Vous êtes sur la page 1sur 56

1

1.0 Pendahuluan
1.1 Pengenalan
Pendidikan adalah satu alat dalam melaksanakan agenda perubahan.
Agenda ini tertumpu dalam memperbaiki kehidupan manusia ke arah yang lebih
baik. Sejarah membuktikan bahawa pendidikan di negara Malaysia digubal dan
diubah dari semasa ke semasa demi mewujudkan kestabilan dan keharmonian
negara. Menurut Abd Rahim (2004), pendidikan di Malaysia bertujuan
mewujudkan warganegara Malaysia yang mempunyai ketahanan jiwa serta
sahsiah yang mantap dalam menghadapi cabaran untuk menghadapi
perubahan dan kemajuan. Jelaslah bahawa pendidikan adalah agenda
perubahan dalam membentuk setiap rakyat di Malaysia.
Sistem pendidikan mengalami perubahan dari semasa ke semasa, maka
gelora ini dirasai oleh profesion keguruan. Sufean, Shahril, Ahmad, Habib dan
Alina (2005) menyatakan perubahan pendidikan formal telah mempengaruhi
dari sudut orientasi dan struktur pendudukan guru pada dimensi kualitatif dan
kuantitatif. Impak terhadap perubahan ini menjadikan guru perlu bersifat dinamik
dan kreatif dalam pelbagai bidang terutamanya pelaksanaan sesi pengajaran
dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Dalam melakukan perubahan terhadap sikap dan minat murid semasa
proses pengajaran dan pembelajaran, objektif tersurat dan tersirat memainkan
peranan yang utama. Objektif tersurat berfungsi melihat keberkesanan
penerimaan hasil pengajaran guru. Contohnya menjawab soalan dengan betul,
dapat memberi respon yang dikehendaki apabila ditanya dan sebagainya.
2

Objektif tersirat pula ialah penerapan nilai murni, kemahiran berfikir atau
diringkaskan sebagai perubahan sikap positif terhadap orang di sekeliling.
Contohnya hormat-menghormati, bertolak ansur dan sebagainya.
Pencapaian objektif tidak dapat dilaksanakan jika penglibatan murid tidak
sepenuhnya semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku. Perkara ini berkait
rapat dengan kaedah pengajaran yang dilaksanakan. Kaedah pengajaran yang
berbeza memberi pendekatan yang menyeronokkan dan dapat merangsang
minat murid supaya terus belajar (Tengku Sarina Aina & Yusmini, 2006). Justeru
itu, guru haruslah mengambil kira perbezaan murid dari sudut sosio budaya,
kecerdasan dan sebagainya dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran
kerana perkara ini mampu memberi kesan jangka masa panjang terhadap
perkembangan mereka.
Kesimpulannya, pembelajaran itu adalah pertambahan ilmu pengetahuan
atau pengalaman baru yang dialami oleh seseorang individu (Sufean et al.,
2005). Justeru itu, guru mempunyai akauntabiliti yang sangat tinggi dalam
menentukan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah berlaku. Jika
pengajaran dan pembelajaran bermakna tidak berlaku maka kesan negatif akan
mula menular dalam kalangan murid.

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Saya yang Lalu
Hasil pengalaman yang ada akan membantu kita dalam membuat
keputusan (Ainon Mohd & Abdullah Hassan, 2006). Saya telah berpeluang
untuk menjalankan sesi praktikum fasa satu di Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan
3

Kuantan 2 selama satu bulan. Bagi fasa kedua dan ketiga pula saya telah
menjalani di SK Raja Muda Abdul Aziz selama dua bulan. Pelbagai kekuatan
dan kelemahan dari sudut pengalaman telah saya timba. Pengalaman ini sangat
bermakna bagi saya dalam memperbaiki sesi pengajaran dan pembelajaran
sebagai bakal pendidik.
Pengalaman yang paling berharga bagi saya ialah mengaplikasikan ilmu
yang dipelajari kepada situasi sebenar. Perkara ini tidak semudah apa yang
saya sangkakan. Misalnya kemahiran dalam mengendali serta melalui
kepelbagaian ragam murid di dalam bilik darjah adalah perkara yang sangat
sukar. Tambahan lagi, beberapa tugasan sampingan daripada pihak sekolah
sedikit sebanyak menjejaskan fokus terhadap sesi pengajaran dan
pembelajaran. Pengalaman ini mengajar saya untuk menjadi lebih sistematik
dalam mengendalikan tugasan yang diberikan.
Melalui sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, saya
mula mendapat pendedahan dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran.
Pensyarah, mentor serta rakan banyak membantu dalam menyumbang buah
fikiran dalam menjadi pengajaran dan pembelajaran lebih menarik. Kesannya
murid menunjukkan kesediaan dalam menerima apa yang di sampaikan oleh
guru. Perkara ini seiring dengan pendapat Kamarudin (2010), yang menyatakan
bahawa kesediaan belajar ialah perkara yang memungkinkan individu untuk
menerima apa yang disampaikan
Pendedahan terhadap kepelbagaian kaedah pengajaran memberi ruang
dan peluang kepada saya dalam memperbaiki kelemahan serta mengenal pasti
4

kekuatan. Faktor ini juga meningkatkan keupayaan saya dalam mempelbagai
kaedah pengajaran dalam menarik minat murid. Pendapat ini disokong oleh
Tengku Sarina Aina dan Yusmini (2006) yang menyatakan kaedah pengajaran
berdasarkan gaya pembelajaran yang berbeza dalam kalangan murid adalah
penting dan perlu setiap daripada mereka mempunyai kekuatan, kelemahan,
minat dan kecenderungan.
Pada awalnya aplikasi mempelbagaikan kaedah pengajaran dianggap
mustahil oleh saya disebabkan kekangan dari sudut pengalaman, memahami
gaya pembelajaran setiap murid dan kurangnya pendedahan dalam
pengendalian bilik darjah secara formal. Walau bagaimanapun, perkara ini
dapat diatasi melalui bimbingan dan sokongan daripada pensyarah
pembimbing, mentor dan rakan seperjuangan.
Kemudahan infrastruktur di sekolah membantu saya dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan
kemudahan teknologi maklumat dan telekomunikasi (TMK). Menurut
Kementerian Pendidikan Malaysia (2001, seperti dinyatakan dalam Sabri,
Tengku Zawawi & Aziz, 2006) penggunaan TMK dalam pengajaran dan
pembelajaran bermaksud menggunakan TMK secara berfikrah, terancang dan
bersesuai untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran.
Apa yang menarik perhatian saya semasa menjalani sesi praktikum ialah
aplikasi kaedah pembelajaran koperatif. Kaedah ini berupaya mengembangkan
minat murid terhadap mata pelajaran Matematik. Contohnya, murid berinteraksi
5

dalam mencapai matlamat yang sama Keadaan ini meningkatkan keyakinan
diri, di samping memupuk nilai-nilai murni seperti bertolak ansur, berkeyakinan,
berani dan sebagainya.
Perkara ini turut disokong oleh Nik Faezah (1996, seperti dinyatakan
dalam Che Norlia, 2012) kebanyakan guru masih mengajar secara tradisional
iaitu berpusatkan guru. Hujah ini semakin kukuh apabila Che Norlia (2012, hlm
4) menyatakan pada tahun 1980-an saya mendapati murid kurang mengambil
bahagian secara aktif dalam aktiviti pembelajaran matematik. Murid menerima
apa sahaja diajar oleh guru tanpa soal jawab. Oleh itu, saya ingin mengambil
kesempatan dalam memperdalamkan ilmu pengetahuan tentang kaedah
koperatif dalam membantu saya sebagai seorang bakal pendidik yang berkesan
kelak.

2.0 Fokus Kajian
2.1 Apakah Isu Kajian Saya?
Pengalaman sepanjang praktikum di Sekolah Kebangsaan Jalan Kuantan
2 membuka mata saya mengenai isu serta cabaran dihadapi dalam
melaksanakan rancangan pengajaran dan pembelajaran.
Saya telah diberi peluang untuk melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran bagi dua kelas iaitu tahun 4P dan tahun 5Y. Pada minggu
pertama murid menunjukkan sikap yang positif. Antara sikap positif yang
dipamerkan ialah mendengar arahan guru, tidak membuat bising, datang awal
ke makmal komputer bagi pembelajaran Matematik dan sebagainya. Situasi ini
6

dapat disokong melalui catatan jurnal saya.
Murid menunjukkan sikap yang sangat menyenangkan. Rancangan
pengajaran harian dapat dilaksanakan sepenuhnya tanpa gangguan lain.
(Catatan jurnal 1, 23 April 2012)

Pada minggu kedua dan ketiga saya dapati disiplin murid semakin tidak
terkawal. Keadaan ini menyebabkan kelas yang dikendalikan oleh saya berada
di luar kawalan. Murid mula membuat bising sehinggakan suara saya tenggelam
dalam kebisingan tersebut. Situasi ini dapat disokong melalui dua catatan jurnal
saya.
Saya berasa sangat kecewa kerana murid mula tidak menunjukkan rasa
hormat. Mereka membuat bising seperti berbual-bual dengan rakan
semasa membuat aktiviti, menganggu rakan, membaling gumpalan
kertas.
(Catatan jurnal 3, 30 April 2012)

Segelintir murid kelas 4P dan 5Y mula datang lewat ke makmal
komputer. Akibatnya pengajaran dan pembelajaran tidak dapat
dilaksanakan berdasarkan apa yang telah dirancang oleh saya.
(Catatan jurnal 2, 20 April 2012)

Pengalaman praktikum yang kedua di Sekolah Kebangsaan Jalan Raja
Muda memberi peluang kepada saya untuk membaiki kesilapan yang telah
dipelajari semasa praktikum yang pertama. Bimbingan daripada pensyarah
serta guru pembimbing memberi motivasi kepada saya untuk memperbaiki mutu
pengajaran. Di samping itu saya berpeluang untuk mengajar kelas yang
pertama dari sudut akademik iaitu 5M. Murid 5M lebih banyak memberi
kerjasama dan objektif yang digariskan dapat dicapai.


7

Pada minggu pertama, murid menunjukkan kesediaan untuk belajar yang
sangat tinggi. Pekara ini berkait rapat dengan pembinaan persepsi bagi
menghadapi guru baru iaitu saya. Tetapi perkara ini mula berubah pada minggu
yang seterusnya. Antara perubahan yang dapat saya lihat ialah murid tidak
menyiapkan kerja sekolah, menguap di dalam kelas, membuat kerja mata
pelajaran lain dan sebagainya. Berikut adalah sokongan kenyataan daripada
jurnal saya.
Prestasi disiplin murid merosot sedikit. Perkara ini berpunca daripada
kelemahan saya. Murid mula menyiapkan mata pelajaran lain semasa
saya mengajar. Tindakan disiplin ke atas murid telah dikenakan.
(Catatan jurnal 8, 10 Julai 2012)

Nasihat yang saya terima daripada pensyarah praktikum dan guru
pembimbing berkaitan penggunaan multimedia telah membantu saya menarik
minat murid. Murid tertarik dengan animasi yang digunakan. Perkara ini
mendapat sokongan daripada Robinson (1994, seperti dinyatakan dalam
Noriani, 2005) iaitu penggunaan teknologi didapati telah membantu dan
meningkatkan kecekapan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Berikut
adalah sokongan oleh catatan jurnal saya.
Murid menumpukan perhatian semasa saya melaksanakan pengajaran
dengan menggunakan persembahan MS Power Point. Video serta
gambar kartun yang diselitkan membuat murid terpegun.
(Catatan jurnal 7, 23 April 2012)

Pelaziman menggunakan multimedia menyebabkan unsur seronok
tersebut hilang. Tambahan lagi, semasa pelaksanaan aktivit penekanan
terhadap individu yang dipilih oleh guru bagi menjawab soalan mengakibatkan
murid lain tidak memberi perhatian.
8

Murid yang dipilih oleh saya bagi menjawab soalan kelihatan sangat
gembira tetapi murid yang tidak dipilih menunjukkan rasa yang kurang
senang. Segelintir daripada murid mula berbual-bual semasa sendiri.
(Catatan jurnal 4, 4 Mac 2012)

Terdapat segelintir murid bersembang semasa aktiviti dijalankan.
(Catatan jurnal 6, 4 Mac 2012)

Tambahan lagi, saya dapati semasa aktiviti dilaksanakan murid
berkebolehan tinggi dalam mata pelajaran Matematik menyiapkan tugasan
dengan cepat manakala murid berkebolehan sederhana dan rendah
menyiapakan tugasan agak perlahan. Perkara ini mengakibatkan murid yang
tidak mempunyai kerja menganggu rakan. Contoh gangguan yang dilakukan
seperti berbual, bermain, pergi ke tandas dan sebagainya.
Murid berkebolehan rendah mula meminggirkan diri dan mengikut tingkah
laku rakan yang sudah menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Berikut
adalah sokongan daripada catatan jurnal saya.
Murid yang menyiapkan kerja sekolah akan menganggu rakan mereka.
Kebanyakan murid apabila diganggu oleh rakan akan turut serta bermain.
Perkara ini amat membimbangkan saya
(Catatan jurnal 5, 4 Mac 2012)

Kadangkala pelaksanaan rancangan pengajaran dan pembelajaran tidak
dapat dilaksanakan sepenuhnya disebabkan kelemahan saya dalam mengurus
masa. Saya sering mengalami masalah dalam meminta murid merumuskan apa
yang telah mereka pelajari pada hari tersebut. Bagi mengatasi masalah ini, saya
telah menggunakan beberapa cara. Cara pertama ialah saya telah menetapkan
jam loceng di telefon bimbit saya. Saya menetapkan jam loceng berbunyi lima
minit sebelum masa tamat. Cara kedua pula ialah saya meminta murid untuk
9

memberi peringatan kepada saya sebelum lima minit waktu rehat. Tindakan
yang saya ambil ini membantu dalam memperbaiki dan menyusun aktiviti serta
melaksanakan rancangan pengajaran yang telah ditetapkan.
2.2 Apakah yang Telah Saya Pelajari Tentang Isu Kajian Saya?
Menurut Mager (2009) reaksi mendekatkan diri ialah tindakan yang
menunjukkan sikap positif terhadap objek, aktiviti atau situasi yang digemari.
Perkara ini berkaitan dengan minat. Jika murid berminat terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran yang dirancang oleh guru. Maka perkara ini
berkait rapat dengan kejayaan guru dalam melaksanakan rancangan
pengajaran dan pembelajaran dirancang.
Manakala perkara yang tidak disukai ialah suatu keadaan yang
menimbulkan rasa tidak selesa dari segi fizikal atau mental (Mager, 2009). Murid
menunjukkan kecenderungan dengan memulaukan, meminggirkan dan
menjauhkan diri daripada aktiviti atau situasi yang tidak digemari.
Berdasarkan isu-isu yang telah timbul sepanjang sesi praktikum, saya
telah mengenal beberapa faktor yang mengakibatkan permasalah tersebut
timbul. Faktor pertama ialah gaya pembelajaran murid. Dunn dan Dunn (1978,
seperti dinyatakan dalam Shahabuddin & Rohizani, 2003) mendefinisikan gaya
pembelajaran sebagai kecenderungan seseorang menumpukan perhatian,
memproses dan mengekalkan maklumat yang diterima. Secara amnya aktiviti
yang dirancang tidak mampu memenuhi keseluruhan gaya pembelajaran murid.


10

Pembelajaran yang menepati gaya pembelajaran murid dapat
merangsang minat mereka. Rangsangan ini akan memberi kesan terhadap
penerimaan maklumat yang disampaikan oleh guru. Namun begitu, perkara
yang sebaliknya berlaku jika tidak menepati gaya pembelajaran murid.
Maklumat yang disampaikan oleh guru mengambil masa yang agak lama untuk
diproses serta difahami.
Faktor yang kedua ialah kelemahan daripada guru praktikum sendiri.
Berbanding guru mata pelajaran Matematik sebenar mereka mempunyai
pengalaman serta pendedahan melalui kursus yang dianjurkan oleh Jabatan
Pendidikan Negeri. Sebagai guru praktikum tidak dapat dinafikan bahawa
terdapat banyak kelemahan yang harus diperbaiki. Antaranya personaliti,
kawalan kelas dan sebagainya. Faktor ini turut disokong oleh Noriani (2005)
mengatakan bahawa personaliti guru memberi kesan terhadap hasil
pembelajaran murid.
Faktor ketiga ialah pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan tidak
menarik minat murid. Kekerapan menggunakan multimedia iaitu MS Power
Point mengakibatkan murid merasakan pengajaran dan pembelajaran adalah
membosankan. Tambahan lagi interaksi multimedia tidak melibatkan
keseluruhan murid. Akibatnya murid tidak menunjukkan minat terhadap
maklumat disampaikan guru.
Faktor yang keempat ialah tanggapan negatif bahawa mata pelajaran
Matematik adalah sukar. Perkara ini berkaitan rapat dengan motivasi murid.
Kegagalan dalam menyiapkan kerja rumah, latihan dan menjawab pertanyaan
11

guru mengakibatkan kepercayaan negatif terbina.
Kepercayaan ini dapat dihapuskan sekiranya kepercayaan negatif
digantikan dengan kepercayaan positif. Contohnya murid yang tidak boleh
menjawab soalan mampu menjawab soalan. Jika kepercayaan positif dapat
dibina maka minat murid terhadap mata pelajaran akan meningkat.
Faktor-faktor ini dapat dirangkumkan dengan pendapat yang diajukan
oleh Okey (1977), iaitu di antara sebab murid kehilangan minat terhadap
pembelajaran ialah pendekatan statik, persekitaran yang kurang memuaskan,
organisasi isi kandungan yang tidak sistematik dan penggunaan bahan
pengajaran yang tidak menepati objektif pengajaran.
Bagi menyelesaikan masalah saya telah melaksanakan beberapa
tindakan. Tindakan pertama yang saya lakukan ialah dengan mengadakan sesi
pengajaran di luar kelas. Contohnya di padang, dewan terbuka dan dataran.
Aktiviti di luar menarik minat murid tetapi cabaran semasa melaksanakan ialah
memakan masa, murid lain menggangu tumpuan, kawalan kelas dan
membahayakan keselamatan murid. Berikut adalah sokongan oleh catatan
jurnal saya.
Aktiviti di luar kelas sangat menyeronokkan murid. Mereka memberi
tumpuan pada awalnya tetapi kehadiran murid dari kelas lain
menyebabkan mereka hilang fokus dan mula membuat bising.
(Catatan jurnal 9, 20 September 2012)

Tindakan seterusnya memberi ganjaran kepada murid jika berkelakuan
baik, menghantar kerja sekolah, memberi tumpuan dan bekerjasama semasa
aktiviti dijalankan. Ganjaran ini diserahkan kepada murid pada sesi akhir
12

praktikum. Kesannya murid menunjukkan sikap yang positif. Pada masa yang
sama kesan negatif yang berlaku, dimana murid sering menanyakan dan
meminta hadiah daripada guru semasa serta selepas pengajaran dan
pembelajaran. Situasi ini menyebabkan saya semakin rimas dan kurang selesa
dengan sikap yang ditunjukkan oleh murid.
Tindakan seterusnya ialah pelaksanaan pembelajaran koperatif.
Antaranya pembelajaran koperatif yang dilaksanakan ialah think-pair-share, jig
saw, number head together dan sebagainya. Pembelajaran koperatif
mempunyai beberapa kaitan dengan teori pembelajaran. Antaranya teori
konstruktivisme, perspektif motivasi, perspektif kepaduan sosial dan teori
persandaran sosial (Effandi, 2010). Melalui kelebihan kaedah koperatif
mendorong saya mengaplikasikan di dalam setiap pengajaran dan
pembelajaran.
Di samping itu, Johson dan Johnson (1999, seperti dinyatakan dalam
Effandi, 2010) pembelajaran koperatif mempunyai persandaran positif.
Persandaran positif merupakan persepsi bahawa kejayaan seseorang itu
bergantung kepada kejayaan individu yang lain dalam kumpulannya. Maka
setiap murid merasakan diri mereka bertanggungjawab terhadap kejayaan
kumpulan mereka (Johnson dan Johnson, 1999 seperti dinyatakan dalam
Effandi, 2010).
Berdasarkan tinjauan literatur, Kamaruddin (1999) mendapati
pembelajaran koperatif lebih menyeronokkan, dapat berinteraksi sesama rakan
dan banyak membantu rakan yang lemah di samping pelajar mempunyai
13

banyak peluang bertanya untuk memahami pelajaran. Menurut Effandi (1998),
pembelajaran koperatif adalah satu strategi pengajaran dan pembelajaran di
mana murid akan saling bantu membantu di antara satu sama lain di dalam
kumpulan kecil yang mempunyai matlamat sama. Antara struktur digunakan
dalam pembelajaran koperatif termasuklah pairs check, round robin, round
table, rally robin, dan pair discussion (Kagan, 1994).
Dapatan hasil kajian tindakan yang dilaksanakan menunjukkan
keputusan positif. Antaranya ialah, Che Norlia (2012) mengatakan kejayaan
model Student Teams-Achievement Division (STAD) dijalankan disebabkan
adanya perbincangan berstruktur. Malah dapatan daripada Mohd Adi (2012)
mengatakan pengajaran koperatif iaitu Gallery Tour berjaya mewujudkan
suasana pembelajaran yang menyeronokkan dalam meningkatkan minat murid.
Pembelajaran koperatif juga boleh dikaitkan dengan peningkatan minat
murid. Chua (2001), berpendapat motivasi dan minat serta semangat baru akan
diperolehi dengan pengisian pembelajaran yang positif untuk merangsang
minda murid.
Menurut Salmiah (2003), kaedah koperatif mampu mewujudkan suasana
ceria serta meningkatkan minat murid untuk berbincang dan berinteraksi antara
ahli dalam kumpulan. Pada akhir kajian beliau, kaedah koperatif yang
dilaksanakan dalam kalangan murid berjaya menujukan keputusan yang positif.
Hal ini selari dengan kajian Zamri (2012), bahawa pengajaran boleh terdiri
daripada satu fokus utama dan beberapa fokus sampingan dengan memastikan
proses interaksi berkumpulan dimanfaat serta diaplikasikan sebaik-baiknya.
14

Dengan itu, murid mendapat manfaat serta meningkatkan interaksi positif yang
membawa kepada pencetusan pelbagai idea.
Kajian tentang cara belajar secara koperatif oleh Johnson dan Johnson
(1993), menunjukkan bahawa pembelajaran koperatif membawa hasil
pencapaian dan produktiviti yang tinggi, lebih prihatin, saling membantu dan
mewujudkan perhubungan yang komited.
Melalui hasil dapatan terhadap kajian koperatif, saya tertarik dalam
mengkaji teknik gabungan kumpulan bernombor atau diberi nama singkatan
sebagai GaKeNom. Kaedah GaKeNom merupakan pembelajaran koperatif
berstruktur.

3.0 Apakah Objektif Kajian Saya?
Objektif kajian ini ialah untuk menentukan sejauh manakah penggunaan kaedah
GaKeNom (Gabungan Kepala Bernombor) dapat membantu meningkatkan
minat murid Tahun 4 bagi tajuk Waktu.

4.0 Siapakah Responden Saya dalam Kajian Ini?
Kajian ini telah dijalankan ke atas murid di Sekolah Kebangsaan Raja
Muda. Kumpulan dipilih ialah tahun 4 X yang mempunyai bilangan seramai 28
orang. Kriteria utama pemilihan kelas ini berdasarkan pencapaian murid yang
pelbagai bagi mata pelajaran Matematik iaitu tinggi, sederhana dan rendah.
Tujuan kriteria ini dipilih ialah menggalakkan interaksi semasa perbincangan
kumpulan.
15

Satu proses berstruktur dilakukan bagi pembahagian ahli kumpulan.
Proses berstruktur ini dilakukan oleh guru di luar pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran. Perkara ini dilaksanakan bagi mengelakkan gangguan masa
semasa kaedah GaKeNom yang dilaksanakan.
Di samping itu, bagi mengelakkan pembinaan persepsi murid terhadap
gaya pengajaran saya, kelas yang dipilih ialah kelas yang tidak menerima
pengajaran saya secara formal. Tambahan lagi, susun atur kedudukan meja
telah ditetapkan sebelum pelaksanaan pengajaran dan pengajaran kaedah
GaKeNom.
5.0 Bagaimanakah Saya Mengumpul Data?
Dalam kajian tindakan ini, saya telah menggunakan empat instrumen
kajian bagi pengumpulan data. Instrumen ini dibahagikan kepada dua bahagian
iaitu instrumen utama dan sokongan. Instrumen utama ialah pemerhatian dan
soal selidik. Manakala instrumen sokongan catatan jurnal dan temu bual.
Gabungan keempat-empat instrumen ini akan menghasilkan triangulasi data.
Menurut Rosinah (2012), triangulasi digunakan untuk meningkatkan kesahan
dan kebolehpercayaan data kualitatif.
Instrumen utama akan digandingkan dengan instrumen sokongan.
Rasionalnya instrumen ini akan saling melengkapi dan menambahkan keesahan
serta kebolehpercayaan pelaksanaan kaedah yang akan dilaksanakan.



16

5.1 Pemerhatian
Kaedah pemerhatian (Lampiran 2) mempunyai kebolehpercayaan yang
tinggi dalam pengumpulan maklumat. Kriteria pembinaan pemerhatian ini
berkait rapat dengan sikap yang dipamerkan oleh murid. Instrumen pemerhatian
akan dilaksanakan oleh pihak kedua iaitu guru pembimbing. Sebagai langkah
berjaga-jaga, jika guru pembimbing tidak dapat melaksanakan pemerhatian
semasa kaedah tradisional atau kaedah GaKeNom maka saya akan
menggunakan pihak ketiga iaitu rakan praktikum.
Instrumen pemerhatian akan dilaksanakan sebanyak dua kali iaitu
semasa pengajaran kaedah tradisional dan kaedah GaKeNom. Tujuan utama
instrumen ini digunakan sebagai perbandingan dalam mengukur perubahan
minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran.
5.1.1 Rasional Pembentukan Item Pemerhatian
Item pertama dibina ialah murid menganggu rakan lain ketika aktiviti
dijalankan. Item ini dibina bertujuan melihat tingkah laku negatif yang
dipamerkan oleh murid. Melalui pembinaan item ini guru dapat mengukur tahap
penglibatan yang diberikan oleh murid. Jika murid meminati pengajaran dan
pembelajaran yang dilalui maka penglibatan akan diberikan sepenuhnya.
. Seterusnya item kedua ialah murid melibatkan diri secara aktif dalam
perbincangan yang dijalankan. Item ini dibina bertujuan melihat tingkah laku
positif yang dipamerkan oleh murid. Melalui pembinaan item ini guru dapat
melihat pelaksanaan kaedah yang digunakan menggalakan murid menjadi
pencari ilmu yang aktif. Contohnya bertanyakan soalan kepada guru dan
17

berbincang dengan rakan.
Item ketiga, murid berbual-bual dengan rakan semasa aktiviti
dijalankan. Item ini melibatkan tingkah laku negatif. Melalui pembinaan item ini
guru dapat melihat murid minat murid semakin berkurangan. Akibatnya
perbincangan yang tidak mempunyai kaitan dengan pembelajaran dimulakan.
Item keempat ialah murid berasa mengantuk ketika pengajaran guru.
Item ini berkait rapat dengan minat ditunjukkan oleh murid. Tingkah laku negatif
ini sebagai penanda aras dalam melihat minat murid terhadap kaedah
pengajaran guru. Jika murid mempamerkan tingkah laku ini maka kaedah yang
dilaksanakan oleh guru tidak menarik minat murid.
Item kelima ialah murid keluar ke tandas. Item ini berkait rapat dengan
tingkah laku negatif. Item ini bertujuan mengukur tahap kesediaan murid dalam
memberi komitmen terhadap pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan
oleh guru.
5.2 Temu Bual
Menurut Azizi, Shahrin, Jamaludin, Yusof dan Abdul Rahim (2006)
kaedah temu bual didapati paling sesuai dilaksanakan kerana membolehkan
pengkaji mendapat maklum balas yang tinggi daripada responden. Menurut
Mohamad Najib (1999), temu bual penting bagi mendapatkan maklum balas
secara bersemuka dengan subjek. Item temu adalah seperti yang terdapat
dalam Lampiran 3.


18

Item temu bual dirangka untuk mencungkil minat yang dirangsang melalui
proses pengajaran dan pembelajaran yang dilalui oleh murid. Pembinaan item
ini turut dibantu oleh pensyarah penyelia serta pensyarah di Jabatan
Penyelidikan dan Pembangunan Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa
Antarabangsa.
Temu bual dijalankan sejurus tamat sesi pengajaran dan pembelajaran
dengan izin guru matapelajaran pada waktu tersebut. Setiap orang murid akan
ditemu bual sehingga mencapai titik ketepuan. Titik ketepuan merupakan satu
situasi di mana maklumat yang diterima atau dikumpul tidak mempunyai
perbezaaan yang signifikasi antara satu sama lain (Ranjit, 2005).
5.2.1 Rasional Pembinaan Item Temu Bual
Item temu bual diajukan kepada murid berkait rapat dengan kaedah
pemerhatian. Tujuannya sebagai bahan sokongan bagi pelaksanaan kaedah
yang dilaksanakan oleh guru.
Item pertama, Adakah kamu menyukai aktiviti yang dijalankan hari ini?
Mengapa?. Tujuan pertanyaan item ialah untuk mencungkil sama ada murid
berminat terhadap apa yang telah dilalui. Maka item ini akan digandingkan
sebagai bahan sokongan terhadap item soal selidik yang pertama iaitu Saya
minat belajar topik waktu pada hari ini.
Seterusnya item kedua Adakah pengajaran guru pada hari ini
membosankan kamu? Mengapa?. Tujuan pertanyaan item ialah mencungkil
adakah murid melibatkan diri secara aktif semasa proses pengajaran
dilaksanakan. Maka item ini akan digandingkan sebagai bahan sokongan
19

terhadap item soal selidik yang kedua iaitu Saya suka melaksanakan aktiviti
melibatkan waktu pada hari ini.
Item ketiga ialah Adakah anda boleh menyelesaikan latihan yang
diberikan oleh guru? Mengapa. Tujuan pertanyaan item ialah mencungkil
sejauh mana keberkesanan GaKeNom dalam membantu murid menguasai
konsep pembelajaran yang disampaikan oleh guru. Maka item ini akan
digandingkan sebagai bahan sokongan terhadap item soal selidik yang ketiga
iaitu Saya mengantuk semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung pada hari ini.
Item yang keempat pula ialah Adakah anda berminat dengan pengajaran
dan pembelajaran pada hari ini? Mengapa?. Item ini bertujuan melihat atau
mengukur kesediaan murid untuk menjalani proses pengajaran yang
dilaksanakan oleh guru pada masa akan datang. Item ini dapat digandingkan
sebagai bahan sokongan terhadap item soal selidik yang keempat iaitu
Pelajaran hari ini membosan saya pada hari ini.

5.3 Soal Selidik
Menurut Mohd Majid (2005), soal selidik dapat meningkatkan ketepatan
dan kebenaran gerak balas subjek terhadap rangsangan soalan yang diberikan.
Walau bagaimanapun, ketepatan dan kebenaran akan terjejas apabila murid
tidak memahami soalan yang terkandung di dalam soal selidik (Mohd Majid,
2005). Oleh itu, saya telah memberi penerangan kepada murid sebelum mereka
melaksanakan soal selidik. Di samping itu, saya juga telah mengingatkan
20

mereka bahawa maklumat yang diisi adalah rahsia.
Soal selidik digunakan untuk mendapatkan persepsi responden kajian
terhadap keberkesanan tindakan. Soal selidik terdiri daripada empat item
(Lampiran 4). Borang soal selidik diedarkan kepada murid selepas sesi
pembelajaran kaedah tradisional (kumpulan kawalan) ataupun GaKeNom
(kumpulan eksperimen). Soal selidik ini bertujuan mengkaji sejauh mana kaedah
GaKeNom membawa perbezaan terhadap peningkatan minat murid dalam
matapelajaran. Soal selidik ini diukur dengan menggunakan 5 skala berikut: 1
Sangat tidak setuju, 2 Tidak setuju, 3 Kurang setuju, 4 Setuju, 5 Sangat
setuju.
5.3.1 Rasional Pembinaan Soal Selidik
Pembinaan item soal selidik merangkumi satu aspek sahaja iaitu sejauh
mana kaedah yang dilaksanakan meningkat minat murid. Terdapat empat item
soal selidik iaitu positif dan negatif.
Dua item bersifat positif iaitu saya minat belajar topik waktu pada hari ini
dan saya suka melaksanakan aktiviti melibatkan waktu pada hari ini. Manakala
dua item negatif ialah saya mengantuk semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung pada hari ini dan pelajaran hari ini membosan
saya pada hari ini.




21

5.4 Catatan jurnal
Catatan jurnal dilaksanakan sejurus saya tamat menjalankan kedua-dua
kaedah. Asas kepada pembinaan catatan jurnal ialah pemerhatian dari sudut
perubahan yang dialami oleh saya.

6.0 Bagaimana Saya Melaksanakan Tindakan Saya?
6.1 Topik Pembelajaran
Bagi melaksanakan kajian ini, saya telah menjalankan dua kaedah
pengajaran dan pembelajaran dalam tajuk waktu. Pelaksanaan kaedah
pengajaran berdasarkan subtopik waktu yang berbeza bagi mengelakkan
kekeliruan dalam persembahan maklumat serta kebosanan terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan murid. Proses sesi pembelajaran
pertama ialah pelaksanaan kaedah tradisional manakala pembelajaran kedua
ialah menggunakan kaedah GaKeNom.
Saya memilih tajuk waktu kerana kebanyakan murid gagal mengaitkan
konsep hubungan antara unit masa. Saya mengalami kesukaran semasa
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran melibatkan waktu semasa
praktikum fasa dua. Rancangan pengajaran dan pembelajaran telah diulang
beberapa kali bagi mengukuhkan konsep waktu kepada murid. Maka saya rasa
subtopik waktu sesuai diintegrasikan dalam kaedah GaKeNom.



22

6.2 Kaedah GaKeNom
Kaedah GaKeNom ialah kaedah pembelajaran koperatif berkumpulan
berstruktur yang dapat diaplikasikan dalam menyelesaikan tugasan dalam
aktiviti kumpulan kecil (Hassard, 2011). Setiap ahli memainkan peranan yang
penting dalam memastikan kejayaan kumpulan mereka. Biasanya pembentukan
ahli di dalam kumpulan mempunyai perbezaan dari sudut kemampuan dalam
pembelajaran, gander, dan sebagainya. Melalui perbezaan ini murid dapat
berinteraksi antara satu sama lain dalam membentuk nilai serta prinsip yang
positif. Contohnya kerjasama, bantu membantu, hormat menghormati,
meningkatkan keyakinan diri dan sebagainya.
Tarikan utama bagi kaedah GaKeNom ialah kaedah pelaksanaannya.
Setiap ahli dalam kumpulan diberikan nama pengenalan yang berbeza. Nama
pengenalan ini tidak terikat kepada nombor atau perkataan tetapi boleh
digunakan mengikut kesesuaian pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru.
Bagi menguji keberkesanan kaedah GaKeNom dilaksanakan, guru memanggil
nama pengenalan yang diberikan kepada murid bagi menjawab soalan
diberikan. Jika ahli kumpulan gagal menjawab maka seluruh ahlinya
bertanggungjawab atas kegagalan tersebut.

Rajah 1: Murid sedang bekerjasama semasa kaedah GaKeNom dilaksanakan.





23

6.3 Kaedah Pengumpulan Data

Semasa pengajaran dan pembelajaran bagi kedua-dua kaedah
berlangsung saya telah membuat pemerhatian secara umum bagi melihat
tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid sebagai catatan jurnal. Di samping itu,
pemerhatian oleh rakan praktikum dilaksanakan dengan menggunakan
instrumen yang telah disediakan (Lampiran 2).
Borang soal selidik diberikan kepada murid sejurus tamat sesi
pengajaran dan pembelajaran kaedah Tradisional dan GakeNom. Bagi
meningkatkan keesahan jawapan borang soal selidik, saya memberi penekanan
bahawa segala respon yang diberikan oleh murid tidak akan didedahkan dan
mereka haruslah menjawab secara jujur bagi membantu saya dalam
mengumpul maklumat. Selain itu, saya juga membantu murid dengan
membacakan soalan dan murid menandakan borang soal selidik yang telah
disediakan.
Pada sesi pertama saya telah melaksanakan pengajaran secara
tradisional (Lampiran 5). Subtopik yang dilaksanakan ialah memahami hubung
kait antara unit masa. Hasil pembelajaran tersebut ialah menukar unit masa
daripada jam kepada minit dan sebaliknya, menukar unit masa daripada jam
dan minit kepada minit serta sebaliknya dan menukar minit kepada jam dan
minit serta sebaliknya.
Bagi perkembangan konsep aktiviti secara individu dilaksanakan.
Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran mengambil masa selama 60 minit.
Selepas selesai pengajaran, saya telah menemu bual murid secara berasingan
24

di bilik guru. Rasionalnya murid tidak dipengaruhi dengan jawapan temu bual
yang diberi oleh rakan mereka.
Sejurus tamat sesi pengajaran dan pengisian borang soal selidik, sesi
temu bual telah dilaksanakan. Saya telah menggunakan lima orang responden
yang sama dalam kaedah tradisional dan kaedah GaKeNom. Lima orang
responden dipilih di atas tanggapan saya kerana mereka berkemampuan
memberi maklumat secukupnya. Namun begitu, lima orang responden dipilih
masih tidak mampu memberikan maklumat secukupnya kepada saya. Oleh
demikian, titik ketepuan (saturaturation point) dapat diperolehi setelah temu bual
dijalankan terhadap kesemua murid dalam kelas tersebut.
Bagi pelaksanaan kaedah GaKeNom (Lampiran 6) hari berikutnya,
subtopik yang dilaksanakan ialah memahami hubungan antara unit masa. Hasil
pembelajaran ialah menukar unit masa daripada tahun kepada hari dan
sebaliknya dan menukar unit masa daripada dekad kepada tahun dan
sebaliknya. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran mengambil masa
selama 60 minit.
Pembahagian kumpulan dilakukan secara berstruktur, iaitu penetapan
ahli kumpulan berdasarkan saringan markah ujian peperiksaan yang lepas.
Pembahagian kumpulan dilaksanakan sebelum waktu pengajaran dan
pembelajaran oleh saya. Perkara ini bertujuan mengelakkan pembaziran masa
semasa pelaksanaan kaedah GaKeNom. Markah ujian tersebut telah diperoleh
daripada guru kelas 4 X. Murid yang mempunyai pencapaian tinggi mendapat
nombor satu. Murid yang mempunyai pencapaian tinggi telah diberikan nombor
25

1 sebagai pengenalan diri. Seterusnya, murid yang mempunyai pencapaian
sederhana diberikan nombor 2 dan 3. Murid yang mempunyai pencapaian
rendah pula diberikan nombor 4. Syarat bagi pelaksanaan aktiviti dijelaskan
kepada murid sebelum sesi pelaksanaan kaedah GaKeNom iaitu di bahagian
penilaian konsep.
Bagi meningkatkan persaingan antara kumpulan. Ganjaran mata
diberikan kepada kumpulan yang menjawab dengan betul. Ganjaran mata
ditolak jika ahli kumpulan membuat kesalahan dari sudut jawapan serta disiplin.
Peraturan dibentuk bersama murid bagi membentuk tingkah laku yang diingini
semasa dan selepas kaedah dilaksanakan.

Rajah 2: Setiap wakil kumpulan memberi jawapan hasil daripada perbincangan.






26

Rajah 3 berikut adalah carta aliran tanpa kaedah GaKeNom dan dengan
kaedah GakeNom.

Rajah 3: Carta aliran tindakan kaedah Tradisional dan kaedah GaKeNom



Kaedah Tradisional
Pengenalan konsep
-Guru menyampaikan isi kandungan
pembelajaran
-Pemerhatian dilaksanakan oleh
rakan praktikum
Perkembangan konsep
-Kaedah tradisional dilaksanakan
-Murid membuat latihan secara
individu
-Pemerhatian dilakukan oleh rakan
praktikum
Penutup
-Sejurus tamat pengajaran dan
pembelajaran borang soal selidik
diedarkan kepada semua murid.
-Guru melaksanakan temu bual
bersama murid
-Penulisan jurnal
Kaedah GaKeNom
Pengenalan konsep
-Guru menyampaikan isi kandungan
pembelajaran
-Pemerhatian dilaksanakan oleh rakan
praktikum
Perkembangan konsep
-Kaedah GaKeNom dilaksanakan
-Murid membuat latihan mengikut
kaedah GaKeNom
-Pemerhatian dilaksanakan oleh rakan
praktikum
Penutup
-Sejurus tamat pengajaran dan
pembelajaran borang soal selidik
diedarkan kepada semua murid.
-Guru melaksanakan temu bual
bersama murid.
-Penulisan jurnal
27

Jadual 1 : Jadual pelaksanaan kajian
Bil Aktiviti Tarikh
Pelaksanaan
Catatan
1 Penyediaan soalan instrumen soal
selidik dan temu bual berstruktur.

26 Jun 2013 1 hari
2 Penyediaan rancangan pengajaran
harian untuk sesi pertama.

28 Julai 2013 1 hari
3 Pengajaran dan pembelajaran sesi
pertama melaksanakan kaedah
pembelajaran tradisional.

29 Julai 2013 60 minit
4 Borang pemerhatian diisi oleh rakan
praktikum semasa proses pengajaran
dan pembelajaran berlangsung.

29 Julai 2013 Sepanjang
kelas
berlangsung
5 Menjalankan instrumen soal selidik.

29 Julai 2013 30 minit
6 Menemu bual murid.

29 Julai 2013 60 minit
7 Penyediaan rancangan pengajaran
harian untuk sesi kedua.

30 Julai 2013 1 hari
8 Pengajaran dan pembelajaran sesi
kedua melaksanakan kaedah
GaKeNom.

31 Julai 2013 60 minit
9 Borang pemerhatian diisi oleh rakan
praktikum semasa proses pengajaran
dan pembelajaran berlangsung.

31 Julai 2013 Sepanjang
kelas
berlangsung
10 Menjalankan instrumen soal selidik. 31 Julai 2013 30 minit
11 Menemu bual murid. 31 Julai 2013 60 minit




28

6.4 Kos Kajian
Bagi memastikan kajian ini berjalan dengan lancar, saya memerlukan
beberapa sumber untuk membantu dalam merealisasikannya. Kos bahan telah
dilampirkan dalam Lampiran 1.

7.0 Apakah Keputusan Penyelidikan Saya?
7.1 Analisis Borang Pemerhatian dan Sokongan Catatan Jurnal
Jadual 2 menunjukkan hasil analisis data berdasarkan respon yang
diterima dari borang pemerhatian.
Jadual 2 : Analisa Data Borang Pemerhatian
Kekerapan
Bil Item Kaedah
Tradisional
Kaedah
GaKeNom
Beza
kekerapan
1 Murid menganggu rakan lain
ketika aktiviti dijalankan oleh
saya.

5 1 -3
2 Murid melibatkan diri secara
aktif dalam aktiviti
perbincangan yang
dijalankan.

3 8 5
3 Murid berbual-bual dengan
rakan semasa aktiviti
dijalankan.

4 1 -3
4 Murid kelihatan mengantuk
semasa proses pengajaran
dan pembelajaran.

5 1 -4
5 Murid keluar ke tandas. 5 2 -3


29

Jadual 2 menunjukkan kekerapan bagi item 1 kaedah tradisional dan
kaedah GaKeNom ialah 5 dan 1. Keputusan menunjukkan bahawa kekerapan
lebih tinggi apabila kaedah GaKeNom digunakan. Perbezaan kekerapan ialah 3.
Ini menunjukkan bahawa lebih ramai murid memberi perhatian ketika saya
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran apabila kaedah GaKeNom
dilaksanakan.
Keputusan ini disokong oleh catatan jurnal saya.
Murid yang bermasalah dalam tumpuan perhatian saya telah kenal pasti
sebelum pelaksanaan kaedah GaKeNom tidak menganggu rakannya
lagi. Dia mula memberi fokus serta kerjasama bagi memastikan
kumpulannya berjaya.
(Catatan jurnal 12, 31 Julai 2013)

Kekerapan murid bagi item 2 kaedah tradisional dan kaedah GaKeNom
ialah 3 dan 8. Keputusan ini menunjukkan bahawa kekerapan lebih tinggi
apabila kaedah GaKeNom dilaksanakan. Perbezaan kekerapan ialah 5. Ini
menunjukkan lebih ramai murid yang berminat untuk melibatkan diri secara aktif
dalam aktiviti berkumpulan apabila kaedah GaKeNom dilaksanakan. Analisis ini
disokong oleh catatan jurnal saya.
Murid mula bekerjasama dalam melaksanakan tugasan yang diberikan
oleh guru. Mereka tahu jika ahli kumpulan mereka tidak dapat menjawab
soalan maka markah kumpulan akan ditolak.
(Catatan jurnal 10, 31 Julai 2013)

Bagi item 3 pula, kekerapan kaedah tradisional dan kaedah GaKeNom
ialah 4 dan 1 masing-masing. Keputusan menunjukkan bahawa kekerapan lebih
tinggi apabila kaedah GaKeNom dilaksanakan. Perbezaan kekerapan ialah 3.
Ini menunjukkan bahawa murid yang berbual-bual dengan rakan semasa aktiviti
30

dijalankan apabila kaedah GaKeNom dilaksanakan. Perkara ini disokong oleh
jurnal saya.
Saya dapati bilangan murid yang berbual semasa aktiviti dijalankan
semakin berkurangan.
(Catatan jurnal 14, 31Julai 2013)


Kekerapan bagi item 4 kaedah tradisional dan kaedah GaKeNom ialah 5
dan 1 masing-masing. Keputusan menunjukkan bahawa kekerapan lebih rendah
apabila kaedah GaKeNom digunakan. Perbezaan kekerapan ialah 4 dan ini
membuktikan bahawa lebih ramai murid tidak mengantuk apabila kaedah
GaKeNom dijalankan. Analisis ini disokong oleh catatan jurnal saya.
Bilangan murid yang menguap dan kelihatan mengantuk semakin
berkurangan. Saya amat gembira kerana mereka semakin aktif di dalam
perbincangan kumpulan.
(Catatan jurnal 11, 31 Julai 2013)

Item 5 merupakan item yang menguji kekerapan murid keluar ke tandas.
Kekerapan pelaksanaan kaedah tradisional dengan kaedah GaKeNom ialah 5
dan 2 masing-masing. Keputusan ini menunjukkan bahawa kekerapan adalah
lebih rendah apabila kaedah GaKeNom dilaksanakan. Perbezaan kekerapan
ialah 3. Perbezaan ini menunjukkan kekerapan murid keluar ke tandas
berkurangan sehingga tiada murid ke tandas apabila kaedah GaKeNom
dilaksanakan. Analisis kajian ini disokong oleh catatan jurnal saya.
Kebiasaannya murid akan kerap keluar ke tandas. Kekerapan ini dapat
dilihat sewaktu kaedah tradisional dilaksanakan. Tetapi pada hari ini saya
dapati jumlah murid pergi ke tandas semakin berkurangan.
(Catatan jurnal 13, 31 Julai 2013)


31

Keseluruhan analisis dapatan item telah menunjukkan bahawa kaedah
GaKeNom berjaya meningkatkan minat murid terhadap tajuk waktu dan sesuai
dilaksanakan dalam pengajaran saya di dalam kelas.

Rajah 4: Murid sedang berbincang antara satu sama lain semasa kaedah
GaKeNom.






32

7.2 Analisis Soal Selidik dan Temu Bual
Analisis data bagi bahagian ini adalah berdasarkan data yang dikumpul.
Jadual 3 menunjukkan analisis data bagi borang soal selidik.
Jadual 3 : Perbandingan Min Respon Murid Terhadap Item Soal Selidik
Min
Bil Item Kaedah
Tradisional
Kaedah
GaKeNom
Perbezaan min
1 Saya minat belajar topik waktu
pada
hari ini.

1.65 4.42 2.77
2 Saya suka melaksanakan
aktiviti melibatkan waktu pada
hari ini.

1.45 3.85 2.40
3 Saya mengantuk semasa
proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung
pada hari ini.

3.54 1.23 -2.31
4 Pelajaran hari ini membosan
saya pada hari ini.

3.12 1.27 -1.85

Jadual 3 menunjukkan bahawa min bagi item 1 tanpa menggunakan
kaedah GaKeNom ialah 1.65. Keputusan menunjukkan bahawa min bagi item 1
adalah lebih rendah apabila kaedah GaKenom digunakan. Perbezaan min ialah
2.77. Ini menunjukkan lebih ramai murid yang meminati pembelajaran tajuk
waktu apabila kaedah GaKeNom digunakan. Analisis ini disokong dengan hasil
temu bual dijalankan oleh saya.



33

Transkrip hasil temu bual 1
Kaedah tradisional
Saya : Adakah kamu menyukai aktiviti yang dijalankan hari ini?
Murid 1 : Tak suka.
Saya : Mengapa?
Murid 1 : Bosan cikgu.


Kaedah GaKeNom
Saya : Adakah kamu menyukai aktiviti yang dijalankan hari ini?
Murid 1 : Suka cikgu.
Saya : Mengapa?
Murid 1 : Seronok cikgu, boleh bincang dengan kawan.

Bagi item kedua, min kaedah tradisional ialah 1.45. Setelah kaedah
GaKeNom digunakan, min berubah kepada 3.85. Keputusan menunjukkan
bahawa min bagi item 2 adalah lebih tinggi apabila kaedah GaKeNom
digunakan. Perbezaan min ialah 2.40. Ini menunjukkan bahawa lebih ramai
murid yang menyukai aktiviti melibatkan waktu pada hari ini. Analisis ini
disokong dengan hasil temu bual yang dijalankan oleh saya.
Transkrip hasil temu bual 2
Kaedah tradisional
Saya : Adakah kamu menyukai aktiviti yang dijalankan hari ini?
Murid 2 : Tidak.
Saya : Mengapa?
Murid 2 : Tak seronok langsung apa yang cikgu buat hari ni sama
macam cikgu X ajar

Kaedah GaKeNom
Saya : Adakah kamu menyukai aktiviti yang dijalankan hari ini?
Murid 2 : Suka sangat.
Saya : Mengapa?
Murid 2 : Saya boleh bincang dengan kawan-kawan.


34

Analisis diteruskan pada item 3. Min kaedah tradisional ialah 3.54
manakala min dengan menggunakan kaedah GaKeNom ialah 1.23. Keputusan
menunjukkan bahawa min bagi item 3 adalah lebih tinggi apabila kaedah
GaKeNom digunakan. Perbezaan min ialah 2.31. Ini menunjukkan lebih ramai
murid yang tidak menggantuk semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung apabila kaedah GaKeNom dilaksanakan. Analisis ini disokong
dengan hasil temu bual yang dijalankan oleh saya.
Transkrip hasil temu bual 3
Kaedah tradisional
Saya : Adakah anda dapat menyelesaikan latihan yang diberikan
oleh cikgu?
Murid 3 : Boleh. Sikit-sikit sahaja.
Saya : Mengapa?
Murid 3 : Susah la cikgu, saya panggil cikgu untuk tolong saya tapi
cikgu tak datang sebab tolong orang lain

Kaedah GaKeNom
Saya : Adakah anda dapat menyelesaikan latihan yang diberikan
oleh cikgu?
Murid 3 : Boleh cikgu. Kali ni lebih banyak.
Saya : Mengapa?
Murid 3 : Saya dapat berbincang dengan kawan. Kalau saya tak
dapat jawab kawan akan ajar saya sampai pandai.

Bagi item 4, min tanpa menggunakan kaedah tradisonal ialah 3.12
manakala min setelah menggunakan kaedah GaKeNom ialah 1.27. Keputusan
menunjukkan bahawa min bagi item 4 adalah lebih tinggi apabila kaedah
GaKeNom digunakan. Perbezaan min ialah 1.85. Ini menunjukkan bahawa lebih
ramai murid tidak bosan terhadap pembelajaran tajuk waktu apabila kaedah
GaKeNom dilaksanakan. Analisis ini disokong oleh hasil temu bual saya
jalankan.
35

Transkrip hasil temu bual 4
Kaedah tradisonal
Saya : Adakah anda berminat dengan pengajaran dan
pembelajaran pada hari?
Murid 5 : Tak minat.
Saya : Mengapa
Murid 5 : Sebab Cikgu X ajar lagi best.

Kaedah GaKeNom
Saya : Adakah anda berminat dengan pengajaran dan
pembelajaran pada hari?
Murid 5 : Minat.
Saya : Mengapa
Murid 5 : Kalau boleh saya nak cikgu masuk ajar kelas ni selalu.


Analisis keseluruhan item mendapati bahawa kaedah GaKeNom berjaya
meningkatkan minat murid terhadap tajuk waktu dan sesuai dilaksanakan dalam
pengajaran saya di dalam kelas.

Rajah 5: Lima murid yang mampu memberikan maklumat kepada saya.










36

8.0 Apakah yang Telah Saya Pelajari?
Proses pelaksanaan kajian tindakan ini telah membuka mata saya dalam
melihat kepentingan kepelbagaian pendekatan kaedah pengajaran bagi
mendapatkan tumpuan dan minat murid terhadap pengajaran dan
pembelajaran. Minat yang ditonjolkan oleh murid meningkatkan tingkah laku
positif dalam kalangan murid berbanding sebelum aplikasi kaedah GaKeNom.
Menurut Ang (2007) tingkah laku murid yang tidak dapat dikawal dengan
berkesan akan menganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran.
Justeru itu, faktor tingkah laku murid mempengaruhi minat murid terhadap
pengajaran dan pembelajaran.
Saya dapati pembentukan ahli kumpulan yang telah ditetapkan
mendatangkan rasa tidak puas hati dalam kalangan murid. Ini adalah kerana,
murid tidak selesa untuk bersama sesetengah rakan mereka yang gemar
menganggu dan membuli rakan yang lain. Akibatnya kerjasama antara murid
dalam mencapai matlamat yang ditetapkan oleh guru tidak tercapai.
Seterusnya, terdapat masalah yang dihadapi oleh murid berpencapaian
rendah semasa aktiviti dilaksanakan. Antara masalah yang dihadapi oleh
mereka ialah tidak dapat menyumbang dari sudut idea bagi menyelesaikan
tugasan yang diberikan. Tambahan lagi, mereka gagal memahami bimbingan
yang diberikan oleh ahli kumpulan. Perkara ini mungkin berkait rapat dengan
kecerdasan pelbagai murid dari sudut logik dan matematik yang lemah. Menurut
Rohizani dan Hazri (2008), kecerdasan logik dan matematik adalah kebolehan
dalam menyelesaikan masalah melalui aktiviti matematik, sains dan lain-lain.
37

Oleh itu, saya berpendapat bahawa murid berpencapaian rendah perlu diberi
bimbingan oleh guru bagi mengukuhkan asas kefahaman mereka terhadap topik
yang dipelajari.
Semasa kaedah GaKeNom dilaksanakan saya dapati murid lebih
bergantung kepada ahli yang mempunyai pencapaian tinggi. Akibatnya proses
perbincangan melebihi masa yang telah ditetapkan kerana digunakan untuk
membimbing ahli kumpulan. Keadaan menjadi teruk apabila sesi
membentangkan jawapan. Kumpulan tersebut tidak menunjukkan kesediaan
dalam membentangkan jawapan mereka.
Sebagai kesimpulan saya dapati kaedah yang telah dilaksanakan mampu
meningkatkan minat murid. Namun begitu, dari sudut penguasaan isi
kandungan bagi subtopik yang diajar tidak dapat ditingkat seiring dengan minat
murid.

9.0 Apa yang akan Saya Buat Selanjutnya?
Setelah melaksanakan kajian ini, saya telah memperoleh pelbagai
pengalaman dan ilmu baru. Secara keseluruhannya keputusan yang positif telah
diperoleh. Namun begitu, masih terdapat beberapa elemen penambahbaikan
yang boleh dilaksanakan untuk kajian pada masa hadapan.
Antara elemen yang boleh diperbaiki dalam pelaksanaan kaedah ini ialah
penggunaan persembahan MS Power Point. Pengunaan persembahan MS
Power Point boleh menjimatkan masa serta kelebihan aplikasi elemen animasi
bagi meningkatkan tumpuan murid. Pendapat ini turut disokong oleh hasil kajian
38

Choo (2012) yang mengatakan elemen power point yang dilaksanakan di dalam
kelas mampu menarik minat murid dan meningkatkan pemahaman murid
terhadap pembelajaran.

10.0 Penutup
Hasil daripada kajian saya dapati guru haruslah mempertingkatkan ilmu
pengetahuan dari semasa ke semasa. Hal ini, kerana arus globalisasi menuntut
guru untuk peka terhadap perubahan masyarakat dari sudut politik, sosial,
ekonomi, budaya dan sebagainya. Justeru itu, kaedah pengajaran yang menjadi
amalan guru merupakan cermin kepada ilmu yang dituntut.
Secara umumnya pendidikan Matematik memberi penekanan kepada
perkembangan pelajar yang menyeluruh termasuk perkembangan kognitif, sikap
dan psikomotor serta memupuk nilai murni (Noraini, 2005). Namun begitu,
pelaksanaan Matematik di dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai
kelemahan dan kekuatan serta halangan di dalam bilik darjah. Keadaan ini
menjejaskan aspek perkembangan tersebut. Maka bagi menampung kelemahan
serta halangan tersebut setiap lapisan masyarakat haruslah memainkan
akauntibiliti mereka kerana tugas mendidik generasi ini adalah tanggungjawab
bersama.


39

Rujukan

Abd Rahim Abd Rasyid. (2004). Patriotisme agenda pembinaan bangsa. Kuala
Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Ainon Mohd & Abdullah Hassan. (2006). Belajar berfikir. Selangor: PTS
Publication Distributors Sdn. Bhd.

Ang Jit Eng. (2007). Pengurusan disiplin murid. Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.

Azizi Yahaya, Shahrin Hasnim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon & Abdul Rahim
Hamdan. (2006). Menguasai penyelidikan dalam pendidikan.
Selangor: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Che Norlia binti Kamarudin. (2012). Meningkatkan prestasi matematik pelajar
tingkatan2 menerusi student teams achievement divisions (STAD). Tesis
sarjana muda tidak diterbitkan, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa
Antarabangsa, Kuala Lumpur, Malaysia.

Chua Yock Chuan (2001). Personaliti dan motivasi pelajar. Jurnal pendidikan:
PKSPM Johor, 61-64.

Choo Ying Far. (2012). Keberkesanan tayangan power point dalam menarik
minat murid untuk mempelajari teknik membuat kuda kepang. Tesis
sarjana muda tidak diterbitkan, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa
Antarabangsa, Kuala Lumpur, Malaysia.

Effandi Zakaria. (1998). Pembelajaran koperatif. Tesis kedoktoran tidak
diterbitkan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor, Malaysia.

Effandi Zakaria. (2010). Asas pembelajaran koperatif dalam matematik.
Selangor: Karisma Publication Sdn. Bhd.

Johnson, D.W., Johson, R.T (1993). Cooperation in the classroom. (Edisi
keenam). Edina, MN: Interaction Book Co.

Hassard, J. (2011). Science as inquiry. United States of America: Good Year
Books.

Kagan, S. (1994). Cooperative learning. San Juan Capistrano, CA: Kagan
Cooperative Learning.

Kamarudin Hj. Husin. (2010). Psikologi pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distributors Sdn. Bhd.
40



Kamaruddin Taib. (1999). Kajian keberkesanan pembelajaran koperatif model
STAD ke atas pencapaian murid tingkatan 2 dalam matapelajaran sains
KBSM. LaporanPenyelidikan Maktab Perguruan Ampuan Afzan Kuantan.

Mager, R.F. (2009). Teknik mendorong pelajar belajar tanpa membunuh
semangat mereka. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia
Berhad.

Mohamad Najib Abdul Ghafar. (1999). Penyelidikan pendidikan. Johor: Universiti
Teknologi Malaysia.

Mohd Adi Azhari Abdul Razak. (2012). Keberkesanan kaedah koperatif gallery
tour dalam menarik minat murid terhadap mata pelajaran kajian
tempatan. Tesis sarjana muda tidak diterbitkan, Institut Pendidikan Guru
Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur, Malaysia.

Mohd Majid Konting. (2005). Kaedah penyelidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka

Noriani Idris. (2005). Pedagogi dalam pendidikan matematik. Kuala Lumpur:
Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Okey, J. (1977). Consequences of training teachers to use a mastery learning
strategy. Journal of Teacher Education, 28(5), 57-62.

Ranjit Kumar. (2005). Research methodology a step by step guide for beginners.
New Delhi: SAGE Publication India Pvt Ltd.

Rohizani Yaakub & Hazri Jamil. (2008). Panduan bercerita untuk pra sekolah.
Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

Rosinah Edinin. (2012). Penyelidikan tindakan kaedah dan penulisan. Kuala
Lumpur: Freemind Horizons Sdn Bhd.

Sabri Ahmad, Tengku Zawawi Tengku Zainal & Aziz Omar. Isu-isu dalam
pendidikan matematik. (2006). Kuala Lumpur. Utusan Publication &
Distributor Sdn Bhd.






41

Salmiah bt Sidek. (2003). Kemahiran belajar secara koperatif bagi
meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran pengajian am 1
(kenegaraan Malaysia). Seminar prosiding penyelidikan pendidikan
kebangsaan 2003 (ms. 95-104). Johor Bahru: Bahagian Perancangan
dan Penyelelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Shahabuddin Hashim & Rohizani Yaakub. (2003). Psikologi pembelajaran dan
personaliti. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.


Shahabuddin Hashim, Mahani Razali & Ramlan Jantan. (2006). Psikologi
Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Sufean Husin, Shahril @ Charil Marzuki, Ahmad Zabidi Abdul Razak, Habib Md
Som & Alina Ranee. (2005). Pentadbiran dalam pembangunan
pendidikan. Pahang: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Tengku Sarina Aina Tengku Kasim & Yusmini Md. Yusoff. (2006). Kaedah
mengajar & kemahiran interpersonal guru. Selangor: PTS Publication &
Distributors Sdn.Bhd.

Zamri Mahamod. (2012). Inovasi pengajaran dan pembelajaran dalam
pendidikan Bahasa Melayu. Tanjung Malim: Penerbitan Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

42

Lampiran 1

Lampiran 1 adalah senarai serta jumlah kos yang digunakan dalam
melaksanakan kajian tindakan ini.
Bil. Jenis bahan Bahan kuantiti x harga
seunit
Jumlah
1 Kertas A4 1 x RM 14 RM 14.00
2 Fotostat
Borang soal selidik
(Sesi Tradisional)
Borang soal selidik
(Sesi GaKeNom)
60
30 x 0.5 sen

30 x 0.5sen

RM 1.50

RM 1.50
3 Dakwat pencetak 1 x RM 20 RM 20.00
Jumlah keseluruhan RM 37.00
43

Lampiran 2
Borang pemerhatian
Nama pemerhati :
Tarikh :
Masa :
Bilangan murid :
Bil. Tingkah laku murid Kekerapan
1. Murid menganggu rakan lain ketika aktiviti
dijalankan oleh guru.

2. Murid melibatkan diri secara aktif dalam
aktiviti perbincangan yang dijalankan.

3. Murid berbual-bual dengan rakan semasa
aktiviti dijalankan.

4. Murid berasa mengantuk ketika pengajaran
guru.

5. Murid keluar ke tandas.

44

Lampiran 3
Soalan temu bual

1. Adakah kamu menyukai aktiviti yang dijalankan hari ini? Mengapa?
2. Adakah pengajaran guru pada hari ini membosankan kamu? Mengapa?
3. Adakah anda boleh menyelesaikan latihan yang diberikan oleh guru?
Mengapa?
4. Adakah anda berminat dengan pengajaran dan pembelajaran pada hari
ini? Mengapa?



45

Lampiran 4
Borang Soal Selidik
Arahan : Sila bulatkan skala berdasarkan respon anda mengikut panduan di
bawah.
1 Sangat tidak setuju
2 Tidak setuju
3 Kurang setuju
4 Setuju
5 Sangat setuju
Bil Item Skala
1 Saya minat belajar topik waktu pada
hari ini.
1 2 3 4 5
2 Saya suka melaksanakan aktiviti melibatkan
waktu pada hari ini.
1 2 3 4 5
3 Saya mengantuk semasa proses pengajaran
dan pembelajaran berlangsung pada hari ini.
1 2 3 4 5
4 Pelajaran hari ini membosankan saya pada hari
ini.

1 2 3 4 5




46


Lampiran 5
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK (TRADISIONAL)

Tarikh 29/07/13 Hari: Isnin Masa: 11:00 pagi - 12:00 tengah hari
Tahun 4 Cekal Bilangan murid: 28 /28 orang
Topik: Masa dan waktu
Bidang pembelajaran: Hubungan antara unit masa.
Objektif pembelajaran: Memahami hubungan antara unit masa
Hasil pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1. Menukar unit masa daripada jam kepada minit dan sebaliknya.
2. Menukar unit masa daripada jam dan minit kepada minit serta
sebaliknya
3. Menukar minit kepada jam dan minit serta sebaliknya.
4. Dapat menjawab 6 daripada 8 soalan dengan betul.
Pengetahuan sedia
ada:


1. Murid telah mempelajari cara membaca dan menulis masa dalam jam
dan minit
Sumber: Jam analog, lembaran kerja
KBKK: Membanding beza, membuat kaitan, menganalisis, menyusun atur
Nilai: Berdisiplin, cermat, kerajinan

47

Peringkat Kandungan Langkah/Aktiviti Catatan
Set Induksi
(5 minit)
Menunjukkan jam
kepada murid.
Guru bertanya:

Apakah nama alat ini?
Apakah kegunaannya?
Guru meminta murid duduk
secara berpasangan, kemudian
setiap pasangan mendapat
sebuah jam.

Setelah itu, guru bertanya
keseluruhan murid:

Daripada angka 12 sehingga 1,
ada berapa senggat?
(Jawapan: 5)
Siapa tahu, dalam tempoh 1
jam, berapa senggat yang perlu
jarum panjang ini lalui?



Sumber:
Jam analog

Strategi & Kaedah:
- Berpusatkan guru

KBKK:
- Membuat kaitan,
menganalisis

Kecerdasan
pelbagai:
- Logik-matematik
Pengenalan
Konsep
(2 minit)
Memperkenalkan 1
jam bersamaan 60
minit
Kemudian, beritahu murid
bahawa perjalanan jarum
panjang melalui setiap senggat
mewakili nilai minit.
Minta murid kira jumlah senggat
yang ada.
(Jawapan: 60 senggat)
Jadi, 1 jam ada berapa minit?
(Jawapan: 60 minit)
Strategi & Kaedah:
Berpusatkan
murid
Kecerdasan: visual
KBKK:
Membuat kaitan
48

Perkembangan
konsep
(20 minit)
Mengaitkan
dengan kehidupan
seharian.
Guru bertanya:
Jika kamu bermain bola selama
2 jam, bersamaan berapa minit?
1 jam = 60 minit
2 jam = 2x1 jam
= 2x60 minit = 120 minit
Jika 3 jam, bersamaan berapa
minit?
3 jam = 3x1 jam
= 3x60 minit
= 180 minit
1/2 jam = 1/2 x 1 jam
= 1/2 x 60 minit
= 30 minit
Macam mana pula jika kita
hendak tukarkan minit kepada
jam?
300 minit bersamaan berapa
jam?
60 minit = 1 jam
Untuk tahu ada berapa jam, kita
perlu tahu ada berapa kali 60
minit dalam 300 minit.
Jadi, operasi yang terlibat adalah
bahagi.
Untuk memudahkan kita
membahagi, cikgu selalu pesan
kita perlu buat apa?
(Jawapan: membuat sifir 60)
Strategi & Kaedah:
- Berpusatkan
murid
Kecerdasan
pelbagai:
-Logikal matematik

KBKK:
- Menyusun atur
- Membanding
beza
- Membuat kaitan

49


1x60=60
2x60=60+60=120
3x60=120+60=180
4x60=180+60=240
5x60=240+60=300
6x60=300+60=360
7x60=360+60=420
8x60=420+60=480
9x60=480+60=540
10x60=540+60=600
Ataupun awak boleh guna sifir 6
1) 6
2) 12
3) 18
4) 24
5) 30
6) 36
7) 42
8) 48
9) 54
10) 60
Tetapi, kamu perlu tambah 0
bagi setiap nombor untuk
dapatkan sifir 60.
Minta murid bandingkan kedua-
dua cara.
Setelah sudah membuat sifir.
Kita berbalik kepada soalan tadi,
300 minit bersamaan berapa
jam?
50


5
60 300
- 300
0

Perkembangan
(13 minit)

i. Menukar jam dan
minit kepada
minit.
ii. Menukar minit
kepada jam dan
minit.

Jika kamu diberi masa 1 jam 40
minit untuk menjawab
peperiksaan, berapakah tempoh
yang kamu ada dalam unit minit?

1 jam 40 minit = 1 jam + 40 minit
= 60 minit + 40
minit
= 100 minit
2 jam 40 minit = 120 minit + 40
minit
= 160 minit

Bagaimana pula untuk menukar
unit minit kepada jam dan minit.

Contoh:
570 minit = ___ jam ____ minit
9
60 570
- 540
30
Jawapan: 9 jam 30 minit

Strategi & Kaedah:
- Berpusatkan
murid
Nilai:
- Cermat
Kecerdasan
pelbagai:
-Logikal matematik
KBKK:
- Menyusun atur
- Membanding
beza
- Membuat kaitan

51

Penilaian
(15 minit)
Memberi latihan
kepada murid.
Secara individu, murid
dikehendaki menyelesaikan
soalan yang telah guru berikan.
Bimbingan diberikan kepada
murid yang tidak dapat
menjawab latihan yang
diberikan.
Jika masa masih mencukupi,
jawapan boleh dibincangkan
bersama-sama.
Strategi & Kaedah:
- Berpusatkan
murid.
- Praktik
Sumber:
Soalan latihan
KBKK:
Menyelesaikan
masalah
Kecerdasan:
- Logikal-
matematik
Nilai:
- Kerajinan
Penutup
(5 minit)
Membuat rumusan
pembelajaran.
Membuat rumusan pembelajaran
dengan membimbing murid
mengingat semula cara menukar
unit jam kepada minit dan minit
kepada jam.


Kecerdasan:
- Logikal-
matematik

KBKK:
Mengimbas
kembali





52

Lampiran 6
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK (KAEDAH GAKENOM)

Tarikh 31/07/13 Hari: Rabu Masa: 9:40 pagi - 10:40 pagi
Tahun 4 Cekal Bilangan murid: 28 /28 orang
Topik: Masa dan waktu
Bidang pembelajaran: Hubungan antara unit masa.
Objektif pembelajaran: Memahami hubungan antara unit masa
Hasil pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1. Menukar unit masa daripada tahun kepada hari dan sebaliknya.
2. Menukar unit masa daripada dekad kepada tahun dan sebaliknya.
3. Dapat menjawab sekurang-kurangnya 4 daripada 6 soalan dengan
betul.
Pengetahuan sedia
ada:


1. Murid telah mempelajari bahawa setahun bersamaan 12 bulan.
Sumber: Lembaran kerja
KBKK: Membanding beza, membuat kaitan, menganalisis, menyusun atur
Nilai: Berdisiplin, cermat, kerajinan, kerjasama

53

Peringkat Kandungan Langkah/Aktiviti Catatan
Set Induksi
(5 minit)
Mencetus
pemikiran murid.
Guru bertanya:
Sebelum ini kita telah belajar
bahawa dalam setahun ada
berapa bulan?
(Jawapan: 12 bulan)
Siapa tahu dalam setahun ada
berapa hari?
(Jawapan: 365 hari)
Berapa bilangan hari untuk
setiap bulan yang menjadikan
jumlah hari bagi setahun adalah
365 hari?
Guru memberikan tips dengan
meminta murid menggenggam
kedua-dua belah tangan.
Kemudian melihatnya dan
memberi penerangan bagaimana
untuk mengingat bilangan hari
menggunakan tangan.

Kemudian, guru juga bertanya:
Siapa pula tahu apakah maksud
dekad?


Sumber:
Tangan

Strategi & Kaedah:
- Berpusatkan
murid

KBKK:
- Membuat kaitan,
menganalisis

Kecerdasan
pelbagai:
- Logik-matematik
54

Pengenalan
Konsep
(2 minit)
Menerangkan
maksud dekad
Dekad adalah salah satu
daripada unit masa iaitu:
1 dekad bersamaan 10 tahun
Strategi & Kaedah:
Berpusatkan
guru
KBKK:
Membuat kaitan

Perkembangan
(33 minit)

i. Menukar tahun
kepada hari dan
sebaliknya
ii. Menukar dekad
kepada tahun
dan sebaliknya

Ali telah tinggal di rumah itu
selama 2 tahun. Berapa harikah
Ali telah menetap di rumah
tersebut?

1 tahun = 365 hari
2 tahun = 2 x 365 hari =730 hari


Jika 3 tahun 29 hari bersamaan
berapa hari?

1 tahun = 365 hari
3 tahun 29 hari
= 3 tahun + 29 hari
= (3 x 365 hari) + 29 hari
=

*Guru memberikan beberapa lagi
contoh yang sesuai.

Bagaimana pula untuk menukar
unit hari kepada tahun.

Contoh:
570 hari = ___ tahun ____ hari
570
- 365 (1 tahun)
205
Strategi & Kaedah:
- Berpusatkan
murid
Nilai:
- Cermat
Kecerdasan
pelbagai:
-Logikal matematik
KBKK:
- Menyusun atur
- Membanding
beza
- Membuat kaitan

55

Jawapan: 1 tahun 205 hari

*Guru memberikan beberapa lagi
contoh yang sesuai.
Begitu juga untuk menukar tahun
kepada dekad, contohnya:
66 tahun = __ dekad ____ tahun
6 dekad
10 66
- 60
6 tahun

Dekad kepada tahun, contohnya:
4 dekad = _____ tahun
1 dekad = 10 tahun
4 dekad = 4 x 10 tahun
= 40 tahun
*Guru memberikan beberapa lagi
contoh yang sesuai.

Penilaian
(15 minit)
Kaedah GaKeNom. Guru menerangkan peraturan
kepada murid.
-Kumpulan yang bising akan
ditolak markah sebanyak 5
markah.


Strategi & Kaedah:
- Kaedah koperatif.
- Praktik
Sumber:
Soalan latihan

56

-Jika ahli kumpulan tidak dapat
menjawab soalan yang diberikan
maka markah akan
ditolak .sebanyak 5 markah.
-Kumpulan yang berjaya akan
diberikan 10 markah.
-3 minit diperuntukkan bagi
setiap soalan.
- Guru akan memanggil
berdasarkan nombor yang
diberikan untuk menjawab
soalan.
-Contohnya jika guru memanggil
nombor 1. Semua ahli kumpulan
yang mempunyai nombor 1
dikehendaki keluar untuk
menjawab jawapan.
KBKK:
Menyelesaikan
masalah
Kecerdasan:
- Logikal-
matematik
Nilai:
- Kerajinan
- Kerjasama
Penutup
(5 minit)
Membuat rumusan
pembelajaran.
Membuat rumusan pembelajaran
dengan membimbing murid
mengingat semula cara menukar
unit tahun kepada hari dan
sebaliknya, serta menukar tahun
kepada abad dan sebaliknya.

Kecerdasan:
- Logikal-
matematik

KBKK:
Mengimbas
kembali