Vous êtes sur la page 1sur 12

Asal Usul Nobat

Asal Usul Nobat ialah keterangan daripada sejarah


Melayu. Mengikut keteangan yang dimuatkan di dalam
majalah Malaya In History, keluaran Julai 1962,
menyimpulkan bahawa Nobat Kedah dan Perak telah
mula diketahui sejak lebih kurang empat kurun yang lalu.
Di dalam sejarah Melayu 1658 diceritakan bahawa negeri
Melaka ketika di bawah pemerintahan Sultan Muhammad
Shah 1435 juga telah menggunakan Nobat. Mengikut
sejarah Melayu lagi, Nobat diperkenalkan oleh permaisuri
Bentan. Baginda mengurniakan Nobat kepada raja yang
mula-mula sekali membuka Singapura dan Temasik iaitu
raja yang bergelar Sri Tri Buana. Sejak itu Nobat mula
dimainkan.
Walau bagaimananapun, rata-rata orang perseorangan
yang ditemui, menolak perkaitan antara cerita dongeng
rakyat dengan asal-usul Nobat. Ini kerana menurut
mereka, cerita dongeng tidak mempunyai fakta sejarah
logik yang mampu membuktikannya. Hasil dari kajian ini,
didapati kemungkinan bahawa seni muzik Nobat ini
dibawa oleh pedagang atau penyebar agama Islam adalah
lebih tinggi berikutan fakta seperti berikut :
Pada zaman dahulu terdapat pedagang Arab yang
datang ke rantau ini dan turut meninggalkan
pengaruh kebudayaan mereka.
Puak Arab yang datang ada yang berketurunan raja.
Apabila mereka singgah berdagang di India, mereka
telah membawa sejenis alat bunyian yang disebut
sebagai Naubat di India.
Not-not lagu Nobat yang dipanggil dai ditulis
dalam tulisan Jawi.
Waktu Nobat dimainkan adalah pada waktu solat seperti
Maghrib, Isyak, Subuh serta hari Jumaat.


ASAL USUL NOBAT

Pendapat pertama

Perkataan Nobat ini adalah berasal dari Negeri Parsi yang
menggunakan perkataan "Naubat" bermakna sembilan
jenis. Ianya ialah 'pancaragam' diraja yang telah dipakai
dari zaman-berzaman di negeri-negeri Melayu untuk



Pendapat kedua

Ada pihak yang menyatakan bahawa perkataan Nobat
berasal daripada bahasa Sanskrit. Perkataan asal Sanskrit
tersebut ialah NAO-BAT. Ia kemudiannya dipecahkan
kepada dua bahagian suku kata iaitu
1. NAU - O - NAVA yang membawa maksud
sembilan.
2. BAT - O - BAH' yang membawa maksud
pengabungan.

Ada pula menyatakan bahawa nama Nobat ini sepatutnya
disebut sebagai 'Naubat'. Asal perkataan ini pula
didatangkan dari Parsi iaitu
1. NAU yang membawa maksud sembilan.
2. BAT sembilan alat.
Manakala jika dialihbahasakan kepada bahasa Hindi atau
Punjabi, perkataan NAU bemaksud sembilan. 'BAT' pula
bermaksud ragam. Maka makna penuhnya ialah Ragam
Sembilan Bunyian.

SEJARAH PEMBINAAN NOBAT

Balai Nobat adalah antara lokasi atau
bangunan paling awal mula didirikan di
Bandar Alor Setar. Bandar Alor Setar mula
dibuka oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal
Abidin Muazzam Shah, iaitu sultan Kedah
yang ke-19. beliau mula memerintah negeri
Kedah pada sekitar 1710 sehingga 1778.
Balai Nobat mula dibina sejak awal
kemunculan bandar tersebut. Ia merupakan
sebuah bangunan yang menyimpan alat-alat
muzik Nobat ketika tidak digunakan.

Antara bangunan terawal lain yang dibina
bersama dengan Balai Nobat ketika itu ialah
seperti Istana Kota Setar, Balai Besar, Masjid
Negeri, dan Balai Nobat. Rekod gambar
banggunan asas Balai Nobat ini masih
tersimpan. Namun bentuknya kurang jelas
dan tidak direkodkan sebarang penerangan
mengenai bentuk asal bangunan ini secara
terperinci.

Balai Nobat mula diubahsuai semasa
pemerintahan Sultan kedah yang ke-25 iaitu
Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah yang
telah menduduki takhta bermula 1854 hingga
1879. Pengubahsuaian ini telah mengubah
rupa balai Nobat asal menjadi sebuah
bangunan setinggi lima tingkat dan hanya
terbina daripada kayu dan beratap zink.

Pada zaman pemerintahan Sultan Kedah yang
ke-26 iaitu Sultan Abdul Hamid Halim Shah
yang memerintah semenjak tahun 1882
hingga 1943, bangunan Balai Nobat ini sekali
lagi telah diperbaharui. Proses
memperbaharuinya dilakukan sekitar tahun
1906. Bangunannya telah dikukuhkan lagi
dengan binaan yang diperbuat daripada batu
dan logam. Namun begitu bentuk asalnya
masih lagi dikekalkan. Bangunan ini
dibahagikan pula kepada tiga tingkat dan ciri-
ciri keislaman diserlahkan melalui kubah yang
terletak dibahagian kemuncaknya.

Menurut catatan sejarah, dinyatakan bahawa
Balai Nobat yang dibina dalam tahun Hijrah
1325 bersamaan tahun masihi 1970 iaitu
semasa zaman pemerintahan Almarhum
Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Sebelum
bangunan ini dibina, permainan Nobat
dikatakan dilakukan di sebuah anjung istana
lama Sultan Kedah iaitu di belakang Balai
Besar yang ada sekarang. Terdapat juga ahli
sejarah yang mengatakan bahawa tempat
yang lebih awal menjadi pusat permainan
Nobat adalah sebuah tempat kecil yang dibina
di sebuah Makam Langgar.



Gambar Nobat









Asal Usul Gamelan
Gamelan adalah salah satu genre muzik yang amat
popular di dunia. Ia dikatakan berasal dari kepulauan
Jawa dan Bali di Indonesia. Gamelan sendiri berasal
daripada perkataan Jawa Gaml yang bermaksud pukul
atau tabuh. Ia bersempena dengan kebanyakan
peralatan muzik atau Ricik dari jenis pukulan.
Muzik Gamelan menjelaskan kepercayaan dan
perasaan yang mendalam terhadap kehidupan
dalam masyarakat Indonesia. Ia selalu dikaitkan
dengan upacara ritual kelahiran, perkahwinan dan
kematian. Di kampung-kampung Gamelan
dimainkan di berandar khas berbentuk 4 segi di
hadapan rumah. Berbeza dengan Gamelan yang
dimainkan di istana, Gamelan yang dimainkan di
kampung adalah lebih mudah dan ia dibuat daripada
logam tembaga, kayu dan buluh sahaja.

Secara tradisionalnya Gemalan dimainkan oleh
lelaki sahaja. Ianya dimainkan secara berkumpulan,
dan tidak ada seorang pun pemain yang kelihatan
menonjol dalam sesuatu persembahan.
Gamelan diturunkan ke generasi berikutnya
dengan cara peniruan dan ingatan sahaja. Namun
hari ini teknik pengajaran yang lebih sistematik telah
diujudkan, antaranya dengan penulisan notasi
menggunakan huruf dan nombor-nombor sebagai
panduan pemain. Namun begitu notasi seperti ini
tidak melambangkan bunyi sebenar kerana apa
yang dicatat hanyalah melodi asas sahaj. Ianya
perlu dianalisis oleh pemain terlebih dahulu sebelum
dimainkan. Ini kerana setiap alat dimainkan secara
berbeza diantara satu sama lain.


Gambar Gamelan





Nama : Manita Vania (Leader),
Tan Jia Xin & Siaw Xuan
Kelas : 5 Joy
Subjek : Pendidikan Sivik dan
kewarganegaraan
Nama Guru: Puan Wati

Vous aimerez peut-être aussi