan
perkara-perkara yang dicadangkannya dalam rancangan pemajuan itu, (ii)
menimbangkan tiap-tiap representasi yang dibuat kepadanya dalam tempoh
yang ditetapkan, (iii) menyiarkan, sekurang-kurangnya dalam tiga keluaran
70
dua akhbar tempatan, suatu notis menyatakan bahawa salinan rancangan itu
boleh didapati untuk diperiksa di pejabat Pengarah Negeri dan di tempat
lain yang ditentukannya, dan (iv) menyediakan salinan rancangan itu untuk
diperiksa di tempat yang dinyatakan dalam notis itu, dan setiap salinan
hendaklah disertakan dengan suatu pernyataan mengenai masa, sebagaimana
yang dinyatakan dalam notis itu, yang bantahan terhadap rancangan itu
boleh dibuat kepada Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN).
Seksyen 12A, Akta 172 menyatakan bahawa PBPT hendaklah mengadakan
publisiti mengenai draf RT yang disediakan. Orang awam mesti diberi peluang
untuk membuat representasi kepada PBPT berkenaan dengannya. Manakala
Seksyen 13, Akta 172 memperuntukkan PBPT menyediakan salinan draf
RT untuk diperiksa di pejabatnya dan di tempat lain yang ditentukannya.
PBPT hendaklah menyiarkan sekurang-kurangnya dalam tiga keluaran di
dua akhbar tempatan, satu daripadanya dalam bahasa kebangsaan, suatu
notis yang menyatakan tarikh salinan draf RT itu akan mula tersedia untuk
diperiksa, tempat di mana is akan tersedia untuk diperiksa dalam tempoh
tidak kurang daripada empat minggu dari tarikh salinan draf RT itu mula
tersedia untuk diperiksa. Subseksyen 13(3) memperuntukkan masa yang
dinyatakan dalam notis di bawah subseksyen (2) bagi membuat bantahan
terhadap atau representasi berkenaan dengan draf RT boleh dilanjutkan
sekali oleh PBPT selama tidak lebih daripada empat minggu atas permohonan
mana-mana orang.
Peranan awam dalam penyediaan RKK adalah sama proses publisitinya
sepertimana penyediaan RT. Manakala peranan awam di peringkat permohonan
kebenaran merancang hanya terlibat bagi kawasan-kawasan yang tidak
mempunyai RT.
Mengapa Peranan Awam Penting?
Pihak awam adalah pihak yang terlibat secara langsung terhadap pembangunan
yang dijalankan. Sebarang pembangunan akan dialami atau dirasai oleh pihak
awam sebagai penduduk tempatan. Pihak awam berperanan penting dalam
semua peringkat perancangan sama ada sebelum, semasa atau selepasnya.
Justeru, pihak agensi pelaksana seperti jabatan awam memerlukan maklum
balas atau respons daripada pihak awam pada peringkat awal agar perancangan
yang dijalankan tidak terkeluar daripada matlamat merancang untuk rakyat.
Ini adalah selaras dengan konsep Hubungan MANUSIA Dengan MANUSIA; dan
peranan awam dapat membantu pihak pelaksana bagi membuat perancangan
dengan lebih berkesan. Ini adalah kerana pihak awam merupakan penduduk
tempatan yang tinggal dalam kawasan perancangan dan mereka lebih
mengetahui apa sebenarnya yang diperlukan.
Jurnal Pengurusan Awam / 2012 71
Bagaimana Anda Boleh Memberi Cadangan dan Bantahan Awam?
Cadangan dan bantahan awam boleh dibuat seperti berikut: (i) memeriksa
dan menyemak laporan Draf RS atau Draf RT atau Draf RKK di tempat-
tempat berikut iaitu Pejabat Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran, Majlis
Daerah, Majlis Bandaran, Lembaga Bandaran, Majlis Tempatan, Lembaga
Luar Bandar, Pejabat Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri, atau
tempat-tempat pameran Draf RS atau Draf RT atau Draf RKK yang ditetapkan
oleh PBPT; (ii) mengisi cadangan dan bantahan di dalam borang manual
yang disediakan, atau mengemukakan borang bantahan secara digital atau
on-line dalam laman web Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri,
atau menghantar cadangan atau bantahan melalui e-mel kepada Jabatan
Perancangan Bandar dan Desa Negeri; (iii) menghadiri majlis publisiti dan
bantahan awam bagi menyampaikan cadangan dan bantahan.
PERINGKAT-PERINGKAT PUBLISITI UNTUK PENYERTAAN AWAM
Dalam keseluruhan konteks proses penyediaan rancangan pemajuan,
penglibatan awam akan dilaksanakan dalam peringkat publisiti. Keperluan
publisiti telah diperuntukan dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976
(Akta 172) iaitu;
(a) Seksyen 9(1): Publisiti peringkat penyediaan Draf Rancangan
Struktur
Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri hendaklah memastikan
bahawa publisiti diberikan dalam Negeri semasa penyediaan draf rancangan
struktur.
(b) Seksyen 12A: Peringkat Publisiti Awal sebelum penyediaan Draf
Rancangan Tempatan
Sebetum memulakan penyediaan sesuatu rancangan tempatan, pihak berkuasa
perancang tempatan hendaklah mengadakan publisiti awal dalam kawasannya
mengenai draf rancangan tempatan yang akan disediakan.
(c) Seksyen 13: Peringkat Publisiti berkaitan dengan Draf Rancangan
Tempatan
Draf rancangan tempatan yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Perancang
Tempatan (PBPT) perlu diberi publisiti selama sekurang-kurangnya empat
(4) minggu sebelum diterima pakai.
(d) Seksyen 168(3): Peringkat penyediaan Rancangan Kawasan Khas
(RKK)
Publisiti rancangan kawasan khas perlu dilaksanakan sebagaimana penyediaan
rancangan tempatan iaitu publisiti awal (sebelum penyediaan draf RKK)
dan publisiti draf RKK.
72
(e) Seksyen 21(6)(7): Peringkat permohonan untuk Kebenaran Merancang
Jika pemajuan yang dicadangkan itu bertempat di sesuatu kawasan yang
tidak ada rancangan tempatan, maka setelah menerima permohonan untuk
kebenaran merancang, PBPT hendaklah, melalui notis secara bertulis yang
disampaikan kepada pemunya tanah berjiran, memberitahu mereka akan
hak mereka untuk membantah permohonan tersebut.
KEJAYAAN DAN KEGAGALAN PENYERTAAN AWAM
Kejayaan Penyertaan Awam
JPBD Semenanjung Malaysia telah berjaya menyediakan satu garis panduan
Publisiti dan Penyertaan Awam (Rancangan Pemajuan). Garis panduan
tersebut menjelaskan dengan terperinci dan tersusun bagaimana hendak
menjalankan publisiti iaitu dengan melaksanakan pemberitahuan awam dan
penyertaan awam. Penyertaan awam di Malaysia telah berjaya memberi
pemakluman kepada orang awam tentang rancangan pemajuan di kawasan
masing-masing. Terdapat pelbagai pendekatan dan cara yang telah dilakukan
oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri (JPBD Negeri) dan PBPT
dengan kerjasama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung
Malaysia (JPBDSM) dalam melaksanakan publisiti bagi melibatkan penyertaan
awam dalam sesuatu rancangan pemajuan. Pendekatan dan cara tersebut
adalah seperti berikut:
(a) 3D Publisiti
Layari Laman Web 3D Publisiti JPBD iaitu http://3d.townplan.gov.my/3d/
(Rujuk LAMPIRAN A)
(b) Borang Bantahan Online
Layari laman web http://firdausnet.townplan.gov.my/bantahan/index.
php (Rujuk LAMPIRAN B)
(c) Web GIS
Majlis Daerah Kuala Muda telah menyediakan web GIS dalam usaha publisiti
rancangan pemajuan untuk menarik penyertaan awam. Layari web http://
onemapserver.com/mapguide/RTDKualaMuda/pengenalan/pengenalan.
html (Rujuk LAMPIRAN C)
(d) Penggunaan Media
Penggunaan media meliputi persembahan multimedia, risalah, poster, notis
akhbar, e-mel dan hebahan di media cetak dan media elektronik.
(e) Pameran
Mengadakan pameran rancangan pemajuan di lokasi-lokasi yang strategik
seperti di pusat membeli-belah, dewan orang-ramai, di perkarangan pejabat
dan lain-lain.
Jurnal Pengurusan Awam / 2012
73
Kegagalan Penyertaan Awam
Robi (2008) menyatakan terdapat beberapa isu berhubung dengan publisiti
yang menyebabkan kegagalan penyertaan awam iaitu: (i) penyertaan awam
yang kurang menggalakkan, (ii) kos publisiti yang tinggi - kadar penglibatan
penduduk yang rendah, dan (iii) kadar penglibatan kaum bumiputera yang
rendah. lni kerana sebahagian besar masyarakat awam mempunyai tahap
pengetahuan yang rendah tentang penyertaan awam dalam proses perancangan
pembangunan memandangkan pengetahuan tentangnya hanya tertumpu
kepada pihak pemaju, NGO dan sebahagian agensi kerajaan sahaja. Selain
itu, kurangnya kesedaran di kalangan orang awam tentang hak-hak mereka
dalam rancangan pemajuan yang akan dilakukan oleh agensi-agensi kerajaan
juga amat ketara. Keadaan ini juga berlaku disebabkan oleh kebanyakan
orang awam tidak memahami dengan terperinci tentang rancangan pemajuan
yang disediakan. Kebanyakan penduduk atau orang awam akan menyedari
hak mereka untuk membantah atau memberi pandangan sekiranya terdapat
pembangunan projek di kawasan yang berjiran dengan penempatan mereka
atau kawasan yang mempunyai kepentingan kepada penduduk.
Program-program publisiti rancangan pemajuan yang dilaksanakan oleh PBPT
tidak cukup berkesan untuk menarik, mendorong dan menggalak penyertaan
awam. Modus operandinya adalah lebih kurang sama di antara satu PBPT
dengan PBPT yang lain seperti pemberitahuan dalam akhbar, pameran,
perasmian, poster, flyer, kain rentang dan radio (biasanya tidak lebih
daripada 3 kali siaran kerana tertakluk kepada peruntukan). Pemberitahuan
melalui akhbar hanya sekadar untuk memenuhi keperluan akta sahaja.
Penduduk luar bandar juga tidak memahami apa itu rancangan pemajuan
dan mereka juga tidak memahami apakah signifikannya mereka membuat
bantahan. lni adalah kerana mesej sebenar apa dan kenapa rancangan
pemajuan disediakan tidak sampai kepada penduduk luar bandar dan
sekiranya mesej tersebut sampai kepada mereka, sudah pasti mereka akan
memahaminya. Penyampaian mesej publisiti oleh PBPT terlalu teknikal
dan menakutkan atau tidak menarik minat masyarakat awam luar bandar
terutama di kalangan bumiputera.
Berdasarkan kepada kenyataan-kenyataan di atas, tahap kegagalan atau
kejayaan penyertaan awam boleh diukur dan dikenal pasti melalui kehadiran
ke pameran dan jumlah bantahan yang diterima. Untuk tujuan tugasan ini,
contoh yang diambil adalah daripada Bahagian Rancangan Pembangunan,
Pejabat Projek Alor Setar (PPAS), JPBD Semenanjung Malaysia iaitu publisiti
dan penyertaan awam bagi Draf Rancangan Struktur Negeri Kedah 2002-2020
yang dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Kedah Darul Aman. Pemeriksaan
laporan dibuka kepada orang awam untuk mengemukakan sebarang bantahan
sepanjang tempoh 1 bulan bermula dari 1 Disember 2005 hingga 31 Disember
2005 di 12 lokasi yang berlainan di seluruh negeri Kedah.
74
Jadual 1: Publisiti Rancangan Struktur Negeri Kedah
Negeri Kajian
Peringkat
Publisiti
Tarikh
Publisiti
Tempat
Kedah Rancangan Laporan 15 April 2004 - 16 Lokasi Pameran
Struktur Pemeriksaan 14 Mei 2004
1. JPBD,Kedah, Alor Setar
Negeri
Kedah
2. Kompleks MBAS, Alor Setar
3. SP Plaza, Sg. Petani
4. Pejabat Daerah Kulim
5. Majlis Daerah Baling
6. Majlis Daerah Kubang Pasu
7. Arked Mara Guar Cempedak, Yan
8. Majlis Daerah Sik
9. Wisma Sri Pendang, Pendang
10. Stesen Bas, Pekan Kuala Nerang,
Padang Terap
11. Jetty Point, Kuah, Langkawi
12. Majlis Daerah Bandar Baharu, Serdang
13. Kulim Hi Tech-Park Business Centre
14. Pejabat Daerah Kecil Pokok Sena
15. Pejabat Daerah Kecil Merbok
16. Pejabat Daerah Kecil Jerlun
Draf
Rancangan
1 Dis. 2005 -
31 Dis. 2005
12 Lokasi Pameran
1. Bangunan Sultan Abdul Halim, JPBD
Struktur
Negeri Kedah, Alor Setar
Negeri
2. Ruang Legar Kompleks City Point, MBAS
3. Ruang Legar SP Plaza, Sg. Petani
4. Ruang Legar Kulim One-Stop, Kulim
5. Majlis Daerah Kubang Pasu
6. Majlis Perbandaran Langkawi, Kuah
7. Dewan Tunku Putra, Kuala Nerang
8. Ruang Legar Pasar Raya Billion, Baling
Pejabat Daerah Kecil Kuala Ketil
9. Majlis Daerah Sik
10. Majlis Daerah Pendang
11. Arked Mara Guar Cempedak, Yan
12. Majlis Daerah Bandar Bahru, Serdang
Sumber: PPAS, JPBD Semenanjung Malaysia, 2005.
Semasa di peringkat publisiti, laporan pemeriksaan mendapati seramai 708
orang awam mengunjungi lokasi pameran dan sebanyak 56 bantahan diterima
oleh Jawatankuasa Teras iaitu Pejabat Projek Alor Setar. Berdasarkan fakta
Jurnal Pengurusan Awam / 2012
75
tersebut, jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan penduduk kawasan RS
iaitu penduduk Negeri Kedah seramai lebih kurang 1.9 juta orang, peratusan
penyertaan awam adalah terlalu rendah. lni menunjukkan bahawa publisiti
yang dilakukan terhadap RS tersebut gagal untuk menarik penyertaan awam
untuk mengemukakan bantahan, cadangan dan sebagainya.
Jadual 2: Publisiti Rancangan Tempatan
Negeri Kajian
Peringkat Tarikh /
Seranta Tempoh Seranta
Tempat
Bit. Pengunjung
& Jum. Bantahan
Kedah
Rancangan
Tempatan
Daerah
Pendang
2005-2015
Seranta
Awal
19 September
2005 - 20
September 2005
Dewan Majlis Daerah
Pendang, 06700
Pendang, Kedah
153 orang Et 25
penyertaan
Rancangan
Tempatan
Daerah Yan
2005-2015
Seranta
Awat
2 Oktober 2005 -
16 Oktober 2005
Dewan Dato'Madi,
Majlis Daerah Yan,
06900 Yan, Kedah
185 orang Et 24
Bantahan
Pejabat Majtis
Daerah, Yan Kechil
Pejabat Majlis
Daerah, Sg.Limau
Pejabat Majtis
Daerah, Pekan Guar
Chempedak
Pulau
Pinang
Rancangan
Tempatan
Daerah
Seberang Perai
Utara
2005-2020
Seranta
Awat
6 Julai 2005 - 19
Julai 2005
Pejabat Tanah

Dewan Dato'Haji
Ahmad Badawi,
Jalan Datuk Haji
Ahmad Said, 12000
Butterworth,
P. Pinang
169 orang Et 8
Bantahan
Daerah Seberang
Perai Utara
Rancangan
Tempatan
Daerah
Seberang Perai
Tengah
2005-2020
Seranta
Awat
19 Julai 2005 -
29 Julai 2005
Pejabat MPSP,
Cawangan Bukit
Mertajam, Jalan
Betik, 14000 Bukit
Mertajam, P.Pinang
12 Bantahan

Sumber: PPAS, JPBD Semenanjung Malaysia, 2005.
Publisiti awal kepada 4 kajian Rancangan Tempatan Daerah (RTD) telah
diadakan sepanjang tahun 2005 iaitu bagi Daerah Seberang Perai Utara,
Daerah Seberang Perai Tengah, Daerah Pendang dan Daerah Yan. Tempoh
publisiti adalah berbeza mengikut kawasan kajian. Majlis-majlis perasmian
dan majlis dialog telah diadakan sebagai langkah pemberitahuan kepada orang
awam dan untuk mendapat pandangan dan cadangan penduduk setempat
serta pihak-pihak berkaitan dalam pelaksanaan rancangan pembangunan.
Bagi RTD Seberang Perai Utara, terdapat 2 lokasi pameran iaitu di Pejabat
MPSP dan Pejabat Tanah dan Daerah Seberang Perai Utara. Manakala bagi
RTD Yan pula, terdapat 4 pusat pameran iaitu di pejabat-pejabat majlis
76
daerah di seluruh Daerah Yan. Para pengunjung kebanyakannya terdiri
daripada penghulu-penghulu kampung, ahli JKKK, NGO, persatuan-persatuan
taman perumahan, ahli-ahli politik, agensi pelaksana dan jabatan-jabatan
teknikal serta penduduk tempatan. Berdasarkan Jadual 2, didapati jumlah
penyertaan awam dalam penyediaan draf RT di empat daerah tersebut
juga terlalu rendah berbanding dengan jumlah penduduk daerah, walaupun
pelbagai usaha dan pendekatan yang telah dilakukan oleh PBPT masing-masing
dengan kerjasama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa. lni menunjukkan
bahawa publisiti yang dilaksanakan gagal untuk menarik penyertaan awam.
Apa yang diperhatikan, kaedah publisiti yang dilakukan tidak mempunyai
strategi dan pendekatan yang tertentu untuk menarik kumpulan atau tahap
lapisan masyarakat yang berbeza dari segi Tatar belakang pendidikan, sosial,
ekonomi dan politik.
Keadaan yang sama juga berlaku terhadap publisiti Draf RKK, di mana
penyertaan awam amatlah rendah berbanding dengan jumlah penduduk
kawasan kajian. lni adalah kerana, modus operandi publisiti yang dilaksanakan
masih menggunakan kaedah dan pendekatan yang sama seperti di tempat-
tempat yang lain seperti pameran, poster, dan sebagainya tanpa mempunyai
pendekatan yang lebih komprehensif dan realistik.
Kegagalan penyertaan awam di peringkat RT dan RKK juga terbukti apabila
terdapatnya bantahan awam di peringkat permohonan Kebenaran Merancang
walaupun kawasan berkenaan mempunyai RT atau RKK.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Selaras dengan dasar semasa negara iaitu yang berkonsepkan 1Malaysia
"Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" maka penyertaan awam
dalam penyediaan rancangan pemajuan amatlah penting. lni adalah kerana,
rancangan pemajuan adalah selari dengan Bidang Keberhasilan Utama
Negara (NKRA) iaitu mencegah jenayah, memerangi rasuah, meluaskan
akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan, meningkatkan taraf
hidup rakyat berpendapatan rendah, memperkasa prasarana luar bandar
dan pedalaman serta menambah baik pengangkutan awam. Justeru, kalau
dahulu rancangan pemajuan lebih menekankan kepada
output namun kini
cadangan penambahbaikan penyertaan awam perlulah diberi penekanan
kepada outcome atau impak kepada stakeholder (rakyat atau orang awam)
berhubung dengan rancangan pemajuan yang disediakan. Justeru, sistem dan
kaedah yang sedia ada perlu digilap, ditambah nilai, dibuat penambahbaikan
dan dikemas kini semula supaya penyertaan awam lebih berkesan dan
bermanfaat. Cadangan-cadangan penambahbaikan adalah seperti berikut:
Memberi kefahaman meluas kepada masyarakat awam tentang rancangan
pemajuan
Kefahaman masyarakat awam tentang rancangan pemajuan amat penting
dan menjadi teras atau asas kepada kejayaan penyertaan awam. Apabila
masyarakat awam memahami apa itu rancangan pemajuan, tujuan apa
Jurnal Pengurusan Awam / 2012
77
ianya disediakan, dan apakah imptikasi atau impak kepada persekitaran dan
kehidupan manusia, sudah pasti ianya menjadi sambutan dan keutamaan
apabila sesuatu publisiti berkenaan dengannya diadakan oleh PBPT dan JPBD.
lni bermaksud, tempoh hebahan mengenai rancangan pemajuan tidak boleh
dihadkan hanya semasa publisiti penyediaan rancangan pemajuan sahaja,
tetapi ianya perlu dihebahkan secara meluas kepada masyarakat awam
sepanjang tahun menggunakan pelbagai bentuk saluran komunikasi. Selain
itu, agensi bertanggungjawab perlu memberi kefahaman tentang rancangan
pemajuan kepada masyarakat awam dengan kaedah dan pendekatan yang
berbeza mengikut tahap pendidikan, sosio-ekonomi dan sosio-politik.
Pendekatan hebahan tersebut perlulah dengan cara yang mudah difahami
oleh pelbagai lapisan dan kumpulan masyarakat tersebut. Hebahan yang
komprehensif dan berterusan perlulah dilakukan sekurang-kurangnya satu
tahun bagi setiap tempoh Rancangan Lima Tahun Malaysia. Pada tahun-tahun
yang seterusnya barulah hebahan boleh dilakukan mengikut keperluan pada
setiap penyediaan rancangan pemajuan. Pelaksanaan cara ini sudah pasti
melibatkan peruntukan kewangan yang lebih tinggi oleh PBPT dan JPBD,
tetapi outcome
yang akan diperoleh memberi kesan positif yang tidak ternilai
harganya. Masyarakat akan menjadi lebih prihatin dan bertanggungjawab
terhadap sesuatu rancangan pemajuan di kawasan mereka. lanya akan
memberi pulangan yang baik dan menguntungkan datam jangkamasa yang
panjang dari segi peningkatan taraf kualiti hidup, sosio-ekonomi dan kualiti
alam sekitar.
Publisiti meluas
Publisiti terhadap sesuatu rancangan pemajuan perlu dilaksanakan dengan
meluas sehingga ke peringkat akar umbi dengan kaedah penerangan dan
hebahan yang mudah difahami serta mempunyai tarikan oleh semua lapisan
masyarakat. Publisiti yang meluas dan berbentuk komunikasi dua hala dan
lebih mesra diadakan mengikut peringkat komunikasi seperti berikut:
Komunikasi interpersonal:
laitu melibatkan komunikasi dua hala antara
pegawai-pegawai JPBD dan PBPT dengan individu-individu awam seperti
kuiz dan sebagainya untuk memberi penjelasan dan penerangan berhubung
dengan rancangan pemajuan yang disediakan.
Komunikasi kumpulan kecil:
laitu melibatkan hubungan dan komunikasi
dua hala antara pegawai-pegawai JPBD dan PBPT dengan kumpulan-
kumpulan kecil masyarakat awam seperti mengadakan bengkel, seminar,
focus group discussion (FGD) dan sebagainya.
Komunikasi awam:
laitu melibatkan komunikasi dua hala antara pegawai-
pegawai JPBD dan PBT dengan orang awam seperti mengadakan ceramah
umum, karnival publisiti rancangan pemajuan, pameran perdana dan
sebagainya.
78
Komunikasi massa:
laitu melibatkan komunikasi dua hala antara JPBD
dan PBPT dengan masyarakat awam melalui saluran media massa
sama ada media cetak atau elektronik. Media cetak adalah melalui
suratkhabar, pamphlet, banner, billboard
dan sebagainya. Manakala
media elektronik adalah melalui televisyen, radio, laman web,
billboard
elektronik dan sebagainya. Penyiarannya hendaklah dibuat sekerap yang
mungkin supaya ianya dapat mempengaruhi ingatan dan pandangan
masyarakat awam.
Pengiklanan korporat
(corporate advertising)
Agensi bertanggungjawab perlu mereka bentuk satu iklan mengenai rancangan
pemajuan yang boleh menarik perhatian masyarakat umum terutama
sekali untuk siaran televisyen dan radio. Sebagai contoh, sebuah syarikat
telekomunikasi yang ingin memperkenalkan produk
broadband, mereka tidak
terus menyebut produk tersebut dalam iklannya, tetapi dengan menggunakan
istilah "POTONG" di mana ianya menarik perhatian ramai dan mesejnya
sampai kepada setiap lapisan masyarakat. Ciri-ciri yang perlu ada dalam
pengiklanan tersebut adalah dalam bentuk makluman
(informing), memujuk
(persuading) dan peringatan (reminding). Untuk melaksanakan cadangan ini
ianya memerlukan penggunaan khidmat pakar pengiklanan dan komunikasi.
Pengiklanan perlu dilakukan secara berterusan dalam tempoh masa yang
diperlukan.
Facebook
Penggunaan media sosial seperti facebook adalah salah satu kaedah komunikasi
dua hala yang berpotensi untuk menarik dan melibatkan penyertaan awam
dalam penyediaan rancangan pemajuan.
Mengadakan taklimat hands-on
Taklimat secara hands-on
kepada kumpulan sasaran iaitu seperti NGO, ahli
politik, wakil penduduk, JKKK, pertubuhan profesional, pemaju hartanah,
agensi teknikal dan pertubuhan dewan perniagaan. Taklimat secara
hands-
on
dalam bentuk FGD hendaklah difokuskan terus kepada bidang atau
kepentingan kumpulan sasaran tersebut. Peserta atau wakil kemudiannya
boleh berkongsi input dengan ahli-ahli yang lain hasil daripada taklimat
tersebut.
Unit Publisiti dan Penyertaan Awam
Unit Publisiti dan Penyertaan Awam Rancangan Pemajuan perlu ditubuhkan
dan diletakkan di bawah Bahagian Korporat, JPBD Semenanjung Malaysia.
Tugas utama unit ini adalah untuk menyelaras pelaksanaan publisiti dan
penyertaan awam secara profesional dan berstrategik oleh JPBD Negeri
Jurnal Pengurusan Awam / 2012
79
dan PBPT. Peranan dan tugas unit juga adalah untuk mengatur taktik-taktik
publisiti dan penyertaan awam kepada JPBD Negeri dan PBPT yang terlibat.
Taktik-taktik tersebut adalah seperti mengadakan hubungan media
(media
relations), melobi (lobbying), events,
temu bual, promosi, penerbitan,
blog, Taman web, sidang akhbar,
video news releases, stunts dan lain-lain.
Unit ini memerlukan kepakaran dalam bidang komunikasi korporat atau
perhubungan awam dan diadun bersama dengan kepakaran dalam bidang
perancangan bandar bagi mencapai keberkesanan pelaksanaannya. Dengan
cara ini, penyertaan awam dalam penyediaan rancangan pemajuan dapat
dipertingkatkan.
RUMUSAN
Penyertaan awam merupakan satu proses yang terpenting dalam perancangan
bandar bagi memastikan rancangan pemajuan yang disediakan dapat
memenuhi hasrat dan pandangan masyarakat awam. Publisiti adalah
merupakan satu mekanisme yang relevan dan efektif untuk menarik
penyertaan awam di dalam penyediaan sesuatu rancangan pemajuan. Akta
172, telah memperuntukkan kepada orang awam peluang melibatkan diri
dalam penyediaan rancangan pemajuan bagi kawasannya. Walaupun akta
telah memberi peluang dan hak, namun orang awam sebagai
stakeholder
tidak menggunakan hak-hak mereka sepenuhnya untuk terlibat sama dalam
penyediaan rancangan pemajuan untuk memberi pandangan dan saranan
mereka. Penyertaan Awam di Malaysia telah berjaya memaklumkan kepada
orang awam tentang rancangan pemajuan di kawasan masing-masing
dengan pelbagai pendekatan dan cara yang telah dilakukan oteh JPBD dan
PBPT untuk melaksanakan publisiti. Namun begitu terdapat beberapa isu
berhubung dengan publisiti yang menyebabkan kegagalan penyertaan awam
iaitu: (i) penyertaan awam yang kurang menggalakkan, (ii) kos publisiti
yang tinggi - kadar penglibatan penduduk yang rendah, dan (iii) kadar
penglibatan kaum bumiputera yang rendah. Sebahagian besar masyarakat
awam mempunyai tahap pengetahuan yang rendah tentang penyertaan
awam dalam proses perancangan pembangunan. Pengetahuan tentangnya
hanya tertumpu kepada pihak pemaju, NGO dan sebahagian agensi kerajaan
sahaja. Justeru, sistem dan kaedah yang sedia ada perlu digilap, ditambah
nilai, dibuat penambahbaikan dan dikemaskini semula supaya penyertaan
awam lebih berkesan dan bermanfaat. Cadangan-cadangan penambahbaikan
adalah seperti memberi kefahaman meluas kepada masyarakat awam tentang
rancangan pemajuan, publisiti meluas, pengiklanan korporat,
facebook,
taklimat secara hands-on,
dan penubuhan Unit Publisiti dan Penyertaan
Awam.
80
RUJUKAN
Bahagian Rancangan Pembangunan, Jabatan Pembangunan Bandar dan Desa Semenanjung
Malaysia (2004). Garis Panduan Seranta dan Penyertaan Awam (Rancangan Pemajuan).
Kuala Lumpur: Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia.
Innes, J.E. Et Booher, J.E. (2000). Public Participation in Planning:New Strategies for the 21st
Century. Paper prepared for the annual conference of the Association of Collegiate
Schools of Planning, November 2-5, 2000. UC Berkeley: University of California at
Berkeley Institute of Urban and Regional Development.
Innes, J.E. a Booher, U.I. (2004). Reframing Public Participation: Strategies for the 21st
Century. Planning Theory Et Practice, 5, 4, 419-436.
Bruton, M. (2007). Malaysia The Planning Of a Nation. Malaysia: Persatuan Pegawai Perancang
Bandar dan Desa (PERSADA).
Department of the Environment, Transport and the Regions (DETR) (2000). Public Participation
in Making Local Environmental Decisions. The Aarhus Convention Newcastle Workshop.
London: Department of the Environment, Transport and the Regions(DETR), UK.
Jaafar, M.H. (2001). Kesihatan Persekitaran Dalam Perancangan Bandar. Jurnal Kesihatan
Masyarakat, Jilid 7.
Jabatan Penerangan Malaysia (2009). http://www.penerangan.gov.my/. Retrieved December 15,
2009, from Pusat Maklumat Rakyat: http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_c
ontentEtview=articleEtid=3633:konsep-1-malaysiaEtcatid=361:bahan-maklumat
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (2008). Akta Perancangan
Bandar dan Desa 1976, Akta 172. Kuala Lumpur: Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
Semenanjung Malaysia.
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor (2004). Jabatan Perancangan Bandar
dan Desa Negeri Selangor (JPBDSeI). Retrieved December 16, 2009, from http://www.
jpbdselangor.gov.my/v2/index.php?option=com_contentEttask=viewaid=1EtItemid=1
Lee, G.B. (2004). Urban Planning In Malaysia: The Future of Structure Plans. Penang: Tempo
Pub(M).
Martin, T. (2007). Muting the Voice of the Local in the Age of the Global: How Communication
PracticesCompromised Public Participation in India's Attain Dunhangan Environmental
Impact Assessment. Environmental Communication, 1, 2, 171-193.
Norton, T. (2007). The Structuration of Public Participation: Organizing Environmental Control.
Environmental Communication, 1, 2, 146-170.
Norwood, A.G. (2008). Ethnic Differences in Public Participation: The Role of Conflict
Communication Styles and Sense of Community. Journal of Intercultural Communication
Research , 37, 2, 119-138.
Alterman, R., Harris, D. a Hill, M. (1984). The Impact of Public Participation on Planning:
The Case of the Derbyshire Structure Plan. The Town Planning Review, 55, 2, 177-
196:http:/ /www.jstor.org/stable/40112067.
Raimond, R.R. (2001). Trust and Conflict In Public Participation. Colorado: Division of
Hazardous Materials and Waste Management Colorado Department of Public Health
and Environment.
Robi, D. (2008). Rancangan Struktur, Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas.
Pejabat Projek Alor Star. Alor Star: Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung
Malaysia.
Jurnal Pengurusan Awam / 2012 81
LAMPIRAN A
4),
82
Bong 5antananAvrann anent- Incn: -. Interret Dpixe,
,e Mt+ feVe,snet.tonclapargbaptalentirolexptp
:Iteswg.., .AJ
MM5emIte,m, Sister, Wkluroat Bc..3: Puosit! zeta,: P... y Borang %crawX
%fey Tools
RANG BANTAHAN AW A:Nr 4 ONE
JARATANPaANCN1:ANBANDARDANDES; Z ENANjUNGNLALAI lk
Al J. CI NDE11 745 KUALA LUMPUR
A d a k a h a n d d p e r n a h u t B a n t a h a n / g e t O n
LAMPIRAN B
Menu Pentadbir
I d I ngguna !
LzLan
Menu Mot TurtinOrtitikAvtarr, :-
BrosureBoranq BantahanAwamOnline

ierpellhan
:!akimt
1,f,ra7,,:ffzja: Bnlz.: an3,:sear; a:f
Internet
I entae 1.g3lan Dy.unerta

tcrtEethn

Percikrerun:..

z:-.8Phrn
83 Jurnal Pengurusan Awam / 2012
Lis:efnrterret
ST qTFM MAKL!JMAT EMI R
TEMPATANDAERAH KUAI MUDAX 20?
LAMPIRAN C
Fav,r, t. iptrraoGet limeAdd.ons p Suggev:edides
Put,st Ji*tv Per %ten' iar
5e:y


; elamat datangan'1 . L b ES(b:emitive iafornaacn Ss a3 Rancangan
Sangai Pei! utak Smigai Petani :" )I PS13).k9da.hDarui Aran, T.V E CS
untimen ,G.,...stempayanOanmakliMath2,. ` kawasinRTYSSPiengan.
2. 4bEI SuntukRaneariganTen-.T.atanMarjlis Patbadaran jaca etal ini thbangaimset* se ahagian
kei SirmMaL. t. Ger,: 131: PM agar: TempatanMajlis PerkadaranSungai
Peani 2020 dibawal Bandar. 4 Desa SkmerlanjungMalaysia, la dihamOzi
ntak inemu.anoagen-agensi membuat sacaraonlinemanger:a: perancangan
bagj KgasanPntadbiranbahran Sugai Mani sehima talt 2o2 o,
niaran(MPS? ) sen aria berasta dr masa kesanasa unti
dc.dani.V .E EI Shagrimanapn MPSP tidak merging sebarangcbligasi
ketepatzdan kesempimaan maimnat rang terkar.dang ai dalaraya, Pengsma ;antu
; a I ntl nimbuat sebarangkomiteri kewrian atati 5ebago.yamenonakan miumat dari W F.3
-V-
, ..7 Ft
84