Vous êtes sur la page 1sur 4

REFLEKSI

NAMA : MOHD KAMIL BIN KANAK @ RASHID


NO. IC : 930508-12-6327
NO. MATRIK : 125140
Alhamdulillah, rasa syukur dipanjatkan kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-
Nya dapat juga saya menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan oleh pensyarah
pembimbing bagi kursus PSV 3104 E, Pengajian dan Pengurusan Kurikulum PSV
KBSR/KSSR. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Puan Rosnah binti Mustaffa yang telah banyak membimbing saya disamping
memberi dorongan untuk melengkapkan tugasan ini dengan penuh keyakinan demi
untuk mencapai kecemerlangan. Sekalung terima kasih juga saya ucapkan kepada
rakan-rakan seperjuangan saya terutama rakan baik saya iaitu Mohd Faiz yang
banyak membantu saya sepanjang menyiapkan tugasan yang diberikan ini.
Bagi mempercepatkan proses menyiapkan tugasan yang diberikan, saya
terlebih dahulu membuat jadual kerja menyiapkan tugasan memandangkan tugasan
daripada jabatan lain juga banyak dengan harapan tugasan bagi kursus ini dan lain-
lain mampu disiapkan mengikut waktu yang telah ditetapkan. Jadual kerja telah saya
buat sejurus selepas taklimat kerja kursus diberikan dalam kelas tempoh hari.
Penyediaan jadual kerja membolehkan tugasan ini mampu disiapkan dengan cepat
serta memberi ruang kepada saya untuk berbincang sekiranya terdapat kekeliruan
bersama-sama rakan sekelas melalui telefon, e-mail dan aplikasi telefon pintar
seperti Viber dan Whatsapp. Refleksi kali ini dibuat berdasarkan beberapa aspek
yang telah ditetapkan iaitu kekuatan dan kelebihan ,kelemahan, peluang serta
halangan.
Tugasan kerja kursus Pengajian dan Pengurusan Kurikulum PSV
KBSR/KSSR telah memberi banyak manfaat yang berguna kepada saya sebagai
bekalan untuk mengajar anak murid pada masa depan. Tugasan yang diberikan
meliputi pengenalan terhadap PSV itu sendiri, Sukatan dan Huraian Sukatan
Pelajaran PSV, Konsep 5P, dan peranan guru PSV di sekolah. Namun, fokus
tugasan diberikan terhadap Pengajaran Luar Bilik Darjah (PLBD) serta pengurusan
bahan sumber. Secara keseluruhannya, tugasan ini memberikan saya peluang
membina refleksi terhadap diri sendiri dalam membina kekutan dalaman untuk
menerima cabaran bergelar guru Sejarah yang mengambil subjek PSV sebagai
minor pada masa hadapan.
Agak sukar sebenarnya untuk memenuhi dua tuntutan tugasan dalam satu
masa memandangkan soalan meminta kami supaya mengumpul segala maklumat
yang berkaitan dengan PSV kemudian memilih bidang atau cabang yang terdapat
padanya untuk dijadikan sebagai persediaan untuk melaksanakan PLBD serta
menyusun segala rancangan-rancangan yang berkaitan dengannya. Rujukan PSV
adalah begitu terhad kerana kebanyakkan daripada buku yang ditulis ataupun
sumber yang diperoleh daripada internet tidak diolahkan dengan begitu mendalam
sehingga menimbulkan kekeliruan kepada saya memandangkan saya tidak
mempunyai asas kukuh terhadap subjek PSV. Namun, berkat kesabaran dan
bantuan rakan-rakan dalam menjawab setiap soalan yang saya ajukan ditambah
dengan carian bahan rujukan dari pelbagai sumber walaupun intipatinya adalah
sama antara satu sama lain, akhirnya tugas yang diberikan kepada saya mampu
disiapkan dengan jayanya.
Kekuatan saya sepanjang melaksanakan tugasan projek yang diberikan
adalah terletak kepada kepercayaan diri sendiri dalam melakukan tugasan walaupun
terdapat halangan. Kepercayaan dalam melaksanaan kerja kursus ini juga adalah
disebabkan semangat ingin belajar dan menimba ilmu baru kerana saya sedar yang
saya merupakan bakal pendidik. Kerjasama yang erat antara guru pelatih lain saya
letakkan sebagai kekuatan saya kerana mereka inilah pencetus idea dikala saya
kehilangan ilham. Tidak dapat dinafikan agak sukar sebenarnya memahami
sesetengah perkara dan kehendak yang terkandung dalam tugasan yang diberikan
memandangkan sumber rujukan itu terhad kepada beberapa sahaja. Namun, berkat
bantuan rakan-rakan sekelas ditambah pula dengan penerangan yang diberikan
oleh pensyarah pembimbing berulang-ulang kali sewaktu kelas berlangsung
sememangnya banyak membantu saya dalam menghasilkan sebuah penulisan
berkualiti dan mengikuti garis panduan yang telah diberikan dalam kertas soalan.
Apabila ada kekuatan, pasti ada juga kelemahan. Antara kelemahan yang
dikenal pasti sepanjang menyiapkan tugasan projek ini ialah kekeliruan tentang
kehendak soalan (1) yang diberikan dan dinyatakan dalam kertas soalan. Saya
khuatir sekiranya hasil yang saya persembahkan tidak memenuhi kriteria yang
ditentukan menyebabkan saya mengambil masa yang agak lama untuk memulakan .
draf perancangan serta pembinaan kit untuk diserahkan bersama-sama dengan
tugasan (2).
Sepanjang menyiapkan tugasan projek ini, terdapat beberapa peluang yang
saya perolehi. Pertama, peluang bekerjasama dengan pensyarah penilai demi
memastikan hasil kerja ini terbaik dan memenuhi semua kriteria cemerlang. Kedua,
peluang berkomunikasi dengan rakan sekelas melalui perbincangan serta peluang
memperkembangkan ilmu yang tidak mungkin saya persiakan. Di samping itu,
peluang berinteraksi dengan pustakawan dan menggunakan kemudahan
perpustakaan dengan sebaiknya tanpa ada halangan. Saya juga berpeluang
menimba ilmu secara maya dengan salah seorang pelajar Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI) tentang bagaimana untuk melaksanakan pengajaran luar bilik
darjah.
Intihanya, tugasan ini membawa seribu satu makna kepada saya sebagai
pengalaman untuk bergelar seorang guru suatu masa nanti. Info yang saya peroleh
ini diharapkan mampu diaplikasikan sewaktu mengajar kelak. Secara umumnya
dapat saya simpulkan tugasan yang dihasilkan ini banyak memberi saya ilmu-ilmu
baru terutama yang berkaitan dengan subjek PSV itu sendiri, langkah-langkah untuk
melaksanakan PLBD serta pengurusan bahan sumber yang diperoleh daripada bilik
PSV di sekolah terutamanya. Semoga pensyarah yang menilai berpuas hati dengan
hasil yang telah disediakan. Tugasan kerja kursus ini mencapai objektifnya.
Sekian, terima kasih.

Vous aimerez peut-être aussi