Vous êtes sur la page 1sur 8

Arkitek Kota

(SN Muhammad Hj Salleh)


Rangkap 1 : Hanya seniman yang peka terhadap alam sekitar dan
banyak pengalaman hidup yang berhak membina bandar


Rangkap 2 : Perancangan bandar yang matang itu ialah pencinta
alam, rajin mencari ilmu, pemerhati kehidupan, pengkaji
masyarakat, bijak membuat penilaian, dan memiliki bakat sebagai
pemimpin.

Rangkap 3 : Perancang bandar harus mengutamakan
pemeliharaan dan pengekalan alam semula jadi dan
melindunginya daripada sebarang kerosakan

Rangkap 4 : Perancang bandar perlu berani mencipta pelbagai
perubahan, bersedia menerima pandangan orang yang lebih
berpengalaman, dan mengambil kira perasaan pihak lain.

Rangkap 5 : Perancang bandar bertanggungjawab mewujudkan
petempatan dan persekitaran kehidupan manusia melalui daya
kreativitinya. Beliau juga membenarkan segala pembaharuan dan
bersedia menghadapi kemungkinan yang bakal terjadi.

Rangkap 6 : Penyajak menyatakan bahawa beliau hanyalah pemerhati
yang menilai pembinaan bandar dari jauh.



TEMA
Keperluan pengetahuan dan pengalaman
dalam melaksanakan pembangunan di
kota.
PERSOALAN
1. Persoalan keprihatinan penting dalam memahami
sesuatu keadaan.Nilai ini penting
supaya sesuatu keadaan dapat difahami.

2. Persoalan pembangunan kota perlu dilihat daripada
pelbagai aspek. Pembangunan
kota perlu dilihat menerusi pelbagai sudut.

3. Persoalan kepentingan menjaga alam sekitar.Alam
sekitar perlu dijaga.

4. Persoalan generasi muda memiliki pelbagai idea
bernas.Golongan ini mempunyai idea-idea baru yang
bernas.
Bentuk bebas

2. Jumlah rangkap 6 rangkap
- Rangkap 1 - 7 baris ayat
- Rangkap 2 - 6 baris ayat
- Rangkap 3 - 5 baris ayat
- Rangkap 4 - 4 baris ayat
-Rangkap 5 - 4 baris ayat
-Rangkap 6 - 1 baris ayat

3. Rima akhir setiap rangkap
- Rangkap 1 abacdea
- Rangkap 2 aabcdd
- Rangkap 3 abcad
-Rangkap 4 abcd
-Rangkap 5 abcc
-Rangkap 6 - a
NADA
SINIS
Perlambangan
-pencipta kota ialah pendekar muda dengan langkah berbagai-
bagai

Metafora.
-bangku bijaksana ; ruang hidup.

Unsur alam.
- laut ; tasik ; bumi ; burung ; bulan.

Personifikasi
- jiwa laut, perasaan musim; fiil langit; sabar bumi.

Asonansi
- yang faham akan jiwa laut (pengulangan bunyi vokal a)

Aliterasi
- kerana arkitek matang itu anak di taman. (pengulangan bunyi
konsonan t)



GAYA BAHASA
1. Nilai cintakan alam sekitar. Alam sekitar perlu disayangi.

2. Nilai bertoleransi. Nilai ini penting dalam menjalani kehidupan
seharian.terutama di
kota.

3. Nilai bertanggungjawab. Bertanggungjawab menjaga keindahan alam
sekitar. .

4. Nilai bijaksana . Kebijaksanaan penting apabila membuat
keputusan.

5. Nilai rasional .Kerasionalan penting dalam semua aspek.






NILAI


1. Kita hendaklah mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas
semasa
merancang pembangunan.

2. Kita hendaklah mengambil kira kepentingan rakyat ketika
membangunkan negara..

3. Kita perlulah membuat pertimbangan yang bijaksana sebelum
membuat keputusan.

4. Kita hendaklah memikirkan bencana alam yang mungkin timbul akibat
pembangunan
kota..

5. Kita hendaklah menjadi perancang yang baik yang mempunyai
pelbagai idea bernas
dan alternatif.



PENGAJARAN

Vous aimerez peut-être aussi