Vous êtes sur la page 1sur 17

1

1.0 PENDAHULUAN
Penubuhan Persekutuan Malaysia merupakan satu rahmat buat seluruh warganya dengan
gabungan dua buah negara yang sememangnya kaya bukan sahaja dengan hasil bumi
malah dengan pelbagai budaya yang tidak ada di negara lain sehingga dicemburui oleh
negara-negara luar. Usaha pemimpin dahulu untuk mendapatkan kemerdekaan melalui
perjalanan yang penuh liku seharusnya dihargai oleh generasi kita pada hari ini. Tunku
Abdul Rahman bersama tokoh pemimpin lain begitu bersungguh-sungguh dalam
merealisasikan matlamat untuk mencapai kemerdekaan tanpa berlaku pertumpahan darah.
Namun begitu, sebelum pengabungan ini, pelbagai reaksi, protes dan proses yang
telah dilalui oleh pemimpin-pemimpin atasan sebelum mereka mengadakan rombongan ke
London untuk meminta kemerdekaan daripada pihak British. Reaksi yang pelbagai bukan
sahaja timbul dalam kalangan rakyat tanah melayu, Borneo Utara dan Sarawak, malah juga
daripada Filifina, Singapura dan Brunei sehingga British terpaksa menubuhkan Suruhanjaya
Cobbold untuk meninjau reaksi rakyat negara yang terlibat. Walaupun rakyat Borneo Utara
dan Sarawak bersetuju, namun mereka menuntut beberapa perkara supaya hak mereka
tidak hilang sebagai peribumi sungguhpun mereka menyertai Malaysia.















2

2.0 PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN MALAYSIA


























PERSIDANGAN PERSATUAN WARTAWAN LUAR NEGERI ASIA TENGGARA,
HOTEL ADELPHI, SINGAPURA.
Tunku Abdul Rahman mencadangkan gabungan antara Borneo, Sarawak, Singapura
dan Brunei dalam satu kerjasama politik.
Tujuan
mengatasi masalah komunis.
Menyekat pengaruh golongan kiri di Singapura.
Mengimbangi jumlah penduduk dan meningkatkan kemajuan ekonomi.
Mempercepatkan proses kemerdekaan.
MESYUARAT PERSATUAN PARLIMEN KOMANWEL CAWANGAN
TANAH MELAYU DAN BORNEO DI SINGAPURA
Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia Pengerusi Tun Fuad Stephens.
Fungsi : Menerangkan dengan lebih jelas tentang konsep Malaysia.
Bermesyuarat sebanyak empat kali.
Mesyuarat terakhir mencapai kata sepakat untuk mengemukakan memorandum kepada
Suruhanjaya Cobbold supaya dibuat tinjauan mengenai pandangan penduduk Sabah
dan Sarawak.
MESYUARAT PERTAMA
Mesyuarat pertama Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia.
MESYUARAT KEDUA
Mesyuarat kedua Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan
dibandar Kuching.
27 MEI 1961
23 JULAI 1961
OGOS 1961
18-20 DISEMBER 1961
3




























MESYUARAT KETIGA
Mesyuarat ketiga Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di
Selangor Legislative Assembly Chamber, Kuala Lumpur
SURUHANJAYA COBBOLD
Anggota :
Lord Cobbold
Dato Wong Pow Nee
En. Mohd Ghazali Shafie
Sir Anthony Abell
Sir David Watherston (wakil British)
Mr H. Harris (setiausaha)
Fungsi : meninjau pandangan penduduk Sabah dan Sarawak.
MESYUARAT KEEMPAT
Diadakan di Singapura.
Jawatankuasa bersetuju supaya perlembagaan Tanah Melayu dijadikan asas kepada
perlembagaan Malaysia.
Kerajaan Persekutuan perlu kuat dalam hubungan luar, pertahanaan dan keselamatan
Islam agama rasmi.
6-7 JANUARI 1962
17 JANUARI 1962
3-4 FEBUARI 1962
4




























LAPORAN SURUHANJAYA COBBOLD
Laporan dikemukakan oleh kerajaan British dan kerajaan Persekutuan.
Kedua-dua bersetuju menerima hampir semua cadangan Suruhanjaya.
ROMBONGAN KE LONDON
Kata sepakat dicapai antara Tunku Abdul Rahman dan Harold McMilan.
Rundingan di London diadakan selama dua minggu.
PERJANJIAN PENUBUHAN PERSEKUTUAN MALAYSIA
Ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London.
Melibatkan wakil-wakil kerajaan British,Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak
dan Singapura.
Persetujuan telah diperolehi untuk menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963.
Namun, terpaksa ditangguhkan kerana laporan Setiausaha Bangsa-Bangsa Bersatu
hanya dapat disiapkan pada 14 September 1963.
Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963.
STADIUM MERDEKA, KUALA LUMPUR
Pengistiharaan kemerdekaan.
Dihadiri oleh anggota kabinet, diplomat asing di Kuala Lumpur, SPB Yang di-Pertuan
Agong, Raja-raja Melayu, Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, Sarawak dan
Sabah dan jemputan khas.
Tunku melaungkan Merdeka sebanyak tujuh kali diselang seli dengan laungan oleh
rakyat yang hadir.
Disusuli dengan bacaan doa oleh Mufti Negeri Sembilan.
21 JUN 1962
JULAI 1962
9 JULAI 1963
16 SEPTEMBER 1963
5

3.0 TOKOH
3.1 Sabah
3.1.1 Tun Fuad Stephens
Tun Haji Mohammad Fuad Stephens (1920-1976) adalah Ketua Menteri Sabah yang
pertama dan ke lima menyandang jawatan tersebut sekitar tahun 1963 1964 dan pada
tahun 1976. Beliau dikenali sebagai Donald Stephens sebelum beliau memeluk Islam pada
tahun 1971. Tun Fuad Stephens adalah tokoh penting dalam membawa negeri Sabah
masuk ke Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 , selepas mendapat dorongan untuk
mempercayai yang beliau akan diangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia
sekiranya Sabah masuk ke dalam persekutuan. Beliau juga merupakan Huguan Siou
pertama masyarakat Kadazandusun Tun Fuad diangkat kembali menjadi Ketua Menteri
pada tahun 1976 tetapi dalam jangka masa 44 hari, beliau meninggal dunia dalam
kemalangan kapal terbang kontroversi di Kota Kinabalu yang dikenali sebagai persitiwa
Double 6.
Tun Fuad Stephens dilahirkan sebagai Kristian berdarah campuran bernama Donald
Aloysius Marmaduke Stephens. Beliau adalah insan yang bertanggungjawab dalam
membentuk Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu atau United Kadazan Organisation
(UNKO) pada tahun 1961 ketika berusia 40 tahun kemudian membentuk United Sabah
National Organization (USNO) bersama-sama dengan Tun Mustapha Harun dan Perdana
Menteri Tunku Abdul Rahman pada ketika itu yang telah banyak membawa perubahan ke
atas rakyat negeri Sabah itu sendiri.
Lee Kuan Yew memberitahu Tun Fuad Stephens bahawa dia beliau akan menjadi
Perdana Menteri Malaysia selepas Tunku Abdul Rahman manakala Tun Fuad akan dilantik
menjadi Timbalan Perdana Menteri. Donald Stephens sangat gembira apabila beliau
mendengar khabar tersebut dan kembali ke Kota Kinabalu dengan perasaan yang
bercampur-baur. Setibanya di Kota Kinabalu, beliau menjerit "Malaysia bagus " dari pintu
pesawat sambil menunjukkan isyarat tangan bagus membuktikan bahawa beliau sangat
gembira dengan persekutuan baru yang bakal dibentuk .
Pada 16 September 1963 apabila Malaysia dibentuk , Tun Fuad yang pada ketika itu
berusia 43 tahun menjadi Ketua Menteri Sabah yang pertama. Walau bagaimanapun, beliau
meletak jawatan pada tahun berikutnya selepas dilantik sebagai ahli kabinet persekutuan
yang pertama Malaysia yang berasal dari Sabah dan ditugaskan untuk mengambil alih
pentadbiran yang berkaitan hal ehwal Sabah di bawah Jabatan Perdana Menteri. Apabila
6

Singapura diarah keluar daripada Persekutuan Malaysia oleh Parlimen pada tahun 1965,
Stephens tidak mahu mengkaji semula penyertaan Sabah ke dalam Malaysia lantas pada
ketika itu idea Timbalan Perdana Menteri telah wujud kembali iaitu penubuhan Kerajaan
Perikatan. Walau bagaimanapun, Tun Fuad tidak ingin mempunyai perkaitan dengannya
dan akhirnya beliau diarahkan atau dibuang ke Australia sebagai Pesuruhjaya Tinggi.
Kemudiannya, Stephens kembali dari Australia pada tahun 1973 dan pada ketika belau
berumur 53, beliau menjadi Gabenor Sabah yang menggunakan gelaran Yang di- Pertua
Negara (jawatan yang kini dikenali sebagai Yang di- PertuaNegeri.
Semasa Pilihan Raya Negeri 1976, beliau mengalahkan Tun Mustafa di bawah politik
USNO dan kemudian diangkat menjadi Ketua Menteri Sabah yang kelima. Tun Mustapha
dan Tun Fuad enggan mendermakan 95% daripada pendapatan minyak dan gas kepada
Tabung Persekutuan dan memperuntukkan sekurang-kurangnya 20% lebih untuk Pulau
Labuan. Walau bagaimanapun , beliau meninggal dunia 44 hari kemudian semasa berumur
56 dalam sebuah nahas kapal terbang di kawasan Sembulan di Kota Kinabalu ketika
perjalanan pulang dari Labuan. Unsur jenayah disyaki selepas kemalangan itu, tetapi ia
kemudiannya didedahkan bahawa pesawat GAF Nomad yang dinaikinya mempunyai
beberapa kesilapan reka bentuk. Kematian tragis beliau menyelesaikan isu royalti minyak
yang berpihak kepada kerajaan persekutuan dan Petronas apabila Harris Salleh ,
penggantinya , menandatangani hasil minyak disaksikan oleh Huguansiou baru , Yusuf
Pairin Kitingan.
3.1.2 Tun Mustapha
Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun dilahirkan pada 31 Julai 1918 di Kampung Limau-
Limauan, Kudat. Nama asalnya ialah Datu Badiozaman, kemudian ditukarkan namanya
kerana sering sakit semasa kecil. Tun Datu Haji Mustapha juga mempunyai nama timangan
yang dikenali sebagai Jaman. Bapa Tun Mustapha ialah Datu Harun bin Datu Nasaruddin
dan ibunya ialah Norani Hj. Abdul Rahim. Beliau merupakan anak keempat dari Sembilan
orang adik-beradik yang terdiri daripada enam orang perempuan dan tiga orang lelaki yang
masing-masing bernama Dayang Lana, Dayang Hjh. Bidari, Dayang Siti Sarah (Dayang
Pindau), Dayang Hjh. Harum, Datu Muhammad, Dayang Tahiran, Datu Hj. Aliuddin dan
Dayang Hjh. Hadijah.
Tun berkahwin dengan Toh Puan Rahmah Hj. Zulkanian dan mereka mempunyai
Sembilan orang anak, iaitu Datu Abdul Hamid (Allahyarham), Dayang Maimunah, Datu Amir
Kahar, Datu Hj. Badaruddin, Datu Kamaruddin, Dayang Hjh. Zulfah, Dayang Aminah,
Rasalonah Abdullah, Dayang Marina dan Datu Harun. Pada tahun 1932, Tun Mustapha
menerima pendidikan di Sekolah St. James, Kudat. Tetapi ia hanya kekal selama sembilan
7

bulan sahaja kerana ibunya telah meninggal dunia dan juga kerana perpindahan pekerjaan
bapanya. Tun Mustapha pernah dipilih untuk mengikuti kursus pertanian RIDA atau Rural
Industry Development Authority dari tahun 1951- 1952 di Serdang. Pada tahun 1959, beliau
telah ditaja oleh kerajaan British untuk mengikuti kursus bahasa Inggeris dan Politik di
Britain.
Tun Mustapha suka menggesek biola, berjoget, berjenaka dan mendengar muzik
irama keroncong. Beliau juga gemar bermain golf dan telah mengasaskan Kinabalu Golf
Club di Tanjung Aru dan Kudat Golf Club di Kudat ketika memegang jawatan Ketua Menteri
Sabah. Selain itu, Tun Mustapha juga suka memancing, membaca buku dan menyaksikan
perlumbaan kuda. Beliau gemar memakan masakan Melayu. London ialah tempat paling
gemar dilawatinya. Pada tahun 1928, semasa Tun Mustapha berumur 10 tahun, beliau
bekerja sebagai pelayan rumah kepada Residen Kudat Syarikat Berpiagam Borneo Utara,
E.W. Morrel. Beliau kemudian menjadi Office Orderly di Pejabat Daerah Kudat pada tahun
1934. Pada 1 Februari 1937, beliau dilantik sebagai Ketua Anak Negeri (Native Chief) dan
Pemungut Cukai Candu. Pada tahun 1961, Tun Mustapha telah mengasaskan dan menjadi
presiden pertama (United Sabah National Organization) USNO ketika konsep gagasan
Malaysia dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman. Pada masa yang sama, beliau juga
adalah Ahli Majlis Perundangan (Legislative and the Executive Councils), Ahli Kerajaan
Tempatan(Local Government) apabila Sabah diberi hak pemerintahan sendiri (self-
government) dan juga Ahli Perundingan Perpaduan Malaysia (Malaysia Solidarity
Consultative Committee).
3.2 Sarawak
3.2.1 Haji Abdul Rahman Yaakub
Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakub dilahirkan pada 3 januari 1938 di Kampung
Jepak, Bintulu, Sarawak. Tun Abdul Rahman mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu
Anchi dan St. Joseph, Miri Sarawak sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah
di Sekolah Menengah Madrasah Melayu Kuching dan kemudian ke Sekolah Menengah St.
Joseph Kuching sehinggah tingkatan 5 Pada tahun 1954-1959, Tun menyambung pengajian
di Southampton University, England dan mendapat ijazah B.A (Law) (Hons.).
Tun memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Percubaan (kadet) Bumiputera Sarawak
pada 1948 dan kemudian dinaikan pangkat sebagai Majistret. Dari tahun 1959 hingga 1963,
Tun dilantik sebagai pegawai perundangan Sarawak sebelum meletak jawatan dan
berkecimpung dalam arena politik. Pada tahun 1963, Tun diberi jawatan sebagai Meneteri
Muda Pembangunan Luar Bandar dan kemudian sebagai Menteri Muda Kehakiman pada
8

tahun 1964. Tun memegang portfolio sebagai Mneteri Penuh Tanah dan Galian bermula
pada tahun 1965 hinggan 1969 dan seterusnya memegang portfolio sebagai Menteri
Pelajaran Persekutuan dari tahun 1969-1970.
Pada tahun 1969, Sarawak buat pertama kalinya mengadakan pilihan raya negeri
serentak dengan pilihan raya umum kebangsaan. Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman
Yaakub telah dicalonkan melalui pertinya, Parti Bumiputera Sarawak yang dibentuk melalui
pencantuman Parti Barisan Rakyat Jati Sarawak (BERJASA) dan Parti Negara Sarawak
(PANAS) untuk bertanding dalam Majlis Negeri dan Parlimen. Tun memenangi kerusi
parlimen Payang dan kerusi majlis negeri Kuala Rajang. Pada 8 Julai 1970, Tun dilantik
sebagai Ketua Menteri Sarawak dan memegang jawatan tersebut selama 11 tahun sehingga
tahun 1981. Tun kemudiannya dilantik sebagai Tuan yang Terutama Yang di-Pertua Negeri
Sarawak pada ogos 1980. Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman adalah orang
kepercayaan Tunku Abdul Rahman Putra dalam usaha meyakinkan rakyat Sarawak untuk
pembentukan Malaysia.
Tun, selain bergiat aktif dalam arena politik juga aktif dalam hal ehwal agama Islam.
Anatara Penglibatan Tun adalah menyandang jawatan Pengerusi Jawatankuasa
Pertandingan Membaca Al-Quran selama 3 tahun berturut-turut bermula pada tahun 1968-
1971, Yang di-Pertua Bina (Angkatan Nahdatul Islam Bersatu Sarawak) dari tahun 1969-
1986, Ahli Majlis Tertinggi RABITAH ALAM ISLAMI (Muslim World League, Makkah) dan
anggota Muslim World Congress, Karachi, Pakistan. Tokoh yang banyak berjasa ini telah
banyak menerima anugerah dan pingat kebesaran seperti Panglima Negara Bintang
Sarawak (P.N.B.S), Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (D.P) dan Darjah Utama Bintang
Paduka Seri Sarawak (D.P.S.S).
3.2.2 Tun Datuk Patinggi Tan Sri Temenggung Jugah
Tun Temenggung Jugah antara tokoh terawal menyokong cadangan penubuhan Malaysia
melalui penggabungan beberapa buah negeri dan merupakan antara tokoh yang terlibat
dalam Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia(JPPM) bagi mendapatkan
pandangan para pemimpin Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak tentang cadangan
penubuhan Malaysia. Ketika pembentukan Kabinet Pertama Malaysia, beliau antara yang
dilantik menjadi Menteri dalam kabinet Kerajaan Persekutuan untuk menguruskan hal-ehwal
Sarawak yang melibatkan usaha-usaha peningkatkan taraf hidup, hak-hak peribumi,
penyediaan prasarana dan kemudahan asas. Penglibatan aktif beliau yang begitu prihatin
terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat menjadikan beliau cukup dihormati, disenangi
sebagai seorang pemimpin sejati berjiwa rakyat yang terus dikenang hingga ke hari ini.
9

Temenggung Jugah anak Barieng dilahirkan di Ulu Kapit, Sarawak pada tahun 1903. Beliau
merupakan anak Ketua Orang Iban yang mencintai tradisi kehidupan Iban serta sangat
dihormati oleh kaum Iban di Sarawak. Beliau menjadi tokoh penting yang menubuhkan Parti
PESAKA pada tahun 1962. Peranan beliau banyak mengangkat martabat kaum Iban dan
menjadikan mereka lebih terbuka dan sedia berinteraksi dengan kaum-kaum lain ketika
negara melangkah meredah arus kemajuan.
Bersama-sama dengan 4 orang pemimpin daripada kaum Iban di Sibu, Tun Jagaya
yang meninggalkan Parti Negara Sarawak (PANAS) mengasaskan PESAKA untuk
menentang SNAP yang mendapat sokongan kuat daripada kaum Iban Sibu. Pada 30 April
1973, PESAKA bergabung dengan Parti Bumiputera yang menubuhkan Parti Pesaka
Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) yang dipimpin oleh Datu Patinggi Abdul Rahman
Ya'akob. Peranan beliau dalam politik Malaysia memang tidak dapat dinafikan. Beliau
merupakan pemimpin Sarawak terawal yang menjadi penghubung antara kerajaan negeri
dan kerajaan pusat dan antara pemimpin Sarawak terawal yang duduk dalam Kabinet
Malaysia.
Tun Temenggung Jugah telah membuktikan bahawa masyarakat pedalaman
sepertinya boleh ke hadapan jika diberi peluang. Beliau telah membuktikan ketokohan
kepimpinannya ketika menerajui parti PESAKA dan berupaya memikul tanggungjawab yang
diberikan secara berkesan sebagai ahli Parlimen dan Menteri Kabinet. Malahan, banyak isu-
isu yang melibatkan kaum Iban dan masyarakat pedalaman Sarawak telah disuarakan oleh
beliau.
Pada tahun 1973, parti pimpinan Tun Temenggung Jugah iaitu PESAKA telah
bergabung dengan parti PANAS dan BERJASA membentuk parti baru yang dipanggil Parti
Bumiputera Bersatu iaitu PBB yang memerintah Sarawak. Tun Jugah telah dipilih menjadi
Presiden pertama PBB dan dilantik dalam Kabinet negeri sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam
Negeri. Sepanjang menerajui jawatan tersebut beliau memberi sepenuh tumpuan bagi
meningkatkan taraf hidup kaum bumiputera Sawarak bukan hanya kaum Iban juga kaum-
kaum lain termasuklah Bidayuh, Kayan, Kenyah, Penan dan lain-lain.




10

4.0 PERJANJIAN MALAYSIA
4.1 Tuntutan Sabah dan Sarawak
4.1.1 Perkara 20
Perkara 20 menjadi asas kepada penyertaan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia bersama-
sama dengan Persekutuan Tanah Melayu. Satu episode penting dalam sejarah
pembentukan Malaysia adalah penubuhan Suruhanjaya Cobbold bagi menyiasat pendapat
dan pandangan orang Borneo Utara dan Sarawak berhubung gagasan Malaysia.
Berdasarkan hasil tinjauan yang dilakukan, suruhanjaya mendapati majoriti rakyat Borneo
Utara dan Sarawak menyokong kemasukan Negara mereka dalam Malaysia. Dalam syor
yang dikemukakan, perkara penting yang dipersetujui adalah Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu dijadikan asas kepada Perlembagaan Malaysia
1
dan nama Malaysia
dijadikan nama persekutuan. Perkara lain yang dipersetujui adalah seperti Bahasa Melayu
menjadi bahasa wilayah, Islam agama rasmi namun hak kebebasan agama diberi kepada
yang bukan islam serta hak peribumi Sabah Sarawak adalah sama dengan orang Melayu di
Semenanjung.
Bagi menjamin keadilan serta dalam usaha menyatupadukan rakyat pada masa itu,
Jawatankuasa Antara kerajaan ditubuhkan untuk merangka peraturan-peraturan
perlembagaan dan cara mengadakan jaminan-jaminan bagi memerlihara kepentingan-
kepentingan Borneo dalam Malaysia. Jaminan ini termasuklah apa yang disebutkan tadi
seperti hal ehwal agama, pelajaran, perwakilan dalam Parlimen Persekutuan kawalan
imigresen dan lain-lain. Susulan daripada itu, Jawatankuasa Antara Kerajaan menghasilkan
draf 20 Perkara yang menyentuh tentang kepentingan Borneo Utara dalam Malaysia. Sama
juga dengan Sarawak, kompromi yang dicapai digarap dalam 18 Perkara. Persefahaman
antara keduanya inilah yang menjadi pengikat dan asas perlindungan kepada hak-hak
penduduk di Borneo Utara dan Sarawak dalam Malaysia.
Perkara satu dalam dalam 20 Perkara yang menjadi tuntutan adalah hal ehwal
agama. Perkara satu menyebut tentang Walaupun tiada bantahan terhadap agama Islam
sebagai agama kebangsaan Malaysia akan tetapi agama rasmi sepatutnya tidak akan
diadakan di Borneo Utara, dan segala perundangan mengenai agama Islam yang
terkandung di dalam Perlembagaan Malaya tidak harus digunakan di Borneo Utara. Hal ini
sekaligus merujuk bahawa setiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya

1
Perlembagaan Malaysia, dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 perkara, adalah
undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah
dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan
Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957.
11

dan tiap-tiap kumpulan agama adalah berhak menguruskan hal-hal agamanya sendiri,
menubuh dan menyelenggara yayasan bagi maksud-maksud agama dan memperolehi serta
memegang dan mentadbir mengikut undang-undang. Semua kebebasan di atas juga tidak
membenarkan apa-apa prbuatan yang berlarutan dengan undang-undang atau mengenai
ketaatan awam, kesihatan awam atau akhlak. Namun begitu, pada 23 September 1973,
Dewan Undangan Negeri Sabah dibawah perlembagaan 5(A) telah menetapkan bahawa
Islam adalah agama rasmi negeri manakala agama agama lain boleh dianuti dan
diamalkan dengan aman dan harmoni di Sabah. Bagi menjamin kebebasan beragama,
maka wujud undang Persekutuan yang bertindak dalam memberi bantuan kewangan
kepada institusi islam atau pekerjanya serta menghulurkan bantuan bagi tujuan
kemasyarakatan atau kebajikan di wilayah Borneo.
Perkara dua yang terkandung dalam tuntuan Sabah adalah berkenaan dengan
Bahasa Melayu yang mana terkandung juga dalam Perkara 152 dalam perlembagaan.
Perkara dua ini menyebut " Bahasa Melayu hendaklah menjadi Bahasa Kebangsaan
Persekutuan. Bahasa Inggeris akan terus digunakan untuk tempoh sepuluh tahun selepas
hari Malaysia. Bahasa Inggeris hendaklah menjadi bahsa rasmi Borneo Utara untuk semua
tujuan baik pada peringkat negeri mahupun Persekutuan had tempohnya. Berdasarkan
perkara ini, jelas menunjukkan bahawa Bahasa Melayu akan menjadi Bahasa Kebangsaan
Persekutuan manakala Bahasa Inggeris akan terus digunakan untuk tempoh sepuluh tahun
selepas hari Malaysia di Sabah dan Sarawak. Sementara itu juga Bahasa Inggeris menjadi
bahasa rasmi bagi Sabah dan Sarawak untuk semua tujuan baik di peringkat negeri mahu
pun peringkat persekutuan. Bahasa dikenalpasti sebagai alat penyatuan pelbagai bangsa
pada ketika itu. Bahkan dalam situasi sekarang pun, Bahasa Melayu adalah agen
penyatuan dalam mengeratkan perpaduan dalam kalangan pelbagai bangsa baik di
Malaysia Timur atau di Malaysia Barat.
Seterusnya adalah Perkara tiga. Perkara tiga menyebut tentang perlembagaan.
Walaupun Perlembagaan Persekutuan Malaya diterima sebagai asas untuk membentuk
Perlembagaan Malaysia, akan tetapi Perlembagan Malaysia seharusnya dipersetujui oleh
pergabungan negeri-negeri bebas dan sepatutnya bukan sesuatu susunan pindaan kepada
sebuah perlembagaan yang telah digubal dan dipersetujui oleh negeri-negeri yang
berasingan di dalam keadaan yang berlainan sekali. Sebuah perlembagaan baru untuk
Borneo Utara sewajarnya amat diperlukan. Hal ini adalah berkait rapat tentang bagaimana
susun atur perlembagaan mengikut negeri dan kesesuaiannya dalam masyarakat.
Perkara empat dan lima adalah berkaitan dengan Ketua Persekutuan dan Nama
Persekutuan. Ketua (Yang Di Pertua Negara) Borneo Utara tidak layak untuk dipilih sebagai
12

Ketua Persekutuan. Hari ini menyaksikan bahawa Ketua Persekutuan adalan Yang di-
Pertuan Agong dipilih melalui giliran manakala bagi Borneo adalah seorang Yang di-Petua
Negeri yang dahulunya sebelum memasuki Malaysia dikenali sebagai Gabenor harus
terdirin dalam kalangan peribumi atau orang asli Borneo Utara, merujuk kepada Sabah dan
Sarawak. Perkara lima adalah berkaitan dengan nama Malaysia harus digunakan sekiranya
terbentuk sebuah persekutuan dan bukannya Melayu Raya
2
.
Seterusnya adalah Perkara Enam. Perkara Enam memperihalkan tentang hal ehwal
imigresen. Perkara 6 menyebut "Kawalan kemasukan orang ke mana-mana kawasan di
Malaysia dari luar adalah terletak di bawah kuasa kerajaan pusat tetapi kemasukan ke
Borneo Utara perlu mendapat kelulusan kerajaan Negeri. Kerajaan Persekutuan tidak boleh
mengahalang kemasukan orang ke Borneo Utara untuk tujuan kerajaan Negeri kecuali atas
sebab keselamatan. Borneo Utara hendaklah mempunyai kuasa yang tidak terbatas bagi
mengawal pergerakan orang-orang dari kawasan kawasan lain di Malaysia ke dalam Borneo
Utara , selain daripada yang bekerja dengan kerajaan Persekutuan di Borneo Utara.
Perkara ini dikemukakan demi menjaga kepentingan penduduk Sabah dan Sarawak supaya
peluang-peluang yang terdapat di kedua negeri ini tidak diperolehi oleh orang luar. Ini
memberi keuntungan kepada Sabah dan Sarawak kerana peraturan ini akan menyekat
kemasukan orang-orang luar dn sesiapa yang mahu memasuki negeri-negeri ini perlu
mendapat kebenaran kecuali yang bekerja dengan kerajaan Persekutuan.
Beralih kepada Perkara Tujuh yang terkandung dalam tuntutan 20. Perkara Tujuh
adalah berkaitan tentang Hak Pemisah. Hal ini adalah merujuk kepada mana-mana negara
yang terlibat tidak boleh menarik diri dari persekutuan. Terdapat pelbagai isu yang timbul
dalam hal ini seperti ancaman keselamatan daripada beberapa buah negara seperti Filifina
yang menuntut Sabah serta isu penarikan diri Singapura dan Brunei pada saat-saat akhir
yang akhirnya menimbulkan konflik politik yang berlanjutan sehingga sekarang di Sabah
tentang sejauh mana status sah Perjanjian Malaysia akibat daripada penarikan itu.
Perkara Lapan adalah berkenaan dengan borneonisasi. Halaman 41 dalam Perkara
20 menyebut tentang Pengambilan perkhidmatan Awam oleh rakyat Borneo hendaklah
dilaksanakan dengan secepat mungkin. Tuntutan 20 perkara menekankan supaya
pengambilan pegawai-pegawai baru di Borneo Utara hendaklah diberi keutamaan kepada

2
Melayu Raya merupakan satu gagasan Kesatuan Malaya-Indonesia-Brunei, iaitu penyatuan Melayu Raya di
mana Indonesia, Malaysia dan Brunei disatukan dalam satu rumpun. Gagasan ini disokong oleh pelajar dan
lepasan guru dari Maktab Perguruan Sultan Idris pada akhir tahun 1920an, dan individu dari Sumatera dan
Pulau Jawa termasuk Prof. Mohammad Yamin dan Sukarno pada tahun 1950an. Gagasan ini yang menyokong
penubuhan republik melalui penyatuan dengan Republik Indonesia. Bagaimanapun rancangan untuk
bergabung dengan Indonesia telah ditolak oleh majoriti orang Melayu pada ketika itu kerana tidak bersetuju
dengan perjuangan mereka kerana orang Melayu mendukung institusi Raja-Raja Melayu dan Islam.
13

penduduk di wilayah itu sendiri. Ini bertujuan untukmembuka peluang kepada Bumiputera
dan mengelakkan bukan Bumiputera terutama kaum Cina daripada menguasai
perkhidmatan ini kerana kaum ini lebih maju dalam pedidikan berbanding penduduk
tempatan. Perkara ini dinyatakan juga tentang pelbagai hal yang menyentuh bidang
perkhidmatan awam persekutuan, perkhidmatan awam persekutuan dengan negeri-negeri,
pinjaman-pinjaman pegawai-pegawai, sekatan mengenai pembuangan kerja, penurunan
pangkat kakitangan awam dan suruhanjaya-suruhanjaya dalam perkhidmatan awam. Selain
itu suruhanjaya perkhidmatan awam berasingan hendaklah ditubuhkan di tiap-tiap negeri.
Bagi menjaga kepentingan perkhidmatan awam di negeri-negeri Borneo, pegawai-pegawai
yang ada termasuk pegawai-pegawai dagang dinaikkan pangkat untuk ditukarkan ke
perkhidmatanPersekutuan, tetapi tidak boleh ditukarkan keluar dari wilayah-wilayah Borneo
tanpa persetujuan mereka.
Perkara Sembilan adalah tentang Pegawai-pegawai British. Tuntutan ini bermaksud
Segala usaha harus dibuat untuk menggalakkan pegawai-pegawai Birtish meneruskan
perkhidmatan mereka dalam perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh diganti
oleh orang-orang tempatan yang berkelayakan. Perkhidmatan awam di Borneo terlebih
dahulu diisi tempatnya oleh orang-orang British yang sudah lama menetap di Borneo.
Mereka ada antaranya berkhidmat sebagai guru pada ketika itu. Persekutuan haruslah
bertindak dalam menghalang mereka yang berkhidmat dalam sektor awam daripada
berhenti dan pulang ke negara asal mereka disebabkan kekurangan tenaga kerja oleh
rakyat pribumi. Hal ini kerana dalam institusi pendidikan misalnya, ia akan memberi impak
yang besar terutama dalam soal pembangunan insan itu sendiri.
Perkara Sepuluh menyentuh tentang kewarganegaraan. Perkara ini telah digariskan
dalam perenggan 148(K) Laporan Suruhanjaya Cobbold
3
. Terdapat beberapa syarat
kerakyataan yang dikemukakan dan ini adalah pembuktian bahawa bukan senang untuk
menjadi rakyat Sabah dan Sarawak. Perkara Sebelas pula menyentuh tentang takrif dan
kewangan. Ini merujuk terus kepada Borneo Utara yang seharusnya mempunyai kuasa ke
atas kewangan, tabung pembangunan, dan cukai sendiri tanpa ada campur tangan daripada
kerajaan pusat. Perkara Sebelas ini tidak ada bezanya dengan negeri-negeri lain sekarang
kerana adanya Kerajaan Negeri yang mengurus hal ehwal negeri sendiri melalui kuasanya
tetapi dengan merujuk kepada Kerajaan Pusat sebagai pentadbir utama.

3
Suruhanjaya Cobbold adalah suruhanjaya yang dibentuk bersama oleh kerajaan British dan Malaya pada
tahun 1962 untuk memungut dan menentukan pandangan rakyat Borneo Utara (sekarang Sabah dan Labuan)
dan Sarawak sama ada menyokong cadangan untuk membentuk atau membuat Persekutuan Malaysia yang
terdiri daripada Malaya, Singapura, Borneo Utara, dan Sarawak. Suruhanjaya ini juga bertanggungjawab diatas
penyusunan semula perlembagaan berikutnya untuk dijadikan Perlembagaan Malaysia.
14

Hal yang berkaitan dengan kedudukan khas bangsa asli atau Borneo Utara
dinyatakan dengan jelas dalam tuntutan ke dua belas dalam Perkara 20. Pada prinsipnya
bangsa asli
4
Borneo Utara seharusnya menikmati hak keistimewaan seperti yang diberikan
kepada bangsa Melayu di Malaya, tetapi formula yang dipraktikkan di Malaya tidak
semestinya diguna pakai oleh Borneo Utara. Hak kedudukan istimewa Bumiputera ini
disediakan dalam Perkhidmatan Awam termaktub dalam Artikel 161 A Perlembagaan
Persekutuan. dalam Artikel ini memberi kedudukan Bumiputera di Borneo Utatara dengan
hak keistimewaan orang Melayu di bawah perkara 153.
Perkara 13 adalah berkaitan dengan kerajaan negeri dimana ketua -ketua Menteri
hendaklah dipilih oleh anggota Majlis Perundangan tidak rasmi. Sistem Menteri yang
sempurna hendaklah diwujudkan di Borneo Utara. Berdasarkan perkara ini Ketua-ketua
negeri Borneo yang pertama hendaklah dilantik oleh baginda Queen dan Paduka Baginda
Dipertuan Agung sebelum hari Malaysia untuk bertugas selam dua tahun. Sistem Menteri
yang sempurna juga hendaklah dilaksanakan di Borneo Utara. Di Sarawak, ketua negeri
telah dikenali sebagai Gabenor dab di Sabah sebagai Yang Dipertuan Negeri. Sementara
masalah mengenai Perlembagaan Negeri dan Perlembagann Persekutuan akan ditentukan
oleh Mahkamah. Perubahan-perubahan alin yang tertentu berkenan Perlembagaan Negeri
Sabah sebagai Majlis tertinggi (Supereme Council) dan Majlis Undangan sebagai Council
Negeri.
Selain itu, antara yang menjadi tuntutan adalah jangka masa peralihan. Jangka masa
peralihan yang dimaksudkan adalah tujuh tahun harus diperuntukkan kepada Borneo dan
dalam masa ini kuasa perundangan mesti diberikan kepada Kerajaan Borneo Utara (Sabah
& Sarawak) mengikut perlembagaan dan tidak dipengaruhi oleh kerajaan persekutuan.
Tujuan tempoh peralihan ini adalah untuk membolehkan peningkatan kesedaran politik di
kalangan rakyat negeri Sabah supaya mereka faham akan tangungjawab mereka sebagai
pemimpin kerana mereka belum lagi mempunyai pengalaman dalam mentadbir negeri
sendiri sebelum penubuhan Malaysia. Selain itu, ia bertujuan bagi menyediakan rakyat
Borneo supaya biasa dengan persekutuan baru yang telah dibentuk agar tidak timbul situasi
kucar-kacir yang bakal menggugat keamanan Malaysia sebagai sebuah negara yang
mempunyai kepelbagaian kaum.

4
Penduduk Sabah adalah terdiri dari berbagai-bagai kaum dengan latar belakang dan kebudayaan masing-
masing. Penduduk aslinya atau lebih dikenali sebagai bumiputera, terdiri daripada sekurang-kurangnya 30
kumpulan dengan menggunakan lebih dari 50 bahasa dan tidak kurang dari 90 dialek. Sebahagian daripada
kumpulan penduduk asli di Sabah adalah Kadazandusun, Bajau, Melayu Brunei, Murut, Orang Sungai, Iranun,
Bonggi, Kwijau, Paitan, Lun Bawang, Lundayeh, Kedayan, Suluk, Binadan, Bisaya, Kokos, Rumanau, Lotud
Minokok, Tidung, Rungus, Kagayan, Tatana, Tagaas, Ubian, Kimaragang, Bajau Laut, Ida'an dan Inokang.
15

Seterusnya adalah Perkara 15. Perkara 15 membicarakan tentang pelajaran.
Pelajaran sebenarnya hendaklah dijadikan perkara Persekutuan, tetapi polisi dan sistem
pentadbiran pelajaran di Sabah dan Sarawak berdasarkanperkara ini dikekalkan
sepertimana kemahuan kerajaan negeri-negeri terebut sehinggalah kerajaan ini bersetuju
mengubahnya. Dalam hal ini memberi peluang kepada kerajaan negeri mengkaji perkara
tersebut sebelum mengubahnya atau meminda sistem pendidikan di Sabah dan Sarawak
untuk kepentingan rakyat. Perkara 16 berkait rapat dengan perlindungan perlembagaan.
Dalam hal ini, Kerajaan Pusat tidak mempunyai kuasa untuk meminda, mengubah atau
membatalkan perlindungan perlindungan yang diberikan khas kepada Borneo Utara tanpa
persetujuan Kerajaan Borneo Utara kerana ia merupakan hak mutlak penduduk negeri ini.
Hal ini sebagai unsur keadilan dan kesaksamaan serta pembuktian toleransi antara
keduanya.
Perihal perwakilan dalam parlimen persekutuan disentuh pada Perkara 17. Hal yang
berkaitan pemilihan dewan Undangan Persekutuan, segala pertimbangan bukan sahaja
diberikan ke atas bilangan penduduk, tetapi juga kepada potensi dan prestasi negeri
tersebut. Perlantikan juga tidak boleh kurang daripada Singapura, oleh itu tiap-tiap masjlis
Undangan di Borneo hendaklah memilih 2 orang ahli Dewan Undangan Negara. Sebagai
tambahan, bilangan Dewan Undangan yang dilantik hendaklah ditambah 6 orang lagi
kerana kemasukan Sarawak dan Sabah. Ahli-ahli baru yang dipilih dari Sabah ialah 16
orang dan Sarawak seramai 24 orang.
Selanjutnya, nama ketua negeri haruslah menggunakan gelaran Yang di-Pertua
Negara. Hal ini telah dipersetujui bersama, sama juga halnya dengan nama Borneo Utara
yang diubah namanya kepada Sabah atau Sarawak. Akhir sekali adalah Perkara 20 yang
membicarakan tentang pembahagian kuasa membuat undang-undang diberikan kepada
Majlis Undangan Persekutuan dan Negeri. Dimana Majlis Undangan Persekutuan
menentukan hal ehwal luar, pertahanan, keselamatan dalam negeri, undang-undang sivil
dan jenayah, peraturan dan pentadbiran keadilan, kerakyatan , jentera kewangan kerajaan,
perdagangan, perniagaan dan perusahaan, perkapalan, perhubungan dan pengangkutan,
kerja raya dan tenaga, ukur, buruh, koperasi hari-hari kelepasan, surat khabar, dan
penyiaran dan syarikat-syarikat kerjasama sementara Majlis Undangan Negeri berperanan
dalam perkar-perkara seperti undang-undang Islam, dan adat istiadat orang-orang asli,
tanah, pertanian, hutan, kerajaan negeri, penyelidikan, ganti rugi dan sebagainya, bagi
perkar-perkara yang termasuk dalam senarai bersama ialah kebajikan masyarakat,
biasiswa, perlindungan binatang liar, ternakan, perancangan bandar dan luar bandar,
pengemis-pengemis dan penjaja, kesatuan dan kebersihan awam, parit, dan tali air dan
pemulihan tanah-tanah lombong.
16

4.2 Isu
Isu besar yang tercetus sebenarnya adalah isu penarikan diri Singapura
5
dan Brunei
6

daripada gagasan Malaysia. Seperti yang diketahui, Perjanjian Malaysia digabungkan
dengan berbagai-bagai dokumen termasuklah Rang Undang-Undang Malaysia ataupun
sekarang dikenali sebagai Akta Malaysia 1963. Gabungan dokumen-dokumen ini
termasuklah syarat penyertaan dan peraturan perlembagaan terhadap Sabah dan Sarawak
dirujuk untuk membentuk Malaysia. Perjanjian Malaysia harus tertakluk kepada kemahuan
penandatangan iaitu Persekutuan Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura sewaktu
membentuk Malaysia sebagai rakan kongsi yang sama. Disebabkan itu, Malaysia disifatkan
oleh pelbagai pihak sebagai satu gabungan bagi rakan-rakan kongsi bersama-sama bersatu
padu untuk membentuk sebuah Negara baru tetapi dengan ciri-ciri masing-masing.
Perjanjian Malaysia dikatakan tidak sah kerana pembuangan Singapura iaitu salah
satu penandatangan terhadap perjanjian di atas yang mana telah mengakibatkan goyahnya
asal-usul Persekutuan itu sendiri. Namun, sebagai warganegara yang cintakan sejarah
harus mendalami dan memahami maksud setiap perkara yang menjadi tuntutan Sabah
terutamanya. Perkara 7 dalam 20 Perkara Sabah bermaksud Perkara 7 tidak boleh diubah
oleh Kabinet Negeri mahupun Persekutuan kerana di dalam perjanjian tersebut telah
dipersetujui syarat bahawa apabila Sabah telah memasuki Malaysia, Sabah mensyaratkan
agar tidak dikeluarkan daripada Kerajaan Malaysia. Ini kerana semasa rundingan ini
dilakukan oleh Ketua-Ketua Pemimpin Negeri Sabah ketika itu, berasa khuatir sekiranya
Sabah dipisahkan daripada Malaysia setelah diberi kemerdekaan, kerana pada masa
tersebut Negeri Sabah juga dituntut oleh Kerajaan Indonesia dan Filipina dan berlakunya
kacau bilau kerana ingin merebut Sabah untuk dijadikan jajahan takluk mereka. Hal ini
membuktikan bahawa perjanjian ini tetap sah disebabkan ia merupakan tuntutan Sabah
sendiri yang tidak mahu disingkirkan dari Malaysia.
Timbul juga isu berkenaan Imigresen. Dalam isu imigresen sering diperkatakan oleh
mereka yang tidak mengetahui mengapa untuk pergi ke Sabah dan Sarawak memerlukan
seseorang itu mempunyai passport antarabangsa atau passport terhad walaupun kini telah
dipermudahkan dengan penggunaan Mykad. Pihak imigresen kedua-dua negeri juga

5
Pada 16 September 1963, Persekutuan Malaysia telah ditubuhkan bersama-sama dengan Sarawak, Sabah,
Singapura dan Tanah Melayu. Selepas pembentukan Malaysia, parti Politik Utama Singapura iaitu Parti
Tindakan Rakyat memenangi pilihanraya Singapura. Tindakan PAP yang sering menyuarakan rasa tidak puas
hati terhadap hak istimewa Melayu dan mempersoalkan keistimewaan Raja Raja Melayu telah merisaukan
UMNO. Atas desakan UMNO, Tunku Abdul Rahman telah menyingkirkan Singapura pada 9 Ogos 1965.
6
Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat menyertai Malaysia menarik diri akibat tentangan
sebahagian masyarakat Brunei.


17

berkuasa untuk tidak membenarkan seseorang dari Semenanjung untuk mendapat
kebenaran mendarat PTL (Permited To Land) jika merasakan kedatangan mereka akan
menggugat keselamatan dan ketenteraman awam. Pernah suatu ketika dua orang ahli
politik pembangkang
7
diarah keluar Sabah kerana dianggap menggugat keamanan Sabah.
Datuk Patrik Sindu, salah seorang pemimpin di Sabah pernah menyatakan bahawa
sebenarnya Perkara 20 yang dipersetujui ini telah dicabul sedikit demi sedikit oleh Malaya.
Dakwaan Datuk Patrick Sindu antaranya Kerajaan Persekutuan mencabuli hak-hak istimewa
rakyat Sabah khususnya dalam Perkara 1 melalui pembuktian apabila setiap program
kerajaan Persekutuan & Negeri akan dimulakan dengan bacaan doa sedangkan penduduk
Sabah mempunyai kepercayaan agama masing-masing dan tidak wajar dikatakan agama
Islam adalah agama rasmi di Sabah. Namun, hujah yang mampu mematahkan soalan Datuk
Patrik adalah pada tahun 1971, perlembagaan bagi agama untuk negeri Sabah telah diubah
kepada perlembagaan 5a iaitu Agama Islam menjadi agama rasmi bagi Negeri Sabah yang
di sokong oleh Kabinet Negeri di bawah Kerajaan Perikatan yang mendapat sokongan 2/3
majoriti pada ketika itu. Rentetan daripada perubahan tersebut, Majlis Ugama Islam Sabah
(MUIS) diwujudkan untuk mentadbir hal ehwal Agama Islam di Negeri Sabah. Tidak harus
timbul sebenarnya isu bacaan doa dalam permulaan sesuatu majlis kerana ia adalah unsur
rohani yang perlu ada dalam diri setiap masyarakat bukan sahaja di Sabah, tetapi di seluruh
pelusuk dunia. Lagi pula, individu yang bukan beragama Islam juga biasanya akan
membaca doa untuk kesejahteraan mereka mengikut gaya dan cara mereka berdoa tanpa
disekat oleh sesiapa.

5.0 KESIMPULAN
Kejayaan pembentukan Malaysia merupakan suatu cabaran untuk semua pemimpin Tanah
Melayu ketika itu. Walaupun pelbagai rintangan terpaksa dilalui namun atas kesabaran serta
kesungguhan mereka, Malaysia telah berjaya dibentuk apabila mendapat sokongan yang
padu daripada pemimpin-pemimpin dan parti-parti di Singapura, Sabah dan Sarawak serta
melihatkan bahawa terdapat kompromi dan tolak ansur dalam penubuhannya untuk
kepentingan bersama walaupun Singapura telah menarik diri pada tahun 1965. Namun
begitiu, hasrat pembentukan Malaysia telah berjaya dicapai sehingga ke hari ini pun
Malaysia telah maju dari segi politik, sosial dan ekonomi.

7
Ahli politik yang dimaksudkan adalah Nurul Izzah iaitu anak kepada Dato Seri Anwar Ibrahim dan Tian Chua.
Izzah dikatakan dilarang dan dinafikan kedatangannya ke Sabah pada 29 Mei 2013 mengikut Akta Imigresen
1959/63. Tian Chua pula dihalang memasuki Sabah kerana kaitannya tentang isu pencerobohan di Lahad Datu
yang dikira kerajaan Sabah sebagai menghina dan mampu memporak-perandakan keamanan Sabah.

Vous aimerez peut-être aussi