Vous êtes sur la page 1sur 2

Panitia Pendidikan Seni Visual, Lampiran 3

SK Datin Maimoon, 33007 Kuala Kangsar,


Perak

Tuan Haji Zed Zaidi bin Kamarul Azami,
Pengarah Zoo Taiping, 34509 Taiping,
PERAK 16 Januari 2013
Tuan,
Memohon Kebenaran Lawatan Sambil Belajar ke Zoo Taiping, Perak
Merujuk perkara di atas, saya Nurfizah Abdullah selaku Panitia Pendidikan Seni Visual
Sekolah Kebangsaan Datin Maimoon ingin meminta kebenaran tuan untuk mengadakan
lawatan sambil belajar ke Zoo Taiping pada bulan Mei nanti. Zoo Taiping dipilih berdasarkan
kriteria yang memenuhi segala tuntutan yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran
Pendidikan Seni Visual di bawah bidang Membentuk dan Membina. Untuk makuman pihak
tuan, sesi pengajaran pembuatan topeng akan diajar tidak lama lagi dan tajuk yang bakal
diajar oleh guru PSV tahun 4 adalah bagaimana membentuk dan membina topeng yang
bertemakan haiwan. Hal ini bersesuaianlah dengan fungsi Zoo Taiping yang menyediakan
perkhidmatan kepada orang awam untuk melihat sendiri cara atau gaya hidup haiwan yang
ada dari serata dunia.
2. Berikut merupakan keterangan berkenaan lawatan sambil belajar tersebut.
Bil Perkara Catatan
1 Tarikh 8 Mei 2014
2 Hari Isnin
3 Masa 8.00 a.m 2.00 p.m
4 Jumlah Peserta 70 Orang
5 Jumlah Guru Pengiring 6 Orang

3. Pihak kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat menyediakan pegawai yang
akan menjadi pemudah cara kami sepanjang program ini berlangsung. Pihak kami juga akan
berusaha sedaya yang mungkin untuk mematuhi segala peraturan yang telah diwartakan
oleh pihak Zoo Taiping.
8. Kami amat berharap permohonan ini mendapat maklum balas yang positif daripada
pihak tuan. Segala usaha tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih


Yang benar,

(NURFIZAH ABDULLAH)
Panitia Pendidikan Seni Visual,
SK Datin Maimoon,
33007 Kuala Kangsar,
Perak.

Vous aimerez peut-être aussi