Vous êtes sur la page 1sur 35

HARTA PUSAKA

DISEDIAKAN OLEH:

ABDUL RAHMAN BIN ISMAIL


MAULUDIN BIN MISTAR

Rukun-rukun
Pusaka

Muwarrith orang yang meninggal dunia


Waris orang yang ada hubungan dengan

orang yang meninggal dunia


Mauruth harta yang menjadi pusaka

Sebab-sebab Mendapat
Pusaka

Perkahwinan, sama ada menjadi isteri atau

menjadi suami
hubungan perkahwinan yang sah, walaupun
mereka tidak sempat bersetubuh atau berkhalwat
kedua-dua suami isteri berhak mewarisi pusaka
pasangannya

Nasab (kerabat atau keturunan)

hubungan kekeluargaan. Ia diwarisi oleh ibu bapa


si mati dan orang yang ada hubungan dengan
mereka berdua

Tuan hamba (Wala)

hubungan pembebasan hamba iaitu hubungan


asabah yang disebabkan oleh jasa pembebas
hamba kepada hamba yang dibebaskan.
bekas hamba itu akan diwarisi oleh pembebasnya,
sama ada lelaki atau perempuan
bekas hamba tidak boleh mewarisi harta
pembebasnya

Syarat-syarat Mendapat
Pusaka

Pasti dan yakin kematian pewaris mestilah

dengan kenyataan dan bukti yang jelas atau


dengan ijtihad hakim
Pasti dan yakin ahli waris hidup semasa kematian

pewaris mestilah dengan kenyataan dan bukti


yang jelas atau dengan ijtihad hakim

Mengetahui perhubungan atau pertalian ahli

waris dengan pewaris sama ada secara keluarga,


perkahwinan atau menjadi tuan kepada hamba
sahaya( tuan hamba )
Mengetahui pihak waris, sama ada dari pihak

waris lelaki atau perempuan

Sebab-sebab Yang
Menghalang Mendapat
Pusaka

Menjadi hamba

hamba merupakan hak milik kepada tuannya dan


tidak layak memilii sesuatu harta
Firman Allah:
Seseorang hamba yang menjadi milik orang,
ianya tidak berkuasa melakukan sesuatu dengan
bebas(QS:16;75).

Membunuh Pewaris



Maksudnya: Barangsiapa membunuh seseorang,
maka ia tidak boleh mewarisi harta orang yang
dibunuhnya, sekalipun orang yang dibunuhnya
itu tidak mempunyai seorang waris pun, dan jika
orang yang dibunuh itu bapanya atau anaknya,
maka bagi pembunuh itu tidak berhak menerima
peninggalan orang yang dibunuhnya itu.

Berlainan agama

orang Islam tidak berhak menerima harta pusaka


yang ditinggalkan oleh keluarganya yang bukan
beragama Islam dan sebaliknya


Maksudnya: Orang Islam tidak mewarisi harta
orang kafir, dan orang kafir tidak mewarisi harta
orang Islam.

Penyelesaian
Harta Pusaka

Pengenalan
Dalam Islam, sebelum pengurusan harta pusaka si

mati dibuat, perlu dipastikan bahawa harta tersebut


merupakan harta peninggalan si mati yang menepati
Syariat Islam.
- Sesuatu yang mempunyai nilai kebendaan seperti

tanah dan rumah.


- Merupakan milik yang sempurna bagi si mati
walaupun ia bersangkutan dengan orang lain seperti
seseorang berhutang dengannya
- Merupakan harta yang halal bukannya haram

perkara yang wajib dilaksanakan sebelum

pembahagian
- Menguruskan jenazah
- Melangsaikan segala hutang si mati
- Menunaikan wasiat

Ahli-ahli Waris yang Berhak


Pernikahan suami atau isteri
Nasab
Golongan orang tua
o Bapa
o Ibu
o Datuk sebelah bapa sehingga ke atas
o Nenek sebelah bapa
o Nenek sebelah ibu sehingga ke atas

Golongan Anak beranak


o Anak lelaki
o Anak perempuan
o Cucu lelaki daripada anak lelaki sehingga ke bawah
o Cucu perempuan daripada anak lelaki

Golongan Adik beradik


o Saudara lelaki seibu sebapa
o Saudara perempuan seibu sebapa

o Saudara lelaki sebapa


o Saudara perempuan sebapa
o Saudara lelaki seibu

o Saudara perempuan seibu


o Anak lelaki daripada saudara lelaki seibu sebapa

sehingga ke bawah
o Anak lelaki daripada saudara lelaki sebapa sehingga
ke bawah

Golongan Pak cik


o Bapa saudara seibu sebapa sebelah bapa
o Bapa saudara sebapa sebelah bapa
o Anak lelaki bapa saudara seibu sebapa sebelah bapa
o Anak lelaki bapa saudara sebapa sebelah bapa

Tuan yang membebaskan hamba

Bahagian Yang
Ditentukan

Suami
1/2 jika si mati tidak mempunyai anak perempuan,

anak lelaki, cucu perempuan daripada anak lelaki


atau cucu lelaki daripada anak lelaki hingga ke
bawah (Golongan Anak Beranak)
1/4 jika si mati mempunyai anak perempuan, anak

lelaki, cucu perempuan daripada anak lelaki atau


cucu lelaki daripada anak lelaki hingga ke bawah
(Golongan Anak Beranak)

Isteri
1/4 jika si mati tidak mempunyai anak perempuan,

anak lelaki, cucu perempuan daripada anak lelaki


atau cucu lelaki daripada anak lelaki hingga ke
bawah (Golongan Anak Beranak)
1/8 jika si mati mempunyai anak perempuan, anak

lelaki, cucu perempuan daripada anak lelaki atau


cucu lelaki daripada anak lelaki hingga ke bawah
(Golongan Anak Beranak)

Bapa
1/6 jika si mati mempunyai anak lelaki atau cucu

lelaki daripada anak lelaki hingga ke bawah.


1/6 + baki jika si mati tidak mempunyai anak lelaki
dan cucu lelaki daripada anak lelaki hingga ke bawah
dan mempunyai anak perempuan atau cucu
perempuan daripada anak lelaki.
Baki jika si mati tidak mempunyai anak perempuan,
anak lelaki, cucu perempuan daripada anak lelaki
atau cucu lelaki daripada anak lelaki hingga ke
bawah (Si mati tidak mempunyai Golongan Anak
Beranak).

Ibu
1/6 jika si mati mempunyai Golongan Anak Beranak

atau ada 2 orang atau lebih daripada Golongan Adik


Beradik kecuali anak lelaki mereka. (Bilangan anak
lelaki mereka tidak dikira dalam masalah ini)
1/3 jika si mati tidak mempunyai Golongan Anak
Beranak atau tidak ada 2 orang atau lebih daripada
Golongan Adik Beradik kecuali anak lelaki mereka.
1/3 daripada baki jika si mati hanya mempunyai ibu,
ayah dan suami atau isteri (masalah gharrawiyatain).

Datuk Sebelah Bapa


1/6 jika si mati mempunyai anak lelaki atau cucu

lelaki daripada anak lelaki hingga ke bawah.


1/6 + baki jika si mati tidak mempunyai anak lelaki
dan cucu lelaki daripada anak lelaki hingga ke bawah
dan mempunyai anak perempuan atau cucu
perempuan daripada anak lelaki.
Baki jika si mati tidak mempunyai anak perempuan ,
anak lelaki, cucu perempuan daripada anak lelaki
atau cucu lelaki daripada anak lelaki hingga ke
bawah (Si mati tidak mempunyai Golongan Anak
Beranak).

Nenek Sebelah Bapa


1/6 jika si mati tidak mempunyai bapa atau ibu.

Daripada Ibnu Buraidah daripada ayahnya :


Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi
Wassallam memberikan kepada nenek 1/6 apabila
(si mati) tidak mempunyai ibu. (Hadis riwayat
Abu Daud dan Nasaie)

Nenek Sebelah Ibu


1/6 jika si mati tidak mempunyai ibu.

Jika terdapat kedua-dua nenek sebelah bapa dan


ibu, maka mereka berkongsi bahagian 1/6 iaitu 1/12
bagi nenek sebelah bapa dan 1/12 bagi nenek sebelah
ibu.

Anak Perempuan
1/2 jika dia berseorangan dan si mati tidak

mempunyai anak lelaki.


Jika dia (anak perempuan) itu seorang saja, maka
dia memperoleh setengah (dari harta yang
ditinggalkannya). (Surah An-Nisaa ayat 11)
2/3 jika bilangan mereka 2 orang atau lebih dan si
mati tidak mempunyai anak lelaki.
Dan jika anak itu semuanya perempuan yang
jumlahnya lebih dari dua, maka bagi mereka dua
pertiga dari harta yang ditinggalkan. (Surah AnNisaa ayat 11)

Cucu Perempuan
1/2 jika dia berseorangan dan si mati tidak

mempunyai cucu lelaki, anak lelaki dan anak


perempuan.
2/3 jika bilangan mereka 2 orang atau lebih dan si
mati tidak mempunyai cucu lelaki, anak lelaki dan
anak perempuan.
1/6 tidak kira bilangan mereka seorang atau lebih,
jika si mati ada anak perempuan seorang sahaja dan
si mati tidak mempunyai cucu lelaki dan anak lelaki.

Saudara Perempuan Seibu sebapa


1/2 jika dia berseorangan dan si mati tidak mempunyai

saudara lelaki seibu sebapa.


Jika seorang meninggal dunia, dan ia tidak mempunyai
anak dan mempunyai saudara perempuan, maka bagi
saudaranya yang perempuan itu seperdua dari harta
yang ditinggalkannya, (Surah An-Nisaa ayat 176)
2/3 jika bilangan mereka 2 orang atau lebih dan si mati
tidak mempunyai saudara lelaki seibu sebapa.
Tetapi jika saudara perempuan itu dua orang, maka bagi
keduanya dua pertiga dari harta yang ditinggalkan.
(Surah An-Nisaa ayat 176)

Saudara Perempuan Sebapa


1/2 jika dia berseorangan dan tidak mempunyai

saudara lelaki sebapa, saudara lelaki seibu sebapa


dan saudara perempuan seibu sebapa.
2/3 jika bilangan mereka 2 orang atau lebih dan
tidak mempunyai saudara lelaki sebapa, saudara
lelaki seibu sebapa dan saudara perempuan seibu
sebapa.
1/6 tidak kira bilangan mereka seorang atau lebih,
jika si mati ada saudara perempuan seibu sebapa
seorang sahaja dan tidak mempunyai saudara lelaki
sebapa dan saudara lelaki seibu sebapa.

Saudara Lelaki Seibu


1/6 jika dia berseorangan.
1/3 jika bilangan mereka 2 orang atau lebih sama

ada lelaki atau perempuan.

Saudara Perempuan Seibu


1/6 jika dia berseorangan.
1/3 jika bilangan mereka 2 orang atau lebih sama

ada lelaki atau perempuan.

Vous aimerez peut-être aussi